46
NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH e-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433 1. Konsep Asas Moral Moral , akhlak dan etika (a) Moral Moral menunjukan kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik, dan patut dilakukan. Manakala ‘tidak bermoral’ pula bermaksud tidak mengikut prinsip dan melakukan sesuatu yang tidak benar dan tidak baik. Secara umumnya, moral dianggap tetap dan membawa maksud peraturan yang dikenal pasti oleh masyarakat sedunia. Walaupun begitu, perkataan moral itu sendiri mempunyai makna yang berlainan bagi individu dan masyarakat yang berlainan, di masa dan tempat yang berlainan. Moral merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa latin ‘moralis’ yang bermaksud tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat. Oleh itu, perkataan moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran, keadilan, kebenaran, bersopan-santun dan sebagainya. Istilah moral juga boleh dirujuk kepada penentangan terhadap suatu keinginan atau penahanan daripada suatu tingkahlaku yang dianggap salah. Ia juga merupakan kawalan tingkahlaku yang berdasarkan standard- standard dihayati oleh seseorang individu. Moral juga merujuk kepada tingkahlaku yang berdasarkan peraturan- peraturan atau prinsip-prinsip yang diterima secara rasional, iaitu sebab- sebab penerimaan itu difahami dan dirasakan berpatutan. Maka sebagai rumusannya moral bolehlah dimaksudkan sebagai cara atau berbagai cara untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul atau salah, benar

Konsep asas moral

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

1. Konsep Asas Moral

• Moral , akhlak dan etika

(a) Moral

Moral menunjukan kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik, dan patut dilakukan. Manakala ‘tidak bermoral’ pula bermaksud tidak mengikut prinsip dan melakukan sesuatu yang tidak benar dan tidak baik. Secara umumnya, moral dianggap tetap dan membawa maksud peraturan yang dikenal pasti oleh masyarakat sedunia. Walaupun begitu, perkataan moral itu sendiri mempunyai makna yang berlainan bagi individu dan masyarakat yang berlainan, di masa dan tempat yang berlainan.

Moral merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa latin ‘moralis’ yang bermaksud tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat. Oleh itu, perkataan moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran, keadilan, kebenaran, bersopan-santun dan sebagainya.

Istilah moral juga boleh dirujuk kepada penentangan terhadap suatu keinginan atau penahanan daripada suatu tingkahlaku yang dianggap salah. Ia juga merupakan kawalan tingkahlaku yang berdasarkan standard-standard dihayati oleh seseorang individu.

Moral juga merujuk kepada tingkahlaku yang berdasarkan peraturan-peraturan atau prinsip-prinsip yang diterima secara rasional, iaitu sebab-sebab penerimaan itu difahami dan dirasakan berpatutan. Maka sebagai rumusannya moral bolehlah dimaksudkan sebagai cara atau berbagai cara untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul atau salah, benar

Page 2: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam satu-satu keadaan.

(b) Akhlak

Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang. Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu Khuluqun yang bererti budi pekerti, perangai atau tingkahlaku

Definisi ilmu akhlak menurut Prof. Omar Al Toumy Al Syaibani pula, ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan,kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak.

Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya ‘Al- Akhlaq’ merumuskan pengertian akhlak sebagai : Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat ”

Manakala menurut Dr. Miqdad Yalchin akhlak ialah “ Prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur tingkah laku manusia dalam kehidupannya. Ia membentuk dan menentukan hubungan dengan orang lain agar misi kehidupan manusia terlaksana dengan sempurna ”

Berdasarkan pengertian ini, akhlak boleh didefinisikan sebagai sifat semulajadi atau tabiat yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang. Secara kesimpulannya, akhlak mempunyai aspek seperti sifat semulajadi yang dimiliki individu dan sifat yang dimiliki menerusi latihan atau ransangan yang akhir menjadi tabiat. Ia meliputi dua dimensi, iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentukan perlakuan.

(c) Etika

Page 3: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Etika boleh didefinisikan sebagai disiplin falsafah yang member perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu. Ia merupakan kod perlakuan yang nyata dan kadang-kala tersurat yang berperanan untuk mengawal tindakan-tindakan ahli-ahli di dalam sesuatu profesion atau kelompok. Ia juga mempunyai individu-individu yang menyeleweng agar konformiti diperolehi dan prestij dikekalkan.

Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek, iaitu ‘ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Ia juga bermaksud satu set peraturan tingkahlaku seperti kod etika perubatan, guaman, perakuan, perguruan dan sebagainya.

Terdapat dua jenis etika normative dan etika metaetika (meta-ethics)., etika normative menekankan sifat perlakuan yang unggul dan sepatutnya diterima dan dihayati oleh seseorang. Contohnya kesyukuran, kebersihan, dan sebahagiannya. Ia bertujuan mencari norma atau standard bagi sesuatu tindakan supaya manusia boleh memilih tindakan-tindakan mereka dengan kefahaman yang mendalam dan berupaya menilai secara kritis amalan-amalan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Dengan ini, manusia mampu menilai tingkahlaku diri sendiri dan orang lain, dimana mereka dapat melihat yang baik dan sebaliknya. Penafsiran ini dikenali sebagai penafsiran moral dengan menekankan baik dan buruknya sesuatu tingkahlaku manusia apapun, seseorang itu tidak boleh dipersalahkan sekiranya satu-satu tingkahlaku tidak dapat dikawal oleh dirinya sendiri. Sebagai kesimpulan, etika normative merupakan kajian tentang prinsip-prinsip yang menentukan bentuk-bentuk tingkahlaku moral manusia. Tujuannya mencari satu standard bagi tindakan kita supaya dapat memilih sesuatu tindakan dengan lebih bijaksana.

Sementara itu, etika metaetika (meta-ethics). pula mengkaji tentang pertanyaan-pertanyaan cara hidup kita. Tumpuan utama adalah kepada masalah-masalah dalam etika seperti mengenalpasti perlakuan manusia yang paling baik yang boleh diteladani, menentukan punca maklumat tentang perlakuan yang paling baik itu, menyenaraikan motif yang melahirkan perlakuan yang baik itu, dan menentukan dasar perlakuan

Page 4: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

moral yang ingin digunakan. Kesimpulannya, tekanan matematika ialah pada analisa dan makna istilah-istilah dan bahasa yang digunakan dalam sesuatu sistem serta penaakulan yang digunakan untuk memberi justifikasi kepada kenyataan-kenyataan etika.

Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika moden banyak memfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan dan telah membentuk 2 persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat yang dibuat dan tindakan itu samaada betul atau salah. Dahulunya ia dikenali sebagai Teological dan sekarang dikenali dengan Deontologikal iaitu pendekatan kepada etika.

Etika bukan sahaja terdiri daripada satu set peraturan atau huraian yang menentukan bagaimana seseorang seharusnya bertindak tetapi ia terdiri daripada tindakan dan motif orang yang beretika dalam melakukan sesuatu yang betul dalam semua situasi yang dihadapi. Tindakan beretika dating dari seseorang yang berakhlak mulia yang mengambil berat tentang melakukan sesuatu yang baik dan bukannya menjadikan hamba kepada suatu set peraturan yang difikirkan mempunyai kaitan dengan kebaikan dalam keadaan yang tertentu.

• Konsep baik , benar dan patut dalam moral

Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan patut. Contohnya:

Kita patut melakukan apa yang baik dan benar

Anda patut berkelakuan baik

Page 5: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Anda patut makan makanan berkhasiat

Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan.

Sesuatu tindakan itu ‘baik’ atau ‘benar’ sekiranya tindakan sejajar dengan tugas dan tanggungjawab, dan ‘salah’ jika perlakuan/tindakan bertentangan dengan konsep baik dan benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah mentakrifkannya dalam konteks atau cara yang ber beza.

Soalan latihan

Dalam konteks kematian pasangan laleh dan laden, kembar Iran yang popular, telah mencetuskan soal pendebatan moral dalam etika dunia perubatan. Moral ialah pertimbangan sama ada sesuatu perbuatan atau perlakuan itu salah atau sebaliknya. Etika pula sama ada sesuatu perbuatan itu adil atau tidak. Secara ringkasnya kes itu menjurus kepada persoalan patut atau tidak patut berdasarkan kepada moral dan etika. Pelbagai tanggapan telah dibuat, walaubagaimanapun kes ini boleh dilihat dari 4 petak. Petak pertama bermoral dan beretika. Petak kedua bermoral tetapi tidak beretika. Petak ketiga tidak bermoral tetapi beretika. Petak keempat ialah tidak bermoral dan tidak beretika.

• Aliran Pemikiran Moral

Pengenalan

Kesedaran tentang pentingnya moral dalam kehidupan akan menjadikan seseorang individu itu mematuhi dan mengamalkan nilai-nilai moral.

Walaupun berlaku konflik moral dan pertentangan moral, individu bermoral akan dapat menangani dan mengatasinya dengan cara yang baik sesuai dengan amalan nilai moralnya.

Kita sering menghadapi masalah yang perlukan bertindak dan bertindak balas terhadap sesuatu perkara.

Berhadapan dengan dua situasi yang memerlukan dalam waktu yang sama.

Page 6: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Dipengaruhi oleh perkembangan nilai moral yang diterima dan keadaan persekitaran serta pengalaman.

Tindakan disokong oleh aspek intelektual dan kematangan berfikir.

Derek Wright (1979) menyatakan hati kecil berfungsi menekan,melemahkan kuasa-kuasa naluri yang boleh mencabul peraturan-peraturan moral masyarakat.

Faktor perbezaan aliran pemikiran antara individu dengan individu yang lain:

Didikan ibubapa/penjaga

Pengaruh rakan sebaya

Pengalaman

Tahap pendidikan

Aliran Pemikiran Moral terbahagi kepada:

- Naturalisme

- Emotivis

- Intuisional

- Rasionalis

- Naturalisme

Tumpu kepada pemikiran yang menggambarkan keadaan sebenar.

Aliran ini adalah lurus dan jujur dalam menilai sesuatu.

Sifat-sifat :

Hidup dalam keadaan tidak bebas, tertekan

Terkongkong dengan peraturan-peraturan yang takut

Page 7: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Jarang keluarkan pendapat

Lebih rela menerima sesuatu keadaan

Kesan Pemikiran Naturalisme:

Merendah diri

Kurang berinteraksi dengan orang lain

Tidak ada pandangan sendiri

Sentiasa bergantung dengan orang lain

Cepat memenuhi kepuasan hidup tanpa cuba meningkatkan kemajuan diri

Pengikut setia,kurang membantah

- Emotivis

Sifat-sifat Pemikiran Emotivisme

Mudah tersentuh perasaan.

Mudah bersimpati/kasihan kpd orang lain.

Mudah tersinggung & kuat cemburu serta iri hati.

Sentiasa menghadapi tekanan emosi.

Bersikap agresif apbl m’hadapi keadaan yg tidak menyenangkan.

Pendiam, enggan bergaul.

Kesan Pemikiran Emotivisme

Mengutamakan perasaan dalam membuat tindakan.

Bertindak mengikut perasaan dalam menangani suatu isu.

Ketidakmantapan mengawal emosi sering menimbulkan masalah moral.

Page 8: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Etika emotivisme mentafsirkan moral secara emosi, sikap dan perasaan.

Bertindak secara tidak menentu

Pemikiran Intuisional

Proses melihat atau memahami sesuatu secara intelek.

M’hasilkan pengetahuan melalui himpunan pengalaman lalu.

Individu banyak pengalaman m’punyai pemikiran intuisi yang lebih baik dan bertindak wajar.

Sifat-sifat Pemikiran Intuisional

Memperoleh pengetahuan melalui proses kefahaman dan pengertian langsung.

Bertindak berdasarkan gerak hati.

Kesan Pemikiran Intuisional

Cepat membuat keputusan.

Mudah menerima arahan.

Selalu mengubah fikiran.

Tidak stabil dari segi pendirian.

Pemikiran Rasionalis

Berpegang kepada kemunasabahan sesuatu.

Menyoal hakikat atau sebab-sebab wujudnya sesuatu keadaan.

Berpegang kepada bahawa sesuatu tidak dapat disahkan hanya dengan pancaindera.

Sifat-sifat Pemikiran Rasional

Menggunakan fikiran dan taakulan.

Tindakan individu selalu wajar, waras dan rasional.

Kesan-kesan Pemikiran Rasional

Page 9: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Membuat keputusan dan tindakan berdasarkan bukti sahih.

2 Teori dan Sistem Nilai

Pengenalan

Berikutnya pula kita akan membincangkan Sistem Nilai (konsep dan jenis-jenis nilai) dan Teori Etika. Kefahaman perbezaan jenis nilai memberikan penjelasan tentang pegangan nilai antara individu, peraturan-peraturan yang termaktub atau nilai-nilai sejagat. Teori etika pula akan membantu pelajar melihat perbezaan pandangan manusia dalam membuat penilaian tindakan masing-masing daripada pelbagai asas teori.

Pernyataan Normative/ Deskriptif

Sebelum kita memulakan tajuk ini, sila rujuk buku pendidikan moral oleh Koo Kee Peng dan Tang Chee Yee (1990), Bab 1.

2.1 Pelbagai Definisi Nilai/Sistem Nilai

Manusia bukan saja berakal dan pandai bertutur, tetapi juga suka menilai, yang tahu membezakan antara kebaikan dengan kejahatan; keindahan dengan keburukan; yang berharga dengan yang tidak berharga; yang benar dengan yang palsu; dan sebagainya. Oleh itu, menilai dan membuat pilihan merupakan tindakan utama manusia dalam kehidupannya, yang dibuatnya pada setiap saat dan masa (INTAN 1994). Istilah nilai kasarnya dipakai dalam tiga konteks, iaitu:

1. Nilai sebagai sifat (attribute). Sebagai contoh peribahasa inggeris mengatakan “Time is money” manakala peribahasa melayu pula mengatakan “Masa tak dapat ditambah, terlepas tak dapat dikejar”. Dalam hal ini, masing-masing memberikan sifat dan kedudukan tertentu kepada “masa” untuk menyatakan ketinggian nilainya;

2. Nilai sebagai kadar harga atau markah sesuatu objek atau perkara, iaitu nilai dari segi kuantitatif. Misalnya, apabila kita bertanya: “Berapakah nilai yang diberikan oleh ketua jabatan terhadap prestasi kerja anda?” Di sini kita bermaksud jumlah markah (quantity) yang diberikan kepada pegawai oleh ketua jabatan semasa menilai prestasi kerjanya dalam Borang Penilaian Prestasi. Prestasi pegawai perkhidmatan awam di

Page 10: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Malaysia dinilai oleh ketua-ketua jabatan dengan menggunakan boring tersebut;

3. Nilai yang bersifat aksiologi (axiology), iaitu dengan falsafah nilai. Misalnya, dalam pantun nasihat Melayu;

“Jangan ditangkap burung yang terbang,

Turun hingga ditepi paya;

Jangan diharap kepada orang,

Usaha sendiri hingga Berjaya”.

Dalam konteks ini, ‘usaha sendiri’ adalah satu ukuran nilai yang penting bagi mencirikan ‘harapan’ yang diingini seseorang individu, dan bukan ‘diharapkan kepada orang lain, ‘ selain itu, ‘usaha sendiri’ pula diukur daripada sifat sama ada ia ‘berjaya’ atau tidak dalam hasilnya.

Dengan itu, nilai berperanan sebagai kayu ukur (yardstick) atau satu kepiawaian (standard) kepada apa juga dilakukan, diingini dan dicita-citakan manusia; sama ada yang dapat dilihat, didengar atau dirasa oleh pancaindera. Nilai juga menunjukkan arah, menjadi penentu dalam membuat pilihan atau tindakan. Pada keseluruhannya nilai membentuk peribadi dan tingkah laku seseorang. Walau bagaimanapun, oleh sebab individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara, maka wujudlah pelbagai bentuk nilai.

2.2 Jenis-Jenis Nilai

Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai merupakan criteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai faedah, baik, diingini atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70)

Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah sesuatu penilaianyang dibuat oleh akal manusia mengikut piawai mereka.

Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Justeru, wujudlah pelbagai kegunaan nilai:

- Nilai Subjektif

• Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberi

Page 11: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

pandangan.

• Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.

Contoh:

Kes Amerika hendak menyerang Iraq

Britian menyatakan bahawa amarika perlu menyerang Iraq demi keamaan jangka panjang dunia supaya Iraq tidak meneruskan kerja membuat senjata yang banyak memusnahkan manusia; manakala Perancis pula berkata Amerika tidak boleh menyerang Iraq kerana serangan itu akan banyak menyebabkan rakyat Iraq yang tidak berdosa terkorban.

-Nilai Objektif

• Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan

peribadi.

• Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui

oleh semua atau kebanyakan orang.

Contoh:

Peperangan adalah satu tragedi yang dahsyat.

Perhambaan tidak mencerminkan nilai peri kemanusiaan.

Buruh kanak-kanak adalah satu kezaliman dan mesti dihapuskan.

-Nilai Instrumental

• Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu

matlamat.

• Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.

• Nilai peringkat kedua, misalnya berani, rajin dan hormat-

menghormati.

Contoh:

Dia berpura-pura rajin di depan ibunya untuk mengambil hati ibunya.

Page 12: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Nilai di atas (mengambil hati) bergantung kepada nilai lain (rajin) untuk

mencapai matlamatnya.

-Nilai Instrinsik

• Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau

buruk tanpa mengambil kira kesannya.

• Tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu

matlamat.

• Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir.

• Nilai peringkat pertama, misalnya baik hati, kasih saying, keadilan.

Contoh:

Hakim menjatuhkan hukuman 20 penjara kepada perogol setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Nilai-nilai diatas pula tidak bergantung dengan nilai lain untuk mencapai matlamat.

-Nilai Relatif

• Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk

mencapai sesuatu matlamat masyarakat.

• Nilai relative ialah arbitari (tidak tertentu), tidak sempurna dan berbeza-

beza antara masyarakat yang berlainan.

• Boleh berubah mengikut masa.

• Contoh:

Di Kuala Lumpur, sebuah keluarga boleh dibina hanya melalui perkahwinan rasmi. Manakala di California, keluarga boleh dibentuk tanpa perlu melalui perkahwinan.

-Nilai Mutlak

Page 13: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

• Nilai yang kebaikan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan sesebuah

masyarakat.

• Diterima umumdan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.

• Kekal sepanjang masa dan disemua tempat serta hamper semua situasi

norma masyarakat.

• Contoh:

Hidup keluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik.

2.3Fungsi Nilai

2.3.1 Nilai sebagai piawai yang kosisten dalam tindakan manusia

Fungsi ini menjadikan manusia sebagai ejen atau pengkritik moral. Contoh: Akta Rasuah 17(4) APR 1997- orang yang didapati bersalah didenda tidak lebih RM 10 000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Orang yang menghayati nilai ‘amanah’ dan ‘bersih’ tidak akan melakukan perbuatan rasuah.

2.3.2 Nilai sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik moral

Dalam penyelesaian konflik, kita akan menganalisis dan menilai punca-punca dan cadangan penyelesaian. Contoh: “anda ditawarkan ganjaran lumayan untuk melakukan sesuatu kerja yang berbahaya. Ia baik untuk masyarakat tetapi tidak untuk keluarga sendiri”. Dalam kes ini, nilai memainkan peranan penting untuk membuat keputusan menerima atau menolak.

2.3.3 Nilai sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat

Tingkah laku kita dinilai oleh rakan-rakan, ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih dewasa. Penilaian ini menghadkan tingkah laku kita supaya diterima dan disukai oleh orang lain.

4. Teori-teori Etika

Page 14: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Tajuk ini membantu kita memahami teori-teori umum tentang sesuatu yang adalah dengan meninjau beberapa teori etika yang dikemukakan. Antaranya termasuklah teori Teleologi, teori Deontologi, teori kemoralan sosial dan teori keperibadian mulia yang akan dibincangkan di bawah ini.

• Teori Teleologia. Utilitarianismeb. Egoisme

• Teori Deontologi

a. Prinsip Kewajipanb. Prinsip Eksistensialisme

• Teori Kemoralan Sosial

• Teori Keperibadian Mulia

4.1 Teori Teleologi

Teori ini mengatakan bahawa nilai ‘betul’ atau ‘salah’ bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah bandingan perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, iaitu perbandingan antara baik dan buruk, betul dan salah. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya perbuatan membawa lebih banyak atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan. Teori Teleologi amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan.

4.1.1 Teori Utilitarianisme

Teori Ulitilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan majoriti.

Page 15: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

• Individu patut melakukan sesuatu tindakan yang menghasilkan kebaikan maksimum kepada setiap orang/kebahagiaan maksimum kepada majoriti.• Sesuatu perlakuan itu dianggap baik/benar mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang diharapkan dapat diperoleh.

Contoh: Peperangan dan cara peperangan dianggap wajar jika peperangan itu menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan penderitaan yang dialami dalam situasi tertentu dibenarkan melakukan perkara tidak baik demi mengelakkan berlakunya perkara yang lebih buruk.

Contoh: Dalam Perang Dunia Kedua, bom atom telah digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki menyebabkan ribuan nyawa terkorban tetapi matlamat akhirnya ialah untuk memaksa Jepun menyerah kalah, sekaligus menamatkan peperangan tersebut.

Contoh: Mendera dengan keras orang yang melakukan kesalahan untuk mengelakkan kekacauan, kerugian, kerosakan, kejahatan atau kecelakaan yang lebih besar.

4.1.2 Teori Egoisme

Teori egoisme ialah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (self-realization). Teori ini terbahagi kepada egoisme psikologi dan egoisme etika.

• Sayang diri (self love)• Penting diri (ego)• Menjadi tanggungjawab semua manusia untuk memaksimumkan kebaikan diri sendiri ( long term self-interest)

4.2 Teori Etika Deontologi

Page 16: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Teori ini menolak apa yang diperakui oleh teori Teleologi. Sesuatu perlakuan berdasarkan pertimbangan dan fakta lain yang bernilai intrinsik. Ini yang menyebabkan sesuatu perlakuan/peraturan itu patut, baik, benar dan diwajibkan.

• Akibat (perlakuan dan peraturan) tidak dititikberatkan, yang penting ialah sifat perlakuan atau ciri-ciri peraturan itu. • Konsep Sifat PerlakuanSemua pertimbangan dan keputusan moral hendaklah bersifat khusus(tanpa merujuk kepada peraturan), berpunca daripada kes atau situasitertentu (Eksistensialisme, etika situasi).

• Konsep PeraturanPertimbangan moral seseorang ditentukan dengan merujuk peraturan.

4.2.1 Prinsip Kewajipan

• Satu prinsip kemoralan dalam teori Deontologi peraturan yang dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) ialah prinsip kewajipan (principle of duty) yang menegaskan “duty for the sake of duty” dan membawa maksud tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab.

• Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama dalam etika kemoralan

• Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan.(Contohnya: tanggungjawab ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain dalam pertandingan, walaupun kadang kala tanggungjawab itu dianggap tanggungjawab etika)Tanggungjawab kemoralan adalah janaan masalah kemoralan sendiri, contohnya tidak bertanggungjawab.

• Semua orang mesti mematuhi tanggungjawab mereka.

• Ramai ahli kemoralan merumuskan tanggungjawab kemoralan berdasarkan keagamaan, tetapi terdapat tanggungjawab yang tidak berubah mengikut agama ataupun adat resam, contohnya tidak membunuh, tidak berzina dan sebagainya.

• Kecuali ‘good will’ / tekad baik (taakulan praktikal), tiada yang baik tanpa syarat.

Page 17: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

• Kesemua - ‘bakat minda’ (kecerdasan, kebijaksanaan, pertimbangan),‘hadiah alam’ (kekuasaan, kekayaan, kehormatan) dan ‘ciri watak’ (keberanian, ketabahan, kecekalan hati dll), tidak boleh dianggap sebagai baik tanpa syarat contohnya dengan tidak mengeksploitasi orang lain serta menceroboh ketenteraman masyarakat.

• Tumpuan kepada ‘niat’, tujuan/motif seseorang dan bukan atas apa yang dilakukannya

• Sesuatu tindakan tidak bernilai moral jika ia berkaitan dengan kepentingan diri.

• Menurut Kant: kelakuan atau tindakan semata-mata kerana kecenderungan dianggap tiada nilai moral. Yang baik dan patut ialah mengamalkan kewajipan.

• Individu yang baik (dari segi moral) dengan tekad baik yang mutlak ialah yang sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang (prinsip moral).

• Kita patut memilih kewajipan bukan kecenderungan sebagai prinsip moral

• Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri mestilah juga dipatuhi orang lain, misalnya individu mestilah bertindak sebagaimana dia ingin orang lain bertindak.

• Prinsip moral individu sepatutnya melambangkan undang-undang objektif dansejagat.

• Kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu contohnya menculik untuk mendapat wang tebusan.

• Tekad orang yang menggubal undang-undang moral sejagat ialah tekad individu yang rasional; contohnya, jangan mungkir janji kerana rasionalnyaorang akan hilang kepercayaan kepadanya.

Page 18: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

4.2.2 Prinsip Eksistensialisme

• Kebebasan dan tanggungjawab individu dan ketidakrasionalan manusia

• Kehidupan manusia adalah penuh dengan tragik dan kesukaran (pesimistik)

• Percayaan “ existence precedes essence” , ialah manusia hidup / wujud dahulu.

• Memilih untuk menimbulkan nilai-nilai dan identiti ( Sartre ).

• Manusia bebas bertindak, jadi dialah yang bertanggungjawab.

• Kehidupan manusia kini dilanda peperangan, penyakit, kebuluran, kejahilan, Konflik ras dsb, kesemuanya adalah tanggungjawab manusia, dialah yang menimbulkan masalah-masalah tersebut.

• Jika manusia yang menimbulkan masalah, maka dialah juga yang menyelesaikannya (Sartre) dan manusia patut memilih satu matlamat dan berusaha ke arah itu.

4.3 Teori Kemoralan Sosial

• Kemoralan konvensional dan konservatisme dalam kemoralan, merangkumi nilai-nilai (contoh berdikari, hormat menghormati, kerjasama, dll.) yang mementingkan masyarakat, bukan individu sebagai matlamat etika/kemoralan.

• kecenderungan mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika.

• menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral (Hobes).

• menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi baik.

Page 19: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

4.4 Teori Keperibadian Mulia ( Virtues)

• Keperibadian mulia/fadilah.

• keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran, kebijaksanaan memainkan peranan penting dalam kehidupan moral.

• kecenderungan untuk sesuatu tujuan, tidak berlaku secara semulajadi dalam diri individu, tetapi menerusi latihan, pengalaman hingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.

• Moral virtue - mengajar kita berkelakuan baik, dipelajari melalui ‘pengulangan’ contoh dalam melatih nilai berani/jujur, individu menjadi lebih berani dan jujur.• matlamat utama ialah menjadi baik.• menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi baik.

Latihan 1.6

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Soalan 1 (a)

Berikan pendapat anda terhadap tindakan wanita dalam dilema berikut?

Sekumpulan penduduk kampung sedang bersembunyi dalam sebuah gua daripada pengganas yang bersenjata. Dalam kumpulan itu seorang wanita mempunyai seorang bayi yang sedang menangis. Tangisan bayi ini akan membocorkan kedudukan tempat perlindungan mereka. Wanita itu mencekik bayinya dengan tangannya sendiri sehingga bayi itu mati untuk menghentikan tangisan bayinya – kesemua 30 orang itu terselamat.

Berikan pandangan anda tentang tindakan wanita berkenaan (setuju / tidak)Nyatakan sebab dan alasan.

Page 20: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan 1 (b)

Seorang pelajar berusia 16 tahun yang sudah mempunyai teman lelaki diganggu oleh bapa tirinya seorang pegawai polis berpangkat inspektor. Ibunya baru berkahwin dengan pegawai tersebut setelah gagal dalam rumahtnganya kali ke 3. Pelajar tersebut ialah anak tunggal. Bapa tirinya seorang duda yang tidak mempunyai anak. Pelajar tersebut ada mengadu kepada ibunya tentang cubaan bapa tirinya tetapi ibunya memarahinya dan tidak mahu perkahwinan kali ini hancur seperti perkahwinan terdahulu.

Pelajar ini tiada pilihan, kecuali terpaksa lari dari rumah dan mengikut teman lelakinya, meskipun dia amat menyayangi ibunya . Kehidupan di luar rumah menyebabkan dia menjadi mangsa seks di bawah umur.

Berikan pandangan anda tentang tindakan pelajar tersebut ( setuju / tidak )

Nyatakan sebab dan alasan.

ISU MENARIK MINGGU INI

6 KEKUATAN AMERIKA ANCAM DUNIA

( Sumber: Berita Harian 2003)

Dalam sejarahnya, kedudukan AS belum pernah segagah hari ini. Sebagai contoh pada tahun 2002, Amerika memperuntukkan kira-kira AS$400 bilion untuk pertahananya iaitu sama banyak dengan perbelanjaan pertahanan 20 buah negara kaya dunia. Tetapi jumlah itu hanya 4 peratus daripada keluaran negara kasar AS - satu angka yang rendah mengikut piawaian pasca Perang Dunia Kedua. Dominasi Amerika tidak terhad kepada ketenteraan. Ekonomi AS sama besarnya dengan ekonomi tiga negara yang mengekorinya - Jepun, Jerman dan Britain kalau dicantumkan. Bilangan Penduduk Amerika Syarikat cuma 5 % daripada jumlah penduduk dunia tetapi Amerika menyumbang sebanyak 43% pengeluaran ekonomi dunia, 40% keluaran teknologi tinggi dan 50% penyelidikan dan pembangunan planet bumi.

Page 21: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Soalan 2

Baca rencana di atas, apakah yang akan berlaku kepada penduduk dunia, jika pemimpin Amerika mengamalkan teori Teleologi dalam pentadbirannya untuk mencapai impiannya menghapuskan pengganas di dunia ini ? Soalan 3

Berdasarkan hujah-hujah di atas, mungkin boleh dibuat kesimpulan bahawa nilai-nilai dan peraturan masyarakat tiada tempat dalam konsep etika. Wajarkah kita bersetuju dengan kesimpulan ini, iaitu teori kemoralan sosial hendaklah diketepikan dalam memahami konsep etika ? Mengapa ?

Soalan 4

Sebagai seorang Pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, anda memerlukan kerjasama daripada staf anda untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya membenteras gejala rasuah. Apakah keperibadian mulia yang anda harap dapat diperolehi daripada staf anda?

Senaraikan ciri-ciri keperibadian mulia tersebut.

Rumusan

Page 22: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

• Kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya.• Sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan melebihi jumlah kejahatan.• Individu patut melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.• Memaksimakan kebahagiaan dan meminimakan kesakitan.• Sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. • Menurut Utilitarianisme individu patut melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang maksimum kepada setiap orang/Kebahagiaan maksimum kepada majoriti.• Sesuatu perlakuan itu dianggap baik/benar mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu• Menurut teori Egoisme adalah menjadi tanggungjawab semua manusia untuk memaksimumkan kebaikan diri sendiri.

• Individu mesti memelihara diri, mengasihi diri, menjaga kepentingan diri dan mempunyai sifat ego.• Menurut teori keperibadian mulia, kecenderungan mencapai sesuatu tujuan,tidak dihasilkan dalam diri individu secara semulajadi, tetapi melalui latihan dan pengalaman sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.

TAJUK 3 Teori-Teori Perkembangan Moral

3.0 Pengenalan

Kanak-kanak suka meniru. Jika perkara yang ditirunya positif maka personaliti kanak-kanak akan berkembang secara positif tetapi jika tidak perkara yang sebaliknya pula akan berlaku. Orang dewasa di sekelilingnya seperti ibu bapa, kaum keluarga, rakan sebaya dan persekitaran turut membentuk atau mempengaruhi perkembangan moral kanak-kanak tersebut.

Dalam situasi di bilik darjah guru-guru menghadapi 1001 kerenah lantaran mempunyai pelajar yang datang daripada pelbagai latar belakang, perkembangan kognitif yang berbeza hasil daripada persekitaran yang dilaluinya.

Page 23: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Kanak-kanak daripada keluarga yang harmoni sudah tentu mempunyai kestabilan emosi yang kemas berbanding dengan kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang bercelaru.

Sebagai guru, anda perlu bersabar dan mencari jalan penyelesaian yang positif berdasarkan teori-teori perkembangan moral yang dipelopori oleh Jean Piaget, Lawrence Kohlberg, Sigmund Freud, Skinner, Bandura dan Carl Rogers.

Sekarang marilah kita membincangkan teori-teori perkembangan moral.

3.1 Teori-Teori Perkembangan Moral

Mengikut Dr. Abd. Rahman Md. Aroff (Rahman Arof; 2002:38). Definisi perkembangan moral mestilah meliputi tiga aspek perkembangan yang saling berkaitan:

i. Perkembangan pemikiran moral - penaakulan tentang apa yang benar dan apa yang salah.

ii. Perkembangan perasaan moral - ingin melakukan perkara yang baik

iii. Perkembangan tingkah laku moral - tindakan yang benar/baik

Perkembangan dalam ketiga-tiga aspek ini akan membawa kepada kematangan moral kanak-kanak. Tidak ada satu teori pun yang dapat menerangkan sepenuhnya perkembangan moral. Jadi untuk mendapatkan suatu gambaran yang lengkap tentang perkembangan moral, kita perlulah mensintesis teori-teori pembelajaran sosial kepada teori perkembangan kognitif. Teori pembelajaran sosial akan memantapkan pemahaman guru tentang faktor-faktor persekitaran sosial yang mempengaruhi pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Sementara teori perkembangan kognitif memberikan penekanan kepada penaakulan moral; teori psikoanalisis menumpu kepada perasaan atau emosi.

Page 24: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Cuba anda ingatkan kembali teori-teori perkembangan kanak-kanak dalam mata pelajaran psikologi perkembangan kanak dan kaitkan dengan perkembangan moral kanak-kanak. Berikut kita sama-sama meneliti lima teori yang saling berkaitan dengan pembentukan moral kanak-kanak.

Seterusnya fahamkan teori perkembangan moral yang dikemukakan oleh Lawrence Kolhberg.

3.1.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget

Teori-teori pembelajaran kognitif memberi penekanan kepada perubahan-

perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga

ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar aktif . Oleh itu

tindakan kanak-kanak adalah tindakan adaptasi atau penyesuaian kepada

persekitaran fizikal dan cuba bertindak untuk mengorganisasikan persekitaran itu.

Piaget membincangkan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat

peringkat seperti berikut:

1. Zaman deria motor (0 hingga 2 tahun): Kanak-kanak akan menggunakan

deria motor untuk berinteraksi dengan persekitaran.

2. Zaman pra operasi ( 2 hingga 7 tahun ) : Kanak –kanak menguasai bahasa

serta konsep dan berinteraksi dengan persekitaran

3. Zaman operasi konkrit ( 7 hingga 11 tahun ): kanak-kanak telah boleh

menggunakan lojik atau rasional untuk memahami perkara-perkara yang

konkrit.

4. Zaman operasi formal (11 hingga 15 tahun) : Struktur kognitif kanak-kanak

mencapai kemuncak dan memahami banyak perkara serta dapat

menyelesaikan masalah

Piaget berpendapat bahawa perkembangan moral kanak-kanak adalah mengikut

perkembangan empat zaman ini. Pada peringkat awal kanak-kanak akan

Page 25: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

menyesuaikan dirinya dengan persekitaran dan hubungan sosial memainkan

peranan yang penting. Sikap kanak-kanak terus berubah apabila memahami

bahasa yang dan dapat berinteraksi dengan persekitaran. Pada masa ini kanak-

kanak akan mematuhi semua peraturan sosial dan moral dan struktur masyarakat

maka sikap bekerjasama, menghormati dan menghargai apa yang ada di

sekelilingnya.

Piaget membahagikan perkembangan moral kank-kanak akan dipupuk kepada

tiga bahagian iaitu :

a) Peraturan – peraturan dalam permainan iaitu bagaimana kanak-kanak dapat

menerima peraturan-peraturan permainan dan bertindak keatas peraturan-

peraturan itu.

b) Realisme moral iaitu keupayaan menilai dan bertindak bagi memenuhi

keperluan diri dan orang lain

c) Memahami konsep keadilan dan kebebasan iaitu idea saksama dan sama

3.1.2 Teori Perkembangan Moral Kognitif Lawrence Kolhberg

a. Latar Belakang Teori Perkembangan Moral Kognitif

Lawrence Kolhberg (1972) dianggap sebagai pelopor utama dalam memperkatakan teori perkembangan moral. Teori yang dikemukakan oleh Kolhberg berasaskan pemikiran Jean Piaget dan John Dewey yang menekankan pertumbuhan manusia berkembang secara falsafah dan psikologi dalam bentuk yang positif. (Ramlah J & Mahani R, 2002:54 –58).

b. Intipati Teori Perkembangan Moral Kognitif

Kohlberg teori perkembangan moral kognitif membahagikan peringkat perkembangan moral kepada 3 peringkat yang utama. Setiap moral dibahagikan kepada 2 tahap.

Page 26: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Peringkat Perkembangan Moral Kolhberg

Peringkat Tahap

(Ramlah J, 2002)

Tahap

(Ee Ah Meng, 1988:74)

Pra-konvensional

Tahap 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan

Tahap 1: Kemoralan heteronomous

Tahap 2: Orientasi ganjaran

Peribadi.

Tahap 2: Individualisme,

tujuan dan pertukaran

Konvensional

Tahap 1: Orientasi harmoni antara peribadi

(Good girl/nice boy)

Tahap 1: Harapan saling memahami antara individu-perhubungan dan persetujuan antara individu

Tahap 2: Orientasi undang-undang dan peraturan

Tahap 2: Sistem sosial dan kata hati

Pos-

Konvensional

Tahap 1: Orientasi kontraksosial

Tahap 1: Kontrak sosial/utiliti dan hak-hak individu

Tahap 2: Orientasi prinsip etika sejagat

Tahap 2: Prinsip etika sejagat

(Sumber : Ramlah J. & Mahani R. 2002:55).

Page 27: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

: Ee A. M. 1988:74 -77.

: Kolhberg, L. 1979: 34 -35.

(i) Peringkat Prakonvensional

Ciri penaakulan pada peringkat prakonvensional ialah kepercayaan bahawa apa-apa yang dianggap betul, ialah mematuhi peraturan pihak berkuasa. Pemikir lebih menekankan kepentingan diri serta kesan satu-satu tingkah laku itu.

Tahap 1 : Orientasi dendaan dan kepatuhan

Pada peringkat pemikiran moral berorientasikan egosentrik membolehkan manusia selaraskan moral untuk diri sendiri. Moraliti di peringkat ini juga terbentuk berasaskan kepada prinsip ‘Hedonisme’.

Kanak-kanak percaya perlakuan yang baik akan mendapat reaksi yang baik juga. Dalam persepsi kanak-kanak apa yang penting adalah kesan fizikal dan bukan kesan psikologi ke atas orang lain. Kanak-kanak di peringkat ini akan mematuhi peraturan. Pada masa yang sama mereka juga akan melanggar peraturan sekiranya mereka rasa mereka boleh terlepas daripada hukuman yang dikenakan atau ditangkap.

Tahap 2: Ganjaran peribadi

Page 28: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Peringkat ini juga dikenali sebagai “Hendonisme” utilitarian. Keadaan ini berlaku apabila seseorang menilai sesuatu tingkah laku berdasarkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran atau balasan baik. Tindak balas yang selesa diertikan sebagai baik dan tidak selesa diertikan sebagai tidak baik. Konsep keadilan pada kanak-kanak di peringkat ini adalah - apabila semua orang mendapat peluang yang sama.

(ii) Peringkat Konvensional

Pada peringkat konvensional, yang betul ialah tingkah laku yang dianggap baik oleh sebahagian besar masyarakat. Penekanan adalah pada dorongan kendiri untuk melakukan apa yang diterima dan diharapkan oleh masyarakat. Pendapat orang ramai, taat setia dan persetujuan orang lain adalah penting.

Tahap 3 : Harmoni antara peribadi (Good boy/nice girl)

Seseorang kanak-kanak pada tahap perkembangan moral ini sudah boleh menerima norma masyarakat. Sesuatu tindakan yang dilakukan akan dinilai baik atau buruk berdasarkan sokongan atau persetujuan orang lain. Perlakuan yang baik ditafsirkan sebagai disukai oleh orang lain dan mereka akan berkelakuan baik untuk mendapat ganjaran atau pujian daripada orang lain.

Tahap 4 : Orientasi Undang-Undang dan Peraturan

Page 29: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Merujuk kepada kesanggupan melakukan sesuatu tanggungjawab dalam masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang telah sedia ada Perlakuan yang baik pada peringkat ini adalah perlakuan yang boleh membawa kepada keharmonian kelompok. Individu biasanya merujuk kepada norma-norma masyarakat, peraturan dan undang-undang sebagai sesuatu yang muktamad dan seluruh ahli masyarakat mestilah patuh kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

(iii) Peringkat Pos- Konvensional

Pada aras pos konvensional apa yang betul adalah yang sejajar dengan hak manusia sejagat, nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang perlu dipertahankan oleh masyarakat dan individu. Individu memahami prinsip-prinsip dan tujuan sesuatu peraturan.

Tahap 5: Orientasi Kontrak Sosial

Pemikiran moral pada tahap ini berfokus kepada usaha-usaha mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai dan sebarang kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dalam masyarakat. Peraturan dan undang-undang yang digubal adalah hasil persetujuan orang ramai dan boleh membawa kebaikan kepada masyarakat. Mereka yang mengakui bahawa peraturan yang digubal adalah ‘fleksible’ dan boleh diubah sekiranya bertentangan dengan norma-norma masyarakat atau bila tidak diperlukan lagi.

Tahap 6: Orientasi Etika Sejagat

Peringkat ini merupakan peringkat yang tertinggi dalam pemikiran moral seseorang kerana peringkat ini melibatkan soal falsafah

Page 30: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

tentang moral itu sendiri. Individu pada peringkat ini sering mempertikaikan nilai dan norma. Apa yang dianggap betul ditentukan berdasarkan satu prinsip pilihan sendiri yang sesuai untuk manusia sejagat tanpa mengira masa dan keadaan. Namun begitu, prinsip yang diterima pada peringkat ini bukan semata-mata berdasarkan penerimaan sosial sahaja, tetapi adalah prinsip yang perlu ada dalam masyarakat seperti prinsip keadilan, persamaan hak dan menghormati maruah individu. Oleh itu, adalah salah sekiranya setiap undang-undang atau manusia mesti dihormati dalam segala aspek.

Peringkat ini lebih baik daripada peringkat rendah (peringkat 1 ) yang dianggap kurang matang kerana hanya patuh kepada peraturan atau takut dikenakan tindakan atau hukuman. Contohnya: Ali sedang memandu di satu persimpangan yang mempunyai lampu isyarat dan kamera perakam. Ia telah memberhentikan kenderaannya apabila lampu isyarat menunjukkan warna merah. Pada masa yang sama, sebuah kenderaan meluncur laju melepasi lampu isyarat tersebut. Beberapa saat kemudian kereta itu terbalik dan terbakar. Ali melihat beberapa orang sedang meronta-ronta dalam kenderaan tersebut, sedangkan lampu isyarat masih menunjukkan warna merah.

Apakah tindakan yang patut Ali lakukan. Adakah beliau patut mematuhi lampu isyarat merah atau menghadapi tindakan undang-undang kerana melanggar lampu isyarat untuk membantu mangsa kemalangan. Jika Ali memilih untuk mematuhi lampu isyarat dan melihat sahaja kemalangan tersebut kerana mematuhi undang-undang bererti Ali hanya berada di peringkat pertama dan belum mencapai orientasi sejagat.

Page 31: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Latihan 1.8

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Soalan 1

Berdasarkan kepada teori Kohlberg buat satu analisis/pemerhatian tentang minat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tahap satu dan tahap dua.

3.2 Teori Perkembangan Moral Psikoanalisis

Mengikut Sigmund Freud (1933) personaliti boleh dibahagikan kepada 3 struktur iaitu Id, Ego dan Superego. Walaupun ketiga-tiga bahagian tersebut saling berinteraksi masing-masing mempunyai ciri tersendiri.

Id

Id berfungsi sepenuhnya dalam keadaan di bawah sedar serta berkait rapat dengan desakan naluri biologi yang merangsang tingkah laku manusia. Pertambahan tenaga yang disebabkan oleh rangsangan luaran atau dalaman mengakibatkan ketegangan dan ketidakselesaan yang tidak boleh dibendung oleh Id. Dengan itu, Id cuba mengurangkan ketegangan melalui prinsip keseronokan (pleasure principle) iaitu mencari kepuasan terhadap keperluannya dengan serta merta tanpa membuat penaakulan dan berfikir secara logik.

Page 32: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Untuk direnung:

• Sebagai guru anda ingin menghabiskan sukatan p&p moral walaupun loceng rehat telah berbunyi. Jika anda memahami kehendak id pelajar pada masa itu, anda sudah tentu akan merumuskan pelajaran dan mengakhirinya. Keperluan asas pelajar pada waktu itu mengikut id ialah makan dan minum. Jika anda meneruskan p&p anda boleh menyebabkan pelajar memberontak sama ada secara senyap mahupun sebaliknya dan membenci guru tersebut.

• Id juga berkaitan dengan keperluan keselamatan. Seorang murid Tahun 3 sanggup memakai 3 helai lapisan seluar sekolah untuk melindungi kesan pukulan di pinggulnya. Murid ini setiap hari disebat kerana lembam dan agak nakal. Jika anda seorang guru yang memahami konsep Id sudah tentu anda tidak akan melakukannya. Kanak-kanak perlukan jaminan keselamatan untuk menjadikannya seorang murid yang berminat untuk belajar walaupun dirinya lemah dari segi pencapaian akademik.

Ego

Ego merupakan komponen yang berupaya membuat keputusan. Ego dikawal oleh prinsip realiti. Prinsip realiti tersebut memerlukan seseorang menguji realiti serta melambatkan ketegangan sehingga objek dan persekitaran yang sesuai dijumpai. Dengan itu ego beroperasi secara realistik, menggunakan pemikiran yang logik serta perancangan yang sesuai.

Untuk direnung:

• Guru pelatih Semester 6 menghadapi masalah pengurusan kelas. Murid-murid dalam kelas Tahun 5 sangat nakal dan tidak berminat

Page 33: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

untuk belajar. Guru pelatih itu telah mencuba pelbagai kaedah untuk menarik perhatian muridnya dalam p&p tetapi gagal. Akhirnya hanya 8 orang murid sahaja yang memberikan tumpuan dan berminat untuk belajar. Sebagai guru, anda perlu menerima realiti. Pelajar seramai 8 orang itu perlu diajar sebaik mungkin walaupun gangguan daripada murid-murid yang lain lebih besar. Oleh itu ego guru pelatih itu telah beroperasi secara realistik, menggunakan pemikiran yang logik serta perancangan yang sesuai.

Superego

Superego mengutamakan moral serta nilai yang menjadi unsur dalaman seseorang individu. Superego merupakan perkembangan hati nurani (conscience), penilaian betul atau salah dan baik atau jahat. Tahap superego merupakan tahap yang unggul. Rumusannya seseorang yang mengalami desakan id yang kuat mencari kepuasan, sebaliknya seseorang yang mengalami desakan superego yang kuat mencari kesempurnaan.

Untuk direnung:

• Seorang pelajar perempuan Tahun 6 mempunyai keinginan untuk memiliki telefon bimbit model terbaru. Malangnya dia tidak berkemampuan. Id pelajar perempuan itu mendesak supaya mencuri wang ibunya. Sewaktu dia hendak mencuri wang tersebut, tiba-tiba desakan superego terngiang-ngiang di telinganya “Jangan curi. Perbuatan mencuri adalah salah. Tidak mengapa tidak ada telefon canggih. Aku belajar kuat-kuat, dapat nombor 1 tentu ibu akan gembira dan pada masa itu aku akan meminta telefon baru. Kan itu lebih baik dan bermakna”.

3.2 Teori Perkembangan Moral Behaviorisme

Page 34: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Teori pembelajaran tingkah laku diketengahkan oleh beberapa orang tokoh di antaranya Mower, Esyenck dan Skinner. Teori pembelajaran tingkah laku menekankan kepentingan pengaruh orang dewasa dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Amalan dan campur tangan awal oleh orang dewasa adalah penting dalam pembentukan perkembangan moral kanak-kanak. Orang dewasa (terutamanya ibu bapa dan penjaga) boleh mempengaruhi tingkah laku melalui tiga cara iaitu dengan mendenda, memberikan ganjaran dan dengan menjadi model kepada kanak-kanak. Dengan perkataan lain, ibu bapa dan penjaga adalah sumber peneguhan negatif atau positif di samping menjadi contoh yang berkesan.

Perkembangan moral kanak-kanak (tingkah laku kanak-kanak) bergantung kepada asuhan yang diterimanya. Kanak-kanak yang menerima disiplin dan latihan yang sesuai melalui ganjaran dan dendaan serta dikelilingi oleh orang dewasa yang menjadi model baik akan mempunyai bisikan hati yang kuat. Penggunaan dendaan dan lain-lain bentuk peneguhan negatif yang kerap akan menimbulkan kerisauan dan kebimbangan di kalangan kanak-kanak. Ini mungkin menyekat tingkah laku yang tidak diingini atau antisosial untuk jangka waktu yang pendek. Sebaliknya penggunaan peneguhan positif termasuk pemberian ganjaran berkemungkinan besar akan menghasilkan pengulangan dan pengukuhan tingkah laku yang diingini dan prososial.Melalui proses melihat dan memerhati tingkah laku orang dewasa, kanak-kanak akan mempelajari banyak perkara. Tingkah laku dan sikap orang dewasa akan menjadi model untuk kanak-kanak meniru. Jikalau kanak-kanak dikelilingi dengan berbagai contoh dan model yang baik, mereka akan mempamerkan tingkah laku yang positif. Ini akan mengukuhkan suara hati kanak-kanak untuk bertingkah laku dengan baik.

Contoh : Kedua-dua ibu bapanya ialah professor di universiti, anak pasangan itu akan cepat matang dari segi akademik dan kuat belajar, IQ tinggi dan bercita-cita tinggi.

Contoh : Ibu tunggal yang menyara anak dengan penuh kasih sayang dan gigih . Anak-anak amat menghargainya dan menurut nasihat dan teguran demi menjaga hati ibu. Sebaliknya kalau kanak-kanak telah dilazimkan dengan model-model negatif, kemungkinan besar kanak-kanak tidak merasa bersalah apabila bertingkah laku negatif.

Contoh : Ibu bekerja sebagai Guest Relation Officer (GRO) bapa ‘kaki judi’, maka anak-anak cenderung berperwatakkan liar, nakal dan memberontak.

(Sumber: Ab. Rahman Aroff, 2002:79-80)

Page 35: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Untuk mempertingkatkan lagi kefahaman anda tentang teori pembelajaran tingkah laku, buat latihan berikut :

Latihan 1.7

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Soalan 1

Bincangkan bagaimana anda menggunakan pengetahuan teori pembelajaran tingkah laku untuk mengawal tingkah laku murid-murid dalam kelas dan kawasan sekolahSoalan 2 : Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

a) Ibu bapa cemerlang, Anak cemerlang’

Berasarkan ungkapan di atas kaitkan dengan teori pembelajaran behaviorisme

b) Seorang perogol bersiri berbangsa Indonesia ditembak mati ketika cuba melarikan diri sewaktu berada di tapak pengencaman kes rogol di sebuah lokasi pembinaan. Siasatan sebelumnya menunjukkan ayah banduan tersebut mempunyai 45 orang isteri dan 150 orang anak. Dia ialah anak daripada ibu yang ke-30. Pemuda tersebut didakwa telah merogol 10 orang gadis yang berusia diantara 15 - 30 tahun dengan pelbagai cara kekerasan. Dia telah membunuh dua daripada mengsanya untuk menutup kes.

Berdasarkan kes tersebut kaitkan personaliti banduan itu dengan teori

pembelajaran behaviourisme.

3.4 Teori Pembelajaran Sosial

Idea tentang pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalamkan kajian ini.

Page 36: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan harian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa.

Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan yang mudah dan indentifikasi seseorang supaya ditirui. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu secara tiruan langsung, melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan dan secara elisitasi.

Dengan idea tiruan ini maka kanak-kanak banyak dibentuk atau diperolehi daripada meniru perlakuan ibu bapa atau guru mereka sama ada secara formal atau tidak formal. Contohnya kanak-kanak cuba meniru ibu bapa atau guru mereka dari segi gaya bercakap, berpakaian, gaya berjalan dan lain-lain lagi. Orang dewasa cuba meniru personaliti yang mereka agong-agongkan dalam pelbagai kehidupan. Ini dipengaruhi melalui media massa dan identifikasi individu atau kumpulan. Contoh para remaja gemar meniru perlakuan dan pakaian artis-artis idola mereka. Ada pengikut fanatik yang sanggup mati kerana ketua atau pemimpin yang disanjungnya.

Latihan 1.9

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Soalan 1

Berdasarkan teori Bandura buat satu pemerhatian terhadap keberkesanan tingkah laku model kepada pelajar dalam bilik darjah.

Page 37: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

3.5 Teori Perkembangan Moral Humanistik

Manusia berbeza daripada haiwan. Oleh itu mereka perlu mempunyai kesederan bahawa mereka ialah insan yang unik dan mempunyai potensi yang unggul. Sehubungan dengan itu mereka harus berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan potensi tersebut dengan sepunuhnya. Dua orang ahli psikologi

Yang terkemuka iaitu Abraham Maslow dan Carl Rogers merupakan pelopor teori humanistik.

Sebagai guru moral, anda perlu mendalami teori humanistik dalam mengendalikan kerenah murid-murid. Guru perlu memberi sokongan dan mengambil berat terhadap potensi murid yang berbagai-bagai. Murid yang suka menyanyi haruslah diberi sokongan agar mereka dapat membina potensi diri dalam bidang nyanyian. Mana tahu dua puluh tahun akan datang murid yang digilap potensinya itu akan menjadi penyanyi profesional yang berjaya dari segi kerjaya dan moralnya.

Sebagai guru moral anda boleh menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam membina tingkah yang positif. Contoh, aktiviti lawatan di stesyen pembelajaran seperti Rumah Orang Tua, Rumah Kebajikan Masyarakat, Rumah Orang Kurang Upaya, Pusat Pemulihan Dadah, Rumah Tunas Puteri dan sebagainya; akan dapat memberikan impak kepada perkembangan moral. Perkembangan moral ini merangkumi aspek penaakulan, emosi dan tingkah laku mereka dalam memberikan pertimbangan dalam mencorakkan kehidupan mereka pada masa depan.

Pengetua di salah sebuah sekolah di kuala Lumpur telah menggunakan pendekatan humanistik dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Beliau dan guru-guru di sekolahnya telah membawa pulang pelajar yang bermasalah ke rumah masing-masing dalam tempoh dua tiga hari atas keizinan ibu bapa atau

Page 38: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

penjaga. Melalui pengalaman di rumah guru pelajar-pelajar kehidupan sebenar kelauarga bahagia. Tahap penghormatan pelajar terhadap guru tersebut meningkat dan ini memudahkan proses membaiki akhlak dan moral pelajar.

Untuk direnung:

Yang manakah pendekatan humanistik?

• Guru memegang rotan sambil menggertak pelajar atau memaksa pelajar melakukan sesuatu yang diarah.

• Guru menjerit dan memaki hamun pelajar kerana pelajar tersebut melakukan kesalahan yang tidaklah sebesar mana.

• Seorang guru disiplin menampar seorang pelajar yang sedang makan epok-epok di kantin pada waktu pertama sesi persekolahan. Epok-epok itu terpelanting jatuh. Jika anda pelajar yang berkenaan apakah persaan anda terhadap sikap guru tersebut walaupun anda dikenali pelajar bermasalah.

• Guru Besar memakaikan tali leher pelajar yang memang sengaja menyimpan tali leher di dalam saku. Guru Besar menepuk bahu murid dengan mesra sambil menyatakan “Kan kemas jika awak memakai tali leher begini”.

Rumusan

• Tiada suatu teori yang lengkap dan sempurna dalam mengkaji perkembangan evolusi kehidupan manusia dan perkaitannya dengan persekitaran.

Page 39: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

• Gabungan teori-teori daripada berbagai pengkaji banyak membantu memudahkan manusia mencari contoh dan teladan dalam kehidupan seharian.

• “Dengan adanya asuhan yang sempurna di peringkat awal kanak-kanak, kita dapat membentuk nilai-nilai moral yang baik,” kata Slyvia Artman, penolong Professor dari Elementary Education dan Early Childhood Specialist, Dallas Baptist College, Texas, A.S. Pernyataan ini menunjukkan pentingnya teori menjadi asas kepada panduan kehidupan manusia.

• L. Kohlberg, Bandura dan C. Rogers merupakan tokoh-tokoh penting dalam mempelopori kajian tentang perkembangan evolusi manusia dari segi sosial seperti peringkat umur dan faktor alam sekeliling.

• Kohlberg dalam kajiannya menekankan aspek penaakulan moral ke arah mengawal tingkah laku manusia.

• Kohlberg percaya bahawa manusia secara automatik akan menghala ke peringkat yang lebih tinggi daripada pencapaian mereka. Sentiasa memilih tindakan untuk menyelesaikan masalah moral.

• Oleh itu, sebagai guru kita perlu sentiasa memikul tanggungjawab untuk meningkatkan tahap pencapaian yang lebih tinggi di kalangan pelajar.

• Bandura berpendapat bahawa dalam kehidupan harian terdapat banyak tingkahlaku yang boleh dipelajari melalui contoh, teladan, tiruan dan penggunaan bahasa.

• Carl Rogers (1950) juga berpendapat, pembentukan moral yang baik mudah terbina melalui model yang berpengalaman seperti ibu bapa.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Page 40: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Bacaan Asas:

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Rujukan:

Abdul Rahman Md.Aroff & Chang Lee Hoon. (1994). Pendidikan Moral.

Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Hena Mukherjee & Judy Ellis & Chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992 ).

Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Page 41: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

TAJUK 4 Faktor-faktor Mempengaruhi Perkembangan Moral

4.0 Pengenalan

4.1 Sosial

4.1.1 Keluarga

4.1.2 Sekolah

4.1.3 Rakan Sebaya

4.1.4 Agama

4.1.5 Jantina

4.1.6 Sosial Ekonomi

4.1.7 Media Massa

4.2 Perbezaan Individu4.2.1 Fizikal4.2.2 Mental4.2.3 Emosi4.2.4 Sosial

Page 42: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

RUJUKAN

Ahmad Amin. (1975). Etika (ilmu akhlak). Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.

Ahmad Khamis (1999) Etika: Pendidikan Moral Untuk IPT Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Abdul Aziz A. (1979). Pendidikan untuk menyatupadukan negara melalui pengajaran sivik. Suara Pendidikan. Jld. Bil. 1.

Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Abdul Rahman Aroff. (2002). Modul Pendidikan Moral EDU2003, Serdang: Percetakan Universiti Pertanian Malaysia.

__________________. (1984). Kemoralan sosial. Ilmu Masyarakat. Jld. 7.

__________________ . (1999). Pendidikan Moral; Teori Etika Dan Amalan Moral.Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

__________________ & Chang L.H. (1994). Pendidikan Moral: siri pendidikan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Action, H.B. (1970). Kant’s moral philosophy. London: Macmillan.

Al-Altas, S. N. (1976). Islam, The Concept Of Religion & The Foundation Of Ethinic & Morality, Kuala Lumpur:

Arbuthnot, J.B. & Fanst, D. (1981). Teaching Moral Reasoning: Theory And Practice. New York:

Azizah Abdul Rahman. (1982). Kurikulum tersembunyai di sekolah-sekolah dan kesannya terhadap kanak-kanak. Pendidikan & Pendidik. Jld. 4 Bil. 1 Jan.

Bayar, K. (1965). The Moral Point Of View. New York: Random House.

Bartley, W.W. (1971). Morality and Religion. London: Macmillan.

Page 43: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Bloom, B.S. et al. Dalam Mohd. Zainuddin Hashim. (1984). (Terj). Taksonomi Objektif Pendidikan Buku Pedoman 2: Domain Afektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

Dewey, J. (1972). Democracy and Education. New York: Macmillan.

Ee, A.H. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Petaling jaya: Pearson Education Malaysia.

H. Mol. Rifai. (1986). Akhlak Seorang Muslim. Semarang: Wicaksana.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

___________________. (1999). Buku Sumber UNESCO-APNIEVE untuk Pendidikan Perguruan dan Tinggi: Belajar Hidup Bersama secara Aman dan Harmoni: Pengalaman Malaysia. Kuala Lumpur: Jawatankuasa APNIVE Malaysia

Kohlberg, L. (1973). Moral stages and moralization: the cognitive development approach. Dalam T. Lickona (ed.). Moral Development And Behaviour: Theory Research And Social Issues. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Koo, K.P. & Tan, C.T. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mackinnon, B. (1995). Ethics: Theory And Contemporary Issues. New York: Wadsworth Publishing Company.

Mohd. Nasir Omar. (1986). Falsafah Etika, Perbandingan Perubatan Islam Dan Barat. Kuala Lumpur: BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri.

Mukherjee, H. (1980). Moral education and the teacher training programme. Pendidikan dan Pendidik. Jld. 2 Bil. 1.

Peters, P. (1987). Moral Development And Moral Education. London: Allen & Kegan Paul.

TAM,Y.K. (1996) Pendidikan Moral 1 : Konsep dan Program Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.,

Page 44: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

UNESCO Prncipal Regional Office for Asia and Pacific. (1998). A UNESCO-APNIEVE Sourcebook for teacher education and tertiary level education: Learning to live together in peace and harmony. Bangkok: UNESCO Principal.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Bacaan Asas:

Abdul Rahman Md.Aroff,(1999) Pendidikan MoralTeori Etika dan Amalan Moral,

Serdang: Penerbit UPM.

Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education

Malaysia Sdn. Bhd.

Rujukan:

Abdul Rahman Md.Aroff & Chang Lee Hoon. (1994). Pendidikan Moral.

Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Hena Mukherjee & Judy Ellis & Chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992 ).

Page 45: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433

Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya:

Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Page 46: Konsep asas moral

NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORALPENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAHe-mail: [email protected] Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433