Upload
ivy-wong
View
828
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Makanantradisional
Makanan tradisional
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi
orang Malaysia terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak
merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan
santan kelapa, bagi menambah rasa
lemaknya. Daun pandandimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi
menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan
bilis goreng, kacang tanah goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak
dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad
kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang
digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat biasanya
dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya
Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang
dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut
dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti di Kajang.
Ketupat ialah sejenis hidangan
daripada nasi atau pulut yang
dibungkus dengan daun kelapa dan
direbus dalam periuk yang terkenal
di Malaysia,Indonesia serta beberapa
negara Asia Tenggara lain.
Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi.
Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk
pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu
biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah
dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah
sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta
dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh
juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain
ketupat nasi atau nasi himpit.
Kuih bakul, nian gao atau
kuih Tahun Baru
Cina ialah makanan Cina yang
diperbuat daripada pulut.
Sungguhpun boleh dimakan bila-
bila masa, secara tradisi kuih ini
paling laris dimakan ketika
sambutan Tahun Baru Cina.
Memakan kuih bakul dipercayai
membawa tuah pada masa
perayaan ini kerana nian gao juga
membawa erti "setahun lagi
kehidupan, setingkat lagi
kemajuan"
Bakcang dibuat dari beras ketan
sebagai lapisan luar; daging, jamur,
udang kecil, seledri, dan jahe
sebagai isi. Ada juga yang
menambahkan kuning telur asin.
Untuk perasa biasanya ditambahkan
sedikit garam, gula, merica,
penyedap makanan, kecap, dan
sedikit minyak nabati.
Tentunya yang tidak kalah penting
adalah daun pembungkus dan tali
pengikat. Daun biasanya dipilih
daun bambu panjang dan lebar yang
harus dimasak terlebih. Bakcang
biasanya diikat berbentuk segitiga.
Secara tradisi, tangyuan dimakan
ketika perayaan Yuanxiao, atau Chap
Goh Meh. Nama ini secara
harfiahnya bermaksud "Selamat
malam pertama", memandangkan ia
adalah Bulan purnama pertama
selepas Tahun Baru Cina, selalunya
merupakan bulan baru.Bagi
kebanyakan keluarga Cina di tanah
besar China dan luar negara,
tangyuan biasanya dimakan bersama-
sama dengan keluarga. Bentuk bulat
bola dan makan dengan mangkuk
melambangkan kebersamaan
keluarga.
Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang
resepinya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu.
Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Murukku adalah makanan ringan yang
sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat
dari Tepung Kacang Ulunthu dhal dan Tepung beras dan perasanya
bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas
mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau
pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara
menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.
Kari adalah nama untuk
berbagai jenis makanan yang
dimasak dengan rempah-
rempah hingga mempunyai
rasa tajam dan pedas.
Bumbu dan rempah-rempah yang digunakan untuk membuat kari
sangat beragam dan tidak terbatas
pada ketumbar, kunyit, merica, cabai, bubukpaprika, jintan, kayu
manis, kapulaga, bunga lawang, kelabet, adas manis, daun salam
koja, dan cengkeh. Jenis rempah-rempah yang digunakan bergantung
jenis kari dan negara asal masakan. Bubuk kari (curry powder)
adalah campuran dari berbagai jenis bumbu dan rempah yang
pertama kali dibuat oleh orang Inggeris pada zaman Kemaharajaan
Britania kerana rindu dengan kari India.
Roti canai atau roti jenis leper yang
berbentuk bulat ini, merupakan satu
makanan kegemaran kepada semua
kaum di Malaysia.
Ia dimakan sebagai makanan pagi,
tengahari, petang, dan malam
dimakan bersama dengan teh tarik,
atau teh ais.Biasanya dihidangkan
dengan kuah dal atau parpu
dengan sambal ikan bilis atau
kari ikan.
Makanan tradisional
1:30 p.m.