29
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama : SHERLY JEWINLY Angka Giliran Pelajar : Tajuk Tugasan : LAPORAN DAN PENULISAN ILMIAH Pensyarah : PUAN NOR’ AZAH BINTI AHMAD SAFRAN Subjek / Kursus : EDU3063– BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN Tarikh Diterima: Pengakuan Pelajar Saya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru ( Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) 1999. Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :____________________________ Tarikh :_______________________ ( ) Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa Moderator Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEKBORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : SHERLY JEWINLY Angka Giliran Pelajar :Tajuk Tugasan : LAPORAN DAN PENULISAN ILMIAHPensyarah : PUAN NOR’ AZAH BINTI AHMAD SAFRAN

Subjek / Kursus : EDU3063– BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

Tarikh Diterima:

Pengakuan PelajarSaya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru ( Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) 1999.

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :____________________________ Tarikh :_______________________ ( )

Perincian Maklum Balas TugasanPemeriksa ModeratorKekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah.Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

Page 2: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGIIPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Nama & No. Kad Pengenalan Sherly Jewinly

Kod & Nama Kursus EDU3063 Budaya Dalam Pembelajaran

Nama Pensyarah Puan Nor’ Azah binti Ahmad Safran

Deskripsi Tugasan Laporan dan Penulisan Ilmiah

“Saya maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat.

Dengan ini saya akui tugasan ini hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya dijelaskan sumbernya”.

Tanda tangan pelajar :_____________________ Tarikh:_________________

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Tarikh dihantar:_______/_______/_______ Diterima oleh : _____________________

Tarikh disemak : :_______/_______/_______ Dinilai oleh : _____________________

Markah :

Page 3: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

BIODATA

Page 4: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

ISI KANDUNGAN

NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Biodata 1

2 Isi Kandungan 2

3 Penghargaan 3

4 Soalan

5 Laporan

6 Penulisan Ilmiah

7 Refleksi

8 Rujukan

9 Dapatan/Lampiran

Page 5: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang

dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah

kursus Budaya dalam Pembelajaran saya, Puan Nor’ Azah binti Ahmad Safran kerana dengan

tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan

ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya

yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah

memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya

berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekelas saya yang

banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya

dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih

Page 6: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

SOALAN

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh IDEAS (Institute of Democracy and Economic

Affairs) pada 2013 mendapati beberapa punca faktor ketidakhadiran murid Orang Asli ke

sekolah adalah disebabkan oleh kesukaran memahami pembelajaran, kurang berminat

terhadap kerja sekolah, kesukaran dalam menanam minat dan budaya belajar, kurang motivasi

dan semangat untuk ke hadapan dan faktor kegagalan dalam sesuatu mata pelajaran. Isu ini

boleh menjejaskan pencapaian aspirasi pendidikan negara melalui pelaksanaan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 2025).

Droppingout of school in Malaysia: What we know and what needs to be done (2013),

IDEAS (Institute of Democracy and Economic Affairs)

Tugasan :

Tugasan 1 Temubual dan Laporan ( 20 %) [ 600 perkataan ]

Anda dikehendaki meneliti artikel (IDEAS) sebelum melaksanakan satu sesi temubual untuk

mengenal pasti konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia terutamanya

masyarakat Orang Asli yang memberi kesan kepada pencapaian aspirasi murid seperti yang

hasratkan PPPM (2013 2025). Hasilkan laporan lengkap temubual tersebut

Tugasan 2 : Penulisan Esei ( 30%) [ 1000 perkataan ]

i). Huraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan dengan merujuk kepada pelbagai

sumber yang relevan.

ii). Berdasarkan hasil dapatan tugasan 1, analisis kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya

terhadap pengajaran dan pembelajaran. Cadangkan pedagogi inovatif yang sesuai untuk

menangani isuisu kepelbagaian budaya dan bahasa bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah

yang mesra budaya.

Page 7: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

Laporan Lawatan dan Temubual

1.0 Pengenalan

Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek Negeri

Sembilan telah mengadakan kursus Budaya dalam Pembelajaran (EDU3063) sebagai kursus

wajib kepada pelajar 4 PISMP Ambilan Jun 2014. Sehubungan dengan itu, satu lawatan ke

Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom iaitu sebuah sekolah Orang Asli telah dijalankan pada 27

Januari 2016 sebagai pengisian tugasan ini. Temubual juga diadakan bersama beberapa orang

respondan daripada sekolah tersebut.

2.0 Objektif Kajian

Temubual ini dijalankan dengan tujuan memenuhi beberapa objektif seperti berikut:

1. Mengenalpasti latarbelakang sosio-budaya murid-murid Orang Asli

2. Mengenalpasti keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

3. Mengenalpasti masalah yang mengganggu minat dan kecemerlangan murid di

sekolah

3.0 Biodata Responden

RespondenData

Responden 1 Responden 2 Responden 3

Nama Muhd. Akhmal b. Azlan Razlan Kono (Lelaki) Elli Hasli (Lelaki)

Umur 31 tahun 12 tahun 12 tahun

Bangsa Melayu Orang Asli Orang Asli

Pekerjaan Guru Murid Murid

Agama Islam Animisme Animisme

LAPORAN

Page 8: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

4.0 Prosedur Menjalankan Temubual

Terdapat beberapa jenis medium yang dapat digunakan untuk mengumpulkan sesuatu

maklumat dalam membuat penyelidikan. Salah satu daripada medium yang mempunyai

kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temubual. Temubual

merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi ‘face-to-face’ antara penyelidik

dengan informan atau orang yang ditemu bual. Menurut Patton (1980) terdapat

tiga pendekatan dalam temubual iaitu temubual formal, temubual tidak formal dan temubual

terbuka. Semasa kajian ini dilakukan, proses temubual ini dilakukan secara individu dan

berkumpulan di mana temubual dilakukan secara “face-to-face” di antara penulis dan

responden.

5.0 Transkrip Temubual

RESPONDEN 1

Penulis : Selamat pagi cikgu. Apa khabar?

Responden 1 : Selamat pagi. Alhamdulillah, khabar baik.

Penulis : Seperti mana yang kita sedia maklum, hari ini saya akan menemubual cikgu

berkenaan beberapa perkara yang berkaitan dengan murid-murid di

sekolah ini.

Responden 1 : InsyaAllah, saya akan cuba bantu sebaik mungkin.

Penulis : Baiklah cikgu. Pertama sekali, apakah ciri-ciri murid Orang Asli?

Responden 1: Mereka sangat pemalu dan mereka kurang mesra dengan orang baharu. Di dalam kelas, mereka kurang melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka sangat rendah diri. Mereka juga sukar mengingat dan mudah lupa apa yang diajar tetapi nilai moral dalam diri mereka sangat tinggi. Mereka sangat menghormati guru dan tidak suka buat bising dalam kelas dan amat mustahil untuk mereka melakukan perbuatan-perbuatan seperti mencuri dan mengacau rakan dalam kelas. 97 peratus daripada murid-murid di sekolah ini berkepercayaan animisme.

Page 9: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

Penulis : Bagaimanakah kehadiran murid-murid Orang Asli ke sekolah?

Responden 1 :

Penulis : Adakah kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Responden 1 : Guru-guru membuat pelbagai jenis bahan bantu mengajar untuk menarik minat murid untuk belajar.

Penulis : Adakah pencapaian murid memuaskan?

Responden 1 :

Penulis : Adakah murid dari sekolah ini yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi?

Responden 1 :

Penulis : Baiklah, nampaknya sesi temubual kita sudah sampai ke penghujungnya. Terima kasih cikgu.

Responden 1 : Sama-sama

RESPONDEN 2 & 3

Penulis : Selamat pagi Razlan dan Elli. Kamu berdua sihat?

Responden 2&3 : Sihat.

Penulis : Syukur. Kamu suka datang ke sekolah?

Responden 2&3 : Suka. Boleh jumpa kawan dan cikgu.

Penulis : Apa cita-cita kamu?

Responden 2

Responden 3

:

:

Polis.

Bomba.

Beberapa orang murid sering ponteng sekolah kerana membantu ibu bapa mereka memburu dan masuk hutan. Ada juga murid yang kurang berminat untuk ke sekolah dan memutuskan untuk tidak hadir selama berbulan-bulan.

Setakat ini ada seorang murid yang pernah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Pencapaian murid-murid lain setakat ini masih kurang memuaskan dan kami masih cuba untuk meningkatkan pencapaian murid.

Seorang guru dari sekolah ini juga merupakan bekas murid dari sekolah ini dan ada seorang bekas murid di sini yang sedang melanjutkan pelajarannya di IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Page 10: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

Penulis : Apa hobi kamu pada masa lapang?

Responden 2&3 : Memburu.

Penulis : Lepas balik dari sekolah kamu buat apa?

Responden 2

Responden 3

:

:

Masuk hutan cari sayur.

Jaga adik atau memburu.

Penulis

Responden 2&3

Penulis

Responden 2&3

:

:

:

:

Kamu makan apa setiap hari dekat rumah?

Paku pakis masak ikan sardin dalam tin ataupun rusa.

Baiklah . Sampai sini sahaja sesi temubual kita. Terima kasih,

Sama-sama.

6.0 Hasil Dapatan Temubual

Penulis mendapati bahawa ciri-ciri murid Orang Asli iaitu pemalu, rendah diri, suka

membantu guru dan mudah lupa apa yang diajar. Hampir semua murid memegang

kepercayaan animisme namun mereka mengamalkan nilai murni dengan baik sekali. Penulis

juga mendapati bahawa terdapat beberapa murid Orang Asli sering ponteg ke sekolah kerana

membantu ibu bapa mereka mencari makanan di dalam hutan serta kurang minat ke sekolah

kerana menghadapi kesukaran memahami dan mengingati isi pelajaran. Juga didapati bahawa

pelbagai bahan bantu mengajar dicipta untuk membantu murid meningkatkan pencapaian

dalam pembelajaran. Pencapaian pembelajaran murid masih kurang memuaskan namun

terdapat seorang murid yang cemerlang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun

2015 dan seorang bekas murid sekolah tersebut sedang melanjutkan pelajaran di IPG Ilmu

Khas manakala seorang lagi kini sedang berkhidmat di sekolah itu sendiri sebagai seorang

guru.

Melalui hasil temubual dengan murid, penulis mendapati bahawa terdapat murid yang

berminat untuk datang ke sekolah untuk bertemu rakan-rakan serta guru-guru dan turut

menyimpan cita-cita untuk menjadi orang yang berjaya pada suatu hari nanti seperti menjadi

polis. Penulis juga mendapati bahawa aktiviti harian murid di sekolah tersebut ialah masuk ke

hutan untuk membantu ibu bapa mereka memburu dan mencari makanan serta menjaga adik

manakala makanan harian mereka ialah paku pakis dan dimasak dengan lauk lain seperti

Page 11: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

haiwan buruan dan juga ikan sardin dalam tin. Hobi murid-murid juga kebanyakkannya ialah

memburu.

7.0 Kesimpulan

Melalui hasil dapatan tersebut, satu inovasi dalam pedagogi perlulah dilakukan untuk

membantu murid-murid Orang Asli mendapat kesamarataan dalam pembelajaran untuk

memberikan mereka peluang bagi turut serta memperoleh ilmu pengetahuan seperti murid-

murid lain.

(629 patah perkataan)

Page 12: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

1.0 Pengenalan

Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013 – 2025 bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi,

sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, jurang

pendidikan perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti, dan kualiti dapat dipertingkatkan sama ada

daripada aspek lokasi iaitu jurang antara bandar dan luar bandar, jurang teknologi, jurang

antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas

serta jurang sosioekonomi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Namun begitu secara

realitinya di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil masyarakat yang masih tercicir dalam

sektor pendidikan berbanding dengan kaum lain. Masyarakat yang dimaksudkan ialah

masyarakat Orang Asli (Doris et al. ,2012). Merujuk kepada laporan temubual yang telah

disediakan di atas, didapati bahawa keciciran Orang Asli dalam sektor pendidikan jelas dilihat

sejak daripada sekolah rendah lagi. Oleh yang demikian, satu inovasi pedagogi untuk

mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bagi menangani isu kepelbagaian

budaya dan bahasa serta keciciran pendidikan ini perlulah dilakukan.

2.0 Ciri-ciri Sosiobudaya dan Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Merujuk kepada laporan temubual bersama respondan 1 iaitu seorang guru di SK Bukit

Tadom (A), dinyatakan bahawa murid-murid Orang Asli adalah sangat pemalu. Mereka

mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan diri dengan orang baharu dan mereka

kurang melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana sikap pemalu

mereka yang keterlaluan. Sikap pemalu mereka ini adalah disebabkan oleh perasaan rendah

diri yang timbul dalam diri mereka apabila jarang sekali menonjolkan diri di kawasan yang

menjadi tumpuan ramai orang. Apabila murid-murid dikumpulkan di satu sekolah bersama guru-

guru yang jarang mereka temui, mereka berasa malu dan sangat rendah diri (Mohamed Sabri,

Mohd Azli , Ismail, & Sarimah, 2007). Disebabkan oleh sikap pemalu murid-murid Orang Asli ini,

mereka malu untuk melibatkan diri dalam pembelajaran terutamanya apabila guru

mengarahkan murid untuk berdiri dan membaca dengan kuat dan menulis jawapan pada papan

PENULISAN ILMIAH

Page 13: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

tulis. Bilik darjah akan menjadi suram dan hambar kerana kurangnya penglibatan dan respon

daripada murid.

Selain itu, respondan 1 juga menyatakan bahawa murid-murid Orang Asli mempunyai

kesukaran untuk mengingati apa yang diajar di dalam kelas. Mereka cuma mampu mengingat

isi pelajaran yang disampaikan dalam jangka masa pendek sahaja dan mereka cenderung

melupakan apa yang dipelajari. Kadangkala, murid-murid lupa apa yang diajar di dalam kelas

pada hari kemarin dan pada hari seterusnya mereka tidak mampu mengingat kembali apa yang

diajarkan oleh guru. Ingatan jangka pendek murid-murid Orang Asli ini adalah disebabkan oleh

kurangnya tumpuan mereka dalam kelas dan tidak berlaku perkaitan antara apa yang diajarkan

di dalam kelas dengan apa yang mereka lalui pada kehidupan harian mereka (Mazdi Marzuki,

Jabil Mapjabil, & Rosmiza Mohd Zainol, 2014). Disebabkan oleh sifat mudah lupa mereka ini,

guru menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembelajaran dari satu unit ke unit yang lain

kerana murid-murid menghadapi kesukaran menguasai satu-satu unit pembelajaran. Perkara ini

menyebabkan rancangan pengajaran tahunan guru terganggu dan silibus tidak dapat

dihabiskan mengikut peracangan.

Mohamed Sabri, Mohd Azli , Ismail dan Sarimah (2007) turut menyatakan bahawa salah

satu masalah murid Orang Asli ini ialah mereka suka menyembunyikan kerja rumah daripada

ibu bapa mereka. Oleh kerana itu, ibu bapa yang kurang prihatin mengenai pendidikan anak-

anak tidak akan bertanya jika anak-anak mereka ada kerja sekolah seterusnya mereka akan

membawa anak-anak mereka ke hutan untuk memburu dan mencari tumbuhan-tumbuhan

hutan untuk dijadikan makanan. Murid-murid tidak akan mempunyai masa untuk mengulang

kaji dan menyiapkan kerja rumah dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mempersiapkan diri

untuk menerima isi pembelajaran seterusnya. Ibu bapa yang tidak peduli mengenai pendidikan

anak-anak juga sering membawa anak-anak mereka memburu dan memasuki hutan pada

waktu persekolahan dan murid-murid jarang dapat datang ke sekolah. Menurut respondan 1,

paling lama muridnnya tidak datang ke sekolah adalah selama 3 bulan setengah kerana

membantu ibu bapanya bekerja bercucuk tanam dan memburu di dalam hutan untuk

memastikan kelangsungan hidup. Hal ini menyebabkan murid ketinggalan banyak tajuk-tajuk

dan topik penting. Murid akan menghadapi kesukaran untuk mengejar dan menangkap apa

yang diajar oleh guru apabila murid terus belajar dalam topik baru tanpa mempelajari topik-topik

sebelumnya.

Page 14: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

3.0 Inovasi Pedagogi

Salah satu inovasi pedagogi untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra

budaya bagi menangani isu kepelbagaian budaya dan bahasa serta keciciran pendidikan ini

ialah dengan mengaitkan PdP dengan situasi hidup harian murid-murid Orang Asli. Inovasi

bahan dan inovasi idea bolehlah dilakukan oleh guru. Oleh itu, guru perlulah terlebih dahulu

mengkaji dan mengenalpasti budaya Orang Asli. Setelah itu, guru bolehlah mengaitkan situasi

kehidupan harian murid-murid dengan PdP berbanding menggunakan perkaitan yang biasa

dilakukan dengan murid-murid sekolah biasa. Contohnya, dalam mata pelajaran Reka Bentuk

dan Teknolgi di bawah tajuk jahitan, guru bolehlah mengarahkan murid-murid Orang Asli untuk

membawa kulit haiwan buruan mereka seperti kulit ular dan biawak ke sekolah untuk dijadikan

medium jahitan. Seterusnya, guru bolehlah mengajar murid-murid menghasilkan satu artikel

jahitan menggunakan medium jahitan tersebut seterusnya menjelaskan tentang kelebihan-

kelebihan dan info-info mengenai medium jahitan tersebut seperti harga produk-produk yang

dihasilkan menggunakan medium-medium tersebut di pasaran. Dengan itu, sikap ingin tahu

murid akan membuak-buak dan mereka akan bertanya kepada guru. Apabila murid bertanya

kepada, satu interaksi akan berlaku dan ini memberi peluang kepada guru untuk lebih

mendekati muridnya dan secara tidak langsung sikap rendah diri dan pemalu murid dapat

dikurangkan. Ini akan mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang mesra budaya selain

membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi tersebut di rumah kelak.

Sudah menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi

membantu perkembangan murid kerana tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua

kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah mengenai kurikulum

(Marzano,2003). Oleh itu, untuk membolehkan murid melakukan perbincangan dan perkongsian

ilmu semasa dalam proses belajar menjahit medium jahitan yang telah dinyatakan, guru

bolehlah menyusun kedudukan meja kerusi murid kepada kedudukan berkumpulan dan boleh

menggalakkan perbincangan. Menurut Woolfork (1990), guru bolehlah menggunakan motivasi

dan kuasa dalaman seperti memberi pujian, galakkan, ganjaran dan lain-lain untuk meransang

minat murid untuk belajar dan mengawal tingkah laku murid.

Seterusnya, guru juga boleh menginovasikan bahan dalam PdP menggunakkan

sumber-sumber yang murid boleh dapati daripada kawasan persekitaran mereka. Contohnya,

bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani, guru bolehlah menginovasikan satu permainan

tradisional Orang Asli seperti sumpit dengan menambahkan elemen baru seperti papan dart

Page 15: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

untuk menjadikan permainan lebih bersistem. Dengan itu, guru bolehlah mengarahkan murid

untuk mencari bahan-bahan seperti buluh untuk dijadikan sumpit dan anak sumpit. Kerjasama

daripada ibu bapa bolehlah dipupuk dengan meminta pertolongan ibu bapa murid-murid untuk

turut serta membantu anak-anak mereka mencari bahan-bahan demi keberkesanan

pembelajaran. Guru bolehlah berjumpa sendiri dengan ibu bapa murid-murid dan menerangkan

dengan jelas mengenai rancangan pengajaran supaya ibu bapa dapat membantu sejauh mana

yang mereka mampu dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi semangat guru

untuk tidak berputus asa mendidik murid-murid Orang Asli. Seterusnya, guru bolehlah

membimbing murid untuk menhasilkan sumpit dan anak sumpit menggunakan bahan-bahan

yang telah murid cari. Setelah sumpit dan anak sumpit siap, guru bolehlah menggunakan

polistrena untuk melukis “ring” untuk dijadikan papan dart. (Sila rujuk lampiran bagi melihat cara

permainan dan peraturan permainan Sumpit Dart).

Gambar 1: Gambar 1 menunjukkan papan dart yang boleh digunakan untuk bermain permainan “Sumpit Dart”

Kemudian, guru bolehlah menerangkan kepada murid mengenai cara dan peraturan permainan

serta cara pengiraan mata. Melalui ini, murid-murid bukan sahaja dapat bermain dan

mengekalkan permainan tradisional mereka malah mereka dapat belajar membina

menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di persekitaran mereka dan mereka juga dapat

belajaruntuk bermain dengan lebih bersistem dan dalam masa yang sama mereka juga dapat

Page 16: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

belajar mengira. Menurut Agustini D (2014) , minda murid bukan sahaja makin berkembang

apabila dapat bermain dengan seronok semasa belajar malah minat mereka untuk mencuba

dan bereksperimen akan meningkat. Inovasi ini juga mampu menghasilkan satu persekitaran

mesra budaya yang mampu menggalakkan murid-murid Orang Asli untuk terus berminat dan

berusaha dalam menimba ilmu.

4.0 Kesimpulannya

Inovasi pedagogi amat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan murid-murid Orang

Asli terus berminat untuk belajar. Apabila timbulnya kesedaran dan minat dalam diri mereka

untuk belajar, kadar keciciran pendidikan dalam masyarakat kecil ini akan semakin berkurangan

dan jurang pendidikan dapat dirapatkan menyebabkan akses, ekuiti, dan kualiti dapat

dipertingkatkan. Oleh itu, para pendidik haruslah memikirkan idea-idea bernas untuk

mewujudkan inovasi pedagogi yang berkesan untuk memastikan berkurangnya keciciran dalam

kalangan masyarakat orang asli yang sering dilepas pandang kerana mereka juga manusia dan

mereka layak menerima kesamarataan pendidikan seperti yang dinyatakan dalam PPPM 2013-

2025 iaitu pendidikan adalah untuk semua murid tanpa mengira apa jua keadaan atau

kebolehan murid dan harus diberi perhatian mengikut keperluan masing-masing

(1020 Patah Perkataan)

Page 17: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa yang

dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi

masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah, saya dapat

memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia memudahkan saya untuk

merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses saya menyiapkan

kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk

difahami. Sebagai contoh, sebelum ini, pemahaman saya mengenai kesedaran kepelbagaian

sosiobudaya adalah agak kurang. Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini

dapat memahami dengan tajuk tersebut terutamanya adat resam masyarakan Orang Asli.

Selain itu, saya juga dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan responden-

responden secara lisan dengan betul semasa menemu bual mereka untuk mendapatkan

maklumat-maklumat bagi melengkapan kerja kursus ini. Sebelum ini, kemahiran berkomunikasi

saya agak kurang namun, setelah melaksanakan kerja kursus subjek Budaya Dalam

Pendidikan ini, saya dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Saya juga amat

bangga dengan pencapaian saya iaitu mampu bercerita dengan anak-anak Orang Asli dengan

lancar kerana mereka juga bercakap bahasa Melayu baku seperti saya. Oleh itu, saya tidak

menghadapi masalah ketika menemubual mereka dan tiadanya soalan seperti “Adakah kamu

daripada Indonesia?” ketika berkomunikasi dengan murid-murid SK Bukit Tadom (A). Semasa

melaksanakan kerja kursus ini juga, saya dapat menguasai komunikasi lisan dengan baik dan

berkesan semasa berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan sekelas dan ini

merupakan salah satu perkara yang harus saya banggakan kerana sebelum melaksanakan

kerja kursus ini, saya kurang berkomunikasi secara lisan dengan rakan-rakan saya disebabkan

oleh kurangnya keyakinan komunikasi kerana di rumah saya dan ahli keluarga saya bertutur

dalam bahasa Dusun iaitu bahasa ibunda kaum saya. Sebelum ini, tidak pernah terlintas di

fikiran saya untuk mengadakan temu bual dan ke atas orang lain. Namun, semasa

melaksanakan kerja kursus ini, saya berpeluang untuk menemubual dan ke atas dua orang

murid tahun 6 dan seorang guru. Ini merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan

bagi saya kerana sebelum ini, saya kurang mengambil kisah tentang perbezaan orang-orang di

sekeliling saya terutamanya dari segi budaya seperti budaya kaum minority seperti Orang Asli.

REFLEKSI

Page 18: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

Seterusnya, dalam usaha melaksanakan tugasan pertama dalam kerja kursus ini, saya

kini lebih memahami tajuk-tajuk yang kami pelajari bagi kursus Budaya Dalam Pembelajaran ini.

Setelah melaksanakan kerja kursus ini, lebih yakin dan lebih mengingati topik-topik dan teori-

teori yang dibincangkan semasa kuliah berlangsung kerana saya dapat melaksanakan dan

melihat sendiri bagaimana pengendalian budaya dalam pembelajaran semasa lawatan ke SK

Bukit Tadom dan ketika membuat banyak pembacaan bagi melaksanakan kerja kursus ini.

Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini

terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan tugasan

yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk menyiapkan satu penulisan

ilmiah dengan tajuk yang agak sukar. Oleh itu, saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai

sumber seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Salah satu cabaran yang saya hadapi

ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku dan bahan rujukan

kerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada kami adalah

agak terhad dan kumpulan TESL juga mendapat tajuk kerja kursus yang sama. Oleh itu, buku

agak terhad dan saya terpaksa bersabar untuk menanti buku yang seharusnya saya pinjam

dikembalikan oleh peminjam di perpustakaan. Selain itu, saya juga mempelajari erti kesabaran

ketika memerah otak untuk memikirkan idea-idea yang mantap bagi melengkapkan kerja kursus

ini. Hasil daripada kesabaran saya, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini atas hasil titik

peluh saya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas dan

rakan-rakan daripada kelas TESL semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling

membantu antara satu sama lain terutamanya dalam perbincangan kami semasa menyiapkan

kerja kursus ini. Kami saling bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat antara satu sama

lain bagi menyiapkan kerja kursus ini. Kami juga saling bekerjasama dalam bertukar-tukar

sumber rujukan seperti buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-rakan seperjuangan

juga semakin erat dan kukuh secara tidak langsung.

Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak pernah

bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam memberikan

pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun

banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang membina saya untuk terus

bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Page 19: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

Laporan Status Hak Pendidikan Kanak-kanak Orang Asli. (2010, Julai 11). Retrieved Aprli 7,

2016, from Suhakam.org:

http://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2013/12/Laporan-Status-Hak-

Pendidikan-Kanak-Kanak-Orang-Asli-2010.pdf

Abdul Talib Bon. (2002). Kenali Kami: Masyarakat Orang Asli. Kolej Universiti Teknologi Tun

Hussein Onn, Johor.

Agustini D. (2014). Permainan Tradisional Sebagai Media Simulasi Perkembangan Kanak-

kanak. Permainan Tradisional Dalam Perkembangan Kanak-kanak, 45-55.

Ahmad, S. (2013). Strategi kurangkan keciciran pelajar Orang Asli. Kuala Lumpur: Utusan

Malaysia.

Hazuan, H. (2014, September 22). Kajian Kes Pendidikan Orang Asli di Malaysia. Retrieved

April 7, 2016, from SlideShare: http://www.slideshare.net/AzuanHafifi/kajian-kes-kajian-

pendidikan-orang-asli-di-malaysia

Jamilah Yusof. (2014, April 1). Laporan Temubual. Retrieved April 8, 2016, from

Documents.Tips: http://documents.tips/documents/laporan-temubual.html

Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil, & Rosmiza Mohd Zainol. (2014). Mengupas keciciran pelajar

Orang Asli Malaysia: Suatu tinjauan. Tanjung Malim, Perak: Jabatan Geografi & Alam

Sekitar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohamed Sabri, Mohd Azli , Ismail, & Sarimah. (2007). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Keciciran Pelajaran Pelajar Orang Asli Di Zon Chini, Pahang. Bachelor's thesis,

Universiti Teknologi Malaysia.

Rahziyah K. (2006). Kanak-kanak Pelupa. Selangor: PTS Publisher.

Siti Hajar Abu Bakar Ah. (2005). Pengantar Dasar Sosial Malaysia. Universiti Malaya. Kuala

Lumpur.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Muhamad , & Maridah Hj. Ali. (2013). Perkembangan Kanak-kanak.

Selangor: Oxford Fajar.

Zikri, M. S. (2014). Kadar Keciciran Pelajar Orang Asli Masih Tinggi. Kuala Lumpur: Sinar

Harian.

RUJUKAN

Page 20: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

/

Langkah-langkah permainan Sumpit Dart adalah seperti berikut:

1. Pemain mengambil 3 anak Sumpit dan 1 Sumpit

2. Pemain bersedia di kawasan permainan

3. Pemain berdiri di belakang garisan yang telah ditetapkan

4. Pemain meniup anak Sumpit menggunakan Sumpit untuk menyasarkan “ring” pada

papan sasaran

5. Pemain harus menghabiskan ketiga-tiga peluru

6. Mata tidak akan diberi sekiranya peluru terkeluar daripada “ring”

Peraturan-peraturan permainan Sumpit Dart adalah seperti berikut:

1. Pemain perlu berada di belakang garisan yang telah ditetapkan

2. Pemain perlu mempunyai 3 anak Sumpit dan 1 Sumpit

3. Anak Sumpit perlu ditiup menggunakan Sumpit

4. Anak Sumpit perlu disasarkan pada “ring” atas papan sasaran

5. Mata tidak akan diberi sekiranya peluru terkeluar daripada “ring”

LAMPIRAN

Penyumpit

Anak sumpit

Page 21: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

6. Pemain perlu beratur, menunggu giliran dan tidak berebut-rebut semasa bermain

permainan ini

Pemberian mata permainan Sumpit Dart adalah seperti berikut:

2

4

6

8

10

Page 22: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

Gambar 2: Salah 1 responden saya iaitu Razlan

Page 23: Kerja kursus budaya dalam pembelajaran

Gambar 3: Salah satu responden saya iaitu Elly