37
PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2012/13 SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM 2012/2013 (SEJARAH STPM 940/4) SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR.

PBS Sejarah STPM

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PBS Sejarah STPM

PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI MEMENUHI

KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2012/13

SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM

2012/2013

(SEJARAH STPM 940/4)

SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR.

Page 2: PBS Sejarah STPM

2

KERTAS CADANGAN PENULISAN ILMIAH

SEJARAH STPM 940/4

TAHUN 2012/13

NAMA : SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM

JURUSAN : BAHASA MELAYU

1.TAJUK

Sejarah Asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor.

2.PENGENALAN

Kajian ini berkait rapat dengan sejarah asal-usul pembentukan Kampung Lukut Kota Tinggi,

Johor. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menghuraikan asal-usul Kampung Lukut Kota

Tinggi di samping menjelaskan perubahan dan pembangunan, adat dan tradisi serta

sumbangan kampung ini kepada Negara.

3.OBJEKTIF

Kajian ini dilaksanakan bertujuan menjelaskan asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor.

Selain itu,kajian ini juga bertujuan menghuraikan perubahan yang dibuat serta pembangunan

yang telah dilaksanakan. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti adat istiadat dan

tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung. Seterusnya, mengkaji sumbangan Kampung

Lukut Kota Tinggi, Johor kepada Negara.

4.PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui sejarah awal Kampung Lukut semasa

pembentukannya.Selain itu,untuk mengenal pasti perubahan-perubahan yang telah dilakukan

dan mengenal pasti adat resam dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk sekitar serta

sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada negara.

5.SKOP KAJIAN

Fokus kajian adalah mengenai sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, perubahan

yang telah dilaksanakan, adat dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung serta

Page 3: PBS Sejarah STPM

3

sumbangan kampung ini kepada negara. Lokasi kajian ialah di Kampung Lukut Kota Tinggi

yang berada kira-kira 12 km dari Pusat Bandar Kota Tinggi.

6.SOROTAN KAJIAN LEPAS

Kajian ini pernah dilaksanakan oleh para pengkaji terdahulu.

i. Azura Baharudin

Bachelor of landscape architecture thesis : proposed Pintar Farm Resort, Universiti

Teknologi Malaysia, 2007.

7.KAEDAH KAJIAN

Antara kaedah yang digunakan adalah melalui temu bual yang dibuat bersama Ketua

Kampung.Selain itu,pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan juga melalui rujukan.

8.PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Kajian ini terbahagi kepada berberapa tajuk dan subtajuk :

a. Pengenalan

b. Sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor.

2.1 Asal-usul nama Kampung Lukut.

c. Perubahan dan pembangunan yang telah dilaksanakan di Kampung Lukut Kota

Tinggi, Johor.

3.1 Jumlah rumah dan penduduk.

3.2 Ekonomi.

3.3 Pembangunan dan kemudahan infrastruktur.

3.4 Ketua Kampung.

d. Adat dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung.

4.1 Adat istiadat di Kampung Lukut.

4.2 Tradisi Turun Temurun.

e. Sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada negara.

5.1 Pendidikan.

5.2 Ekonomi.

5.3 Politik.

f. Kesimpulan

Page 4: PBS Sejarah STPM

4

9.PENUTUP

Kajian ini diharapakan dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada masyarakat dan juga

generasi akan datang khasnya di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor tentang asal-usul

kampung bersejarah tersebut.

10.BIBLIOGRAFI

Husain, Amdun. Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1997.

Ibrahim, Norhalim Haji. Terombo : Gambaran Adat Perpatih. Kuala Lumpur: AFY

Communications, 2003.

Idris, Yaakub. Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi. Negeri Sembilan: Jernal

Persatuan Sejarah Malaysia, 1987.

Jamiran, Haji Ramli. Menelusuri Sejarah Tempatan Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan

Johor, 2001.

Johan Afendi Ibrahim, Mohamad Zaki Ahmad. Program Homestay dan Pertumbuhan

Ekonomi Luar, Kajian Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia. Kuala

Lumpur, 2009.

Laman Web Komuniti Desa. 30 3, 2010.

http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html. (melayari pada 26 2,

2013).

Lawang, Haji Mohd Nor, temu bual oleh Shah Mohd Akmal. Sejarah Asal-usul Kampung

Lukut (26 2, 2013), umur 65, no. telefon 0127105680, alamat, 2025-A, Kampung

Lukut, Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor, Ketua Kampung Lukut.

Wikipedia. 5 11, 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning (melayari

pada 26 2, 2013).

Zubri, Mohd Faiz. "Tradisi Turun Temurun." Kosmo, 10 3, 2013.

Page 5: PBS Sejarah STPM

5

SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR.

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas, Kampung boleh didifinisikan

sebagai kawasan perumahan di luar Bandar atau desa. Pengkaji telah memilih

Kampung Lukut Kota Tinggi sebagai lokasi kajian yang bertujuan untuk

menghuraikan pelbagai aspek yang tersurat mahupun tersirat. Kajian ini dilaksanakan

bertujuan mengkaji sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Selain itu,

Kajian ini dijalankan bertujuan menjelaskan perubahan dan pembangunan yang telah

dilaksanakan di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Seterusnya, kajian ini bertujuan

untuk menghuraikan adat istiadat yang diamalkan penduduk-penduduk Kampung

Lukut. Dalam konteks ini, matlamat seterusnya yang ingin dicapai melalui kajian ini

adalah mengenal pasti sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada

Negara. Jarak Kampung Lukut dari Pusat Bandar Kota Tinggi dianggarkan seajauh 12

km. Jumlah penduduknya boleh dianggarkan sekitar 1,800 orang dan anak jati

kampung ini yang tidak menetap di kampung ini dianggarkan mencecah 5,000 orang.

Keluasan kampung ini pula dikatakan mencecah 4650 hektar. Kawasan

perkampungan ini juga berkembang secara berperingkat dari saban tahun mengikut

peredaran zaman. Banyak perubahan yang dilaksanakan yang menjurus kepada

permodenan. Selain itu, di kampung ini juga terdapat peninggalan makam-makam

lama yang merupakan makam peneroka kampung ini sendiri. Oleh itu, peninggalan-

peninggalan monumen sejarah di kampung ini menyebabkan saya tertarik untuk

mengetahui lebih lanjut mengenai kampung ini dari pelbagai aspek. Antaranya,

mengetahui asal-usul kampung, adat istiadat, perubahan dan pembangunan serta

sumbangan kepada Negara. Kampung ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nor bin

Page 6: PBS Sejarah STPM

6

Lawang yang merupakan orang penting dalam kampung ini kerana menjawat jawatan

utama iaitu Ketua Kampung. Beliau telah menjawat jawatan ini sejak tahun 2007.

2.0 SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT KOTA TINGGI, JOHOR

Tarikh pembukaan Kampung Lukut ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Jika merujuk keterangan ketua kampung, Haji Mohd Nor Bin Lawang, Kampung ini

dibuka sekitar tahun 1890 oleh sekumpulan orang Negeri Sembilan yang berasal dari

Kampung Bemban dan Kampung Jimah Lama. Kampung Bemban, Negeri Sembilan.1

Namun, menurut sumber lain, terdapat sekeping gambar masjid lama bertarikh 1916

dan berdasarkan gambar tersebut, dipercayai Kampung Lukut dibuka pada tahun

tersebut. Seterusnya, mengenai peneroka awal pula dipercayai bahawa Raja Lajim

bin Zaid dan pengikutnya merupakan orang pertama yang meneroka Kampung Lukut

Kota Tinggi, Johor. Raja Lajim dikatakan turut bersepakat dengan birasnya iaitu

Pawang Limbo.2

Dua beranak peneroka terawal iaitu Haji Daim di sebelah kiri yang merupakan anak Peneroka pertama

iaitu Raja lajim dan di sebelah kanan pula ialah Haji Lajis bin Daim.

Page 7: PBS Sejarah STPM

7

Terdapat 3 edisi dan spekulasi yang menyebabkan mereka ingin berpindah.

Spekulasi pertama, Raja Lajim telah kematian anaknya yang masih kecil yang

bernama Kasim ketika beliau menetap di kampung Jimah lama kerana terjatuh ke

dalam perigi semasa beliau meraut rotan. Oleh hal yang demikian, Raja Lajim

membuat laporan di balai Polis Seremban dan seterusnya didakwa oleh pihak British.

Raja Lajim didakwa kerana kecuaiannya dan telah dijatuhkan hukuman mati oleh

pihak British. Walaupun Raja Lajim dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan, beliau

tidak dapat melupakan tragedi yang menimpa dirinya itu dan kesedihannya tidak

dapat dihapuskan begitu sahaja lantas membuat keputusan untuk berpindah dari

kampung tersebut.3

Spekulasi seterusnya, Raja Lajim merupakan anak kepada Raja Zaid bin

Tengku Kaman yang dikatakan adik-beradik dengan Tengku Totok (Yam-tuan Hitam)

iaitu Yamtuan Seri Menanti yang II. Raja Zaid dikatakan rapat dengan Datok Kelana

sungai Ujung. Terdapat beberapa perselisihan faham telah berlaku dan menyebabkan

mereka tidak berminat untuk tinggal di Negeri Sembilan demi mengelakkan

perselisihan yang lebih mendalam.4

Menurut Tuan Haji Mohd Nor , penghijrahan mereka turut berpunca daripada

masalah ekonomi. Kampung Bemban dan Kampung Jimah hanya mempunyai

kawasan sawah yang kecil dan tidak mampu menampung hidup mereka. Hal ini telah

menyebabkan mereka ingin mencari tempat baru yang lebih luas untuk menampung

anak cucu. Tuan Haji Mohd Nor menjelaskan, mereka menuju ke Kota Tinggi melalui

Singapura. Setelah tiba di Kota Tinggi, mereka dikatakan menumpang di Kampung

Page 8: PBS Sejarah STPM

8

Makam dan lantas mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan sawah. Pada suatu

ketika, mereka telah menjumpai satu kawasan di Batu 7 Jalan Mersing. Mereka cuba

membuat sawah di sana tetapi tempat ini dikatakan tidak sesuai kerana airnya tidak

kering-kering dan sering dilanda banjir. Setelah itu, mereka balik semula ke Kota

Tinggi mencari tempat yang lebih sesuai.5 Selepas penat berhempas-pulas, akhirnya

mereka menemui kawasan yang dicari-cari. Kawasan yang mereka temui ini

sememangnya sesuai untuk dijadikan kawasan sawah kerana berkelembapan

sederhana dan sumber air yang mencukupi di samping dikelilingi banjaran Gunung

Panti dan Gunung Gaung yang mempunyai jeram. Menurut kepercayaan mereka,

dengan mencungkil tanah dan mengambil sekepal tanah lalu dicium mampu

diramalkan bahawa bahawa sawah itu boleh bertahan selama hampir 100 tahun.

Selepas hampir 80 tahun, sawah tidak lagi diusahakan di Kampung Lukut.

Difahamkan di situ juga terdapat pokok kayu ‘Serdang’ dan ‘Bidara’. Menurut

kepercayaan mereka, kawasan yang mempunyai kedua pokok ini amat sesuai

dijadikan kawasan sawah.6 Setelah menemui kawasan yang sesuai, mereka pun

berjumpa Dato’ Jaafar (Bapa dato’ Onn) untuk mendapatkan kebenaran membuka

mana-mana tanah untuk dijadikan kawasan perkampungan dan pertanian. Disebabkan

Johor ketika itu sedang merangka kemajuan negeri Johor dengan pesat, kebenaran

serta-merta diperolehi tanpa bersusah-payah.7

Setelah mendapat kebenaran, mereka bersepakat untuk kembali ke Negeri

Sembilan yang bertujuan mengambil anak isteri berpindah ke tempat tersebut.8

Selepas 15 tahun, terdapat pula Puak Rambah yang berasal dari Kampung Rambah

daerah Pasir Pengairan, Rokan, Sumatera berhijrah ke Kampung Lukut ini. Pada

ketika itu puak mereka diketuai oleh Bilal Pahlawan yang telah terlebih dahulu ke

Page 9: PBS Sejarah STPM

9

Perak dan Negeri Sembilan. Mereka mula mengetahui mengenai Kampung Lukut ini

setelah menjejakan kaki ke Negeri Sembilan. Selepas mendengar tentang Kampung

Lukut dari orang-orang Negeri Sembilan, Bilal Pahlawan dan pengikut-pengikutnya

meninjau kawasan Kampung Lukut. Setelah mendapat keizinan daripada Penghulu

Kampung, Bilal Pahlawan dan pengikutnya meneroka kawasan hutan di sebelah

selatan kampung yang bersebelahan Sungai Lalang untuk mendirikan penempatan dan

sawah padi. Selepas kedatangan Puak Rambah dari Sumatera, terdapat juga puak-

puak lain seperti dari Seri Menanti dan Johol. Terdapat juga orang perseorangan yang

datang ke situ atas faktor pekerjaan dan perkahwinan.9

2.1 ASAL-USUL NAMA KAMPUNG LUKUT

Ketika itu, ramai yang berpindah dari Batu 7 Jalan Mersing ke kampung ini.

Terdapat seorang pemuda yang baru sahaja bertunang dengan seorang gadis. Beliau

dikatakan bercita-cita untuk membina institusi kekeluargaan di kampung tersebut.

Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor.

Page 10: PBS Sejarah STPM

10

Hakikatnya, cita-cita tersebut hanya menjadi kenangan apabila pemuda tersebut

meninggal dunia. Pada masa itu, kehidupan peneroka serba kekurangan tambahan

pula mereka baru berpindah ke tempat baru, jenazah pemuda tersebut dibawa ke

Kampung Makam untuk dikebumikan. Berkat kerjasama daripada penduduk

Kampung Makam, jenazah pemuda tersebut telah selamat dikebumikan di Kampung

Makam.

Pada suatu ketika, semasa penduduk Kampung Makam dan peneroka

Kampung Lukut bergotong-royong menguruskan jenazah pemuda tersebut, terdapat

beberapa soalan yang diajukan mengenai asal-usul pemuda tersebut dan siapa beliau.

Ada yang sempat menjawab pertanyaan tersebut dengan memberitahu pemuda yang

meninggal itu dibawa oleh peneroka-peneroka tersebut dari kawasan baru dan beliau

merupakan orang Lukut. Lukut yang dimaksudkan adalah di Negeri Sembilan dan

beberapa salah faham berlaku dengan orang-orang di situ beranggapan bahawa

kawasan yang baru diterokai itu bernama Kampung Lukut. Oleh hal yang demikian,

nama Kampung Lukut itu kekal sehingga sekarang tanpa sebarang perubahan.10

3.0 PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN DI KAMPUNG LUKUT

Terdapat pelbagai perubahan yang telah berlaku di Kampung Lukut ini.

Perubahan dan pembangunan di kampung ini terbahagi kepada beberapa aspek iaitu

jumlah rumah dan penduduk, pembangunan dan kemudahan insfrastruktur, ketua

kampung dan aspek ekonomi.

3.1 JUMLAH RUMAH DAN PENDUDUK

Page 11: PBS Sejarah STPM

11

Jumlah rumah dan jumlah penduduk kampung ini jelas berbeza dari awal

pembukaanya sehingga sekarang. Pada awal pembukaan kampung ini, hanya 7 hingga

8 orang sahaja yang tinggal di kampung ini. Namun pada tahun 70-an penduduk

kampung ini secara kasarnya dikatakan seramai 1500 manakala pertengahan tahun 80-

an penduduk kampung ini dianggarkan kira-kira 1650 orang berbeza dengan jumlah

penduduk kini yang dianggarkan berjumlah 1800 orang. Mengenai penempatan pula,

pada permulaannya hanya ada 4 hingga 5 buah rumah sahaja manakala sekitar tahun

70-an jumlah rumah di Kampung Lukut adalah 183 dan pada 80-an pula jumlah

rumah semakin bertambah iaitu 220 buah rumah. Kini dianggarkan jumlah rumah di

Kampung Lukut adalah kira-kira 620 buah rumah.11

Rumah penduduk Kampung Lukut pada pertengahan tahun 1980 yang majoritinya diperbuat daripada

papan.

Page 12: PBS Sejarah STPM

12

Kini rumah penduduk di Kampung Lukut majoritinya diperbuat daripada batu jelas berbeza ketika

zaman 80an.

3.2 EKONOMI

Mengenai ekonomi pula, satu ketika dahulu sawah merupakan tanaman utama

yang diusahakan di kampung ini. Setelah sawah tidak diusahakan lagi sumber

ekonomi utama kampung ini beralih kepada tanaman komoditi iaitu kelapa sawit,

getah, dusun dan lain-lain. Pada penghujung tahun 2011, kerajaan telah melancarkan

Projek Tanaman Cendawan Komuniti di Kampung Lukut. Tanaman ini telah

diusahakan sendiri oleh penduduk kampung Lukut.12

Page 13: PBS Sejarah STPM

13

Dusun buah-buahan di Kampung Lukut ditanam bagi menggantikan sawah yang tidak diusahakan lagi

oleh penduduk kampung.

Projek Tanaman Cendawan Komuniti yang dilancarkan kerajaan di Kampung Lukut.

Page 14: PBS Sejarah STPM

14

Tanaman cendawan ini merupakan hasil yang diusahakan sendiri oleh penduduk Kampung Lukut.

Selain itu, terdapat juga perubahan dari segi punca ekonomi di mana pada zaman awal

pembukaannya sumber ekonomi hanya tertumpu pada pertanian sahaja yang jelas

berbeza dengan sekarang apabila punca ekonomi bukan sahaja diperolehi melalui

pertanian, malah melalui pelancongan, Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), berniaga,

dan bekerja di kilang berhampiran dan bekerja di sektor kerajaan.13

Penduduk Kampung Lukut turut terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Page 15: PBS Sejarah STPM

15

Pengusaha-pengusaha IKS di Kampung Lukut, Kota Tinggi.

Kilang juga turut dibangunkan berhampiran Kampung Lukut bagi menjamin sumber pendapatan

golongan muda di Kampung Lukut.

Page 16: PBS Sejarah STPM

16

.

Perniagaan turut dijalankan di Kampung Lukut berbanding suatu ketika dahulu yang hanya aktif dalam

kegiatan pertanian.

3.3 PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Dari segi pembangunan pula, prasarana di Kampung Lukut ini searas dengan

kampung-kampung lain di Malaysia yang mempunyai prasarana lengkap yang

disediakan oleh kerajaan. Buktinya, terdapat jalan-jalan utama yang ditar dilaluan

utama termasuk di lorong-lorong perkampungan tersebut. Bangunan-bangunan seperti

Masjid, Balairaya, Bangunan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TBK) Kemas yang

turut dilengkapkan dengan Bilik Perpustakaan Desa yang banyak membantu anak-

anak kampung ini dalam mendapatkan bahan bacaan.

Page 17: PBS Sejarah STPM

17

Kemudahan prasarana seperti masjid turut disediakan di Kampung Lukut sejak sekian lama.

Dari segi kemudahan reakreasi serta kemudahan untuk belia pula, terdapat padang

bola sepak untuk anak-anak kampung bermain bola dan kadang kala pelbagai aktiviti

turut dilaksanakan di padang bola sepak ini. Tidak ketinggalan juga sukan kegemaran

belia kini iaitu futsal. Gelanggang futsal turut dibina di kampung ini yang bertujuan

menggalakkan anak-anak kampung untuk melakukan aktiviti berfaedah dengan

bersukan.

Page 18: PBS Sejarah STPM

18

Kemudahan Padang di Kampung Lukut telah memudahkan penduduk untuk mengadakan aktiviti.

Gelanggang futsal turut disediakan untuk belia berbeza sekali ketika era 70-an dan 80-an yang tiada

kemudahan untuk belia.

Selanjutnya, terdapat juga litar untuk motor lasak yang turut digunakan oleh orang

luar untuk tujuan ‘Junggle Tracking’. Baru-baru ini, kampung ini telah dilengkapi

dengan kemudahan ‘wi-fi’ yang dikenali sebagai ‘Kampung Tanpa Wayar’. Hal ini

memudahkan penduduk kampung dan anak-anak muda dalam proses menuntut ilmu

mahupun melakukan aktiviti lain. Tidak jauh dari kampung ini, iaitu di Kampung

Lukut Cina, terdapat bangunan-bangunan yang dibangunkan seperti Kilang

Perindustrian yang dapat menampung pekerjaan anak tempatan dan juga pekerja-

pekerja dari luar. Kampung Lukut pada era ini dalam ambang permodenan dan

Page 19: PBS Sejarah STPM

19

pembangunan. Buktinya, kampung ini dipilih oleh kerajaan untuk melancarkan

Program Homestay/Anak Angkat Pelajar-pelajar dari Jepun dan pada 21.11.1998.14

3.4 KETUA KAMPUNG

Kampung ini pada mulanya diketuai oleh Haji Daim bin Lajim yang juga

merupakan pengasas kampung ini yang bergelar pengulu kampung. Namun, jawatan

ini pada ketika itu tidak diiktiraf oleh sesiapa. Penghulu pertama kampung ini ialah

Encik Lajis. Seterusnya, digantikan pula oleh Encik Wan Salim bin Abu Bakar.

Setelah Encik Wan meninggal, jawatan tersebut digantikan oleh Haji Daim bin Lajis

pada tahun 1930an. Setelah jawatan penghulu kampung dihapuskan dan digantikan

dengan Ketua Kampung, Ketua kampung pertama yang menyandang jawatan ini

adalah Haji Sharif bin Ludu. Selanjutnya, jawatan ini disandang oleh Encik Saadon

bin Lajis setelah Haji Sharif uzur. Seterusnya, apabila Encik Saadon bin Lajis meletak

jawatan pada tahun 1983, Encik Hasan bin Katah pula menyandang jawatan tersebut.

Page 20: PBS Sejarah STPM

20

Penghulu Kampung Lukut iaitu Haji Daim bin Lajis yang memegang jawatan ini pada tahun 1930.

Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang yang memegang jawatan ini sejak 2007.

Pada tahun 2007, jawatan itu sekali lagi berubah dan disandang oleh Ketua Kampung

terkini iaitu Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang.15

4.0 ADAT DAN TRADISI

Kampung Lukut sememangnya kaya dengan pelbagai adat istiadat dan tradisi.

Namun mereka tidak mengamalkan sepenuhnya kerana terbiasa dengan gaya hidup

masyarakat Johor.

4.1 ADAT ISTIADAT DI KAMPUNG LUKUT

Page 21: PBS Sejarah STPM

21

Jawatan Ketua Adat tidak diisi oleh sesiapa sejak tahun 1998 selepas Ketua

Adat terakhir meninggal dunia. Difahamkan, kini jawatan Ketua Adat dipikul oleh

Ketua Kampung. Ketua adat sangat memainkan peranan penting terutamanya

melibatkan hal-hal adat istiadat. Ketua Adat mempunyai kuasa budi bicara mengenai

hal-hal adat seperti adat nikah kahwin, pinang meminang dan jika terdapat

perselisihan dalam kalangan penduduk kampung mengenai adat. Hal ini jauh berbeza

dengan tugas Ketua Kampung. Ketua Kampung berperanan dalam hal pentadbiran,

pembangunan kampung dan keselamatan kampung. Kini Ketua Adat dapat juga

dilihat peranannya tetapi tidaklah sepenting dahulu.16

Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang menerangkan, kampung ini tidak

mengamalkan Adat Perpatih sepenuhnya seperti kampung-kampung di Negeri

Sembilan. Beliau juga turut memberitahu bahawa mereka sudah sekian lama tinggal

di Johor dan sudah tentu mereka sudah terbiasa dengan gaya hidup disini walaupun

mereka berasal dari Negeri Sembilan. Kampung Lukut juga mempunyai suku-suku

tertentu. Antara suku yang terdapat di sini ialah Suku Tanah Datar, Suku Anak Acheh,

Suku Biduanda, Suku Mungkal, Suku Semelenggang, Suku Tiga Bator, Selemak

Pahang dan Selemak Minangkabau. Walaupun terdapat pelbagai suku-suku di

Kampung ini, mereka tidak menggamalkan sepenuhnya Adat Istiadat nenek moyang

mereka kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup masyarakat Johor.17 Namun terdapat

juga spekulasi yang menyatakan bahawa Kampung Lukut Kota Tinggi ini masih

mengekalkan dan turut mengamalkan Adat Perpatih ini.18

4.2 TRADISI TURUN TEMURUN

Page 22: PBS Sejarah STPM

22

Kampung ini sememangnya kaya dengan pelbagai tradisi kerana didiami oleh

pelbagai suku kaum sejak sekian lama. Antara tradisi yang sering diamalkan adalah

memburu kerbau liar seminggu sebelum menjelang hari raya puasa. Dikatakan hampir

setiap malam selepas solat terawih, pemburu-pemburu akan menjalankan aktiviti

menangkap kerbau liar.

Aktiviti menangkap kerbau liar merupakan tradisi turun temurun di Kampung Lukut.

Page 23: PBS Sejarah STPM

23

Kerbau liar yang telah ditangkap oleh penduduk Kampung Lukut untuk disembelih.

Seterusnya, Kerbau yang berjaya ditangkap akan ditambat terlebih dahulu dan

kemudian disembelih dua hari sebelum lebaran untuk dijual ataupun dimasak.

Masakan yang sinonim dengan kerbau liar ini adalah rendang dan kebiasaanya disalai.

Tradisi ini telah menjadi turun menurun daripada nenek moyang mereka.19

Daging kerbau salai sememangnya masakan yang sinonim dengan kerbau liar.

Selain itu, terdapat juga permainan tradisi yang masih kekal mahupun telah

dilupakan di kampung ini. Antara permainan tradisi tersebut adalah Belon Acah, atau

Belon Galah, congkak, Cak Limpong, gasing dan lain-lain. Sehingga kini, permainan

ini masih diminati oleh penduduk setempat. Namun, Pencak Silat, Bola Sepak, Futsal,

Bola Jaring dan Badminton juga digemari oleh penduduk kampung.20

5.0 SUMBANGAN KAMPUNG LUKUT KEPADA NEGARA

Page 24: PBS Sejarah STPM

24

Dari segi sumbangan, Kampung Lukut telah banyak memberi sumbangan

kepada negara dari segi pendidikan, ekonomi dan politik.

5.1 PENDIDIKAN

Pendidikan begitu penting kepada penduduk Kampung Lukut. Buktinya, ramai

pelajar-pelajar yang berjaya berasal dari kampung ini. Antara anak jati kampung ini

yang berjaya ialah Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Haji Ramlan, yang kini sedang bertugas

sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.21

Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Haji Ramlan merupakan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia yang

merupakan anak jati Kampung Lukut.

Tuan Haji Yaakub bin Ludu turut tersenarai dalam kalangan anak jati Kampung Lukut

yang menabur bakti kepada negara apabila beliau menjadi Guru Agama Kerajaan

Johor. Sebelum beliau bersara, beliau pernah menyandang jawatan Pengelola

Page 25: PBS Sejarah STPM

25

Pendidikan Agama di Daerah Pontian dan Kota Tinggi. Bukan itu sahaja, terdapat

juga 4 orang Guru Besar yang merupakan anak jati Kampung lukut iaitu Tuan Haji

Mohd Yusof bin Omar, Tuan Haji Ramlan bin A.Said, Allahyarham Encik Ayob bin

A.Said dan Ketua Kampung Lukut sendiri iaitu Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang.22

5.2 EKONOMI

Dari segi sumbangan ekonomi pula, Kampung Lukut Kota Tinggi telah

menyumbang pelbagai sumbangan kepada negara terutamanya dalam industri

pelancongan. Buktinya, pada 21.11.1998 kerajaan telah melancarkan Program

Homestay dan Anak Angkat Pelajar-pelajar dari Jepun di Kampung Lukut Kota

Tinggi.

Program Homestay yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan di Kampung Lukut.

Page 26: PBS Sejarah STPM

26

Lawatan daripada pelajar-pelajar Singapura pada 31.10.2010.

Jeram Sungai Sendayan merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terdapat di kampung ini.

Dengan ini, sedikit sebanyak sumbangan telah diberikan kepada industri pelancongan

negara. Selain itu, Kementerian pelancongan baru-baru ini telah mendaftarkan

beberapa buah kampung bagi menjayakan Program Homestay mereka yang telah

menjadikan 141 buah Homestay telah diwujudkan di seluruh negara termasuk

Page 27: PBS Sejarah STPM

27

Kampung Lukut. Hal ini telah menyumbang beberapa impak positif dalam

perkembangan ekonomi Negara.23

5.3 POLITIK

Dari sudut politik pula, Kampung Lukut telah melahirkan beberapa tokoh

politik yang telah berjasa kepada negara. Antara tokoh tersebut adalah Tuan Haji

maon bin Omar. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor

mewakili kawasan Pengerang, Johor. Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd

Yusof bin Malim Kuning juga tidak asing bagi penduduk Kampung Lukut ini. Beliau

yang berkelulusan Universiti Al Azhar Mesir pernah menjadi seorang Guru dan Ahli

Parlimen Kota Tinggi.24 Pada 1978, beliau telah menang bertanding dalam Pilihan

Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Panti, negeri Johor.25

6.0 KESIMPULAN

Menerusi kajian ini, diharapkan dapat menyumbang pelbagai maklumat

mengenai sejarah Kampung Lukut ini. Di samping itu, menerusi kajian ini juga

diharapkan dapat memberi kesedaran kepada generasi-generasi muda terutamanya

dari Kampung Lukut betapa gigihnya peneroka-peneroka terdahulu dalam

menyelamatkan generasi akan datang agar dapat menikmati sesuap nasi. Mereka

melakukan aktiviti bercucuk tanam demi mengelakkan terjadinya aktiviti berpindah-

randah. Perubahan yang terdapat pada kampung ini juga dapat menunjukan kemajuan

dalam kehidupan penduduk-penduduk kampung. Merujuk kepada pembentukan

Page 28: PBS Sejarah STPM

28

Kampung Lukut ini, ternyata konsep gotong-royong, permuafakatan dan kerjasama

merupakan teras kepada kejayaan sesebuah masyarakat. Jika konsep ini masih

dikekalkan, masyarakat kita sudah tentu akan memperoleh kejayaan yang cemerlang

malah mampu bersaing dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Tradisi

di Kampung Lukut ini perlu dikekalkan agar generasi seterusnya mengetahui tentang

asal-usul mereka dan seterusnya mampu mengekalkanya buat turun-temurun. Akhir

kata, saya berharap semoga kajian ini dapat menjadi panduan kepada masyarakat

terutamanya bagi pelajar-pelajar Prauniversiti yang akan datang.

Page 29: PBS Sejarah STPM

29

NOTA AKHIR

1 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013 . 2 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 5. 3 Ibid., hlm. 6. 4 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 24. 5 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 6 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 8 – 9. 7 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 26 . 8 Ibid., hlm. 26 . 9 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 27. 10 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru hlm. 8 – 9. 11 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 12 Ibid. 13 Laman Web : http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html . 14 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 15 Ibid. 16 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 11 – 12. 17 Temu bual dengan Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang pada 24.2.2013. 18 Norhalim Haji Ibrahim, Terombo : Gambaran Adat Perpatih Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, hlm. 2. 19 Akhbar KOSMO 10.3.2013. 20 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 13. 21 Temu bual bersama Tuan Haji Mohd Nor bin lawang pada 24.2.2013. 22 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 15 – 16. 23 Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad, Program Homestay dan Pertumbuhan Ekonomi Luar, Kajian

Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia, 2009 hlm. 232 – 233. 24 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 15 –16. 25 Laman Web Rasmi Wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning.

Page 30: PBS Sejarah STPM

30

BIBLIOGRAFI

Husain, Amdun. Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1997.

Ibrahim, Norhalim Haji. Terombo : Gambaran Adat Perpatih. Kuala Lumpur: AFY

Communications, 2003.

Idris, Yaakub. Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi. Negeri Sembilan: Jernal

Persatuan Sejarah Malaysia, 1987.

Jamiran, Haji Ramli. Menelusuri Sejarah Tempatan Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan

Johor, 2001.

Johan Afendi Ibrahim, Mohamad Zaki Ahmad. Program Homestay dan Pertumbuhan

Ekonomi Luar, Kajian Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia. Kuala

Lumpur, 2009.

Laman Web Komuniti Desa. 30 3, 2010.

http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html. (melayari pada 26 2,

2013).

Lawang, Haji Mohd Nor bin, temu bual oleh Shah Mohd Akmal. Sejarah Asal-usul Kampung

Lukut (26 2, 2013).

Wikipedia. 5 11, 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning (melayari

pada 26 2, 2013).

Zubri, Mohd Faiz. " Tradisi Turun Temurun." Kosmo, 10 3, 2013.

Page 31: PBS Sejarah STPM

31

LAMPIRAN

Rumah-rumah yang terdapat di Kampung Lukut.

Balai Budaya kampung Lukut yang digunakan untuk pelbagai aktiviti.

Page 32: PBS Sejarah STPM

32

Rumah penduduk yang didaftarkan oleh kerajaan sebagai Homestay.

Bilik tidur yang disediakan di Homestay tersebut.

Page 33: PBS Sejarah STPM

33

Pelajar-pelajar dari Singapura yang melawat atas tiket pelancong.

Rumah Tanaman Cendawan di Kampung Lukut.

Page 34: PBS Sejarah STPM

34

Produk IKS yang diusahakan di Kampung Lukut.

Kuih Siput yang dihasilkan oleh penduduk kampung Lukut.

Page 35: PBS Sejarah STPM

35

Kampung Lukut yang dikelilingi Gunung Panti.

Jeram Sungai Sendayan yang menjadi tarikan pengunjung dari luar mahupun penduduk kampung.

Page 36: PBS Sejarah STPM

36

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2

BORANG TEMUBUAL KERJA KHUSUS SEJARAH

KAJIAN : SEJARAH ASAL-USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR.

A) Maklumat Am

Nama Penyelidik :

Nama Responden :

Tarikh Temu Bual : Tempat Temu Bual :

No. Kad Pengenalan Responden

:

B) Soalan Temu Bual

1. Bagaimanakah sejarah awal pembentukan kampung Lukut, Kota Tinggi? 2. Siapakah pengasas Kampung Lukut ini?

3. Bagaimanakah Kampung Lukut mendapat nama? 4. Bilakah Kampung Lukut diterokai? 5. Berapakah keluasan tanah di Kampung Lukut?

6. Apakah etnik yang terdapat di Kampung Lukut? 7. Apakah kawasan asal Kampung Lukut sebelum terbentuknya Kampung Lukut?

8. Apakah adat istiadat dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat di Kampung Lukut? 9. Apakah ekonomi yang dijalankan di Kampung Lukut? 10. Apakah bangunan terawal yang dibina di Kampung Lukut?

11. Apakah perubahan yang terdapat di Kampung Lukut? 12. Berapakah bilangan penduduk semasa pembukaan, tahun 70an, tahun 80an dan

jumlah terkini?

13. Apakah kemudahan yang terdapat di Kampung Lukut ? 14. Apakah mercu tanda di Kampung Lukut?

15. Apakah perkembangan ekonomi, politik dan sosial di Kampung Lukut? 16. Adakah Kampung ini telah melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya? 17. Apakah kawasan tarikan yang terdapat di Kampung Lukut?

18. Bolehkah Tuan menjelaskan mengenai struktur pentadbiran Kampung daripada permulaan sehingga kini?

19. Adakah kampung ini pernah terpilih untuk mengadakan program-program yang dilaksanakan kerajaan?

20. Apakah sumbangan Kampung Lukut kepada negara?

( …………………………. )

Tandatangan Responden

Page 37: PBS Sejarah STPM

37