24
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN BIDANG TUMPUAN (KOPERASI) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA- MAKTAB KOPERASI MALAYSIA SESI FEBRUARI 2014 GLUL 3033 UNDANG-UNDANG SYARIKAT NAMA PENSYARAH PN. NORBIHA BINTI KASMURI NAME PELAJAR MUHAMMAD AZAHARI BIN DASUKI 217975 NURDIANA BINTI MOHD LAILI 217932 MARINIE BINTI IBRAHIM 217939 KHAIRUNNADIA BINTI BOHARI 217940 NURUL WAHIDAH BINTI MUHAMAD ANUAR 217942 KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 1

Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN

BIDANG TUMPUAN (KOPERASI)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA-

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

SESI FEBRUARI 2014

GLUL 3033

UNDANG-UNDANG SYARIKAT

NAMA PENSYARAH

PN. NORBIHA BINTI KASMURI

NAME PELAJAR

MUHAMMAD AZAHARI BIN DASUKI 217975

NURDIANA BINTI MOHD LAILI 217932

MARINIE BINTI IBRAHIM 217939

KHAIRUNNADIA BINTI BOHARI 217940

NURUL WAHIDAH BINTI MUHAMAD ANUAR 217942

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 1

Page 2: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

NURSYAFIKAH BINTI SHAFIEE 217961

TARIKH

24 APRIL 2014

1.0 PENGENALAN

Syarikat adalah entiti perundangan yang mempunyai hak dan tanggungannya sendiri. Syarikat

tidak mempunyai entiti fizikal, pengurusannya adalah di tangan pengarah. Pengarah adalah

sebagai pemegang amanah dan agen kepada syarikat. Kuasa yang diberikan kepada mereka

adalah melalui memorandum, artikel atau akta sendiri. Mereka adalah agen kepada syarikat

kerana syarikat berfungsi melalui mereka.

1.1 Definisi Pengarah

Pengarah adalah sebagai pemegang amanah dan ejen syarikat untuk berurusan dengan pihak luar

dan mempunyai kuasa untuk menguruskan syarikat. Pengarah diperlukan untuk berfikir,

berunding, berbicara, dan bertindak bagi pihak syarikat.

Akta tidak memberikan definisi yang lengkap mengenai 'pengarah'. Di dalam Akta Syarikat

1965 Subseksyen 4 mendefinisikan 'pengarah' sebagai:

"...termasuk sesiapa sahaja yang memegang jawatan pengarah sesebuah syarikat walau

dinamai dengan apa-apa nama pun dan termasuk seseorang yang arahan atau suruhannya

lazim diikuti oleh pengarah-pengarah syarikat, dan seorang pengarah gilir dan ganti."

Peruntukan di atas mentakrifkan pengarah sebagai semua jenis pengarah dengan apa jua nama

ianya dipanggil, termasuk pengarah silih ganti, pengarah gentian, atau pengarah bayanagan.

Pengarah bayangan seseorang yang tidak duduk dalam lembaga pengarah sebuah syarikat tetapi

arahan atau perintahnya diikuti oleh pengarah syarikat tersebut.

Jika A tidak dilantik sebagai pengarah kepada ABC Sdn Bhd tetapi arahan-arahannya lazim

dikuti oleh pengarah-pengarah ABC Sdn Bhd, dalam konteks Tafsiran Subseksyen 4, A tetap

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 2

Page 3: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

dianggap sebagai seorang pengarah, walaupun A tidak pernah dilantik sebagai pengarah. A

adalah seorang 'pengarah bayangan'.

PENGARAH BAYANGAN

Subseksyen 4 antara lainnya mendefinisikan 'pengarah' sebagai "seseorang yang arahannya

lazim diikuti oleh pengarah-pengarah". Seseorang yang lazimnya arahannya mempengaruhi

keputusan lembaga pengarah dikenali sebagai 'pengarah bayangan'. Pengarah bayangan ini

merupakan individu-individu yang mengarah di sebalik tabir. Walaupun tidak menganggotai

lembaga pengarah tetapi arahan mereka lazimnya mempengaruhi keputusan lembaga pengarah.

Walau bagaimanapun seseorang itu tidak dianggap sebagai pengarah bayangan jika dia hanya

menasihatkan pengarah-pengarah atas keupayaan profesionalnya: Kuwait Asia Bank EC lwn

National Mutual Life Nominees Ltd (1990). Dalam menentukan yang seseorang itu adalah

seorang pengarah bayangan atau tidak, tidaklah mencukupi dengan hanya membuktikan yang

seseorang itu telah melantik seorang proksi sebagai pengarah bagi pihaknya, tetapi perlu juga

dibuktikan bahawa arahan atau suruhannya lazim diikuti oleh proksi tersebut. Kesimpulan

daripada kes di atas ialah, seseorang yang melantik orang lain sebagai proksi bagi mewakilinya

dalam lembaga pengarah tidaklah boleh terus dianggap sebagai pengarah bayangan selagi arahan

dan suruhannya tidak lazim dikuti oleh pengarah yang bertindak sebagai proksi itu.

A dilantik oleh B untuk mewakilinya dalam lembaga pengarah. A adalah seorang proksi kerana

B adalah seorang pengarah yang dilantik. Persoalannya ialah, apakah B boleh dianggap sebagai

pengarah bayangan? Sebenarnya B tidaklah boleh terus dianggap sebagai seorang pengarah

bayangan jika arahan atau suruhannya tidak lazim diikuti oleh A. Sebaliknya jika B bertindak

lebih jauh daripada itu sehinggakan arahan atau suruhannya lazim pula diikuti oleh pengarah-

pengarah, maka B akan dianggap sebagai pengarah bayangan.

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 3

Page 4: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

Dalam keadaan tertentu, pihak bank juga boleh dianggap sebagai pengarah bayangan jika bank

berkenaan sering mencampuri dan mempengaruhi keputusan lembaga pengarah sesebuah

syarikat. Selain daripada itu, pemegang syer yang mengawal dan menguasai sesebuah syarikat

atau syarikat pemegang juga boleh dianggap sebagai pengarah bayangan oleh undang-

undang: Kuwait Asia Bank EC lwn National Mutual Life Nominees Ltd (1990). Ini kerana

seseorang individu atau sesebuah syarikat yang mengawal dan menguasai majoriti daripada

modal syer sesebuah syarikat biasanya akan mempunyai pengaruh yang besar ke atas lembaga

pengarah dalam menentukan hala cara dan tuju arah sesebuah syarikat itu walaupun mereka tidak

dilantik secara rasmi sebagai pengarah syarikat.

Pemegang syer majoriti biasanya mempengaruhi keputusan lembaga pengarah. Begitu juga

dengan syarikat pemegang yang biasanya mempengaruhi keputusan lembaga pengarah anak

syarikatnya, dan oleh itu pengarah syarikat pemegang berkenaan adalah pengarah bayangan

kepada anak syarikatnya. Misalnya, jika A adalah seorang pemegang syer majoriti, tetapi tidak

menjadi pengarah syarikat, biasanya tentu Seksyenali pengarah-pengarah syarikat yang dipilih

akan menurut segala suruhan atau arahannya. Dengan demikian A boleh dianggap oleh undang-

undang sebagai 'pengarah bayangan' kepada anak syarikatnya itu. Begitulah juga keadaannya

bagi sesebuah syarikat pemegang. Biasanya syarikat pemegang akan memilih pengarah-pengarah

yang akan menganggotai lembaga pengarah anak syarikatnya. Bolehlah ditafsirkan bahawa

lembaga pengarah anak syarikat lazimnya akan menurut suruhan dan arahan syarikat

pemegangnya. Dalam konteks ini, syarikat pemegang berkenaan boleh dianggap sebagai

pengarah bayangan.

1.2 Kategori Pengarah

Pengarah sering merujuk jawatan yang mereka sandang sebagai, misalnya pengarah eksekutif,

pengarah urusan dan sebagainya tanpa memahami bahawa nama jawatan berkenaan sahaja tidak

membawa sebarang makna di sisi undang-undang. Sebenarnya kategori jawatan pengarah tidak

diperuntukkan dalam Akta, sebaliknya ditetapkan oleh Perkara-perkara Persatuan. Kewujudan

dan kedudukan jawatan-jawatan berkenaan bergantung kepada bentuk Perkara-perkara Persatuan

(atau Memorandum Persatuan) didraf. Sesebuah syarikat tidaklah secara automatik boleh

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 4

Page 5: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

melantik seorang Pengarah urusan misalnya, jika peruntukan mengenainya tidak terdapat dalam

Perkara-perkara Persatuannya (atau Memorandum Persatuannya).

1.2.1 Pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif

Seseorang pengarah eksekutif biasanya dilantik daripada kalangan pengarah-pengarah dan

memegang jawatan bergaji dengan syarikat. Sesetengah syarikat melantik kakitangan

eksekutifnya daripada kumpulan pengurusan atasan menjadi pengarah, di samping menjawat

jawatan pengarah eksekutif. Pengarah bukan eksekutif pula biasanya tidak terlibat dengan urusan

harian syarikat, tetapi bertanggungjawab bersama-sama dengan pengarah-pengarah lain dalam

merangka dan melaksanakan polisi syarikat. Pengarah bukan eksekutif mempunyai hak dan

menanggung liabiliti yang sama seperti pengarah-pengarah lain walaupun tidak memegang

jawatan bergaji dan tidak terlibat dalam urusan harian syarikat.

1.2.2 Pengarah Urusan

Pengarah urusan dilantik oleh lembaga pengarah di bawah peruntukan Perkara-perkara Persatuan

syarikat. Perkara 91 hingga 93 Jadual A misalnya memberi kuasa kepada lembaga pengarah

untuk melantik pengarah urusan. Lembaga pengarahlah yang memutuskan mengenai

perlantikannya dan menetapkan terma-terma dan syarat-syarat perjawatannya dan menetapkan

juga takat kuasa yang akan diserahkan kepadanya. Perlantikannya boleh dibatalkan dan kuasanya

pula boleh dipinda dan diubah. Pengarah urusan tidak tertakluk kepada persaraan secara giliran

kerana ia tertakluk kepada kontrak perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan.

1.2.3 Pengarah Bersekutu

Biasanya pengarah bersekutu dipilih daripada kalangan eksekutif dalam kumpulan pengurusan

atasan. Pemilihan seseorang menjadi pengarah bersekutu bertujuan untuk bertindak sebagai

pelapis kepada pengarah-pengarah yang ada dan dilatih sebagai persediaan menganggotai

lembaga pengarah di masa hadapan. Status pengarah bersekutu dijelaskan oleh perkara 94

Jadual A seperti yang berikut:

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 5

Page 6: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

"Pengarah-pengarah boleh dari semasa ke semasa melantik mana-mana orang menjadi pengarah

bersekutu dan boleh dari semasa ke semasa membatalkan perlantikan berkenaan. Pengarah-

pengarah boleh menetapkan, menentukan dan mengubah kuasa-kuasa, kewajipan dan saraan

mana-mana orang yang dilantik itu, tetapi seseorang yang dilantik itu tidak boleh dikehendaki

untuk memegang apa-apa syer untuk melayakkannya untuk dilantik atau mempunyai apa-apa

hak untuk hadir dan mengundi pada mana-mana mesyuarat pengarah-pengarah melainkan jika

dijemput dan dengan kebenaran pengarah-pengarah."

1.2.4 Pengarah Gilir atau Ganti

Pengarah gilir atau ganti hanya boleh dilantik jika terdapat kuasa untuk berbuat demikian dalam

Perkara-perkara Persatuan syarikat. Perkara 82, Jadual A memberikuasa kepada mana-mana

pengarah dengan kelulusan pengarah-pengarah lain, untuk melantik mana-mana orang sebagai

pengarah gilir atau ganti untuk bertindak atas kedudukannya dalam tempoh yang difikirkannya

patut.

Memandangkan pengarah gilir atau ganti termasuk dalam definisi Subseksyen 4 maka ianya

bertanggungan secara sendiri ke atas semua tindakannya dan tertakluk kepada obligasi statutori

sebagai seorang pengarah. Butir-butir diri dan jawatannya perlu dimasukkan dalam Daftar

Anggota-anggota, Penyata Tahunan dan Borang 49, dan difailkan kepada Pendaftar Syarikat.

Pengarah gilir atau ganti juga perlu membuat perakuan berkanun dalam Borang 48A sebelum

perlantikannya. Biasanya Pengarah gilir atau ganti tidak layak untuk menuntut apa-apa fee

daripada syarikat kerana ia merupakan perkiraan persendirian antaranya dengan pengarah yang

melantiknya sebagai ganti atau gilir. Suatu borang perlantikan yang ditandatangani oleh

pengarah yang melantiknya perlu dibentangkan pada mesyuarat lembaga pengarah untuk

kelulusan pengarah-pengarah yang lain. Begitu juga dalam membatalkan perlantikannya

prosedur yang sama perlu diikuti.

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 6

Page 7: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

Di sisi undang-undang, gelaran 'pengarah' tidaklah penting, tetapi fungsi seseorang itu yang

penting dalam menentukan sama ada seseorang itu dianggap sebagai 'pengarah' atau tidak oleh

undang-undang. Ini bermakna, walaupun seseorang itu tidak dinamakan sebagai 'pengarah' tetapi

jika "arahannya lazim diikuti oleh pengarah-pengarah syarikat" maka dia tetap dianggap sebagai

'pengarah' oleh undang-undang.

Dalam satu kes Australia, Whitehouse lwn Carlton Hotel Pty Ltd (1987), Hakim

Brennan menyebut:

"...bahawa seseorang adalah memegang jawatan pengarah sesebuah syarikat jika, di bawah

perlembagaan sesebuah syarikat, dan bukannya dalam kedudukannya sebagai pekerja,

seseorang itu mempunyai kuasa yang mana seseorang yang hanya menjadi anggota syarikat

dalam kedudukan yang sama seperti seseorang yang tersebut"

Apa yang boleh ditafsirkan daripada isu tersebut ialah, jika seseorang mempunyai kuasa di

bawah Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan dan hanya boleh menjalankan kuasa

tersebut dalam kedudukannya sebagai anggota syarikat sahaja, maka orang itu dianggap oleh

undang-undang sebagai pengarah.

1.3 Pengurus Sebagai Pengarah

Adakah seseorang 'pengurus' boleh juga dianggap sebagai pengarah? Persoalan ini timbul jika

syarikat mengenakan kewajipan fidusiari kepada seseorang pengurus. Seseorang 'pengurus yang

kanan' dalam sesebuah syarikat yang merupakan akal dan kemahuan syarikat boleh dianggap

oleh undang-undang sebagai pengarah syarikat.

Canadian Aero Service Ltd Lwn O'malley (1973)

Dua orang pegawai kanan syarikat X merundingkan bagi pihak syarikat mereka untuk

mendapatkan tender dalam suatu projek. Semasa perundingan masih berjalan, mereka

meletakkan jawatan dan memperbadankan syarikat Y. Syarikat Y memasuki tender dan berjaya

memperoleh kontrak berkenaan. Mahkamah Agung Kanada memutuskan bahawa mereka telah

melanggar kewajipan fidusiari kepada syarikat X. Walaupun kedua-dua mereka berhujah bahawa

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 7

Page 8: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

mereka bukanlah seorang 'pengarah', dan dengan itu tidak menanggung apa-apa kewajipan

fidusiari kepada syarikat X, mahkamah memutuskan bahawa mereka tetap seorang pengarah

kerana mereka menanggung kewajipan fidusiari kepada syarikat dalam kedudukan mereka

sebagai pegawai kanan dan merupakan akal dan kemahuan syarikat.

1.4 Tugas Pengarah

Tugas Pengarah Syarikat boleh dikelaskan kepada tugas fidusiari dan tugas statutori. Adalah

menjadi tanggungjawab Pengarah Syarikat untuk menjalankan tugas fidusiarinya dengan jujur

dan menggunakan kerajinan yang munasabah Seksyen 132 (1) Akta Syarikat 1965. Sementara

itu, tugas seseorang Pengarah Syarikat menurut statutori adalah seperti yang terdapat di

dalam Akta Syarikat 1965 iaitu:

a) Mengadakan AGM (Annual General Meeting) (Seksyen 143, Akta Syarikat 1965)

b) Menyediakan dan menyerahkan kepada pendaftar Syarikat Penyata Pulangan Tahunan

(Seksyen 165, Akta Syarikat 1965)

c) Menyimpan rekod perakaunan dengan sempurna (Seksyen 167 Akta Syarikat 1965)

d) Membentangkan Akaun, Kunci Kira-Kira dan Laporan Pengarah Syarikat dalam AGM

(Seksyen 169,Akta Syarikat 1965)

e) Melantik Juruaudit pertama (Seksyen172 Akta Syarikat 1965)

f) Melantik Setiausaha yang berkelayakan (Seksyen 139 Akta Syarikat 1965)

Selain daripada itu, Artikel Syarikat biasanya memberi kuasa pengurusan kepada Pengarah

Syarikat untuk mengendalikan perniagaan Syarikat (Artikel 73). Pengarah perlulah

bertanggungjawab ke atas tadbir urus Syarikat dan tidak menyalahgunakan kuasa tersebut untuk

kepentingan diri atau pihak-pihak tertentu. Antara kuasa dan tugas yang diberikan kepada

Pengarah mengikut Artikel adalah:

a) Membayar kesemua perbelanjaan dalam promosi dan pendaftaran Syarikat.

b) Menjalankan semua kuasa Syarikat untuk meminjam wang dan untuk menggadai atau

menanggung akujanji, harta, dari modal yang tidak dipanggil.

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 8

Page 9: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

c) Menjalankan kesemua kuasa Syarikat yang berhubung dengan mana-mana meterai rasmi

untuk kegunaan di luar Malaysia dan yang berhubung dengan daftar-daftar cawangan.

d) Melantik mana-mana pihak untuk menjadi wakil Syarikat melalui surat kuasa wakil.

e) Menandatangani, mengeluar, menerima dan mengesahkan semua cek, nota perjanjian,

draf, bil pertukaran dan lain-lain instrumen oleh mana-mana dua orang pengarah Syarikat

atau apa-apa cara yang diputuskan dari semasa ke semasa.

Secara amnya, Pengarah mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam sesebuah Syarikat.

Mereka perlu menentukan hala tuju Syarikat, menilai prestasi perniagaan dan memastikan

perancangan dilaksanakan dan sumber hasil Syarikat digunakan dengan betul serta membuat

keputusan bagi kepentingan Syarikat. Sekiranya pihak Pengarah mematuhi akan segala

peruntukan dan undang-undang yang ada, ianya akan melicinkan perjalanan Syarikat dan

kejayaan syarikat dapat dicapai.

2.0 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PENGARAH

Pengarah mempunyai kewajipan di sisi undang-undang yang perlu dilaksanakan terhadap

syarikat. Kewajipan-kewajipan ini terkandung di dalam Common Law dan Akta Syarikat, iaitu

kewajipan fidusiari, kewajipan statutory dan juga kewajipan statutori.

2.1 Kewajipan Fidusiari

Pada amnya pengarah adalah ejen dan pemegang amanah kepada syarikatnya. Sebagai ejen

kepada syarikat, pengarah mempunyai hubungan fidusiari dengan syarikatnya dan dengan itu

mempunyai kewajipan fidusiari kepada syarikat. Apakah yang dimaksudkan dengan kewajipan

fidusiari? Kewajipan fidusiari boleh difahami melalui misalan yang berikut:

Andaikan A adalah seorang pengarah dalam syarikat B. Jadi, A terikat di sisi undang-undang

untuk menggunakan hak dan kuasa yang ada padanya atau yang diberi oleh B kepadanya

dengan ikhlas dan suci hati bagi manfaat B. Dengan itu A mempunyai kewajipan fidusiari

kepada B.

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 9

Page 10: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

Pada amnya pengarah adalah ejen dan pemegang amanah kepada syarikatnya. Pengarah secara

bersama-sama dalam lembaga pengarah untuk menguasai urusan syarikat, menggerakkannya dan

menentukan hala tuju syarikat. Kejayaan sesebuah syarikat itu terletak kepada lembaga

pengarahnya.

Di dalam Seksyen 132 (5) dengan jelas Seksyen yang memperuntukkan bahawa undang-undang

kewajipan pengarah (seperti mana yang digariskan dalam subseksyen (1) bahawa "pengarah-

pengarah hendaklah bertindak dengan jujur dan menggunakan usaha yang munasabah pada bila-

bila masa dalam menjalankan kewajipan jawatannya") adalah merupakan sebagai tambahan

kepada dan bukannya untuk mengurangkan mana-mana kaedah undang-undang atau undang-

undang bertulis yang lain.

Ungkapan 'bertindak dengan jujur' menunjukkan bahawa pengarah mempunyai kewajipan

fidusiari kepada syarikat. Perkataan 'menggunakan usaha yang munasabah' pula mewujudkan

'kewajipan berjaga-jaga dan menggunakan kemahiran' kepada syarikat. 'Bertindak dengan jujur'

merujuk kepada kewajipan pengarah untuk bertindak bona fide bagi manfaat syarikat

keseluruhannya. Ukuran mengenai sejauh mana sesuatu tindakan itu adalah untuk manfaat

syarikat keseluruhannya atau tidak adalah terpulang kepada budi bicara pengarah. Pengarah yang

menentukan kriteria sesuatu tindakan yang boleh dianggap sebagai memanfaatkan syarikat. Apa

yang penting ialah kepentingan syarikat hendaklah diutamakan dan mengatasi semua

kepentingan lain.

1. Bertindak dengan jujur demi kepentingan syarikat

Perkataan ‘bertindak dengan jujur’ dalam Subseksyen 132 (1) telah didefinisikan di dalam kes

Marehesi lwn Barnes Keogh : “ ‘bertindak dengan jujur’ adalah dirujuk kepada perbuatan yang

bona fide (suci hati) untuk kepentingan syarikat dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai

pengarah” dan bukannya mahkamah yang menganggap sesuatu tugas itu untuk kepentingan

syarikat tetapi pengarah itu sendiri yang harus beranggapan demikian. Keputusan yang dibuat

oleh seorang pengarah mestilah bertujuan membawa keuntungan kepada syarikat.

Re W & M Roith Ltd (1967) 1 All ER 247

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 10

Page 11: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

Roith mengawal syarikat dengan memegang majoriti syer dan dia adalah seorang daripada 3

orang pengarah. Dia kemudiannya memasuki kontrak dengan syarikat di mana Seksyeniranya dia

mati, isterinya boleh mendapatkan pencen. Dia kemudiaannya meninggal dunia. Apabila

isterinya menuntut pencen, ia ditolak oleh likudator.

Mahkamah bersetuju dengan likudator kerana sewaktu membuat keputusan, pengarah tidak

mengira kepentingan syarikat tetapi mengira kepentingan isterinya.

Satu persoalan yang wujud ialah kepentingan siapakah yang dikatakan kepentingan syarikat. Di

dalam kes Peter’s America Delicacy Co. Ltd. Lwn Heatg (1939) 61 CLR 457 dan

Greenhalgh lwn Arderne cinemas Ltd. (1951) Ch. 286

‘kepentingan ahli-ahli secara keseluruhan syarikat bolehlah disamakan dengan kepentingan

syarikat’

Oleh itu, bertindak untuk kepentingan syaarikat bermaksud pengarah mestilah bertindak untuk

kepentingan ahli syarikat keseluruhannya.

Bagi syarikat berkumpulan, syarikat-syarikat ini mempunyai entiti yang berasingan, jadi tidak

boleh pengarah sesebuah syarikat memperjudikan nasib syarikat untuk kepentingan syarikat-

syarikat lain pula.

Untuk menentukan kepentingan sesebuah syarikat, ujian yang terbaik ialah satu ujian yang akan

menentukan samada seseorang yang jujur sebagai pengarah, dapat dalam semua keadaan,

percaya bahawa perbuatan itu adalah untuk kepentingan syarikat sepenuhnya.

2. Seorang pengarah tidak boleh menggunakan maklumat yang diperolehi sebagai

pengarah untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya sendiri atau pihak selain

syarikat dan ianya merugikan syarikat.

Menurut Subseksyen 132(2) Akta Syarikat 1965 menjelaskan:

132 (2) Pegawai-pegawai atau ejen syarikat atau pegawai bursa saham tidak boleh

menggunakan dengan tidak betul apa-apa maklumat yang diperolehi dengan kerana

kedudukannya sebagai pegawai atau ejen syarikat atau pegawai bursa saham untuk mendapat

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 11

Page 12: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

secara langsung atau tidak langsung faedah untuk dirinya sendiri atau untuk mana-mana prang

lain atau untuk menyebabkan kerugian kepada syarikat.

Dalam Subseksyen ini menyatakan bahawa pengarah tidak boleh menggunakan maklumat bagi

kepentingan peribadi. Ini kerana prinsip ini termasuk dalam penyalahgunaan rahsia dagangan

(trade secrets), dan senarai pelanggan bagi kegunaan pesaing-pesaing dan maklumat rahsia lain.

Ini boleh dibuktikan dalam kes Thomas Marshall (exporters) Ltd. lawan Guinle (1978) di

mana Guinle adalah seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan

import. Syarikat mengimport barang daripada Eropah Timur yang kemudiannya dijual kembali

di England. Tanpa pengetahuan syarikat, syarikat mendapatkan perintah injuksi untuk

menghalangnya daripada berurusan dengan pelanggan dan pembekal syarikat. Syarikat juga

mendapatkan perintah injuksi untuk menghalangnya daripada menggunakan maklumat rahsia

syarikat atau rahsia dagangan (trade secrets). Mahkamah memberikan perintah injuksi selepas

mendapati Guinle telah melanggar kewajipan fidusiarinya untuk bertindak dengan jujur dan

mahkamah berpendapat maklumat yang diperolehinya adalah maklumat rahsia yang hanya boleh

digunakan demi kepentingan pihak syarikat.

Selain itu, dalam kes Grove lawan Flavel (1986) turut menjelaskan di mana pengarah

mempunyai maklumat berkenaan risiko syarikat yang akan digulungkan. Pengarah telah

menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan untuk melindungi dirinya dan syarikat lain yang

mana beliau adalah kepentingan sebagai pengarah daripada kesan penggulungan syarikat. Ini

menyebabkan kerugian kepada pemiutang-pemiutang syarikat. Oleh itu, mahkamah memutuskan

pengarah telah menggunakan maklumat yang diperolehinya secara salah di mana ianya bertujuan

bagi kepentingan peribadi.

3. Seorang pengarah tidak boleh mengambil kesempatan dengan menggunakan

kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya

sendiri.

Sekiranya seorang pengarah itu menerima apa-apa keuntungan atau ganjaran dari pihak ketiga

kerana menjalankan kewajipannya bagi pihak syarikat, ganjaran yang diperolehinya mestilah

diserahkan kepada syarikat.

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 12

Page 13: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

Dalam kes Mahesan lwn Malaysian Government Officers Co-operative Housing Society

(1987) 1 MLJ 149. Mahesan adalah seorang pengarah dan bekerja untuk syarikat Malaysian

Government Officers Co-operative Housing Society. Tujuan penubuhan syarikat ialah untuk

menyediakan perumahan untuk pekerja kerajaan. Mahesan menerima rasuah dari Manickam

berkenaan dengan satu transaksi yang melibatkan pembelian tanah. Manickan membeli tanah

dengan harga $456,000. dia menjual kepada syarikat dengan harga $944,000 dan memberi

rasuah sebanyak $122,000 kepada Mahesan. Syarikat boleh membeli tanah tersebut dengan

harga $456,000 tetapi mereka terpaksa membayar $944,000

Mahkamah memutuskan bahawa syarikat boleh menuntut jumlah rasuah atau kerugian daripada

perlanggaran kewajiban oleh Mahesan. Memandangkan kerugian syarikat adalah lebih besar dari

jumlah rasuah, Mahesan diperintah untuk membayar kerugian yang dialami oleh syarikat akibat

daripada rasuah tersebut.

4. Seorang pengarah tidak boleh mengambil atau menyimpan sebarang untung rahsia

(dalam bentuk upah, yuran, komisen dan sebagainya)

Sekiranya seseorang itu menerima apa-apa keuntungan atau ganjaran dari pihak ketiga kerana

menjalankan kewajipannya bagi pihak syarikat, ganjaran yang diperolehi mestilah diberikan

kepada syarikat. Dalam kes Boston Deep Sea Fishing & Ice lwn Ansell (1888), Ansell adalah

pengarah urusan syarikat Boston dan beliau bertanggungjawab dalam pembinaan bot-bot

menagkap ikan bagi pihak syarikat. Walau bagaimana pun tanpa pengatahuan syarikat beliau

telah membayar komisen oleh pembuat kapal. Syarikat juga tidak mengetahui bahawa ansell

adalah pemegang saham kepada sebuah syarikat pembekal ais dan syarikat pembekal ikan.

Syarikat syarikat telah membayar bonus kepada pemegang-pemegang saham yang memberikan

perkhidmatan mereka. Ansell kemudianya memasuki kontrak dengan kedua dua syarikat bagi

pihak syarikat boston. Mahkamah memutuskan kepentingan peribadi ansell bertentangan dengan

kewajipan fidusiari kepada syarikat boston apabila menerima komisen daripada pembuat kapal

dan menerima bonus daripada kedua-dua syarikat dimana beliau adalah pemegang saham.

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 13

Page 14: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

Oleh itu, Sekiranya pengarah berpeluang untuk membuat untung rahsia atau manfaat dari

statusnya sebagai pengarah, untung dan manfaat tersebut mestilah didedahkan kepada syarikat

dan disahkan. Jika tiada sebarang pendedahan dibuat, adalah bertanggungan untuk

mengambilkan untung tersebut kepada pihak syarikat.

Dalam kes Furs ltd Lwn Tomkies (1936) Tomkies adalah pengarah syarikat Furs ltd. Tomkies

telah diarahkan oleh syarikat untuk mengadakan perbincangan bagi tujuan penjualan sebahagian

daripada perniagaan syarikat kepada sebuah syarikat di New Zealand. Semasa perbincangan

penjualan tersebut, Tomkies telah membuatkan pihak pembuli memberi bayaran kepadanya.

Oleh kerana itu pihak pembuli terpaksa membuat bayaran kepada Tomkies. Pembuli telah

menawarkan harga yang rendah untuk mebeli perniagaan Furs. Furs telah menerima harga

tawaran tanpa mengatahui bayaran yang dibayar kepada Tomkies. Pekara ini hanya diketahui

oleh syarikat setelah transaksi jual beli tersebut selesai. Syarikat kemudiannya menuntut daripada

Tomkies bayaran yang beliau terima dari pihak pembuli, Furs telah berjaya dalam tuntutannya

terhadap Tomkies. Hakim latham memutuskan “Pengarah telah meletakkan dirinya dalam situasi

mana kepentigan dirinya bertentangan dengan kewajipannya. Sebagai pengarah syarikat yang

diamanahkan untuk menedalikan perbincangan untuk menjual aset syarikat, pengarah adalah

berkewajipan untuk membuat yang terbaik bagi pihak syarikat dan memastikan syarikat

mendapat harga yang terbaik dalam transaksi jual beli tersebut.”

Oleh yang demikian pengarah tidak boleh mendapat apa-apa keuntungan untuk dirinya sendiri

daripada apa-apa urusniaga syarikat kecuali segala fakta mengenai urusniaga tersebut diketahui

oleh pemegang saham dan dipersetujui di dalam mesyuarat syarikat. Apa-apa untung rahsia yang

diperolehi oleh pengarah di dalam menjalankan kewajipan fidusiarinya adalah menadi hak milik

syarikat yang sah. Pengarah hendaklah sentiasa memikirkan kepentingan syarikat dan bukan

kepentingan diri sendiri di dalam menjalankan kewajipan fudisiari sebagai pengarah.

5. Seorang pengarah tidak boleh memasuki kontrak dengan syarikatnya tanpa

mendedahkan atau memberitahu tentang fakta bahawa beliau adalah pihak yang

mempunyai kepentingan.

Jika pengarah membuat keuntungan daripada urusniaga tersebut ianya mestilah didedahkan

kepada syarikat. Kegagalan pengarah mendedahakn perkara tersebut boleh membuat pengarah

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 14

Page 15: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

bertanggungan terhadap syarikat ke atas keuntungan tersebut kerana pengarah berada di dalam

kedudukan di mana kepentingan peribadi bertentangan dengan kepentingan syarikat. Terdapat

beberapa peruntukan di dalam Akta Syarikat 1965 yang menyentuh berkenaan pendedahan

kepentingan di dalam kontrak, harta, jawatan-jawatan, dan lain-lain oleh pengarah.

Subseksyen 131(1) dan (5) memperuntukan:

131 (1) tertakluk kepada Subseksyen ini tiap-tiap pengarah syarikat yang dalam apa cara, sama

ada cara langsung atau tidak langsung, berminat di dalam kontrak atau kontrak yang

dicadangkan dengan syarikat tersebut hendaklah secepat mungkin yang Pratik selepas fakta-

fakta yang relevan telah sampai ke pengatahuannya mengistiharkan sifat kepentingannya di

mesyuarat pengarah-pengarah syrikat.

131 (5) tiap-tiap pengarah syarikat yang memegang apa-apa jawatan atau memiliki apa-apa

harta sama ada secara langsung atau tidak langsungtugas-tugas atau kepentingan-

kepentingannya sebagai pengarah hendaklah mengistiharkan di mesyuarat pengarah-pengarah

syarikat fakta dan sifat jenis dan had percanggahan tersebut.

Subseksyen 131 menyatakan pengarah mesti mendedahkan keadaan kepentingannya sama ada

secara langsung atau tidak langsung di dalam mana-mana kontrak yang dimasuki dengan

syarikat. Sekiranya pengarah memegang apa-apa jawatan atau memiliki apa-apa jawatan atau

memiliki apa-apa harta yng boleh menimbulkan percanggahan dengan kepentingannya sebagai

pengarah, perkara tersebut hendaklah didedahka kepada mesyuarat lembaga pengarah.

Peso Silver Mines Ltd Lwn Cropper (1966) mahkamah memutuskan apabila lembaga

pengarah dengan suci hati menolak satu peluang untuk syarikat. Maka pengarah bolehlah

mengambil peliang tanpa mendedahkannya kepada syarikat atau mesyuarat lembaga syarikat.

Dan kes seterusnya, kes Transual Lands Co Lwn New Belgium (Transuaal) Land &

Development Co (1914) Samuel dan Harvey adalah pengarah-pengarah syarikat Transvaal

Lands. Samuel juga adalah pengarah bagi syarikat New Belgium. Kedua-duanya adalah

pemegangsaham dalam syarikat New Belgium. Atas pujukan Samuel lembaga pengarah

Transvaal Land bersetuju untuk membeli saham-saham yang dimilik oleh syarikat New Belgium.

Selepas transaksi jual beli saham selesai, syarikat Transvaal mengetahui Samuel dan Harvey

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 15

Page 16: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

mempunyai kepentingan di dalam syarikat New Belgium dan syarikat Transvaal ingin

membatalkan kontrak tersebut. Mahkamah memutuskan kepentingan sebagai pengarah dan

pemegang saham di dalam New Balgium bercanggah dengan kewajipan mereka untuk bertindak

demi kepentingan syarikat. Transvaal, dan dengan itu merek telah melanggar kewajipan fidusiari

terhadap syarikat.

6. Persaingan dengan syarikat di mana pengarah tidak boleh memperolehi apa-apa

harta atau peluang perniagaan yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat.

Tiada undang-undang yang mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menjadi pengarah

kepada dua syarikat yang berasingan asalkan segala percanggahan yang timbul dideahkan dan

disahkan oleh syarikat. Dengan erti kata lain, pengarah masih ada hak untuk melakukan sesuatu

yang bersaing dengan syarikat tetapi tindakan itu mestilah didedahkan sepenuhnya dan

dibenarkan oleh syarikat.

Sekiranya pengarah menubuhkan perniagaan yang bersaing dengan syarikat yang mana beliau

adalah pengarah dan kemudiannya mengambil peluang ke atas kontrak yang sepatutnya

diberikan kepada syarikat yang beliau menjadi pengarah, beliau dikatakan telah melanggar

kewajipan fidusiarinya.

Avel Consultants Sdn Bhd & Anor Lwn Mohamed Zain Yusof & Ors (1985) ketiga-tiga

respon adalah pengarah syarikat perayu. Responden kemudiannya menubuhkan sebuah fima

perunding jurutera lain, bersaing dengan perniagaan perayu. Firma ini kemudahannya berusaha

mencari pelanggan dan akhirknya dilantik menjalankan kerja perundingan yang sepatutnya

diperolehi oleh perayu. Perayu membuat tuntutan terhadap responden kerana melanggar

kewajipan fidusiari. Dalam keputusannya meluluskan tuntutan perayu, keta hakim negara tun

salleh abas menyatakan:

“Undang-undang adalah jelas bahawa pengarah mempunyai hubungan fidusiari dengan

syarikat. Dengan itu, pengarah tidak boleh meletakkan dirinya dalam situasi di mana

kepentingan dirinya bertentanagn dengan kepentingan syarikat”

Cook Lwn Deeks (1916) Toronto Contruction Company mempunyai empat orang pengarah

yang juga pemegang saham syarikat. Iga orang pengarah berkonflik dengan seorang (plantif).

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 16

Page 17: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

Mereka kemudiannya memutuskan hubugan dengan plantif. Syarikat Toronto telah berunding

berkenaan satu kontrak dengan Canadian Pacific Company. Perundingan dilaksanakan oleh

kedua0dua defenden. Apabila syarikat berjaya mendapatkan kontak tersebut, ketiga-tiga

defenden menubuhkan syarikat baru bernama Dominion Construction Company untuk

menjalankan kontrak tersebut. Plantif menyaman bagi pihak syarikat dengan alas an pihak

defenden telah melanggar kewajipan sebagai pengarah syarikat. Mahkamah memutuskan

pengarah-pengarah tersebut melanggar kewaajipan sebagai pengarah dan membenarkan syarikat

mendapatkan kontrak kembali keuntungan yang dibuat oleh defendan.

Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian prinsip am yang menyatakan pegarah hanya boleh

bersaing dengan syarikat jika tindakan tersebut didedahkan dan dibenarkan oleh syarikat.

Peso Silver Mines Ltd Lwn Cropper (1966). Cropper adalah pengarah bagi Peso Silver Mines

Ltd. seorang peniaga telah menawarkan kontrak untuk menggali. Tawaran ini telah

dipertimbangkan oleh pengarah-pengarah Peso dan ditolak. Setelah tawaran ditolak oleh

pengarah syarikat Peso. Maka Cropper berminat terhadap tawaran kontrak tersebut dan telah

membentuk satu syarikat baru iaitu “Cross Bow” dan cropper adalah pengarahnya. Oleh kerana

Cropper tidak bersetuju dengan tindakan pengarah atasan Peso maka beliau meletak jawatan dari

Peso. Akhirnya Cropper telah disaman oleh Peso dimana Peso telah menuntut jumlah saham

yang dipegang oleh Cropper dalam Cross Bow dengan alas an saham-saham itu dipegang bagi

pihak Peso dan juga Cropper mempunyai hubungan fidusiari terhadap peso apabila dia

mempengaruhi saham Cross Bow. Mahkamah tinggi kanada menolak tuntutan Peso dengan

memutuskan bahawa ketika lembaga pengarah dengan suci hati menolak satu peluang bagi pihak

syarikat, maka pengarah adalah dibenarkan untuk mengambil peluang tersebut tanpa perlu

mendedahkan kepada syarikat.

7. Pengarah mesti menggunakan kuasa dan asset yang telah diamanahkan kepadanya

dengan maksud yang ditentukan.

Seseorang pengarah mungkin bertindak secara jujur bagi kepentingan syarikat, tetapi beliau

masih boleh dikatakan melanggar kewajipan fidusiarinya jika beliau menyalahgunakan asset

syarikat atau menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya untuk tujuan yang salah.

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 17

Page 18: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

Kita boleh rujuk di dalam kes Belmont Finance Corporation Ltd. lawan Williams Furniture

Ltd. (1980) . Dalam kes ini mahkamah telah memutuskan bahawa pengarah boleh didapati

bersalah di bawah jenayah pecah amanah jika menyalahgunakan wang syarikat.

Kesan-Kesan Kontrak Akibat Kemungkiran Tanggungjawab Fidusiari

Satu urusniaga syarikat yang ultra virus tidak batal walaupun ianya melanggar kewajipan

fidusiari pengarah. Urusniaga tersebut hanya boleh menjadi boleh batal. Terdapat 2 perkara yang

perlu diambil kira : -

(1) bila pengarah memasuki kontrak atau urusniaga dengan syarikatnya sendiri dan melanggar

tugas fidusiarinya, kontrak atau urusniaga tersebut menjadi boleh batal, dimana syarikat

mempunyai opsyen untuk membatalkan kontrak atau urusniaga tersebut.

(2) Bila urusniaga dimasuki oleh syarikat dengan pihak ke-3, sama ada urusniaga itu boleh

diketepikan oleh pihak ke-3 atau tidak. Bergantung sama ada pihak ke-3 tahu atau sepatutnya

tahu yang pengarah telah melanggar tugas fidusiarinya. Jika pihak ke-3 tahu, maka pihak ke-

3 tidak dapat mengenepeikan urusniaga tersebut.

Satu urusniaga syarikat yang ultra virus tidak batal walaupun ianya melanggar kewajiban

fidusiari pengarah. Urusniaga tersebut boleh diketepikan jika satu pihak tahu atau sepatutnya

tahu berkenaan dengan perlanggaran kewajiban oleh pengarah syarikat.

Remedi-Remedi Untuk Kemungkiran Kewajipan Fidusiari Pengarah.

Apabila seorang pengarah syartikat itu didapati melanggar kewajipan fidusiari terhadap syarikat,

syarikat berkenaan mempunyai pilihan, samada untuk:

I. meminta pengarah menyerahkan segala keuntungan yang telah diterimanya (dari

pihak ketiga)

II. meminta pengarah membayar gantirugi kepada syarikat jika syarikat terbukti telah

mengalami kerugian disebabkan perlanggaran kewajipan tersebut.

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 18

Page 19: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

2.2 Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati, Dan Ketekunan

Subseksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 :

Pengarah hendaklah pada setiap masa bertindak dengan jujur dan menggunakan kerajinan

yang menusabah dalam melepaskan kewajipan-kewajipan jawatannya.

Menurut Subseksyen diatas menyebut bahawa seorang pengarah hendaklah pada setiap masa

bertindak dengan jujur dan menunjukkan ketekunan yang menusabah tanpa menyebutkan secara

khusus istilah kemahiran, berhati-hati atau ketekunan.

Kewajipan Menggunakan Kemahiran

Seseorang pengarah tidak perlu mempunyai apa-apa kemahiran untuk menjawat jawatan

pengarah dan ketidakmahiran bukanlah satu kemungkiran kewajipan kepada syarikat.

Dalam kes Re City Equitable Fire Insurance (1925), Hakim Romer menyatakan, "Seseorang

pengarah tidak perlu menunjukkan satu darjah kepandaian yang lebih tinggi daripada seorang

yang mempunyai kepandaian dan pengalamannya."

Kesimpulannya, Akta mahupun Common Law tidak mensyaratkan supaya seseorang pengarah

itu perlu mempunyai kelayakan minimum tertentu sebelum boleh dilantik menjadi pengara.

Selain daripada itu, kes Rowies J mengatakan di dalam kes Re City Equitable Fire

Insurance Ltd (19245) 1 Ch 407

“ pengarah tidak perlulah memnunjukkan, didalam melaksanakan tugasnya, tahap kemahiran

yang lebih tinggi dari yang sepatutnya dianggapkan ada dalam fikiran atau pengalamannnya”

Akta Syarikat tidak pernah memberikan syarat-syarat minimum sebelum seseorang itu boleh

menjadi pengarah. Tetapi seandainya dalam keadaan di mana seseorang pengarah dilantik kerana

kemahirannya dalam kemahiran tertentu, dan kemudiaanya dia gagal membuktikannya, di sini

satu perlanggaran kewajiban mungkin telah berlaku.

Kewajipan Berhati-hati

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 19

Page 20: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

Kes Re Brazilian Rubber Plantations and Estates Ltd (1911) Seseorang pengarah hanya perlu

menunjukkan darjah berjaga-jaga yang lebih tinggi daripada yang wajar daripada seseorang yang

mempunyai kelayakan dan pengalamannya. Pengarah tidak bertanggungan ke atas sebarang

kerugian akibat daripada kesilapan dalam memberi pertimbangan.

Manakala dalam kes Re John Fulton & Co Ltd (1932) pula apabila seseorang pengarah tidak

patut menerima jawatan pengarah dan emolumen sebagai ganjarannya jika dia tidak mengetahui

mengenai peruntukan Akta atau Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan syarikat.

Seseorang pengarah hendaklah membuat siasatan yang munasabah apabila diminta untuk

membuatnya daripada wang syarikat:

Re Railway & General Light Improvement Co; kes Marzetti (1880) Seseorang pengarah

yang mencadangkan bayaran tertentu daripada wang syarikat dan menandatangani cek tanpa

mengetahui dengan sebenarnya untuk tujuan apa bayaran itu dibuat tanpa membuat penyiasatan

yang wajar bagi seseorang yang berada dalam kedudukannya perlu lakukan, maka pengarah

berkenaan dianggap sebagai lalai dalam menjalankan kewajipannya:

Kewajipan Untuk Berusaha/Ketekunan

Subseksyen 132 (1) memperuntukkan bahawa seseorang pengarah hendaklah menggunakan

"usaha yang munasabah" dalam menjalankan kewajipan jawatannya. Darjah kewajipan itu

perlulah munasabah mengikut hal-keadaan dan tidak lebih daripada itu. Rujuk kes Byrne lwn

Baker (1964). Dalam kes Re Forest of Dean Coal Mining Co (1879) pula seseorang pengarah

misalnya, tidak perlu menghadiri semua mesyuarat lembaga pengarah.

Seseorang pengarah pada amnya tidak bertanggungjawab ke atas tindakan atau peninggalan

rakan pengarahnya yang lain, jika dia tidak hadir dalam mesyuarat lembaga pengarah yang

berkaitan. Seseorang pengarah tidak bertanggungan terhadap sesuatu perkara yang berlaku

semasa dia tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan, misalnya: -

i. Hutang yang dibuat semasa ketiadaannya: Ramskill lwn Edwards (1885).

ii. Fraud yang dilakukan oleh rakan pengarahnya: Cargill lwn Bower (1878). Dia

tidak berobligasi untuk menyelia hal-ehwal syarikat atau tingkahlaku rakan

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 20

Page 21: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

pengarahnya, kecuali jika dia memberikuasa supaya tindakan itu dibuat, maka dia

boleh bertanggungan.

Seseorang pengarah yang memungkiri kewajipan untuk mengguna kemahiran,

berjaga-jaga dan menggunakan usaha yang munasabah boleh didakwa oleh

syarikat atas kerugian yang dialaminya.

Subseksyen 132 (3) dengan jelas memperuntukkan bahawa seseorang pengarah adalah

bertanggungan atas apa-apa kerugian yang ditanggung oleh syarikat akibat daripada

kemungkiran kewajipan pengarah untuk 'bertindak secara yang munasabah'. memandangkan

kewajipan itu ditanggung kepada syarikat, maka anggota-anggota syarikat tidak boleh mendakwa

untuk menguatkuasakannya: Pavlides lwn Jensen (1956).

Remed-Remedi Untuk Kemungkiran Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati Dan Ketekunan

Subseksyen 132(3) Akta Syarikat 1965 :

Pegawai atau ejen atau pegawai bursa saham yang melakukan perlanggaran perlanggaran

Subseksyen ini hendaklah:

a) bertanggungan kepada syarikat untuk apa-apa keuntungan yang dibuat olehnya atau

untuk kerosakan oleh syarikat akibat dari perlanggaran tersebut; dan

b) bersalah di atas kesalahan Akta ini.

Penalti: lima tahun penjara atau tiga puluh ribu ringgit

Apabila seseorang pengarah syarikat itu didapati melanggar kewajipan kemahiran, berhati-hati

dan berusaha sewajarnya, syarikat boleh menyaman dan menuntut ganti rugi terhadap pengarah

tersebut.

2.3 Kewajipan Statutori (Berkanun)

Sebagai salah satu dari tugas-tugas pengarah, mereka dikehendaki mendedahkan beberapa

perkara kepada syarikat : -

(1) Seksyen 131 – pengarah mestilah mendedahkan beberapa perkara bersangkutan dengan

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 21

Page 22: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

kepentingan sendiri dalam mesyuarat, contohnya memberitahu tentang faedah dalam kontrak,

harta benda, jawatan dan sebagainya.

(2) Seksyen 132A - pengarah yang berada dalam atau berhubung kepada satu urusniaga dalam

cagaran-cagaran perbadanan tidak boleh menyalahgunakan kedudukan sebagai pengarah

untuk memperolehi maklumat-maklumat sulit.

(3) Seksyen 132B – pengarah tidak boleh menyalahgunakan maklumat yang didapati dalam

kapasiti rasmi sebagai pengarah.

(4) Seksyen 132C – pengarah tidak boleh menguatkuasakan mana-mana cadangan atau

melaksanakan mana-mana transaksi bagi : -

(a) pemerolehan satu usahan atau harta benda bernilai tinggi; atau

(b) pelupusan suatu bahagian besar dari usaha atau harta benda syarikat, yang akan

merugikan dan mempengaruhi kedudukan atau pelaksanaan kewangan syarikat,

kecuali jika ianya telah diluluskan oleh syarikat dalam mesyuarat am.

(5) Seksyen 132D – pengarah tidak boleh menggunakan mana-mana kuasa syarikat untuk

mengeluarkan syer-syer, melainkan mendapat kelulusan dari syarikat dalam mesyuarat am.

(6) Seksyen 132E - sebuah syarikat tidak boleh memasuki mana-mana perkiraan atau transaksi

dengan mana-mana pengarah syarikat atau syarikat pegangannya atau dengan seorang yang

berhubung dengan pengarah untuk memperolehi daripada atau melupuskan kepada pengarah

mana-mana aset tiada tunai dari nilai-nilai yang wajib, kecuali jika ianya diluluskan oleh

resolusi syarikat dalam mesyuarat am.

(7) Seksyen 133 – sebuah syarikat tidak boleh membuat suatu pinjaman wang kepada pengarah

syarikat.

(8) Seksyen 133A – larangan dari hal pinjaman wang kepada orang-orang yang berhubung

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 22

Page 23: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

dengan pengarah.

(9) Seksyen 135 – pengarah kewajiban untuk memberitahu : -

(a) Butiran-butiran sperti syer, debenture, faedah turutan, hak, pilihan dan sebagainya.

(b) mengenai mana-mana pertukaran butiran perenggan (a)

(c) dari hal kejadian dan perkara yang mempengaruhi atau berkaitan kepada dirinya

sendiri.

(d) jika ia adalah pengarah syarikat awam atau subsidiari syarikat awam dari hal tarikh

pada bila ia mencapai umur 70 tahun

3.0 KESIMPULAN

Secara amnya, pengarah merupakan individu dan pihak yang bertanggungjawab mengurus dan

mentadbir syarikat. Di sini juga, bukan semua yang layak dan mampu untuk memangku gelaran

sebagai pengarah, kerana tanggungjawab yang di pikul oleh seseorang pengarah amat berat. Bagi

melayakkan diri diri untuk menjadi seorang pengarah, seseorang individu mesti mempunyai

kelayakan-kelayakan yang tertentu. Antaranya mestilah dewasa, bukan seseorang yang

dikategori sebagai bankrap yang belum lepas oleh mahkamah, tidak pernah disabitkan dengan

apa jua kesalahan yang melibatkan penipuan dan seumpamanya. Selain itu, jika seseorang pernah

menjadi pengarah kepada dua buah syarikat yang telah dikenakan tindakan

penyelesaian/penggulungan dan tidak mampu bayar hutang selang kurang daripada lima tahun

antara keduanya, tidak layak menjadi pengarah syarikat lain (ketiga). Seseorang yang telah

dilantik menjadi pengarah harus mengosongkan jawatannya apabila hilang kelayakan

menjadipengarah samada hilang kelayakan itu menurut peruntukan Akta syarikat atau artikel

persatuan. Di samping itu, pengarah juga dipertanggungjawabkan dengan kewajipan-kewajipan

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 23

Page 24: Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

tertentu iaitu kewajipan fidusiari, kewajipan kemahiran, berhati-hati dan ketekunan, serta

kewajipan statutori. Pengarah tidak boleh mengambil remeh tentang tanggungjawabnya, malah

pengarah juga perlu mengetahui dan menyedari mengenai peranan, kewajipan, dan liabiliti

mereka di sisi undang-undang dan perlu mengambil inisiatif untuk mengetahui hak dan

tanggungjawabnya. Bahkan, jika pengarah was-was, dinasihatkan mendapatkan nasihat undang-

undang. Hal ini kerana, jika pengarah bertindak secara bercanggah atau tidak mematuhi undang-

undang, ia tidak boleh memberi alasan bahawa ia tidak tahu tindakkannya itu telah melanggar

peruntukan undang-undang. Ini disebabkan “kejahilan undang-undang bukan lah satu

kemaafan”. Oleh yang demikian, apa cara sekalipun mengarah mesti sedia maklum tentang

perkara yang melibatkan pengarah dan perlu sentiasa peka terhadap tanggungjawab dan

peranannya.

KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 24