35
Title PI 31803 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DAN KOGNISI COGNITION AND PAIGET ( PERINGKATSENSORIMOTOR)

Kognisi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kognisi

Title

PI 31803PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

COGNITION AND PAIGET( PERINGKATSENSORIMOTO

R)

Page 2: Kognisi

PENDAHULUANPENDAHULUAN Kognitif merupakan salah satu aspek

terpenting dalam taksonomi pendidikan. Istilah “Cognitive” berasal daripada

perkataan cognition yang bermaksud pengertian, atau mengerti.

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.

Ia juga melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menyelesaikan masalah, mencipta, dan berimaginasi.

Perkembangan kognitif pula memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat.

Page 3: Kognisi
Page 4: Kognisi

PENDAHULUANLATAR BELAKANG JEAN PIAGET

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896.

Bapanya Artur Piaget, Profesor Sastera dalam bidang Sejarah.

Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun.

Selepas beliau tamat sekolah menengah, Jean telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel.

Mendapat PhD semasa berumur 22 tahun.

Page 5: Kognisi

PENDAHULUAN Piaget mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva.

Dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist.“

Pada pandangan Piaget, minda manusia boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran.

Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kali dikenali sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973).

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

Page 6: Kognisi

PENDAHULUANSTRUKTUR KOGNITIF Menurut Papalia (1990), skema adalah struktur kognitif

yang membentuk asas bagi mengatur sesuatu tingkah laku dalam memahami dan bertindak balas pada persekitaran.

Menurut Charlesworth (1992), kanak-kanak mempunyai pelbagai bentuk skema yang berbeza yang sentiasa berubah apabila semakin dewasa.

Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap,memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.

Page 7: Kognisi

PENDAHULUANPiabet dalam Burns (1986), terdapat dua jenis skema iaitu:

SKEMA OPERASI

Pola tingkah laku yang dapat diamati atau yang dapat dilihat. Contohnya, seperti menggenggam, menyepak dan melihat. Pada peringkat ini tindakan menggenggam adalah hasil refleksi rangsangan daripada persekitaran.

SKEMA MENTAL

Pola tingkah laku yang sukar diamati iaitu aktiviti dalaman. Contohnya, strategi dan peraturan menyelesaikan masalah, mengkategorikan atau dalam memahami sikap. Skema mental yang dilihat berasakan kompleks.

Page 8: Kognisi

PENDAHULUANPROSES KOGNITIF

ACCOMODATION

ASSIMILATION

ORGANIZATION

EQUILIBRIUM

Page 9: Kognisi

PENDAHULUAN Keseimbangan adalah proses mengekalkan

keseimbangan antara apa yang diterima, diketahui dan difahami dengan perkara sebenar yang dialami dan dilihat dalam pengalaman, fenomena dan permasalahan baru. Ia berlaku apabila kanak-kanak mengasimilasikan pengalaman-pengalaman baru dan mengakomodasikan skema-skema yang sedia ada.

Contohnya, kanak-kanak melihat lori besar bergerak, dan apabila kanak-kanak melihat semua kenderaan yang besar sebagai lori.

EQUILIBRIUM

Page 10: Kognisi

PENDAHULUAN

Merubah lingkungan agar sesuai dengan diri sendiri (dengan skema yang ada pada diri kita). Asimilasi juga adalah menunjukkan kanak-kanak tersebut akan memadankan idea atau maklumat yang baru kedalam pengetahuan sedia ada.

Contohnya, melihat bas sebagai lori.

ASSIMILATION

Page 11: Kognisi

PENDAHULUAN Merubah diri (skema yang ada pada diri) agar sesuai

dengan lingkungan yang ada. Pada akomodasi ini terjadi penambahan skema baru. Skema lain tidak hilang. Tambahan skema-skema baru inilah menurut Piaget sebagai perkembangan kognisi. kanak-kanak akan memodifikasi pendekatan untuk menguasai sesuatu dengan cara beradaptasi.

Contohnya, memberikan nama yang berbeza kepada kenderaan tersebut seperti bas dan lori.

ACCOMODATION

Page 12: Kognisi

PENDAHULUAN Kecenderungan individu untuk menyatukan berbagai

skema menjadi satu sistem yang koheren (berkait dan menjadi kesatuan). Merujuk pada sifat dasar struktur mental untuk menjelajah dan memahami dunia. Piaget mentafsirkan fikiran bersifat berstruktur atau terancang yang sangat kompleks bersepadu.

Contohnya, kanak-kanak dapat membezakan kenderaan yang besar sebagai lori dan bas.

ORGANIZATION

Page 13: Kognisi

PENDAHULUAN .

Page 14: Kognisi

PENDAHULUAN .

TAHAP PERKEMBANGAN

CONTOH

Tahap sensorimotor(dari lahir hingga 2 tahun)

Bayi menyentuh, mendengar kemudian meniru apa yang dilihat

Tahap pra Operasi(2 hingga 7 tahun)

Pemikiran egosentrik

Tahap operasi konkrit(7 hingga 12 tahun)

Kanak-kanak dapat mengenali objek seperti meja,kerusi…

Tahap operasi formal(12 tahun hingga dewasa)

Melakukan tugasan yang lebih susah seperti menyelesaikan masalah matematik

Page 15: Kognisi

PENDAHULUAN

Page 16: Kognisi

PENDAHULUANCIRI-CIRI UTAMA DALAM DERIA MOTOR

Iaitu pemikiran terhad pada skema interaksi

Belajar tentang dunia persekitaran melalui deria dan kemahiran motor.

Pembelajaran cuba jaya dan dapat melakukan tindakan ulangan.

Tidak ada konsep pengekalan objek jika objek itu tidak dapat dilihat dan disentuh.

Page 17: Kognisi

PENDAHULUANKEBOLEHAN KANAK-KANAK

PERINGKAT SENSORIMOTOR

FIZIKAL KOGNITIF

Page 18: Kognisi

PENDAHULUANKEBOLEHAN FIZIKALDaripada aksi refleks kepada aktiviti yang

mempunyai tujuan.Saiz dan komposisi otak bertambahGigi susu pada gusi bawah mula kelihatan (6-

8 bulan)Mula perkembangan otot halus:

menggenggam dan mengkoordinasi antara tangan dan mata.

Menunjukkan autonomi dan kekuatan pergerakan

Page 19: Kognisi

PENDAHULUANKEBOLEHAN KOGNITIF

Mengkoordinasi maklumat deria dengan pergerakan motor.

Kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek

Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti mudah

Mula menggunakan imitasi,memori dan pemikiran

Konsep pengekalan objek

Page 20: Kognisi

PENDAHULUANPERINGKAT DERIA MOTOR Melibatkan kanak-kanak yang berumur lahir sehinggga 2

tahun. Mekanisme perkembangan sensorimotor ini

menggunakan proses asimilasi dan akomodasi. Tahap-tahap perkembangan kognitif anak dikembangkan

dengan perlahan-lahan melalui proses asimilasi dan akomodasi terhadap skema-skema anak kerana adanya penerimaan, rangsangan, atau hubungan dengan pengalaman dan situasi yang baru.

Pada masa ini biasanya bayi masih bergantung kepada orang lain, akan tetapi alat - alat derianya sudah boleh berfungsi.

Tindakanya bermula dari tindakbalas refleks berkembang membentuk perwakilan mental.

Page 21: Kognisi

PENDAHULUAN Pada beberapa bulan pertama dari kelahirannya, aspek yang memainkan peranan penting oleh bayi adalah sekitar mulutnya.

Mulut bukan hanya alat untuk makan dan minum, tetapi juga alat komunikasi dengan dunia luar.

Kemudiannya melibatkan mata, telinga dan tangan yang berperanan sebagai alat penghubung dengan dunia luar. Dengan berpusat pada mulut, dibantu dan dilengkapi dengan alat-alat deria dan anggota badan, bayi mengadakan hubungan dan belajar tentang dunia sekitar.

Pada tahap ini juga keinginan (emosi) terbesarnya adalah keinginan untuk menyentuh atau memegang, kerana ia didorong oleh keinginan untuk mengetahui reaksi dari perbuatannya.

Page 22: Kognisi

SUB PERINGKATSENSORIMO

TOR

Page 23: Kognisi

PENDAHULUANBayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui

tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya.

Contohnya, Menghisap, menangis, atau menoleh pada arah suara.

Bayi juga tidak dapat membezakan dirinya dengan objek.

Page 24: Kognisi

PENDAHULUAN Bayi mula mengetahui tentang bahagian badannya yang

tertentu. Bayi melakukan pengulangan tindakan yang berkaitan dengan tubuhnya. Bayi juga mula berpusat kepada kemampuan visual dengan skema deria motor.

Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Apabila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.

Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang yang menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

Page 25: Kognisi

PENDAHULUANDi tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat

pandangan dan pemerhatian yang lebih. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam tangannya.

Contohnya, bayi mengambil dan sengaja menjatuhkan patung kegemaran mereka yang diberikan oleh panjaga. Mereka menjadi lebih berminat pada persekitaran dan mengulangi tindakan yang membawa hasil yang menarik dan mewujudkan pengalaman menarik.

Page 26: Kognisi

PENDAHULUANPada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat

dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

Beberapa perubahan signifikan yang berlaku melibatkan pengkoordinasian skema. Bayi menggabungkan semula skema yang dipelajari dahulu dalam cara terkoordinasi.

Page 27: Kognisi

PENDAHULUANDi tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat

berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek.

Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. Mereka mencuba aktiviti baru dan menggunakan kaedah cuba dan salah dalam menyelesaikan masalah. Peringkat ini juga menggambarkan perkembangan titik permulaan sifat ingin tahu manusia.

Page 28: Kognisi

PENDAHULUANPada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah

kaedah cuba dan salah dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. Kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

Fungsi mental beralih daripada sensorimotor pada peringkat simbolik dan memperkembangkan kebolehan menggunakan simbol primitif seperti bahasa. Simbol primitif membolehkan bayi berfikir mengenai perkara yang konkrit tanpa melakukan tindakan itu.

Page 29: Kognisi

PENDAHULUANCIRI-CIRI TAHAP SENSORIMOTOR Belajar mengembangkan dan menyelaraskan

dirinya dengan tindakan mentalnya menjadi tindakan-tindakan atau perbuatan yang teratur dan betul. Ia belajar mengkoordinasikan akal dan geraknya. Tindakan penyelarasan perbuatan gerak fisik dan perbuatan mentalnya itu disebut skema.

Anak berpikir melalui perbuatan dan gerak.

Page 30: Kognisi

PENDAHULUAN Perkembangan yang terjadi pada tahap ini adalah dari gerak refleks mulut dan gerak mata sampai pada kemampuan untuk makan, melihat, memegang, berjalan, dan berbicara.

Pada akhir tahap ini, anak belajar mengaitkan simbol benda dengan benda konkretnya. Misalnya, ia mengaitkan penglihatan mentalnya dengan penglihatan realiti dari benda yang disembunyikan. Pada akhir tahap ini. Anak belajar bahawa benda yang disembunyikan dari penglihatan itu tidak menghilang terus, sebagaimana yang sebelumnya ia kira.

Pada akhir tahap ini pula, anak mula melakukan percubaan untuk mengenali dengan benda-benda konkret.

Page 31: Kognisi

PENDAHULUANKAJIAN LEPAS

.

Kajian yang bertajuk Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah oleh Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. Nor (2005) menjelaskan bahawa koordinasi motor halus mata sangat penting dalam diri seseorang kanak-kanak khususnya dalam kemahiran penulisan. Kesukaran mengawal motor halus-mata dikatakan akan menyebabkan kegagalan kawalan dalam penulisan.

Anngaran Debi Praminta dan Elisabeth Christiana (2014) dalam artikel mereka menjelaskan bahawa kegiatan menggunting pola mampu memberi kesan kepada perkembangan motor halus kanak-kanak.

Page 32: Kognisi

PENDAHULUAN

.

Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2011) dalam kajian Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah menyatakan bahawa permainan yang bersifat fizikal atau motor adalah sebahagian daripada proses pendidikan yang berlaku melalui pengalaman dalam pelbagai situasi.

Kajian yang dijalankan oleh Grace T.Baranek dalam Autism During Infancy: A Retrospective Video Analysis of Sensory-Motor and Social Behaviors at 9-12 Months of Age menyatakan keputusan menunjukkan simptom-simptom autism yang tidak ketara hadir semasa 9-12 bulan sekaligus mencadangkan bahawa prosedur penilaian awal perlu mengambil kira fungsi deria pemprosesan / deria- motor di samping tindak balas sosial semasa bayi.

Page 33: Kognisi

PENDAHULUANKRITIKAN TEORI PIAGET Kritikan berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang

digunakan. Teori Paiget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan

fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya

empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983).

Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui.

Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.

Page 34: Kognisi

PENDAHULUAN Dalam penerangan perkembangan kognitif kanak-kanak beliau tidak menjelaskan tentang kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirikal,

Istilah-istilah penting seperti asimilasi, akomodasi, kseimbangan dan tahap-tahap perkembangan kognitifnya agak kurang jelas dan tidak tepat.

Beliau tidak menyatakan dengan jelas bagaimana kita tahu yang kanak-kanak itu berada dalam keadaan ketidakseimbangan.

Satu kelemahan teori Piaget ialah ketidaksesuaian kaedah yang beliau gunakan kemungkinan wujud keputusan yang bias kerana bilangan responden yang sedikit, tiada pemerhatian dan kurang kawalan semasa Piaget jalankan kajian.

Page 35: Kognisi

PENDAHULUANKESIMPULAN Teori perkembangan Piaget memandang

perkembangan kognitif sebagai suatu proses di mana kanak-kanak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan interaksi-interaksi mereka.

Teori ini turut menjelaskan perkembangan proses kognitif mengikut tahap umur manusia secara terperinci.

Terdapat empat konsep yang terdapat pada perkembangan Piaget dalam menerima informasi atau situasi yang baru, iaitu: skema, asimilasi, akomodasi, dan equilibrasi.

Perkembangan kognitif iaitu peringkat sensorimotor memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak.