Upload
milzi5215
View
147
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
SENI DALAM PENDIDIKAN
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Tarikh : 11/11/11 Hari : Jumaat Matapelajaran : SainsTahun : TigaMasa : 1 JamTajuk : Jenis-jenis haiwan dan pergerakanyaObjektif : Pada akhir pelajaran ini murid dapat
*Mengenal jenis-jenis haiwan*Mengetahui cara pergerakan haiwan
Pengetahuan sediaada : *Murid pernah lihat beberapa jenis haiwan
*Murid pernah lihat pergerakan haiwanPenerapan Nilai : Bersyukur kepada tuhan, Teliti dan cermatPersediaan murid : Murid dipesan untuk membawa bahan dan peralatan yang berkaitan, seminggu sebelum bermula pelajaran hari ini.
-kertas lukisan -gam-biji sagu -kacang dal-warna air -surat khabar
Persediaan guru - pasir berwarna -kertas pelekat-kad manila -contoh bahan
BBM : Klip video, gambar Power PointSPS :Mengklasifikasi
Perkara
Butiran kegiatan Fokus Pembelajaran Catatan/ ilustrasi
Set induksi
1.Guru menayangkan klip video yang mempunyai beberapa jenis haiwan kepada murid. Murid diminta menamakan jenis haiwan yang ditayangkan.
2. Murid juga diminta memerhatikan cara pergerakan haiwan yang terdapat dalam klip video tersebut.
3. Berbual tentang jenis-jenis haiwan di sekitar tempat tinggal dan jenis pergerakanya.
- Murid melihat klip video dan memahamkan ada pelbagai jenis haiwan di dunia dan pergerakanya berbeza antara satu sama lain.
- mendapat pengetahuan tentang haiwan.
- memberi rangsangan mengenai tajuk pembelajaran
Kelas
kelas
Klip video(set induksi)
Perkara Butiran kegiatan Fokus Pembelajaran Catatan/ ilustrasi
Perkembangan
1. Guru memberikan sampul yang mengandungi keratan gambar haiwan.
2. Murid bergerak dalam kumpulan untuk mencantumkan keratan tersebut untuk menjadikan gambar haiwan .
3. Guru menampal gambar tersebut di papan hitam.
4. Murid diminta menamakan haiwan tersebut dan guru akan menulis nama haiwan haiwan tersebut.
5. Murid membacakan nama haiwan.
-Murid dapat mengetahui nama beberapa haiwan -Mempelajari kaedah mencantumkan keratan-Kemasan kerja-Mendapatkan maklumat pengetahuan sedia ada murid-Murid berfikir tentang kewujudan alam dan sumber di dalamnya.-Meningkatkan kemahiran seni
Kumpulan
individu
Cantuman keratan gambar
Cantuman keratan gambar
Perkara Butiran kegiatan Fokus Pembelajaran Catatan/ ilustrasi
Perkembangan
1. Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan.
2. Guru mengedarkan gambar haiwan kepada setiap kumpulan.
3. Murid menghiaskan gambar haiwan tersebut dengan teknik kolaj.
4. Murid menampal kacang dhal dan kacang hijau di atas gambar kura-kura.
5. Kumpulan yang kedua pula menampal biji sagu dia atas gambar rama-rama.
6. Setiap kumpulan diberikan keratan kotak untuk membingkai hasil kolaj mereka.
7. Murid membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
-murid mengetahui bentuk fizikal beberapa haiwan.-murid mengetahui teknik kolaj.-murid mempelajari kaedah membingkai lukisan cara mudah.-murid dapat mengetahui dan mengaplikasi kesan berdasarkan aktiviti yang dijalankan.-dapat menghayati dan menghargai kerja yang dibuat-mempunyai sikap kebersihan diri.-
Kumpulan
individu
Teknik kolaj dengan menggunakan kacang dhal dan kacang hijau
Hasil kerja kumpulan
Perkara Butiran kegiatan Fokus Pembelajaran Catatan/ ilustrasi
Perkembangan
1. Murid melakukan aktiviti secara individu.
2. Guru mengedarkan topeng muka dan pupet haiwan kepada setiap murid.
3. Murid memakai topeng dan pupet .
4. Murid diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti dengan memakai topeng dan pupet.
5. Murid berlakon , bercerita dan membuat pergerakan seperti haiwan.
6. Guru memberikan hadiah untuk persembahan terbaik.
-mendapatkan pemikiran kritis dan kreatif daripada setiap murid.
-mencungkil bakat seni, muzik dan pergerakan terhadap murid
-Mengenal pasti bakat murid
-murid dapat meluahkan pengalaman
Kumpulan
individu
Lakonan menggunakan pupet haiwan
Lakonan menggunakan topeng haiwan
Perkara Butiran kegiatan Fokus Pembelajaran Catatan/ ilustrasi
Perkembangan
1. Murid melakukan aktiviti secara kumpulan.
2. Guru mengedarkan kertas pelekat yang dicetak gambar haiwan.
3. Murid dibekalkan dengan pasir berwarna.
4. Murid menampal pasir berwarna di atas gambar haiwan tersebut.
5. Wakil setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
-Mempelajari kaedah kolaj dengan menggunakan pasir.
-Meningkatkan kemahiran melukis
-Dapat menghayati dan menghargai kerja yang diperbuat
-Menanam rasa berfaedah dalam melakukan setiap tugasan.
-mempunyai sikap kebersihan diri.
Kumpulan
individu
Teknik kolaj dengan menggunakan pasir
Hasil kerja kumpulan
Perkara Butiran kegiatan Fokus Pembelajaran Catatan/ ilustrasi
Penutup 1. Memperagakan semua hasil dengan memberikan penerangan ringkas tentang jenis-jenis haiwan dan pergerakkanya.
2. Murid diminta menyanyikan lagu yang berkaitan haiwan.
3. Mengemas serta membersihkan kawasan kerja masing-masing.
-Murid menghayati lirik dan memahamkan lagu yang dinyanyikan.
-Murid dapat melakonkan gaya seperti pergerakan haiwan.
-Pengukuhan pengajaran dan pembelajaran murid dan guru.
-Menghalusi hasilan.
Kelas
individu