19
Panduan produk informasi.

Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Citation preview

Page 1: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Panduan produk informasi.

Page 2: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin,

dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat

pendidikan awal di Negeri Johor dan

mendapat peluang melanjutkan

pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar

kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).

Berjaya mendapat keputusan

yang cemerlang pada peringkat PMR

dan SPM seterusnya menyambung

pengajian ke peringkat matrikulasi di

Tangkak. Masakini beliau merupakan

pelajar sepenuh masa di Universiti

Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan

mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia

perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di

peringkat sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang

perniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-

buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran.

Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan

paradigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini

menemukan beliau kepada keajaiban dunia ICT dalam membantu selok-

belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untuk

memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 4: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Kandungan

Apa itu produk informasi

Bagaimana hendak menggunakan produk informasi bagi melancarkan

perniagaaan anda ?

Kelebihan produk informasi online

Dua halangan yang menghalang anda dari menulis dan bagaimana hendak

mengatasinya.

Checklis kualiti produk

Apa yang anda perlu tulis dalam ebook anda ?

Bagaimana hendak letakkan harga pada produk anda ?

Page 5: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Apa itu produk informasi?

Produk informasi adalah salah satu cara yang paling menarik untuk memperoleh

keuntungan, trafik dan kredibiliti. Berikut adalah jenis produk informasi yang

boleh anda dapat di pasaran

Ebook

Ezine

Newsletters

Laporan

Kajian survey

Tutorial

Kursus video

Temubual

Dan bermacam-macam lagi

Di dalam laporan ini anda akan memperoleh

Keuntungan menggunakan produk informasi

Kelebihan membina informasi produk

Bagaimana hendak mencipta produk yang berkualit tinggi.

Kriteria yang menjadikan produk informasi itu berjaya

Bagaimana hendak mewujudkan topik dalam produk informasi.

Page 6: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Bagaimana hendak meletakkan harga pada produk informasi anda.

Page 7: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Bagaimana hendak menggunakan produk informasi bagi

melancarkan perniagaan anda?

Terdapat dua kegunaan bagi produk informasi iaitu sama ada jual atau beri

percuma. Jika anda jual, anda akan memperoleh wang. Produk informasi di beri

percuma untuk

Memperoleh nama dan alamat emel seseorang.

Sebagai insentif kepada seseorang untuk membeli produk dari anda.

Sebagai salah satu pemasaran viral di mana dalam ebook tersebut terdapat

link ke website anda sebagai rujukan.

Meningkatkan kredibiliti anda dalam niche anda.

Membina hubungan dengan pelanggan anda.

Produk informasi di beri percuma supaya senang untuk anda menjual. Itu adalah

konsep yang anda perlu faham.

Page 8: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Kelebihan produk informasi online.

Berikut adalah kelebihan bagi produk informasi

Modal rendah – anda tidak perlu ada beribu –ribu ringgit untuk memulakan

perniagaan informasi. Anda hanya perlu ada domain dan host sebagai tapak

kedai anda. Modal pula adalah pada mulanya sahaja kerana kos produktiviti

adalah tersangat kurang.

Servis yang senang – anda hanya perlu menghubungi emel pembeli untuk

memberi informasi tambahan atau menjawab permasalahan mereka.

Kos kerja yang kurang – anda tidak perlu ada pekerja yang ramai untuk

memastikan perjalanan perniagaan anda selamat dan lancar.

Page 9: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Dua halangan yang menghalang anda dari menulis

dan bagaimana hendak mengatasinya.

Berikut adalah dua halangan yang sentiasa menghantui anda dari terus menulis

Tidak tahu hendak tulis apa?

Kebanyakan mereka yang mengetahui potensi perniagaan informasi

menolak untuk menulis kerana alasan mereka tidak tahu hendak menulis

mengenai apa. Kadang – kadang mereka memiliki idea yang hebat tetapi

mereka tidak tahu bagaimana hendak mempertejemahkan idea mereka itu.

Cara untuk mengatasi masalah ini adalah mula menulis matlamat kenapa

anda hendak menulis ebook itu. Apa yang anda hendak ajar pada pembaca

atau pembeli ebook anda? Apakah maklumat yang anda ingin jual pada

umum?

Konsep produk informasi senang sahaja iaitu anda ingin menjual maklumat.

Jadi anda tulis apa yang anda hendak jual. Jika anda hendak jual maklumat

mengenai cara membeli tanah, anda tulis segala maklumat yang anda tahu.

Selepas menulis maklumat yang anda tahu, anda berikan review kepada

beberapa orang dan minta pendapat dari mereka. Tanya mereka apa

kekurangan di dalam maklumat tersebut dan perbaikinya kemudian.

Page 10: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Tidak cukup masa untuk menulis.

Kadang – kadang mereka memberi alasan mereka tidak ada masa untuk

menulis. Informasi bukanlah perlu di tulis panjang lebar. Cukup sahaja di

tulis sehingga maklumat sampai pada si pembaca.

Sebelum anda menulis, anda agih – agihkan bab dan kandungan di dalam

produk anda. Setiap hari anda luangkan masa sejam untuk menulis atau

menulis satu bab sehari.

Anda bukan tidak ada masa tetapi anda hanya perlu pandai menguruskan

masa.

Page 11: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Checklist kualiti produk.

Sebelum anda mula menulis sesuatu produk, idea anda perlulah memenuhi

kriteria di bawah.

Adakah informasi anda berkualiti?

Jika maklumat yang anda tulis boleh di dapati secara percuma, ia hanya

akan menrendahkan nilai kualiti anda sahaja.

Adakah orang memerlukan produk anda?

Jika maklumat yang anda ada adalah eksklusif, baguslah. Namun, ia tidak

bermakna jika maklumat yang anda ada itu tidak ada permintaan. Siasat

dahulu sama ada informasi yang anda ada itu mempunyai permintaan atau

tidak apabila anda mula menjual.

Adakah produk anda mempunyai persamaan dengan produk yang ada di

pasaran?

Page 12: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Syarat yang paling utama untuk anda ikut adalah keaslian produk anda. Jika

idea anda sama dengan penulis lain, ia akan merencatkan jualan produk

anda nanti. Pastikan keaslian produk anda sebelum anda mula menulis.

Jikalau topik yang sama di bincang berulang – ulang kali, ia akan

membosankan pengguna. Anda perlu masukkan idea yang lebih bernas

dalam produk anda berbanding produk sedia ada. Jadikan produk anda

unik.

Corak produk anda.

Adakah produk anda sudah lengkap dan tidak perlukan update? Adakah

produk anda memerlukan update pada masa tertentu? Anda perlu pastikan

corak produk anda. Apa bentuk jaminan dan customer service yang boleh

anda beri pada pelanggan anda ?

Pendek kata, anda perlu fikirkan bagaimana hendak memastikan pengguna

anda faham sebaik – baiknya apa yang anda tulis nanti,

Page 13: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Apa yang anda perlu tulis dalam ebook anda?

Untuk memudahkan anda mencari idea untuk menulis ebook anda, anda kutip

sejumlah soalan yang anda rasa mempunyai banyak permintaan. Contohnya anda

mahu menulis ebook berkenaan affiliate, berikut adalah soalan yang selalu di

tanya oleh newbie

Apa itu affiliate?

Bagaimana hendak menyertai affiliate?

Risiko sebagai affiliate?

Potensi bekerja sebagai affiliate?

Bagaimana hendak jana pendapatan melalui affiliate?

Teknik promosi yang mudah sebagai affiliate?

Berikut pula soalan yang bagi mereka yang berada dalam peringkat intermediate.

Bagaimana hendak mempromosi produk affiliate dengan mudah?

teknik promosi terkini sebagai affiliate?

Teknik mengumpul jutaan senarai emel ?

Page 14: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Bagaimana hendak menjana ribuan ringgit melalui affilaite?

Bagaimana hendak autopilotkan perniagaan affiliate?

Apa yang anda perlu lakukan adalah menjawab setiap soalan di atas. Ia semudah

itu. Anda fikir satu soalan dan jawab soalan berdasarkan target pasaran anda.

Katakan anda hendak menulis ebook berkenaan dengan ebay. Anda pun berfikir

target pasaran anda sama ada hendak tumpukan pada newbie atau advance atau

newbie dan advance serentak.

Mula – mula anda senaraikan apa yang hendak tulis. Apa kepakaran anda dalam

berebay ? kemudian anda lakukan kajian pasaran iaitu cari apa yang newbie ingin

tahu mengenai ebay. Cari juga mereka yang berada di peringkat intermediate

ingin tahu. Jawab soalan berdasarkan kepakaran anda dan produk anda sudah

lengkap.

1. Tulis tajuk informasi anda

2. Tulis kepakaran anda mengenai tajuk anda.

3. Lakukan kajian pasaran

4. Jawab setiap soalan yang berjaya anda cari.

5. Produk anda sudah lengkap.

6. Beri review pada mereka yang pakar.

7. Perbaiki apa yang di tegur.

Page 15: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Jika anda tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan berdasarkan kajian

pasaran, anda boleh cari maklumat tersebut melalui produk PLR, rujuk buku

penulis terkenal dalam bidang tersebut, lakukan rujukan di internet, temubual

pakar dan bermacam – macam lagi cara.

Kajian pasaran senang sahaja, anda masuk ke mana – mana forum yang berkaitan

dengan niche anda dan anda tanya soalan pada mereka. Anda juga boleh lawat

laman web di bawah

https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

taip niche informasi anda contohnya cinta dan lihat keyword dan bilangan carian

yang ada. Dari situ anda dapat tahu persoalan apa yang mendapat permintaan

yang banyak di internet.

Page 16: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Bagaimana hendak letakkan harga pada produk

informasi anda?

1. Kualiti maklumat anda.

Tentukan tahap harga produk anda berdasarkan keunikan yang ada pada

produk anda. Banding juga masa dan tenaga yang anda curahkan pada

produk tersebut. Letakkan harga berdasarkan apa yang maklumat anda jual

itu mampu menolong si pembaca. Langkah pertama, letakkan harga

mengikut penilaian diri anda sendiri.

2. Periksa pesaing – pesaing anda.

Periksa harga produk pesaing – pesaing anda. Jika harga pada langkah

pertama adalah kurang, anda boleh tambah sedikit nilai produk anda. Jika

harga pada langkah pertama adalah tinggi, anda perlu pertimbangkan

untuk memurahkan sedikit harga produk anda.

3. Jadikan diri anda pelanggan.

Page 17: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Bayangkan diri anda sebagai seorang pelanggan. Berdasarkan target

pasaran anda, berapa wang yang anda boleh keluarkan untuk membeli

produk anda sendiri.

Contoh proses meletakkan harga.

Berdasarkan pengorbanan diri anda dan nilai keaslian yang ada dalam

produk anda, anda meletakkan harga RM 40 bagi produk anda.

Apabila anda memeriksa pesaing – pesaing anda, mereka menjual pada

harga yang lebih murah iaitu RM 30.

Katakan target buku anda adalah pekerja kerajaan, anda bayangkan duit

yang mereka anda berapa ringgit yang mereka sanggup keluarkan untuk

membeli produk anda. Dari sini, anda tetapkan harga anda. Anda teka

mereka sanggup membeli jika anda jual produk anda pada harga RM 20.

Anda boleh jual produk anda pada harga RM 20 tetapi dalam bilangan yang

terhad seperti 20 copy dan naikkan pada harga standard anda iaitu RM 40

selepas habis pra jualan.

Di atas hanya contoh dan semuanya bergantung pada kebijaksanaan anda

menggunakan ketiga- tiga faktor yang saya senaraikan di atas untuk meletakkan

harga pada bagi produk anda.

Page 18: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 19: Panduan 101 Produk Informasi oleh Neal Izham

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com