104
TAJUK 1 : KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH SINOPSIS Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kualiti pendidik prasekolah yang menjurus kepada kecekapan dalam pengurusan pusat prasekolah HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat : 1. Mengenalpasti pengetahuan asas yang profesional dalam pengurusan pusat kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang pengurus. 2. Mengenalpasti proses guru sebagai model dan pembelajaran sepanjang hayat. 3. Mengintergrasikan kesedaran kendiri peribadi dan profesional dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. KERANGKA TAJUK-TAJUK KONSEP KUALITI KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH Definisi Belajar Sepanjang Hayat Pengetahuan Asas Guru yang Profesional Kesedaran Kendiri Peribadi dan profesional Guru Sebagai Model

Kualiti pendidikan prasekolah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kualiti pendidikan prasekolah

TAJUK 1 : KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kualiti pendidik prasekolah yang

menjurus kepada kecekapan dalam pengurusan pusat prasekolah

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti pengetahuan asas yang profesional dalam pengurusan pusat

kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang

pengurus.

2. Mengenalpasti proses guru sebagai model dan pembelajaran sepanjang hayat.

3. Mengintergrasikan kesedaran kendiri peribadi dan profesional dalam pengajaran

dan pembelajaran kanak-kanak.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KONSEP KUALITI

KUALITI PENDIDIK

PRASEKOLAH

Definisi

Belajar Sepanjang Hayat

Pengetahuan Asas Guru yang Profesional

Kesedaran Kendiri Peribadi dan profesional

Guru Sebagai Model

Page 2: Kualiti pendidikan prasekolah

Kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu poduk atau

perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang tersurat atau tersirat.

Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi produk ialah mudah diperolehi, tahan lama,

bersih, selamat, boleh diuji, boleh dikesan dan mudah diangkut.

Manakala kualiti dalam perkhidmatan pula mempunyai ciri-ciri kualiti bagi

sesuatu perkhidmatan adalah seperti keselesaan, kesopanan, kecekapan,

keberkesanan, jujur, kebolehpercayaan, cepat, responsif dan keselamatan

(Hairuddin Mohd Ali etc. al, 1999)

Berdasarkan konsep kualiti sama ada dari aspek produk atau perkhidmatan

dapat kami rumuskan bahawa kualiti dalam pendidikan dapat disimpulkan

sebagai satu sistem pengembangan ilmu yang diberi penekanan kualiti dalam

melahirkan produk atau pelajar yang berkembang secara menyeluruh hasil

daripada perkhidmatan atau proses pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung yang disediakan oleh guru bagi memenuhi kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

DEFINISI KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH.

Dalam konteks pendidikan prasekolah pula, kualiti dalam pendidikan bukan

sahaja memberikan peluang kenak-kanak belajar malah memberi kanak-kanak

peluang untuk meneroka alam persekitaran mereka bagi mendapatkan

pengalaman berharga tanpa memikirkan risiko atau kebarangkalian berlakunya

kecederaan atau kemalangan. Jesteru, guru memainkan peranan dengan utama

dengan memastikan kanak-kanak berpeluang meneroka dengan menyediakan

sebuah premis belajar yang kondusif selaras dengan pernyat aan Juran (1995),

bahawa kualiti dalam pendidkan prasekolah bukan memberi tumpuan kepada

bagaimana persekitaran dirancang tetapi penubuhan prasekolah adalah sebuah

Page 3: Kualiti pendidikan prasekolah

tempat yang bersedia mencabar kanak-kanak supaya merka berpeluang

memenuhi niat dan matlamat kehidupan mereka.

Pengetahuan asas guru yang profesional

Sebagai seorang guru prasekolah yang berprofesional ianya perlu memahami perkara-perkara berikut:

• Akta kanak-kanak 2001 (akta 611)• Akta 550• Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan• Falsafah Pendidikan Kebangsaan• Konsep Pendidikan prasekolah• Matlamat Pendidikan prasekolah• Objektif Pendidikan Prasekolah• Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran Prasekolah• Teori Perkembangan kanak-kanak• Amalan yang Bersesuaian dengan perkembangan Kanak-kanak.

GURU SEBAGAI MODEL:

Dalam proses pendidikan, guru tidak hanya menjalankan fungsi alih ilmu

pengetahuan (transfer of knowledge) tetapi juga berfungsi untuk menanamkan

nilai (value) serta membangunkan karakter (Character Building) kanak-kanak

secara berterusan.

Menurut Ragbir Kour (2007) guru sebagai model harus membentuk murid-murid

untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.

Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental.

Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan

sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik

dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai

dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai

murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan

diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam

Page 4: Kualiti pendidikan prasekolah

akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru

berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui

amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

Page 5: Kualiti pendidikan prasekolah

BELAJAR SEPANJANG HAYAT

KESEDARAN KENDIRI PERIBADI DAN PROFESIONAL (PERSONAL AND PROFESIONAL SELF-AWARENESS)

• profesional yang reflektif • boleh menilai kekuatan kelemahan peribadi• boleh menerima pandangan /idea baru

TUGASAN:

Bincangkan dalam kumpulan sejauh manakah seorang guru prosekolah boleh meningkatkan kesedaran kendiri peribadi dan profesionalnya dengan berdasarkan fakta-fakta berikut:

• profesional yang reflektif • boleh menilai kekuatan kelemahan peribadi• boleh menerima pandangan /idea baru

Page 6: Kualiti pendidikan prasekolah

TAJUK 2 : KECEKAPAN PENGURUSAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kecekapan pengurusan yang

menjurus kepada pengurusan organisasi, kewangan, personel dan pengurusan

kemudahan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti pengurusan organisasi yang .

2. Mengenalpasti proses pemasaran dan kemahiran menjalin perhubungan awamperkhidmatan makanan dengan berkesan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KECEKAPAN PENGURUSAN

Pengurusan organisasi

Pengurusan kemudahan

Pengurusan kewangan

Pengurusan Personel

Page 7: Kualiti pendidikan prasekolah

KECEKAPAN PENGURUSAN

DEFINISI PENGURUSAN

Satu proses aktiviti tadbir‐urus untuk merancang,mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber‐sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.

KONSEP PENGURUSAN

OrganisasiManusia bekerja bersama dan menyelaraskan tindakan mereka bagi mencapai matlamat mereka.

Matlamat

Sasaran yang ditetapkan untuk dicapai oleh organisasi pada masa hadapan.

Pengurusan

Proses menggunakan semua sumber organisasi bagi mencapai matlamat organisasi dengan melakukan fungsi‐fungsi pengurusan

Pengurusan Organisasi

1.Mengetahui dan menghayati pelbagai peraturan dan sistem dalam pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak.

2.Menjalankan pengurusan tadika berdasarkan garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan.

3.Menyediakan kemudahan yang sewajarnya untuk pendidikan awal kanak-kanak.

.

CIRI‐CIRI ORGANISASI

1.Mempunyai identiti tersendiri.2.Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti.3.Mempunyai struktur organisasi atau pembahagian kerja.4.Mempunyai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan bagi menjalankan aktiviti.

Page 8: Kualiti pendidikan prasekolah

PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan kewangan merupakan satu daripada pengurusan yang dipertanggungjawabkan kepada guru-guru Prasekolah untuk diurus dengan cekap dan berakauntabiliti.

Kewangan

Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Sumber adalah pasif sehingga idea manusia dan tenaga manusia menggerakkannya dan digunakan untuk mencapai matlamat mereka.

Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat pendidikan kanak-kanak, berdasarkan formula MESH.

a. M (material)

- Untuk ‘bahan’ yang digunakan di pusat tersebut.

b. E (equipment)

- Untuk ‘peralatan’ termasuklah alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan dan hiasan.

c. S (space)

- Untuk ‘tempat’ (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan susunan hiasan. Termasuk juga insuran.

d. H (human)

- Untuk ‘tenaga manusia’ termasuklah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan perkhidmatan.

Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan kewangan yang bijaksana. Kealpaan dan pengagihan dan mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.

Page 9: Kualiti pendidikan prasekolah

Peruntukan kewangan

Bagi prasekolah Kementerian Pelajaran, peruntukan kewangan diperolehi melalui beberapa sumber seperti berikut;

Pemberian Bantuan Per Kapita ( Per Capita Grant - PCG )

Peruntukan ini hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan.

Maksud Perbelanjaan Bantuan Per Kapita Prasekolaha. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.b. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.c. Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.d. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan ( misalnya melawat Zoo pada hari persekolahan semasa tema Haiwan Liar, melawat Muzium semasa tema Masyarakat, Negeri dan Negara, melawat Taman Bunga semasa tema Bunga atau melawat ke dusun buah-buahan semasa tema Buah-buahan )

e. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

Pemberian Bantuan Makanan PelajarKadar bantuan makanan adalah sama di semua kelas prasekolah seluruh negara.

Peruntukan Makanan

Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan

Perancangan ini hendaklah disediakan sebelum penggal persekolahan bermula tiap-tiap tahun. Suatu perancangan perbelanjaan tahunan perlu disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan prasekolah mengetahui jumlah wang yang diperlukan bagi bulan/penggal tertentu. Perancangan tahunan ini dapat dijadikan panduan kepada pihak pengurusan prasekolah bagi mengeluarkan wang peruntukan terlebih dahulu kepada guru prasekolah, bagi keperluan membeli bekalan makanan/minuman, untuk bulan tertentu. Guru tidak perlu menggunakan wang peribadi terlebih dahulu untuk perbelanjaan makan/minum murid-murid. Di prasekolah Kementerian Pelajaran, makan minum murid-murid prasekolah hendaklah diuruskan dan disediakan oleh guru/pengasuh kelas prasekolah yang bertugas. Pihak pengurusan prasekolah tidak

Page 10: Kualiti pendidikan prasekolah

dibenarkan sama sekali menggunakan perkhidmatan kantin/koperasi sekolah dalam pengurusan/penyediaan makan minum murid-murid prasekolah.

Penyata Kewangan Bulanan

Di prasekolah Kementerian Pelajaran, status penyata kewangan bagi catatan penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang diterima oleh guru /pengasuh daripada Guru Besar (sebagaimana perancangan tahunan), perlu disediakan oleh guru/pengasuh secara kemaskini tiap-tiap bulan. Penyata ini perlu disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar pada akhir bulan dan dianggap sebagai dokumen sokongan bagi pengurusan perbelanjaan wang peruntukan prasekolah. Ianya wajar diteliti dan diperiksa oleh audit sekolah. Penyata kewangan ini perlu disediakan di dalam suatu buku tunai khas.

Peruntukan Makanan

1. Perancangan Peruntukan Makanan/Minuman

2. Perancangan Menu Bulanan

3. Anggaran Perbelanjaan

i. Bahan Basah

ii. Bahan Kering

4. Tuntutan Perbelanjaan Bulanan

5. Buku Tunai - Pendapatan & Perbelanjaan

6. Fail Kewangan

- Surat Tuntutan Perbelanjaan

- Baucer Bayaran (sertakan resit)

Perbelanjaan wang LPBT Kelas Prasekolah

Perbelanjaan wang LPBT di kelas Prasekolah adalah untuk tujuan seperti berikut;

1. Bayaran bil telefon, air, eletrik, telegram, internet dan pembentungan.2. Pembaikan kecil kelas.3. Penyelengggaran perabot dan peralatan kelengkapan kelas termasuk komputer.4. Perkhidmatan percetakan untuk bahan pengajaran dan pembelajaran.5. Perkhidmatan pengiklanan (misalnya membuat banner bagi memaklumkan

kepada khalayak tentang pendaftaran dan kemasukan murid prasekolah pada

Page 11: Kualiti pendidikan prasekolah

tahun berikutnya )6. Pengangkutan barang-barang7. Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat ( misalnya kelas anda

kehabisan gas dan anda perlukannya segera maka tambang teksi untuk mengambil gas boleh dituntut kepada sekolah )

8. Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan rasmi.

9. Perolehan harta modal melebihi RM10,000 perlu mendapat kelulusan Ketua PTJ, manakala pembelian komputer mesti mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian.

10. Bayaran yuran kursus bagi guru prasekolah.11. Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid dan keselamatan kelas.12. Bayaran teksi bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi.13. Pengangkutan murid dan bayaran insuran untuk murid dan guru pengiring untuk

aktiviti sukan dan karnival prasekolah.

Panjar Wang Runcit (PWR)

Ia merupakan sejumlah wang yang membolehkan Pengurus Sekolah membuat pembayaran kecil dengan segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada butiran perbelanjaan. Ia boleh juga digunakan bagi memberi pendahuluan wang tunai segera kepada guru yang memerlukan untuk membayar perbelanjaan aktiviti kelas.

Belian dengan bil tidak melebihi RM100.00 boleh dituntut menggunakan PWR.

Geran Pelancaran

Peruntukan ini diberi oleh Bahagian Pembangunan dan Perolehan Kementerian Pelajaran kepada kelas prasekolah dan sekolah yang baru beroperasi. Ia bertujuan membantu pengurusan sekolah bagi memulakan operasi pentadbiran kelas. Kadar adalah ditentukan mengikut kategori sekolah mengikut garis panduan yang disediakan oleh KPM. Bantuan ini akan diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan di bawah lajur Pelbagai dengan menyelenggarakan Akaun Subsidiari. Pengurus sekolah boleh menggunakan peruntukan ini untuk pembelian bahan yang telah disenaraikan oleh BPP, KPM semasa peruntukan diberi.

Untuk bacaan selanjutnya, rujuk Surat Pekeliling kewangan Bil. 5 Tahun 2002 – Lampiran B – perkara A dan Lampiran C – Jadual 1dalam Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah terbitan Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya Edisi Keempat - Tahun 2005.

Page 12: Kualiti pendidikan prasekolah

PENGURUSAN PERSONEL

• Menyediakan /menggaji pekerja yang berpotensi tinggi / berkelayakan

• Mengekalkan pekerja yang cekap

• Memantau keupayaan guru/pembantu

• Rancangan perkembangan staf untuk membina bakat dan profesionalise pekerja

PENGURUSAN KEMUDAHAN

• Bertanggung jawab menyediakan ruang pembelajaran

• Penyediaan kemudahan, perabot dan peralatan

• Merancangkan spesifikasi dan susun atur

• Ruang selamat, selesa dan sesuai dengan prinsip perkembangan kanak-kanak.

Page 13: Kualiti pendidikan prasekolah

TAJUK 3 : KECEKAPAN HUBUNGAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kecekapan hubungan yang menjurus kepada hubungan kemanusiaan dan kecekapan dalam pemasaran dan perhubungan awam.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti hubungan kemanusiaan yang bersesuaian dengan pengurusan pusat kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang pengurus.

2.Mengenalpasti proses pemasaran dan kemahiran menjalin perhubungan awam perkhidmatan makanan dengan berkesan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

HUBUNGAN KEMANUSIAAN (HUMAN RELATIONS)

Hubungan Kemanusiaan, teori hubungan antara manusia, teori hubungan kerja kemanusiaan, atau the human relation theory. Hubungan antara manusia dan hubungan kemanusiaan kedua-duanya merupakan terjemahan dari istilah bahasa inggris human relations. Hubungan antara manusia dengan hubungan kemanusiaan sesungguhnya mempunyai pengertian yang tak sama. Hubungan antara manusia merupakan antara personal yang bersifat lahiriah saja, kurang memperhatikan aspek kejiwaan. Sehingga tidak memberikan kepuasan psikologis. Sesuatu hubungan dikatakan mempunyai hubungan kemanusiaan, apabila hubungan tersebut dapat

KECEKAPAN HUBUNGAN

Hubungan Kemanusiaan

Pemasaran dan Perhubungan Awam

Page 14: Kualiti pendidikan prasekolah

memberikan kesedaran dan pengertian. Sehingga pihak lain (yang menerima informasi) merasa puas.

Pengertian hubungan kemanusiaan dapat diklasifikasi kepada dua perkara. Pertama hubungan kemanusiaan dalam persekitaran sekelilingnya dan yang keduanya ialah hubungan kemanusiaan dalam persekitaran organisasi sendiri. Didalam persekitaran, hubungan kemanusiaan dalam persekiataran sekelilingnya adalah hubungan antara seseorang dengan orang lain yang terjadi dalam segala situasi dan dalam semua bidang kegiatan atau kehidupan untuk mendapatkan kepuasan hati. Manakala dalam hubungan kemanusiaan dengan organisasinya adalah hubungan antara seseorang dengan orang lain dalam sesuatu organisasi, yang bertujuan memberikan kepuasan kepada diri. Sehingga para pegawai mempunyai semangat kerja yang tinggi, kerjasama yang tinggi serta disiplin yang tinggi.

Untuk hubungan antara-manusia adalah hubungan yang bersifat lahiriah. Sedang hubungan kemanusiaan lebih bersifat psikologis.

Teori organisasi hubungan kemanusiaan merupakan dari suatu anggapan bahwa dalam kenyataan sehari-hari organisasi merupakan hasil dari hubungan kemanusiaan (human relation). Teori ini beranggapan bahwa organisasi dapat diurus dengan baik dan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan apabila didalam organisasi itu terdapat hubungan antara peribadi yang serasi. Hubungan itu dapat berlangsung antara pimpinan dengan pimpinan yang setingkat, antara pimpinan dengan bawahan, antara bawahan dengan pimpinan, antara bawahan dengan bawahan.

Tujuan dilaksanakannya hubungan kemanusiaan adalah untuk mendapatkan :

1. Menjalin dan mengekalkan hubungan produktif.2. Menjalin hubungan dengan pelbagai pihak.- jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan NGO, pertubuhan-pertubuhan belia, dan komuniti dipersekitaran.3. Menjalin hubungan dengan keluarga kanak-kanak, pekerja, wakil niaga.4. Membina pasukan (team work) motivasi, kumpulan dinamik.5. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan teknik-teknik menyelesaikan masalah.

Apabila didalam organisasi ada kepuasan psikologis pada diri para anggota, ada moral, disiplin dan motivasi yang tinggi, maka organisasi itu akan dapat diurus dengan mudah dan dapat berjalan dengan lancarr menuju sasaran yang ditetapkan.

Dari huraian diatas dapatlah diketahui bahawa hubungan kemanusiaan amat penting di ketahui oleh seseorang individu kerana dengan mengujudkan hubungan kemanusiaan akan dapat membina peribadi yang harmonis, iaitu hubungan yang berdasarkan atas kerukunan, kekeluargaan, hormat-menghormati dan saling menghargai. Hanya dalam suasana yang demikian organisasi dapat diurus dengan baik dan dapat mencapai sasaran.

Page 15: Kualiti pendidikan prasekolah

Disamping itu, dalam hubungan kemanusiaan juga dikemukakan cara-cara yang harus ditempuh oleh setiap individu untuk meningkatkan kepuasan anggota-anggota di dalam sesebuah organisasi. Untuk memberikan kepuasan kepada para anggota organisasi, seseorang individu itu akan dapat menaruh perhatian terhadap pelbagai perkara yang merangkumi taraf sosio-ekonomi dan budaya sesuatu masyarakat.

PEMASARAN DAN PERHUBUNGAN AWAM (MARKETING AND PUBLIC RELATIONS)

Sebagai seorang guru prasekolah yang efektif ianya memerlukan strategi yang baik untuk melakukan proses pemasaran prasekolahnya kepada khalayak umum agar pusat prasekolahnya akan menjadi sebutan dan rebutan penduduk setempat untuk kanak-kanak belajar. Pertama, mereka selalu mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai cukup anggaran atau dana promosi yang tersedia terbatas. Dan kedua, bagaimana agar promosi yang dilakukan boleh dilaksanakan dengan menggunakan kewangan dana yang tersedia terbatas. Kedua perkara ini tidak salah. Namun ada bebarapa langkah penting dalam proses pemasaran yang perlu dilakukan.

1) Tentukan target pemasaran:

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk memasarkan adalah menetapkan target pemasaran anda . Siapa yang menjadi sasaran untuk prasekolah anda. Boleh saja misalnya anda mengarahkan pada beberapa kelompok target pemasaran anda. Namun perlu diingat, setiap pemasaran yang berjaya harus berfokus kepada target yang dituju. Dari sekelompok target pemasaran tersebut, temukan juga orang-orang yang mempunyai hasrat lebih kepada prasekolahk anda. Sebab pada merekalah anda boleh mempromosikan pemasaran anda dengan banyak.

2) Berikan penawaran

Langkah kedua pada proses pemasaran adalah penawaran. Pada target pemasaran tersebut, sampaikan penawaran anda. Bukan sekedar penawaran biasa, tapi penawaran yang menarik dan banyak memberi manafaatnya.

3) Media yang dipakai

Langkah ketiga dalam proses pemasaran adalah penggunaan media yang akan digunakan untuk menyampaikan pesanan anda. Terdapat pelbagai media yang boleh digunakan dalam menyampaikan pemasaran anda antaranya menggunakan:

• Iklan

• Kain rentang

Page 16: Kualiti pendidikan prasekolah

• Face book

• Flyer

• Radio dan telivisyen

• Surat khabar

• Ceramah

• Dan sebagainya.

.

Berdasarkan Rajah di atas bincangkan Strategi Pemasaran untuk mempromosikan prasekolah anda kepada masyarakat setempat

Page 17: Kualiti pendidikan prasekolah

PERHUBUNGAN AWAM

Perhubungan awam ialah satu reputasi yang dijalinkan oleh pengamal perhubungan

awam untuk menunjukkan hubungan yang positif dengan publik dalaman yang terdiri

dari kumpulan atau individu yang mempunyai hubungan dengan organisasi samada

pembekal pengedar; pelanggan; pengguna; kerajaan; media; pelabur mahupun

masyarakat awam (Hamdan, 1988).

Heath (2001) mendefinisikan perhubungan awam sebagai satu sains sosial untuk

menganalisa dan meramal arah aliran; perunding nasihat kepada pihak majikan dan

bertindak melaksanakan program yang terancang dan berterusan untuk kepentingan

organisasi dan khalayak sasaran.

Pengamal perhubungan awam perlu bersaing dengan kemajuan teknologi terbaru

dalam komunikasi. Menurut White (1997), pengamal perhubungan awam hendaklah

sentiasa bekerja di dalam batas teknologi terbuka manakala pembangunan teknologi

dijadikan sebagai pemudah tugas mereka. Pengamal perhubungan awam juga perlu

menggunakan taktik dan alat dalam teknologi baru ini yang telah dipertingkatkan.

Antaranya seperti teknologi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem Pesanan

Multimedia (MMS); Personal Digital Assistant (PDA); Blue tooth; forum melalui internet

seperti blog, membuat bantahan dalam web, forum komuniti internet dan Internet

Phones (I-Phones).

Untuk itu sebagai guru prasekolah yang bertanggungjawab terhadap pusat

prasekolahnya ia dengan sendirinya perlulah dapat:

• Mengekalkan program pembelajaran yang menarik dan terkini yang banyak

menggunakan teknik, strategi dan pendekatan yang bersesuaian dengan

keadaan semasa yang lebih menjurus kepada perkembangan ICT.

• Mengekalkan hubungan yang baik dengan keluarga yang berpotensi

Page 18: Kualiti pendidikan prasekolah

• Membekalkan dan menawarkan program pembelajaran yang berkualiti dan

kondusif kepada kanak-kanak.

• Menyumbangkan kepada kesedaran komuniti tentang perlunya mengetahui

kepentingan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Page 19: Kualiti pendidikan prasekolah

TOPIK 4 : PENGURUSAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN MAKANAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan pengurusan kesihatan, keselamatan dan

makanan yang sangat penting untuk guru prasekolah agar lebih memahami tanggung

jawab sebagai seorang pengurus perkhidmatan pemakanan di prasekolah.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti bagaimana untuk menguruskan kesihatan Kanak-kanak.

2. Mengenalpasti bagaimana menguruskan keselamatan kanak-kanak.

3. Mengenalpasti bahan, peralatan, menu makanan yang bersesuaian

dengan kanak-kanak serta pengurusan untuk melaksanakan perkhidmatan

makanan dengan berkesan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PENGURUSAN KESIHATAN,

KESELAMATAN DANMAKANAN

Pengurusan Kesihatan

Pengurusan Keselamatan

Pengurusan Makanan

Page 20: Kualiti pendidikan prasekolah

PENGURUSAN KESIHATAN

Latihan Kesihatan

Topik ini menceritakan latihan kesihatan, keperluan asas untuk memastikan

penjagaan kesihatan kanak-kanak dan menyediakan satu polisi dan prosedur untuk

mencapai matlamat kesihatan.

ARAHAN : Sekarang mari kita cuba memahami konsep kesihatan berdasarkan

WHO dan Hugh Hawes et.all,1997.

- Mengikut WHO kesihatan didefinisikan sebagai satu keadaan yang

sempurna dari segi fizikal, mental/emosi, rohani dan sosial.

- Kesihatan juga merupakan satu proses dinamik yang sentiasa berubah

serta boleh diperoleh melalui pemupukan ilmu pengetahuan, sikap,

amalan yang seimbang dan berterusan.

- Mengikut Hugh Hawes et.all, kesihatan merupakan keadaan kesejahteraan

fizikal, mental dan sosial bukan hanya sekadar bebas dari penyakit sahaja.

Sekiranya salah satu daripada unsur- unsur yang disebutkan mengalami

gangguan bermakna individu tersebut tidak sihat.

Setelah anda membaca definisi di atas cuba buat refleksi adakah anda

bersetuju dengan definisi tersebut. Jika tidak, sila berikan deifinisi yang lain.

Jika definisi baru dapat dihasilkan, tahniah diucapkan kepada anda.

Sekarang anda dikehendaki membaca artikel di bawah dan cuba

Page 21: Kualiti pendidikan prasekolah

menjawab soalan-soalan yang disediakan.

Gaya hidup cergas berasaskan kehidupan seharian kepada kegiatan fizikal

yang aktif. Gaya hidup cergas berkait dengan nilai kesihatan yang positif dan

sebaliknya gaya hidup tidak aktif pula sentiasa dikaitkan dengan nilai

kesihatan yang negatif dan penyakit serta masalah kesihatan yang lain.

Gaya hidup bergantung kepada faktor usia, minat dan tahap kesihatan.

Kegiatan seperti berjoging, berkhemah, bersukan atau kembara akan dapat

memupuk kesihatan fizikal yang sihat dan cergas. Kesihatan fizikal yang

baik akan dapat menyumbang kearah pembentukan gaya hidup yang baik

kepada sesebuah masyarakat. Individu yang tidak aktif mengundang

pelbagai penyakit yang mengancam kehidupan mereka. Di samping

pemodenan yang tidak terkawal, menyebabkan timbulnya stres dan

pengambilan makanan yang tidak seimbang.

Gaya hidup sihat juga mempunyai hubungan yang kuat dengan kesihatan

sosial. Semasa individu bergerak secara aktif mereka akan bergaul dan

berinteraksi sesama ahli keluarga, rakan atau masyarakat. Gaya hidup

sihat dari segi sosial juga merujuk kepada individu yang terlibat di dalam

aktiviti persatuan, pertubuhan sukarela, badan beruniform dan sebagainya.

Aspek kesihatan mental dan emosi penting di dalam membentuk gaya hidup

sihat. Sekiranya seseorang itu dapat menghadapi situasi bosan dan risau

yang melanda diri, maka orang itu biasanya mempunyai kesihatan mental

dan emosi yang stabil. Sekiranya mengalami tekanan, kelesuan dan

keletihan, individu yang mempunyai kesihatan mental emosi yang sihat

berupaya menghadapi dan menguruskannya dengan berkesan. Pelbagai

cara boleh dilakukan untuk mengatasi tekanan, kelesuan dan kepenatan.

Antaranya adalah dengan tidur yang cukup, beriadah atau melakukan

aktiviti permainan ringan seperti catur.

Kesihatan yang sihat dari segi rohani meliputi perkara-perkara mengenai

hubungan individu dengan agama. Sekiranya individu mempunyai

kepercayaan agama dan mengamalkannya di dalam kehidupan dengan

Page 22: Kualiti pendidikan prasekolah

penuh bertanggungjawab, maka individu itu sihat dari segi rohani. Individu

yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan bertambah yakin

di dalam menjalani hidupnya. Bergaul dengan rakan-rakan secara sihat

dan mengelakkan daripada perbuatan mungkar yang merosakkan.

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan

oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti

kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan

keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah

kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak.

Dalam teori Keperluan Maslow, beliau menggariskan bahawa salah satu

keperluan manusia ialah keperluan keselamatan. Tanpa keselamatan yang

terjamin, pendidikan tidak dijalankan secara berkesan kerana dihantui oleh

kebimbangan dan takut yang tidak menentu.

Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada

individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman,

kedamaian, perlindungan, bebas dari resah, bebas dari ketakutan di mana

semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan

menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

Setelah anda membaca artikel yang disediakan ini cuba renung sejenak …..

Bagaimana gaya hidup anda sekarang ?

Adakah anda mengamalkan gaya hidup yang sihat ?

Kalau ya . Bagus .

Teruskan dengan menjawab soalan berikut :

1. Apakah yang anda faham mengenai kesihatan?

2. Pada pandangan anda apakah faktor yang membantu pembentukan gaya

Hidup yang sihat?

3. Apakah kepentingan penjagaan kesihatan bagi anda?

Page 23: Kualiti pendidikan prasekolah

Tahniah! Anda telah dapat menyelesaikan unit ini dengan jayanya.

Selamat sejahtera. Jumpa lagi kita dalam unit keperluan asas untuk memastikan

penjagaan kesihatan kanak-kanak

Berhenti dan refleksi.

Reflek tentang pengajaran anda terhadap penjagaan kuku, rambut, badan, tangan, kaki

dan pakaian di dalam kelas.

Punca, gejala dan pencegahan penyakit-penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak .

Cuba anda dapatkan gambar dan penerangan mengenai 4 jenis penyakit kulit daripada

laman web.

Jika anda telah dapat mencari bahan-bahan di atas, tahniah seterusnya sila jawab soalan-

soalan berikut :

1. Antara jenis penyakit yang anda telah perolehi,penyakit kulit manakah yang sering

menyerang kanak-kanak.

2. Bagaimana penyakit ini boleh menyerang kanak-kanak dan cara mengatasinya.

3. Benarkah penyakit kulit ini berlaku disebabkan kekurangan zat makanan dan kurang

penjagaan kesihatan diri.

Cara cuci tangan yang betul (dipetik dari CDC Atlanta)

Page 24: Kualiti pendidikan prasekolah

POLISI DAN PROSEDUR MENCAPAI MATLAMAT KESIHATAN

Lebih kurang 26,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal dunia

setiap hari, dan tarikh sasaran untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium

(MDG) 4 – yang bertujuan untuk menurunkan kadar kematian kanak-kanak

sebanyak dua pertiga di antara tahun 1990 dan 2015– semakin hampir, ketika ini

beberapa persoalan kritikal muncul: bagaimana momentum terhadap perjuangan

para ibu, bayi dan kanak-kanak boleh dikembalikan semula dan kemajuan dapat

dipercepatkan dalam masa empat tahun yang akan datang?

Menurut Wakil UNICEF Malaysia, En. Youssouf Oomar, kadar kematian kanak-

kanak secara umumnya telah dikenalpasti sebagai petunjuk terbaik bagi

kesejahteraan populasi kanak-kanak dan juga merupakan penilaian bagi

perkembangan keseluruhan sesebuah negara tersebut.

“Isu ini bertindak sebagai barometer yang sensitif bagi perkembangan dan

kesejahteraan sesebuah negara tersebut serta menunjukkan bukti tentang

keutamaan dan juga nilai-nilai sesebuah negara tersebut. Pelaburan kesihatan

kanak-kanak dan ibu adalah merupakan kepentingan hak kemanusiaan dan ia

marupakan salah satu cara bagi sesebuah negara itu memastikan arah tujuannya

untuk mencapai masa hadapan yang lebih baik”, kata En. Oomar.

Di Malaysia, kesihatan ibu dan anak-anak telah mengalami perkembangan yang

dramatik semenjak era selepas kemerdekaan, dengan peringkat yang telah

dikecapi pada hari ini adalah lebih kurang bersamaan dengan negara-negara yang

lebih maju:

• Kadar kematian di bawah umur lima tahun (U5MR) telah menurun dari 57

peratus bagi 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1970 dan 22 pada tahun

1990 kepada 12 pada tahun 2006.¹

• Kadar kematian bayi (IMR) telah menurun dari 41 bagi 1,000 kelahiran hidup

pada tahun 1970 dan 16 pada tahun 1990 kepada 10 pada tahun 2006.¹

Page 25: Kualiti pendidikan prasekolah

• Nisbah kematian ibu (MMR) telah menurun sebanyak separuh di antara

tahun 1957 dan 1970 apabila ia telah menurun daripada 280 kepada 141

bagi setiap 100,000 kelahiran hidup. Menjelang tahun 1990an, MMR telah

menurun dan sehingga kini ia kekal lebih kurang 33 bagi 100,000 kelahiran

hidup (lebih kurang 160 kematian ibu dilaporkan setiap tahun)²

Pengalaman Malaysia yang mengagumkan di dalam menurunkan kadar kematian

kanak-kanak dan ibu adalah merupakan hasil daripada gabungan pelbagai polisi,

strategi dan program yang telah menangani isu akses kepada perkhidmatan-

perkhidmatan melalui dimensi sosio-ekonomi, budaya, pendidikan, gender dan

kemiskinan.

Namun begitu, walaupun ianya telah mencapai tahap yang paling rendah, tren

terkini yang semakin serata masih menunjukkan perbezaan di antara kawasan

bandar dan pedalaman adalah semakin ketara. Punca utama kematian di Malaysia

pada hari ini bagi kanak-kanak di bawah umur satu tahun adalah kondisi keadaan*,

manakala septicaemia* (keracunan darah) dan pneumonia adalah merupakan

punca utama kematian kanak-kanak yang berumur di antara 1-5 tahun.

Bagi kadar kematian para ibu pula, petunjuk proksi telah menunjukkan paras yang

lebih tinggi di negeri Sabah, dan begitu juga di kalangan penduduk Orang Asli di

Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, negara ini pada masa kini berada

di peringkat transisi epidemiologikal di mana penyakit yang tidak berjangkit dan

penyakit-penyakit kelamin seperti HIV semakin meningkat, terutama sekali di

kalangan wanita.

Berdasarkan pengajaran yang didapati daripada beberapa dekad yang lepas,

laporan UNICEF ini telah menunjukkan bagaimana pakar-pakar kesihatan ibu, bayi

dan kanak-kanak semakin bergerak ke arah satu set prinsip yang strategik untuk

kesihatan dan perjuangan kanak-kanak. Prinsip-prinsip ini akan menjadi pemangkin

yang diperlukan untuk mencapai MDG yang berkaitan dengan kesihatan,

termasuklah:

Page 26: Kualiti pendidikan prasekolah

• Mengenalpasti keperluan untuk perkongsian di dalam masyarakat bagi

menyokong keluarga di dalam memperbaiki amalan penjagaan mereka

terhadap kanak-kanak, terutama sekali di dalam negara-negara yang

mempunyai sistem kesihatan yang agak lemah.

• Memberikan penjagaan yang berterusan kepada para ibu, bayi yang baru

dilahirkan dan kanak-kanak dengan memasukkan intervensi-intervensi di

punca utama di dalam kitaran kehidupan mereka.

• Mengukuhkan sistem-sistem kesihatan dengan memberikan sokongan yang

kuat kepada negara-negara yang sedang membangun di dalam

perancangan kebangsaan, rangka kerja polisi dan bajet untuk MDG yang

berkaitan dengan kesihatan.

• Meningkatkan cara bekerja di peringkat negara dan antarabangsa dengan

fokus yang kukuh kepada penyelarasan, keharmonian dan hasil.

“Peruntukan penjagaan kesihatan mestilah direka agar ianya bersesuaian dengan

had sumber manusia dan juga kewangan, konteks sosio-ekonomi, kapasiti yang

sedia ada di dalam sistem kesihatan sesebuah negara tersebut dan, akhir sekali,

kedesakan untuk mencapai hasil-hasil yang ingin didapati,” tambah En. Oomar.

“Dengan memeriksa strategi-strategi ini, ia boleh memberikan kita perspektif yang

penting terhadap situasi terkini dan membantu memberi panduan kepada kita cara

untuk maju ke hadapan di dalam memajukan perjuangan kanank-kanak.”

Laporan UNICEF telah menerangkan impak tindakan yang mudah, serta kos

efektif, seperti penyususan susu badan sepenuhnya, imunisasi, kelambu yang telah

dirawat dengan racun serangga dan Vitamin A, kesemuanya telah membantu

menurunkan kadar kematian kanak-kanak beberapa tahun yang lepas. Analisis

laporan ini juga telah menunjukkan bahawa lebih banyak yang perlu dilakukan

untuk meningkatkan akses kepada rawatan dan kaedah-kaedah pencegahan, agar

kesan yang dibawa oleh pneumonia, diarrhea, malaria, malnutrisi yang teruk dan

HIV boleh ditangani dengan lebih baik.

“Cabaran kita adalah untuk memastikan kanak-kanak mendapat akses kepada

Page 27: Kualiti pendidikan prasekolah

penjagaan kesihatan yang berterusan, yang disokong oleh sistem kesihatan

kebangsaan yang kuat yang juga melibatkan masyarakat tempatan,” En. Oomar

memberi penekanan.

Maklumat terbaru di dalam laporan Keadaan kanak-kanak sedunia 2008 ini telah

diambil melalui data kaji selidik data dari rumah ke rumah, beserta bahan dari

rakan-rakan utama, termasuklah Badan Kesihatan Sedunia dan Bank Dunia.

Pengurusan Keselamatan

Sinopsis

Topik ini membincangkan latihan kursus keselamatan, keperluan asas

keselamatan kanak-kanak dan latihan pertolongan cemas.

Pada akhir modul pelajar dapat ;

i. menyatakan jenis dan punca kemalangan di kalangan

kanak-kanak.

ii. menggunakan prinsip-prinsip dan prosedur pencegahan

kemalangan daripada berlaku.

iii. melakukan CPR semasa kecemasan.

Panduan Mengguna Modul:

Modul ini ialah pembelajaran arah kendiri. Sila baca dan fahami input

yang terdapat di bahagian ini dan cuba jawap soalan praujian untuk

menguji pengetahuan sedia ada anda. Selepas tamat modul ini anda

sepatutnya dapat pengetahuan baru tentang keselamatan dan

pencegahan kemalangan di kalangan kanak-kanak.

Page 28: Kualiti pendidikan prasekolah

Praujian

1. Senaraikan faktor-faktor yang perlu diambil ketika anda

menyusun atur pusat pembelajaran serta bahan-bahan yang

diperlukan di TABIKA anda.

2. Sila nyatakan prosedur dalam pencegahan kemalangan.

3. Tahukah anda bagaimana CPR dilakukan?

Pengenalan

Pengetahuan pelajar mengenai keselamatan prasekolah adalah amat

penting untuk memastikan keselamatan kanak-kanak dan alam

persekitaran mereka. Pelajar juga dapat mengambil tindakan

pencegahan kemalangan daripada menimpa kanak-kanak.

Definisi

Dalam konteks prasekolah, definisi keselamatan hanya dapat

diterangkan dari segi konsepnya. Konsep keselamatan merujuk

kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau

kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan,

kecedaraan atau kematian. Tanpa amalan keselamatan kanak-kanak

akan merasa takut, bimbang dan mudah terdedah kepada sesuatu

yang memudaratkannya secara sedar atau tidak. Tanpa keselamatan

yang terjamin, pendidikan tidak dapat dijalankan secara berkesan

kerana kanak-kanak dihantui oleh kebimbangan dan ketakutan yang

tidak menentu. Maslow ada menerangkan dalam teori hierakinya

mengenai keselamatan yang perlu dititik beratkan.

Kandungan

Modul ini menekankan keperluan keselamatan yang perlu diamalkan

Page 29: Kualiti pendidikan prasekolah

supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan berkesan.

Dimensi keselamatan kanak-kanak di Prasekolah merangkumi

sifat psikologikal dan sifat fizikal. Keselamataan psikologi merujuk

kepada tanggapan atau persepsi kanak-kanak tentang persekitaran

mereka. Keselamatan fizikal merujuk kepada bangunan, peralatan,

bahan permainan, perabot yang boleh diperoleh di sekolah, di

padang permainan, di rumah dan persekitaran kanak-kanak.

Pelajar perlu mengetahui cara bagaimana mengurus objek,

tempat dan situasi yang membahayakan kanak-kanak. Prinsip

keselamatan harus diambil kira seperti berikut:

i. Bahan Permainan besar dan berbucu bulat.

ii. Soket elektrik tidak dapat dijangkau oleh kanak-kanak.

iii. Pastikan lantai kelas tidak licin.

iv. Ruang dapur adalah tempat larangan dan bukan laluan

bagi kanak-kanak.

v. Di ruang luar kelas, longkang perlu bertutup, alat

permainan perlu dipastikan keselamatannya.

vi. Kawasan perlu berpagar.

vii. Latihan kecemasan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2

kali setahun. Contohnya latihan kebakaran yang mana

prosedur-prosedur tertentu perlu diikuti :

a ) Pastikan satu kawasan lapang yang agak

jauh di luar bangunan untuk kanak-kanak

berkumpul.

b) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut.

c) Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan

Page 30: Kualiti pendidikan prasekolah

bergerak secara tenang jika berlaku

kecemasan.

Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas merupakan rawatan awal untuk mereka yang

cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan

oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa

yang malang apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.

Khidmat diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan

perbezaan yang ketara antara hidup dan mati atau pun antara

penyembuhan keseluruhan anggota atau sebahagian daripadanya.

Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana

bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik atau pun doktor,

namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat

diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas perlu diketahui dan diamalkan oleh

pelajar sewaktu menghadapi saat-saat kecemasan:

i. Menyelamatkan nyawa mangsa

ii. Mengelakkan komplikasi atau keadaan

iii. Jangan panik dan perlu bertenang.

iv. Fikir;

Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut

tertibnya dengan logik.

v. Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan

bantuan secepat mungkin.

vi. Jika kita mengesyaki ada bahagian anggota yang patah,

jangan gerakkan mangsa tersebut.

Bantuan Awal Pernafasan (Cardio-Pulmonary Resuscitation)

Prosedur Bantuan Awal Pernafasan atau Cardio-Pulmonary

Page 31: Kualiti pendidikan prasekolah

Resuscitation ( CPR )

Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu

kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah

tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan

penekanan dada di bahagian luar. Dengan bantuan awal pernafasan

memastikan, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti

jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika

CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan

menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

Prosedur dan kaedah CPR:

Tentukan kesedaran mangsa: Goncangkan bahu mangsa perlahan-

lahan dan tanya, ’Adakah anda O.K?’ Sementara itu dapatkan rakan

untuk hubungi bantuan (hubungi 999).

CPR Peringkat Awal

• Saluran udara

o Baringkan mangsa

o Buka saluran udaranya (dongakkan kepala mangsa)

o Tolak dagunya ke atas dengan menggunakan satu

tangan dan tolak dahi mangsa ke bawah dengan

menggunakan tangan yang satu lagi.

• Pernafasan

o Pastikan sama ada mangsa masih bernafas atau tidak;

Lihat pergerakan dada mangsa

Dengar bunyi pernafasan

Page 32: Kualiti pendidikan prasekolah

Rapatkan pipi anda ke hidung mangsa untuk mengesan sama ada mangsa masih bernafas atau sebaliknya.

o Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti

kecederaan berlaku;

Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan;

mangsa dibaringkan secara mengiring. Letakan

tangan dan kaki mangsa ke hadapan untuk

menstabilkannya.

o Jika mangsa tidak bernafas, pastikan mangsa dalam

keadaan terlentang;

Pastikan ruang pernafasan (mulut dan hidung)

tidak mengandungi benda asing. Benda asing

perlu dikeluarkan terlebih dulu sebelum CPR;

Picit hidung mangsa sehingga tertutup

sepenuhnya;

Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa;

Berikan dua hembusan (1 hingga 2 saat bagi

setiap hembusan) ;

Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut ;

Lihat kenaikan dan penurunan dada untuk

memastikan pernafasan berlaku;

o Tentukan denyutan nadi :

Letakkan satu atau dua jari pada saluran nadi

Page 33: Kualiti pendidikan prasekolah

contoh di leher belakang telinga atau

pergelangan tangan mangsa.

Rasai nadi untuk 5 -10 saat.

o Jika terdapat denyutan nadi mangsa;

Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut)

sahaja;

Berikan lebih kurang 12 hembusan dalam seminit

(satu hembusan dalam setiap 5 saat).

o Jika tiada denyutan nadi mangsa;

Mulakan dengan pernafasan (seperti di atas) dan

diselang seli dengan pekenanan dada.

Untuk penekanan dada kedua-dua belah tangan

perlu berada di bahagian ketiga di bawah

sternum (tulang tengah dada).

Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan

(lurus dengan mengunci pergerakan siku) dan

berat badan ditujukan tegak ke bawah dengan

mengira secara ritma satu, dua, tiga.

Tekan sternum sebanyak 1 sehingga 2 inci pada

kadar 80 hingga 100 tekanan dalam seminit.

Proses di atas diulangi 4 kali kitaran dan

diperiksa denyutan nadi dan pernafasan.

* Untuk satu kitar CPR; setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan

Page 34: Kualiti pendidikan prasekolah

(bantuan pernafasan).

Jika tiada denyutan nadi; teruskan CPR, bermula dengan tekanan

dada. Jika ada denyutan nadi tanpa pernafasan; berikan satu

pernafasan setiap 5 saat.

’PASTIKAN RESUSITASI TIDAK DILAKUKAN KE ATAS KANAK-

KANAK YANG TERCEKIK’

Pengurusan Makanan

Topik ini membincangkan latihan kursus dalam bidang pemakanan, memenuhi

keperluan pemakanan kanak-kanak dan program pemakanan berkaitan latar budaya

keluarga.

PENGENALAN

Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi membentuk

konsep dan tingkah laku pemakanan yang sihat (Lee dan rakan-rakan dalam

Swadener, 1994). Oleh itu amalan pengurusan perkhidmatan makanan untuk kanak-

kanak prasekolah sangat penting kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan

langsung ke atas pertumbuhan, perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada

masa depan.

Perancangan perkhidmatan makanan

Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang

kerana makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Oleh

Page 35: Kualiti pendidikan prasekolah

yang demikian, ibu bapa juga perlu terlibat secara langsung dalam program pemakanan

di prasekolah.

Objektif Program Amalan Pemakanan Berkhasiat kanak-kanak adalah

mempromosi hidup gaya sihat untuk kanak-kanak prasekolah. Di samping memenuhi

keperluan sosial, menjadi tanggung jawab pihak pengurusan prasekolah untuk

memastikan perancangan perkhidmatan makanan dilaksanakan dengan kesedaran

dan komitmen yang tinggi baik dalam pemesanan kelengkapan pembelian makanan

mahu pun yang dipertanggungjawabkan untuk memasak di dapur dan menyediakan

kemudahan.

Di era moden ini kanak-kanak harus didedahkan dengan kelengkapan dan

penyediaan makanan pelbagai cita rasa seperti makanan bercorak tradisional,

kontinental, barat serta makanan ringan yang berkhasiat. Kepekaan ibu bapa perlu

dalam aspek penyediaan makanan di prasekolah.

Sebagai guru yang mengurus prasekolah anda perlu mempunyai

pengetahuan dalam aspek pemakanan. Terdapat 5 komponen utama yang perlu

dikenal pasti dan dikuasai :

1. Pengetahuan diet

2. Pengetahuan berkenaan vegetarian

3. Pengetahuan keperluan air

4. Pengetahuan keperluan susu

5. Pengetahuan berkenaan keracunan makanan

Seterusnya, anda serta kakitangan yang terlibat dalam mengurus dan

Page 36: Kualiti pendidikan prasekolah

merancang makanan seharusnya arif tentang membuat penilaian bagi kanak-kanak

sihat. Antara beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan dalam perancangan

perkhidmatan makanan adalah :

• Merancang menu yang seimbang yang memiliki nutrien yang baik.

• Membeli makanan.

• Membuat penyeliaan pada makanan yang ditempah dan masukkannya dalam

inventori.

• Mengawasi keperluan dapur.

• Mengekalkan kepuasan yang tinggi iaitu pengurusan, penyediaan makanan

dan tempat membuang sampah.

• Mengawal perbelanjaan dan membuat laporan kepada pengurusan.

• Menghargai keperluan dan perbezaan budaya dalam pemakanan setiap

kanak-kanak.

• Mengetahui keperluan dan cara komunikasi yang sesuai berkenaan

pemakanan kanak-kanak.

• Menyediakan pemeriksaan kesihatan bagi pengendali makanan.

• Menyimpan rekod pemakanan kanak-kanak.

• Menyediakan rekod dan kapasiti pemakanan.

• Membina kerjasama dan persefahaman antara guru, ibu bapa dan pihak

pengurusan.

Page 37: Kualiti pendidikan prasekolah

TAJUK 5 : PENGURUSAN PELAKSANAAN PROGRAM PRASEKOLAH

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan pelaksanaan program pendidikan yang

sangat penting untuk guru prasekolah agar lebih memahami tanggung jawab sebagai

seorang pengurus perkhidmatan pendidikan prasekolah.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti bagaimana untuk melaksanakan program pendidikan prasekolah.

2. Memahami penglibatan keluarga dan menghargai pelbagai gaya parenting.

3. Mengenalpasti program penilaian yang digunakan untuk mencapai objektif.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Page 38: Kualiti pendidikan prasekolah

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN

Topik ini membincangkan pelaksanaan program pendidikan dari perspektif yang luas,

kemahiran memilih dan melaksanakan pelbagai model kurikulum, memberi sokongan

kepada sesuatu program. Strategi penilaian yang sesuai dan program inklusif untuk

murid berkeperluan khas dan peka dengan isu berkaitan.

Terdapat banyak model-model prasekolah yang boleh dipertimbangkan untuk

pendidikan awal kanak-kanak. Model-model pengajaran dan pembelajaran adalah

merujuk kepada komponen-komponen yang terdapat di dalam kurikulum pendidikan

awal kanak-kanak. Ia mengandungi objektif model , peranan guru, dalam setiap model ,

perancangan aktiviti dalam model , perancangan ruang pembelajaran dan pengajaran,

peralatan, bahan dan lain-lain lagi yang terlibat dalam setiap model. Terdapat lima

model pendidikan awal kanak-kanak yang akan dibincangkan dalam modul ini iaitu:

PENGURUSAN PELAKSANAAN

PROGRAM PRASEKOLAH

Pelaksanaan program pendidikan

Sokongan keluarga

Program Penilaian

Page 39: Kualiti pendidikan prasekolah

1. Model Kurikulum Berorientasikan Kognitif (Cognitive Oriented Curriculum)

2. Model Pengajaran Terus (Direct Instruction)

3. Model Bank Street

4. Model Montessori

5. Model Konstruktivis

MODEL KURIKULUM BERORIENTASIKAN KOGNITIF (COGNITIVE ORIENTED

CURRICULUM)

Model ini diasaskan oleh David Weikart (1979) dan rakan-rakannya di High Scope

Institute, Ypsilanti, Michigan. Model ini pada asalnya dikenali sebagai Perry Preschool.

Ia berasaskan teori perkembangan Piaget yang menekankan perkembangan kognitif

kanak-kanak dari segi cara kanak-kanak mengatur dan menginterpretasikan hubungan

antara objek-objek dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran mereka.

Susun atur bilik darjah yang menggunakan model Cognitively Oriented Curriculum ini

biasanya mempunyai kawasan terbuka sebagai pusat untuk perjumpaan-perjumpaan

kumpulan dan permainan dan ada kawasan kerja (sudut kerja-sudut seni, sudut

bongkah, sudut senyap dan lain-lain. Ia mempunyai rutin harian. Unsur-unsur rutin

harian adalah seperti jadual 1 dan 2.

1. Apakah model yang anda gunakan semasa mengajar kanak-kanak diprasekolah?

2. Adakah anda puas hati dengan model yang anda gunakan?

Page 40: Kualiti pendidikan prasekolah

Kurikulum Berorientasi Kognitif mempunyai lapan konsep seperti berikut:

• Pembelajaran aktif

Pembelajaran yang aktif adalah berdasarkan inisiatif kanak-kanak itu sendiri . Ini

melibatkan seluruh deria kanak-kanak,manipulasi,kombinasi material,hubungan antara

mereka dan aktiviti pilihan sendiri serta menggunakan peralatan dan perkakasan.

• Penggunaan bahasa

Penggunaan bahasa adalah galakan kepada kanak-kanak supaya bercakap antara

satu sama lain berkenaan pengalaman yang bermakna ,menyatakan perasaan dan

bermain dengan bahasa

• Keterlibatan pengalaman dan idea

Keterlibatan pengalaman dan idea adalah mengenali objek-objek melalui deria

aksi,bunyi ,main peranan , melukis dan mewarna

• Klasifikasi

Klasfikasi adalah memahami persamaan dan perbezaan antara objek –objek.

Kanak-kanak membuat penyiasatan dan menerangkan sifat benda-benda

tersebut,padanan, bercakap berkenaan benda yang yang melibatkan semua atau

separuh.

• Seriasi

Seriasi adalah kebolehan menyusun objek –objek mengikut demensi dan dapat

membuat perbandingan.

• Konsep nombor

Konsep nombor adalah asas metematik untuk memahami dan dan membina

pengalaman yang konkrit supaya boleh membeza nombor ,mengira dan padanan

satu dengan satu

Page 41: Kualiti pendidikan prasekolah

• Hubungan ruang

Hubungan ruang adalah mengumpulkan dan mengasingkan ,menyususn semula,

membentuk semula objek.menerangkan objek berlainan perspektif,kedudukan

objek dan persekitaran dan membincangkan peristiwa masa depan

• . masa

Masa adalah konsep yang melibatkan yang memahami unit masa mengikut

peristiwa . Pengalaman mengajar kanak-kanak memahami bila nak mula dan bila

hendak berhenti ,kelajuan,gangguan, dan perubahan musim,membincangkan masa

akan datang ,masa yang lepas dan susunan peristiwa.

MODEL PENGAJARAN TERUS (DIRECT INSTRUCTION MODEL)

Model ini berorientasikan akademik. Diasaskan oleh Carl Bereither dan Siegfried

Engelman (1966). Dalam model ini programnya diasaskan kepada idea bahawa

kesediaan pembelajaran dalam diri kanak-kanak adalah satu amalan yang tidak sesuai

dengan pendidikan kanak-kanak terutamanya di kalangan kanak-kanak yang kurang

beruntung.

Program ini menekankan pengajaran kanak-kanak dalam tiga bidang, iaitu ;

• Bacaan

• Bahasa

• Aritmetik

Page 42: Kualiti pendidikan prasekolah

dan matlamatnya ialah untuk menyediakan pengajaran untuk kanak-kanak kemahiran

yang sangat khusus. Dalam bacaan, kanak-kanak perlu melihat simbol yang ditulis

(huruf-huruf) dan kemudian dengan cepat menyebut bunyi-bunyi tersebut dalam satu

siri huruf-huruf dari kiri ke kanan, matlamatnya ialah menyusun huruf-huruf untuk

dijadikan perkataan-perkataan. Dalam bahasa, kanak-kanak akan menjawab soalan-

soalan “ini apa dia?” berhubung dengan gambar-gambar objek-objek dan simbol-

simbol.

Dalam aritmetik kanak-kanak diajar mengira ke hadapan dan ke belakang dan

mengira dalam kumpulan. Mereka di ajar mengenai fungsi simbol-simbol seperti

operasi tambah,tolak, dan menjawab soalan-soalan mengenai nombor-nombor dan

dinyatakan menggunakan simbol. Kanak-kanak diajar menggunakan perkataan-

perkataan yang berlawanan dan konsep-konsep yang berkaitan seperti “jika”, istilah

“tidak” dan “atau” dalam membuat pernyataan yang dedaktif. Contohnya, apa jadi jika

hujan tidak turun.

Kanak-kanak dibahagikan ke dalam kumpulan untuk pengajaran. Saiz kumpulan

adalah pelbagai daripada 3 ke 8 orang dan dibahagikan mengikut kebolehan. Dalam

satu bilik darjah di sekolah rendah yang mempunyai kanak-kanak seramai 25 orang

,secara idealnya, perlu ada seorang guru dan 2 orang pembantu untuk

mengendalikan program tersebut . Kanak-kanak menghadiri 3 kelas yang setiap

satunya mengambil masa 20 minit bagi setiap mata pelajaran. Semasa sesi

pengajaran kanak-kanak duduk dalam separa bulatan di sekeling guru yang

mengikut arahan khusus yang disediakan dalam buku catatan.Ciri-ciri program yang

tersebut adalah seperti berikut:

• Pembelajaran yang pantas dan serentak

• Penekanan yang kuat ke atas tindak tanduk balas verbal secara menyeluruh

daripada kanak-kanak biasanya serentak

• Perancangan unit pengajaran pengajaran yang teliti dengan maklum balas

yang berterusan

Page 43: Kualiti pendidikan prasekolah

• Bekerja kuat ketika sesi pembelajaran adalah diperlukan dengan hanya sedikit

toleransi bagi tingkah laku yang lain.

Pengamal model ini hendaklah menjadikan kanak-kanak memberi tindak balas yang

betul terhadap kehadiran rangsangan yang betul. Dengan itu akan berlaku peneguhan

positif. Soalan disusun dengan berhati-hati untuk membantu tindak balas yang betul.

Tindak balas yang betul akan diberi peneguhan seperti pujian dan hadiah. Tindak balas

yang salah tidak diterima dan penyoalan akan diteruskan sehingga jawapan yang betul

akan diperolehi. Kanak-kanak akan diberi ganjaran kerana memberi perhatian dan

bertindak balas. Contohnya tepukan, hadiah, pujian diberi apabila kanak-kanak berjaya

menjawab soalan. Dalam Modul Pengajaran Terus bahan-bahan permainan hanya

sedikit dan adalah perlu untuk meminimumkan gangguan persekitaran.

MODEL BANK STREET

Model Bank Street dibina untuk Head Start dan Follow Through yang

diimplimentasikan oleh Elizabeth Gilkenson dan rakan-rakan. Berikut adalah

penerangan model Bank Street

• Fokus model ini adalah terhadap membina keyakinan, daya cipta, daya tindak

balas dan hasil yang ditunjukkan. Daripada matlamat-matlamat umum ini,

banyak objektif-objektif khusus disediakan. Pendekatan ini menggambarkan

falsafah yang telah dibina lebih dari setengah abad yang lalu di Kolej Ilmu

Pendidikan Bank Street di Bandar New York.

• Pendekatan ini dikenali juga sebagai “interaksi perkembangan”. Perkembangan

merujuk kepada kurikulum yang mempunyai ciri-ciri tersendiri berhubung dengan

tahap perkembangan kanak-kanak. Interaksi merujuk kepada kanak-kanak

belajar dengan lebih baik melalui interaksi dengan rakan-rakan sebaya dan

orang dewasa dalam persekitaran yang dirancang supaya kaya dengan

penglibatan dan pelbagai.

Page 44: Kualiti pendidikan prasekolah

• Pendekatan ini memerlukan guru untuk menilai perkembangan kanak-kanak

secara berterusan dan menyediakan pilihan-pilihan aktiviti sejajar dengan

penilaian. Kurikulum memerlukan guru supaya membuat keputusan berkenaan

pengalaman-pengalaman individu yang diperlukan oleh kanak-kanak yang perlu.

Sistem penilaian yang terperinci telah dibina untuk tujuan ini.

• Model Bank Street perlukan persekitaran pembelajaran yang membolehkan

kanak-kanak memilih aktiviti-aktiviti dari pelbagai aktiviti, termasuk pengalaman

deria dan motor yang banyak. Bahan-bahan seperti blok-blok permainan, baju

anak-anak patung, barang-barang mainan pasir, binatang-binatang peliharaan,

buku, permainan dan alat-alat mengira disediakan. Bahan-bahan yang dibuat

oleh guru dan kanak-kanak menjadi bahan dan alat tambahan untuk memenuhi

keperluan.

Semua bidang kurikulum diintegrasikan melalui pembinaan tema atau unit-unit

contohnya, biji, membina rumah, pembantu komuniti. Kriteria yang digunakan

oleh guru-guru . Ciri-ciri Bank Street adalah seperti berikut:

• Sesuatu aktiviti yang diminati oleh kanak-kanak.

• Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai

• peralatan membantu untuk membina aktiviti dan perbincangan.

• Aktiviti bersesuaian dengan kanak-kanak dan boleh difahami oleh mereka.

• membantu dalam perkembangan pembelajaran konsep kanak-kanak

• Ia bersesuaian dengan umur kanak-kanak.

• Ia ada potensi untuk pembelajaran kendiri kanak-kanak.

Apabila tema telah dipilih guru akan membuat keputusan apakah konsep yang boleh

dibina menggunakan tema tersebut. Sesuatu aktiviti itu perlu secara tidak langsung

boleh membawa kepada beberapa jenis hasil pembelajaran yang terlibat. Misalnya

Page 45: Kualiti pendidikan prasekolah

projek kumpulan membuat jem nanas akan melibatkan pengiraan, mengukur,

menimbang, memerhati, membaca dan menulis dalam berbagai-bagai kumpulan kecil

yang terlibat.

Motivasi diberikan melalui kegembiraan yang lahir dari aktiviti itu sendiri. Ganjaran

ekstrinsik tidak digunakan secara sistematik untuk mempengaruhi pembelajaran,

pemilihan aktiviti atau tingkah laku kanak-kanak. Guru mendapat kerjasama dari kanak-

kanak dengan cara mengambil berat, memberi perhatian dan sokongan yang tekal

kepada kanak-kanak. Hubungan guru murid adalah merupakan kunci pelaksanaan

program ini.

• Jadual harian distrukturkan dengan teliti supaya wujud satu siri penglibatan

seimbang. Walau bagaimanapun, ia mempunyai darjah keluwesan yang tinggi

guru mungkin akan mengambil jadual untuk mengambil kesempatan dari

peluang-peluang yang tidak diduga. Kanak-kanak biasanya bekerja secara

sendiri atau dalam kumpulan kecil orang dewasa ada boleh ada membantu atau

tidak perlu ada.

• Banyak aktiviti berjalan secara serentak (simultaneous ). Perjumpaan-

perjumpaan untuk seluruh kumpulan diadakan sekiranya ada aktiviti yang

memerlukan setiap aktiviti mengambil bahagian. Aktiviti membaca dan menulis

adalah antara aktiviti yang menggembirakan kanak-kanak dalam bilik darjah.

Kanak-kanak menulis buku mereka sendiri dan mereka membaca buku yang

ditulis oleh kanak-kanak lain.

• Guru membaca untuk murid-murid mereka setiap hari. Contoh pengajaran

membaca secara individu menyediakan banyak buku-buku bergambar dan

bahan bacaan yang mudah. Kanak-kanak mengumpulkan perkataan dari bacaan

menggunakan cerita-cerita, label, cerita, permainan.

MODEL MONTESSORI

Page 46: Kualiti pendidikan prasekolah

Maria Montessori telah membina secara beransur-ansur membuka kelas untuk kanak-

kanak di Amerika dan akhirnya program ini telah berkembang. Model Montessori

adalah berasaskan kepada idea-idea yang memberikan perhatian yang mendalam

mengenai bagaimana kanak-kanak membesar. Ada yang berpegang secara rigid

kepada teknik asal sementara yang lain pula telah membuat pengubahsuaian

pendekatan untuk diadaptasikan dalam konteks sosial semasa. Adalah menarik untuk

diberikan perhatian bahawa Model Montessori mencipta programnya untuk memenuhi

keperluan untuk menyediakan kanak-kanak dan untuk membantu mereka mempelajari

kemahiran hidup yang penting. Model Montessori hari ini kebanyakan dihadiri oleh

kanak-kanak dari keluarga mewah.

Persekitaran Kelas Montessori

Dalam bilik darjah Model Montessori kita boleh melihat susun atur wujud. Bahan-bahan

dan alat yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak disusun dengan teratur dan jelas

di atas rak-rak yang mudah dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat sudut-sudut yang

berbeza, setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri untuk menggalakkan sesuatu

kemahiran tugasan itu dikuasai dalam sudut tersebut. Berikut adalah sudut-sudut yang

dicadangkan :

• Sudut Matematik

• Sudut Bahasa

• Sudut Sains

• Sudut Kreatif

• Sudut Bacaan

• Sudut Komputer

Nama Montessori tidak asing dalam program pendidikan awal kanak-kanak.

1. Apakah keistimewaan Program Model Montessori?

2. Apakah perbezaan antara Model Montessori dengan Model Bank Street?

Page 47: Kualiti pendidikan prasekolah

• Sudut Melukis

• Sudut Pondok-pondok

• Sudut Zoo

• Sudut Berkebun

Persekitaran juga disusun atur untuk menyuburkan daya estetika kanak-kanak. Bunga-

bunga, tumbuh-tumbuhan, alat-alat perabot dan susunan yang teratur disepadukan

dengan falsafah Montessori.

Kanak-kanak

Kita dapati kanak-kanak dari kumpulan umur yang berbeza terlibat dengan aktiviti

individu, sebab intipati Model Montessori ialah bersifat pendidikan individu. Kanak-

kanak akan memulakan aktiviti dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja projek

yang dipilih, menentukan ruang kerja untuk aktiviti yang dipilih sama ada di atas tikar,

lantai atau atas meja. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri secara bebas atau

bekerja berdua-dua dalam satu masa. Kanak-kanak yang lebih muda boleh belajar

bagaimana cara untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang khusus dengan

cara memerhati atau meniru rakan-rakan sekelas lain yang lebih tua/matang. Model

Montessori direka bentuk menjadi sekuen 3 tahun untuk berumur dari 3 – 6 tahun.

Guru

Kawalan orang dewasa adalah sedikit tetapi perlu cekap. Penglibatan guru adalah tidak

menonjol dan senyap. Guru hanya memerhati dari jauh atau membuat demonstrasi

kepada kanak-kanak bagaimana untuk menggunakan peralatan yang baru. Guru tidak

memberikan peneguhan atau pujian kepada kerja kanak-kanak kerana aktiviti adalah

berbentuk ganjaran kendiri iaitu motivasi secara intrinsik. Guru-guru yang menjalankan

Model Montessori, belajar mengenai kaedah dan kurikulum melalui kursus intensif.

Berikut adalah contoh kursus intensif untuk guru prasekolah.

• Membuat Rancangan Aktiviti Harian

Page 48: Kualiti pendidikan prasekolah

• Penyediaan Bahan Bantu Mengajar

• Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bilik Darjah Berpusatkan Kanak-kanak

• Penggunaan komputer dalam Pengajaran & Pembelajaran

• Penyediaan menu makanan seimbang

• Menguruskan tingkah laku kanak-kanak

Bahan-bahan

Bahan-bahan mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Bahan yang digunakan oleh Model

Montessori adalah didaktik (contohnya bahan sebenar yang digunakan dalam

kehidupan keluarga iaitu garpu, pisau, pinggan kaca di mana penggunaan adalah di

bawah pengawasan orang dewasa) setiap reka bentuk adalah untuk tajuk yang

khusus. Ia adalah berbentuk pembentukan diri sendiri dengan itu kanak-kanak

mendapat maklumat bahan yang segera daripada bahan selepas pembetulan tugasan

diselesaikan.

Bahan-bahan adalah berbeza dari mudah kepada kompleks, dengan itu kanak-kanak

adalah tercabar dengan cara membina konsep secara progresif dari mudah kepada

lebih susah. Bahan dibina dengan teliti dan menarik, biasanya dibuat dari bahan-bahan

yang sebenar. (contoh : sikat dan cermin, kosmetik, jangka suhu, stetoskop)

Kurikulum

Bahan yang berbeza disesuaikan dalam setiap bidang kurikulum yang berbeza. Apabila

kanak-kanak mula-mula memasuki Model Montessori mereka diperkenalkan kepada

komponen kehidupan harian, di mana aktiviti-aktiviti amali ditekankan. Aktivitinya

adalah berfokuskan kepada pengurusan diri, dan kemahiran-kemahiran mengurus

persekitaran seperti membutangkan baju, menyikat rambut, menyiram pokok, mengelap

tingkap dan menyapu.

Page 49: Kualiti pendidikan prasekolah

Berikut adalah aktiviti dalam Model Montessori ;

• Menjelajah dan meneroka tentang persekitaran kehidupan harian

• Mengenali binatang,tumbuh-tumbuhan peliharaan melalui

• Penyediaan peralatan dan bahan pengajaran yang disusun di dalam rak

• Bahan yang berbeza tetapi disesuaikan kepada tiga bidang yang berbeza.

Kanak–kanak diperkenalkan komponan kehidupan harian di mana aktiviti amali

yang kepada penjagaan diri contohnya kemahiran menjaga diri seperti menyikat

rambut membasuh tingkap dan membersih bilik darjah.

• Set aktiviti dan bahan yang kedua adalah berkaitan dengan deria, membentuk

kanak-kanak membina, menyusun, meluaskan dan menghalusi persepsi deria

lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa.

• Untuk membina diskriminasi visual kanak-kanak boleh menyusun tone warna

dari gelap ke terang dan mencampur warna

• Melibatkan konseptual atau bahan akademik contohnya membantu membina

asas menulis,membaca dan matematik

• Aktiviti konseptual adalah konkrit dan melibatkan kanak-kanak secara aktif dan

menggunakan pelbagai sensori

MODEL KONSTRUKTIVIS

Model Konstruktivitis ini adalah berasaskan kepada teori pembelajaran Piaget. Model

konstruktivitis ini dikenali juga sebagai Model Interaktionis ini dikenali juga sebagai

Model Instruktionis (Brewer, 2001) Contoh-contoh program yang menggunakan model

Konstruktivitis adalah seperti berikut :

• Program High/ Scope yang dibina oleh David Weikart.

• Sekolah untuk Permainan Konstruktif dibina oleh George Forman.

Page 50: Kualiti pendidikan prasekolah

Berikut terdapat beberapa perkara yang dipersetujui oleh program-program

instruktivis di atas di samping terdapat juga beberapa perbezaan

pendapat yang dipersetujui adalah seperti :

• Semua bersetuju bahawa objektif asas boleh dibentuk dari hasil kerja-kerja

Piaget untuk menggalakkan perubahan dalam pemikiran operational dan sebab

akibat kanak-kanak. ( Contohnya biji benih apabila ditanam dan disiram dengan

air akhirnya akan bercambah )

• Semua menekankan kepentingan asas dan tindak balas kanak-kanak dalam

pembelajaran dan perkembangan. ( Contohnya makan tidak membasuh tangan

maka viros akan menyebabkan penyakit )

• Semuanya mengambil idea daripada tradisi perkembangan kanak-kanak bahawa

bahan-bahan, peralatan-peralatan dan aktiviti menggalakkan kanak-kanak untuk

menjadi aktif. ( Kerja kanak-kanak bermain )

• Dalam pengajaran dan pembelajaran kita tidak hanya menggunakan teori Piaget

sahaja terdapat had yang tertentu dalam penggunaan teori tersebut. Contohnya

Operasi konkrit dari segi isi padu cecair adalah sama walaupun ia dimasukkan

ke dalam bekas yang berbeza bentuk )

Bagaimana Kanak-kanak Belajar.

Piaget menyatakan pembelajaran adalah sebagai satu proses yang berasaskan kepada

motivasi intrinsik. Beliau juga menerangkan bahawa berfikir sebagai pembinaan melalui

tahap-tahap di mana pelajar menjadi bertambah berupaya berfikir dalam keadaan

abstrak dan bentuk logik. Menurut Piaget, pengetahuan diperoleh secara berbeza-beza

bergantung kepada tahap perkembangan individu dan jenis pengetahuan yang akan

diperoleh. Berdasarkan Piaget Pengetahuan adalah melaui pengalaman seperti

berikut :

Page 51: Kualiti pendidikan prasekolah

• mengenai ciri-ciri fizikal yang wujud pada objektif diperoleh hanya melalui

pengalaman bersama objek tersebut. Contohnya kanak-kanak mempelajari

konsep segi empat sama dengan cara meneroka objek-objek berbentuk segi

empat dengan itu ia akan dapat menentukan ciri-ciri tersebut.

• Kanak-kanak mempelajari pengetahuan sosial daripada rakan-rakan yang lebih

matang dalam kumpulan sosial mereka. Bahasa dan adat resam sosial

masyarakat boleh dipindahkan daripada seseorang kepada ahli yang lain.

Bahasa dan adat resam tidak boleh dipelajari melalui penerokaan sebab ia tidak

berkait dengan objek sebenar.

• Pembelajaran logik matematik memerlukan tindak balas terhadap objek-objek

diikuti oleh membina pemikiran mental. Menyusun objek-objek mengikut seriasi

daripada pendek kepada panjang memerlukan pemikiran mengenai hubungan

antara objek-objek. Nombor, seriasi dan klasifikasi adalah termasuk dalam

pembelajaran logik matematik.

• Asas Pendekatan Program Perkembangan adalah meliputi menggalakkan

manipulasi objek yang aktif, merangsang motivasi intrinsik, menggalakkan

proses asimilasi kanak-kanak, akomodasi dan menggalakkan interaksi dengan

orang lain.

• Kanak-kanak dalam program ini dikehendaki belajar melalui memanipulasi

objektif yang aktif dan dibantu oleh guru untuk membuat refleksi ke atas

tindakan-tindakan mereka. Sebagai contoh, seorang guru akan memilih untuk

mengasingkan objek-objek yang tenggelam dengan yang timbul melalui

permainan air – manipulasi bahan. Kanak-kanak boleh mencatatkan hasil

percubaan mereka.

Page 52: Kualiti pendidikan prasekolah

• Motivasi intrinsik adalah sangat penting untuk pembelajaran dalam program

perkembangan. Ia adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan

bahan-bahan dan aktiviti yang boleh menarik minat kanak-kanak.

• Pakar-pakar perkembangan percaya bahawa kanak-kanak mahu belajar, malah

mereka sentiasa belajar. Kanak-kanak hendaklah membina kefahaman mereka

sendiri, kanak-kanak menerima sangat sedikit daripada pengajaran kumpulan.

• Kanak-kanak dibantu untuk membina pengetahuan mereka oleh guru dengan

menggalakkan mereka membuat refleksi mengenai manipulasi objek-objek yang

telah mereka lakukan. Guru adalah merupakan orang yang paling kerap

berhubung dengan kanak-kanak dalam kumpulan kecil atau individu.

• Seorang guru developmentalist selalu merasakan kanak-kanak tidak perlu

diberikan kesemua jawapan kepada persoalan yang timbul semasa pengalaman

pembelajaran. Mereka percaya soalan yang belum terjawab dalam pemikiran

kanak-kanak itu penting.

• Komponen lain yang penting ialah belajar melalui interaksi dengan orang lain.

Kanak-kanak sangat digalakkan bertukar-tukar pendapat dengan orang lain dan

main peranan pelbagai situasi dan buat refleksi terhadap peranan dan interaksi

tersebut.

• Orang dewasa perlu membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah mereka

sendiri dan mencari penyelesaian yang boleh diterima tanpa memberi tahu

mereka “jawapan yang betul”.

• Kurikulum atau pengalaman pembelajaran adalah dipilih untuk mengikuti minat

kanak-kanak atau mendedahkan kanak-kanak itu kepada bidang baru supaya

minat mereka dapat ditingkatkan.

Page 53: Kualiti pendidikan prasekolah

• Proses mencari maklumat, menganalisis data, dan mencari penyelesaian adalah

dikira lebih penting daripada mempelajari fakta. Walaupun demikian, penekanan

terhadap proses tidak bermaksud aspek isi kandungan diketepikan.

• Kanak-kanak boleh belajar lebih banyak fakta dan konsep, tetapi mereka

selalunya ‘embeded’ dalam konteks yang lebih bermakna.

• Sebagai contoh, kanak-kanak yang belajar mengenai pokok akan memerhati

dan meneliti pokok itu selalu untuk melihat perubahannya sepanjang

masa.Mereka akan belajar mengenal pasti dan mengklasifikasikan daun-daun

pokok dan mungkin terlibat membuat uji kaji untuk mengenal pasti fungsi daun.

Kanak-kanak ini juga akan memeriksa lingkaran batang pokok, membuat

rumusan atas pemerhatian tersebut. Mereka akan mencari buku-buku berkaitan

dengan pokok tersebut di pusat sumber.

• Dengan kata lain pengalaman kurikulum akan berfokus terhadap pembelajaran

kanak-kanak, bagaimana mencari, menganalisis dan menilai informasi, dalam

masa yang sama fakta-fakta akan dikenal pasti (presented) sepanjang proses

tersebut.

MATLAMAT PROGRAM INTERAKTIONIST

Hampir ke semua matlamat program perkembangan adalah untuk merangsang

keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak. Iaitu perkembangan fizikal, sosial,

emosi dan kognitif. Penekanan terhadap perkembangan bahasa dalam proses

pembelajaran juga penting. Program adalah bertujuan untuk menyeimbangkan semua

aspek perkembangan dan tiada yang diabaikan. Matlamat untuk menggalakkan kanak-

kanak terlibat secara aktif dalam pembelajaran adalah juga penting.

Page 54: Kualiti pendidikan prasekolah

Dalam jangka pendek, program interaktionist juga berusaha untuk membantu kanak-

kanak mencapai matlamat sosio emosi. (Day and Parker, 1977). Berikut adalah

matlamat sosio emosi program Interationist:

• Merasa selamat (secure) dalam situasi hubungan tanpa paksaan dengan orang

dewasa.

• Menghormati perasaan dan hak orang lain.

• Menjadi kurang kebergantungan, peka dan ingin tahu, menggunakan inisiatif

dalam mengejar ingin tahu tersebut, mempunyai keyakinan terhadap kebolehan

menyelesaikan masalah sendiri dan meluahkan apa yang terdapat di

pemikirannya.

Program ini akan dapat menggalakkan pencapaian objektif kognitif seperti berikut:

• Mencetus idea-idea, masalah dan persoalan-persoalan yang menarik.

• Membuat perkaitan dan mengenal pasti kesamaan dan perbezaan.

Sekolah Untuk Permainan Konstruktif

Dalam program Forman ( di bawah Program Konstruktivis ) matlamat adalah untuk

membantu kanak-kanak mengembangkan kognitif mereka melalui aktiviti yang dipilih

khusus untuk membantu mereka dengan idea transformasi, hubungan fungsi dan

mengubah perspektif. Dalam proses menilai aktiviti kurikulum tersebut, soalan-soalan

berikut perlu ditanya.

Page 55: Kualiti pendidikan prasekolah

• Adakah aktiviti tersebut digemari kanak-kanak.

• Bolehkah kanak-kanak dari kebolehan yang berbeza mengikuti aktiviti secara

educational.

• Apakah konsep Piagetian yang dapat dikaitkan dengan aktiviti ini.

• Bolehkah kanak-kanak meneroka aktiviti ini secara berdikari.

• Apakah konflik kognitif yang dapat dikaitkan hasil dari usaha kanak-kanak

tersebut dalam menyelesaikan aktiviti itu.

Program High / Scope

Program High/Scope (Wirkert di bawah program Program Konstruktivis) berfokus

kepada beberapa konsep iaitu pembelajaran aktif, menggunakan bahasa,

menggambarkan pengalaman dan idea-idea, klasifikasi, konsep nombor, seriasi,

hubungan ruang dan masa. Pengalaman ini dipilih kerana ia penting untuk

pembangunan pemikiran dan sangat praktikal sebagai satu program untuk kanak-

kanak.

Page 56: Kualiti pendidikan prasekolah

Mendidik Kanak-kanak.

Matlamat program Siegel ( Siegel, di bawah Program Kontruktivis ) merupakan

perkembangan kompeten persembahan Siegel (representational competence). Siegel

menerangkan tiga prinsip sebagai panduan dalam memilih bahan-bahan dan aktiviti-

aktiviti dalam programnya.

• Kanak-kanak memahami dunia mereka melalui penglibatan dengan persekitaran

(Children Understand their worl through representations of it ).

• Gambaran kecekapan dibina secara bersekuen (Representational competence

develops in an orderly sequence ) contohnya duduk ,berdiri dan berlari.

• Gambaran kecekapan dibina berdasarkan tindak balas interaksi fizikal dan

persekitaran sosial yang bersesuaian. (Representational competence develops

fully only in response to interactions with appropriate physical and social

environment (Eva, 1997)

• Walaupun penekanan dan matlamat ketiga-tiga program ini tidak serupa tetapi

berkisar tentang perkembangan pemikiran kanak-kanak dan keupayaan memberi

sebab musabab (reasoning) dan kebolehan kanak-kanak mempamerkan

pengalaman dengan cara bermakna.

• Setiap program tersebut bergantung kepada penglibatan kanak-kanak secara

aktif dengan bahan-bahan dan pembimbing guru yang kemudiannya membantu

kanak-kanak membuat refleksi terhadap pengalaman mereka Contohnya,

bermain dengan blok–blok, memberi peluang kanak-kanak mengembangkan

konsep matematik seperti jarak dan persamaannya.

Page 57: Kualiti pendidikan prasekolah

• Beberapa aktiviti lain memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan

kemahiran perkembangan mereka dalam bahasa (literasi).

Banyak aktiviti dan pengalaman dipilih bagi membantu kanak-kanak berfikir mengenai

penyelesaian sosial dan kognitif. Hubung kait kesemua aspek perkembangan adalah

sangat penting bagi mengembangkan “whole child“ isi kandungan bagi sains, sosial,

matematik, seni, kesihatan dan keselamatan semuanya disepadukan ke dalam bentuk

tema mengikut minat kanak-kanak. Bahasa diajar melalui aktiviti membaca dan

menulis. Ahli ‘interactionalist’ mengharapkan kemahiran bahasa diajar sebaik-baiknya

dalam konteks kemahiran yang digunakan.

STRATEGI PENILAIAN

Bagi prasekolah penilaian dijalankan secara informal dan berterusan. Penilaian secara

kendiri mengenai perkembangan dan lain-lain. Kebolehan ataupun keupayaan kanak-

kanak prasekolah sering disalah tafsir sebagai pencapaian. Kesilapan ini menimbulkan

implikasi yang besar kerana ia dikaitkan dengan keseluruhan pelaksanaan program

prasekolah baik dari segi pembelajaran kanak-kanak mahupun pengajaran guru.

Penilaian yang sebaik-baiknya dilaksanakan ke atas kanak-kanak, khasnya kanak-

kanak yang berada di peringkat prasekolah adalah secara kendiri dan berterusan. Kita

perlu lebih menghargai perkembangan kemahiran kanak-kanak dalam ketiga-tiga

domain iaitu : *Afektif *Psikomotor *Kognitif Domain-domain tersebut dipamerkan

melalui penaksiran autentik seperti rekod anekdot, rekod berterusan, senarai semak,

rekod pensampelan masa dan peristiwa serta penaksiran portfolio. Penaksiran autentik

yang dilaksanakan secara berterusan mampu menilai sejauh mana keupayaan ataupun

kemahiran yang sudah dikuasai ataupun sebaliknya oleh kanak-kanak

PROGRAM INKLUSIF UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS

Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah

Page 58: Kualiti pendidikan prasekolah

Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.

BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

1.Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.

2.Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.

3.Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku.

4.Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.

Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)

1.Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.2.Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.3.Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.4.Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. -Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.

MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas

3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas.

4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas “Satellite” di sekolah biasa.(Octopus Model).

5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.

6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

Page 59: Kualiti pendidikan prasekolah

KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat.7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas.

KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan.2. Guru sukar memberikan tumpuan.3. Berlakunya penglabelan4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam kelas.5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.

Pendidikan Inklusif

Secara umumnya, istilah “inklusif” bermaksud menintergrasikan pelajar-pelajar keperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dengan keadaan normal seperti pelajar-pelajar biasa, tanpa mengira status (Naim, 1997).

Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis iaitu, pendidikan inklusif separuh masa, di mana pelajar-pelajar hanya dimasukkan kekelas biasa bagi beberapa mata pelajaran sahaja.Manakala pendidikan inklusif sepenuh masa, iaitu program pelajar-pelajar

Page 60: Kualiti pendidikan prasekolah

dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran biasa bagi semua mata pelajaran (Naim, 1997).

Mengikut Bariah (1995), terdapat empat objektif pendidikan inklusif seperti:• meningkatkan keseadaran kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak berkeperluan

khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.• memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan

sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka• memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding

dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep diri mereka• untuk mengelak daripada berlakunya diskrminasi dalam pendidikan dan kemudahan

yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Mengikut Deschenes et al.(1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dalam strategi pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif iaitu :• Saiz – menyesuaikan jumlah perkara/pelajaran yang pelajar sepatutnya

belajar/capai• Masa – menyesuiakan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian• Tahap sokongan – menyesuaikan bantuan secara individu kepada pelajar yang

memerlukannya• Input- menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian/keupayaan

seseorang pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang diajar• Penglibatan – menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua

pelajar terlibat di dalamnya.• Kurikulum – menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran gaya

pembelajaran dan minat pelajar untuk menbantu setiap pelajar mencapai matlamat masing-masing

PEKA DENGAN ISU BERKAITANSebagai guru prasekolah, anda dikehendaki peka dengan isu-isu semasa yang berkaitan. Cuba anda fikir dan nyatakan apakah isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah?

SOKONGAN KELUARGATopik ini membincangkan perkhidmatan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak dan keluarga, pemahaman penglibatan keluarga dan menghargai pelbagai gaya parenting. Begitu juga mengenai komunikasi terbuka dan membina perkongsian pintar dengan keluarga.

Penglibatan ibu bapa merupakan proses dimana ibu bapa dapat berhubung dengan kakitangan sekolah atau pusat prasekolah yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak

Page 61: Kualiti pendidikan prasekolah

dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa memainkan peranan dalam pendidikan anak masing-masing.

Menurut Swick penglibatan ibu bapa dalam tiga proses :• Pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan profesional (pihak guru) dan

pembantu (para profesional) dalam komuniti.• Proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang

dirancang dan memerlukan kerjasama setiap ahli.• Satu proses di mana ibu bapa dan guru berkerjasama, belajar dan melibatkan

diri dalam membuat keputusan bersama

JENIS IBU BAPA

Ibu bapa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut tahap penglibatan mereka

dengan aktiviti prasekolah. Dalam konteks ini Vandergrift dan Greene (1992) telah

mengenalpasti empat jenis ibu bapa seperti di dalam jadual di bawah:

+ Menyokong anak (contohnya

sentiasa memberi galakkan kepada

mereka)

+ Penglibatan aktif (contohnya selalu

membantu anak menyelesaikan

kerja rumah)

- Tidak menyokong anak ( contohnya

tidak mengambil tahu tentang anak).

+ Penglibatan aktif (contohnya hanya

melibatkan diri dalam aktiviti

prasekolah jika ada ganjaran )

+ Menyokong anak (contohnya

sentiasa memelihara kesejahteraan

anak)

- Penglibatan tidak aktif ( contohnya

jarang melibatkan diri dengan aktiviti

prasekolah)

- Tidak menyokong anak ( contohnya

mendera anak )

- Penglibatan tidak aktif (contohnya

tiada komunikasi dengan pihak

prasekolah).

PERANAN IBU BAPA

Page 62: Kualiti pendidikan prasekolah

Ibu bapa seharusnya berperanan sebagai rakan kongsi dengan pihak sekolah dalam

mendidik anak–anak mereka. Penglibatan ibu bapa secara sukarela bukan sahaja akan

menjimatkan kos pengurusan sesebuah prasekolah bahkan akan meningkatkan

keberkesanan dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak. Namun begitu

sebaik–baiknya skop penglibatan mereka hendaklah dihadkan kepada bidang–bidang

tertentu supaya semakin ramai ibubapa boleh menyumbangkan pengetahuan,

kemahiran, kepakaran dan tenaga mereka dalam bidang–bidang tertentu. Peranan ibu

bapa boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

A. Peranan yang ada hubungan dengan aspek akademik seperti :

• Menjalankan tugas – tugas sebagai pembantu guru

• Membuat peralatan, mengatur sudut – sudut pembelajaran dan menguruskan

aktiviti.

• Menjaga beberapa orang kanak – kanak pada masa-masa tertentu

B. Peranan yang tidak ada hubungan dengan aspek akademik seperti:

• Melakukan tugas-tugas perkeranian

• Merancang dan menentukan hari untuk membantu dan

membaikpulih tabika

• Membantu sesama sendiri misalnya menjemput dan menghantar anak-anak

atau menjaga anak-anak kecil yang lain.

Keibubapaan (parental) ialah seseorang yang memberikan kanak-kanak dengan

penjagaan asas, arahan, sokongan, perlindungan dan bimbingan. Keibubapaan dapat

didefinisikan sebagai pasangan yang berkahwin, single, heterosexual, gay, lesbian,

sepupu, ibu saudara, datuk dan nenek, abang, kakak dan lain-lain lagi. Manakala

menurut LPPKN ibu bapa ialah yang terdiridaripada sepasang suami isteri yang

dihubungkan dengan ikatan perkahwinana yang sah dari segi agama,adat resam dan

undang-undang. Scott 1983 menyatakan didikan ibu bapa membantu membentuk

konsep kendiri yang positif. Gaya didikan ibu bapa akan memberi kesan adan pengaruh

kepadaperkembangan mentaliti, sifat, minat, kecenderunganserta sikap anak-anak.

Page 63: Kualiti pendidikan prasekolah

Terdapat dua dimensi gaya asuhankeibubapaan menurut Baumrind iaituresponsiveness

dan demandingness.

Baumrind mengklasifikasikan gaya asuhan keibubapaan kpd 3 iaitu:

Autoritarian

Permissive

Autoritatif

Authoritarian

Merupakan gaya asuhan yang berbentuk mengarah, dan menghukum.

Menetapkan suatu peraturan tanpa ada tolak ansur

Lemah dalam komunikasi. Tidak membenarkan anak-anak bersuara dalam memberi

pendapat

Tiada kebebasan. Anak-anak terasa terkongkong kerana peraturan yang agak rigid.

Kesan gaya autoritarian

• Anak menjadi pasif

• Mempunyai konsep kendiri k ang rendah

• Lemah dalam komunikasi

• Tidak kreatif

• Anak tidak gembira

• Tidak peramah

• Moody

Permissive Indulgent

• Kawalan yg sedikit ke atas kanak-kanak dan tiada kawalan langsung

• Memberikan terlalu banyak autonomi kepada kanak-kanak

• Percaya kanak-kanak perlu mempunyai banyak kebebasan dan tidak boleh

dikawal oleh org dewasa.

Page 64: Kualiti pendidikan prasekolah

Permissive Indifferent/Neglect

• Melepaskan tanggungjawab dan mendakwa ‘saya tidak peduli dengan apa yang

kamu lakukan

• Dipanggil juga sebagai ‘uninvolved’ atau tidak terlibat.

• Meluangkan masa yang minima dalam memberikan perhatian dan bersosialisasi

dengan kanak-kanak

Kesan Gaya Permissive

Permissive Indulgent

• Menentang dan tidak patuh patuh kepada orang yang lebih dewasa

• Kurang kawalan diri

• Agresif

• Cepat marah tetapi mudah riang kembali

• Mempengaruhi pencapaian akademik

Permissiveindifferent/Neglect

• Ikut kata hati

• Tanpa tujuan atau kurang aktiviti berasaskan matlamat

• Risiko terlibat dengan delinkuen

AUTORITATIF

Bentuk gaya asuhan di mana anak-anak bebas untuk melakukan sesuatu tindakan

tetapi masih dalam pengawalan dan pengawasan daripada ibu bapa

Ciri-Ciri:

• Menekankan kepada aspek perbincangan serta memberi dan menerima

pandangan yang diutarakan oleh ahli keluarga.

• Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan persetujuan bersama

Page 65: Kualiti pendidikan prasekolah

• Memberi galakan serta menghormati kepentingan anak-anak.

• Tidak terlalu bergantung kepada peraturan.

• Mesra dan tegas

Kesan Gaya Autoritatif

1.Kecekapan Sosial

• Mempunyai ketinggian dan kecekapan dlm perhubungan sosial.

• Anak-anak boleh berdikari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Contoh: Peramah, mudah mesra.

2. Pembangunan Psikososial

• Kehidupan yang sentiasa bahagia dan gembira

• Mempunyai kestabilan emosi yg baik dan keyakinan diri yang tinggi.

• Sedar batasan tingkahlaku yg perlu dipatuhi

3.Akademik

• Memperolehi kecemerlangan dlm bidangakedemik.

• Berinisiatif untuk melakukan sesuatu.

4. Masalah Tingkahlaku

• Kecenderungan untuk melibatkan diri dalam aktiviti delinkuen adalah kurang.

5. Motivasi

• Mempunyai gaya motivasi yg tinggi kerana ibu bapa sentiasa memberi dorongan

dan sokongan samada berbentuk implisit dan ekstrisik.

• Wujud perkembangan intelektual dalam diri anak-anak.

Page 66: Kualiti pendidikan prasekolah

KOMUNIKASI TERBUKA DAN MEMBINA PERKONGSIAN PINTAR

Guru prasekolah atau tabika perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan ibu

bapa. Guru perlu mendengar secara aktif bukan sahaja untuk memahami perkataan

yang dilafazkan tetapi apa yang lebih penting ialah memahami perasaan dan menerima

latar belakang kehidupan mereka. Guru hendaklah memahami masalah dan minat

mereka untuk mewujudkan hubungan mesra yang ikhlas dan saling mempercayai

dengan keluarga kanak – kanak supaya guru boleh berfungsi sebagai perantara yang

berkesan di antara kanak – kanak tadika dengan masyarakat. Perkara – perkara yang

perlu dilakukan oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif dengan ibu bapa

termasuklah

• Guru terlebih dahulu mestilah memperoleh maklumat yang lengkap

mengenai ibu bapa kanak – kanak

• Maklumat lengkap mengenai penglibatan ibu bapa hendaklah

diberikan kepada ibu bapa ketika mereka mendaftarkan anak –

anak mereka untuk menyertai tadika

• Sekiranya ibu bapa bersetuju untuk menghantar anak mereka ke

tadika maka guru haruslah mengadakan pertemuan untuk

membincangkan falsafah, matlamat serta pengajaran dan

pembelajaran di tadika

• Maklumkan kepada ibu bapa tentang kemajuan anak mereka dari semasa

ke semasa

• Libatkan ibu bapa dalam majlis – majlis sosial tadika dan penulisan

berita tadika jika ada supaya mereka juga merupakan sebahagian

Page 67: Kualiti pendidikan prasekolah

PROGRAM PENILAIAN

Topik ini mengenalpasti objektif sesebuah tadika dan bagaimana untuk mencapainya

serta mengubahsuai amalan untuk memastikan objektif lebih berkesan dan menambah

objektif baru yang lebih baik untuk penambahbaikan pusat prasekolah.

Sejauhmanakah anda dapat mengenal pasti keberkesanan program prasekolah dan nyatakan ciri-ciri yang boleh menjadi penanda aras kepada kelas prosekolah anda?

Page 68: Kualiti pendidikan prasekolah

TAJUK 6 : KEPIMPINAN DAN PERWATAKAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan kepimpinan, akauntabiliti dan watak guru prasekolah.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti bagaimana untuk menjadi seorang pengurus yang berkesan..

2. Menyedari akauntabiliti sebagai guru prasekolah.

3. Menunjukkan ciri-ciri perwatakan sebagai guru prasekolah.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KEPIMPINAN DAN PERWATAKAN

Kepimpinan

Akauntabiliti sebagai guru prasekolah

Watak guru prasekolah

Page 69: Kualiti pendidikan prasekolah

KEPIMPINAN

Topik ini membincangkan mengenai bagaimana untuk menjadi pengurus yang

berkesan, mempunyai visi dan misi yang jelas, menggunakan semua sumber untuk

mencapai visi dan memotivasikan diri, pekerja dan kanak-kanak untuk mencapai visi.

Memimpin adalah proses mengarah dan mempengaruhi orang lain dengan

menggunakan bakat, maklumat dan kemahiran berinteraksi. Pengurus tadika yg

berkesan dan cekap perlu memanipulasikan gaya kepimpinan yang efektif, bersesuaian

dgn personalitinya. Guru Tadika perlu mempunyai visi dan misi yang jelas. Guru Tadika

perlu motivasi diri, pekerja dan kanak-kanak untuk mencapai visi.

Guru prasekolah berfungsi sebagai pengurus yang berkesan. Guru prasekolah mesti

mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi

warganegara yang patriotik.Ini penting kerana untuk melahirkan dan menyuburkan

potensi diri secara menyeluruh sifat peribadi, perwatakan sangat penting untuk

perkembangan murid pada tahap awal. Ini kerana murid prasekolah adalah ibarat kain

putih yang akan di warnakan pada kain tersebut dan seterusnya menghasilkan warna-

warna yang cantik atau tidak cantik. Oleh itu, perkembangan secara menyeluruh sangat

penting untuk membentuk kanak-kanak yang berkeperibadian yang tinggi.

CUBA FIKIR

mamam

AKAUNTABILITI SEBAGAI GURU PRASEKOLAH

Apakah visi dan misi anda sebagai guru prasekolah? Apakah sumber

yang anda gunakan untuk mencapai visi dan misi anda? Bagaimanakah

anda mahu meningkatkan motivasi diri anda, pekerja anda dan

kanak-kanak supaya dapat mencapai visi anda?

Page 70: Kualiti pendidikan prasekolah

AKAUNTIBILITI SEBAGAI GURU PRASEKOLAH

Topik ini membincangkan dari segi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku murid dan

ibu bapa/penjaga.

Akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau

bertangunggjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep

akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasanmengenai

sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat

jawapandan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan

keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap

sesuatu keputusanyang telah diambil.

Akauntabiliti Keguruan.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan

oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan

tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau

tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru

terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion

keguruan amnya.

Akauntabiliti guru prasekolah terhadap bidang pekerjaan

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah

termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah

mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal

lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-

pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial

dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di

Page 71: Kualiti pendidikan prasekolah

bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya

guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan

mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik

dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas

harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana

seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian

perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci, dipandang

serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata

pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata

pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang

dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini dilakukan

dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapa

iobjektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang

betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

Akauntabiliti sebagai guru prasekolah terhadap sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu guru juga bertangungjawab

terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli

dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan

kemajuan sekolah.Dalam hal ini selain tugas mengajar, guru juga hendaklah

menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha

peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di

lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

CUBA FIKIR

Apakah Akauntabiliti anda sebagai guru prasekolah terhadap tingkah laku murid?

Page 72: Kualiti pendidikan prasekolah

Akauntibiliti sebagai guru prasekolah terhadap ibu bapa/penjaga

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita

dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Guru hendaklah memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat

berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab

sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-

kegiatan masyarakat.Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan

kerjasama di kalangan guru danibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan

bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat

dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan

pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang

dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,

menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di

samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru

tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga

perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta

mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat

Page 73: Kualiti pendidikan prasekolah

WATAK GURU PRASEKOLAH

Topik ini membincangkan ciri-ciri guru prasekolah berkesan serta peribadi yang menjejaskan imej guru prasekolah dan menyatakan ciri-ciri penyayang guru prasekolah. CIRI-CIRI GURU PRASEKOLAH YANG BERKESAN

• Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat.

• Mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik.

• Mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakkan orang.

• Bersikap profesional.

• Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

• Kaya ilmu.

• Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

• Bermoral teguh

• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran

• Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

• Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid

• Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

• Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai

pendidik unggul pada setiap masa.

• Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

• Berupaya melahirkan 'prasekolah berwatak' supaya pelajar mempunyai

kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

• Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.

• Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri

dengan situasi tertentu).

Page 74: Kualiti pendidikan prasekolah

• Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat

profesionnya.

• Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah

bahagi.

• Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CUBA FIKIR

Konsep Penyayang Dalam Pendidikan Prasekolah

Penyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain, pengasih, pencinta dan

bersifat belas kasihan.

Amalan Budaya Penyayang

• Mesra bila berhubung dengan kanak-kanak.

• Kasih sayang dan persefahaman menjadi pemusatan dalam pendidikan (Peter

Kline).

• Jangan membuat anggapan yang salah terhadap keupayaan kanak-kanak-

mereka adalah individu yang unik.

• Menarik minat kanak-kanak.

• Merangsang kanak-kanak belajar.

• Elak kebosanan- contohnya aktiviti terlalu lama / kerap berulang

• Apa yang hendak ditunjukkan mudah dan jelas supaya kanak-kanak tidak keliru

NYATAKAN KEPERIBADIAN YANG MENJEJASKAN IMEJ GURU PRASEKOLAH

Page 75: Kualiti pendidikan prasekolah

• Bersedia untuk menukar aktiviti- kanak-kanak mempunyai pemusatan yang

pendek.

• Baiki satu kesalahan sahaja pada satu–satu masa untuk mengelakkan

kekeliruan.

• Kanak-kanak suka membuat sesuatu dan melihat hasil kerjanya. Puji usaha dan

hasilnya.

• Menggunakan beberapa cara untuk kanak-kanak mencapai suatu kemahiran.

• Gunakan berbagai jenis alat/ bahan/ media untuk meneguhkan kemahiran.

• Gunakan gambar/ perbuatan yang menggelikan hati kanak-kanak (unsur

seronok).

• Galakkan kanak-kanak mencuba dan beri bantuan hanya jika diperlukan.

• Adakan pilihan dalam kadar yang terhad. Proses memilih merangsang kanak-

kanak untuk memilih dan membuat keputusan.

• Jangan mulakan konsep baru sebelum kanak-kanak memahami konsep yang

diajar sebelumnya (contohnya untuk belajar’ tambah kanak-kanak telah

mengenal nombor).

Bagaimana mewujudkan amalan budaya penyayang di prasekolah:

1. Pengurusan dan pengelolala kelas-eg melalui rutin, kedudukan kerusi meja

2. Peranan guru prasekolah

3. Persekitaran fizikal kelas

4. Persekitaran sosial

4. Hubungan dengan ibu bapa dan komuniti

Persekitaran Sosial

• Menyokong perkembangan

• Konsep kendiri yang positif

• Diterima oleh rakan dan guru

Page 76: Kualiti pendidikan prasekolah

• Mempunyai persepsi bahawa dia boleh mencapai sesuatau

• Berpeluang menikmati kejayaan dalam tugas

• Guru menunjukkan penghargaan, kasih sayang dan sabar melayan

• Kanak-kanak rasa dihargai dan diterima

• Kanak-kanak dibantu melihat dari perspektif orang lain

TAJUK 7 :KOD ETIKA GURU PRASEKOLAH

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan Kod Etika Guru Prasekolah yang

menerangkan Tentang Konsep, Etika Guru Malaysia Dan Standard Guru Malaysia.

Disamping itu unit ini ada memperihalkan tentang tanggungjawab sebagai seorang

guru prasekolah yang berkualiti dan kreatif dalam mengurusakan prasekolahnya.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

i. Mengenalpasti Etika Guru Malaysia, Akujanji Perkhidmatan Awam Dan

Standard Guru Malaysia.

ii. Mengenalpasti dan mengapikasikan pelbagai kemahiran dan pengetahuan

pelbagai tanggungjawab sebagai seorang guru prasekolah yang ber wibawa.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KOD ETIKA GURU

PRASEKOLAH

Konsep

Page 77: Kualiti pendidikan prasekolah

DEFINISI ETIKA:

Ahli sosiologi terkenal, Raymond Baumhart (1968) bertanya beberapa ahli perniagaan, “Apakah makna etika bagi anda?” Antara jawapan yang diberi ialah:

Etika berasal daripada perkataan Greek „ethos ‟ yang bermakna watak atau adat resam. Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkan dengan kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertakluk kepada budi pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree, 1966). Memang sukar menentukan maksud „etika . ‟

Berikut ialah beberapa definisi etika:

Tanggungjawab Guru Prasekolah

Page 78: Kualiti pendidikan prasekolah

• Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan.

• Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral ang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.

• Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral.

• Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu tindakan.

• Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika sebagai standard salah danbetul yang harus dilakukan manusia untuk memastikan keadilan.

• Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set peraturan tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan jangan dibuat.

• Dalam Islam, etika ialah tingkah laku baik yang dituntut al-Quran dan Hadith,• Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang „betul dan ‟

„salah dalam kehidupan seharian manusia. Etika adalah penting, kerana ia ‟menentukan tindak-tanduk manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod etika, segala usaha manusia akan gagal.

ETIKA GURU MALAYSIA

Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan

disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang

berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion

dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional

1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-

benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.

2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam

keseluruhan hidupnya.

Page 79: Kualiti pendidikan prasekolah

3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap

masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

KEPENTINGAN ETIKA GURU MALAYSIA

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod

etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion

perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru

terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas

tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan

perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan

etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat

dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod

etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara

hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab

guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan

dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. –

Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam

menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan

Page 80: Kualiti pendidikan prasekolah

perhubungan atnara ahli dalam organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika

Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nilai-nilai itu adalah:

o Amanah

o Benar

o Bijaksana

o Bersyukur

o Dedikasi

o Ikhlas

o Penyayang

Page 81: Kualiti pendidikan prasekolah

AKU JANJI PERKHIDMATAN AWAM

Lampiran ARujukan:

SURAT AKU JANJI

Saya, …………………………………………………………, No. Kad Pengenalan …………………….. beralamat di …………………………………………………………………………………………………… dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluar dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya:

(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;

(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;

(iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;

(iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam saya;

(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam;

(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri;

(vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan awam;

(viii) tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan

(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Page 82: Kualiti pendidikan prasekolah

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

………………………………… ………….………………………………. (Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai)

Di Hadapan:

……………………………………….(Tandatangan Ketua Jabatan)

…………………………………………………………………………(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)

………………………………. ………………………………………….. (Tarikh) (Cap Rasmi Jabatan)

Page 83: Kualiti pendidikan prasekolah

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

• Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,

• Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

• KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan

• Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Page 84: Kualiti pendidikan prasekolah

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

• mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,

• mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

PENGERTIAN STANDARD GURU MALAYSIA

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

• Asas Penentuan Standard Dan Keperluan

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut: • Misi Nasional

Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:

• meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,

• meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama,

• menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif,

• meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan

• mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Page 85: Kualiti pendidikan prasekolah

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

• FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

• TATASUSILA PROFESION KEGURUAN

Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

• ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.

Page 86: Kualiti pendidikan prasekolah

Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.

Standard merangkumi tiga aspek berikut:

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN

Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN

Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

STANDARD 3: KEMAHIRAN PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

KEPERLUAN

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Page 87: Kualiti pendidikan prasekolah

KEPERLUAN 1: KELAYAKAN DAN PROSEDUR PENGAMBILAN CALON PROGRAM LATIHAN PERGURUAN

Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.

KEPERLUAN 2: LATIHAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.

KEPERLUAN 3: KOLABORASI

Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

KEPERLUAN 4: INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR

Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

KEPERLUAN 5: JAMINAN KUALITI

Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

Page 88: Kualiti pendidikan prasekolah

Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu.

Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,

Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa

Page 89: Kualiti pendidikan prasekolah

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1 DOMAIN DIRI

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

S1.2 DOMAIN PROFESION

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

S1.3 DOMAIN SOSIAL

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Page 90: Kualiti pendidikan prasekolah

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.

S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.

STANDARD 3: KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.

Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.

S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan

Page 91: Kualiti pendidikan prasekolah

perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu:

KEPERLUAN 1: KELAYAKAN MASUK DAN PROSEDUR KEMASUKAN PROGRAM LATIHAN PERGURUAN

Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut:

K1.1 Mengiklankan permohonan K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakanK1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan

KEPERLUAN 2: LATIHAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:

K2.1 Kurikulum latihan K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolahK2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa

KEPERLUAN 3: KOLABORASI

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:

K3.1 SekolahK3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negaraK3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan

Page 92: Kualiti pendidikan prasekolah

KEPERLUAN 4: INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR

Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:

K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa.

K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

KEPERLUAN 5: JAMINAN KUALITI

Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan:

K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap StandardK5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan K5.3 Penandaarasan latihan perguruan K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

TANGGUNGJAWAB GURU PRASEKOLAH

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh

mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang

kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada

jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

Page 93: Kualiti pendidikan prasekolah

4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid

mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan

atau persendirian.

5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.

6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira

bangsa dan agama atau kepercayaan.

7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk

tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid

tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat

asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.

9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan

membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,

intelek, daya cipta dan lain-lain.

10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri

murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh

membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,

masyarakat atau negara.

Page 94: Kualiti pendidikan prasekolah

13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya

mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.

14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh

mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role

model' kepada muridnya.

16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran

atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti

sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran

persendirian.

18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian

terhadap muridnya.

19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli

masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)

untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.

22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan

namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

• Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 95: Kualiti pendidikan prasekolah

• Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan

dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

o Niat yang betul

o Perlakuan yang baik

o Pengerak ke arah kebaikan

o Memperkotakan apa yang dikatakan

o Berdisiplin dan beradab

o Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

TANGGUNGJAWAB KEGURUAN.

ETIKA TERHADAP KANAK-KANAK

guru mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang

baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas

harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana

seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian

perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di

ETIKA TERHADAP SEKOLAH/ PEKERJA DAN RAKAN SEJAWAT

Page 96: Kualiti pendidikan prasekolah

, guru juga bertangungjawab lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

ETIKA TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita

dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat

berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab

sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-

Page 97: Kualiti pendidikan prasekolah

TAJUK 8 : ISU-ISU SEMASAerhadap amanah yang di berikan.

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan isu-isu semasa tentang

perkembangan prasekolah pada masa kini.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti pengetahuan asas yang profesional dalam pengurusan pusat

kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang

pengurus.

2. Mengenalpasti proses guru sebagai model dan pembelajaran sepanjang hayat.

3. Mengintergrasikan kesedaran kendiri peribadi dan profesional dalam pengajaran

dan pembelajaran kanak-kanak.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

ISU-ISU SEMASA

Perkembangan prasekolah

Kebajikan

Latihan

Kemahiran komunikasi

Pemuafakatan

Masyarakat

Page 98: Kualiti pendidikan prasekolah

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH

Topik ini membincangkan kepentingan prasekolah, perluasan kelas prasekolah,

kelayakan, umur dan peluang kanak-kanak masuk prasekolah dan prasekolah

berkualiti.

Ibu bapa masa kini semakin mengambil berat tentang pendidikan prasekolah. Saban

tahun semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dalam lingkungan 4

hingga 6 tahun ke kelas prasekolah samada prasekolah kerajaan mahupun swasta. Di

kawasan luar bandar terutamanya, kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan

prasekolah dalam kalangan ibu bapa semakin meningkat.

Pendidikan prasekolah merupakan asas bagi pendidikan anak anda. Perkembangan

keterampilan dan pengetahuan ( kecerdasan dan sikap) anak anda pada peringkat

prasekolah akan memberi kesan yang dramatik terhadap pembelajaran anak anda

ketika memasuki sekolah formal dan membawa kepada kejayaan dalam hidup mereka.

Alasan lain untuk mengambil berat tentang pendidikan prasekolah adalah bahawa

dengan memberikan pendedahan awal dan menggalakkan anak belajar di prasekolah

dan memupuk nilai keyakinan diri dalam diri mereka. Di samping itu juga anak akan

memperoleh kepercayaan diri melalui pelbagai aktiviti ’bermain sambil belajar’ yang

pasti menyeronokkan mereka. Pendidikan prasekolah umpama batu loncatan atau

platform yang memberikan asas yang kukuh kepada kanak-kanak prasekolah dan

momentum pembelajaran yang mereka terima di peringkat prasekolah ini akan

membantu membuat anak bersemangat belajar seumur hidup mereka.

Akhirnya, pendidikan prasekolah sangat penting kerana dapat memberikan anak anda

kelebihan dalam dunia yang kompetitif dan iklim pendidikan. Bagi anak-anak yang tidak

menerima asas-asas pembelajaran selama usia prasekolah, mereka akan mula diajar

Page 99: Kualiti pendidikan prasekolah

tentang abjad, nombor, bentuk dan warna ketika mereka mula memasuki pendidikan

formal mereka (darjah 1). Kanak-kanak ini akan berada di ’belakang’ kanak-kanak yang

sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ini . Kita tidak mahu kanak-kanak

ini berada di kelas tetapi tertinggal jauh daripada kanak-kanak yang sudah

mendapatkan pendidikan prasekolah. Ibu bapa atau penjaga harus mengambil berat

tentang pendidikan prasekolah kerana pembelajaran prasekolah merupakan asas yang

amat penting sebelum kanak-kanak ini memulakan pendidikan formal. Tidak boleh

dinafikan lagi bahawa pendidikan prasekolah boleh meningkatkan keyakinan diri kanak-

kanak dan memberikan mereka kemahiran yang mereka perlukan dari semua aspek

rohani dan jasmani.

Bagi sekolah yang belum mempunyai kelas prasekolah, guru yang bertanggungjawab

perlu membuat beberapa persediaan sebelum menubuhkan sesebuah kelas

prasekolah. Perkara pertama yang perlu diambil perhatian ialah menyediakan pelan

lantai yang bersesuaian. Pelan lantai merupakan asas dalam menubuhkan kelas

prasekolah dan ianya amat penting bagi memudahkan proses selanjutnya. Dalam

penyediaan pelan lantai ini, guru prasekolah perlu mengambil kira beberapa faktor

seperti keluasan kelas, peralatan yang akan diletakkan didalam kelas, kesesuaian

peralatan , jumlah dan saiz perabot dan jumlah murid. Semua aspek-aspek ini perlu

dititikberatkan bagi menjamin keselesaan murid prasekolah dan juga memudahkan

tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penyediaan pelan lantai

prasekolah yang baik harus mempunyai beberapa bahagian penting yang terasing iaitu

bahagian dalam kelas yang merangkumi ruang pembelajaran, ruang dapur,ruang

makan, bilik air, ruang rehat bagi kes kecemasan dan stor. Pelan lantai luar kelas

prasekolah juga perlu di sediakan bagi reka letak alatan permainan untuk taman

permainan kanak-kanak. Masalah utama dalam penyediaan pelan lantai ini ialah saiz

kelas prasekolah yang selalunya tidak begitu luas dan menyukarkan guru untuk

merancang susun atur peralatan dan perabut. Namun begitu guru harus menggunakan

kreativiti tersendiri dalam menghasilkan pelan lantai dan dekorasi yang terbaik untuk

keselesaan murid dan menepati kehendak komponen-komponen pembelajaran.

Page 100: Kualiti pendidikan prasekolah

LATIHAN

Topik ini membincangkan kelayakan dan latihan guru, keseragaman latihan dan naik

taraf profesion guru prasekolah.

PEMUAFAKATAN

Topik ini membincangkan sikap dan budaya komuniti, dasar penglibatan keluarga di

prasekolah dan keyakinan keluarga terhadap prasekolah.

Kebaikan penglibatan keluarga kepada Ibu Bapa

Apabila ibu bapa melibatkan diri di tadika mereka akan mendapat faedah-

faedah yang berikut:

• Mereka dapat melihat tingkah laku kanak-kanak di sekolah.

• Mereka berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi

masalah tingkah-laku kanak-kanak.

Cuba bincang bersama rakan mengenai kelayakan dan latihan guru, keseragaman latihan dan naik

taraf profesion guru prasekolah

Cuba fikir adakah di prasekolah anda, ibu bapa melibatkan diri di dalam program prasekolah. Bagaimanakah bentuk penglibatan tersebut ?

Page 101: Kualiti pendidikan prasekolah

• Mereka dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar

kepada anak mereka selama berada di sekolah.

• Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh

kanak-kanak.

• Mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti

ransangan.

• Mereka dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru.

• Mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

KEBAJIKAN

Topik ini membincangkan sumber-sumber bahan, pembantu pengurusan murid,

persatuan dan ibu bapa yang bekerja.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Topik ini membincangkan komunikasi terhadap kanak-kanak, ibu bapa dan pembantu

pengurusan murid serta masyarakat

KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN

BAGAIMANAKAH ANDA MEMELIHARA HUBUNGAN BAIK ANDA DENGAN PENYUMBANG SUMBER-SUMBER BAHAN,

PEMBANTU PENGURUSAN MURID, PERSATUAN DAN IBU BAPA YANG BEKERJA?

Page 102: Kualiti pendidikan prasekolah

Komunikasi bersama ibu bapa dan masyarakat

Guru prasekolah atau tabika perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan ibu

bapa. Guru perlu mendengar secara aktif bukan sahaja untuk memahami perkataan

yang dilafazkan tetapi apa yang lebih penting ialah memahami perasaan dan menerima

latar belakang kehidupan mereka. Guru hendaklah memahami masalah dan minat

mereka untuk mewujudkan hubungan mesra yang ikhlas dan saling mempercayai

dengan keluarga kanak – kanak supaya guru boleh berfungsi sebagai perantara yang

berkesan diantara kanak – kanak tadika dengan masyarakat. Perkara – perkara yang

perlu dilakukan oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif dengan ibu bapa

termasuklah

• Guru terlebih dahulu mestilah memperoleh maklumat yang lengkap

mengenai ibu bapa kanak – kanak.

• Maklumat lengkap mengenai penglibatan ibu bapa hendaklah

diberikan kepada ibu bapa ketika mereka mendaftarkan anak –

anak mereka untuk menyertai tadika.

• Sekiranya ibu bapa bersetuju untuk menghantar anak mereka ke

tadika maka guru haruslah mengadakan pertemuan untuk

membincangkan falsafah, matlamat serta

pengajaran dan pembelajaran di tadika

• Maklumkan ibu bapa tentang kemajuan anak mereka dari semasa

ke semasa.

• Libatkan ibu bapa dalam majlis – majlis sosial tadika dan penulisan

berita tadika jika ada supaya mereka merasa mereka merupakan

sebahagian daripada tadika.

• Guru hendaklah bertegur sapa dengan ibu bapa yang menghantar dan

mengambil anak mereka. Selain itu peti cadangan dan papan

kenyataan boleh disediakan untuk menggalakkan komunikasi yang

Page 103: Kualiti pendidikan prasekolah

berkesan antara prasekolah dengan ibu bapa.

• Guru harus bersedia dan berkemampuan untuk mengendalikan

kerisauan ibu bapa tentang anak mereka.

• Adakan pertemuan dengan ibu bapa pada permulaan dan akhir

penggal untuk membincangkan isu – isu berkaitan dengan anak mereka.

Guru bertanggungjawab untuk mengekalkan perhubungan/komunikasi yang berkesan

dengan ibubapa secara terbuka. Komunikasi tersebut terdiri daripada dua kategori iaitu:

1. Komunikasi tentang program

2. Komunikasi tentang induvidu kanak-kanak

Ada pelbagai cara untuk mengubungi ibu bapa:

• Maklumkan ibu bapa kemajuan anak mereka dari masa kesemasa melalui

Berita Tadika /newsletter. Selain itu guru juga boleh menggunakan kaedah

berkomikasi yang lain seperti penggunaan telefon atau e – mel atau melalui

perbincangan bersemuka dalam aktiviti tertentu yang melibatkan ibu bapa

seperti berkelah, lawatan ke sekolah serta perjumpaan guru dengan ibu

bapa.

• Libatkan ibu bapa dalam majlis-majlis sosial yang dianjurkan oleh prasekolah

dan penulisan Buletin Tadika agar mereka merasa mereka merupakan

sebahagian daripada tadika.

• Pada awal penggal tadika dibuka berikan maklumat tentang penglibatan

mereka. Guru perlu bertanya kepada ibu bapa tentang anak mereka, jenis

program yang mereka inginkan dan falsafah tadika di mana guru itu berada.

• Adakan perbincangan dengan ibu bapa tentang program di tadika.

Page 104: Kualiti pendidikan prasekolah

• Guru juga perlu bertegur sapa apabila ibu bapa melawat tadika, menghantar

dan menjemput anak mereka. Adakan peti atau kotak cadangan dan papan

kenyataan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi antara guru

dengan ibubapa.

• Guru juga boleh melawat rumah ibu bapa untuk mendapat maklumat yang

lengkap berkenaan dengan kanak-kanak.

• Komunikasi moden seperti penggunaan telefon, E-mail, dan sistem pesanan

ringkas boleh digunakan untuk menghubungi ibu bapa.

• Surat atau nota juga boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan

maklumat-maklumat terkini kepada ibu bapa.

Halangan-halangan komunikasi ibu bapa dengan guru

• Ibu bapa kesuntukan masa dan merasa letih selepas bertungkus-lumus di

pejabat atau tempat kerja.

• Kekurangan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi terkini.

• Kurangnya interaksi mesra antara ibu bapa dengan guru.

• Ada ibu bapa merasa rendah diri kerana wujud perbezaan status sosio

ekonomi, kelulusan akademik dan budaya antara mereka berbanding

dengan ibu bapa yang lain.

• Halangan berkomunikasi contohnya penggunaan bahasa yang berbeza.

CUBA BINCANGKAN BENTUK KOMUNIKASI ANDA SEBAGAI GURU PRASEKOLAH BERSAMA KANAK-KANAK

DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID