19
KRL3033 - KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK TUGASAN 2: Bincangkan elemen dan konsep yang anda gariskan untuk membentuk kerangka konseptual/teoritikal DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK GROUP E-LEARNING NO. TELEFON CHE AISHAH BINTI ABD. AZIZ D2011205562 6 UPSI80(A142P JJ) 019 5960250

Krl3033 kajian penyelidikan 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Krl3033  kajian penyelidikan 2

KRL3033 - KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK TUGASAN 2:

Bincangkan elemen dan konsep yang anda gariskan untuk

membentuk kerangka konseptual/teoritikal

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK GROUP E-LEARNING

NO. TELEFON

CHE AISHAH BINTI ABD. AZIZ

D20112055626 UPSI80(A142PJJ) 019 5960250

NAMA PENSYARAH

PN. JAMILAH BINTI OMAR

TARIKH SERAH

18. 4 . 2015

Page 2: Krl3033  kajian penyelidikan 2

Isi kandungan

Isi Kandungan Muka surat

1. Pengenalan

2. Pengenalan Kerangka Teoritikal

3. Definisi Pembolehubah

4. Kepentingan Kerangka Teoritikal

5. Kerangka Konseptual

6. Teori-teori Berkaitan

7. Rumusan

8. Rujukan

1 – 1

1 - 2

2 – 5

5 – 8

8 – 9

9 – 10

10 – 11

11 - 11

Page 3: Krl3033  kajian penyelidikan 2

1

1. PENGENALAN

Sesuatu kajian akan bermula dengan kerangka teoritikal terlebih dahulu, kemudian kerangka

konseptual dan baru boleh meletakkan operasional pengukurannya. Teoritikal boleh dijelaskan

melalui penggunaan teori-teori dan model kajian yang sesuai serta yang boleh menjelaskan

konsep abstrak kajian. Kemudian barulah kerangka konseptual boleh dibentuk. Kerangka

konseptual boleh dijelaskan dalam bentuk hipotesis konseptual dalam kajian kuantitatif.

Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) dan Merriam (1998), kerangka kajian adalah satu

unsur yang sangat penting dalam sebarang kajian. Misalnya, kerangka kajian membekalkan

landasan bagi sesuatu kajian dengan menjelaskan pendekatan yang digunakan dalam kajian

tersebut. Ia boleh dianggap sebagai tempat rujukan yang menyediakan konteks bagi meneliti

masalah atau soalan yang menjadi fokus sesuatu kajian. Kerangka kajian mewarnai seluruh

aspek kajian yang dijalankan.

2. PENGENALAN KERANGKA TEORITIKAL

Kerangka Teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan

bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang

menjadi minat pengkaji, persoalan-persoalan yang yang menjadi teka-teki kepada penyelidik.

Teoritikal boleh dijelaskan melalui penggunaan teori-teori dan model kajian yang sesuai serta

yang boleh menjelaskan konsep abstrak kajian. Kemudian barulah kerangka konseptual boleh

dibentuk. Kerangka konseptual boleh dijelaskan dalam bentuk hipotesis konseptual dalam

kajian kuantitatif. Sebagai contohnya kajian mengenai penggunaan garisan dalam figura kanak-

kanak Kerangka teoritikal ialah menggunakan teori kesan media yang sesuai seperti teori

kognitif sosial.

Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan

pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan

maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan

berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Apa yang perlu dilakukan

ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk dijadikan kunci utama

kepada kerangka teoritikal nanti.

Page 4: Krl3033  kajian penyelidikan 2

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah bersandar dan

pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin dijalankan, pembolehubah tidak

2

bersandar adalah kaedah pengajaran guru contohnya kaedah simulasi, manakala pembolehubah

bersandar pula adalah minat pelajar terhadap pengajaran guru. Ini bermaksud pemboleh ubah

bersandar iaitu minat bergantung kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu (kaedah simulasi)

kaedah yang digunakan oleh guru.

3. DEFINISI PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai “something that may vary or differ” (Brown,

1998:7). Terdapat penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam iaitu mengatakan

bahawa pembolehubah adalah “is simply symbol or a concept that can assume any one of a set

of values” (Davis, 1998:23). Definisi yang pertama menyatakan bahawa pembolehubah adalah

sesuatu yang berbeza atau bervariasi. Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol

atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai atau angka-angka. Definisi yang abstrak

tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan contoh berikut:

a. Hubungan di antara kecerdasan dan prestasi pelajar.

b. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal.

c. Hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah penjualan.

Contoh-contoh pembolehubah ialah: kecerdasan, prestasi pelajar, warna, minat membeli,

promosi, jumlah penjualan dan sebagainya. Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati

bahawa pembolehubah adalah suatu simbol yang diberikan angka atau nilai yang berkaitan

dengan hipotesis. Dalam erti kata lain, pembolehubah mempunyai sifat yang boleh berubah.

Sebagai contoh, jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu lelaki dan perempuan. Bangsa pula

boleh mempunyai lebih banyak nilai seperti Melayu, Cina, India, Serani dan sebagainya.

Kepuasan juga boleh dioperasikan supaya ianya mempunyai nilai seperti sangat tidak puas,

puas, dan sangat puas. Jika sesuatu itu mempunyai dua nilai sahaja seperti lelaki-perempuan,

jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut sebagai pembolehubah dikotomi. Pembolehubah

Page 5: Krl3033  kajian penyelidikan 2

ialah sesuatu yang boleh mengambil nilai yang berbagai. Nilai tersebut boleh berubah-ubah

untuk objek atau untuk seseorang individu.

3

Contoh pembolehubah:

Markah Ujian: markah ujian berubah-ubah mengikut ujian1,2,3 untuk subjek yang sama.

Markah ujian juga berubah-ubah mengikut pelajar yang berlainan.

Ketidakhadiran: Ketidakhadiran juga berubah-ubah mengikut hari; di mana hari ini mungkin

5 orang tidak hadir kelas, esok 3 orang dan mungkin ada hari yang semua orang hadir.

Motivasi: Motivasi seseorang mungkin boleh diukur daripada sangat tidak bermotivasi hingga

ke sangat bermotivasi.

3.1 Jenis-Jenis Pembolehubah

Apabila dalam penyiasatan awal penyelidik menjangkakan kewujudan beberapa pembolehubah,

maka penyelidik akan cuba mempastikan kewujudan pembolehubah tersebut. Penyelidik juga

akan cuba mengenalpasti perhubungan-perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah

tersebut. Bagi mengenalpasti dengan lebih mendalam lagi berdasarkan maklumat yang

diperolehi, maka penyelidik akan cuba membentuk sebuah model. Pada peringkan pembentukan

model tersebut, penyelidik akan cuba mengkategorikan beberapa pembolehubah. Di antara

pembolehubah-pembolehubah yang mungkin wujud adalah:

1. Pembolehubah bersandar (dependent variable)

2. Pembolehubah bebas / tidak bersandar (independent variable)

3. Pembolehubah penyerdahana (moderating variable)

4. Pembolehubah pengacau / mencelah (interverning variable)

3.2 Pembolehubah bersandar:

Pembolehubah bersandar adalah pembolehubah yang memberikan tindakbalas atau respon jika

dihubungkan dengan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah adalah

Page 6: Krl3033  kajian penyelidikan 2

pembolehubah yang faktornya diperhati dan diukur untuk menentukan pengaruh yang

disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar juga dikenali sebagai

pembolehubah kriterion. Sebagai contoh, pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal,

4

maka pembolehubah bersandarnya adalah “minat membeli”. “Bagaimana berpengaruhnya

warna merah terhadap minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut”.

Bagi meyakinkan pengaruh pembolehubah bebas iaitu warna merah terhadap minat membeli

maka warna merah dapat diganti dengan warna biru. Jika pengaruhnya berbeza maka

manipulasi terhadap pembolehubah bebas membuktikan adanya hubungan antara pembolehubah

bebas warna dan minat membeli pengguna. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah bersandar

ialah pembolehubah bilamana kesan olahan dicerap. Perlakuan atau perubahan pembolehubah

bersandar bergantung kepada perlakuan atau perubahan pembolehubah-pembolehubah lain.

3.3 Pembolehubah tidak bersandar (bebas):

Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah stimulus atau pembolehubah yang

mempengaruhi pembolehubah lain. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang

faktornya diukur, dimanipulasi, atau dipilih oleh penyelidik untuk menentukan hubungannya

dengan sesuatu gejala yang diperhatikan.

Berdasarkan contoh di atas, “warna” adalah pembolehubah bebas yang dapat dimanipulasi dan

dilihat pengaruhnya terhadap “minat beli”, misalnya apakah warna merah sebuah motosikal

dapat menimbulkan minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut. Ia adalah

pembolehubah yang mempengaruhi pembolehubah bersandar sama ada secara positif atau

negatif. Contoh lain: jenis promosi dapat mempengaruhi jumlah jualan. Dalam kes ini, jenis

promosi ialah pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar.

Contoh 1: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar

(Warna motosikal) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah pembelian)

Contoh 2: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar

(Promosi) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah jualan)

Hubungan di antara Pembolehubah Tidak Bersandar dan Pembolehubah Bersandar. Pada

umumnya penyelidik akan melakukan penyelidikan dengan menggunakan lebih dari satu

Page 7: Krl3033  kajian penyelidikan 2

pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Kemudian,

pembolehubah tersebut akan dicari perhubungannya.

Contoh 1: Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara “gaya kepemimpinan” dengan

5

“motivasi” pekerja

Pembolehubah bebas: gaya kepemimpinan

Pembolehubah bersandar: minat membeli

4. KEPENTINGAN KERANGKA TEORITIKAL

Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan

orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah"

bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir

data. Penyelidik harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam

proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh

ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur

pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.

Perkara yang harus diberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada

kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi.

Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:

-Membantu penyelidik mengenal pasti topik yang hendak dikaji.

-Panduan mencari kajian-kajian lepas.

-Memilih aspek yang difokus.

-Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.

-Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.

4.1 Kajian lepas

Bagi mengenal pasti dan mengesahkan kerangka teoritikal, membuat tinjauan terhadap hasil

kajian lepas dapat memberi penjelasan terhadap bidang kajian dan asas data kajian mengenai

seseorang yang telah melaksanakan kajian, mengumpul dan menganalisis data. Contohnya,

Page 8: Krl3033  kajian penyelidikan 2

kajian tentang “ Peranan Aktiviti Melukis Terhadap Kecerdasan Emosi Kanak-Kanak”, pada

tugasan 1 yang bertujuan untuk :

6

i. Mengenal pasti dan memahami peranan aktiviti melukis dalam mempertingkat kecerdasan emosi di kalangan kanak-kanak pra sekolah,

ii. Mengenal pasti perkaitan antara aktiviti melukis dengan perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak.

iii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kanak-kanak terhadap hasil lukisan kanak-kanak.

iv. Memahami bentuk karya yang wujud dan kaitannya dengan kecerdasan emosi kanak-kanak.

Di sini pendapat Mary Maresky (1988) digunakan bagi menjelaskan aktiviti melukis yang dapat

meningkatkan sikap berani kanak-kanak terutamanya jika selepas melukis kanak-kanak diberi

peluang untuk menceritakan atau memperihalkan lukisan yang telah mereka hasilkan. Ini

kerana, sebahagian besar daripada proses pembelajaran yang dilakukan di sekolah tidak

menyambung aktiviti melukis dengan proses melahirkan perasaan terhadap hasil lukisan

masing-masing. Sepatutnya aktiviti melukis diikuti pula dengan menceritakan kandungan hasil

lukisan, penghargaan, perasaan sebelum, semasa dan selepas melukis. Sememangnya pendapat

Mary Maresky (1988) berkaitan proses melukis juga dapat meningkatkan sikap berani dan yakin

diri serta penghayatan tampak kanak-kanak adalah benar. Ini jelas apabila kanak-kanak

mendapat peluang untuk membuat pemerhatian dan penelitian terhadap objek atau benda yang

perlu dilukis. Kanak-kanak juga akan meneroka pelbagai bentuk garisan, jalinan, warna, ruang

kertas apabila diberi bahan-bahan melukis. Kanak-kanak akan mendapat pengalaman yang

menyeronokkan apabila berinteraksi dengan bahan dan alatan yang memungkinkan mereka

meneroka.

4.2 Pendapat Ahli Penyelidik

Selain itu nama-nama tokoh pengkaji tersohor seperti Viktor Lowenfeld (1987) dalam Creative

and Mental Growth membahagikan perkembangan skemata tampak kanak-kanak berasaskan

perkembangan dan pertumbuhan yang dikemukakan oleh ahli-ahli perkembangan seperti Piaget

mengemukakan teori perkembangan kognitif (1896-1980), Vygotsky (1896-1934). Hubungan

antara perkembangan kanak-kanak dan kecerdasan juga dilakukan oleh Howard Gardner (1980)

dengan menggunkan hasil lukisan kanak-kanak yang menghasilkan teori pelbagai kecerdasan.

Page 9: Krl3033  kajian penyelidikan 2

Piaget menjelaskan kanak-kanak di antara umur 4-7 tahun berada pada tahap Pra Operasi di

mana pada umur 4-7 tahun kanak-kanak mula memahami sesuatu yang dilihat, disentuh,

didengar, dirasa,dialami dan sebagainya. Pendapat dan teori-teori yang diciptakan mereka

daripada kajian bertahun-tahun yang dijalankan sebelum membentuk teori-teori yang kita

gunakan kini.

7

Melengkapkan kerangka teoritikal bukanlah satu proses yang mendatar sahaja seperti membaca

literatur, mengenal pasti dan menulis pernyataan masalah. Tetapi adalah proses yang aktif.

Soalan-soalan yang ditimbulkan akan menjurus kepada hasil kajian yang berkait dengan

fenomena kajian yang sedang dilakukan. Kajian-kajian dahulu boleh dianalisis, dikritik dan

diulas supaya ruang lingkup kajian berkenaan lebih menarik. Literatur mengandungi tiga

bahagian iaitu pengenalan, isi mengenai kajian-kajian lepas.

Contoh Rajah kerangka Teoritikal 1

Page 10: Krl3033  kajian penyelidikan 2

Contoh : Rajah Kerangka Teoritikal 2

8

Contoh: Rajah Kerangka Teoritikal 3

Selalunya penyelidik menggunakan kedua-dua kerangka teoretikal dan juga kerangka

konseptual. Sebagai contohnya, daripada beberapa teori kajian yang digunakan boleh

membentuk kerangka konseptual dalam menjelaskan beberapa pilihan variabel hipotesis.

Manakala kajian kualitatif tidak menitik beratkan hipotesis dan variabel kajian.

5. KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua

aspek yang ditemui ( definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan

Page 11: Krl3033  kajian penyelidikan 2

penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan

penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual

berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk

yang berbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.

Dalam kerangka konseptual, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan suatu

pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah yang penting.

Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah

tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan

secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah. Cara yang paling mudah ialah dengan

mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang

dikaji.

9

Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai “something that may vary or differ” (Brown,

1998:7). Terdapat penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam iaitu mengatakan

bahawa pembolehubah adalah “is simply symbol or a concept that can assume any one of a set

of values” (Davis, 1998:23). Definisi yang pertama menyatakan bahawa pembolehubah adalah

sesuatu yang berbeza atau bervariasi. Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol

atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai atau angka-angka. Definisi yang abstrak

tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan contoh berikut:

i. Mengenal pasti dan memahami peranan aktiviti melukis dalam mempertingkat kecerdasan emosi di kalangan kanak-kanak pra sekolah,

ii. Mengenal pasti perkaitan antara aktiviti melukis dengan perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak.

iii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kanak-kanak terhadap hasil lukisan kanak-kanak.

iv. Memahami bentuk karya yang wujud dan kaitannya dengan kecerdasan

emosi kanak-kanak

6. TEORI-TEORI BERKAITAN

Teori adalah hubungan beberapa konsep atau suatu kerangka konsep, atau definisi yang

memberikan suatu pandangan sistematis terhadap gejala-gejala atau fenomena-fenomena

dengan menentukan hubungan spesifik antara konsep-konsep tersebut dengan maksud untuk

Page 12: Krl3033  kajian penyelidikan 2

menguraikan, menerangkan, meramalkan dan atau mengendalikan suatu fenomena. Teori dapat

diuji, diubah atau digunakan sebagai suatu pedoman dalam penelitian.

Menurut Bogdan dan Biklen ( 1998 ) teori diguna pakai dalam penyelidikan manusia dalam

pelbagai cara. Sabitha Marican (2005:49) menjelaskan makna teori seperti berikut: teori ialah

satu set pernyataan yang abstrak dan umum yang disokong oleh syor (atau hipotesis yang

dibuktikan). Berdasarkan makna ini, beliau menegaskan bahawa teori dan hipotesis adalah dua

hal yang tidak dapat dipisahkan kerana teori itu sendiri disokong melalui hipotesis. Beliau juga

berkata: teori adalah satu set kenyataan mengenai perkaitan antara beberapa

pembolehubah. Oleh yang demikian, sesuatu teori itu mestilah boleh diuji dan merupakan

sesuatu yang benar atau sebaliknya sehinggalah ia dibuktikan.

Sesuatu teori yang baik dapat menjelaskan kepada kita tentang sesuatu fenomena. Ia memandu

kita untuk mengisi jurang literatur yang dikenal pasti sama ada mendalami sesuatu fakta yang

10

telah diketahui atau menjelaskan perkara-perkara yang masih kabur. Justeru, Sabitha Marican

(2005:50) menyarankan 3 peranan utama teori: Pertama, mengorganisasikan pengetahuan dan

menjelaskan hukum. Kedua, meramal hukum yang baru. Ketiga, menjadi panduan untuk

penyelidikan.

kerangka teori atau kerangka konsep, perbincangan kedua-duanya tertumpu kepada konsep dan

pembolehubah yang hendak dikaji. Secara mudahnya, kerangka teori memperlihatkan satu

penjelasan yang luas dan umum tentang perkaitan antara konsep-konsep yang dikaji (Sabitha

Marican, 2005:50). Menurut Sabitha Marican lagi, ia berdasarkan penjelasan teori sedia ada

(penyelidik guna kerangka teori untuk jelaskan teori tentang sesuatu hal yang dikaji).

Contohnya, teori motivasi ialah satu contoh kerangka teori dalam mengkaji pendorong sesuatu

gelagat atau tingkah laku.Kerangka teori ini sering digunakan apabila tiada teori yang wujud

dan dengan sebab itu, penyelidik membentuk satu perkaitan antara antara konsep-konsep yang

hendak dikaji (Sabitha Marican,  2005:50)

Secara lebih menyeluruh, perhatikan rumusan Uma Sekaran (2000:56) tentang perkara yang

perlu ada dalam sebuah kerangka teori. Ada 5 ciri penting iaitu: Pertama, perlu terlebih dahulu

mengenal pasti dan melabelkan pembolehubah yang dianggap sesuai dengan kajian. Kedua,

perlu nyatakan bagaimana pembolehubah-pembolehubah tersebut berhubungan. Ketiga, perlu

nyatakan sifat dan arah hubungan (berdasarkan kajian-kajian lepas) antara pembolehubah-

Page 13: Krl3033  kajian penyelidikan 2

pembolehubah tersebut. Keempat, perlu ada penjelasan tentang ramalan hubungan tersebut.

Kelima, perlu kemukakan rajah yang sistematik.Ini bermakna, kerangka teori ialah asas untuk

menerangkan secara keseluruhan apa yang hendak dikaji.

7. RUMUSAN PERKAITAN ANTARA KERANGKA TEORITIKAL DAN KERANGKA KONSEPTUAL.

Kerangka konseptual / teoritikal ibarat peta kepada sesuatu kajian. Jika tidak ada peta, pengkaji

akan tersesat dalam kajian sendiri, apatah lagi pembaca lain. Kerangka konseptual adalah

kerangka yang seseorang pengkaji akan gunakan untuk menjalankan kajian dan masih belum

kukuh lagi serta berfungsi sebagai panduan dan halatuju pengkaji menjalankan kajian. 

Kerangka teoritikal pula telah mantap, atau kerangka konseptual  yang telah pun diuji.. Namun

kedua-dua

11

istilah ini merujuk kepada garis panduan atau struktur yang menghubungkan semua variabel

atau idea utama yang terlibat dalam kajian anda bagi memudahkan anda menentukan perkaitan

pembolehubah dan idea-idea tersebut. Kedua-duanya lazim dipaparkan dalam bentuk grafik.

menurut  Mayer, umpamanya telah membina  kerangka teori pembelajaran multimedia, yang

telah diuji sebelumnya berdasarkan kerangka konseptual yang beliau bina. Namun begitu,

terdapat penyelidik yang mungkin memberikan tafsiran yang berbeza. Kadang-kadang kedua-

dua istilah ini boleh ditukar ganti walaupun ada perdebatan berkaitan yang istilah yang lebih

tepat. Yang penting penyelidik harus tahu bagaimana hendak membina kerangka konseptual

kajian

RUJUKAN DARI BUKU:

Al-Sagoff. S.A (1985): Sosiologi Pendidikan, Heineman Educational.

Ani Saifuza Bt Abd Shukor, (2006) Pengurusan Fasiliti akademik di institusi

Page 14: Krl3033  kajian penyelidikan 2

Pengajian Tinggi, Uitm Shah Alam.

Chua, Y.P (2006). “ Kaedah Penyelidikan- Kaedah dan Statistik Penyelidikan”.

Kuala Lumpur, McGraw Hill Education.

Mohd. Majid Kontig (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa

Dan Pustaka Kuala Lumpur.

A. Yahaya (2005) “Pembangunan Kendiri”, Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi,Tesis Pra Lapangan kajian dalam penyelidikan kuatitatif. Siri 1 (2012) Di

Institute Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggung Ibrahim 28-29 Mac 2012