37
1.0 PENEGENALAN Pada era modenisasi ini, bidang sains dan teknologi berkembang pesat dan telah menyumbangkan berbagai-bagai sumbangan dalam semua bidang. Melalui sains dan teknologi, taraf kehidupan manusia semakin meningkat dan selesa. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, teknologi bermaksud kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal, manakala sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya dan cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti fizik, kimia, biologi, dan lain-lain. Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan makanan perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan bantuan sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis makanan juga dapat dihasilkan untuk memenuhi permintaan konsumer. Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Menurut Sayyid Sabiq (tahun 1915-2000), makanan merupakan sesuatu yang boleh dimakan oleh manusia dengan tujuan menjaga kesihatan, mendapatkan tenaga, kekuatan dan sebagainya. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis makanan dicipta oleh nenek moyang kita sebagai contohnya mi, kuih muih dan biskut. Heong Peah, merupakan makanan tradisional (Kantonis: Heong Peng, Hokkien: Heong Peah) dalam masyarakat Cina di Malaysia terutamanya pastri, dalamnya terdapat maltosa. Kulit Heong Peah ini adalah rangup dan serbuk biskut mudah jatuh semasa makan. Pada masa yang lalu, biskut ini berbentuk seperti kuku kuda, oleh itu nama biskut ini dinama sebagai kek ladam. Selain itu, apabila membakar biskut ini, bau yang wangi akan menarik orang ramai untuk menikmatinya. Heong Peah adalah campuran pelbagai bahan penaik lalu membakarnya menjadi biskut. Menurut legenda pada asalnya, biskut ini merupakan makanan istana pada Dinasti Tang, di China. Semasa 1

Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

1.0 PENEGENALAN

Pada era modenisasi ini, bidang sains dan teknologi berkembang pesat dan telah

menyumbangkan berbagai-bagai sumbangan dalam semua bidang. Melalui sains dan

teknologi, taraf kehidupan manusia semakin meningkat dan selesa. Menurut Kamus

Dewan Edisi Ketiga, teknologi bermaksud kaedah atau proses menangani sesuatu

masalah teknikal, manakala sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur

(sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya dan cabang ilmu

pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti fizik,

kimia, biologi, dan lain-lain.

Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia

berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan

makanan perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan

bantuan sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan

pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, pelbagai

jenis makanan juga dapat dihasilkan untuk memenuhi permintaan konsumer.

Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Menurut Sayyid Sabiq

(tahun 1915-2000), makanan merupakan sesuatu yang boleh dimakan oleh manusia

dengan tujuan menjaga kesihatan, mendapatkan tenaga, kekuatan dan sebagainya. Oleh

itu, terdapat pelbagai jenis makanan dicipta oleh nenek moyang kita sebagai contohnya

mi, kuih muih dan biskut.

Heong Peah, merupakan makanan tradisional (Kantonis: Heong Peng, Hokkien:

Heong Peah) dalam masyarakat Cina di Malaysia terutamanya pastri, dalamnya

terdapat maltosa. Kulit Heong Peah ini adalah rangup dan serbuk biskut mudah jatuh

semasa makan. Pada masa yang lalu, biskut ini berbentuk seperti kuku kuda, oleh itu

nama biskut ini dinama sebagai kek ladam. Selain itu, apabila membakar biskut ini, bau

yang wangi akan menarik orang ramai untuk menikmatinya.

Heong Peah adalah campuran pelbagai bahan penaik lalu membakarnya

menjadi biskut. Menurut legenda pada asalnya, biskut ini merupakan makanan istana

pada Dinasti Tang, di China. Semasa isteri pertama Maharaja Tang Tai Zhong, kembali

ke Shaa Xi untuk melawat saudara-mara, biskut ini adalah dibawa bersamanya.

Seterusnya, pencuci mulut istana ini tersebar kepada orang awam. Terdapat perubahan

1

Page 2: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

dalam pelbagai bentuk dan perasa telah diperkenalkan bersesuaian dengan peredaran

masa.

Di sekitar Malaysia, Heong Peah berasal dari kawasan Fujian Tongan. Pada

abad yang lalu, terdapat pendatang dari Fujian datang ke Semenanjung Tanah Melayu

untuk mencari rezeki. Cara-cara pembuatan Heong Peah ini mula tersebar ke

Semenanjung Tanah Melayu oleh mereka terutamanya orang bangsa Fujian yang

berkumpul di Perak. Heong Peah menjadi makanan popular di bandar-bandar Perak

khususnya, seperti Teluk Intan, Taiping, Gunung Rapat, misalnya Teluk Intan adalah

paling terkenal dalam penghasilan Heong Peah.

Selepas masa seratus tahun, terdapat perbezaan yang besar di antara Malaysia

dan di kawasan Fujian Tongan dalam pembuatan Heong Peah. Heong Peah yang dibuat

di Malaysia adalah menggunakan tepung, maltosa dan gula sebagai bahan mentah, dan

melampirkan Heong Peah pada dinding relau penaik untuk membakarnya. Kini, lebih

banyak orang memilih membakar Heong Peah di dalam ketuhar.

Di samping, maltosa merupakan rasa asal Heong Peah. Terdapat juga pelbagai

perasa seperti durian, kopi, dan daun pandan dihasilkan pada masa kini. Selain Perak,

kedai biskut Heong Peah juga terdapat di tempat-tempat lain seperti Pulau Pinang,

Kedah, Melaka dan Johor. Hal ini demikian, biskut Heong Peah telah menjadi salah

satu makanan tradisional arus perdana tempatan.

Untuk meningkatkan penghasilan Heong Peah, sains dan teknologi telah dibawa

masuk ke dalam bidang ini. Kaedah ini telah mengubah proses pembuatan Heong Peah

daripada cara pembuatan tradisional, iaitu menggunakan mesin automatik. Dengan

menggunakan mesin atomatik ini, tenaga manusia yang diperlukan dalam membuat

Heong Peah telah dikurangkan berbanding dengan cara tradisional. Bukan begitu

sahaja, masa penghasilan Heong Peah dapat dikurangkan dan kuantitinya dapat

ditingkatkan dengan efektif.

Kajian ini dijalankan atas rasional generasi muda kini semakin melupakan

makanan tradisional dan tidak mempunyai pengetahuan tentang penghasilan makanan

tradisional. Hal ini demikian kerana, teknologi pada zaman ini berkembang semakin

pesat, dan ramai generasi muda leka akan perubahan teknologi yang baru ini sehingga

tidak mengambil tahu akan makanan tradisional yang melambangkan identiti bangsa

2

Page 3: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

sendiri. Senario ini akan menyebabkan kewujudan makanan tradisional seperti biskut

Heong Peah akan dilupakan dalam generasi yang akan datang. Justeru, tajuk kajian ini

dipillih adalah untuk membuat pendedahan kepada generasi muda terutamanya bangsa

Cina tentang kewujudan biskut Heong Peah.

Selain itu, kajian ini juga dijalankan atas sebab masyarakat kini kurang

pengetahuan dan tidak mengambil tahu tentang proses membuat makanan tradisional

dan kepentingan aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan makanan. Mereka

hanya tahu membeli makanan dari pasar raya dan bagi mereka, proses membuat

makanan sangat senang sahaja. Fenomena ini memyebabkan masyarakat kini tidak

menghargai makanan yang sedia ada pada mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk

meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap proses membuat makanan tradisional

dan bagaimana sains dan teknologi membantu dalam proses membuat makanan.

Heong Peah merupakan makanan tradisional dalam kalangan kaum Cina di

Malaysia. Makanan tradisional ini melambangkan identiti bangsa dan sebagai keunikan

di Malaysia. Justeru, generasi muda harus menghargai makanan tradisional di Malaysia

supaya ia dikekalkan turun-temurun.

3

Page 4: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian dibentuk adalah untuk mendapat tujuan dapatan dan hasil kajian.

Masalah yang kita menjangkakan akan dihadapi dan dibentuk melalui rangka kerja

teoritikal atau konseptual maka secara tidak langsung. Kita dapat membentuk objektif

kajian supaya kajian mampu dicapai dan diukur.

Terdapat dua objektif yang ditetapkan untuk kajian ini iaitu:

i. Mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan biskut

Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang.

ii. Mengkaji kesan sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan dan

pemasaran biskut Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang.

4

Page 5: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta Negeri Pulau Pinang

Peta 1 : Pulau Pinang, Malaysia

Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/Penang

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat

laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat

Melaka. Ibu negeri  Pulau Pinang ialah George Town. Kepadatan penduduk di

negeri Pulau Pinang ialah 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan

865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai.

5

Page 6: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

3.2: Peta Sungai Jawi, Pulau Pinang

Peta 2: Sungai Jawi, Pulau Pinang

Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/Sungai+Jawi,+Pulau+Pinang/

Jawi adalah sebuah bandar di Seberang Perai Selatan. Ia mengambil namanya

selepas sungai yang berjalan melalui kawasan itu, Sungai Jawi. Perkampungan utama

di kawasan itu juga dikenali sebagai Sungai Jawi, yang terletak di timur laut dari

Nibong Tebal. Antara kampung-kampung dan penempatan di kawasan Jawi termasuk

Kampung Jawi, Pekan Sungai Jawi, Taman Jawi Jaya, Kampung Makau Suah, Taman

seruling Emas, Taman Kesuma dan Kampung Changkat Diam. Kawasan ini hanya 5

km dari sempadan Kedah.

6

Page 7: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

3.3: Peta Kampung Valdor

Peta 3: Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang

Sumber :https://www.google.com.my/maps/place/Kampung+Valdor,+Sungai+Jawi,

+Pulau+Pinang

Terdapat sekira-kiranya 10,000 orang penduduk di Kampung Valdor, antaranya

99.5% orang kaum cina. Kampung Valdor merupakan ketiga besar kampung orang

cina. Ekonomi Kampung Valdor adalah tertumpuan dalam pertanian dan perternakan.

7

Page 8: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

3.4: Gambar Kampung Valdor

Foto 1 : Kampung Valdor

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Terdapat pelbagai kedai perniagaan di Kampung Valdor. Kegiatan ekonomi

utama kampung ini adalah seperti pertanian dan perternakan. Kampung Valdor juga

mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)

Valdor sebagai tempat penduduk untuk mendapat ilmu.

8

Page 9: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem

yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau

disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak

dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang

digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Antara

perkara penting yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara mendapatkan

responden, cara mendapatkan maklumat dan data responden serta teknik memproses

dan mempersembahkan data.

4.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu perkara yang amat penting dalam

melakukan sesuatu penyelidikan. Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk

bukan eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan

boleh dibezakan kepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan

deskriptif boleh digunakan dalam kajian kuantitatif dan kualitatif dan biasanya

bertujuan untuk memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi

peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-

soalan tinjauan. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan.

Bentuk kajian tersebut digunakan untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang

digunakan dalam penghasilan biskut Heong Peah dan mengkaji kesan sains dan

teknologi yang digunakan dalam penghasilan biskut Heong Peah di Kampung Valdor.

4.3 Instrumen Kajian

Dalam metodologi kajian ini terdapat beberapa kaedah termasuk soal selidik,

temu bual, pemerhatian dan rujukan. Soal selidik adalah tujuan menepati objektif kajian

dan dapat mengumpulkan maklumat secepat mungkin dengan soalan yang ringkas dan

mudah dijawab oleh responden. Temu bual dijalankan melalui perbualan bersemuka

atas tujuan mendapatkan persepsi, pendapat dan sikap terhadap kajian yang dijalankan.

Pemerhatian pula kaedah memerhatikan perlakuan responden atau penduduk di lokasi

kajian. Rujukan merupakan bahan-bahan yang dirujuk untuk menjalankan kajian

dengan tepat, seperti buku ilmiah, internet , ensaiklopedia, majalah dan akhbar. 9

Page 10: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

4.4 Cara Mendapatkan Responden

Tajuk kajian ini adalah penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan

Heong Peah di Kampung Valdor. Objektifnya ialah untuk mengenal pasti sains dan

teknologi yang digunakan dalam pnghasilan biskut Heong Peah dan mengkaji kesan

sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan dan pemasaran biskut Heong

Peah di Kampung Valdor. Pengkaji telah memilih 30 orang responden dari Kampung

Valdor untuk menjawab soal selidik. Maklumat demografi seperti umur ,bangsa dan

jantina, tahap pendidikan dan perkerjaan akan disediakan dalam borang soal selidik.

Terdapat 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi soal

selidik ini. Hal ini demikian, pemilihan jantina yang seimbang amat diperlukan untuk

mengenal pasti hasil kajian yang diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina

sahaja.

4.4.1 Persampelan Rawak Mudah

Persampelan rawak mudah merupakan satu prosedur di mana setiap

elemen dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai

sampel. Pengkaji akan memilih 30 orang sebagai responden untuk menjawab

soal selidik manakala dalam bahagian temu bual, 3 orang telah dipilih dalam kajian

ini.

4.5 Cara Mendapatkan Maklumat Dan Data Responden

4.5.1 Data Primer

Data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung

dari sumber asli seperti dari lapangan melalui mengkaji dan pemerhatian. Metod

yang digunakan untuk mendapatkan data primer iaitu kaedah soal selidik, temu bual

dan pemerhatian.

(i) Kaedah soal selidik

Kaedah soal selidik terdapat 3 bahagian iaitu Bahagian A merupakan

maklumat diri responden manakala Bahagian B terdapat 10 soalan mengenai

kesan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan dan pemasaran biskut

tradisional, Heong Peah. Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji akan

10

Page 11: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden di Kampung Valdor.

Terdapat 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi

soal selidik ini. Hal ini demikian, pemilihan jantina yang seimbang amat diperlukan

untuk mengenal pasti hasil kajian yang diperolehi ini adalah tidak bias terhadap

satu jantina sahaja. Aspek umur juga terdapat di dalam borang soal selidik

bahagian A. Aspek ini dipilih oleh pengkaji kerana pandangan daripada

pelbagai peringkat umur amat penting supaya dapatan kajian yang diperolehi

lebih tepat.

Manakala Bagi Bahagian B, kajian ini menggunakan skala permarkahan

likert tiga mata yang mengandungi tiga aras, iaitu 1= tidak setuju, 2=setuju,

3=sangat setuju. Kaedah soal selidik yang digunakan dalam kajian ini berbentuk

soal selidik tertutup. Dengan ini, pengkaji dapat mengumpul dan

menganalisiskan data dengan lebih cepat dan efektif. Selain itu, data juga dapat

dipersembahkan dengan lebih jelas dan mudah difahami. Pengkaji akan

menunggu responden menjawab soal selidik sehingga selesai. Hal ini demikian,

semasa pengkaji berada di sisi responden bukan sahaja dapat mengumpul semua

borang soal selidik malah boleh memberi bantuan jika responden tidak faham

akan soalan dalam borang soal selidik. Semua responden telah memberi

kerjasama yang baik .

(ii) Kaedah temu bual

Kaedah temu bual adalah untuk mengenal pasti kebenaran melalui temu

bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka atau temu bual bantuan

komputer. Kaedah temu bual bersemuka digunakan dalam kajian in untuk

mendapat kebenaran tentang penggunaan sains dan teknologi dalam

penghasilan Heong Peah daripada 3 informen yang dipilih dari Kampung Valdor.

Mereka adalah pemilik kilang Heong Peah, Encik Khor Bao Keng, pekerja

Kilang Heong Peah, Puan Ng Geik Choo dan penduduk Kampung Valdor, Encik Lim

Shun Wan. Masa temu bual ialah pada 14 March 2015 dan 15 March 2015 dan

tempoh temu bual ini akan memakan sekurang-kurang 15 minit setiap responden.

Pengkaji telah mengemukakan 5 soalan yang berkaitan dengan penggunaan sains

dan teknologi dalam penghasilan biskut tradisional Heong Peah. Pengkaji juga akan

11

Page 12: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

meminta pendapat responden tentang kajian ini untuk mengukuhkan dapatan

kajian yang diperoleh.

Analisis kaedah temu bual yang telah dilakukan oleh pengkaji dan telah

dipaparkan dalam jadual.

Bil Nama Pekerjaan Tarikh Masa Tempoh

1 Khor Bao

Keng

Pemilik kedai Biskut

Heong Peah

14/3/2015 10.30 pagi 15 minit

2 Ng Geik Choo Pekerja Di Kedai

Biskut Heong Peah

14/3/2015 11.20 pagi 12 minit

3 Lim Shun Wan Penjaja 15/3/2015 2.30 petang 10 minit

Jadual 1 : Analisis Temu Bual

Sumber: Kajian Lapangan 2015

(iii) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah terawal dalam penyelidikan.

Kaedah ini dijalankan bertujuan memahami dan mengetahui situasi lapangan

kajian dan memperoleh semua maklumat secara langsung. Pengkaji akan

melihat sendiri teknologi moden atau mesin-mesin yang digunakan dalam

penghasilan Heong Peah. Proses penghasilan biskut Heong Peah yang menggunakan

teknologi moden juga akan diperhatikan oleh pengkaji. Gambar-gambar akan

diambil dari tempat kajian semasa pemerhatian dibuat sebagai bukti dalam

kajian ini.

4.5.2 Data sekunder

Data sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperoleh

peneliti secara tidak langsung melalui media perantara. Pengkaji telah

menggunakan kaedah rujukan sebagai data sokongan.

Rujukan merupakan satu hubungan di antara objek-objek dalam mana

satu objek dirangka dengan mengaitkan dengan objek yang lain. Pengkaji telah

mencari pelbagai bahan rujukan seperti surat khabar Dong Fang Jit Poh dan

Utusan Malaysia serta Kamus Dewan Edisi Keempat dari perpustakaan sekolah 12

Page 13: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

dan perpustakaan awam. Bahan akhbar telah digunakan untuk memperoleh

maklumat tentang aplikasi sains dan teknologi dalam makanan manakala

Kamus Dewan Edisi Keempat pula digunakan untuk mencari definisi perkataan

dalam kajian ini. Bahan laman web juga digunakan oleh pengkaji untuk

mencari maklumat yang mengenai penggunaan sains dan teknologi dalam

penghasilan Heong Peah. Kaedah ini dijalankan untuk mendapat bukti dalam

dapatan kajian dan dapat dikukuhkan oleh pengkaji.

4.6 Teknik Memproses Dan Mempersembahkan Data

Selepas borang soal selidik siap dikumpul, menganalisis kajian akan dilakukan.

Dalam borang soal selidik Bahagian A, data yang diperoleh dibahagikan kepada

jantina, kelas umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan.

Dalam Bahagian B, kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis data yang

berbentuk skala likert. Analisis deskriptif bertujuan untuk memberikan gambaran

tentang sesuatu data. Untuk memudahkan proses menganalisis data, Skala Likert 3

peringkat digunakan untuk mendapatkan perspesi responden tentang persoalan yang

dikaji, skor 1 untuk tidak setuju, 2 untuk setuju dan 3 untuk sangat setuju. Skala likert

ini akan dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 .

Skor 1 2 3

Skala Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Jadual 2: Skala likert

Sumber 1: Kajian Lapangan 2015

13

Page 14: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas

responden terhadap kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan

biskut tradisional, Heong Peah. Soal selidik yang dijalankan berkaitan perspesi

penduduk terhadap penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan biskut

tradisional, Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang. Data yang

telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min

purata dan kekerapan.

5.1 Demografi Responden

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Kampung Valdor

telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina,

kelas umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan telah

disembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

5.1.1 Jantina

Jantina Kekerapan (orang) Peratus ( %)

Lelaki 15 50

Perempuan 15 50

Jadual 3: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Sumber: Kajian Lapangan 2015

14

Page 15: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

50%50%

JANTINA

Lelaki Perempuan

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Dapatan kajian menunjukkan daripada 30 orang responden yang dipilih seramai

15 orang lelaki (50%) dan 15 orang perempuan (50%) dipilih dari Kampung Valdor.

Jadual 2 dan rajah 1 telah menunjukkan maklumat yang lebih jelas bahawa tiada

perbezaan jurang dalam pemilihan jantina oleh pengkaji. Hal ini demikian, pemilihan

jantina yang seimbang amat diperlukan untuk mengenal pasti hasil kajian yang

diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina sahaja.

5.1.2 Umur

Umur Kekerapan (orang) Peratus (%)

15-24 tahun 7 23

25-34 tahun 5 17

35-44 tahun 10 33

45 tahun ke atas 8 27

Jadual 4: Demografi Responden Berdasarkan Umur

Sumber: Kajian Lapangan 2015

15

Page 16: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

23%

17%

33%

27%

UMUR

15- 24 tahun 25-34 tahun 35-44 tahun 45 tahun ke atas

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Daripada Jadual 4 dan Rajah 2 di atas, terdapat 5 golongan umur dalam

kalangan 30 orang responden. Golongan umur yang berbeza ini dipilih sebagai

responden adalah untuk mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini.

Responden 35-44 tahun merupakan majoriti dalam kajian ini dengan seramai 10 orang

(33%) manakala golongan 15-24 tahun dan 45 tahun ke atas pula terdapat bilangan

reponden yang lebih kurang sama iaitu 7 (23%) dan 8 (27%) orang. Reponden 25-34

tahun pula mempunyai 5 (17%) orang sahaja dalam kajian ini. Pandangan golongan

muda sangat penting kepada pengkaji untuk mengetahui pendapat mereka tentang

biskut tradisonal ini.

5.1.3 Pekerjaan

Pekerjaan Kekerapan (orang) Peratus (%)

Kerajaan 7 23

Swasta 4 13

Sendiri 10 34

Pelajar 5 17

Tidak bekerja 4 13

Jadual 5: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

16

Page 17: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Sumber: Kajian Lapangan 2015

23%

13%

33%

17%

13%

PEKERJAAN

Kerajaan

Swasta

Sendiri

Pelajar

Tidak bekerja

Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Sektor pekerjaan responden yang dipilih dari Kampung Valdor telah

dianalisiskan dalam Jadual 5 dan Rajah 3. Rajah 3 telah menunjukkan kebanyakkan

responden daripada 30 responden ini bekerja sendiri di Kampung Valdor iatu 10 orang

(34%). Manakala terdapat bilangan responden yang sama iaitu seramai 4 orang (13%)

dalam golongan yang bekerja di sektor swasta dan tidak bekerja. Selain itu, terdapat 7

(23%) orang responden mencari nafkah dalam sektor kerajaan dan bakinya pula ialah

pelajar dengan peratusan sebanyak 17% (5 orang). Sektor pekerjaan yang berbeza telah

mencerminkan berbagai-bagai status golongan responden dan aspek ini penting untuk

mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini.

5.2 Mengenal Pasti Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut

Heong Peah

Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia

berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan

makanan perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan

bantuan sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan

pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Pembangunan produk adalah berasaskan kepada permintaan industri dan

menekankan kepada keperluan pengguna menerusi penciptaan produk-produk atau

17

Page 18: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

proses-proses baru, membuat perubahan pada keluaran produk yang sedia ada ataupun 

meningkatkan  lagi.

Aplikasi sains dan teknologi telah digunakan dalam penghasilan biskut Heong

Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang.

Pembungkusan makanan merupakan salah satu rangkaian yang terlibat dalam

penghasilan produk makanan. Penghasilan pembungkusan yang baik banyak

dipengaruhi oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna.

Beberapa tahun kebelakangan ini, pembungkusan makanan telah melalui beberapa fasa

perubahan pembangunan yang signifikan.

5.2.1 Penggunaan Mesin Untuk Memproses Biskut Heong Peah

Dalam proses membuat biskut Heong Peah yang lama terdapat banyak

tenaga yang diperlukan dalam menyediakan bahan-bahan membuat biskut

Heong Peah, misalnya menggadun doh dengan kedua-dua belah tangan dengan

masa yang lama lalu menggadun bahan-bahan perasa dalam kuali. Dengan

kaedah membuat biskut Heong Peah yang lama ini, kuantiti biskut tidak dapat

ditingkatkan dan masa menghasilkan biskut amat panjang. Kini, terdapat

beberapa jenis mesin telah digunakan.

i. Mesin Pengadun Doh

Apabila membuat kulit biskut, pengusaha akan menjerang air

dulu dan menyediakan tepung lalu mengadun menjadi doh dengan mesin

pengadun. Mesin ini adalah untuk menggantikan kaedah manual yang

mengadunkan doh tepung dengan sumber tenaga manusia.

18

Page 19: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Foto 2: Mesin Menggadun Doh

Sumber : Kajian Lapangan 2015

ii. Mesin Penggelek Doh

Doh tepung tersebut akan masuk dalam ke mesin penggelek doh.

Doh tepung yang nipis dan sesuai untuk membuat biskut akan

dihasilkan.

Foto 3: Mesin Mesin Penggelek Doh

Sumber: Kajian Lapangan 2015

iii. Mesin Penggadun Elektrik

Seterusnya, bahan perasa biskut akan disediakan. Bahan-bahan

seperti gula, bawang merah, garam, bijian dan maltosa akan dimasukkan

ke dalam penggadun makanan elektrik. Dengan mesin penggadun

elektirk, bahan perasa biskut dapat disediakan dalam masa beberapa minit

dan dapat memastikan semua bahan dapat menggadun dengan seimbang.

Foto 4: Mesin Penggadun Elektrik

19

Page 20: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Sumber: Kajian Lapangan 2015

iv. Ketuhar Pembakar Elektrik

Selepas bahan-bahan perasa dibalut oleh kulit tepung yang disediakan,

biskut-biskut tersebut akan dibakar oleh ketuhar pembakar elektrik dalam 160

kelsius dalam masa 23 minit. Kalau menggunakan cara yang lama adalah

melampirkan Heong Peah pada dinding relau penaik untuk membakarnya

beberapa jam.

Foto 5: Ketuhar Pembakar Elektrik

Sumber: Kajian Lapangan 2015

5.2.2 Bahan Perasa dan Warna Kulit Heong Peah

Dengan aplikasi sains dan teknologi, biskut Heong Peah yang

mempunyai pelbagai perasa telah dihasilkan. Perasa biskut ini bukan hanya

terdapat perasa maltosa sahaja malah perasa kacang merah, bijian hitam dan

juga pes biji teratai juga dihasilkan.

20

Page 21: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Foto 6: Biskut Heong Peah

Sumber: Kajian Lapangan 2015

5.2.3 Pembungkusan Biskut Heong Peah

Dalam pembungkusan biskut Heong Peah, pengusaha kilang ini telah

membeli beg plastik yang dicustomkan. Dengan beg plastik yang diubahsuai

dengan penggunaan sains dan teknologi, beg plastik ini berwarna merah dan

lebih menahan panas daripada beg plastik yang biasa. Oleh itu, beg plastik ini

sesuai untuk memasukkan biskut Heong Peah yang baru

dihasilkan .Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi oleh

faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna.

Gambar 7: Pembungkusan Biskut Heong Peah

Sumber: Kajian Lapangan 2015

5.2.4 Pemasaran Biskut Heong Peah

21

Page 22: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Selepas biskut Heong Peah diubahsuai dengan aplikasi sains dan

teknologi, pemasaran biskut ini telah dipertingkatkan. Hal ini demikian, perasa

biskut telah diperbaik dan beg plastik yang digunakan lebih menarik perhatian

konsumer.

5.3 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan dan Pemasaran

Biskut Heong Peah

5.3.1 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut

Heong Peah

Bil

Kesan-kesan pengunaan Sains dan

teknologi dalam penghasilan biskut

tradisional, Heong Peah.

Skor Min

1 2 3

(F) (%) (F) (%) (F) (%)

1 Proses membuat Heong Peah menjadi

lebih bersih.

5 17 15 50 10 33 2.2

2 Penggunaan teknologi dalam

penghasilan Heong Peah dapat

menjimatkan masa.

2 7 10 33 18 60 2.5

3 Terdapat pelbagai perasa biskut

Heong Peah kesan daripada

penggunaan teknologi.

0 0 15 50 15 50 2.5

4 Kos penghasilan biskut Heong Peah

dapat dikurangkan dengan aplikasi

sains dan teknologi.

6 20 12 40 12 40 2.2

5 Kuantiti penghasilan biskut Heong

Peah menjadi lebih banyak.

3 10 12 40 15 50 2.4

Jadual 4: Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut Heong

Peah

22

Page 23: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Proses

lebih

Ber

...

Men

jimat

Mas

a

Pelbag

ai Per

asa

Kos d

ikura

ngka

n

Kuant

iti le

bih B

...02468

101214161820

KESAN-KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN BISKUT TRADISIONAL,

HEONG PEAH

Tidak Se-tuju

Setuju

Sangat Se-tuju

Kesan-kesan dalam Penghasilan

Kek

erap

an

Rajah 4: Kesan-Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Penghasilan Biskut

Tradisional Heong Peah

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Jadual 4, sebanyak 15 orang (50%) responden setuju akan proses

penghasilan biskut Heong Peah menjadi lebih bersih dengan bantuan sains dan

teknologi manakala terdapat 10 (33%) orang sangat setuju akan penyataan ini. Bagi

kategori yang tidak setuju pula terdapat 5 orang (17%) daripada keseluruhan responden

yang dipilih. Namum min purata 2.2, iaitu skala likertnya bernombor 2 iaitu mereka

telah memilih setuju akan proses penghasilan menjadi lebih bersih.

Kebanyakan responden dengan seramai 18 orang (60%) sangat setuju akan

penggunaan sains dan teknologi dalam biskut Heong Peah dapat menjimatkan masa.

Manakala 10 (33%) orang responden turut setuju akan kesan ini yang dibawa, dan

hanya 2 orang (7%) memilih tidak setuju. Min keseluruhan ini ialah 2.5, skala likert

bernombor 3 iaitu menunjukkan kebanyakan orang sangat setuju akan penggunaan

sains dan teknologi dapat menjimatkan masa dalam penghasilan Heong Peah.

Di samping itu, terdapat 6 orang bersamaan 20% daripada semua responden

berpendapat bahawa kos penghasilan Heong Peah tidak dapat dikurangkan dengan

23

Page 24: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

aplikasi sains dan teknologi dan selebihnya memilih setuju dan sangat setuju terdapat

bilangan orang responden yang sama iaitu 12 orang dengan masing-masing terdiri 40%

daripada keseluruhan. Tidak banyak responden sangat setuju akan soalan ini kerana bil

elektrik semakin meningkat dari semasa ke semasa. Penyataan ini disokong oleh Puan

Ng Geik Choo, pekerja dari kedai Heong Peah di Kampung Valdor.

Seterusnya, terdapat bilangan orang responden yang sama dalam ketegori setuju

dan sangat setuju dalam soalan tentang terdapat pelbagai perasa biskut Heong Peah

kesan daripada penggunaan teknologi. Justeru, terdapat 15 orang responden iaitu 50%

memilih dalam kategori setuju dan sangat setuju masing-masing. Tiada orang

berpendapat tidak setuju akan soalan ini. Hal ini demikian, kedai biskut Heong Peah ini

telah menghasilkan pelbagai perasa selain maltosa.

Seramai 15 orang sangat setuju akan kuantiti biskut Heong Peah telah

meningkat kesan daripada penggunaan sains dan teknologi iaitu 50% daripada semua

responden. Dalam kategori setuju pula terdapat 12 orang (40%) manakala hanya 3

orang (10%) tidak setuju akan kuantiti biskut Heong Peah telah meningkat. Encik

Khor Bao Keng pengusaha kilang biskut Heong Peah telah berpendapat bahawa

kuantiti biskut ini telah banyak meningkat kerana pada masa dahulu sentiasa perlu

menunggu lama untuk membelinya semasa menggunakan kaedah manual dalam

penghasilan biskut kerana kuantitinya terhad.

24

Page 25: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

5.3.2 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Pemasaran Biskut

Heong Peah

Bil

Kesan-kesan pengunaan Sains dan

teknologi dalam pemasaran biskut

tradisional, Heong Peah.

Skor Min

1 2 3

(F) (%) (F) (%) (F) (%)

1 Pembungkusan biskut Heong Peah

menjadi lebih kemas.

2 7 20 66 8 27 2.2

2 Biskut Heong Peah menjadi popular

dalam kalangan generasi muda.

10 33 12 40 8 27 1.9

3 Kuantiti jualan biskut Heong Peah

semakin meningkat.

5 17 15 50 10 33 2.2

4 Biskut Heong Peah menarik minat

pengunjung luar datang ke kampung

untuk membeli.

5 17 12 40 13 43 2.3

5 Biskut Heong Peah dapat bersaing

dengan makanan moden yang lain.

10 33 15 50 5 17 1.8

Jadual 5: Kesan penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pemasaran Biskut Heong Peah

Sumber: Kajian Lapangan 2015

25

Page 26: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Pembungkusan Lebih Kemas

Popular Dalam Pemuda

Kuantiti Jualan Meningkat

Menarik Minat Pengunjung

Dapat Bersaing dengan

Makanan Moden

0

5

10

15

20

25

KESAN-KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PEMASARAN BISKUT TRADISIONAL, HEONG

PEAH

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

Kesan-kesan dalam Pemasaran

Kek

erap

an

Rajah 5: Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pemasaran Biskut Heong Peah

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Jadual 5, terdapat bilangan orang responden yang tinggi dalam

ketegori setuju dalam soalan tentang pembungkusan biskut Heong Peah menjadi lebih

kemas kesan daripada penggunaan teknologi iaitu 20 orang responden (66%) . Justeru,

terdapat 8 orang responden iaitu 27% memilih dalam kategori sangat setuju dan 2 orang

berpendapat tidak setuju akan soalan ini. Namum, secara puratanya min purata 2.2 iaitu

skala likert bernombor 2 yang menunjukkan kebanyakkan responden telah memilih

setuju akan pembungkusan biskut lebih kemas. Bukan begitu sahaja, akhbar “ Utusan

Malaysia” pada 24 Julai 2014 telah membuktikan pernyataan ini. Akhbar ini

menyatakan bahawa perkembangan sains dan teknologi telah meningkatkan kualiti

pembungkusan makanan dan lebih kemas daripada pembungkusan yang lama.

Di samping itu, terdapat 10 orang bersamaan 33% daripada semua responden

berpendapat bahawa biskut Heong Peah tidak popular dalam kalangan generasi muda

walaupun dengan aplikasi sains dan teknologi dalam pemasaran biskut Heong Peah dan

yang selebihnya memilih setuju dan sangat setuju iaitu 12 orang (40%) dan 8 orang

(27%) orang dengan masing-masing daripada keseluruhan responden.Hal ini demikian 26

Page 27: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

kerana kebanyakkan pemuda hanya leka akan alat komunikasi yang canggih pada

masa kini. Penyataan ini disokong oleh Encik Lim Shun Wan, informan temu bual.

Seramai 15 orang setuju akan kuantiti jualan biskut Heong Peah telah

meningkat kesan daripada penggunaan sains dan teknologi iaitu 50% daripada semua

responden. Dalam kategori sangat setuju pula terdapat 10 orang ( 33%) manakala hanya

5 (17%) orang tidak setuju akan kuantiti jualan biskut Heong Peah telah meningkat.

Encik Asman, penduduk di Kampung Valdor berpendapat bahawa kuantiti jualan

biskut ini telah meningkat berbanding dengan masa dahulu kerana perasa biskut Heong

Peah kini juga sesuai dimakan oleh kaum lain.

Seterusnya, kebanyakan responden dengan seramai 13 orang (43%) sangat

setuju akan penggunaan sains dan teknologi dalam biskut Heong Peah dapat menarik

pengunjung luar datang ke kampung untuk membeli. Manakala 12 (40%) orang

responden turut setuju akan kesan ini yang dibawa, dan hanya 5 orang (17%) memilih

tidak setuju. Min keseluruhan ini ialah 2.3, iaitu skala likert bernombor 2 dan ini

menunjukkan kebanyakan orang setuju akan penggunaan sains dan teknologi dapat

menarik pengunjung luar datang untuk membeli biskut ini. Pernyataan dapat dibuktikan

daripada surat khabar “Oriental Daily” pada 21 Januari 2015 . Dalam akhbar ini telah

menyatakan bahawa pengeluaran makanan tradisional seperti kuih muih dan biskut

dapat menjadikan sesuatu tempat menjadi tempat tarikan kepada pengunjung.

Sebanyak 15 orang (50%) responden setuju akan biskut Heong Peah dapat

bersaing dengan makanan moden yang lain atas bantuan sains dan teknologi manakala

hanya 5 orang (17%) orang sangat setuju akan penyataan ini. Bagi kategori yang tidak

setuju pula terdapat 10 orang (33%) berganding dua kali daripada orang yang memilih

sangat setuju. Namum, banyak orang telah memilih setuju akan Biskut Heong Peah

dapat bersaing dengan makanan moden dengan min purata 1.8 iaitu skala likert yang

bernombor 2 iaitu setuju akan pernyataan ini

.

6.0 Rumusan

27

Page 28: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang

digunakan dalam pnghasilan biskut Heong Peah dan kesan-kesannya daripada aplikasi

sains dan teknologi ini. Kini, aplikasi sains dan teknologi telah menyebabkan bidang

pemakanan di Malaysia berkembang dengan pesat.

Kajian ini telah meningkatkan pengetahuan pengkaji dan memberi pendedahan

kepada masyarakat tentang makanan tradisional dan cara penghasilan makanan

tradisional. Bukan itu sahaja, kajian ini turut memberi maklumat yang lebih terperinci

tentang kepentingan sains dan teknologi terhadap makanan tradisional. Untuk

meningkatkan penghasilan Heong Peah, sains dan teknologi telah dibawa masuk ke

dalam bidang ini. Kaedah ini telah mengubah proses pembuatan Heong Peah daripada

cara pembuatan tradisional, kepada penggunaan mesin automatik. Dengan

menggunakan mesin automatik ini, tenaga manusia dan masa yang diperlukan dalam

membuat Heong Peah dapat dikurangkan berbanding dengan cara tradisional.

Manakala kuantitinya dapat ditingkatkan dengan efektif.

Hasil analisis telah menunjukkan keseluruhan responden setuju bahawa

penggunaan teknologi dalam penghasilan biskut Heong Peah dapat menjimatkan masa

dan kuantiti penghasilan biskut turut menjadi lebih banyak. Data ini juga disokong

adalah pemilik kilang Heong Peah, Encik Khor Bao Keng dan pekerja Kilang Heong

Peah, Puan Ng Geik Choo. Hal ini demikian, sumber tenaga manusia dapat

dikurangkan kerana bantuan mesin automatik yang digunakan. Selain itu, kuantiti

biskut Heong Peah juga meningkat. Manakala, menurut akhbar “Oriental Daily”, untuk

berkembang bidang makanan tradisional ini, aplikasi sains dan teknologi amat

diperlukan untuk mengurangkan sumber tenaga manusia dengan efektif.

Terdapat sebahagian kecil daripada responden yang berpendapat bahawa

walaupun dengan aplikasi sains dan teknologi, biskut Heong Peah masih tidak popular

dalam kalangan pemuda dan tidak dapat bersaing dengan makanan moden yang

semakin banyak dari semasa ke semasa. Melalui proses temu bual, penduduk Kampung

Valdor, Encik Lim Shun Wan telah menyatakan masalah tentang kelekaan pemuda

disebabkan makanan moden daripada makanan tradisional seperti Heong Peah.

Cara membuat biskut Heong Peah mestilah dikekalkan dan diwarisi secara

turun-temurun maklumat tentang makanan tradisional seperti biskut Heong Peah harus

28

Page 29: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

dipaparkan dalam laman web dan juga boleh menyebarkan melalui program televisyen.

Program tentang biskut Heong Peah ini boleh menceritakan tentang asal usul biskut

tradisional ini dan proses penghasilannya. Dengan kaedah ini, golongan pemuda akan

lebih tertarik akan makanan tradisional dan cuba membeli untuk menikmatinya.

Kini, sains dan teknologi pada zaman ini berkembang semakin pesat, oleh itu

pihak kerajaan harus menggalakkan pengusaha-pengusaha kilang membuat pelaburan

dalam perniagaan mereka supaya aplikasi sains dan teknologi dalam proses membuat

makanan tradisional ini dapat diperbaikkan.

Konklusinya, makanan tradisional yang melambangkan identiti bangsa sendiri,

kita harus menghargai makanan tradisional seperti biskut Heong Peah supaya biskut ini

tidak akan menjadi pupus pada masa hadapan.

Lampiran 1

29

Page 30: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Rujukan

Foo Yong He, “Keunikan Makanan Tradisional Bangsa Cina”, dlm Oriental Daily

(Dong Fang Jit Poh), 21 Januari 2015

https://www.google.com.my/maps/place/

Kamaludin A. Rashid, “Kepentingan   industri logistik kepada negara” , dlm Utusan

Malaysia, 27 Julai 2014

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2009. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laupa Junus, “ Melahirkan Pakar Proses Makanan”, dlm Utusan Malaysia, 8

September 2014

Mei Ling, Sieh Lee (2006). Menangani Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di

Malaysia. Karya terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. (Teks

asal dalam Bahasa Inggeris).

Mzulfadli (2009). Teknologi Makanan. Dicapai pada Mac ,20, 2015 daripada

http://www.slideshare.net/mzulfadli.binchezabri/teknologi-makanan

30

Page 31: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHIO MIN

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN

ARAHAN: Sila tandakan ( / ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.

1. JANTINA

Lelaki ( ) Perempuan ( )

2. UMUR

15 – 24 tahun ( ) 35 – 44 tahun ( )

25 – 34 tahun ( ) 45 tahun ke atas ( )

3. BANGSA

Melayu ( ) Cina ( ) India ( )

4. TAHAP PENDIDIKAN

PMR ( ) IJAZAH ( )

SPM ( ) Lain-lain :

STPM ( )

5. PEKERJAAN

Kerajaan ( ) Sendiri ( ) Tidak bekerja ( )

Swasta ( ) Pelajar ( )

6. STATUS PERKAHWINAN

Berkahwin ( ) Belum berkahwin ( )

31

Makluman Kepada Responden

Boring soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan

sains dan teknologi dalam penghasilan biskut tradisional, Heong Peah di Kampung Valdor Sungai Jawi, Pulau Pinang. Segala maklumat yang diberikan adalah rahsia

dan hanya akan digunakan untuk kepentingan kajian ini sahaja.

* kerjasama anda amatlah dihargai

Page 32: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

BAHAGIAN B: SKALA LIKERT

ARAHAN : Tandakan ( / ) mengikut skala yang dinyatakan di bawah.

1 2 3

Tidak Pasti Tidak Setuju Setuju

Bilangan Kesan-kesan pengunaan Sains dan teknologi

dalam penghasilan biskut tradisional, Heong

Peah.

1 2 3

1 Proses membuat Heong Peah menjadi lebih

bersih.

2 Penggunaan teknologi dalam penghasilan Heong

Peah dapat menjimatkan masa.

3 Terdapat pelbagai perasa biskut Heong Peah

kesan daripada penggunaan teknologi.

4 Kos penghasilan biskut Heong Peah dapat

dikurangkan dengan aplikasi sains dan teknologi.

5 Kuantiti penghasilan biskut Heong Peah menjadi

lebih banyak.

Kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi

dalam pemasaran biskut Heong Peah.

1 Pembungkusan biskut Heong Peah menjadi lebih

kemas.

2 Biskut Heong Peah kini telah menjadi popular

dalam kalangan generasi muda.

3 Kuantiti jualan biskut Heong Peah semakin

meningkat.

4 Biskut Heong Peah menarik minat pengunjung

luar datang ke kampung untuk membeli.

5 Biskut Heong Peah dapat bersaing dengan

makanan moden yang lain.

SEKIAN, TERIMA KASIH

32

Page 33: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Jadual Temu Bual

Informan 1: Encik Khor Bao Keng

Soalan Jawapan

1. Bolehkah Encik Khor

menyatakan apakah mesin

automatik yang terdapat di dalam

kilang biskut Heong Peah ini ?

Terdapat empat mesin yang digunakan dalam

kilang ini terdapat, iaitu mesin mengadun doh,

mesin penggelek doh, mesin penggadun bahan

perasa dan ketuhar pembakar elektrik.

2. Mengapakah Encik Khor

menggunakan mesin ini dalam

penghasilan biskut Heong Peah?

Saya menggunakan mesin-mesin automatik ini

adalah untuk meningkatkan produktiviti dalam

perniagaan saya ini.

3. Apakah fungsi-fungsi mesin

automatik ini dalam penghasilan

biskut Heong Peah?

Mesin pengadun doh adalah untuk membuat

kulit biskut dengan mengadun tepung dan air

panas menjadi doh dengan mesin pengadun.

Mesin penggelek doh pula berfungsi untuk

menggelek doh yang akan masuk dalam mesin

ini. Doh tepung yang nipis dan sesuai untuk

membuat biskut akan dihasilkan.

Seterusnya, bahan perasa biskut akan

disediakan dengan memasukkan bahan-bahan

perasa ke dalam penggadun makanan elektrik.

Dengan mesin penggadun elektirk, bahan

perasa biskut dapat disediakan dalam masa

beberapa minit dan dapat memastikan semua

bahan-bahan dapat menggadun dengan

seimbang.

Selepas bahan-bahan perasa dibalut oleh kulit

tepung yang disediakan, biskut-biskut tersebut

akan dibakar oleh ketuhar pembakar elektrik

dalam 160 kelsius dalam masa 23 minit.

33

Page 34: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

4. Apakah perubahan dalam

proses penghasilan biskut Heong

Peah selepas Encik Khor

menggunakan mesin-mesin

automatik ini?

Kalau berbanding dengan kaedah yang manual,

banyak tenaga akan digunakan dalam membuat

biskut ini, misalnya proses mengadun dan

menggelek doh tepung. Selepas saya mula

menggunakan mesin-mesin ini, tenaga kerja

saya dapat dikurangkan dan masa menghasil

biskut ini turut dapat dijimatkan.

5. Adakah jualan biskut Heong

Peah ini meningkat selepas Encik

Khor menggunakan mesin-mesin

ini ?

Saya tidak dapat nafikan bahawa, prestasi

jualan biskut ini memang lebih baik daripada

masa dahulu semasa saya menggunakan kaedah

manual dalam penghasilan biskut Heong Peah,

kerana kuantiti biskut ini terhad dengan masa

yang tidak cukup.

Informen 2:Puan Ng Geik Choo

Soalan Jawapan

1. Apakah perubahan dalam

kerja puan berbanding dengan

masa yang dahulu? Apakan

sebabnya?

Tenaga kerja saya telah dikurangkan sebanyak

1/3 selepas tauke mula menggunakan mesin-

mesin automatik daripada kaedah manual. Hal

ini demikian, mesin-mesin automatik telah

banyak membantu dalam proses membuat

biskut Heong Peah yang memerlukan banyak

tenaga seperti mengadun dan menggelek doh

tepung.

2. Apa kesan yang lain daripada

mengurangkan beban kerja

dalam penghasilan biskut ini

dengan aplikasi mesin-mesin

automatik ini?

Kesannya adalah masa membuat biskut Heong

Peah pada kuantiti yang sama dapat dijimatkan

dan kita dapat masa yang terluang untuk

membuat kuantiti yang lebih banyak untuk

dijual. Oleh itu, jualan biskut ini turut

meningkat berbanding dengan masa yang

34

Page 35: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

dahulu.

3. Adakah puan setuju dengan

kos proses penghasilan biskut

Heong Peah dapat dikurangkan

dengan aplikasi mesin automatik

ini ?

Saya tidak setuju akan penyataan ini, aplikasi

mesin automatik memang dapat mengurangkan

tenaga kerja kita dan pekerja yang perlu diupah,

tetapi kos penghasilan masih tidak dapat

dikurangkan. Hal ini demikian, bil elektrik

semakin meningkat dari semasa ke semasa dan

kos bahan turut ditingkatkan mengikut harga

petrol yang semakin tinggi.

4. Adakah Biskut Heong Peah

menarik minat pengunjung luar

datang ke kampung untuk

membeli?

Ya, terdapat juga pengunjung yang dari luar

negeri datang ke kampung ini selepas

mengetahui di sini terdapat kilang menjual

biskut Heong Peah dan mereka akan membeli

dengan kuantiti yang banyak setiap kali datang

ke kedai.

5. Apakah cadangan puan boleh

beri bagi meningkatkan

perhatian dan pengetahuan

generasi muda terhadap biskut

Heong Peah?

Saya berasa kami boleh memaparkan proses

penghasilan biskut ini di surat laman web,

khabar atau majalah supaya lebih ramai orang

mengenali biskut ini terutamanya generasi

muda. Selain itu, kami juga boleh

menggalakkan pihak sekolah menganjur

rawatan sambil belajar ke kilang ini.

Informan 3: Encik Lim Shun Wan

35

Page 36: Kerja Kursus Pengajian Am 2015

Soalan Jawapan

1. Adakah jualan biskut Heong

Peah ini meningkat selepas

berbanding dengan masa yang

dahulu?

Saya tidak dapat nafikan bahawa, prestasi jualan

biskut ini memang lebih baik daripada masa

dahulu. Kuantiti biskut ini memang terhad pada

masa itu kerana mereka membuat biskut tanpa

menggunakan mesin automatik.

2. Bagaimanakah pembungkusan

biskut Heong Peah kini

berbanding dengan masa dahulu?

Pembungkusan biskut telah menjadi lebih

kemas daripada masa dahulu. Kini, terdapat beg

plastik yang melambangkan kilang dan kedai

mereka yang berwarna merah.

3. Adakah biskut Heong Peah ini

menjadi popular dalam kalangan

generasi muda pada masa kini?

Sya tidak rasa begitu, walaupun biskut ini masih

terdapat konsumer generasi muda tetapi juga

terdapat kebanyakkan pemuda tidak gemar akan

biskut ini.

4. Apakah pendapat anda tentang

biskut ini masih tidak popular

dalam generasi muda?

Bagi pendapat saya, biskut ini tidak menarik

perhatian mereka disebabkan mereka hanya leka

akan alat teknologi sekarang sperti telefon

bimbit dan komputer. Mereka lebih rela

menghadap dengan alat komunikasi ini daripada

cuba menikmati biskut ini.

5. Adakah encik berpendapat

bahawa biskut Heong Peah ini

dapat bersaing dengan makanan

moden yang dihasilkan pada

zaman sekarang ?

Saya tidak berpendapat sebegitu, walaupun

perasa biskut Heong Peah telah diperbanyakkan

dengan aplikasi sains dan teknologi, tetapi

kaedah ini masih tidak cukup untuk bersaing

dengan makanan moden yang sentiasa

menghasilkan perasa yang baru dari semasa ke

semasa.

36