51
MODUL TAARUF DAN UKHWAH MODUL: TA’ARUF 1 Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing dengan item-item berikut; o Nama, asal, tarikh lahir, cita-cita dsb. Selepas itu, peserta diminta membentuk satu kumpulan berdasarkan: o Bulan lahir,warna kegemaran Semasa mencari ahli kumpulan, peserta dilarang mengeluarkan suara. Dalam setiap kumpulan yang baru dibentuk, mereka hendaklah memperkenalkan diri antara satu sama lain. MODUL: TA’ARUF 2 Masa: 1 jam 30 minit Alatan : Kertas A4 dan pen OBJEKTIF 1) Memastikan peserta lebih mengenali antara satu sama lain. 2) Memberi peluang kepada pesrta untuk memahami personality peserta lain bagi memupuk kerjasama antara mereka. 3) Memberi peluang kepada peserta mengingati perkara-perkara tentang sahabat-sahabatnya. KAEDAH PERTAMA 1) Peserta diberikan sehelai kertas A4. 2) Kertas tersebut hendaklah dipotong mengikut bilangan ahli kumpulan. 3) Tuliskan “1 st impression “ diri kepada setiap ahli lain dalam kumpulan tersebut. 4) Kertas tersebut dilipat dan ditulis empunya diri. 5) Kertas-kertas tersebut hendaklah dikumpulkan kembali dan diletakkan di tengah-tengah kumpulan. 6) Setiap ahli akan mengambil kertas yangbertulis nama sendiri. 7) Kemudian mereka akan membacakan apa “1 st impression “ orang lain kepadanya dengan menjelaskan sifat sebenar dirinya. KAEDAH KEDUA 1) Peserta berada di dalam halaqah. 2) Kemudian mereka diberikan sehelai kertas A4.

Modul taaruf dan ukhuwah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Modul taaruf dan ukhuwah

MODUL TAARUF DAN UKHWAHMODUL: TA’ARUF 1

Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing dengan item-item berikut;o Nama, asal, tarikh lahir, cita-cita dsb.

Selepas itu, peserta diminta membentuk satu kumpulan berdasarkan:o Bulan lahir,warna kegemaran

Semasa mencari ahli kumpulan, peserta dilarang mengeluarkan suara. Dalam setiap kumpulan yang baru dibentuk, mereka hendaklah memperkenalkan diri antara satu

sama lain.

MODUL: TA’ARUF 2

Masa: 1 jam 30 minitAlatan : Kertas A4 dan pen

OBJEKTIF

1) Memastikan peserta lebih mengenali antara satu sama lain.2) Memberi peluang kepada pesrta untuk memahami personality peserta lain bagi memupuk

kerjasama antara mereka.3) Memberi peluang kepada peserta mengingati perkara-perkara tentang sahabat-sahabatnya.

KAEDAH PERTAMA

1) Peserta diberikan sehelai kertas A4.2) Kertas tersebut hendaklah dipotong mengikut bilangan ahli kumpulan.3) Tuliskan “1st impression “ diri kepada setiap ahli lain dalam kumpulan tersebut.4) Kertas tersebut dilipat dan ditulis empunya diri.5) Kertas-kertas tersebut hendaklah dikumpulkan kembali dan diletakkan di tengah-tengah

kumpulan.6) Setiap ahli akan mengambil kertas yangbertulis nama sendiri.7) Kemudian mereka akan membacakan apa “1st impression “ orang lain kepadanya dengan

menjelaskan sifat sebenar dirinya.

KAEDAH KEDUA

1) Peserta berada di dalam halaqah.2) Kemudian mereka diberikan sehelai kertas A4.3) Peserta dikehendaki melukis 1 objek yang menggambarkan identity diri sendiri.4) Peserta diberi masa 5minit (ikut keperluan) untuk melukis.5) Setelah selesai, peserta diminta menerangkan perkaitan antara objek tersebut dengan diri sendiri.6) Sementara peserta lain diberi peluang untuk bertanyakan soalan.7) Seboleh-bolehnya cuba lahirkan situasi/ keadaan bahawa objek yang dilukis tersebut adalah reality

diri mereka.

KAEDAH KETIGA (asingkan muslimin muslimat)

1) Peserta berada dalam halaqah2) 1 halaqah terdiri daripada 6-8 orang.

Page 2: Modul taaruf dan ukhuwah

3) Peserta di dalam halaqah dibahagikan mengikut nombor mengikut bilangan ahli kumpulan tersebut.

4) Peserta yang mendapat nombor genap dikehendaki masuk ke dalam halaqah. Yang ganji berada di luar.

5) Peserta di luar dan di dalam hendaklah saling mengadap,lalu diberi masa lebih kurang 2 minit untuk bertaaruf sesame pasangan masing-masing.

6) Selepas itu peserta di luar hendklah beralih kepada peserta yang lain pula sehingga peserta yang pertama akan tiba ke giliran yang terakhir.

7) Peserta hendaklah mengingati apa yang telah diberitahu oleh sahabat mereka.8) Seterusnya faci akan menyoal untuk menguji samada peserta sudah mengenali atau tidak tentang

sahabatnya.

MODUL: TA’ARUF 3

TAJUK: MANISNYA EPAL, BEGITULAH UKHWAH

BAHAN: 1) Tali 2) Buah epal

OBJEKTIF

1) Mengeratkan ukhwah di kalangan peserta.2) Melatih peserta bersifat kreatif dan bekerjasama dalam merancang strategi.3) Supaya peserta lebih memahami konsep tolong menolong dalam keadaan susah atau senang.

KAEDAH

1) Ikat kaki dan tangan peserta secara berdua-duaan 2) Gantungkan sebiji epal supaya peserta boleh makan buah tersebut.3) Peserta mesti makan buah sehingga habis.

KESIMPULAN

Ukhwah perlulah sentiasa mengatasi apa jua rintangan dan dihadapi bersama walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

MODUL: TA’ARUF 4

TAJUK: BUKA HATI, BUKA MINDA, KENAL DIRI

BAHAN: Kertas dan pen

OBJEKTIF

1) Mengeratkan ukhwah2) Mengenali sahabat bukan hanya sekadar nama.3) Menguji kekuatan ukhwah di antara ahli kumpulan.

KAEDAH

Page 3: Modul taaruf dan ukhuwah

1) Setiap peserta perlu mengenalkan diri masing-masing terlebih dahulu kepada ahli kumpulan.2) Dengan menggunakan kertas yang dibekalkan, ahli kumpulan dikehendaki:

- menulis dengan nama, tarikh lahir, tempat tinggal, nama ayah dan ibu menggunakan TANGAN yang JARANG digunakan

3) Gulung kertas mengikut jenis dan kumpulan di tengah kumpulan.4) Ahli kumpulan perlu mengambil semula 5 kertas dari tempat yang dikumpulkan.5) Cari empunya maklumat diri dalam masa yang ditetapkan.

KESIMPULAN

Setiap ahli kumpulan perlulah mengingati dan mengenali diri ahli masing-masing.

MODUL: TA’ARUF 5

TAJUK: KABUS UKHWAH

BAHAN: Tepung, talam, coklat, sudu

OBJEKTIF:

1) Mengeratkan ukhwah 2) Menjadikan setiap peserta berfikir lebih kreatif dan uretis untuk menerima sesuatu arahan.3) Peka terhadap sesuatu maklumat.

KAEDAH:

1) Setiap kumpulan dibekalkan sebuah talam yang diisikan tepung, gula-gula, dan sebatang sudu. Tangan setiap peserta akan diikat ke belakang.

2) Setiap ahli kumpulan perlu meniup tepung seorang demi seorang sehingga menampakkan gula-gula.Peserta tersebut perlu mengenalkan diri kemudian mengambil gula-gula dengan menggunakan sudu tanpa menggunakan tangan.

3) Selepas mengambil gula-gula, peserta pertama harus memberikan sudu tersebut kepada peserta ke-2 dengan menggunakan mulut juga.

4) Ulang langkah ke-2 dan ke-3 sehingga semua peserta berjaya memperkenalkan diri-masing-masing.

KESIMPULAN

Setiap ahli kumpulan perlulah pandai menggunakan ukhwah yang ada untuk memastikan modul ini berjalan dengan lancar dan tepat.

KENALI SAHABAT ANDA

PENGARAHAN: Dalam tempoh masa yang diberikan, “ bergerak” dan mulakan “berinteraksi/komunikasi” dengan seramai mungkin rakan peserta. Kenali mereka dengan lebih dekat . Lengkapkan ruangan yang disediakan dengan mengenali nama, dan tandatangan. Selamat berjaya !

TARIKH LAHIR SAMA

SUKA SUBJEK SAMA

SAMA-SAMA OPTIMIST

MINAT PAKAI UNIFORM

MINAT SENI SILAT SAMA

Page 4: Modul taaruf dan ukhuwah

SAMANAMA IBU SAMA

KENANGAN MANIS SAMA

SUKA MEROKOK

SAMA-SAMA PESIMISTIK

SUKA BERSUKAN

NAMA BAPA SAMA

KENANGAN PAHIT SAMA

MUDAH TIDUR SUSAH BANGUN TIDUR

SUKA MAKAN JERUK/AAM

CITA-CITA SAMA

BIL ADIK BERADIK SAMA

RAJIN BELAJAR SUKA BERTANYA

SUKA MAKANAN PEDAS

TEMPAT TAHI LALAT SAMA

SUKA PAKAI TUDUNG/KOPIAH WARNA SAMA

AMANAH DENGAN TANGGUNJAWAB

ANAK LELAKI/PEREMPUAN

ANAK KE….. SAMA

SUKA MAKAN

MINAT WARNA SAMA

HOBI SAMA SUKA BERPUADA

COURSE SAMA NEGERI TANAH AIR SAMA

SUKA NASIHAT MENASIHATI

SUKA KE LIBRARY

JEINIS PENYAKIT SAMA

TAJUK : SIMPULAN MAHABBAH

BAHAN-BAHAN :

1. Benang

KAEDAH PELAKSANAAN :

1. Setiap kumpulan dibekalkan segulung benang.2. Sesi ta’aruf dimulakan dengan peserta pertama sambil melilit benang tersebut di jari.3. Selepas peserta pertama selesai bertaaruf, peserta tersebut perlu membaling benang

kepada ahli kumpulan yang duduk bertentangan dengannya.4. Ulang langkah peserta pertama sehingga semua ahli selesai bertaaruf.5. Hasilnya benang tersebut akan menjadi satu simpulan yang kukuh.6. Untuk menguji kukuhnya simpulan benang tersebut letakkan benda yang berat di atasnya.

OBJEKTIF :

Page 5: Modul taaruf dan ukhuwah

1. Saling kenal mengenali antara para peserta dalam tempoh masa yang singkat.2. Mengeratkan silaturrahim.3. Mengelakkan perpecahan atau pergaduhan antara para peserta.

KESIMPULAN :

Ukhuwah antara peserta diibaratkan seperti simpulan benang. Andai kata simpulan benda yang tercipta itu kukuh maka eratlah ukhuwah. Jika peserta tidak saling bekerjasama, faham memahami dan saling kenal mengenali maka longgarlah ukhuwah yang tercipta.

“BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH”

Modul Amal Ijtimaie

Tajuk: Muamalat

Bahan-Bahan:1) Kad-kad

Kaedah Perlaksanaan:1) Membahagikan peserta kepada dua kumpulan. Satu kumpulan pelajar puteri, manakala

satu kumpulan yang lain adalah pelajar putera.2) Urusetia perlu memberi kad-kad kepada peserta yang mengandungi perkataan-perkataan

kepada kedua-dua kumpulan.3) Kad-kad yang diberikan secara berselerak perlu disusun untuk menjadi ayat yang

lengkap.

Page 6: Modul taaruf dan ukhuwah

Objektif:1) Mendedahkan cara bermuamalat dengan betul2) Bijak menyelesaikan masalah

Kesimpulan:Kedua-dua kumpulan perlu berhubung untuk menyusun kad-kad tersebut menjadi ayat yang lengkap.

Tajuk: Busana MuslimahBahan-bahan: Bahan terbuang seperti surat khabar, kotak dan lain-lainKaedah Perlaksanaan:

1) Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.2) Urusetia mengarahkan supaya setiap kumpulan mencari seorang model.3) Mereka diberi masa 10 minit untuk mencari barang-barang terbuang untuk menjadikan

pakaian dan alat make up bagi model tersebut.4) Peserta diberikan masa 30 minit untuk menyiapkan model tersebut.5) Selepas selesai, peserta perlu menerangkan ciptaan mereka.

Objektif:1) Kreatif dan inovatif2) Menghargai benda yang telah dibuang

Kesimpulan:Peserta yang dapat menghasilkan ciptaan yang paling cantik dan kreatif dikira pemenang.Cara pembentangan mereka juga antara yang penting.

Tajuk: Straw dalam cawan

Bahan-bahan:1) Sebatang straw2) Satu cawan polisterin3) Tali raffia

Kaedah perlaksanaan:1) Urusetia mengikat sebiji cawan polisterin pada sebatang pokok.2) Masukkan straw yang telah dipotong pendek ke dalam cawan.3) Arahkan peserta mengambil straw dari dalam cawan tanpa menggunakan tangan.4) Aktiviti ini sesuai dilaksanakan di tepi sungai atau kolah atau tempat-tempat yang ada air.5) Arahkan peserta meletakkannya dalam masa 5 minit.

Objektif:

Page 7: Modul taaruf dan ukhuwah

1) Memupuk semangat kerjasama2) Bijak dalam merancang strategi3) Melatih pemikiran yang kreatif

Kesimpulan:Para peserta boleh memasukkan air ke dalam cawan supaya straw terapung dn mengambilnya.

Tajuk: Spongebobsquarepants

Bahan-bahan:1) Kertas A42) Pen

Kaedah perlaksanaan:1) Urusetia mengarahkan peserta melukis badan ‘spongebob’.2) Kemudian tangan ‘squidward’ dan kaki ‘patrik’ dan lain-lain.3) Urusetia boleh mengolah watak-watak atau anggota-anggota tubuh kepada benda-benda

lain.4) Urusetia mengadaptasikan rupa hodoh lukisan mereka kepada peribadi yang dicampurkan

buruk dan baik.

Objektif:1) Akhlak mulia haruslah ada dalam diri setiap peserta.2) Haruslah lengkap dalam berpakaian.3) Peka pada setiap arahan.

Kesimpulan:Seseorang muslimah haruslah berperibadi mulia sentiasa. Contohnya seseorang yang bertudung labuh tidak seharusnya menipu atau bercakap kasar.

Tajuk: Anak Burung Pulang Ke SarangBahan-bahan: peserta-pesertaKaedah perlaksanaan:

1) Fasi membahagikan pesert kepada 3 kumpulan.2) 2 kumpulan akan bergabung dan mencari pasangan.3) Pasangan ini dikenali sebagai sarang manakala kumpulan satu lagi terdiri daripada anak

burung.4) Fasi akan bertindak sebagai burung helang5) Mulakan permainan dengan mengarahkan anak burung berlari berkeliaran sementara fasi

(helang) cuba menangkap anak burung.6) Selepas 2 minit, arahkan b=sarang di buka dan anak burung masuk kedalam sarang.

Page 8: Modul taaruf dan ukhuwah

7) Anak burung yang tidak sempat masuk ke dalam sarang atau di tangkap helang dikeluarkan dari permainan.

Objektif:1) Peka pada arahan2) Pantas bertindak

Tajuk: Lubang Arnab

Bahan-bahan: peserta-pesertaKaedah perlaksanaan:

1) Fasi membahagikan peserta kepada 2 kumpulan.2) Peserta dikehendki saling memegang tangan dan membuat barisan- 1 kumpulan, 1

barisan.3) Peserta-peserta akan saling bertentangan dengan kumpulan lain.4) Seorang fasi menyuruh peserta menyebut nombor bagi setiap orang. Peserta perlu

mengingati nombor tersebut.5) Seorang fasi menyebut satu nombor. Peserta yang memegang nombor tersebut perlu

mengangkat tangan bersama peserta yang memegang nombor selepasnya.6) Peserta yang berada dihujung perlu berlari masuk melalui tangan tersebut. Syaratnya

barisan tersebut tidak boleh putus.7) Kumpulan yang pantas akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Objektif:1) Bijak mengatur strategi.2) Cepat bertindak.

Kesimpulan:Peserta perlu bijak mengatur strategi supaya semua peserta dapat melalui lubang tersebut tanpa menyebabkan barisan tersebut terputus. Misalnya, kedua-dua hujung barisan akan berlari masuk bersama ke dalam lubang tersebut.

Tajuk: Laluan BerlikuBahan-bahan: Air berwarna, cawan polisterin,telur, lilin, dan mancisKaedah perlaksanaan:

1) Peserta dibahagikan kepda dua kumpulan.2) Setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air berwarna yang diisi sehingga penuh, sebiji

telur dan lilin yang telah dinyalakan.3) Peserta diarahkan untuk melalui jalan-jalan berliku seperti memijak bata-bata dan bawah

meja.

Page 9: Modul taaruf dan ukhuwah

4) Urusetia boleh menganggu peserta sehingga barang-barang yang dibekalkan tidak dijaga oleh peserta.

Objektif:1) Saling membantu.2) Bijak mengatur strategi.

Kesimpulan:Akhir permainan peserta perlu memmulangkan barang yang diberi selengkapnya. Sekiranya barang tersebut tidak cukup, bermakna mereka tidak Berjaya menjaga barang tersebut. Mereka sebenarnya perlu bekerjasama menjaganya.

Tajuk: Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing

Bahan-bahan: meja dan kerusiKaedah perlaksanaan:

1) Urusetia mengarahkan 2 orang peserta mengangkat meja guru yang berada di dalam kelas ke tapak perhimpunan.

2) Peserta-peserta yang lain pula diarahkan menyusun kasut di surau.

Objektif:1) Memupuk semangat kerjasama dikalangan para peserta.2) Berfikir sebelum bertindak.

Kesimpulan:1) Peserta sewajarnya saling membantu. Contohnya pesserta yang mengangkat meja hanya

2 orang, sedangkan peserta yang menyusun kasut adalah ramai.2) Peserta yang mempunyai kesedaran untuk membantu peserta yang mengangkat meja

akan terus bertindak membantu.3) Tidak wajarlah meja yang berat diangkat dua orang sedangkan kasut yang sedikit dan

ringan itu diangkat oleh ramai peserta.

Tajuk: Kembara InsaniBahan-bahan:

1) Kad-kad arahan (10)mengikut jumlah 1 kumpulan 10 kad2) Peta laluan (10) mengikut kumpulan

Page 10: Modul taaruf dan ukhuwah

3) Plastic sampah (10)4) Belon (10) mengikut kumpulan5) Wisel

Kaedah Perlaksanaan:1) Peserta diminta berdiri dalam satu bulatan.2) Memulakan aktiviti dengan Al-Fatihah dan doa.3) Fesi melakukan senaman ringan dan rengangan4) Ketua fasilitator member panduan untuk melakukan aktiviti ini

Semua kumpulan dikehendaki mendapatkan 10 kad arahan. Kad bertulis 1-10 Masa yang diperuntukkan 10 minit Luas kawasan yang bleh dicari ialah seluruh kawasan hutan Seorang fesi akan bersama peserta sepanjang perjalanan tersebut (bertugas

sebagai pembimbing dan pengadil) Setiap kali kumpulan anda bertemu kad kumpulannya tiubkan belon Pastikan belon tidak pecah hingga ke garis penamat Markah diberikan mengikut

1) Memperolehi semua kad yang ditetapkan2) Kesepurnaan menyelesaikan semua arahan dalam kad3) Masa yang secepat mungkin4) Jumlah belon yang berjaya sampai

Kumpulan yang mendapat paling sedikit item akan didenda Kumpulan yang mendapat markah yang tinggi dikira menang

5) Peserta menjalankan aktiviti ini mengikut peraturan:- Tempat bermula dan tamat Setelah tamat kumpulan diminta beratur dalam kumpulan dan member laporan hasil

pencarian kepada fesi Fesi menyerahkan kepada ketua pengadil

6) Sementara menunggu keputusan pengadil semua peserta berkumpul bersama fasilitator untuk sesi perbincngan.

Fasilitator berbincang:-1) Minta seorang peserta menceritakan pengalamannya.2) Minta peserta lain member komen/ ulasan terhadap pengalaman rakannya itu3) Apakah harta yang paling penting dalam kehidupan kita?4) Bagaimana untuk memastikan kita mendapat perkara tersebut?5) Adakah kita cintakan alam ciptaan Allah?6) Bagaimana untuk kita buktikan rasa cinta terhadap alam kita ini?

7) Ketua Fasilitator membuat rumusan terhadap semua perbincangan dengan menfokuskan kepada objektif aktiviti.8)Sesi salam semua-semua kita menang. Zikir dan selawat.

Kesimpulan

Page 11: Modul taaruf dan ukhuwah

1) Harta yang paling berharga seperti yang disebut oleh Rasulullah. Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi kamu berpegang kepada keduanya kamu tidak akn sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran an Sunnah.

2) Semua kita wajib berusaha untuk mendapatkan keduanya dalam diri kita.3) Kita semua bertanggungjawab terhadap tempat tinggal kita. Contoh seperti sekumpulan

yang berada diatas kapal. Orang yang dibawah tidak boleh menebuk lantai untuk mendapatkan air. Sebaliknya orang di atas perlu membantu member air kepada orang yang dibawah.

4) Mengenali dan bersopan santun dengan ahli masyarakat amat penting dalm kehidupan berjiran.

5) Rancangkan aktiviti susulan bagi memastikan sifat ukhuwah dan bekerjasama terus dieratkan.

Tajuk: Rasul Ikutan Kami.

Objektif:Setelah mengikuti modul ini peserta akan dapat:

1) Memahami bahawa Rasulullah adalah ikutan kita dalam semua gerak kerja kita.2) Kerja kita akan beroleh pahala dan keberkaan kalau kita buat sesuatu mengikut sunnah

Rasulullah.3) Menyehatkan roh dan jasmani.

Bahan-bahan:1) Kad sifat yang perlu ada pada Rasul. Siddiq Amanah Fatanah Tabligh2) Kad nama 25 Rasul3) Kain penutup mata

Kaedah perlaksanaan:1) Peserta diminta berdiri dalam satu bulatan2) Memulakan aktivti dengan membaca Al-Fatihah dan doa untk raidah.3) Semua peserta membaca SELAWAT TAFJIRIAH.4) Fesi membuat renggangan.5) Fasilitator member panduan untuk menjalankan aktiviti ini:-

Semua pesserta diminta untuk tetap dalam barisan. Seseorang peserta akan menjadi pembantu dan seorang akan tutp mata Kad-kad diletakkan ditengah-tengah bulatan Tugas pembantu hanya member arahan tanpa boleh memegang Si penutup

mata Si penutup mata dikehendaki mendapat satu kad sahaja dan dibawa ke tempat

penamat untk dinilai markahnya.

Page 12: Modul taaruf dan ukhuwah

Apabila sampai ke penamat serahkan kain penutup mata kepada rakan untuk mendapatkan kad yang kedua dan seterusnya.

Peserta yang lain boleh menjadi pemberi semangat kepada

Tajuk : Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

Objektif :Setelah mengikuti modul ini peserta akan dapat :

Menilai diri dengan seorang ibu Menghargai pengorbanan ibu Sentiasa berbakti dan dan menjaga nama baik ibu ayah

Bahan-bahan : Kertas A4 Alat tulis Borang penilaian ibu bapa

Kaedah-kaedah : -Peserta diminta berdiri dalam satu bulatan- Memulakan aktiviti dengan membaca Al-fatihah dan doa- Fasilitator meminta setiap peserta mencatatkan maklumat diri tentang ibu mereka :-

1) nama ibu2) nama emak kepada ibu3) nama ayah kepada ibu4) tarikh lahir ibu5) tarikh lahir ibu melahirkan kita6) makanan kegemaran7) sifat yang paling dibenci oleh ibu 8) tindakan anda yang paling disenangi oleh ibu9) saat yang membuat ibu gembira tentang kita10) saat ibu paling bosan dengan anda

- Fasilitator meminta peserta meletakkan catatan anda di hadapan ahli. Setiap ahli menerangkan maklumat-maklumat yang ditulis mengikut giliran- Fasilitator membuat sesi renungan untuk ingatan kembali hubungan peserta dengan ibu mereka

= bayangkan situasi berikut :- Semasa ibu mengandung Semasa ibu melahirkan Semasa kecil Bagaimana susah dan peritnya ibu membesarkan kita

Page 13: Modul taaruf dan ukhuwah

Ibu bersusah menyekolahkan hingga kita Berjaya Sikap kita kepada ibu Saat ibu menangis dengan sikap kita Saat ibu marah dan kecewa dengan sikap kita Saat anda mencium tangan ibu dan memeluknya

- Fasilitator meminta sesiapa peserta menceritakan saat yang paling indah dan paling duka dengan ibu mereka. Peserta lain mendengar dan cuba menghayati serta oleh bersoal- Fasilitator meminta pandangan peserta dari aktiviti ini :-

= apa yang anda dapat= apa tindakan anda selepas ini

- Fasilitator membuat rumusan

Kesimpulan :

1. Syurga di bawah telapak kaki ibu2. Orang yang baik ialah orang yang mentaati ibu3. Bersyukur kerana ibu adalah manusia yang pertama berkorban agar kita dapat melihat

dunia ini4. Kenangkan dan hargai pengorbanan ibu5. Jika bersalah dengan ibu mohon ampunan dengannya

Tajuk : Azam kami

Objektif :Setelah mengikuti modul ini peserta akan dapat :-

Menilai masalah dan keadaan yang berlaku dalam persekitaran hidup harian Memilih suasana yang diinginkan dan tidak disukai berlaku dalam hidup sendirian,

keluarga, masyarakat dan Negara Menanam azam untuk melakukan yang terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat dan

Negara

Bahan-bahan : Akhbar Kertas A4 kulit keras dan kertas A4 biasa Gam Pen magic dan maker pen Pensil

Kaedah pelaksanaan :

- peserta diminta berdiri dalam satu bulatan

Page 14: Modul taaruf dan ukhuwah

- mulakan aktiviti dengan membaca Al-Fatihah dan doa- arahan :-1. setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 2 buah buku skrap berkaitan tajuk diberikan2. masa yang diperuntukkan hanya 30 minit3. peserta diminta menggunting peristiwa dari akhbar dan menampalkannya ke dalam buku skrap yang dibuat4. catatkan pada setiap keratan yang diambil komen dan pandangan ringkas anda- peserta menjalankan aktiviti ini mengikut peraturan

- fasi berbincang:1. Apa pendapat anda tentang koleksi kehidupan yang anda bukukan?2. Kenapakah berlaku peristiwa tersebut?3. Mampukah kita mencorak kehidupan agar ia lebih baik? 4. Apakah kita perlu kita buat?5. Adakah ianaya kena mengena dengan anda?6. Apakah kita akan selamat?7. Bagaimanakah untuk pastikan kita tidak terlibat dengan perkara yang buruk?8. Bagaimana untuk melakukan kebaikan dan mengekalkan kebaikan ?

-fasi membuat rumusan-peserta menyerahkan hasil aktiviti kepada fasi

Kesimpulan:1. Kehidupan manusia dibentuk dari hati yang bersih atau kotor.2. Manusia akan binasa dan rosak jika hati yang kotor dan jauh dari Allah.3. Manusia akan aman dan bahagia bila hati bersih dan dekat dengan Allah.4. Kita perlu bersama untuk membina

4.1. Satu peribadi yang diredhai Allah.4.2. Satu keluarga yang diberkati Allah.4.3. Satu masyarakat yang penuh dengan kebaikan dari Allah.4.4. Satu Negara yang sentiasa mendapat keampunan Allah.

Modul Kepimpinan

Tajuk: Pening lalat

Bahan-bahan:1. Kertas A42. Kasut yang berselerak3. Bata yang bersepah4. Tingkap yang berhabuk

Page 15: Modul taaruf dan ukhuwah

Kaedah perlaksanaan:

1. Fasi mengarahkan setiap kumpulan menulis esei sebanyak 500 patah perkataan berkaitan dengan peranan usrah atau matlamat jemaah atau lain-lain.

2. Pada masa yang sama pecah-belahkan ahli kumpulan. Minta seseorang setiap kumpulan menyusun kasut yang berselerak.

3. Minta ahli yang lain pula menyusun bata yang bersepah.4. Beri arahan kepada ahli yang lain mencuci tingkap yang berhabuk.5. Fasi haruslah memastiak hanya tinggal seorang yang menulis esei. (ketua kumpulan)6. Ketua yang bijak dan berdedikasi akan menghalang anak buahnya melakukan pekerjaan yang

lain dan duduk membantunya.7. Sebelum itu peserta hanya dibenarkan mengikut arahan daripada pengarah dan unit disiplin.

Oleh itu pastikan fasi yang memberi arahan bukan pengarah atau unit disiplin.8. Pengarah dan unit disiplin hanya mengarahkan 2 orang dari setiap kumpulan untuk membuat

kerja.

Kesimpulan:Ketua kumpulan seharusnya memastikan hanya ahli yang diarahkan pengarah atau unit disiplin meninggalkan tugas menulis esei dan yang lain menulis esei.

Objektif:

1. Wala’ pada pemimpin.2. Melatih peserta peka pada arahan.3. Kerjasama dalam kumpulan.

Tajuk: Mengangkut Ankabut

Bahan-bahan: benang, cawan polisterin, kerusi, bata.

Kaedah perlaksanaan:

1. Peserta mempunyai dua kumpulan2. Fasi member bahan-bahan kepda peserta (benang dan cawan polisterin)3. Peserta diberi masa mengisi cawan polisterin dengan benang dengan air. Setelah itu

peserta perlu menutup mata dengan kain.4. Seorng peserta perlu menjadi ketua yang mengarahkan anak buahnya membawa air ke

beberapa halangan. Ketua tidak dibenarkan memegang cawan polisterin tersebut. 5. Ketua sentiasa mengarahkan anak buahnya melalui beberapa halangan. Disamping itu

fasilitator juga turut mengrahkan peserta.6. Perhatikan peserta yang leka.

Page 16: Modul taaruf dan ukhuwah

Objektif:1. Wala’ kepada kepimpinan.2. Melahirkan pimpinan yang bertanggungjawab.

Kesimpulan:1. Peserta hendaklah sentiasa wala’ kepada arahan ketua.2. Fasi boleh melihat adakah mereka akan mengikut arahan samada ketua atau fasi.

Tajuk: Raja semut mencari jalan

Bahan-bahan: Sebiji batu yang kecil

Kaedah perlaksanaan:

1. Urusetia memberi arahan kepada 5 orang peserta untuk mengangkat batu tersebut pada masa yang sama.

2. Batu itu perlu diangkat ke tempat yang diperlukan.

Objektif:

1. Bijak dalam memikirkan jalan penyelesaian.2. Patuh pada arahan kepimpinan.

Kesimpulan:

Peserta sewajarnya mencari bahan-bahan tertentu seperti kain, kertas dan sebagainya untuk mengangkat batu tersebut dengan bahan-bahan yang dicari.

Modul Sir Wal Hazar

Tajuk: Rahsia disebalik coklat

Bahan-bahan: Coklat wafer

Page 17: Modul taaruf dan ukhuwah

Kaedah perlaksanaan:

1. Wafer akan diberikan kepada peserta yang terpilih.2. Peserta akan dipilih oleh urusetia.3. Peserta akan diberi arahan untuk merahsiakan barang tersebut (wafer)4. Peserta akan dikumpulkan5. Para peserta akan disoal oleh urusetia mengenai barang amanah yang telah diberikan

yang bertujuan untuk menguji tahap sir wal hazar peserta tersebut.

OBJEKTIF : Menguji sifat amanah dan sir wal hazar peserta.

TAJUK : PAT-PAT SIKU LIPAT, SIAPA CEPAT DIA DAPAT

BAHAN-BAHAN : kain batik, barang-barang yang perlu dicari oleh setiap peserta.

KAEDAH PELAKSANAAN :

1. Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan2. Setiap peserta akan diberikan kertas yang mengandungi barang-barang yang perlu dicari

oleh mereka oleh ketua urusetia untuk merahsiakan barang-barang yang perlu dicari kepada urusetia yang lain.

3. Para peserta akan diberi arahan untuk mengikat kain batik yang dimiliki oleh mereka pada kaki ahli kumpulan masing-masing di dalam kumpulan.

4. Sewaktu dalam pencarian, urusetia akan mengganggu setiap kumpulan dengan pelbagai helah dan kaedah mereka sendiri.

5. Kumpulan yang didapati membocorkan rahsia mereka iaitu memberitahu urusetia mengenai barang-barang yang hendak dicari akan dianggap pengkhianat dan diberi denda yang setimpal.

OBJEKTIF :

1. Menguji sifat amanah peserta2. Melatih peserta berani dan sabar mempertahankan amanah mereka.

Page 18: Modul taaruf dan ukhuwah

TAJUK : KILLER

BAHAN-BAHAN :1. Peserta-peserta sendiri

KAEDAH PELAKSANAAN :

1. Setiap peserta duduk didalam kumpulan masing-masing.2. Seorang dipilih untuk menjadi killer dan polis manakala yang lain diminta memejam

mata.3. Killer perlulah membunuh peserta lain dan peserta yang telah mati perlulah

merahsiakan siapa killer tersebut dan berpura-pura mati.4. Polis perlulah mencari killer tersebut.

OBJEKTIF

1. Menguji kepekaan peserta2. Melatih sifat pandai menyimpan rahsia.

HIMPUNAN MODUL2 TEAM2 SID..(^,^)

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Acuan AjaibMASA : 30minitPERALATAN: Tali nilon (6meter)

OBJEKTIF : 1. Melahirkan semangat berkumpulan 2. Melahirkan bakat kepimpinan dalam kumpulan

LANGKAH-LANGKAH

1. Kumpulan diberikan tali nilon yang diletakkan di atas lantai.2. Arahan diberi kepada ahli kumpulan untuk membawa tali dari satu hujung

ke hujung yang lain mengikut bentuk yang diarahkan oleh fasilitator.3. Jenis-jenis bentuk yang dicadangkan ialah : bulatan,segiempatsama,segi

tiga,trapezium, layang-layang dsb.

Page 19: Modul taaruf dan ukhuwah

4. Kumpulan perlu mengulang bentuk yang sama jika fasilitator tidak berpuashati dengan bentuk yang diarahkan.

5. Jika pertandingan antara kumpulan, kumpulan yang dapat menyiapkan bentuk mengikut arahan dalam masa yang paling singkat akan menang.

FALSAFAH : Kerjasama dalam kumpulan adalah penting untuk menjayakan sesuatu

tugasan Tanpa pemimpin, kejayaan sesuatu tugasan adalah rumit bagi sesuatu

kumpulan. Walaupun ada matlamat dalam sesuatu kumpulan,rintangan dan halangan

perlu ditempuhi dengan sabar dan cekal.

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Surat LayangMASA : 30minitPERALATAN: Kertas kosong,tali rafia

Page 20: Modul taaruf dan ukhuwah

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan 2. Memahami arahan dengan baik.

3. Berfikir sebelum bertindak

LANGKAH-LANGKAH:1. Tiap-tiap peserta dalam kumpulan menulis nama pada sehelai kertas

kosong dan melipatnya.2. Fasilitator mengumpul dan meletakkan kertas secara berselerak.3. Semua ahli kumpulan diikat kaki antara satu sama lain dan bergerak

serentak untuk mencari nama-nama ahli kumpulan sehingga lengkap.4. Kumpulan yang paling cepat dapat mengumpul nama-nama ahlinya dikira

sebagai pemenang.

PENYELESAIAN: Setiap kumpulan perlu mengutip kertas yang berdekatan dan

meletakkannya di tengah-tengah dan kemudian barulah memilih nama-nama ahli kumpulan.

FALSAFAH : Sifat mementingkan diri akan merosakkan semangat kumpulan. Perkara yang dilakukan bersama akan memudahkan sesuatu tugasan.

Walaupun ada matlamat dalam sesuatu kumpulan,rintangan dan halangan

perlu ditempuhi dengan sabar dan cekal.

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Kerusi ManusiaMASA : 30minitPERALATAN: TiadaOBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan

2. Memahami arahan dengan baik. 3. Mewujudkan kesepaduan dan keserangaman

dalam melakukan sesuatu pergerakan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Setiap kumpulan dikehendaki membentuk satu bulatan dengan kedudukan rapat antara satu sama lain(lelaki dan perempuan berasingan)

2. Setiap ahli diminta memusingkan badan kea rah kiri /kanan.

Page 21: Modul taaruf dan ukhuwah

3. Setiap ahli dikehendaki membengkokkan lutut dan duduk di atas peha rakan di belakangnya dengan serentak.

4. Setiap ahli diminta melakukan pergerakan ke hadapan dan ke belakang beberapa tapak secara serentak.

FALSAFAH : Perkara yang sukar akan menjadi mudah jika dilakukan secara berkerjasama. Toleransi dan kesabaran penting dalam menjalankan sesuatu tugasan.

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Lubang tikusMASA : 45 minitPERALATAN: Kertas mahjung

OBJEKTIF : 1 Berfikir dan merancang sebelum bertindak2. Membina semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan.

3. Membina kemahiran menyelesaikan masalah dalam kumpulan.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Kertas mahjung yang dilubangkan (diameter 50sm) di tengah dilekatkan di antara dua tiang/pintu. Ketinggian lubang adalah pada paras dada.

2. Fasilitator menceritakan situasi yang memerlukan penyelesaian masalah. Contohnya: ahli kumpulan terperangkap dalam guaketika menjalankan satu ekspedisi yang penting. Hanya ada satu lubung yang kecil untuk mereka keluar dari gua ini. Mereka perlu bertindak bagaimana melepaskan diri dari gua ini.

Page 22: Modul taaruf dan ukhuwah

3. Fasilitator memberi arahan bahawa dalam proses ini, lubang kertas mahjung tidak boleh dikoyakkan.

4. Setiap ahli kumpulan perlu diselamatkan melalui lubang itu.

FALSAFAH : Sifat mementingkan diri akan merosakkan semangat kumpulan. Perkara yang dilakukan bersama akan memudahkan sesuatu tugasan. Walaupun ada matlamat dalam sesuatu kumpulan,rintangan dan halangan

perlu ditempuhi dengan sabar dan cekal.

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Pasak BumiMASA : 30 minitPERALATAN: Batang penyeduk sampah

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan.2. Membentuk kemahiran daya konsentrasi, koordinasi dan keseragaman masa dalam menyelesaikan tugasan.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Ahli kumpulan berdiri rapat dalam bulatan dan tegakkan batang penyeduk sampah dengan jari telunjuk.

2. Setiap ahli menggerakkan jari telunjuknya ke batang penyeduk sampah di sebelah kanan secara serentak tanpa menjatuhkkannya.

3. Proses diteruskan sehingga semua ahli balik ke kedudukan asalnya.4. Peserta tidak boleh bergerak ke kedudukan seterusnya jika batang penyeduk

sampahnya jatuh.5. Jika pertandingan antara kumpulan, kumpulan yang dapat menyempurkan

tugasan dalam masa yang paling singkat akan menang.

FALSAFAH : Untuk mengharungi cabaran,kita perlu ada kekuatan dalaman dan sokongan

daripada orang lain. Kerjasama dan koordinasi antara ahli penting untuk menjayakan sesuatu

tugasan.

Page 23: Modul taaruf dan ukhuwah

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Dodoi BayiMASA : 30minitBILANGANPESERTA : 10 orangPERALATAN: Buluh yang panjangnya 1.5-2meter

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan 2. Memahami arahan dengan baik.

3. Berfikir sebelum bertindak

LANGKAH-LANGKAH:1. Ahli kumpulan berdiri dalam dua barisan berselang- seli menghadap antara

satu sama lain. Ahli kumpulan meletakkan kedua tapak tangan ke atas.2. Genggam ke dua belah tangan.3. Hulurkan ibujari dan jari telunjuk ke luar.4. Pusingkan ke dua-dua belah tangan ke arah dalam seperti mengacu pistol.5. Buluh diletakkan ditengah-tengah di atas jari kesemua ahli kumpulan.6. Dengan kedudukan tangan seperti tadi,ahli kumpulan dikehendaki

menurunkan buluh ke bawah kemudian ke atas dengan mengimbangkan buluh itu.

7. Jika buluh jatuh, ahli kumpulan perlu mengulang aktiviti.8. Jika pertandingan antara kumpulan, kumpulan yang dapat mengimbangkan

buluh ke bawah dan ke atas paling cepat akan menang.

FALSAFAH : Bekerjasama penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Keseimbangan hidup pentingt untuk mewujudkan kesejahteraan dan

keharmonian.

Page 24: Modul taaruf dan ukhuwah

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Menara MerdekaMASA : 2- 3jamBILANGANPESERTA : 20 orangPERALATAN: 6 batang pipe PVC sepanjang 50sm setiap satu, satu gulung tali raffia, satu bendera Malaysia dan gunting untuk setiap kumpulan.

OBJEKTIF : 1. Melahirkan semangat kekitaan 2. Membentuk pemikiran strategic.

LANGKAH-LANGKAH

Peserta diarahkan untuk menaikkan bendera Malaysia dengan menggunakan paip PVC dan lain-lain peralatan yang dibekalkan. Bendera perlu dikibarkan selama tempoh nyanyian Negara Ku.

PENYELESAIAN: Bendera diikat pada satu paip PVC. Paip ditolak ke atas dengan paip ke dua dan seterusnya. Ikat paip PVC dengan tali raffia daripada pelbagai arah dan ditarik oleh ahli-

ahli kumpulan.

FALSAFAH : Hidup perlu ada visi dan matlamat.Tidak boleh huru- hara,mesti ada misi. Ketabahan perlu untuk mencapai kejayaan. Toleransi dan kesabaran penting dalam menjalankan sesuatu tugasan.

Page 25: Modul taaruf dan ukhuwah

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Ikatan MuhibbahMASA : 20 minitBILANGANPESERTA : 8-10 orangPERALATAN: Tiada

OBJEKTIF : 1. Memupuk semangat kerjasama2. Melahirkan individu yang komited terhadap

tanggungjawab dan peranan masing-masing.

LANGKAH-LANGKAH:1. Setiap ahli dikehendaki duduk dalam bentuk bulatan dengan keadaan ke dua-

dua lutut dirapatkan ke dada masing-masing.Setiap ahli dikehendaki duduk serapat mungkin (asingkan lelaki dengan perempuan)

2. Kumpulan dikehendaki memikirkan satu cara bagaimana semua ahli dapat bangun serentak dengan berpegangan tangan.

3. Jika langkah di atas berjaya dilakukan, kumpulan dikehendaki melakukan pergerakan bangun dan duduk secara serentak beberapa kali.

PENYELESAIAN: Setiap ahli dalam kumpulan mesti memegang tangan ahli yang berlainan

yang berada bertentangan dengan mereka dengan kemas dan kuat dan bangun serentak.

FALSAFAH : Kejayaan sesuatu kumpulan akan dapat dicapai jika setiap ahli memainkan

peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh komitmen.

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Jentera ManusiaMASA : 45 minitPERALATAN: Tiada

Page 26: Modul taaruf dan ukhuwah

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan. 2. Setiap ahli memainkan peranan masing-masing dengan

berkesan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Setiap kumpulan diberi masa 10-15 minit untuk berlatih melakukan satu pergerkan mesin,objek atau jentera.

2. Setiap ahli dikehendaki memainkan peranan masing-masing.3. Setiap kumpulan, secara bergilir-gilir akan membuat demonstrasi pergerakan

mesin,objek,jentera yang berkenaan.

FALSAFAH : Sesuatu perkara dapat dilakukan dengan baik dan sempurna jika ada

semangat berkumpulan dan kesepaduan antara ahli.

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Sungai BeracunMASA : 30 minitPERALATAN: Dua keping papan BILANGANPESERTA : 10 orang

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan 2. Memahami arahan dengan baik.

3. Berfikir sebelum bertindak

LANGKAH-LANGKAH:

1. Dua keping papan disusun rapat hujung ke hujung.

Page 27: Modul taaruf dan ukhuwah

2. Semua ahli kumpulan diarahkan berdiri di atas papan pertama3. Peserta dimaklumkan bahawa tugas mereka ialah bergerak merentasi sungai

beracun( trek) menggunakan dua papan tadi tanpa ada kaki ahli yang menyentuh sungai sehingga ke penghujung.

FALSAFAH : Kejayaan sesebuah pasukan bergantung kepada semangat kerjasama. Dalam mencapai matlamat kitaharus sedar bahawa kita akan berhadapan

dengan pelbagai rintangan.

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Bom SandwichMASA : 30 minitPERALATAN: Belon (5 untuk setiap kumpulan)BILANGANPESERTA : 10 orang

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan 2. Mewujudkan kesepaduan dan keseragaman

dalam melakukan sesuatu pergerakan.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Peserta berdiri belakang ke belakang dalam satu bulatan kecil.2. Peserta membawa belon tanpa jatuh dibelakang badan dari garis permulaan

kegaris penghabisan.

FALSAFAH : Perkara yang sukar akan menjadi mudah jika dilakukan secara berkerjasama. Toleransi dan kesabaran penting dalam menjalankan sesuatu tugasan.

Page 28: Modul taaruf dan ukhuwah

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Pasak BumiMASA : 30 minitPERALATAN: Batang penyeduk sampah

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan.2. Membentuk kemahiran daya konsentrasi, koordinasi dan keserangaman masa dalam menyelesaikan tugasan.

LANGKAH-LANGKAH:1. Ahli kumpulan berdiri rapat dalam bulatan dan tegakkan batang penyeduk

sampah dengan jari telunjuk.2. Setiap ahli menggerakkan jari telunjuknya ke batang penyeduk sampah di

sebelah kanan secara serentak tanpa menjatuhkkannya.3. Proses diteruskan sehingga semua ahli balik ke kedudukan asalnya.4. Peserta tidak boleh bergerak ke kedudukan seterusnya jika batang penyeduk

sampahnya jatuh.5. Jika pertandingan antara kumpulan, kumpulan yang dapat menyempurkan

tugasan dalam masa yang paling singkat akan menang.

FALSAFAH : Untuk mengharungi cabaran,kita perlu ada kekuatan dalaman dan sokongan

daripada orang lain. Kerjasama dan koordinasi antara ahli penting untuk menjayakan sesuatu

tugasan.

Page 29: Modul taaruf dan ukhuwah

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Broken SquareMASA : 20 minitPERALATAN: Kepingan empat persegi yang telah dipotong mengikut berbagai bentuk dicampur dan dimasukkan kedalam8”-10” sampulsurat.

OBJEKTIF : 1. Untuk memperlihatkan bahawa tiap-tiap individu mempunyai kemampuan dan kebolehan yang terhaddan perlu bekerjasama

2. Konsep kerjasama atau kemenangan bersama3. Konsep memberi dengan jujur tanpa mengharapkan orang lain akan membalas jasa baik itu.4. Untuk menguji dan memperlihatkan bahawa sifat tamak dan

mementingkan diri akan akhirnya merugikan semua orang.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Setiap ahli kumpulan diberi beberapa kepingan kad manila.2. Mereka dikehendaki menyediakan satu bentuk empat segi sama dan

diletakkan dihadapan mereka.3. Tugasan hanya dikira selesai apabila setiap individu dalam kumpulan ada di

hadapan mereka satu bentuk empat segi sama dan ianya mestilah sama besar sama tepat dan sama padat dengan individu-individu yang lain di dalam kumpulan anda.

4. Ahli tidak dibenarkan bercakap.5. Ahli tidak dibenarkan menggunakan sebarang bentuk isyarat komunikasi

dengan ahli-ahli lain dalam kumpulan anda.6. Ahli tidak dibenarkan meminta atau mengambil kepingan-kepingan kad dari

ahli-ahli lain dalam kumpulan itu.7. Anda tidak dibenarkan melipat,mengoyak atau merosakkan kepingan-

kepingan kad yangtelah disediakan.8. Amalkan etika kerja.

FALSAFAH : Bekerjasama

Page 30: Modul taaruf dan ukhuwah

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.Cubaan menipu/melanggararahan atau peraturan yang ditetapkan. Berfikiran terbuka danpengalaman yang teliti terhadap sesuatu arahan.

Hidup adalah bermasalah danperlukan kerjasama Perkhidmatan tanpa mengharapkan balasan (tangan yang menghulur di atas

lebih baik dari yang menadah di bawah) Cari kelemahan diri sebelum menyalahkan orang lain (jangan mudah)

membuat kesimpulan dan tuduhan atas masalah atau kegagalan sendiri) Tidak putus asa. Apa yang ada pada kita belum pastihak kita.

TAJUK : TEAM BUILDINGAKTIVITI : Mencari barang tersembunyi

Page 31: Modul taaruf dan ukhuwah

MASA : 1 jam

PERALATAN : Senarai tugasan

OBJEKTIF : 1. Menggalakkan interaksi di antara peserta 2. Mewujudkan kerjasama kumpulan 3. Menambahkan kemesraan

LANGKAH-LANGKAH:

1. Peserta dibahagi-bahagikan kepada kumpulan kecil yang mengandungi 5-10 orang.

2. Peserta dikehendaki mengikut arahan yang diberikan dan cuba memperolehi seberapa banyak markah yang boleh.

3. Fasilitator akanmemberi satu tugas yang sama untuk semua kumpulan.4. Kumpulan pertama yang dapat menghabiskan tugasnya dengan lengkap dan

cepat akan diberikan 5 markah, kumpulan kedua 3 markah dan kumpulan ketiga 1 markah.

5. Tugasan untuk setiap pusingan ialah mendapatkan barang-barang tersembunyi yang ada pada peserta.

Contoh barang ialah:(a) Sepasang kasut hitam dan dua pasang kasut coklat(b) 5 keping “nama tag”(c) 5 batang sikat(d) Sebatang pen merah,sebatang pen biru dan sebatang pen hitam(e) Sebuah buku harian(f) 7 helai sapu tangan(g) 4 keping duit syiling 50 sen(h) Sekeping “pocket calendar”(i) Dan lain-lain.

FALSAFAH: Jika kita mengkehendaki sesuatu kita mestilah berusaha Semasa meminta sesuatu dengan orang lain,kita hendaklah bersikap hormat

serta bersopan santun Dalam keadaan harian, seseorang itu hanya mendampingi orang lain apabila

ada kepentingan. Adakah ini satu amalan yang baik.

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Hot Air ExpressMASA : 20 minitPERALATAN: Belon satu warna setiap kumpulan seorang satu.

OBJEKTIF : 1. Pembinaan kumpulan.

LANGKAH-LANGKAH:

Page 32: Modul taaruf dan ukhuwah

1. Tandakan lokasi di dalam bilik untuk tempat mula bergerak dengan belon. Ianya mungkin satu sudut, sebuah kotak atau bulatan.

2. Bentuk peserta mencari satu kumpulan terdiri daripada 8-16 orang.3. Beri setiap orang sebiji belon tiup dan ikat.4. Beri penerangan tentang aktiviti:

Objektif kumpulan ialah memastikan semua belon kumpulan ada.di tempat yang ditentukan dan kumpulan dan terdahulu dianggap pemenang

Setiap ahli kumpulan mesti meletakkan tangan mereka ke belakang dan tidak dibenarkan menggunakan tangan untuk menggerakkan belon.

Ahli kumpulan diberi masa 1 minit untuk memilih cara menggerakkan belon asalkan tangan setiasa di belakang.

Diakhir masa 1minit beri arahan untuk mula. Biarkan semua kumpulan menghabiskan aktiviti.

FALSAFAH: Merancang dahulu dalam kumpulan sebelum menjalankan tugasan supaya

dapat menyelesaikanya dengan berkesan. Jangan buat kerja dengan tergesa-gesa dan berseorangan dan menyesal

kemudian.

MODUL : Berdiri Di Atas Kotak

MASA : 15 minit

ALATAN :

PROSEDUR :

1. Pecahkan peserta kepada beberapa kumpulan(dicadangkan satu kumpulan maksima 10 orang).

Page 33: Modul taaruf dan ukhuwah

2. Ketua fasilitator memberikan kepada setiap kumpulan 10 kertas A4 (pemberian kertas adalah mengikut bilangan ahli kumpulan)

3. Peserta diberi arahan untuk meletakkan tapak kaki masing-masing di dalam kertas A4.

4. Selepas semua sudah memasukkan tapak kaki mereka ke dalam kertas A4, ketua fasilitator akan memberi arahan untuk membuang satu kertas A4.

5. Ketua Fasilitator mengulang arahan 3.6. Selepas itu fasilitator terus melakukan perkara 3, 4 dan 5

sehinggalah kertas hanya tinggal satu.7. Selepas selesai, ketua fasilitator perlu menjelaskan objektif dan

hikmah di sebalik program ini.

Nota: Bila kertas berkurangan, peserta akan melakukan apa sahaja untuk meletakkan diri mereka semua ke dalam kertas A4. Anda akan melihat pelbagai ragam, ada  yang berdiri di atas teman, ada yang membuat pyramid. Semakin sedikit kertas A4, semakin gigih mereka untuk memasukkan keseluruhan ahli kumpulan ke dalam kertas A4 yang masih tinggal.

Hakikatnya, arahan adalah masukkan ‘tapak kaki anda; ke dalam kertas A4. Tiada arahan memasukkan keseluruhan badan. Ketua fasilitator boleh membuat pelbagai kesimpulan berdasarkan reaksi dan tindakan peserta serta falsafah di sebalik program ini.

FALSAFAH :

1. Peka kepada arahan.2. Perbincangan dan musyawarah amat penting untuk keputusan

yang tepar.3. Kerjasama antara kumpulan amat penting.4. Mesti teliti dalam melaksanakan segala urusan.

MODUL : Motor Rempit

MASA : 10 minit

ALATAN :

PROSEDUR :

Page 34: Modul taaruf dan ukhuwah

1. Fasilitator memecahkan peserta kepada beberapa kumpulan (jika sudah ada ice breaking sebelumnya, sila arahkan peserta untuk mencari ahli kumpulan yang berbeza)

2. Ketua Fasilitator mengarahkan peserta untuk berdiri lurus dalam satu barisan mengikut kumpulan masing-masing dan semua peserta pelu memegang pinggang teman di hadapannya.

3. Ketua Fasilitator meminta para peserta melakonkan aksi pembawa motor rempit mengikut arahan.

4. Arahan terbahagi kepada lima,a. Hidupkan motor. (minta peserta lakonkan bersama bunyi)b. Panaskan motor. (minta peserta lakonkan bersama bunyi)c. Motor bergerak biasa. (minta peserta lakonkan bersama

bunyi)d. Motor memecut. (minta peserta lakonkan bersama bunyi)e. Motor berhenti mengejut. (minta peserta lakonkan

bersama bunyi)5. Ketua Fasilitator lihat aksi dan ragam peserta, seterusnya buat

kesimpulan.

FALSAFAH :

1. Membina kemesraan antara peserta.2. Menghilangkan rasa  gementar dan segan yang berlebihan.3. Pengajaran keburukan gejala rempit

MODUL : Bulatan Ta’aruf

MASA : 20 minit

ALATAN :

Page 35: Modul taaruf dan ukhuwah

PROSEDUR :

1. Ketua fasilitator perlu mengeluarkan arahan-arahan seperti berikuta. Semua peserta perlu berbaris mengikut bulan kelahiranb. Semua peserta perlu berbaris mengikut saiz kasut yang samac. Semua peseta perlu membuat satu barisan, yang pendek di

hadapan, yang tinggi di belakangd. Semua peserta perlu membuat satu barisan, yang paling tua

di hadapan, yang paling muda di belakange. Semua peserta perlu berbaris mengikut warna baju yang

samaf. Semua peserta  perlu berbaris mengikut hobi.g. Semua  peserta perlu berbaris mengikut cita-cita.h. Semua  peserta perlu buat satu bulatan yang di dalamnya ada

semua tingkat umur2. Ketua Fasilitator boleh menambah lagi arahan-arahan lain yang

dirasakan sinonim dan sesuai dengan program ini.3. Fasilitator yang lain perlu mengawal keadaan.4. Ketua Fasilitator membuat kesimpulan dari ragam dan aksi

peserta seteeusnya menyatakan hikmah di sebalik aktiviti ini.

 

FALSAFAH:

1. Secara tak langsung, ta’aruf peserta berjalan.2. Menghilangkan jurang antara peserta3. Menyatakan bahawa perbezaan antara manusia adalah rahmat

ALLAH supaya saling mengenali dan berta’aruf.4. Kaitkan dengan ayat “ Dan KAMI datangkan kamu dari lelaki

dan perempuan dan dipertemukan untuk saling berkenalan. Sesunggunya yang termulia dari kalangan kamu adalah yanng paling bertaqwa”

 

 

 

 

MODUL : Nasyid Tema

MASA : 10 minit

Page 36: Modul taaruf dan ukhuwah

ALATAN : Radio, Laptop, atau lain-lain alat yang boleh menyiarkan suara dengan baik dan senikata lagu.

PROSEDUR :

1. Pada sesi ice breaking, selitkan modul ini. Sebaiknya dilakukan pada awal-awal sesi ice breaking.

2. Ketua Fasilitator pelu memilih satu nasyid tema yang bersesuaian dengan objektif dan matlamat program

3. Ketua Fasilitator mengarahkan semua peserta untuk berdiri dalam barisan yang tegak.

4. Semua fasilitator bersama Ketua Fasilitator membuat satu barisan di hadapan peserta dan nyanyikan bersama dengan penuh bersemangat. Kalau boleh, suara fasilitator lebih kuat lagi dari suara peserta.

5. Minta peserta keluarkan pendapat mereka mengenai nasyid ini dan apakah pengajaran yang terselit di dalamnya.

FALSAFAH:

1. Peserta akan merasa lebih senang hati2. Peserta dapat mengurangkan lagi rasa gementar mereka3. Objektif dan matlamat program lebih dirasai oleh peserta4. Menghilangkan rasa kekok peserta.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MODUL : Ikut Cakap Saya

MASA : 20 minit

Page 37: Modul taaruf dan ukhuwah

ALATAN :

PROSEDUR :

1. Ketua Fasilitator akan memaklumkan arahan-arahan berikut kepada peserta.a. Jika saya kata “dengar tak?” Maka kamu semua perlu

letakkan tangan pada telinga dan sebut ‘bzzzzzzt’(bunyi lebah)

b. Jika saya kata “faham tak?” Maka kamu semua perlu letakkan tangan pada mulut dan sebut ‘bzzzzzzt’

c. Jika saya kata “nampak tak?” Maka kamu semua  perlu letakkan tangan pada mata kamu seperti teropong dan sebut ‘bzzzzzzt’

2. Seterusnya Ketua Fasilitator akan mengeluarkan arahan-arahan di atas. Lihat reaksi peserta.

3. Kemudian Ketua Fasilitator akan bercakap seperti biasa. Masukkan arahan-arahan di atas secara  tidak langsung. Lihat reaksi peserta. Jika mereka tidak melakukan seperti arahan-arahan di atas, maka Ketua Fasilitator perlu mengingatkan mereka.

4. Selepas melihat mereka telah fokus dan melakukan perbuatan dengan baik, Ketua Fasilitator perlu mengeluarkan kata-kata pujian memuji kepatuhan mereka.

Falsafah:

1. Perlu patuh arahan ketua2. Fokus3. Menghilangkan jurang antara peserta dan fasilitator

 

 

MODUL : Kenal Nama Sahabat

Page 38: Modul taaruf dan ukhuwah

MASA : 30 minit

ALATAN :

PROSEDUR :

1. Ketua Fasilitator akan mengarahkan fasilitator untuk memecahkan peserta kepada kumpulan-kumpulan kecil. (Sepuluh orang satu kumpulan)

2. Namakan kumpulan-kumpulan tersebut dengan nama angka seperti satu, dua dan seterusnya mengikut bilangan kumpulan.

3. Kekalkan separuh ahli kumpulannya, dan separuh ahli kumpulan lagi perlu bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan. Namakan yang tidak bergerak sebagai A, dan yang bergerak sebagai B

4. Ketua Fasilitator akan memberikan arahan “ B, berkenalan”. Maka semua peserta yang dinamakan sebagai B perlu meninggalkan kumpulan mereka dan pergi ke kumpulan yang lain mengikut turutan, kumpulan 1 pergi ke kumpulan 2, kumpulan 2 pergi ke kumpulan 3 dan begitulah seterunya.

5. Apa yang peserta perlu lakukan adalah mengenali nama ringkas semua ahli A yang tinggal di dalam kumpulan yang mereka singgahi. Berikan masa hanya dua minit sahaja.

6. Sebaik sahaja B selesai melalui semua kumpulan dan kembali ke kumpulannya, Ketua Fasilitator akan mengeluarkan arahan “A, berkenalan”. Maka A pula akan melakukan pergerakan B seperti di atas.

7. Bila semua telah selesai, Ketua Fasilitator memilih secara rawak lima orang peserta seterunya menunjukkan secara rawak mana-mana peserta untuk ditanya nama ringkasnya. Sediakan denda untuk yang tidak dapat menjawab dengan betul.

Falsafah:

1. Secara tidak langsung, peserta dapat mengenali sedikit sebanyak teman peserta yang lain

2. Menghilangkan jurang dari kalangan mereka3. Membuatkan mereka berani sapa menyapa.

 

 

 

 

Page 39: Modul taaruf dan ukhuwah

MODUL : Siapa Saya

MASA : 20 minit

ALATAN : Kertas, Pen, Pita Selofan

PROSEDUR :

1. Program ini sesuai dibuat setelah melalui beberapa aktiviti Ice Breaking yang lain

2. Buat dua bulatan besar, satu bulatan peserta lelaki, satu bulatan peserta perempuan

3. Ketua Fasilitator meminta para fasilitator untuk memberikan kertas A4 seorang peserta satu helai.

4. Seterusnya Ketua Fasilitator mengarahkan mereka untuk menampal kertas A4 tersebut di belakang tubuh rakan mereka.

5. Ketua Fasilitator mengarahkan peserta untuk menulis di belakang kertas A4 di tubuh rakan mereka ‘kebaikan’ dan ‘keburukan’

6. Seterusnya Ketua Fasilitator mengeluarkan arahan supaya semua peserta bergerak mendapatkan teman mereka dan meminta untuk menulis kebaikan atau keburukan yang ada  pada dirinya sepanjang perkenalan mereka yang sebentar. Peserta perlu mengumpulkan sebanyak mungkin tulisan peserta lain di dalam kertas A4 di belakang tubuhnya itu.

7. Seorang peserta hanya boleh menuliskan satu ciri sahaja. Antara ‘kebaikan’ atau ‘keburukan’.

8. Seterusnya Ketua Fasilitator akan meminta fasilitator untuk memilih beberapa orang peserta untuk membaca kerta A4 miliknya dan berikan komen.

Falsafah:

1. Menimbulkan rasa ingin kenal yang lebih mendalam dalam jiwa peserta

2. Membawa peserta menilai diri sendiri lebih lagi3. Mendidik peserta bahawa manusia ada pelbagai pandangan

terhadap kita, maka akhlak dan syahsiah kita mestilah kita jaga kerana kita merupakan duta-duta ISLAM di muka bumi.

4. Kaitkan dengan hadith Rasulullah, “ Kamu adalah penjuru dari penjuru-penjuru ISLAM, musuh akan menyerang dari penjuru kamu, maka pertahankanlah penjuru kamu itu biar musuh tidak menerobos masuk melaui penjuru kam

 

Page 40: Modul taaruf dan ukhuwah

 MODUL : Terbang Tanpa Sayap

MASA : 20 minit

ALATAN :

PROSEDUR :

1. Ketua Fasilitator akan meminta fasilitator memecahkan peserta kepada kumpulan-kumpulan kecil(sebaiknya satu kumpulan paling ramai hanya sebelas orang)

2. Kemudian Ketua Falisitator akan mengeluarkan arahan supaya setiap kumpulan membuat dua barisan dan saling berhadapan.

3. Mereka perlu memilih salah seorang dari ahli untuk berbaring di tengah-tengah sambil dipegang semua rakan. Kemudian semua ahli yang lain akan mencampakkan teman mereka itu ke udara setinggi yang mungkin dan menyambutnya semula.

4. Peserta yang dilontar hendaklah meringankan badan, jangan menggerakkan kaki dan tangan. Kaki diluruskan dan tangan hendaklah disilangkan di atas dada.

5. Mesti ada fasilitator berdekatan setiap kumpulan untuk keselamatan.

6. Semua ahli kumpulan perlu merasa dibaling.7. Ketua Fasilitator melihat ragam dan aksi peserta, seterusnya

menyimpulkan suasana itu dengan kesimpulan yang membina dan memberi pengajaran

Falsafah:

1. Membina kerjasama dan saling percaya mempercayai walaupun baru sahaj berkenalan

2. Menghilangkan rasa rendah diri yang teramat sangat atau segan yang melampau kepada teman yang lain.

 

 

 

 

Page 41: Modul taaruf dan ukhuwah

MODUL : Tolak Menolak

MASA : 20 minit

ALATAN :

PROSEDUR :

1. Pecahkan peserta-peserta kepada kumpulan-kumpulan kecil.(paling ramai 7 orang satu kumpulan)

2. Seterusnya suruh mereka berdiri di dalam satu bulatan yang amat kecil. Sekecil yang mereka mampu. Tetapi antara mereka hendaklah tidak bertindih.

3. Pilih seorang untuk berada di tengah. Suruh dia berdiri tegak. Ringankan badan. Relakan diri untuk diperlakukan apa sahaja.

4. Arahkan semua kawan-kawan untuk menolaknya. Bila dia ke hadapan, maka yang berhadapan dengannya menolaknya ke belakang, kemudian tolak dia pula ke kiri dan ke kanan dan begitulah berulang-ulang kali.

5. Tukar pula dengan orang lain.

Falsafah:

1. Meletakkan kepercayaan kepada sahabat2. Kebergantungan kepada ALLAH3. Rasa kasih dengan sahabat4. Dapat mengeratkan ukhuwwah.