Upload
saharudinkvtaiping
View
839
Download
14
Embed Size (px)
DESCRIPTION
NOTA BERKAITAN DENGAN PERANCA ( BINAAN SEMENTARA)
Citation preview
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat :2 daripada 14
A. PENGENALAN
Peranca adalah satu binaan sementara yang sangat diperlukan semasa pembinaan
sesebuah bangunan. Fungsi mengadakan peranca ialah untuk membolehkan dan
memudahkan pekerja-pekerja menjalankan kerja seperti mengikat bata, melepa,
memasang siling, mengecat dan sebagainya pada pada tempat yang tinggi dengan
selamat. Peranca boleh dibina dengan pelbagai cara dan bentuk untuk menyesuaikan
dengan keadaan dan tempat yang berlainan.
B.JENIS PERANCA
1. Peranca dibahagikan kepada pelbagai jenis mengikut cara binaannya. Peranca
yang sesuai digunakan untuk kerja-kerja rendah dan ringan ialah:
a. Peranca kuda-kuda
b. Peranca tangga
c. Peranca pendakap
2. Peranca yang digunakan untuk pembinaan yang lebih tinggi adalah seperti:
a. Peranca putlog tunggal
b. Peranca bebas ganda
c. Peranca julur
d. Peranca begerak
e. Peranca rangka tiub keluli
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat :3 daripada 14
Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk pembinaan peranca terdiri daripada
kayu bakau, buluh, paip besi, aloi aluminium, atau sistem kerangka tiub keluli. Bahan-
bahan peranca mestilah dipastikan terlebih, dahulu supaya ia tidak mempunyai
sebarang kecacatan atau kerosakan, ini adalah untuk menjamin keselamatan. Adalah
ditegaskan bahawa segala kayu yang digunakan untuk membina peranca tidak boleh
dicat kerana kecacatan yang berlaku pada kayu mudah dinampak.
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat :4 daripada 14
C. FUNGSI SETIAP JENIS PERANCA
a) Peranca kuda-kuda
Peranca ini digunakan untuk membuat kerja yang tidak berapa tinggi, seperti
membina tembok dalam satu tingkat, memasang siling dan sebagainya yang tingginya
tidak melebihi 4 m. Papan setebal 30 mm hendaklah digunakan sebagai pelantar dan
disokong oleh kuda-kuda. Jarak di antara dua kuda-kuda biasanya tidak melebihi
1 .5m. Apabila papan pelantar perlu disambung, ia perlu dilekapkan 150 mm sekurang-
kurangnya dan juga perlu diikat dengan rotan atau dawai. Pembinaan peranca ini
boleh dilakukan dalam dua cara seperti yang ditunjkkan dalam rajah di bawah.
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat : 5 daripada 14
b) Peranca tangga.
lni ialah satu kaedah membuat kerja pada tempat yang tinggi dengan
menggunakan tangga yang sedia ada.
Papan pelantar hendaklah terdiri daripada jenis kayu yang keras seperti kapur,
balau dan sebagainya dengan tebalnya tidak kurang daripada 30 m serta bebas
daripada segala kecacatan.
Peranca ini sesuai digunakan untuk melakukan kerja yang ringan sahaja.
Papan pelantar merentangi dua buah tangga dengan tingginya tidak melebihi 1.8 m
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat :6 daripada 14
dan sudut bukaan kaki tangga pula hendaklah dalam lingkungan 35"; tali pengikat
perlu digunakan untuk menetapkan darjah bukaan ini.
c) Peranca pendakap.
Peranca pendakap digunakan menyandar pada tembok yang sedia ada untuk
membuat kerja yang ringan seperti membuat kemas ikatan bata, mengecat atau
memasang wayar.
Peranca ini dibuat daripada kayu seperti yang ditunjukkan dalam di bawah.
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat :7 daripada 14
Peranca julur.
- Peranca julur (truss-out) adalah sejenis peranca bebas yang bergantung kepada
bangunan untuk menanggung bebannya, Peranca ini digunakan apabila paranca
jenis lain tidak dapat didirikan kerana tempat yang terlalu sempit atau menjalankan
kerja membaiki pada bahagian atas sebuah bangunan tanpa mengganggu
bahagian bawah bangunan tersebut.
- Cara pembinaan adalah sama dengan peranca bebas ganda kecuali ia mempunyai
tambatan yang dibina melalui bukaan tembok.
- Tambatan ini terdiri daripada dua baris puncheon yang dibaji di antara lantai
dengan siling di dalam bangunan.
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat :8 daripada 14
- Pada kedua-dua barisan puncheon dipasangkan transom melintang yang
mengunjur ke peranca luar dengan terikat kepada tiang tegak.
- Kekuda topang sendeng dipasangkan bersudut untuk menyokong bahagian bawah
peranca. Jaring dawai dipasangkan di bahagian bawah peranca untuk menjaga
keselamatan pekerja yang lalu atau bekerja di bawah bangunan tersebut.
- Had tinggi yang selamat untuk peranca julur ialah 12 meter.rajah muka surat 6, di
sebelah menunjukkan pembinaan peranca julur.
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat :9 daripada 14
e) Peranca putlog tunggal
- Peranca ini dibina menggunakan kayu bakau bulat atau persegi. la amat sesuai
digunakan untuk kerja menerap bata dalam pembinaan dinding,terutamanya untuk
dinding luar.
- Sebahagian peranca akan disokong oleh tembok kerana hujung puflog dimasukkan
ke dalam tembok.
- Peranca putlog tunggal mempunyai satu barisan tiang tegak dengan jarak 1.8 - 2.4m.
Kedudukan peranca ini adalah 1.2 - 1.3 m dari permukaan dinding. Tiang tegak
dipaku ke atas tapak kayu dan didirikan tegak dengan diikat pada lejar.
Lejar dipasang selari dengan dinding sepanjang peranca dan jarak antaranya
adalah 1.4 m. Anggota putlog diikat pada lejar dengan jarak di antara 1.2 - 1.4 m
dan hujung sebelahnya dimasukkan ke dalam dinding bata sedalam g0 mm.
- Semua lubang bekas putlog hendaklah disumbat padat selepas kerja - kerja
perlaksanaan dilakukan. Satu langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan
peranca ialah dengan cara memasang rembat silang kepada tiang tegak yang
bertemu dengan lejer dan puflog.
Pelantar peranca dibuat daripada papan - papan setebal 30 - 38 mm dan unjuran
daripada putlog tidak melebihi empat kali tebalnya. Sebagai langkah kesetamatan,
tepi pelantar yang jauh dari tembok dipasangkan papan pacak dan susur pelindung
sebagai langkah keselamatan.
Papan - papan pelantar disokong oleh puttog. Semua sambungan untuk peranca
hendaklah dipaku atau diikat dengan rotan atau tali
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat :10 daripada 14
f) Peranca bebas ganda
- Direkabentuk untuk menanggung beban (bahan dan manusia). Keistimewaan
peranca jenis ini ialah ia tidak bergantung kepada bangunan untuk menyokong
bebannya dan ini menyebabkan ia amat sesuai dipraktikkan dalam pembinaan
struktur kerangka bertingkat - tingkat.
- Peranca bebas ganda mempunyai dua baris tiang tegak yang berdiri tegak dengan
jarak di antara tiang ialah 2 - 2.4 m. Tiang tegak barisan dalam diletakkan sejauh
300 mm dari permukaan dinding untuk memberikan keselesaan kepada para
pekerja melaksanakan tugas - tugas mereka.
- Plat atas pada tiang tegak dipaku kepada alas tapak kayu. Lejer berjarak 2 m
dipasangkan selari dengan tembok sepanjang peranca untuk menegakkan tiang.
Transom dipasang ke atas dua lejer dengan jarak 1.2 - 2.4 m untuk mengikat
kedua - dua barisan tegak serta menyokong papan pelantar.
Tinggi maksimum yang selamat untuk peranca ini adalah dalam lingkungan 61 m.
(Lihat rajah di bawah).
Peranca bebas ganda
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat :11 daripada 14
g) Peranca rangkah tiub keluli
- Peranca rangka tiub keluli semakin popular dan banyak digunakan dalam projek
binaan untuk menggantikan peranca kayu.
- Penggunaan yang luas ini berdasarkan kelebihannya separti mudah di pasang ,
mudah alih, kekuatan yang terjamin, selamat dan tidak membazirkan bahan-bahan
binaan jika dibandingkan dengan peranca kayu.
- Selain digunakan sebagai peranca ia boleh diubahsuai menjadi penyokong untuk
acuan konkrit seperti membina lantai konkrit dan bumbung rata konkrit.
h) Peranca bergerak
- Peranca bergerak adalah sejenis peranca bebas yang boleh dialihkan ke dalam
kawasan kerja dengan mudah.
- Peranca ini seperti menara bersegi yang diperbuat daripada paip bulat keluli atau
rangka tiub keluli.
- Pada kakinya dipasangkan roda kaster supaya peranca ini boleh dipindah-
pindahkan dalam kawasan bangunan.
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat: 12 daripada 14
- Mengikut peraturan keselamatan, pelantar kerja berukuran tidak kurang daripada
1'2 m x 1.2 m mesti disediakan. Untuk menjamin kestabitan peranca ini, tingginya
adalah dihadkan kepada 10 m sahaja.
- Peranca bergerak, sangat sesuai untuk kerja penyenggaraan seperti mengecat,
membaikisiling dan sebagainya. (Lihat raiah dibawah)
Peranca bergerak rangka tiub keluli
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat: 13 daripada 14
BAHAGIAN-BAHAGIAN PERANCA RANGKA TIUB KELULI.
Rangka utama - rangka utama yang berbentuk U terbaik diperbuat daripada paip
keluli struktur yang mengandungi kandungan karbon yang tinggi (JlS G 3444).
Saiz lazim rangka utama adalah 762,914,121g mm leber dan 1 s24, 1700, 1g3o
mm tinggi. Rangka utma boleh disambungkan kepada rangka utama lain dengan
menggunaakan pin sambungan dan kekunci.
Rangkaa lintang - rangka lintang dipasang melintang antara dua rangka utama. la
berfungsi menyokong papan-papan pelantar serta memegang rangka utama. la
diperbuat daripada bahan yang sama dengan rangka utama. Saiz lazimnya adalah
1829 mm panjang dan745 atau 1050 mm lebar.
Pengalas - terdapat dua jenis pengalas iaitu pengalas tetap dan pengatas bicu
berlaras. Semua beban akan ditanggung oleh pengalas, oleh itu ia hendakalah
dipasang kukuh kepada papan alas tapak dengan paku.
Rembat palang - rembat digunakan untuk mengekalkan penyambungan segala
rangka utama apabila rangka-rangka itu didirikan.
Pin sambungan - pin ini hendaklah dipasangkan kepada tiaptiap sendi iaitu :
- Antara rangka-rangka utama semasa rangkaa itu disambungkan untuk
men ingkatkaan tingginya.
Kekunci kekunci ini dipasangkan antara dua rangka utama supaya
mengelakkan rangka tercabut daripadaa pin sambungan.
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat: 13 daripada 14
- Pengikat tembok - pengikat tembok adalah sangat mustahak dalam binaan
peranca rangka tiub keluli. la berfungsi sebagai pengikat antara peranca
dengan bangunan yang dibina. Perancaa boleh runtuh jika pengikatnya tidak
kuat. la dipasangkan kepada rangka utama dan hujungnya diikat kepada bolt
yang dibina di dalam tembok.
PERATURAN KESELAMATAN PERANCA RANGKA TIUB KELULI.
a) Jarak di antara rangka utama dengan permukaan tembok tidak melebihi 300mm.
b) Pengikat tembok hendaklah dipasangkan pada tiap-tiap tingkat lantai dengan
rentang 3 hingga 5 rangka.
Semua rangka utama pada penjuru tembok hendaklah di sambungkan dengan
paip keluli bulat dan Pengapit.
Papan pelantar mestilah disokong dengan sempurna.
peranca yang dipasangkan kawasan yang sibuk hendaklah mempunyai grid
conopy untuk melindungi bahan-bahan yang terjatuh dari atas'
a. Peranca hendaklah diperiksa pada tiap-tiap tujuh hari atau selepas cuaca
buruk.
b. Semasa menggunakan peranca pastikan pekerja memakai topi keleder dan
tali pinggang keleder.
c. Jangan menggunakan peranca sebagaitempat menyimpan bahan-bahan.
wWT WTP 305 SCAFFOLDING SYSTEM SEMESTER 3
Muka surat: 14 daripada 14
LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN PERANCA.
i. Pastikan aras tiang tegak adalah sama rata dan didirikan menegak di atas plat
alas.
ii. Sambungan tiang tegak dan lejer mestilah tidak dalam satu garisan yang sama. lni
adalah untuk menjamin ikatan antara anggota.
iii. Papan-papan pelantar mestilah disokong dengan sempurna
iv. Pelantar kerja mestilah mempunyi susur pelindung dan papan pacak.
v. Kemudahan untuk naik dan turun dalam peranca haruslah dalam keadaan senang dan selamat.
vi. Semasa menggunakan peranca, pastikan pekerja memakai topi keselamatan dan
tali pinggang keselamatan.