35
Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 PENGENALAN Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri- negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. NEGERI-NEGERI MELAYU SEMASA ZAMAN PENJAJAHAN

Negeri negeri melayu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Negeri negeri melayu

Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896PENGENALAN

Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith.

Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan.

NEGERI-NEGERI MELAYU SEMASA ZAMAN PENJAJAHAN

Page 2: Negeri negeri melayu

Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan.

Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.

Page 3: Negeri negeri melayu

APAKAHFAKTOR – FAKTOR

PENUBUHANNEGERI-NEGERI

BERSEKUTU?

Page 4: Negeri negeri melayu

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895.

Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu.

Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza.

Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran

Page 5: Negeri negeri melayu

Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan.

Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial.

Page 6: Negeri negeri melayu

Menghadkan Kuasa Residen

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen.

Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak. Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandatangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa.

Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.

Page 7: Negeri negeri melayu

Masalah Kewangan Pahang

British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang.

Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat.

Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895.

Frank Swettenham dan C.D. Cowan menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.

Page 8: Negeri negeri melayu

o British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi.

o Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar.

Keselamatan

Page 9: Negeri negeri melayu

Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan.

Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu.

Dasar British

Page 10: Negeri negeri melayu

KESAN – KESAN PENUBUHAN NEGERI –

NEGERI BERSEKUTU

Page 11: Negeri negeri melayu

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan

keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh

berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan.

POLITIK

Page 12: Negeri negeri melayu

Keseragaman, kecekapan, keamanan dan pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya.

Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah.

Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah.

EKONOMI

Page 13: Negeri negeri melayu

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan.

Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India. Kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk

Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.

Terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain.

Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

SOSIAL

Page 14: Negeri negeri melayu

NEGERI- NEGERI MELAYU

TIDAK BERSEKUTU

Page 15: Negeri negeri melayu

Gabungan ini terbentuk pada tahun 1909 apabila British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok.

Mengikut perjanjian ini, empat buah negeri yang sebelum ini terletak di bawah naungan kuasa Siam, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan diserahkan kepada British. Dengan penyerahan ini, Penasihat British telah diletakkan di setiap negeri tersebut.

Pentadbiran NNMTB yang berasingan dengan NNMB berterusan sehingga Perang Dunia Kedua.British didapati gagal untuk menggabungkan NNMTB dengan NNMB kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja Melayu di NNMTB.

Page 16: Negeri negeri melayu

PENGAGIHAN KUASA PUSAT ( DISENTRALISASI 1920-41 )

Rancangan pengagihan kuasa pusat ini dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Kerajaan British memperkenalkan disentralisasi disebabkan beberapa faktor iaitu:

Sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu berasa tidak puas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Ini menyebabkan mereka kehilangan kuasa. Sultan juga tidak merasa puas hati apabila Majlis Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1909 tidak memberikan mereka sebarang kuasa pemutus dan mesyuarat boleh dijalankan tanpa kehadiran mereka.

Pihak British ingin menyatukan negeri-negeri Melayu keseluruhannya yang sebelum ini terdiri daripada tiga kawasan politik iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu , Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.

Kerajaan British berhasrat mengurangkan perbelanjaaan pentadbiran terutamanya semasa kemelesetan dunia pada tahun 1920-an

Page 17: Negeri negeri melayu

Wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi dalam hal-hal pentadbiran.

Page 18: Negeri negeri melayu

Perubahan-perubahan yang disyorkan oleh Sir Lawrence Guillemard melalui rancangan ini ialah :-

Menyusun semula Majlis Minit Mesyuarat Persekutuan dengan membawa keluar raja-raja Melayu daripada majlis ini. Tetapi, raja-raja Melayu ini boleh berhubung secara terus dengan Pesuruh jaya Tinggi British.

Majlis Mesyuarat negeri akan diberi kuasa yang lebih untuk pentadbiran negeri termasuklah menguruskan belanjawan negeri.

Beberapa buah jabatan kerajaan yang sebelum ini ditadbir di peringkat pusat akan dipindahkan kepada kerajaan negeri.

Jawatan Residen Jeneral akan dihapuskan.

Page 19: Negeri negeri melayu

Sebuah jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 1923 untuk mengkaji pengagihan kuasa tersebut. Akhirnya beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Guillemard telah diluluskan. Kuasa raja semakin dipulihkan.

Rancangan pengagihan kuasa pusat ini tergendala pada tahun 1941 aabila Tanah Melayu diserang oleh Jepun.

Page 20: Negeri negeri melayu

Warna Biru : Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu Warna Kuning : Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu

Page 21: Negeri negeri melayu

ZAMAN PENDUDUKAN

JEPUN

Page 22: Negeri negeri melayu

Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dan dalam tempoh kira-kira 70 hari apabila Ketua Turus Tentera Berikat iaitu Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah kepada Panglima Tentera Jepun iaitu Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura pada 15 Februari 1942.

Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan semboyannya “asia untuk orang asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk. 

.

PENGENALAN

Page 23: Negeri negeri melayu

Sejak itu Tanah Melayu ditadbir oleh pihak tentera Jepun sehingga 15 Ogos 1945. Walaupun pendudukan Jepun hanya selama 3 tahun 6 bulan, tetapi ia telah meninggalkan beberapa kesan sama ada politik, ekonomi mahupun sosial.

Pada zaman pendudukan jepun, rakyat hidup dalam kesengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun.

Page 24: Negeri negeri melayu

KESAN-KESAN ZAMAN

PENDUDUKAN JEPUN

DI TANAH MELAYU

Page 25: Negeri negeri melayu

Pendudukan telah menimbulkan kesedaran politik yang mendalam di kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Melayu.

Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun [ Asia untuk orang Asia ] telah membangkitkan kesedaran penduduk tempatan untuk berjuang menuntut kebebasan politik dan kemerdekaan.

Dalam menjalankan pentadbiran, Jepun lebih mengutamakan orang melayu kerana ia menganggap Tanah Melayu adalah hak orang Melayu. Orang Melayu diberi peluang memegang jawatan-jawatan pentadbiran seperti Pegawai Daerah. Dalam Majlis Penasihat yang diterima oleh orang Melayu melebihi bilangan bangsa-bangsa lain.

KESAN POLITIK

Page 26: Negeri negeri melayu

• Dasar Jepun terhadap orang India agak memuaskan kerana mengharapkan sokongan mereka dalam usaha untuk menjayakan rancangan Jepun menguasai India.

• Mereka diminta untuk menyertai Tentera Kebangsaan India ( MIA ) yang ditubuhkan Jepun di Tanah Melayu.

• Selain itu juga, Jepun menubuhkan Kerajaan India Buangan yang dikenali dengan Azad Hind di Singapura di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose.

• Dasar Jepun terhadap orang India telah menimbulkan masalah dalam usaha untuk mewujudkan semangat kenegaraan di kalangan orang India di Tanah Melayu.

Page 27: Negeri negeri melayu

Dasar orang Jepun terhadap orang Cina amat berbeza. Selepas menguasai Tanah Melayu mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain kezaliman ke atas orang Cina. Keadan ini berlaku kerana permusuhan di antara Negeri Jepun dan Negeri China.

Akibat daripada tindakan Jepun, orang cina lari masuk ke hutan seterusnya menganggotai Parti Komunis Malaya.

Kekalahan British telah menyedarkan orang Melayu supaya berusaha sendiri bagi mempertahankan hak-hak dan kepentingan serta tanah air mereka.

Kesan pendudukan Jepun juga telah menyedarkan orang Melayu untuk bangun memperjuangkan hak –hak kepentingan mereka sebagai bumiputera di Tanah Melayu.

Page 28: Negeri negeri melayu

Jepun memberi sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) pimpinan Ibrahim Yaakob. Ia juga telah menubuhkan Pasukan Tentera Sukarela ( PETA ) atau Pembela Tanah Air yang lebih dikenali sebagai Giyu Gun di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob.

Angota-anggota PKM yang lari kedalam hutan telah menyertai Malayan Anti-Japanese Union Maju yang ditubuhkan oleh British.dan seterusnya menubuhkan Malayan People anti- Japanese Army ( MPAJA ) dan telah menyerang hendap tentera Jepun dan menjalankan pengintipan bagi pihak British.

Kesan pendudukan Jepun telah mewujudkan kesdaran politik secara berparti dan berpersatuan di kalangan penduduk Tanah Melayu seperti MCA, UMNO, MIC, AWAS,Hizbul Muslimin dan sebagainya.

Page 29: Negeri negeri melayu

Ekonomi Tanah Melayu yang bergantung pada eksport bijih timah dan getah mengalami kemerosotan kerana pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan juga Dasar Bumi Hangus yang diamalkan oleh British di mana mereka telah merosakkan pokok-pokok getah, kilang-kilang, lombong-lombong, dan jentera perlombongan sebelum berundur dari Tanah Melayu bagi mengelakkannya daripada jatuh ke tangan Jepun.

Tanah Melayu juga telah putus daripada pasaran antarabangsa bijih timah dan getah kerana Jepun mengharamkan eksport keduanya kecuali Jepun.

KESAN EKONOMI

Page 30: Negeri negeri melayu

Pada tahun 1943, Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya. Antara langkah-langkah yang diambil Jepun ialah menggalakkan penanaman padi 2x setahun, memperkenalkan bijih benih padi daripada Taiwan , membuka tanah pertanian baru dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, pengeluaran beras tetap tidak mencukupi dan penduduk terpaksa bergantung kepada tanaman lain seperti jagung, ubi kayu, pisang dan sebagainya.

Pada masa ini juga Tanah Melayu mengalami inflasi kerana pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan barangan pengguna terutamanya makanan.

Page 31: Negeri negeri melayu

Kemusnahan sistem perhubungan dan lain-lain infrastruktur yang tidak dibaiki oleh Jepun telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi Tanah Melayu.

Page 32: Negeri negeri melayu

Pendudukan Jepun telah meninggalkan penderitaan kepada penduduk Tanah Melayu. Rmaia orang Cina telah dibunuh dan dizalimi Jepun yang mengakibatkan mereka lari ke dalam hutan. Mereka tinggal di dalam hutan dan menanam tanaman untuk bekalan makanan.

Orang India telah dipaksa menjadi buruh paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk membina jalan keretapi. Kekurangan makanan dan penyakit telah mengakibatkan ramai meninggal dunia sehingga jalan keretapi itu dikenali sebagai Jalan Keretapi Maut.

Pendudukan Jepun juga tela mengakibatkan wujudnya permusuhan kau di antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada dasar Jepun yang berbeza kepada kaum-kaum tersebut.

KESAN SOSIAL

Page 33: Negeri negeri melayu

Layanan Jepun terhadap orang Melayu telah menimbulkan kemarahan orang Cina. Malah Jepun telah mengambil orang Melayu untuk untuk dijadikan polis dan tentera bagi menentang MPAJA yang terdiri daripada orang Cina.

Akibatnya selepas pendudukan Jepun, telah berlaku pergaduhan kaum di antara orang Melayu dengan orang Cina terutamanya di Perak dan Johor.

Pendudukan Jepun telah menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadap kepentingan pelajaran, di mana selepas perang, sekolah-sekolah Melayu telah tumbuh dengan begitu pesat.

Page 34: Negeri negeri melayu

Kesimpulannya, pendudukan Jepun di Tanah Melayu memberikan pengajaran kepada kita supaya tidak mudah mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing.

Kita tidak boleh hanya bergantung pada Negara lain untuk mempertahankan kedaulatan Negara. Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang selama 53 tahun harus dipelihara sebaik-baiknya.

KESIMPULAN

Page 35: Negeri negeri melayu

Mardiana Nordin.Pengajian Malaysia ( 2005 ). Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti.

http://cikguhistorygeography.blogspot.com/2010/10/kesan-pendudukan-jepun-di-tanah-melayu.html

04.07.2012

 http://www.geocities.ws/cominglucky/kesanjepun....12: 10

1.07.2012

BIBILIOGRAFI