14
1 Laporan Lawatan Kembara Ilmu 3 ke Jogjakarta , Indonesia Lawatan Kembara Ilmu 3, Pra Universiti, SMK Kota Samarahan telah dijalankan pada 16 September 2015 hingga 21 September 2015. Lawatan sambil belajar Kembara Ilmu merupakan lawatan kali ketiga Pelajar Pra Universiti dan destinasi pilihan pada tahun ini adalah Jogjakarta, kota yang terkenal sebagai kota budaya, kota pendidikan dan Kota Warisan. 16 September 2015 (Rabu) Rombongan bertolak pada 16 September 2015 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Pengetua SMK Kota Samarahan, Pn.Catherine Ritikos@Fiziah Abdullah dan Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Hjh.Aiwaan Bi Alii berkesempatan meluangkan masa sewal jam 8.00 pagi untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan kami yang akan berlepas ke Lapangan Terbang Johor Bahru sebelum terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto, Jogjakarta. Kami tiba di Jogjakarta pada jam 3.00 petang waktu Indonesia. Kami seterusnya menaiki bas dan sampai ke Hotel de Laxston untuk pendaftaran masuk. Kami seterusnya diberi taklimat lawatan oleh Dr.Fartan pegawai yang bertanggungjawab menguruskan kami disana sebelum beredar masuk ke bilik masing-masing. Acara malam tersebut adalah santai bagi kami kerana kami dibenarkan keluar ke pasar Malioboro secara berkumpulan. Pn.Catherine Ritikos@Fiziah Abdullah, Pengetua SMK dan Hj.Aiwan PK.Pentadbiran Mengucapkan selamat jalan kepada peserta lawatan di LTAB Kuching Peserta rombongan tiba di Adisutjipto Airport jam 2.30 petang.

Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

1

Laporan Lawatan Kembara Ilmu 3 ke Jogjakarta , Indonesia

Lawatan Kembara Ilmu 3, Pra Universiti, SMK Kota Samarahan telah dijalankan pada 16

September 2015 hingga 21 September 2015. Lawatan sambil belajar Kembara Ilmu

merupakan lawatan kali ketiga Pelajar Pra Universiti dan destinasi pilihan pada tahun ini

adalah Jogjakarta, kota yang terkenal sebagai kota budaya, kota pendidikan dan Kota

Warisan.

16 September 2015 (Rabu)

Rombongan bertolak pada 16 September 2015 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa

Kuching. Pengetua SMK Kota Samarahan, Pn.Catherine Ritikos@Fiziah Abdullah dan

Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Hjh.Aiwaan Bi Alii berkesempatan meluangkan masa sewal

jam 8.00 pagi untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan kami yang akan berlepas

ke Lapangan Terbang Johor Bahru sebelum terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa

Adisutjipto, Jogjakarta. Kami tiba di Jogjakarta pada jam 3.00 petang waktu Indonesia. Kami

seterusnya menaiki bas dan sampai ke Hotel de Laxston untuk pendaftaran masuk. Kami

seterusnya diberi taklimat lawatan oleh Dr.Fartan pegawai yang bertanggungjawab

menguruskan kami disana sebelum beredar masuk ke bilik masing-masing. Acara malam

tersebut adalah santai bagi kami kerana kami dibenarkan keluar ke pasar Malioboro secara

berkumpulan.

Pn.Catherine Ritikos@Fiziah Abdullah,

Pengetua SMK dan Hj.Aiwan PK.Pentadbiran Mengucapkan selamat jalan kepada peserta lawatan di LTAB Kuching

Peserta rombongan tiba di Adisutjipto Airport jam 2.30 petang.

Page 2: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

2

17 September 2015 (Khamis)

Sewal jam 8.00 pagi, rombongan kami menaiki bas untuk ke destinasi lawatan pertama iaitu

Institut Seni Indonesia (ISI). ISI merupakan sebuah institusi seni yang terkenal kerana disini

merupakan institusi kesenian yang menghimpunkan pelbagai ilmu kesenian dari seni

tradisonal kepada seni moden. Rombongan kami sempat menyaksikan latihan tarian sebelum

acara rasmi bermula. Pada jam sekitar 9.30 pagi, Majlis bermula dengan ucapan oleh pihak

ISI iaitu Pembantu Dekan 2 Fakultas Seni Pertunjukan Dra. Tri Susilowati. Kami

diterangkan mengenai program-program yang ditawarkan sebelum ucapan oleh Penolong

Kanan Ting. Enam En.Yatiman Bin Karsodikromo. Pada majlis ini acara pertukaran budaya

dijalankan dengan pihak ISI mempersembahkan Tarian Etnik Jawa dan dibalas dengan

Persembahan Tarian Etnik Sarawak oleh Pelajar SMK Kota Samarahan. Kemuncak acara

adalah pertukaran cenderamata antara pihak ISI dan SMK Kota Samarahan. Kami sempat

bergambar beramai-ramai sebelum melwat fakulti-fakulti seni seperti Fakulti Seni Muzik dan

Seni Teater.

Para peserta mendengar taklimat dari agen pelancongan.

Sebahagian peserta menikmati suasana malam di pasar Malioboro

Para peserta merakamkan gambar kenangan di hadapan pintu masuk Institut Pendidikan Seni Indonesia, Yogjakarta

Page 3: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

3

Kenangan bersama kumpulan kebudayaan Institut Seni Indonesia

Menyaksikan latihan seni tari pelajar-pelajar ISI

Persembahan yang menghiburkan dari pelajar-pelajar ISI. Bukan sekadar persembahan malah mempunyai cerita disebaliknya

Pelajar SMK Kota Samarahan mempersembahkan tarian etnik Sarawak sebagai sajian di ISI.

Hjh.Nurmawati dan peserta kebudayaan merakamkan kenangan

Page 4: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

4

Setelah makan tengah hari dan solat Zohor, kami dibawa pula ke pusat Kraftangan Manding

iaitu pusat pembuatan Industri Kulit (Leather Industri). Kami berpeluang membeli barangan

kulit hasil kreativiti penduduk tempatan. Kami seterusnya dibawa ke Pantai Parangtritis pada

jam 4.30 petang. Kami seronok kerana berpeluang bersiar-siar dipantai, menaiki kuda dan

motorbike walaupun dengan dikenakan sedikit bayaran. Kami kemudian balik ke hotel

penginapan kami pada jam 7.00 malam.

En.Yatiman Bin Karsodikromo, Penolong Kanan Ting.Enam SMK Kota Samarahan selaku ketua rombongan menyampaikan cenderamata kepada dr.Tro Susilowati, Pembantu Dekan Dua Fakuti Seni ISI

Para peserta bersantai di Pantai Parangtritis

Page 5: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

5

18 September 2015 (Jumaat)

Lokasi kami pada hari ini ialah Gunung Kidul. Disini kami mengikuti aktiviti air di Gua

Pindul. Gua Pindol yang terletak di Gunung Kidul merupakan tapak bersejarah yang diwarnai

cerita legenda. Asalnya adalah legenda Joko Singlulung yang mencari ayahnya sehingga

terhantuk kepala pada gua hingga meyebabkan “Pipi Kebendul” dalam bahasa Jawa yang

bermaksud bengkak membonjol lalu di sebut Gua Pindul. Kami berkesempatan menulusuri

gua (cave tubing) sepanjang 350 meter dan seterusnya menelusuri Sungai Oyo. Aktiviti sukan

air ini bukan sahaja mencabar malah kami disajikan dengan cerita-cerita yang terdapat di

dalam gua tersebut. Kami seterusnya ke Pantai Baron sebelum ke Pantai Indrayanti.

Aktiviti sukan air di Goa Pindul menyeronokkan para peserta lawatan. Menulusri Gua Pindul denga n

dilatari cerita-cerita lagenda.

Sebahagian peserta mengambil peluang menaiki kuda dan Motorbike dibibir pantai Lautan Hindi

Page 6: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

6

19 September 2015 ( Sabtu)

Hari ini merupakan distinasi yang kami tunggu-tunggu…Candi Borobudur dan Prambanan.

Selama ini kami hanya mempelajari di buku-buku Sejarah, seumpama dalam mimpi akhirnya

kaki kami menjejak destinasi bersejarah ini. Kami teruja sebaik melihat kegagahan binaan

konkrit Borobudur yang dibina sekitar abad ke-12 hingga abad ke-14 ini. Ditemani Pn.

Aisyah sebagai pemandu pelancong, kami dibawa melawat dan diterangkan satu persatu

mengenai candi Borobudur yang mengungkapkan teori Buddha. Pembelajaran kami

mengenai candi Borobudur bertambah lengkap selepas menjejakkan kaki disini. Banyak

perkara yang tidak jelas didalam kelas telah kami perolehi secara nyata. Lawatan ini benar-

benar memberi gambaran tepat.

Candi Borobudur mengujakan para peserta. Selain binaan yang mengkagumkan kami juga mendapat maklumat yang lebih mendalam mengenai Sejarah Borobudur

Satu lagi aktiviti sukan air yang kami jalankan di Sungai Oyo

Page 7: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

7

Pada jam 12.35 petang, kami bertolak ke Kaliurang. Kami menaiki Jeep untuk Volcano Tour

dan dibawa ke perkampungan yang musnah disebabkan letusan Gunung Merapi. Kami dapat

merasai kesan letupan yang dasyat melalui kesan-kesan peninggalan yang ada. Kami juga

berkesempatan bergambar pada batu yang menyerupai bentuk muka mausia dan bergambar

berlatarbelakangkan gunug Merapi tempat Bah Merijan penjaga gunug yang terkorban

itu.Aktiviti seterusnya adalah melawat Candi Prampanan pada jam 3 petang , satu lagi mercu

tanda tinggalan Sejarah. Pada sebelah malam kami dikumpulkan di Hotel untuk acara

penyerahan cenderamata pihak agansi pelacungan yang menguruskan kami.

Para peserta merakamkan kenag-kenangan di hadapan Candi Borobudur

Aktiviti menaiki “Jeep” untuk ke Gunung Merapi juga memberi cabaran kepada peserta lawatan.

Page 8: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

8

Se…ma…ngat…..para peserta dengan slogan siap sedia berkonvoi ke lokasi Gunung Merapi

Batu menyerupai wajah manusia, kesan tinggalan akibat letupan gunung berapi memusnahkan sebuah perkampungan berdekatan.

Page 9: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

9

Para peserta merakamkan kenangan berlatar belakangkan gunung Merapi

Page 10: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

10

20 September 2015 (Ahad)

Hari ini rombongan kami di bawa ke Kota Gede (Silver Industry), Kedai Bakpia dan

seterusnya ke Kraton istana Raja-Raja Jawa. Disini kami dibawa oleh pemandu pelacong

yang menceritakan pakaian-pakaian tradisi raja-raja Jawa. Kami juga dibawa melawat istana,

diterangkan tentang keturunan Raja-Raja Jawa, Istana Taman Sari.

Melawat Kota Gede Silver Industri, hasil kraftangan yang halus dan bermutu tinggi

Sebahagian peserta merakamkan kenangan di hadapan istana Kraton Jogjakarta

Page 11: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

11

Setelah selesai, kami bertolak ke Benteng Vanderburg untuk melihat Sejarah perjuangan

Indonesia mencapai kemerdekaan. Benteng Vanderburg merupakan muzium yang

mempaparkan sejarah perjuangan rakyat Indonesia menentang penjajahan Belanda. Kami

seterusnya dibawa ke Pasar Beriung Harjo untuk membeli belah. Pada sebelah malam kami

berkumpul di Alun-Alun Kidul berhadapan istana Kraton. Melalui ditengah-tengah dua

pohon beringin sambil ditutup mata merupakan acara yang sukar dijelaskan keajaibanya

kerana walaupun jarak antara dua beringin jauh tetapi ramai yang gagal melepasinya. Ia

menjadi tanda tanya dalam kalangan kami kenapa gagal melalui pohon tersebut. Hanya

beberapa peserta berjaya melepasinya. Kami juga menyaksikan kreativiti masyarakat Jogja

menghiasai kereta beca berhias mewarnai malam-malam di Alun-Alun Kidul.

Lawatan di sekitar Kraton tempat Raja-Raja Jawa bersemayam

Page 12: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

12

21 september 2015 (Isnin)

Selama 5 hari di Jogjakarta amat tidak terasa masa berlalu. Kami mula check out dari Hotel

untuk ke Lapangan terbang Adisujipto pada jam 10.00 pagi. Penerbangan kami ke Senai,

Johor Bahru dan berlepas ke Kuching pada jam 8.00 malam dan tiba pada jam 9.30 malam.

Kembara Ilmu 3 telah berjaya memberi kami pengalaman baru dalam kehidupan malah

membolehkan kami lebih memahami sejarah yang kami pelajar. Kami mengucapkan terima

kasih kepada pemandu pelancong kami di Jogjakarta.

Suasana malam di Alun-Alun Kidul hadapan Kraton. Peserta mencuba nasib melepasi dua pohon beringin

Pak Andre…..Siti Aisyah…. Antara pemandu pelancong kami. Layanan yang hebat dari mereka. Terimakasih .

Page 13: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

13

Page 14: Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta

14

Diakhirnya kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penderma budiman

iaitu Yb.Dato Haji Len Latif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, YB Dato Sri

Haji Mohammad Ali Bin Mahmud, Adun N13 Muara Tuang, Pengurus Sumbangan Aneka,

En.Azahari Bin Aliman Sarawak Energy Berhad, Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Kota

Samarahan, STU Bahagian Samarahan dan lain-lain yang menyumbang dalam menjayakan

lawatan ini.

Disediakan oleh Yatiman Bin Karsodikromo

Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Kota Samarahan