15
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN PENILAIAN BANDAR SAYA : SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN NURUL SHUHADAH BINTI MOHAMAD YASIR A149736 1

PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

1

LMCP1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

PENILAIAN BANDAR SAYA :SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

NURUL SHUHADAH BINTI MOHAMAD YASIRA149736

Page 2: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

2

• Sepang merupakan sebuah bandar yang kecil dan semakin membangun.

• Dahulu, Sepang tidak begitu dikenali kerana kawasannya yang kecil dan kurang kawasan pembangunan.

• Namun, kini Sepang mula dikenali dengan adanya Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang terkenal di seluruh dunia sebagai tapak perlumbaan kereta berprestij dan adanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

• Sepang turut dikenali dengan aktiviti kebudayaannya melalui penganjuran Homestay “Banghuris” yang menarik minat pelancong untuk berkunjung ke kampung-kampung di Sepang.

• Terdapat juga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ditubuhkan bagi membuka peluang pekerjaan kepada penduduk untuk meningkatkan pendapatan dan seterusnya mempromosikan hasil keluaran bumi Sepang seperti kerepek ubi dan kraf tangan.

LATAR BELAKANG BANDAR

SEPANG

Page 3: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

3

SKALA PENILAIAN1-2 SANGAT TIDAK MEMUASKAN

3-4 TIDAK MEMUASKAN

5-6 SEDERHANA

7-8 MEMUASKAN

9-10 SANGAT MEMUASKAN

SKALA PENILAIAN

Page 4: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

4

JENIS1-2 3-4

PENILAIAN5-6 7-8 9-10

1. Rekabentuk bandar

2. Kepelbagaian bio

3. Sampah

4. Eco-Footprint

5. Kawasan hijau

6. Perubahan cuaca

7. Kitar semula

8. Kualiti udara

PENILAIAN ALAM SEKITAR

STMTMSMSM

Page 5: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

5

1. Rekabentuk bandar

2. Kepelbagaian bio

3. Sampah

4. Eco-Footprint

5. Kawasan hijau

6. Perubahan cuaca

7. Kitar semula

8. Kualiti udara

0

5

10

SPIDER WEB ALAM SEKITAR

Page 6: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

6

• Rekabentuk bandar Sepang berada di skala 7 iaitu memuaskan kerana penempatan yang dibina tersusun dan teratur.

• Bagi kepelbagaian bio, skala yang diberikan adalah 9 iaitu sangat memuaskan. Hal ini demikian kerana kepelbagaian biodiversiti seperti flora dan fauna masih lagi terpelihara. Pantai-pantai yang terdapat di bandar Sepang khususnya yang menjadi tarikan pelancong Pantai Bagan Lalang masih lagi terjaga ekosistem bakau dan spesies batu karang di laut dalam.

• Sampah-sarap di bandar Sepang adalah terkawal. Skala yang diberikan adalah 7 iaitu memuaskan. Disebabkan oleh bandar Sepang merupakan sebuah bandar pelancongan jadi pembersihan sampah menjadi tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk setempat.

• Eco-Footprint di bandar Sepang adalah sangat memuaskan. Skala yang diberi adalah 9. Hal ini demikian kerana, tanah-tanah khususnya di kawasan sekitar bandar sepang (kampung) banyak digunakan untuk bercucuk tanam dan dijadikan sebagai tapak pemeliharaan haiwan seperti lembu dan kambing. Sisa kumbahan haiwan peliharaan tersebut banyak yang diproses dan dijadikan baja organik kepada tanaman.

Page 7: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

7

• Kawasan hijau di Bandar Sepang masih lagi terpelihara dan sangat memuaskan. Di sekitar jalan di bandar Sepang terdapat tanaman pokok kelapa sawit yang masih dipelihara dan dikutip hasilnya sebelum ditanam semula. Pokok-pokok hijau seperti pokok kopi, kelapa, ubi kayu dan pokok bakau masih lagi terpelihara dan indah menghiasi bandar Sepang. Skala yang diberikan adalah 9.

• Perubahan cuaca di Bandar Sepang adalah memuaskan. Skala yang diberikan adalah 7. Hal ini demikian kerana, hujan dan panas bertukar ganti dan jarang berlaku panas atau hujan dalam jangka masa yang lama kecuali sewaktu peralihan angin monsun. Faktor ini berlaku adalah kerana Bandar Sepang berdekatan dengan pantai.

• Bagi proses kitar semua pula skala yang diberikan adalah 7. Sampah-sampah yang boleh dikitar semula menjadi tanggungjawab setiap individu. Jadi, proses kitar semula di Bandar Sepang berjalan dengan lancar dan baik.

• Disebabkan oleh Bandar Sepang merupakan bandar yang semakin membangun, kualiti udara masih lagi memuaskan. Skala yang diberikan adalah 7. Sehingga kini, pencemaran udara masih lagi tidak berlaku di Bandar Sepang kecuali jerebu akibat daripada pembakaran terbuka negara jiran.

Page 8: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

8

PENILAIAN EKONOMI

JENIS1-2 3-4

PENILAIAN5-6 7-8 9-10

1. Pekerjaan

2. Pengangkutan

3. Peluang Perniagaan

STMTMSMSM

Page 9: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

9

1. Pekerjaan

2. Pengangkutan 3. Peluang perniagaan

0

5

10

SPIDER WEB EKONOMI

Page 10: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

10

• Ekonomi di Bandar Sepang adalah sangat memuaskan. Rata-rata penduduk di Bandar Sepang mendapat peluang pekerjaan. Skala yang diberikan adalah 10. Penubuhan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk terutamanya golongan muda.

• Pengangkutan di Bandar Sepang adalah memuaskan. Perkhidmatan bas dan teksi memudahkan pergerakan penduduk untuk ke destinasi. Manakala stesyen KTM juga berdekatan dengan Bandar Sepang iaitu di Bandar Baru Nilai yang lokasinya bersempadan. Pengangkutan-pengangkutan awam ini sangat berguna dan memudahkan perjalanan penduduk.

• Peluang perniagaan mendapat skala memuaskan iaitu 8. Banyak industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditubuhkan terutamanya industri makanan ringan kerana bahan mentah seperti ubi kayu dan keledek mudah untuk diperolehi di kawasan-kawasan kampung.

Page 11: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

11

PENILAIAN SOSIAL

JENIS1-2 3-4

PENILAIAN5-6 7-8 9-10

1. Pendidikan

2. Penjagaan Kesihatan

3. Makanan

STMTMSMSM

Page 12: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

12

1. Pendidikan

2. Penjagaan kesihatan3. Makanan

0

5

10

SPIDER WEB SOSIAL

Page 13: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

13

• Dari segi pendidikan, kerajaan telah menubuhkan banyak sekolah di sekitar Bandar Sepang baik dari Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Orang Asli dan Sekolah Agama. Jadi skala yang diberi adalah sangat memuaskan iaitu 10. Penduduk di Bandar Sepang mendapat pendidikan yang sangat baik dengan adanya sekolah dan

guru-guru yang berpengetahuan tinggi.

• Penjagaan kesihatan pula adalah memuaskan. Skala yang diberikan adalah 7. Hal ini demikian kerana, di Bandar Sepang masih lagi tiada Hospital yang ditubuhkan. Sekiranya penduduk dimasukkan ke hospital, hospital yang terdekat adalah di Seremban iaitu Hospital Tuanku Jaafar atau di Banting iaitu Hospital Banting. Namun, pusat-pusat kesihatan dan klinik kesihatan serta klinik 1 Malaysia banyak ditubuhkan untuk memudahkan penduduk mendapatkan rawatan.

• Bandar Sepang sememangnya terkenal dengan sumber makanan laut. Jadi tidak hairanlah sekiranya skala yang diberikan adalah sangat memuaskan iaitu 10. Bandar Sepang berdekatan dengan kawasan pantai, jadi makanan laut yang segar sangat mudah diperolehi oleh penduduk dengan harga yang murah.

Page 14: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

14

• Secara kesimpulannya, Bandar Sepang sangat maju dari segi alam sekitar, ekonomi, dan sosialnya.

• Pembangunan Bandar Sepang yang teratur menjadikan Bandar ini sebagai sebuah bandar yang mapan.

• Walaupun keluasan Bandar Sepang ini adalah kecil, namun, pembangunan ekonomi, sosial, dan alam sekitarnya sangat baik dan semakin maju.

KESIMPULAN

Page 15: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN. BAHAGIAN 2: BANDAR SAYA

15

• Portal Rasmi Majlis Perbandaran Sepang. 2016. www.mpsepang.gov.my>sejarah-sepang. (Capaian pada 28 Oktober 2016).

• Pejabat Daerah/Tanah Sepang-Selangor. 2016. www2.elangor.gov.my/sepang.php. (Capaian pada 28 Oktober 2016)

RUJUKAN