Upload
east-smile
View
4.608
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
LARIAN 1 MURID 1 SUKAN
SK LEMBAH JABOR 2012
26 FEBRUARI 2012 ( AHAD )
1. PENGENALAN
1.1 Aktiviti Larian 1M 1S yang dijalankan ini diharapkan akan dapat disertai oleh
100% warga SK Lembah Jabor. Aktiviti ini yang dijalankan dalam bentuk
pertandingan antara 3 pasukan rumah sukan. Johan hingga tempat ke-20 akan menerima
hadiah mengikut kategori. Mata akan diberikan kepada rumah masing-masing.
2 . OBJEKTIF
2.1 Memperkembangkan potensi setiap warga SK Lembah Jabor dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti
sukan secara positif.
3 . MATLAMAT
3.1 Menambah lagi bilangan penyertaan pelajar dan guru serta staf ke arah intergrasi Nasional.
3.2 Membina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan Konsep Kegairahan Bersukan
(Passion of Sport ).
4 . KONSEP
4.1 Dijalankan pada : 26 Februari 2012
4.2 Jarak : a) Tahap 1 = 2.5 KM
b) Tahap 2 =5.0 KM
4.3 Garisan mula : Pintu masuk utama SK Lembah Jabor
4.4 Garisan tamat : Padang SK Lembah Jabor
4.5 Format : Berbentuk pertandingan antara 3 pasukan
4.6 Hadiah : 3 pelari terpantas setiap kategori
17 pelari terpantas seterusnya
Jumlah setiap kategori ialah 20 (L/P-AB)80 hadiah
4.7 Pakaian : Pakaian sukan
5 . PENYERTAAN
5.1 Penyertaan semua pelajar dan guru sebagai pegawai pengelola KECUALI atas
arahan kesihatan.
5.2 Pendaftaran dikira melalui kehadiran pelajar yang akan diambil oleh guru kelas.
6 . KESELAMATAN
6.1 Menghubungi : Balai Polis Jabor, Klinik Desa, RELA, JKKK Kg Perasing Jaya
makluman kerana melibatkan keselamatan jalan raya dan
keselamatan awam.
6.2 Menubuhkan : Unit Peronda Bermotorsikal (UPB ) untuk mengiringi
peserta dan Pegawai Check Point.
6.3 Tambahan : 2 Ajk PIBG akan dibahagikan di setiap Check Point
tujuan keselamatan.
7 . HADIAH
7.1 Jumlah hadiah yang disediakan ialah sebanyak 80.
7.2 Satu mata kemenangan tertentu akan diberikan kepada peserta yang sampai ke garisan
penamat.
7.3 Pengiraan mata :
Johan = 7 Mata
Naib Johan = 5 Mata
Ketiga = 3 Mata
Ke-4 - Ke-10 = 2 Mata
Ke-11 – Ke-20 = 1 Mata
7.4 Pasukan rumah yang mengutip mata terbanyak dianggap sebagai JOHAN KESELURUHAN.
8 . ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 PIBG dan wang sukan / PJK
1. Peralatan = RM 200.00
2. Hadiah Tahap 1
~ Lelaki
(No 1 - No 20) RM 4.00 x 20 hadiah = RM 80.00
~ Perempuan
(No 1 – No 20) RM 4.00 x 20 hadiah = RM 80.00
Jumlah = RM 160.00
3. Hadiah Tahap 2
~ Lelaki
(No 1 - No 20) RM 4.00 x 20 hadiah = RM 80.00
~ Perempuan
(No 1 – No 20) RM 4.00 x 20 hadiah = RM 80.00
Jumlah = RM 160.00
6. Makan & Minum Murid RM 2.00 x 130 orang = RM 260.00
7. Makan & Minum Pegawai RM 3.00 x 50 orang = RM 150.00
9. Belanja Luar Jangka = RM 300.00
JUMLAH KESELURUHAN = RM 1230
9 . PELAKSANAAN
9.1 Dijalankan pada : 26 Februari 2012 (Ahad)
Masa berhimpun : 7.45 pagi
Masa pelepasan : 9.00 pagi
Pelepasan oleh : En Aziman Bin Yusof Penghulu Mukim Jabor, Kemaman.
9.2 Aturcara Majlis
7.30 pg : Mengambil kedatangan oleh guru kelas: Taklimat Larian
8.00 pg : Ketibaan Tetamu Jemputan : Bacaan Doa
8.15 pg : Ucapan Guru Besar: Ucapan YDP PIBG
8.30 pg : Perasmian Larian 1M 1S ( En Aziman Bin Yusof )Penghulu Mukim Jabor, Kemaman.
9.15 pg : Pegawai Check Point mengambil kedudukan
9.00 pg : Senam robik : Pelepasan peserta Larian 1 Murid 1 Sukan
10.30 pg : Majlis Penyampaian Hadiah( En Ghazali Bin Ismail )Pengerusi JKKK Kg Perasing Jaya, Jabor
11.00 pg : Kudapan
11.30 pg : Aktiviti Gotong-Royong
1.00 ptg : Bersurai
10. PENUTUP
10.1 Adalah diharapkan aktiviti ini akan menepati matlamat dan objektif yang digariskan.
10.2 Keselamatan peserta adalah diutamakan.
10.3 Kerjasama daripada semua pihak diucapkan terima kasih.
“MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA “
AHLI JAWATANKUASA INDUK
LARIAN 1 MURID 1 SUKAN SK LEMBAH JABOR 2012
26 FEBRUARI 2012 ( AHAD )
PENASIHAT : En Wan Adnan Bin Wan Muda (Guru Besar SKLJ)
PENGERUSI : En Marzuki Bin Jusoh@Mamat (GPK KO)
NAIB PENGERUSI : 1) En Mohd Jupiter Bin Md Sidek (GPK 1)
2) En Khaniro Bin Mat Ali (GPK HEM)
SETIAUSAHA : En Ismail Bin Kasim
KETUA RUMAH SUKAN : BIRU - En Khaniro Bin Mat Ali
MERAH - En Marzuki Bin Jusoh@Mamat
HIJAU - En Mohd Jupiter Bin Md Sidek
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA TEKNIK DAN KEPEGAWAIAN
LARIAN 1 MURID 1 SUKAN SK LEMBAH JABOR 2012
26 FEBRUARI 2012 ( AHAD )
JK Sambutan /Protokol : En Wan Adnan Bin Wan Muda
JK Teknikal : En Marzuki Bin Jusoh@Mamat
JK Laluan Larian/ Padang : 1) En Ismail Bin Kasim
2) PIBG
3) Pekerja Swasta
JK Jemputan/Hebahan : 1) En Mohd Jupiter Bin Md Sidek
2) PIBG
JK Jamuan Pegawai : 1) Pn Wan Robaha Binti Wan Ngah
2) PIBG
JK Jamuan Murid : 1) Pn Suwaibah Binti Ahmad
2) Kantin Sekolah
JK Buku Program : Pn Nor Fazlin Binti Ghousuf
JK Dokumentasi : En Muhamad Yushadi Bin Mat Yusof
JK Pegawai Penamat : 1) Pn Asma Laila Binti Ismail
2) PIBG
JK Chek Point :1) En Shakti Ganes a/l Somonaidoo (K)
2) Pn Siti Azhani Binti Abu Bakar
3) PIBG
JK Juruacara Majlis : Cik Faizatul Ashikin Binti Chik
JK Rawatan Kecemasan : 1) En Izran Bin Mohd Nor
2) PIBG
JK Keselamatan Jalanraya : 1) En Lokman Hakim Bin Ramli
2) PIBG
JK Kebersihan : 1) En Khaniro Bin Mat Ali
2) Pekerja Swasta
JK Hadiah : Pn Halimah Binti Ab Majid
JK Kawalan Murid : Semua GPK
Semua Guru
Disediakan oleh : Disahkan oleh:
…………………………. ………………………….(ISMAIL BIN KASIM) (WAN ADNAN BIN WAN MUDA)Setiausaha Sukan Guru Besar Sk Lembah Jabor Sk Lembah JaborKemaman Kemaman