27
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

kerajaan bani umaiyah zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh

Page 2: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Pada tahun 661 M., setelah Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, maka, berakhirlah kaedah pelantikan pemerintahan kerajaan Islam mengikut sistem syura. Kaedah itu telah digantikan dengan sistem warisan. Berdasarkan sistem warisan; jawatan ketua pemerintahan kerajaan Islam sebagai pemerintahan monarki.

Kerajaan Bani Umaiyah

Page 3: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, pentadbiran kerajaan Islam seterusnya telah dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umaiyah. Nama kerajaan ini diambil sempena keturunan Bani Umaiyah, iaitu Umaiyah bin Abdul Shams bin Abdul Manaf. Beliau merupakan tokoh peniaga yang terkenal. Pemerintahan Bani Umaiyah bermula dari tahun 661 M. hingga tahun750 M. dan berpusat di Damsyik. Tahap ini dikatakan sebagai tahap pertama dan pada tahap ini pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran khalifah.

Pemerintahan Bani Umaiyah di Sepanyol pula berpusat di Cordova dengan Andalusia menjadi ibu kotanya. Berlangsung dari tahun 756 M. hingga tahun 1031 M.. Tahap ini dikatakan tahap kedua menggunakan gelaran amir.

Pembentukan Kerajaan Bani Umaiyah

Page 4: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Pemerintahan dan pentadbiran1) Sistem khalifah, iaitu pelantikan khalifah sebagai

ketua pemerintahan bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.

2) Sistem wazarah, iaitu pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran negara di bahagian kerajaan pusat, sementara gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah.

3) Sistem urus setia. Melalui sistem ini beberapa orang pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan rekod, mengurus surat menyurat dan sebagainya.

4) Sistem hijabah. Melalui sistem ini seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, dan juga sebagai pemegang amanah.

Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah Tahap pertama

Page 5: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Kerajaan Bani Umaiyah.

Page 6: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Sosial Ilmu pengetahuan semakin bertambah maju dan kota

Basrah telah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Hasil daripada kegiatan pendidikan ini lahirlah ilmuan seperti Khalid ibn Ahmad. Pada masa ini bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Taraf kesihatan

Taraf kesihatan diberikan perhatian dengan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz. Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Misalnya ,Ibn al-Nafis, pakar bedah termasyhur di Damsyik. Lihat disebelah iaitu rajah sistem peredaran darah menurut Ibn al-Nafis.

Kimia dan Astronomi Perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan

astronomi juga telah turut berkembang.

Page 7: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Sistem perundangan Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad

dengan berpandukan al-Quran, sunnah atau ijmak. Hakim juga tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak bebas, tidak cenderung ke mana-mana aliran politik pemerintahan.

Page 8: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah Tahap kedua

Pedidikan Dari segi pendidikan amat ketara pada abad ke-10

M.. Pada masa inilah pusat pengajian tinggi di Cordova diasaskan oleh Abdul Rahman III. Pusat pengajian tinggi ini kemudiannya berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah. Di sini juga telah dibina sebuah perpustakaan yang diasaskan oleh al-Hakam II. Semasa pemerintahan kedua-dua orang tokoh ini, telah wujud 17 buah pusat pengajian serta 70 buah perpustakaan di Andsludis. Selain Cordova, pusat keilmuan ini kemudiannya berkembang di Seville. Toledo dan Granada.

Pembinaan sesebuah pusat penterjemahan untuk menterjemahkan karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab di Toledo.

Cordova boleh dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu dan telah menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah.

Kegemilangan seni bina Islam begitu terserlah pada zaman ini seperti yang dapat dilihat pada binaan Masjid Cordova.

Page 9: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Cordova, selain menjadi pusat ilmu, juga menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdangangan antarabangsa.

Penubuhan baitulmal oleh kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara. Antara sumber pendapatan kerajaan termasuklah kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat , usyur (cukai sebanyak 1/10 daripada hasil pertanian yang didapati oleh tuan tanah), dan ghanimah (harta yang dirampas oleh tentera melalui peperangan).

Seni bina Masjid Cordova

Masjid Cordova

Page 10: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Sektor pertanian Sektor pertanian juga telah mencapai kemajuan.

Sistem saliran telah dibina untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian. Penyelidikan juga dilakukan untuk mendapatkat benih yang berkualiti supaya hasil pertaniaan dapat dipertingkatkan.

Page 11: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Zaman Pemerintahan Al Walid Bin Abdul Malek

RIWAYAT HIDUPNYA   Beliau ialah Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan bin Al-Hakam. Dilahirkan pada tahun 50 hijrah bersamaan dengan 672 masehi. Dilantik menjadi khalifah pada hari wafat ayahanda pada 86

hijrah bersamaan 705 masehi Menjadi khalifah ketika berusia 36 tahun. Wafat pada bulan Jamadilakhir 96 hijrah bersamaan 25 Februari

715 masehi Beliau wafat ketika berumur 46 tahun. Beliau memerintah selama kira-kira 9 tahun 8 bulan.

Page 12: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

CARA PERLKANTIKANNYA

Beliau dilantik menjadi khalifah pada hari wafat ayahandanya Abdul Malik bin Marwan. Setelah ia kembali dari upacara pengebumian ayahandanya, beliau terus pergi ke masjid Damsyik dan di sanalah orang ramai membai’atkanya sebagai khalifah sebaik-baik sahaja ia selesai berkhutbah dan menerangkan tanggungjawabsebagai khalifah.

Page 13: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

FAKTOR YANG MEMBAWA KEDAMAIAN DALAM PEMERINTAHAN AL-WALID

Kejayaan ayahandanya Abd Malik mengembalikan keutuhan kerajaan Bani Umaiyah dengan menhapuskan beberapa pemerontakan.

Segala pemberontakan dan rusuhan telahdapat dipadamkan.

Golongan Syiah dan Khawarij bersikap berdiam diri dan berhenti daripada membuat tindakan atau memberontak.

Umat Islam kembali bersatu di bawah pimpinan dan negara berada dalam keadaan stabil.

Kemunculan panglima-panglima yang berani dan berjaya menguasai wilayah-wilayah Sing,China dan Andalusi.

Beliau memiliki sifat –sifat yang terpuji.

Page 14: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

FAKTOR-FAKTOR PENTING KEGEMILANGAN KHALIFAH AL-WALID

Wujudnya kestabilan ekonomi Wujudnya kestabilan politik Umat Islam bersatu di bawah pimpinan

khalifah Lahirnya tokoh-tokoh, dan panglima-panglima

perang yang terkemukadan handal seperti Musa bin Nusair atau Tariq bin Ziyad

Keamanan dalam negara disebabkan pemberontakan musuhnya telah pun dihapuskan oleh ayahandanya.

Page 15: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

PANGLIMA-PANGLIMA PERANG YANG TERKENAL ZAMAN AL-WALID

Hajjaj bin Yusof Al-Saqafi Qutaibah bin Muslim Muhammad bin Al-Qasim Musa bin Nusair Musalamah bin Abdul Malik Tariq bin Ziyad

Page 16: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

ANTARA NEGARA YANG BERJAYA DITAKLUKI SEMASA ZAMAN AL-WALID

Magribi Sepanyol Afrika Utara India/Sind Menakluki sempadan negeri China

Page 17: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

JASA-JASANYA

Meluaskan dan membina jalanraya. Meneruskan rancangan mengorek perigi-perigi di

seluruh daerah untuk kemudahan orang-orang Islam. Mendirikan dan membesarkan masjd-masjid indah di

merata wilayah Islam, antaranya masjid Madinah (masjid Nabawi) dan Jami’al Amawi di Damsyik.

Membina kilang-kilang perusahaan di Damsyik. Mengadakaan satu jabatan khas untuk mengatasi

kemelaratan hidup orang-orang miskin (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Orang-orang susah diberi bantuan mengikut kadar masing-masing.

Orang-orang buta ditentukan pemandu baginya. Digalakkan orang-orang Islam menghafaz kitab suci Al-

Quran dan diberi sara hidup. Rumah-rumah tumpangan didirikan di merata-rata kota

besar dalam negara Islam untuk kemudahan musafir dan pelancong.

Page 18: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

JASA-JASANYA Rumah sakit didirikan untuk merawat orang-orang sakit

dan cedera. Tabib dan doktor diberi sara hidup yang lumayan supaya

dapat memberi kerjasama yang baik Mendirikan sekolah-sekolah di merata tempat wilayah

Islam untuk memberi pengajaran yang lengkap untuk kanak-kanak Islam dengan tujuan menghapuskan buta huruf.

Menjadikan masjid sebagai pusat pelajaran agama Islam segenap lapisan

Memperbaharui bangunan masjid Quba, masjid Mesir dan masjid Baitul Maqdis.

Memperluaskan dan mencantikkan Masjidilharram di Mekkah dan Masjidi Nabawi di Madinah.

Bangunan masjid Umawi diperbaharui dan ditukar menjadi Universiti di Damsyik. (Jamik Umawi).

Rumah sakit dan perubatan percuma juga diiringi. Rumah-rumah tumpangan dan jamuan khas kepada

musafir dan anak-anak yatim disediakan.

Page 19: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

PENAKLUKAN SEPANYOL

Pada tahun 91 hijrah, Musa bin Nusair dengan keizinan khalifah Al-Walid telah memerintahkan Tariq bin Ziyad mengetuai tentera menyerang Sepanyol.

Tenteranya seramai 7000 orang, mereka menyeberangi lautan menuju ke Jabal Tariq.

Di sana mereka terus membakar kapal-kapal tentera Sepanyol.

Pertempuran hebat berlaku dan disebabkan oleh tentera musuh yang ramai, Tariq memohon bantuan dari Musa bin Nusair.

Dengan bantuan tentera dari Musa bin Nusair, Tariq telah berjaya menawan Qadis, Cordova, Nalaga, Granada dan terus Ke Toledo.

Musa bin Nusair dari arah lain berjaya menawan Seville, Merida dan Madinah Sidona

Akhirnya Musa bin Nusair bercantum dengan tentera Tariq bin Ziyad, dan berjaya menawan Amaya dan Astorga hingga ke sempadan Perancis

Page 20: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Umar bin Abdul Aziz

Page 21: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Kelahiran Umar bin Abdul Aziz

Ummi Ashim menikah dengan Abdul Aziz bin Marwan. Abdul Aziz adalah Gubernur Mesir di era khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 – 705 M) yang merupakan kakaknya. Abdul Mallik bin Marwan adalah seorang shaleh, ahli fiqh dan tafsir, serta raja yang baik terlepas dari permasalahan ummat yang diwarisi oleh ayahnya (Marwan bin Hakam).

Dari perkawinan itu, lahirlah Umar bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan di Halawan, kampung yang terletak di Mesir, pada tahun 61 Hijrah. Umar kecil hidup dalam lingkungan istana dan mewah.

Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil. Beliau senantiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fikih dan juga ulama-ulama. Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Page 22: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Usaha-usaha khalifah Umar

menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

memecat pegawai-pegawai yang tidak cakap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

menghapuskan pegawai pribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Page 23: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Usaha di bidang keagamaan

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW. Beliau juga meriwayatkan hadis dari sejumlah tabiin lain dan banyak pula ulama hadis yang meriwayatkan hadis daripada beliau.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah mengirim 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta mengirim beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Page 24: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Keadilan dan Kesejahteraan

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau ingin semua rakyat dilayani dengan adil tidak memandang keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman kakeknya, Khalifah Umar Al-Khatab.

Pada masa pemerintahan beliau, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Rakyat umumnya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya mau berdikari sendiri. Pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ra, pasukan kaum muslimin sudah mencapai pintu kota Paris di sebelah barat dan negeri Cina di sebelah timur. Pada waktu itu kekausaan pemerintahan di Portugal dan Spanyol berada di bawah kekuasaannya.

Page 25: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

Kemangkatan Umar bin Abdul Aziz

Beliau wafat pada tahun 101 Hijrah ketika berusia 39 tahun. Beliau memerintah hanya selama 2 tahun 5 bulan saja. Setelah beliau wafat, kekhalifahan digantikan oleh iparnya, Yazid bin Abdul Malik.

Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: “Kamu telah sedia maklum bahwa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan.”

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah : 1) At-Tirmizi meriwayatkan bahwa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan” 2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”

Page 26: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

KESIMPULAN Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa Umar bin Abdul Aziz ialah seorang yang

bersifat sederhana,bijaksana, adil dan jujur, alim dan warak serta tawaduk dan zuhud. Beliau juga tidak memanfaatkan langkah-langkah yang disumbangkannya untuk memperkayakan dirinya, malahan beliau mengimbanginya dengan pola hidup yang sederhana dan keperibadian yang terpuji. Sebagai keluarga bangsawan beliau mungkin hidup mewah. Sebelum menjadi khalifah, beliau juga gemar memakai pakaian sutera selain memakai wangi-wangian. Namun begitu, keadaan berubah setelah beliau menjadi khalifah. Beliau juga menolak kuda-kuda kenderaan yang ditawarkan kepadanya oleh petugas kerajaan untuk mengangkut barang-barangnya. Lantas beliau menjual kuda-kuda itu dan memasukkan hasilnya ke dalam tabung negara (Baitulmal).

Pada zaman pemrintahan Al Walid Bin Abdul Malek banyak pembukaan pusat pendidikan seperti universiti, pepustakaan dan hospital. Dengan pembukaan pusat pendidikan banyak melahirkan ilmuan kesihatan,kimia dan astronomi..

Page 27: kerajaan bani umaiyah  zaman pemerintahan al - walid bin abdul malek dan omar bin aziz

WALLAHU A’LAM BIS-SHAWAB