Author
mashran-saudin
View
140
Download
3
Embed Size (px)
KAJIAN KURANG MINAT MEMBACA DIKALANGAN PENDUDUK KAMPUNG SETERPA, KOTA BHARU, KELANTAN.Provided by: Mashran Saudin & Abd Rahim Osman (MHRD/UPM)1.0 PengenalanBelajar ketika zaman bekerja tidak sama dengan belajar semasa zaman kanak-kanak atau dengan bahasa mudahnya zaman persekolahan dan juga zaman universiti, sebab cabarannya adalah berlainan, ketika kita dibangku persekolahan cabaran kita adalah dari segi bangun pagi pergi ke sekolah, masuk ke kelas dan mendengar apa yang diajar oleh guru, selepas itu guru memberi latihan dan kita akan membuat latihan dalam kelas, jika tidak siap kita akan membawa latihan yang diberikan oleh guru untuk siapkan di rumah, jika siap maka selesailah segala masalah. Jika tidak siap maka keesokan harinya terpaksalah didenda oleh guru yang memberi latihan tersebut. Dan itulah cabaran zaman persekolahan dalam proses pembelajaran tanpa memikirkan masalah lain kerana masalah-masalah lain akan diselesaikan oleh ibu bapa kita tidak kira dari segi masalah kewangan dan sebagainya. Berbeza pula apabila kita yang ingin meneruskan pengajian di zaman dewasa kerana cabaranya adalah terlalu banyak serta setiap masalah kita mestilah selesaikan dengan diri sendirinya tanpa boleh bergantung dengan orang lain.
Zaman dewasa cabaran meneruskan pembelajaran adalah terlalu banyak contohnya seperti kekangan masa, ini disebabkan oleh masa yang kita ada adalah terhad kerana komitmen kita adalah tinggi pada masa tersebut. Antara komitmen masa yang boleh dinyatakan disini adalah seperti komitmen masa pada waktu kerja, kebiasaannya orang dewasa terpaksa menghabiskan masa bekerja 8 jam sehari, selepas itu terpaksa memberikan masa pada keluarga dan sebagainya. Persoalannya berapa banyak masa yang mampu diberikan kepada pembelajarannya jika ia menyambung pengajian dan sebagainya, tidak kisah la ia secara formal atau tidak formal, jadi cabarannya adalah sangat tinggi dalam memberi komitmen masa kepada pembelajaran ketika di waktu dewasa. Cabaran lain yang dapat dijelaskan disini adalah seperti kekanggan kewangan, ini disebabkan segala perbelanjaan terpaksa ditanggung sendiri oleh kita jika ingin meneruskan pembelajaran kita ketika dewasa tidak kisahlah secara formal atau tidak formal kerana setiap perkara memerlukan duit. Oleh sebab demikian, pendapatan kita terpaksa kita bahagikan antara perbelanjaan keluarga, ibubapa, ansuran kereta, sewa rumah dan sebagainya. Jika kita meneruskan pembelajaran maka kita akan menambah lagi satu kos dalam pendapatan bulanan kita iaitu yuran pengajian, kos buku, alat tulis, perjalanan pergi dan balik tempat pengajian dan sebagainya. Jika kita tidak mampu dari segi kewangan maka boleh dikatakan kita tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran.
Jadi apa yang boleh kita perkatakan adalah cabaran pembejaran masa dewasa adalah sangat banyak dan rumit berbanding cabaran ketika di zaman remaja. Namun begitu terdapat banyak kelebihan orang dewasa dalam bab belajar kerana beberapa faktor tertentu seperti yang digariskan oleh Knowles (1990) (dalam Daffron (2012) seperti keperluan mengetahui dimana orang dewasa suka untuk mengaitkan pembelajaran mereka kepada kehidupan. Mereka lebih tertarik kepada bentuk pembelajaran aktif yang mempunyai makna dan tujuan.
Berbeza dengan kanak-kanak, mereka mempunyai peluang yang terhad untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam konteks kehidupan sebenar. Orang dewasa juga ada motivasi untuk belajar kerana bagi mereka untuk mendalami sesuatu ilmu melalui pembelajaran daripada pendorong luaran seperti kenaikan pangkat dan gaji yang tinggi. Walaubagaimanapun, pendorong dalaman merupakan faktor yang paling berpengaruh dalam pembelajaran mereka. Faktor-faktor dalaman adalah seperti kualiti kehidupan. Faktor dalaman inilah yang meningkatkan motivasi dan keinginan untuk meningkatka kualiti kehidupan kerana dengan adanya tahap pembelajaran bermakna mereka telah maju satu tapak kehadapan. Perkara lain yang mendorong untuk orang dewasa meneruskan pembelajaran mereka walaupun cabaran yang besar adalah kesediaan untuk belajar, peranan pengalaman orang dewasa, konsep kendiri orang dewasa dan akhir sekali orientasi kepada pembelajaran. Tetapi apa yang ingin dibincangkan dalam penulisan ini bukanlah kelebihan yang mendorong orang dewasa untuk belajar tetapi akan mengungkitkan isu cabaran penduduk kota bharu amnya dan kampong seterpa khasnya dalam menghadapi pembelajaran dewasa. Dengan erti kata mudah, Program Pendidikan Dewasa di Malaysia mampu menyelesaian isu utama rakyat Malaysia dalam mendapatkan pendidikan dewasa.
2.0 Isu Dan Cabaran Program Pendidikan Dewasa MalaysiaPerkara utama yang ingin dibincangkan dalam penulisan ini adalah kemampuan program pendidikan dewasa di Malaysia dalam menyelesaikan masalah kurang minat membaca dikalangan penduduk kota bharu amnya dan penduduk kampung seterpa khasnya. Mengenai cabaran utama masyarakat Malaysia didalam pembelajaran dewasa. Dalam kehidupan bermasyarakat pendidikan tidak formal telah berlaku sejak zaman berzaman lagi sebagai pusingan untuk meneruskan kehidupan dikenali sebagai pendidikan seumur hidup. Perubahan yang berlaku di era globalisasi di mana ekonomi berteraskan ilmu pengetahuan menjadikan pendidikan dewasa di Malaysia sebagai agenda kerajaan untuk mencorak modal insan mengikut acuan semasa. Walaupun kadar celik huruf tinggi dan masyarakat Malaysia pandai membaca, menulis dan mengira tetapi kita dapati mereka kurang berminat dan bersemangat untuk membaca bagi meluaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran mereka. Banyak institusi yang telah mempelopori kursus pembelajaran sepanjang hayat namun tidak ada perubahan yang ketara untuk mengubah persepsi negatif ini. Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk membudayakan ilmu di dalam masyarakat bagi minat membaca dikalangan mereka serta mewujudkan tahap pendidikan yang baik di negara kita yang kita lihat semakin hari semakin merosot.
Kita kembali kepada konsep pembelajaran dewasa sebelum kita pergi lebih jauh lagi tentang cabaran pembelajaran dewasa, konsep pembelajaran dewasa telah dirumuskan secara sistematis sejak sekian lama, boleh dikatakan semenjak awal tahun sembilan belas dua puluhan lagi. Boleh dikatakan pembelajaran dewasa adalah suatu proses yang menumbuhkan keinginan untuk bertanya dan belajar secara berkelanjutan sepanjang hidup. Bagi orang dewasa belajar berhubungan dengan bagaimana mengarahkan diri sendiri untuk bertanya dan mencari jawabannya (Pannen dalam Supriantono, 2008).
Supriantono mendefinisikan pendidikan orang dewasa adalah keseluruhan proses pendidikan yang diorganisasikan apapun isi, tingkatan, metodenya, baik formal atau tidak, yang melanjutkan maupun menggantikan pendidikan semula di sekolah, akademi dan universiti latihan kerja, yang membuat orang yang dianggap dewasa oleh masyarakat mengembangkan kemampuannya, memperkaya pengetahuannya, meningkatkan kualifikasi teknis atau profesionalnya, dan mengakibatkan perubahan pada sikap dan perilakunya dalam persfektif rangkap perkembangan peribadi secara utuh dan penyertaan dalam pengembangan sosial, ekonomi, dan budaya yang seimbang dan bebas.
Pendidikan yang bersifat liberal atau terbuka yang diadakan di waktu kelapangan yang seseorang dewasa boleh memperbaiki dan meluaskan pengetahuan, kemahiran atau hobinya. Coles (1972) dlm Ibrahim (1992; 78) mentakrifkan pendidikan dewasa sebagai pendidikan untuk orang dewasa lelaki dan perempuan bagi memenuhi keperluan dan minat yang pelbagai menurut tahap kebolehan dan kefahaman dan bagi mengisi perubahan peranan dan tanggungjawab dalam kehidupan. Dalam konteks Malaysia, pada tahun 1960-an pendidikan dewasa mempunyai objektif utama untuk membasmi buta huruf di kalangan kaum dewasa, khususnya mereka di kawasan luar bandar.
Pendidikan dewasa telah memperkenalkan bidang objektif yang luas dan didefinisikan seperti berikut, semua aktiviti pembelajaran yang diikuti adalah bertujuan untuk menambah pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan tahap kecekapan setiap orang, atau perspektif yang ada hubungan dengan pekerjaan(European Commission, 2001). Cabaran yang sedang ditangani oleh kerajaan Malaysia ialah untuk membenteras buta huruf dikalangan orang-orang dewasa. Kumpulan ini tidak berpeluang mengikuti pembelajaran formal diperingkat kanak-kanak dan remaja disebabkan oleh faktor penjajahan, kemiskinan dan persekitaran yang jauh dari pembangunan. Kita berasa sungguh bangga kerana mendapat pengiktirafan oleh badan antara bangsa seperti UNESCO kerana kadar buta huruf merupakan yang terendah di dunia.
Disebaliknya sikap kurang membaca dikalangan rakyat negara ini sangat ketara apabila diberitahu bahawa hanya membaca purata setengah halaman dalam setahun. Sufean Hussin (2004) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada masyarakat kita pandai membaca, pandai menulis dan pandai mengira tetapi mereka tidak ada minat dan semangat membaca untuk meluaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran mereka. Sistem pendidikan selalu dilihat sebagai proses pembudayaan atau pemasyarakatan (Abd. Rahim, 2003). Nampaknya selepas 50 tahun kemerdekaan masyarakat masih kurang membaca, dimanakah silapnya?
Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk membudayakan ilmu di dalam komuniti setempat. Membudaya di sini membawa maksud supaya menjadi amalan dalam hidup. Natijahnya akan berlaku sesuatu perubahan dalam kehidupan hasil dari pemerolehan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Inilah budaya yang hidup subur dan berkembang di negara maju. Banyak lagi yang perlu dilihat dan dipertontonkan kepada kita mengapa barat berjaya membudayakan ilmu sedangkan masyarakat kita masih meraba-raba menuju kearah yang sama. Persoalannya disini, apakah masalah utama yang menyebabkan mereka kurang minat membaca, adalakah bahan bacaan yang ada kurang berkualiti? Atau adakah bangsa ini tidak mampu mengubah kehidupan yang baik kepada yang lebih baik sedangkan dunia pada masa kini semakin hari semakin berkembang dan masyarakat kita akan sentiasa akan ketingalan jauh. Persoalannya masih adakah langkah-langkah yang dapat mengubah budaya yang kurang membaca kepada yang rajin memabaca, sudah semestinya setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya.
Sampai bilakah kita mahu membiarkan masyarakat kita digelar masyarakat yang tidak mengutamakan ilmu pengetahuan, terpaksa menerima gelaran masyarakat primitif atau andaian katak di bawah tempurung. Budaya ilmu juga memungkinkan kewujudan sebuah masyarakat yang mempunyai padangan dunia yang lebih luas, iaitu pemikiran yang lebih terbuka. Dari persfektif yang lain pendidikan semestinya dijadikan satu proses yang berterusan dalam kehidupan setiap insan. Pendidikan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan generasi akan datang serta pencapaian objektif negara. Semakin maju sesebuah negara maka semakin meningkat permintaan untuk tenaga mahir dan yang berpengetahuan. Tidak boleh dinafikan bahawa budaya membaca merupakan wahana utama bagi menerap idea-idea baru, teknologi terkini, dan menerapkan kepakaran dalam masyarakat.
Jika kita lihat pada masyarakat Malaysia pada hari ini kita dapati bukan agenda utama mereka dalam membudayakan membaca dalam kehidupan harian mereka berbanding dengan masyarakat lain. Tetapi satu kelebihan masyarakat kita, kita dapati mereka cenderong kepada budaya minat untuk mendengar kuliah dan ceramah-ceramah di masjid dan sebagainya. Dengan budaya yang bagus sebegini bolehlah kita dedahkan atau memberi suntikan semangat untuk menghidupkan budaya membaca dikalangan mereka.
Disamping itu, sebilangan besar tanggapan masyarakat terhadap mutu pendidikan di negara kita, Malaysia ialah kegagalan mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Kalaulah pandangan ini diterima pakai sebagai ukuran, maka sampai bila pun kita tidak mampu meletakkan mutu pendidikan separas dengan negara maju di dunia. Minat untuk mempelajari sesuatu merupakan sifat yang utama dalam pembangunan modal insan. Individu atau pekerja yang berminat ialah pekerja yang produktif (Mahmood Nazar, 2005). Hal ini bertentangan dengan realiti akibat kurang berminat untuk menambah ilmu pengetahuan, kita dapati ramai rakyat Malaysia terutamanya suri rumah tidak mempunyai pengetahuan teknologi dan lebih bergantung kepada pihak lain. Misalnya, sebagai pengguna peralatan elektrik dirumah mereka tidak pandai membaiki peralatan yang rosak walau pun diperingkat yang asas sahaja. Petunjuk ini amat berbeza dengan ketara jika dibandingkan dengan suri rumah di negara maju yang mempunyai pengetahuan asas dari aspek teknologi yang memungkin mereka tidak bergantung kepada pihak lain. Perubahan pada tahap individu ini bergantung kepada penguasaan kemahiran baru, pembentukan sikap baru, serta pembentukan pemahaman baru, Ini seharusnya merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat yang kurang diamalkan oleh suri rumah di negara ini.
3.0 Sasaran KajianKajian ini dijalankan terhadap beberapa orang di Perkampungan Seterpa, perkampungan seterpa terletak di bawah daerah kota bharu. Jarak kampong seterpa ke pusat Bandar ialah 20 km. perkampungan seterpa mempunyai penduduk seramai 18 ribu orang dengan keluasan 15000 hektar. Penduduk disisi majoriti bekerja sendiri seperti petani, peniaga, tukang rumah dan sebagainya. Manakala sebilangan kecil daripada mereka adalah kakitangan awam.
4.0 Faktor-Faktor Utama Kurang Minat Membaca Dikalangan Penduduk 1. Tidak menjadi budaya untuk membaca Mungkin kerana masa kita dihabiskan untuk bekerja dan berada di jalanraya untuk ke tempat kerja. Apabila kembali ke rumah, penat dan letih. Mungkin juga kerana semasa di bangku sekolah, tidak ditekankan kepentingan membaca. Mungkin juga kerana pengaruh ibu bapa atau keluarga yang tidak menitikberatkkan budaya membaca. Tidak pernah dihadiahkan buku, dan tidak pernah terfikir bahawa buku itu penting dan membaca itu penting. Mungkin juga kerana pengaruh media massa yang semakin menjauhkan penontonnya dengan buku, sebaliknya menjadikan artis itu sebagai idola utama mereka.
2. Pengaruh suasana dan faktor sekeliling Mungkin telah menjadi amalan kita untuk membaca dalam keadaan sunyi. Sepertimana yang seringkali menjadi amalan di dalam sesebuah perpustakaan yang suruh diam. Tidak salah. Tetapi kesannya secara tidak sedar ialah kita turut terpengaruh untuk membaca di dalam keadaan sunyi. Kerana itulah agak sukar untuk kiat membaca di dalam LRT, bas atau tempat-tempat awam. Malah mungkin persepsi orang ramai bahawa orang yang membaca (terutamanya di tempat-tempat awam) adalah untuk menunjuk-nunjuk, dan memberikan gambaran negatif bahawa pembaca itu ulat buku yang tidak boleh dibuat kawan (kerana hanya berkepit dengan buku). Ulat buku mungkin dianggap anti-sosial atau anti sukan.
3. Harga buku yang dianggap mahal Mungkin ini juga antara faktor utama untuk tidak membaca. Harga buku yang mahal mungkin disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti kadar tukaran wang asing yang tinggi yang menyebabkan harga buku import menjadi mahal, kos penerbitan dan percetakan yang tinggi, dan keengganan kita sendiri untuk keluarkan wang dari saku untuk membeli buku.
4. Merasakan ketidakpentingan membaca Mungkin sifat untuk merasakan tidak ada kepentingan untuk membaca merupakan antara faktor utama rakyat Malaysia kurang membaca. Sama ada sebagai seorang bekas mahasiswa universiti atau bekas pelajar sekolah, kebanyakkan daripada kita tidak mahu memegang buku apatah lagi membacanya. Ini juga satu kemungkinan. Kerana daripada pemerhatian saya, terutamanya dari kenalan-kenalan saya, didapati amat kurang daripada mereka yang mahu membaca. Dan tidak ada satu perasaan untuk membaca. Sehingga seterusnya memberikan alasan kerana pengaruh masa (kerja) yang membatasi mereka daripada membaca. Mungkin kerana memikirkan bahawa buku tidak akan memberi sebarang faedah secara langsung kepada mereka, jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain. Misalnya, dengan membeli kereta (atau bertukar-tukar kereta), secara langsung memberikan kepuasan kepada mereka dari segi nilai estetik dan kemewahan.
5.0 KesimpulanSebagai ahli masyarakat tidak kira guru, peguam, penyelia asrama, kerani atau pensyarah, kita seharusnya mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan budaya membaca dan manafaat yang kita perolehi dan genarasi seterusnya dapat menikmati manafaatnya. Masyarakat seharusnya berupaya mengamalkan budaya membaca pada tempat yang sesuai dan betul kaedahnya. Masyarakat perlu memahami dan dapat menilai kebaikan yang bakal diperolehi dengan amalan minat membaca. Kita perlu menunjukkan profesionalisme yang tinggi dalam profesion ini supaya disanjung oleh semua masyarakat dan profesion lain. Sebagai ahli masyarakat, kita juga tidak seharusnya berpuas hati setakat pendidikan yang dimiliki.Seharusnya kita sentiasa perlu berusaha untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini.Oleh itu, kita perlu belajar lagi dan mempertingkatkan pencapaian akademik kepada tahap yang tertinggi. Selepas lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, berbagai institusi pendidikan ditubuhkan malah setiap kementerian mempunyai institusi latihannya tersendiri namun jurang kemajuan antara kaum masih besar terutamanya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pembangunan wilayah.
Kerajaan hari ini melihat bahawa budaya membaca sangat penting terutamanya menjadikan modal insan berminda kelas pertama. Menanam minat membaca mestilah menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman negara. Semua golongan sama ada yang bekerja, tidak bekerja, pesara dan warga emas mestilah berilmu pengetahuan dan boleh menyumbang sesuatu kepada negara terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Institusi pendidikan seperti sekolah hanya dilihat sebagai pusat pembelajaran formal yang berorientasikan peperiksaan tidak diberi peluang untuk sama-sama menyumbang kepakaran dalam pendidikan tidak formal terutama pendidikan orang-orang dewasa. Sudah tiba masanya institusi pendidikan yang berpengaruh seperti sekolah dalam komuniti setempat terutamanya di kawasan luar bandar diberi peluang sama-sama membangunkan modal insan. Bagi merealisasikan harapan ini kepimpinan sekolah seperti guru besar haruslah berperanan memikul tanggung jawab tersebut. Bagi tujuan itu mereka perlulah menempatkan diri mereka dalam kepimpinan komuniti setempat. Melalui cara ini mereka berperanan untuk bersama-sama membantu membangunkan modal insan dalam komuniti setempat.
TAJUK: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KURANG MINAT MEMBACA : KAMPUNG SETERPA, KOTA BHARU, KELANTAN.Provided By: Mashran Saudin & Abd Rahim Osman1.0 PengenalanRasa malas membaca bukanlah satu masalah baru bagi masyarakat Malaysia hari ini. Walau pun ramai cerdik pandai cuba mencari solusi untuk mengatasi rasa malas membaca tetapi solusi yang diterapkan tidak pernah memberikan manfaat yang besar untuk kehidupan mereka. Rasa malas itu sudah berurat akar di dalam darah masyarakat. Akhirnya mereka hanya menikmati prestasi kecil dalam kehidupannya. Masyarakat harus sedar, kalau ingin menjadi orang yang Berjaya sudah semestinya mereka haruslah memiliki sikap disiplin yang tinggi. Di mana tidak ada sedikit pun sifat malas dalam diri untuk membaca demi pembangunan diri. Orang yang sangat disiplin dan mempu mengatasi kebiasaan malas yang mereka miliki akan memperolehi kualiti hidup yang tinggi. Kurang membaca juga, dilihat antara punca menjadikan sebilangan pelajar universiti bertindak secara emosi dan agresif apabila berdepan dengan sesuatu. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebilangan pelajar universiti dilihat lebih terangsang dengan isu-isu yang bersifat sentimen kerana mereka tidak mahu berfikir dan kurang ilmu disebabkan malas membaca. Kekurangan ilmu mendorong pelajar melakukan perbuatan yang tidak bertamadun. Sifat malas membaca yang kini menjadi penyakit sebahagian pelajar universiti merupakan antara punca keruntuhan tamadun Islam yang gemilang pada satu ketika dahulu.
2.0 Objektif Adalah untuk mengetahui faktor mengapa penduduk Kampung Seterpa, tidak minat membaca. Kajian ini menggunakan kaedah temubual dengan 10 orang sampel yang diambil dari penduduk Kampung Seterpa.
3.0 Faktor-FaktorMembaca merupakan satu aktiviti yang sangat mudah dan murah yang pasti akan memberi banyak manfaat kepada manusia. Sungguhpun begitu, kebanyakan orang masih enggan untuk membaca. Malalui pemantauan saya dengan menemubual beberapa orang (10 orang) penduduk kampung Seterpa, Kota Bharu,mendapati fenomena ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya;
3.1 MalasRasa malas adalah salah satu bentuk prilaku yang suka menangguh. Bila kita suka menangguh maka kita pasti dekat dengan sifat malas. Cara paling efektik untuk mengatasi permasalahan ini adalah melakukan keupayaan nyata dengan tepat untuk membentuk prilaku baru yang boleh membantu kita memiliki rasa disiplin dalam diri untuk membaca. Malas hampir menjadi masalah bagi kebanyakan orang untuk membaca. Malas ini adalah disebabkan oleh minat dan motivasi yang rendah dalam diri seseorang. Selain minat dan motivasi yang rendah, kecenderungan orang tidak memiliki keghairahan dalam membaca. Jika perkara ini sudah menjadi darah daging atau sebati dalam diri seseorang maka rasa malas akan semakin kuat. Dari situ rasa enggan untuk membaca juga akan semakin besar.Selain dari itu, melalui pengamatan saya dengan menemubual sebilangan penduduk kampong Seterpa, penyebab kepada malas membaca adalah tidak adanya tujuan yang spesifik dan jelas mengapa mereka perlu membaca. Ini kerana mereka tidak pernah didedahkan dengan kepentingan membaca. Mereka tidak mengetahui apa manfaat dan aplikasi daripada pembacaan dalam kehidupan harian mereka. Maka tidak heranlah, membaca menjadi proses yang sangat membosankan bagi mereka. Situasi sebegini membuatkan penduduk kampong Seterpa merasa malas untuk membaca kerana dianggap tidak memberi keuntungan kepada kehidupannya.
3.2 Tidak tahu cara membaca buku yang efektifKetika kita melihat buku yang begitu tebal, mula muncul dalam fikiran bahawa akan mengambil banyak waktu untuk membaca buku tersebut. Terlebih lagi apabila buku itu tidak mempunyai gambar atau objek yang boleh mendatangkan minat untuk membaca. Keadaan sebegini telah mewujudkan keengganan untuk membaca semakin menebal di kalangan penduduk kampong tersebut. Justeru itu, mereka mula buku itu kembali dan tidak jadi membacanya. Oleh yang demikian, kita perlu tahu cara membaca buku yang efektif seperti, bagaimana untuk membaca cepat. Dengan memiliki kemampuan membaca cepat, kita tidak akan takut membaca buku, karana membaca buku yang tebal dapat kita lakukan hanya dengan mengambil masa yang sekejap saja.
3.3 Tidak mengetahui manfaat membacaKebanyakan orang membaca buku karana ada tujuan tertentu misalnya mengerjakan tugas sekolah, tugas kuliah atau hanya sekadar untuk cari hiburan, tanpa tahu manfaat yang akan mereka ambil dari membaca. Yang paling menyedihkan lagi ada orang yang bertanya-tanya Apakah yang diperolehi oleh orang-orang yang gemar membaca buku, apakah ia akan menjadi orang kaya, orang terkenal seperti para pemain bola sepak atau para artis. Bagi penduduk kampong seterpa, mereka hanya bekerja sebagai petani dan buroh binaan tidak perlu membaca. Pemikiran mereka yang sebegini, akhirnya telah membawa kepada keengganan untuk membaca. Mereka merasakan tidak ada tujuan jika membaca, di mana mereka beranggapan tugasan harian mereka tidak perlu membaca.
3.4 Pengurusan MasaPengurusan masa ini berkaitan dengan bagaimana seseorang mengisi waktunya setiap hari. Ramai orang menjalani rutin yang sama setiap hari, kecuali di hari minggu atau hari cuti am. Dalam menjalani rutin setiap hari, sebenarnya ada waktu yang terluang yang boleh digunakan dengan baik. Namun sayangnya hal ini tidak pernah diuruskan sebaik rupa. Mereka lebih cenderung membuang waktu yang terluang tanpa melakukan aktiviti yang bermanfaat untuk dirinya. Bahkan sangat mustahil dalam fikiran mereka untuk membaca buku, di mana tidak ada di dalam daftar kegiatan penting jadual harian mereka. Saya melihat penduduk kampong Seterpa, tidak mempunyai kemahiran dalam pengurusan masa, sedangkan mereka mempunyai banyak masa untuk membaca. Sebaliknya mereka lebih cenderung untuk menghabiskan masa mereka di kedai-kedai kopi (restoran) dengan berbual kosong. Aktiviti mereka ini juga terkadang melampaui batas-batas sebagai seorang muslim di mana keasyikan mereka berbual kosong telah membawa mereka lupa akan tanggungjawap menunaikan solat. Tegasnya di sini, aktiviti mereka telah meletakkan mereka berada dalam kerugian.
3.5 Latar belakang pendidikanMemang tidak menjadi jaminan seseorang yang memiliki latar belakang pendidikan tinggi pasti suka membaca, dan yang memiliki latar belakang pendidikan rendah tidak suka membaca. Namun yang perlu kita fahami, kecenderungan untuk membaca buku akan lebih besar dimiliki oleh orang yang memiliki latar belakang pendidikan yang cukup. Kalaupun ada orang yang berlatar belakang pendidikan rendah suka membaca buku, saya rasa kebarangkaliannya adalah kecil.Apa yang boleh saya rumuskan di sini, melalui pengamatan saya dalam temubual dengan penduduk kampong Seterpa, rata-ratanya memperlihatkan mereka semua mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Situasi tahap pendidikan yang rendah telah menyebabkan mereka berperasaan malas untuk membaca.
3.6 Penerapan Budaya Membaca Satu lagi faktor yang dapat dikesan melalui temubual saya mengenai, mengapa seseorang malas membaca ialah, mereka tidak terbiasa membaca sejak kecil. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak diasuh supaya membaca semasa mereka kecil. Justeru itu, apabila mereka besar, perasaan malas untuk membaca mula timbul. Budaya membaca memang belum pernah diwariskan nenek moyang kita. Kita hanya biasa mendengar berbagai kisah, adat-istiadat secara verbal yang dikemukakan oleh orang tua dan tokoh masyarakat.Seseorang yang memiliki budaya membaca sejak kecil akan lebih suka membaca, kerana membaca sudah menjadi sebahagian dari perjalanan hidup yang dilalui sejak kecil. Hal ini jelas berbeza dengan orang yang dari kecil tidak terbiasa membaca. Saya sendiri pernah merasakan bagaimana sulitnya pertama kali membiasakan diri untuk membaca. Rasa malas untuk membaca sering muncul setiap kali ingin membaca.
3.7 MediaMedia dalam pengamatan saya merujuk kepada, persaingan antara media masa dengan buku, khususnya media elektronik seperti televisyen dan radio. Kedua-duanya berlumba untuk menyajikan berbagai program hiburan dan menarik minat para penonton dan pendengar, yakni tidak menayangkan program-program khas yang mendidik dan membina. Keadaan yang seperti ini jelas mempengaruhi minat seseorang untuk membaca, karana naluri manusia akan lebih memilih hiburan dari pada membaca buku. Hanya orang-orang yang punya komitmen tinggi yang boleh memilih bila masa dia akan mencari hiburan dan bila dia harus membaca. Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah, dengan penyajian program-program tersebut penduduk kampung seterpa telah menyatakan buat apa mereka perlu membaca kerana di dalam TV dan corong radio telah tersedia maklumat-maklumat yang mereka kehendaki. Sugguh pun begitu, mereka perlu sedar, terkadang maklumat dalam media kurang tepat terutamanya dalam pengiklanan. Syarikat pengeluar produk hanya untuk promosikan produk mereka bagi melariskan jualan mereka sahaja.
4.0 Kesimpulan Membaca merupakan aktiviti pengembangan diri, dengan membaca apa-apa jenis buku kita pasti beroleh menafaat. Kita hari ini sangat sedih dengan minat membaca anak-anak kita yang ternyata sangat kurang. Bayangkan, jika anak-anak kita sudah terlanjur dengan teknologi Canggih misalnya HP Android, HP Ipad, HP I-Phone , dan barang mewah lainnya. tetapi, sayang sekali minat membacanya sangat minima akibat adanya barang-barang tersebut, sungguh pun kekadang membaca itu banyak memberi manfaat yang boleh diambil. Contohnya kita boleh mengambil ide dari membaca, Majalah, Buku Novel, Buku Pengembangan diri, , Kamus, dan masih banyak lagi buku baik lain. Dalam kehidupan kita, kalau mahu menambah ilmu, sudah pasti jawapnya adalah dengan membaca buku. Hari ini juga kita perlu sedar, kalau kita malas membaca buku dari sekarang, maknanya kita akan ketinggalan dan kemungkinan besar akan terjerumus ke dunia kebodohan. Membaca memang sangat penting untuk menambahkan kreativiti kita yang boleh di guna pakai di dunia yang nyata misalnya dalam Dunia Organisasi, Dunia Kerja, Dunia Perniagaan dan sebagainya. Justeru itu, mulai hari ini mari kita buat sebuah komitmen untuk mengatasi masalah yang menyebabkan kita malas untuk membaca. Kerana dengan membaca kita akan menjadi orang berpribadi yang unggul dan cerdas.
Tugasan IIIPENGHASILAN MODUL1.0 PengenalanKemajuan negara bergantung kepada ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada rakyatnya. Modal insan bertindak sebagai penggerak kepadapembangunan. Menurut kepadaTeras Kedua Misi Nasionalyang dimuatkan di dalamRancangan Malaysia ke-9, ditegaskan bahawakejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki. Cabaran-cabaran seperti perubahan pengetahuan ekonomi global, perkembangan teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit dalam sektor pekerjaan mendesak kita supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada. Dalam hal ini,Pembelajaran Dewasa berperanan besar dalam menggilap kemampuan dan mencapai kegemilangan di mana ianya akan menjadi nadi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).Di Jepun, kesedaran tentang kepentingan PSH menyebabkan tercetus fenomena employability feverpada awal tahun 2000. Telah dilaporkan bahawa seorang jurutera Jepun berumur 34 tahun mengumpul lebih 50 sijil kemahiran sebagai job protection. Di China, seorang ahli fizik komputer bernama Wang Zhen telah mengikutilebih 40 program MOOC (Massive Open Online Learning). Beliau telah mengambil kursus dalam Big Data untuk membolehkannya mencari pekerjaan baru mengikut keperluan pasaran semasa.Pembudayaan PSH memberi peluang kepada rakyat memperkasakan diri. Sebagai contoh, inisiatifAccreditation of Prior Experiential Learningatau APEL membolehkan rakyat melanjutkan pendidikan ke institusi pengajian tinggi denganmenggunakan pengalaman pekerjaan sebagai kelayakan kemasukan. Ini bukan sahaja membolehkan rakyat meningkatkan ilmu, tetapi jugameningkatkan kualiti kehidupannyadalam jangka masa panjang. Ramai antara kita mencintai ilmu. Ramai juga golongan yang telah pencen dan ingin mencari ilmu dan kemahiran baru untuk kepuasan diri. Kursus-kursus PSH yang ditawarkan di Kolej Komuniti seperti memasak kek kukus (Gula hangus), jahitan kreatif (jahitan tudung 2 lapisan, tudung lycra bertingkat), membuatPowerpointprofessional dan sebagainya tersedia untuk dimanfaatkan rakyat.PSH adalah sebahagian daripadaproses pendemokrasian pendidikanyang merangkumi program menjana pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra sekolah hinggalah ke tertiari, termasuk vokasional. Menjelang tahun 2020, unjuran penduduk Malaysia adalah seramai34.2 jutadan golongan pekerja yang berada dalam lingkunganumur antara 15 hingga 64 tahunadalah seramai26.2 juta orang. Golongan pekerja inilah yang perlu kita mahirkan melalui PSH. Sebahagian besar tenaga kerja di negara ini terdiri daripada kelompok yang tidak berkemahiran tinggidan jika tidak dipertingkatkan,kita akan terpaksa menerima lebih ramai tenaga mahir dari luar yang sekaligus merencatkan usaha pembangunan tenaga kerja yang mahir dan berkualiti di kalangan rakyat.
2.0 Objektif Melahirkan masyarakat yang suka membaca. Bagi mencapai objektif ini beberapa pendekatan atau kaedah perlu di susun secara holistik. Ini adalah bertujuan bagi menggalakkan rakyat minat atau cinta akan aktiviti membaca.
3.0 Kaedah-Kaedah3.1 Bahan BacaanBahan bacaan merupakan salah satu strategi untuk menarik minat rakyat untuk membaca. Bahan bacaan yang difokuskan di sini adalah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.Bahan bacaan seperti majalah digital, e-Magazine dan buku elektronik, e-Book merupakan bahan bacaan yang mudah dibaca dan dibawa dalam semua keadaan dan tempat. Keadaan ini sudah pasti mempengaruhi minat membaca seseorang. Selain itu, bahan bacaan juga perlu dilengkapi dengan gambar atau imej yang menarik untuk mempengaruhi minat pembaca.
3.2 Strategi MembacaStrategi membaca yang tepat adalah salah satu solusi untuk mengatasi kebiasaan malas membaca di sekolah atau pun di rumah. Ini sangat bermanfaat kerana akan memudahkan kita dalam membaca. Contohnya, bagi menghafal akan menjadi sukar jika menggunakan kaedah yang biasa digunakan. Tetapi jika menggunakan kaedah yang berbeza yakni menggunakan kemampuan yang dimiliki akan memudahkan kita untuk mengingati apa yang telah dihafal.Kaedah yang betul dalam membaca sangat berkeupayaan mempengaruhi perasaan malas seseorang. Mereka tahu memilih dan menggunakan strategi membaca yang berkesan untuk menyelesaikan perasaan malas tersebut. Oleh sebab pentingnya strategi membaca kepada pembaca, banyak kajian telah dilakukan terhadapnya sejak tahun 1960-an lagi. Oleh itu, banyak metodologi baharu diperkenalkan untuk memperoleh maklumat seperti protokol berfikir bersuara, temu bual retrospektif dan protokol bercerita semula. Kemunculan metodologi baharu dalam kajian kemahiran membaca ini ada kaitannya dengan kehadiran teori kognitif dalam analisis bahasa yang diutarakan oleh Chomsky (1959) dan model pembacaan pemprosesan maklumat yang mula dibina sejak akhir tahun 1960-an lagi. Dalam kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pembaca menggunakan pelbagai strategi untuk membantu mereka dalam pemerolehan bahasa, menyimpan maklumat dan menggunakan kembali maklumat yang telah disimpan dalam ingatan jangka panjang (Rigney,1978). Kesedaran terhadap strategi membaca diakui penting, bukan sahaja daripada aspek kefahaman teks tetapi juga menjadi pemangkin kepada proses pembelajaran secara keseluruhan. Kajian-kajian yang dilakukan sejak tiga dekad yang lalu menunjukkan bahawa strategi membaca mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian akademik pelajar (Abromitis, 1994; Baker & Brown, 1984; Wade & Reynolds, 1989; dan Wagoner, 1983; Fatimah, 1998), kematangan pembaca (Hosenfeld, 1977; Garner, 1987; Waxman & Padron, 1987), dan keberkesanan aktiviti membaca (McEwan, 2004, Baker & Brown, 1984; Brown, 1981; Palinscar & Brown, 1984). Rumusnya di sini, pembaca seharusnya memilih kaedahnya sendiri untuk mengekalkan minat mereka untuk terus membaca.
3.3 Penetapan TujuanPemahaman sesebuah teks berlaku apabila seseorang pembaca mendapat makna daripada interaksinya secara sengaja dengan teks. Pemahaman itu akan bertambah apabila si pembaca dapat menghubungkan idea yang dipersembahkan dalam bentuk cetak dengan pengetahuan dan pengalamannya secara aktif, dan dapat membina representasi mentalnya tentang teks dalam ingatan jangka panjang beliau. Oleh sebab itu, pembaca yang berjaya mempunyai dua sifat, iaitu membaca dengan tujuan tertentu dan sentiasa aktif (Sousa, 2 2005: 96-97). Membaca dengan tujuan tertentu bermaksud pembaca menetapkan sesuatu tujuan sebelum mereka melakukan pembacaan seperti mencari maklumat, hiburan, atau berjaya dalam sesuatu kursus. Manakala, pembaca aktif pula bermaksud mereka sentiasa menggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengetahuan tentang dunia di luar teks untuk memahami teks yang dibaca, memahami kosa kata dan struktur bahasa, dan mahir menggunakan strategi membaca. Dengan adanya penetapan tujuan membaca secara tidak langsung akan memotivasikan rakyat untuk membaca. Tegasnya di sini, pembaca mesti menetapkan matlamat apa maklumat yang dikehendaki olehnya dalam buku yang dibaca. Ketika rasa malas itu muncul mungkin kita teringat akan tujuan kita membaca. Itulah kuatnya pengaruh dari tujuan yang jelas dan spesifik. Ketika kita memiliki satu tujuan yang jelas dan spesifik maka secara tidak selangsung fikiran kita akan memfokuskan untuk mencapai tujuan tersebut. Bila tidak, maka fikiran tidak akan bersedia membantu auntuk mencapai tujuan atersebut. Justeru itu, sebelum membaca atau belajar, kita harus membuat tujuan yang jelas dan tertulis.
3.4 Posisi MembacaMeski pun terasa kurang masuk akal, tetapi ini akan sangat mempengaruhi seseorang itu dalammood(emosi) membaca. Bila kita membaca sambil baring maka lambat laun kita pasti akan tertidur. Dalam posisi baring amat sukar untuk menahan diri untuk tidak tidur. Bila kita belajar sambil baring maka secara psikologi, tubuh akan mengertikan bahawa anda tidak siap dan serius untuk membaca. Tubuh kita akan memberi respon bahawa buku sedang dibaca tidak terlalu penting untuk dipelajari. Selain itu, fikiran bawah sedar, fikiran akan mengertikan bahawa belajar adalah kegiatan yang menyiksa dan membosankan. Justeru itu lebih baik tidur. Saya juga pernah mengalami situasi sebegini.Untuk itu jika mahu membaca pilihlah tempat dan sesuai agar ianya dapat melahirkan motivasi untuk membaca. Contohnya, seperti menggunakan meja bacaan yang sesuai dan pengcahayaan yang cukup untuk membaca. Suasana yang selesa sudah pasti dapat menjaga konsentrasi danmooddalam membaca.
4.0 Pelaksanaan 4.1 Bahan BacaanSetelah melaksanakan strategi tersebut ke atas sampel yakni beberapa orang penduduk Kampung Seterpa, Kota Bharu, Kelantan, didapati telah memberi kesan yang baik. Mereka lebih cenderung untuk membaca terutama pada bahan bacaan yang berbentuk gambar dan juga artikel di dalam online yakni menggunakan kemudahan internet.
4.2 Strategi MembacaMelalui pelaksanaan strategi membaca, pihak saya telah memberi pendedahan supaya mereka yakni penduduk kampong Seterpa, membaca dengan menggunakan kaedah mereka rasa selesa. Dalam konsep strategi ini diperlihatkan tidak begitu berkesan atau berjaya. Ini kerana, mungkin mereka tidak memahami secara jelas untuk menggunakan kaedah-kaedah yang difikirkan sesuai untuk diamalkan oleh pihak mereka. Selain itu juga, pihak saya juga tidak memberi pemahaman yang jelas tentang kaedah-kaedah yang sesuai untuk mereka.
4.3 Penetapan TujuanMelalui pelaksanaan penetapan tujuan pula, penduduk Kampung Seterpa, menunjukkan minat untuk membaca. Mereka akan membaca untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Contohnya, penduduk di sini rata-ratanya bekerja sebagai petani di mana mereka menunjukkan minat untuk membaca bahan majalah ilmiah berbentuk pertanian. Keadaan ini terbukti apabila saya membahagikan majalah tani dan mereka boleh menceritakan kepada saya segala isi kandungan yang ada dalam majalah tersebut dalam sesi pertemuan kedua. Keadaan ini jelas menunjukkan penduduk di sini akan membaca perkara yang hendak diketahuinya.
4.4 Posisi MembacaDalam melaksanakan kaedah ini, pihak saya telah memberi pendedahan dan pencerahan tentang bagaimana hendak mendapatkan posisi membaca yang betul. Contohnya, ditegah membaca sambil baring atau tidur. Selain itu, mereka juga disuruh oleh pihak saya supaya membaca di meja dan sekurang-kurangnya mesti duduk di atas kerusi yang selesa. Selepas dua minggu, pihak kami datang kembali menemubual mereka apa reaksi mereka dengan menggunakan posisi membaca dengan betul. Sampel menunjukkan mereka lebih cenderung untuk membaca dalam jangkamasa yang lebih lama. Keadaan ini menunjukkan startegi ini mempengaruhi perasaan ingin membaca di kalangan penduduk Kampung Seterpa.
5.0 KesimpulanRumusnya di sini bagi melahirkan budaya suka membaca, seharusnya kita perlu mempunyai startegi sesuai. Hasil daripada kajian pihak saya dengan menggunakan strategi yang pernah dibuat oleh pengkaji terdahulu ke atas penduduk kampung Seterpa, menunjukkan kesan yang positif. Sungguh pun begitu ianya hanyalah boleh dibuat sebagai panduan untuk kajian yang lebih holistik di masa akan datang kerana kajian pihak saya hanya menggunakan 10 orang sampel yang melibatkan penduduk kampung Seterpa, Kota Bharu, Kelantan sahaja. Tambahan pula kajian saya hanyalah memggunakan kaedah pemerhatian dan temubual dengan sampel sahaja.Pelaksanaan pembelajaran dewasa atau Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) amat mustahak kerana iadapat memastikan kesaksamaan sosial dalam struktur masyarakat tanpa mengira tempat.Masyarakat di luar bandar, yang mungkin selama ini kurang menikmati taraf kehidupan seperti di bandar, boleh berusaha memperbaiki taraf kehidupan melalui PSH. Justeru itu, PSH merupakan wadah terbaik bagi meningkatkan lagi potensi seseorang individu danRakyat Malaysia perlu disedarkan tentang penyemaian budaya ilmuyang boleh diterokai tanpa batasan usia, masa, mahupun tempat.Proses pencarian ilmu patut dijadikan seperti penerokaan yang tidak bernoktah. Justeru, diharapkan rakyat Malaysia memberi sokongan yang padu dalam membudaya dan memperkasakan PSH di kalangan warga Malaysia, khususnya golongan yang sudah berkerjaya. Saya berkeyakinan Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai Tonggak Ketiga Pembangunan Modal Insan,mampu memberikan impak yang besar dalam menyokong dan meningkatkan taraf kompetensi tenaga kerja negara. Sememangnya transformasi ke arah budaya PSH adalah selari dengan dasar Malaysia yang ingin menjadi negara maju dan melahirkan generasi yang berilmu, berkebolehan dan berkemampuan.
Ringkasan JurnalBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR PELAJAR 4 SPH PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA1.0 PengenalanKajian yang bertajuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia telah dijalankan oleh Yusof Bin Boon & Mohd Sahlan Bin Salamat dariapada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Objektif umum kajian yang mereka jalankan adalah untuk meninjau budaya membaca dalam kalangan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Program Khas Pensiswazahan Guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Manakala objektif khusus adalah meninjau tahap budaya membaca di kalangan pelajar yang dilihat dari segi faktor dalaman iaitu sikap pelajar, mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi budaya membaca di kalangan pelajar dan mengenal pasti penggunaan dan pemilihan bahan bacaan yang diminati oleh pelajar. Kajian ini dianggap penting kerana Hasil kajian ini dapat memberi gambaran mengenai tahap budaya membaca di kalangan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia. Kelangsungan daripada itu, ianya dapat melihat perbezaan tahap budaya membaca yang wujud dikalangkan pelajar. Ianya juga turut menyumbang kepada usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi menangani masalah pelajar yang bakal bergelar mahasiswa bagi mengatasi krisis keintelektualan mahasiswa kelak akibat hilangnya pemupukan budaya membaca di kalangan mereka. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pendidikan perlu memikirkan semula kaedah untuk membantu Negara dalam melahirkan masyarakat yang berilmu serta menghasilkan pelajar dan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca. Manakala untuk instrumen kajian, kaedah boring soalselidik digunakan. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden seramai 97 orang iaitu sampel tetapi jumlah sebenar pelaajar adalah 130 orang iaitu bilangan populasi.
2.0 Perbincangan Hasil Kajian Berdasarkan kajian yang dilakukan dapatan kajian membuktikan bahawa melalui sikap pelajar sendiri yang dapat membantu pelajar-pelajar dalam memperkasakan budaya membaca di mana daripada analisis dapatan kajian didapati sikap pelajar terhadap membaca mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu dengan min 3.62. Peranan ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar-pelajar membudayakan membaca dengan min sebanyak 3.41. Di samping itu, peranan pensyarah dengan nilai min 3.39 sebagai pendidik juga dapat mendorong pelajar dalam membudayakan membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam pengajian yang telah diikuti. Kemudahankemudahan yang disediakan di perpustakaan seperti kempen-kempen membaca serta bahan-bahan bacaan juga dapat membantu pelajar-pelajar dalam memperkasakan budaya membaca. Kesedaran tentang pentingnya budaya membaca adalah titik tolak utama ke arah menjayakan pemupukan budaya membaca di kalangan mahasiswa. Maka, strategi-strategi tertentu perlu dilakukan dari sekarang supaya pelajar-pelajar tidak lagi menjadikan amalan membaca sebagai suatu yang membosankan dan ianya sebagai langkah mengatasi masalah keintelektualan pelajar yang bakal bergelar mahasiswa supaya kegersangan buah pemikiran tidak berlaku dikalangan bakal-bakal mahasiswa kelak. Sebagai generasi pelapis kepada pemimpin masyarakat, pelajar-pelajar harus menghayati budaya membaca. Berdasarkan dapatan kajian, didapati, majoriti daripada responden minat untuk membaca dengan skor min adalah pada tahap sederhana. Tetapi malangnya sebahagian besar daripada responden iaitu majoriti daripada pelajar membudayakan pembacaan bercorak bacaan ringan seperti komik, majalah hiburan, novel dan sebagainya. Ini menyebabkan kegagalan dalam melahirkan insan yang bersifat functional literacy iaitu tidak dapat dicabar dari sudut kebenaran, kesahihan dan nilai intelektual kerana bahan yang paling diminati adalah berbentuk bahan ringan, picisan dan hiburan. Kelangsungan daripada itu, adalah perlu diwujudkan usaha-usaha bagi semua pihak untuk sama-sama menyuburkan lagi proses peningkatan budaya membaca agar dapat melahirkan kalangan pelajar yang ketagih buku serta penerapan sikap minat membaca dikalangan pelajar. Pelajar harus menjadikan budaya membaca sebagai satu keperluan kerana negara berkehendakkan tenaga kerja yang berilmu dan bukan sekadar pekerja yang bermaklumat. Sesungguhnya, bangsa yang menguasai ilmu dan menggunakan ilmu dengan baik, akan memerintah dunia.
3.0 Cadangan Bagi Menambah Minat MembacaAntara cadangan tersebut adalah : 1. Kerajaan memperuntukan dana khas dalam mananam minat membaca dikalangan rakyat Malaysia dalam mewujudkan program-program yang boleh merangsang minat membaca dikalangan rakyat Malaysia.2. Menghasilkan e-book yang mudah diekses oleh rakyat Malaysia, kerana pengunaan e-book memudahkan masyarakat mudah untuk mendapatkannya melalui laman sesawang sahaja tanpa perlu pergi ke kedai untuk membelinya, ia dapat mejimatkan masa dan wang dikalangan rakyat Malaysia. E-book yang dihasilkan mestilah dapat memenuhi citarasa masyarakat kerana akan dapat menanam minat mereka untuk mendapatkanya dan membacanya. 3. Memilih dan mengistiharkan hari membaca dikalangan rakyat Malaysia, dengan mewujudkan satu hari sebagai hari membaca akan mewujudkan suasana budaya membaca dikalangan masyarakat, mungkin untuk tempoh masa yang dekat kita tidak dapat meihat hasilnya tetapi jika untuk jangka masa yang lama akan dapat melahirkan generasi membawa yang baru pada generasi yang akan datang.4. Mengalakkan penglibatan NGO dalam menganjurkan aktiviti membaca dikalangan masyarakat, setiap NGO mempunyai ahli masing-masing, jadi secara tidak langsung akan dapat mengalakkan ahli mereka minat membaca disamping program yang dianjurkan oleh mereka dapat mewujudkan suasana yang bagus dalam masyarakat terhadap minat membaca.5.Mengedarkan buku-buku atau bahan bacaan secara percuma kepada masyarakat melalui dana khas yang diperuntukan oleh pihak kerajaan. Jika kita ingin membawa perubahan yang besar dikalangan masyarakat maka kita seharusnya mengorbankan perkara yang besar seperti dana kerajaan dan sebagainya.6. Penglibatan oleh badan-badan kerajaan dalam memupuk semangat untuk membaca dikalangan masyarakat. Badan-badan kerajaan yang dimaksudkan adalah seperti sekolah, klinik, university, pejabat pos, hospital dan sebagainya. Agensi seperti ini mestilah berganding bahu dalam mewujudkan suasana minat membaca seperti mewujudkan bilik khas untuk membaca, pusat sehenti untuk mendapatkan bahan bacaan dan pengedaran percuma bahan-bahan bacaan tersebut .
4.0 RumusanUsaha sama antara kerajaan, organisasi swasta, dan masyarakat seluruhnya amat penting dalam usaha untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar-pelajar selaku pewaris masa depan Malaysia. Tiada gunanya jika kerap beresolusi, berbincang mencari penyelesaian jika pengimlementasiannya tidak dijalankan secara sistematik dan meluas.
Rujukan Tugasan I,
Berita Harian, (2007). Pendidikan sepanjang hayat bina sahsiah diri, 16 Mei 2007. Berita Harian, (2006). Gilap modal insan, 1 Mei 2006.M Noor Azman dan Mohd Nor Abdul Ghani (1982) Membina Kecekapan Membaca dan Memupuk Tabiat Membaca. dalam Seminar Gerakan Membaca Negeri Terengganu 1982. Mahathir Mohamad (20 April 2001). Pendidikan Penentu Kejayaan Bangsa, Negara. Utusan Malaysia. Mc Cormick (1977), Kantos (1986) dan Taele (1986). Minat dan Pencapaian : Wujudkan Hubungan Bagi Meksnisma Bacaan. dalam Abd. Latif dan Norin. Fauziah Yaakob (1992). Jurnal Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. 8. 5 10. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Zubil Bahak (Ogos 1997). Pelajar Kurang Pendedahan Terhadap Kemahiran Membaca. Dewan Masyarakat. 14 15. Muhammad Muhd. Taib (1996). Melayu Baru. Selangor: Visage Communication. Nordin Achie (1998). Insomnia Universiti dan Igauan Mahasiswa. Tamadun. 36 - 39. Norma Abu Saman (1988). Buku Panduan Perpustakaan Di Rumah. Perbadanan Perpustakaan Malaysia. Pharol Mohd Juoi (Mei 1998). Kelesuan Budaya Ilmu : Budaya Membaca Wajar Dipupuk Sejak Kecil. Dewan Masyarakat. 41 43. Radzuan Abd. Kadir (1997). Teknik dan Strategi Ke Arah Pembacaan Yang Berkesan. Jurnal Pendidikan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. 1- 9. Razali bin Ismail (1991). Strategi Galakan Membaca Peranan Ibu bapa. dalam Seminar Galakan Membaca Negeri Terengganu 1991.Rujukan Tugasan II;Raja Ahmad Tajuddin Shah & Hj. Azimi Hamzah.,Principles Of Adult Education, (2011),UPM Holding Sdn Bhd.Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap,( 1997), Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.Aizzat Mohd,Nasaruddin,Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad, Pengantar Pengurusan,(2006), Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Berunding, (2002), PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Pahang.Ahmad Zabidi Abdul Razak, Memimpin Diri Sendiri, (2003), PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Pahang.Ainon Mohd, Psikologi Orang Berjaya, (2008), ), PTS Profesional Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.Imran Jaafar, Kunci Kejayaan Napoleon Hill, (1999), Golden Book Center Sdn Bhd. Kuala Lumpur.Hamdan Abd Kadir, Dr. Hanipah Hussin & Mohamad Saprin, Teknik Mengajar Dewasa, (2004), PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Pahang.Ahmad Safuan Al-Karami, Jangan Takut, (2013), Jasmin Publications, Selangor.Dato Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Nurhanani Hussin, Positif Untuk Berjaya, (2005), PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. PahangRujukan Tugasan III;Raja Ahmad Tajuddin Shah & Hj. Azimi Hamzah.,Principles Of Adult Education, (2011),UPM Holding Sdn Bhd.Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap,( 1997), Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.Aizzat Mohd,Nasaruddin,Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad, Pengantar Pengurusan,(2006), Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Berunding, (2002), PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Pahang.Ahmad Zabidi Abdul Razak, Memimpin Diri Sendiri, (2003), PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Pahang.
Rujukan Ringkasan JurnalAbdullah Abdul Karim (Februari 2001). Mahasiswa dan Krisis Intelektual. Massa. 62-63. Ahmad Mohamad Said (1998). Budaya Membaca. dilayari melalui http://www2.moe.gov.my/~bpg/jendela8.htm. pada Januari 11, 2002. Anwar Ibrahim (1997). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Amalan Membaca di Kalangan Guru-Guru Pelatih. dalam Suhaili Bohari dan Abdul Mutalib Abdul Hamid (1990). Jurnal Maktab Perguruan Rajang Sarawak. 4. 15-24. Best, J.W and Khan. J.V (1998). Research in Education. Masasachuchets: Allyn & Bacon. Cohen, L. and Manion, L. (1985). Research Methods in Education. Landon: Croom- Helm. Durkin, D.R (1996). Children Who Read Early. New York: Teachers College Press. Faisal Tehrani (Mei 2002). Kampus Ketandusan Budaya Membaca. MINDA. 35-37. Jack, R.F and Norman, E.W (1996). How To Design and Evaluate Research in Education. 3 rd . ed. United State Of America: McGraw-Hill. Jones, K.H, Womble, M. and Searcy, C.A (1996). T & I Education Students. Perceptions Of Cources. Journal Of Industrial Teacher Education. 34. 82 101. Huzaimi Baharudin (Jun 2002). Membetulkan Persepsi Membaca. Massa. 62 63. Jufri Joha (Mei 2002). Mahasiswa Melayu dan Budaya Membaca. Tamadun. 12 - 13. Landell, K. (1997). Management by Menu. Landon: Wilay and Sms Inc.
13