6
1.0 PENGENALAN Bagi Pelajar pelajar PISMP Pendidikan Jasmani, PKE 3102 Pendidikan Keselamatan adalah subjek wajib untuk pelajar-pelajar pendidikan jasmani. Matapelajaran ini adalah satu alat perantaraan untuk mencapai objektif-objektif pendidikan melalui pengalaman secara langsung dengan menggunakan sumber- sumbernya sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. 2.0 OBJEKTIF Program ini dilaksanakan dengan beberapa objektif. Setelah selesai menjalankan aktiviti diharapkan guru guru pelatih yang menyertai aktiviti ini dapat : 1. Dapat menguasai kemahiran penggunaan tong kebakaran yang sebenar dengan menggunakan prosedur prosedur yang betul dan tepat. 2. Membantu guru guru pelatih menjelaskan kepada pelajar tentang langkah langkah untuk menghadapi situasi kecemasan dan dapat bertindak secara bijak dan rasional. 3. Membina ketahanan diri, disiplin diri, keyakinan diri, bertanggungjawab kepada tugas dan peraturan. 4. Menunjukkan sikap positif, semangat kecintaan dan kesedaran sivik yang tinggi di dalam jiwa individu. 5. Memupuk peribadi mulia dan perkembangan daya intelek serta amalan nilai-nilai murni selaras dengan wawasan pendidikan. 6. Menggunakan pengalaman untuk diaplikasi dalam pembelajaran. 3.0 RASIONAL Sebagai bakal guru yang bertanggungjawab mengadakan program sekolah selamat. Guru pelatih perlu memahami tentang prosedur prosedur keselamatan bangunan, bilik darjah dan laluan kecemasan serta teknik mencegah kebakaran. Bomba adalah agensi paling sesuai untuk mendapatkan maklumat tersebut. Oleh itu, dengan lawatan ilmiah ini dapat memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0

1.0 PENGENALAN

Bagi Pelajar – pelajar PISMP Pendidikan Jasmani, PKE 3102 Pendidikan Keselamatan adalah subjek wajib untuk pelajar-pelajar pendidikan jasmani. Matapelajaran ini adalah satu alat perantaraan untuk mencapai objektif-objektif pendidikan melalui pengalaman secara langsung dengan menggunakan sumber-sumbernya sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

2.0 OBJEKTIF

Program ini dilaksanakan dengan beberapa objektif. Setelah selesai menjalankan aktiviti diharapkan guru – guru pelatih yang menyertai aktiviti ini dapat :

1. Dapat menguasai kemahiran penggunaan tong kebakaran yang sebenar dengan menggunakan prosedur – prosedur yang betul dan tepat.

2. Membantu guru – guru pelatih menjelaskan kepada pelajar tentang langkah – langkah untuk menghadapi situasi kecemasan dan dapat bertindak secara bijak dan rasional.

3. Membina ketahanan diri, disiplin diri, keyakinan diri, bertanggungjawab kepada tugas dan peraturan.

4. Menunjukkan sikap positif, semangat kecintaan dan kesedaran sivik yang tinggi di dalam jiwa individu.

5. Memupuk peribadi mulia dan perkembangan daya intelek serta amalan nilai-nilai murni selaras dengan wawasan pendidikan.

6. Menggunakan pengalaman untuk diaplikasi dalam pembelajaran.

3.0 RASIONAL

Sebagai bakal guru yang bertanggungjawab mengadakan program sekolah selamat. Guru pelatih perlu memahami tentang prosedur – prosedur keselamatan bangunan, bilik darjah dan laluan kecemasan serta teknik mencegah kebakaran. Bomba adalah agensi paling sesuai untuk mendapatkan maklumat tersebut. Oleh itu, dengan lawatan ilmiah ini dapat memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Page 2: Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0

4.0 MATLAMAT

Membentuk dan melahirkan guru-guru yang mempunyai sahsiah bersepadu, sikap yakin diri, bertanggungjawab, berdisiplin, berani, hormat – menghormati , memahami dan bertolak ansur, bersikap prihatin, serta seimbang melalui perkembangan jasmani, mental, emosi, dan estetika. Mereka juga boleh menyesuaikan diri dalam apa jua situasi dan dapat bertindak secara bijak dan rasional. Mereka perlu memahami prosedur - prosedur dalam mengamalkan sesuatu keadaan yang selamat.

5.0 TEMPAT

Program Lawatan ke Akademik Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Terengganu.

6.0 TARIKH

Tarikh : 5 Mac 2012

7.0 SASARAN / PENGLIBATAN

Unit : PISMP PJ Ambilan Jan 2011

(21 orang – Lihat Lampiran 1a)

Lelaki – 13 orang

Perempuan – 8 orang

Pensyarah : 1 orang

8.0 PENGANGKUTAN

Bas IPG

8.00 pagi (04 Mac 2012) bertolak dari IPD KDRI ke Wakaf Tapai

4.00 petang (04 Mac 2012) bertolak dari Wakaf Tapai ke IPG KDRI

9.0 PENSYARAH PENGIRING

En. Ahmad Jalani bin Halus

Page 3: Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0

10.0 KEWANGAN

10.1 : *( Semua perbelanjaan adalah tanggungan pelajar )

Sumber Kewangan.

Yuran pelajar :

21orang x RM10.00

Jumlah = RM210.00

10.2 : Memohon penggunaan bas IPG KDRI.

11.0 JADUAL AKTIVITI

4/3/2012 ( Ahad )

MASA PERKARA

8.00 pagi Bertolak dari maktab ke Akedemi Bomba Wakaf Tapai

0.00 pagi Taklimat Akademi

0.00 pagi Lawatan Ke Sekitar Akademi.

0.00 pagi Demonstrasi menggunakan Alat Pemadam Api.

0.00 pagi Lawatan ke Galeri Akademi

0.00 pagi Bertolak Balik ke IPG KDRI

Page 4: Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tuan Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Malaysia,

Kampus Dato’ Razali,

Kuala Terengganu.

Ketua Penasihat : Tn. Hj Mohamad Yunus bin Ibrahim

Ketua Jabatan,

Jabatan Pendidikan Jasmani.

Pensyarah : En. Ahmad Jalani bin Halus

Pengerusi : Amarzurin bin Abd Razak

Naib Pengerusi : Nik Muzaffar Asyraff bin Muhammad

Setiausaha : Nasrullah Anas bin Che Razali

JAWATANKUASA KECIL

AJK Pengangkutan : Ahmad Fakhriz bin Muhamad

AJK Keselamatan : Halimahtusaadiah binti Ghazali

AJK Kewangan : Mohamad Amar Aizat bin Abdul Yaser

Page 5: Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0

AJK Persiapan : Aizatfitri bin Omar

Tempat

AJK Makanan :

AJK Kerohanian :

AJK Aktiviti :

AJK Laporan :

13.0 JANGKAAN APA YANG PELAJAR DAPAT DARIPADA LAWATAN INI

1. Dapat menguasai kemahiran memadamkan kebakaran dengan menggunakan prosedur – prosedur yang betul dan tepat.

2. Membantu dalam menghadapi situasi kecemasan dan dapat bertindak secara bijak dan rasional.

3. Membina ketahanan diri, disiplin diri, keyakinan diri, bertanggungjawab kepada tugas dan peraturan.

4. Menunjukkan sikap positif, semangat kecintaan dan kesedaran sivik yang tinggi di dalam jiwa individu.

5. Memupuk peribadi mulia dan perkembangan daya intelek serta amalan nilai-nilai murni selaras dengan wawasan pendidikan.

6. Menggunakan pengalaman untuk diaplikasi dalam pembelajaran.

14.0 PENUTUP

Diharapkan program lawatan yang dirancang ini akan mendatangkan faedah kepada semua peserta seperti dapat menguasai kemahiran individu, meluaskan pengetahuan dan menanamkan sikap bertanggungjawab yang tinggi. Segala halangan yang ditempuhi merupakan cabaran hidup dan semuanya akan mematangkan mereka untuk menempuhi hidup setelah mereka bergelar guru.

Page 6: Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0

Disediakan oleh :

_________________________

(NASRULLAH ANAS BIN CHE RAZALI)

Setiausaha,

Program Lawatan ke Akademik,

Bomba dan Penyelamat,

Institut Pendidikan Guru Malaysia,

Kampus Dato’ Razali Ismail,

21030 Kuala Terengganu.

Disemak oleh :

_________________________

(EN AHMAD JALANI BIN HALUS)

Pensyarah Penasihat,

Jabatan Pendidikan Jasmani,

Institut Pendidikan Guru Malaysia,

Kampus Dato’ Razali Ismail,

21030 Kuala Terengganu.

Lulus / Tidak Lulus :

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

_________________________

(En. Mohamad bin Ngah )

Tuan Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Malaysia,

Kampus Dato’ Razali Ismail,

21030 Kuala Terengganu.