13
LAPORAN PROJEK TAMAN SAINS RUMAH HIJAU SEKOLAH KEBANGSAAN SERIAN 1.0 PENDAHULUAN Projek Taman Sains Rumah Hijau merupakan satu ilham daripada Guru Besar SK Serian, Encik Bolhassan Bin Montol dalam memupuk sikap cintakan alam sekitar dan ruangan untuk menyemai dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang sains. Dengan usaha bersama dengan guru-guru pelatih dan guru-guru serta kakitangan sekolah, projek ini bermula sejak 2 Julai 2007 hingga 28 September iaitu sepanjang tempoh praktikum di sekolah ini. 2.0 PERSEDIAAN Projek ini dimulakan dengan persediaan melakar pelan untuk membina taman ini. Perbincangan dan pertukaran idea untuk merancang pelaksanaan taman dan kerja-kerja memulakan projek. Persediaan ini adalah dari segi bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kerja-kerja projek. Bahan-bahan yang dimaksudkan adalah seperti alat-alat cangkul, gunting, kereta sorong, cat, pasu, beg plastik hitam dan sebagainya. Dengan bantuan nasihat guru pembimbing untuk taman ini iaitu Encik Jaafar Sahari, dan guru-guru yang lain turut memberikan sokongan moral yang baik untuk menjayakan projek taman ini.

Laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

LAPORAN PROJEK TAMAN SAINS RUMAH HIJAU

SEKOLAH KEBANGSAAN SERIAN

1.0 PENDAHULUAN

Projek Taman Sains Rumah Hijau merupakan satu ilham daripada Guru Besar SK Serian, Encik

Bolhassan Bin Montol dalam memupuk sikap cintakan alam sekitar dan ruangan untuk

menyemai dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang sains. Dengan usaha bersama

dengan guru-guru pelatih dan guru-guru serta kakitangan sekolah, projek ini bermula sejak 2

Julai 2007 hingga 28 September iaitu sepanjang tempoh praktikum di sekolah ini.

2.0 PERSEDIAAN

Projek ini dimulakan dengan persediaan melakar pelan untuk membina taman ini. Perbincangan

dan pertukaran idea untuk merancang pelaksanaan taman dan kerja-kerja memulakan projek.

Persediaan ini adalah dari segi bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kerja-kerja projek.

Bahan-bahan yang dimaksudkan adalah seperti alat-alat cangkul, gunting, kereta sorong, cat,

pasu, beg plastik hitam dan sebagainya.

Dengan bantuan nasihat guru pembimbing untuk taman ini iaitu Encik Jaafar Sahari, dan guru-

guru yang lain turut memberikan sokongan moral yang baik untuk menjayakan projek taman ini.

3.0 URUTAN KERJA

Rangkuman urutan kerja:

i. Pembersihan tapak taman lama. Tapak taman ini adalah terbiar untuk satu jangka

masa yang agak lama dan telah dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan barang-

barang buangan seperti besi-besi buruk, pasu-pasu yang pecah, wayar, dan kerusi dan

meja yang rosak. Dengan bantuan murid-murid, kerja-kerja juga membersihkan

Page 2: Laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

tanaman-tanaman yang tidak diperlukan serta memecahkan lantai yang mempunyai

simen dengan penukul.

ii. Kerja memasukkan tanah ke dalam beg plastik hitam untuk tanaman semaian bunga

dan tumbuhan. Terdapat seratus beg plastik digunakan sebelum ditanam di pasu.

iii. Selepas itu, kerja-kerja membina semula rak untuk meletakkan plastik semaian. Rak

yang telah siap kemudian dicat dengan warna-warni dan diletakkan dengan plastik

semaian.

iv. Langkah kerja seterusnya adalah mengangkut batu dan pasir serta bata untuk

membina semula kolam ikan yang terdahulu. Kerja-kerja membuat jalan

menggunakan batu juga dilaksanakan. Kerja-kerja ini telah mengambil masa 3 hari

untuk disiapkan.

v. Selepas kolam telah siap dibina. Kolam tersebut diisikan dengan air dan atas

sumbangan daripada murid-murid, ikan-ikan diletakkan di dalam kolam tersebut.

vi. Seterusnya pula, kerja-kerja mengecat giat diusahakan dengan pagar diwarnakan

dengan warna perak dan tiang diwarnakan dengan warna perang.

vii. Setelah kerja-kerja mengecat selesai, proses menggantungkan jala pelindung matahari

dipasangkan di atas taman tersebut sebagai langkah perlindungan daripada pancaran

matahari yang terlalu terik sehingga boleh menjejaskan pertumbuhan pokok bunga

dan ikan.

viii. Kerja-kerja seterusnya adalah menanam pokok bunga ke dalam pasu bunga, setelah

pasu yang ditempah telah tiba. Pasu-pasu yang telah ditanam dengan bunga

kemudiannya dipamerkan di atas rak yang telah disiapkan.

Page 3: Laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

ix. Bahan-bahan yang berkaitan dengan sains juga dipasangkan dan dipamerkan di

dalam taman ini seperti gambar-gambar kitaran kehidupan serangga, proses

fotosintesis, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini adalah sebagai ruangan untuk murid-

murid belajar sesuatu informasi di luar bilik darjah.

x. Pembinaan papan nama adalah salah satu langkah terakhir dalam menyiapkan projek

ini dengan mengecat semula papan-papan yang tidak digunakan dan dihiaskan semula

untuk digantungkan sebagai lambing taman telah boleh dibuka kepada pengunjung.

xi. Langkah terakhir dalam projek taman ini adalah membuat label nama pada tumbuhan

dan meletakkan nama saintifik sebagai panduan.

4.0 CABARAN

Cabaran yang dialami sepanjang menyempurnakan projek ini adalah kerana tidak ada

pengalaman dalam membuat kerja-kerja tanaman. Namun demikian, itu bukanlah penghalang

untuk menjayakan projek ini. Dengan adanya pengetahuan dan nasihat ramai, kerja-kerja

dijalankan dengan pembelajaran daripada kesilapan untuk mempelajari dengan betul menyiapkan

projek ini. Projek ini sebenarnya memerlukan banyak kerahan tenaga seperti mengangkut batu,

bata dan tanah yang berat. Malah ada kerja-kerja yang memerlukan kemahiran dan kreativiti

seperti mengecat dan menghiasi taman. Hasil kerjasama dan perbincangan, maka segala

rintangan telah dapat diatasi dengan jayanya. Selain itu, kerja-kerja projek ini dijalankan selepas

sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu pada waktu petang. Maka, cuaca dan keadaan adalah

sangat panas dan kurang selesa. Itulah cabaran.

5.0 PENGAJARAN DAN DAPATAN HASIL PROJEK

Terdapat banyak proses pembelajaran daripada projek ini, pertama sekali, kepercayaan sebagai

seorang perancang yang baik adalah penting. Jika kita gagal untuk merancang, maka kita adalah

Page 4: Laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

merancang untuk gagal. Perancangan dibuat dengan teliti dengan kemampuan dan keperluan

yang ada di sekolah. Perancangan untuk pelan B juga sangat penting jika pelan A tidak dapat

dilaksanakan.

Selain itu, pengajaran yang dapat diperolehi adalah kerjasama berpasukan. Kerjasama

sangat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu projek. Perbincangan sesame pasukan dan

dengan guru pembimbing serba sedikit amat membantu dalam melihat kelancaran pelaksanaan

kerja. Idea-idea daripada mereka yang berpengalaman telah memberikan satu pengajaran penting

sebagai kejayaan projek.

Disiplin diri yang baik juga merupakan elemen penting yang diperolehi hasil daripada

projek ini. Ia adalah satu asas yang berguna dalam kesungguhan untuk menyiapkan projek

menepati masanya.

6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, projek ini adalah satu latihan dan pembinaan insan melalui pendedahan

kepada corak komunikasi, kerjasama dan kecintaan kepada alam sekitar yang bukan sahaja

kepada diri sendiri tetapi juga kepada murid-murid sekolah. Hasil daripada usaha ini, murid-

murid juga belajar untuk memberikan kerjasama dan bantuan serta nilai yang baik dalam hidup

bermasyarakat. Dengan inspirasi dan teguran Guru Besar, Encik Bolhassan, Guru Pembimbing,

Encik Jaafar Sahari dan Encik Ibrahim serta kakitangan sekolah Encik Pandy Taha, projek ini

telah berjaya disiapkan dan disempurnakan perasmiannya pada 27 September 2007. Atas

sumbangan nasihat dan sokongan moral semua staf sekolah, Projek Taman Sains Rumah Hijau

yang diberikan nama “Our Garden” menjadi mercu pembelajaran yang bermakna dan harus

dicontohi.

Page 5: Laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

7.0 LAMPIRAN

Gambar 1: Sebelum kerja-kerja dimulakan.

Page 6: Laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

Gambar 2: Proses menjalankan projek sedang giat dijalankan.

Page 7: Laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

Gambar 3: Pemasangan Jala Pelindung Matahari dijalankan.

Page 8: Laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

Gambar 4: Penanaman pokok bunga ke dalam pasu.

Page 9: Laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

Gambar 5: Projek Taman Sains Rumah Hijau telah disiapkan.

Page 10: Laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

Gambar 6: Bersama dengan Guru Besar Encik Bolhassan Bin Montol, Penolong Kanan 1 Encik

Mahadi Bin Kemari dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Encik Jaafar Bin Sahari .

Disediakan oleh

(BALDWIN NG SUI HAW)

Guru Praktikum SK Serian

Institut Perguruan Tun Abdul Razak