26
Hortikultur Hiasan & Landskap (Orkid) TUGASAN BLOG

Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PengenalanCara pembiakan dll

Citation preview

Page 1: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Hortikultur Hiasan & Landskap(Orkid)

TUGASAN BLOG

Page 2: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

BAB 1 : Pengenalan kepada orkid

Jenis-jenis Orkid – Pengkelasan mengikut cara pertumbuhan

Orkid dan persekitaran hidup semulajadinya

Orkid yang popular di tanam di Malaysia

HORTIKULTUR HIASAN & LANDSKAP (ORKID)

Page 3: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

PEMINAT seni taman yang bercadang menanam orkid perlu mengetahui beberapa perkara penting berkaitan tumbuhan itu, khususnya bagi memudahkan pengurusan, penanaman dan pembiakan

pokok.Bagaimanapun, penanaman orkid bergantung kepada keluasan halaman dan bentuk kediaman sama ada jenis banglo, teres, apartmen atau rumah kampung yang mempunyai halaman luas.WARNA

merah dengan susunan kemas menyebabkan kadar harga orkid ini terus meningkat.

 

    Orkid atau nama botaniknya Orchidaceae, adalah satu kumpulan bungaan yang mempunyai banyak perbezaan dari aspek rupa bentuk dan pokok.Ada 100 genus orkid di negara ini. Antara yang popular

ialah Dendrobium, Oncidium, Cattleya, Arachnis, Vanda, Renanthera dan Phalaenopis, manakala genus kacukan yang berjaya dihasilkan menerusi teknologi botani ialah Aeridovanda, Aeridanchis,

Aranda, Arachnopsis, Burkillara, Christieara dan Doritaenopsis.

 

    Baka lain hasil kacukan termasuk Doritaenopsis, Holtumara, Kagawa, Laycockara, Limara, Mokara, Renantanda, Renanstylis, Renanthopsis, Rhyncovanda, Teohara, Vandaenopis, Vandachnis dan

Vascostylis.Antara varieti genus hibrid yang popular ialah Aranda Chark Kuan dengan bunganya berwarna magenta, Aranda Chritie (bintik merah jambu), Aranda Iskandar (kuning), Aranda Kooi Choo (biru), Aranda Lum Chin (kuning) dan banyak lagi nama baru dengan serlahan bunga pelbagai warna

yang menarik.

 

    Bunga orkid terdiri dari sepal, petal, stamin dan pistil. Gabungan stamin dan pistil dipanggil kolum. Pada bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal dan sebelah dalamnya ada dua

kelopak petal.

PENGENALAN KEPADA ORKID

Page 4: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Secara ringkas orkid di kelaskan kepada  beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan cara hidupnya.

Monopodial – adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanya dipanggil stem yang hidup menegak. Daun-daun  baru tumbuh  di setiap hujung stem tersebut.

 

Simpodial – adalah orkid yang tumbuh secara mengeluarkan anak daripada bebawang yang telah matang.

JENIS-JENIS ORKID

Page 5: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Maksud cara hidup orkid di sini ialah media yang diperlukan oleh setiap jenis orkid untuk hidup.

 

1.  Tanah

 

Orkid yang hidup di atas tanah. Untuk penanaman sebagai hiasan biasanya pengemar orkid menggunakan tanah pasuan yang boleh didapati di nurseri nurseri bunga berhampiran anda. Daripada pengalaman penulis tanah pasuan di nurseri perlu ditambah media* yang mampu meningkatkan saliran dan pengudaraan yang baik. Orkid dalam genus Spathoglottis dan  Phaius  adalah salah satu orkid yang memerlukan tanah sebagai medianya untuk hidup.

 

2.  Epifit

 

Sejenis orkid yang hidup secara  menumpang di atas pokok. Orkid epifit bukan parasit iaitu  ia tidak ’mencuri’ keperluan hidupnya daripada perumahnya. Di dalam koleksi penulis, orkid jenis ini telah di tanam menggunakan beberapa jenis media* sebagai ganti kepada pokok perumah asalnya. Antara orkid  epifit adalah  genus Bulbophyllum, Dendrobium,   Phalaenopsis dan Vanda.

ORKID DAN PERSEKITARAN HIDUP SEMULAJADINYA

Page 6: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

3. Memanjat

 

Orkid jenis memanjat ini boleh dikenali dengan pangkalnya hidup ditanah dan ia menjalar memanjat atau melilit media sokongannya. Biasanya dia mempunyai akar udara yang berserabut. Biasanya orkid jenis ini adalah monopodial seperti genus Dipodium, Arachnis dan Mokara. Orkid vanila juga termasuk di dalam kumpulan ini.

 

 

4. Litofit

 

Ia menjadikan batu sebagai medianya untuk hidup. Di dalam hutan biasanya kita boleh melihat orkid jenis ini hidup di batu batu tepian air terjun yang ditumbuhi dengan lumut. Antaranya ialah beberapa jenis  orkid  di dalam genus Paphiopedilum, Eria dan juga sekumpulan orkid yang di panggil ‘Jewel Orchid’.

ORKID DAN PERSEKITARAN HIDUP SEMULAJADINYA

Page 7: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana beberapa faktor seperti; 

• warna bunga yang lebih menarik

• bunga yang tahan lama

• pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar

• harga yang murah berbanding orkid liar

• saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar

• sesuai untuk jualan keratan bunga

Terdapat beberapa jenis genus orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya. Antaranya;  Dendrobium Phalaenopsis Arachnis Vanda Cattley Oncidium

ORKID YANG POPULAR DI TANAM DI MALAYSIA

Page 8: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

BAB 2 : Cara Menanam Orkid

Media penanaman orkid

Penyediaan persekitaran hidup orkid

Cara pembiakan orkid

HORTIKULTUR HIASAN & LANDSKAP (ORKID)

Page 9: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya  seperti telah di terangkan di dalam sub topik; orkid dan persekitaran hidup semulajadinya. Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan oleh peminat orkid. Bergantung kepada penanam untuk memilih kesesuaian media mengikut iklim mikro* kawasan penanam anda. Setiap media diterangkan secara ringkas untuk memudahkan anda mendapatkan gambaran penggunaannya.

1. Pecahan batu bata 

2. Pecahan arang

3. Serbuk kayu

4. Perlite

5. Sphagnum moss

MEDIA PENANAMAN ORKID

6. Potongan batang paku pakis gajah7. Tunggul kayu8.Potongan dahan tembusu9. Tanah campuran10. Tiada media

Page 10: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Orkid seperti  tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam menyediakan persekitaran hidup yang sesuai untuknya. Perkataan lain yang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaan kepada orkid boleh di beri dengan  penyediaan  teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan kadar cahaya yang berbeza-beza. Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100% manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan cahaya matahari hanya 50% untuk hidup dengan subur. Ada 2 teknik teduhan yang biasa digunakan oleh penanam orkid.

a.      Rumah teduhan

b.      Tanaman bersama pokok teduhan

PENYEDIAAN PERSEKITARAN HIDUP ORKID

Page 11: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

 Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya:

a) pembiakan daripada anak benih

b) daripada ‘flask’

c) pot komuniti

d) pot individu

- pembahagian rumpun

- keratan daripada pokok induk dan biji benih

CARA PEMBIAKAN ORKID

Page 12: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

BAB 3 : CARA PENJAGAAN ORKID

Penyiraman

Pengudaraan

Pembajaan

Kawalan penyakit dan perosak orkid

Panduan membeli racun serangga dan kulat

HORTIKULTUR HIASAN & LANDSKAP (ORKID)

Page 13: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Di atas adalah satu  petua yang popular  dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang  melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah  anda ‘menjemput’ penyakit  kepada kloeksi orkid anda.  Ini kerana orkid mampu menyimpan air  di dalam bebawangnya  seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:

a. Cuaca semasa

Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.

 

b. Media tanaman digunakan

Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah  kurang daripada media yang cepat kering.

 

c. Iklim mikro

Bermaksud adalah  iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di antara anda dengan penanam orkid yang lain.

 

Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang.  Penyiraman di waktu tengahari  akan  menyebabkan  air yang bertakung di celah daun   akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecur dek proses pemanasan air oleh matahari.

 

Teknik penyiraman boleh digunakan  secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik yang mudah

PENYIRAMAN

Page 14: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit terutamanya penyakit

yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur  orkid  yang tidak

terlalu padat atau membekal  pengudaraan buatan seperti memasang kipas. Penulis hanya menggunakan teknik susun atur orkid sahaja bagi menjimatkan kos

selengaraan.

PENGUDARAAN

Page 15: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Pembajaan adalah sesuatu  yang mesti diberi  kepada tanaman  termasuk orkid untuk mendapatkan kualiti

hidup  orkid yang lebih baik. Bagaimana teknik membaja orkid?

 

‘WEAKLY,  WEEKLY‘

 

 Di atas adalah satu lagi  petua yang  bagus di jadikan panduan untuk anda membaja orkid. Ia membawa

maksud anda menggunakan sukatan kepekatan  baja yang rendah  untuk setiap minggu semburan. Orkid

hanya menyerap nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan  menggunakan kepekatan 

tinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah  dan merugikan anda.

PEMBAJAAN

Page 16: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Penerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks. Penulis  cuba ringkaskan bahawa pemilihan baja bergantung kepada kehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual  untuk pilihan pengguna.  Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang mengandungi kadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan baja yang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebih tinggi.

 

Biasanya pada  label baja akan tertera semua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.

 

Contoh: Baja A : N P K  +TE  :  13 27 27   1%

 

Untuk Baja A tersebut, ia sesuai untuk pembungaan orkid anda kerana  mengandungi  unsur nitrogen 13 % dan unsur fosforus dan kalium sebanyak 27%. +TE di sini bermaksud  baja ini mempunyai  ‘trace element’ atau unsur surih  sebanyak 1%. Unsur surih bermaksud  nutrien tambahan yang diperlukan oleh tanaman tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

PANDUAN MEMILIH BAJA

Page 17: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Penggunakan baja organik ‘B’GREEN seaweed’ untuk memberi pertumbuhan yang sihat dan ‘B’GREEN bloom & fruit’ untuk  membekal nutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.

 

B’GREEN seaweed   adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana  ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi  beberapa hormon semulajadi yang amat  diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi  elemen sebagai  anti  beberapa penyakit  bawaan kulat dan serangga penghisap cecair tumbuhan.

 

B’GREEN bloom & fruit  adalah campuran  baja bukan organik  N P K  +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan organik bertujuan  untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan  nutrien oleh  tumbuhan.

PANDUAN MEMILIH BAJA

Page 18: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Kawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk anda ambil perhatian. Ini kerana ia mempengaruhi kualiti  hidup  orkid  dan mungkin yang lebih  penting anda mungkin kehilangan  orkid anda selamanya.

 

Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada  bawaan 4 elemen : • Virus• Bakteria• Serangga• Kulat

KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK ORKID

Page 19: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Penyakit bawaan virus agak sukar untuk kita kenal pasti secara teliti kerana memerlukan ujian makmal. Bagaimanapun serangan virus hanya melemahkan pokok orkid anda, tidak menyebabkan  kehilangan poko k orkid kesayangan anda. Untuk mengelakkan jangkitan  virus  anda perlu  menjaga kebersihan kawasan penanaman. Untuk rawatan, anda perlu memusnahkan pokok yang dijangkiti.

VIRUS

Page 20: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Biasanya tanda penyakit  orkid disebabkan  bakteria  meyamai  dengan penyakit bawaan kulat. Apa yang penulis perhatikan,  penyakit  bawaan bakteria adalah lebih cepat merebak  berbanding bawaan kulat. Tanda biasa penyakit bawaan bakteria ialah  reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan  pengudaraan yang  kurang baik adalah antara faktor jangkitan.

 

Antara penyakit  bawaan bateria adalah:

 

Reput bakteria (Bacterial rot) – satu bintik coklat berair pada daun, cepat merebak. Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis.

Reput daun ( Brown Rot) – bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur.

BAKTERIA

Page 21: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Tanda seperti  disebabkan  oleh bakteria tetapi  kadar merebak lebih lambat  dan tidak mengeluarkan bau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah punca utama jangkitan. Antara penyakit bawaan kulat yang biasa menyerang orkid ialah:

Antraknose

Black leaf spot

Cercospora leaf spot

Reput hitam ( Black rot)

Reput pangkal ( Basal rot)

Reput pucuk ( Crown rot)

 

KULAT

Page 22: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

 

1. Potong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, penulis membuang  rumpun kecil yang dijangkiti. Jika orkid monopodial, ia biasa berlaku pada daun, penulis hanya memotong daun yang dijangkiti sahaja.

2. Sapukan atau semburkan racun kulat yang bersesuaian dengan penyakit kepada rumpun atau pokok yang telah sihat untuk langkah berjaga mengelakkan jangkitan.

3. Perhatikan perkembangan rumpun atau pokok yang telah dirawat, jika masih terdapat sebarang  jangkitan, ulangi proses di atas.

RAWATAN TERHADAP BAKTERIA DAN KULAT

Page 23: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Serangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang biasa. Antara serangga yang popular menyerang orkid adalah :

a. Semut e. White flies

b. Aphid f. Mites

c. Lipas g. Scale insects

d. Kumbang h. Siput

Aphid, Mealy bug, Mites, Scale insects dan Thrips adalah serangga penghisap cecair tumbuhan.  Mereka biasa  terdapat di bawah daun  orkid  dan mudah di lihat dengan mata kasar. Ia akan menyebabkan pertumbuhan pokok terencat. Kehadiran mereka boleh di kesan seperti berikut:

 

Aphid- terdapat warna kehitaman pada pokok , biasanya di bawah daun dan celahan daunan dan batang orkid.

 

White flies –  seperti lalat kecil warna putih berdebu berkelompok di belakang daun.

 

SERANGGA

Page 24: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

Mites  - warna kemerahan di belakang daun,  belakang daun akan menjadi kuning dan hitam jika jangkitan teruk serta cepat merebak. Ia suka keadaan yang kering.

 

Scale insect – warna kuning keputihan  di atas daun dan batang pokok orkid.

 

Thrips – warna agak coklat di atas daun  orkid.

 

Kebiasaannya orkid akan diserang oleh mites dan  white flies sahaja. Ia menyerang orkid yang mempunyai daun yang lembut seperti famili Sphatoglottis, Catasetum dan Coelogyne.

 

Kumbang, lebah dan semut akan merosakkan bunga yang telah kembang dengan memakan kudup bunga dan juga  pendebugaan yang tidak kita kehendaki. Koleksi penulis biasa di serang kumbang berwarna kuning yang selalu meninggalkan larva pada tangkai bunga yang akan  memakan keseluruhan bunga. Lebah dan semut tidak menjadi masalah utama kepada koleksi penulis.

 

Siput dan lipas akan memberi masalah dengan cara ia memakan akar  dan pucuk muda pokok orkid anda. Ini akan merencatkan pertumbuhan pokok. Koleksi penulis hanya berhadapan dengan masalah siput sahaja.

SERANGGA

Page 25: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

KULTUR TISU ORKID

INFORMASI TAMBAHAN

Page 26: Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

GAMBAR