44
PEMBENTUKAN KELUARGA DALAM ISLAM DAN PEMILIHAN JODOH ISLAMIC EDUCATION AG 1351D SEM 1 2013

Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

UNTUK SUBJEK ISLAMIC EDUCATION AG1351D (R) SASARAN GURU PELATIH PPISMP AMBILAN JUN 2012, TESL SEM 2... IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Citation preview

Page 1: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

PEMBENTUKAN KELUARGA DALAM

ISLAM DANPEMILIHAN JODOH

ISLAMIC EDUCATION

AG 1351D

SEM 1 2013

Page 2: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran ini,

Pelajar dapat menjelaskan tentang

ciri – ciri pembentukan keluarga

menurut Islam.

Pelajar dapat menyatakan hukum

wanita Islam berkerjaya masa kini.

Page 3: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

KELUARGA SAKINAH

Page 4: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

FIRMAN ALLAH SWT:

Page 5: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

FIRMAN ALLAH SWT:

Yang Bermaksud :

"Dan di antara tanda-tanda yang

membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa

Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),

isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu

bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan

dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan

kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang

demikian itu mengandungi keterangan-keterangan

(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang

yang berfikir."

(Surah Ar-Rum : 21)

Page 6: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Hidup berkeluarga adalah kehendak semulajadi

manusia.

Setiap orang akan berusaha untuk mendapat

pasangan hidup yang ideal (sesuai) dengannya

bagi menjamin keharmonian hidup berkeluarga.

Pembinaan sesebuah keluarga bermula dari

perkahwinan.

Oleh itu di dalam mencari pasangan hidup

keutamaan hendaklah berpandu kepada garis

yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW

Page 7: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

SABDA RASULULLAH S.A.W..

Ertinya : "Dikahwini perempuan itu

kerana empat perkara, kerana

hartanya, kerana keturunannya, kerana

kecantikannya dan kerana agamanya.

Utamakanlah yang beragama nescaya

kamu jadi tenteram."

Page 8: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

TUJUAN BERKAHWIN

Perkahwinan mempunyai tujuan dan matlamat yang besar ia

adalah sunnah nabi Muhammad SAW.

Di dalam Islam perkahwinan adalah ibadat, tidak sama dengan

fahaman dan pegangan agama-agama lain seperti kristian, budha

dan lain-lain yang mana para pembesar ugamanya tidak

berkahwin kerana mereka percaya berkahwin bukan ibadat.

Sedangkan berkahwin mempunyai tujuan yang murni indah.

Page 9: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

CONTOH:Menghindarkan dari berlaku maksiat zina sebagaimana sabda

Rasulullah SAW.

Ertinya :

"Golongan belia sekelian barangsiapa diantara kamu

berkuasa (berkemampuan) menyediakan nafkah zahir batin

maka hendaklah kamu berkahwin, maka sesungguhnya

perkahwinan itu dapat memejamkan mata (mengelak dari

melakukan maksiat) dan memelihara kehormatan dan

mereka yang tidak berkuasa maka hendaklah ia berpuasa

kerana sesungguhnya dengan berpuasa itu adalah menjadi

perisai baginya."

Page 10: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Menuruti fitrah melahirkan zuriat keturunan

anak adam sesuai dengan manusia sebagai

khalifah di muka bumi.

Menyempurnakan tuntutan kelamin (seks)

mengikut hukum Islam.

Mengelak dari penyakit yang berpunca dari

hubungan jenis yang tidak seimbang (seperti

siflis, aids, dan lain-lain).

Membentuk sebuah kehidupan berkeluarga

yang aman damai.

Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Page 11: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

KEBAIKAN DARI PERKAHWINANPerkahwinan merupakan tali perhubungan di antara lelaki dan

perempuan, tali yang dapat mempereratkan kasih sayang, cinta abadi,

melahirkan perasaan bertimbang rasa dan bertanggungjawab serta

dapat membina sebuah mahligai rumah tangga yang aman damai dan

bahagia.

Perkahwinan juga dapat menghindarkan daripada perbuatan jahat dan

curang serta membenteras dan menghapuskan segala nafsu kehaiwanan

dan persundalan penjenayah zina disenaraikan sebagai penceroboh

yang amat keji dan merbahaya yang mana amalan perzinaan boleh

membawa kepada keruntuhan moral dan budi pekerti dan akhirnya

boleh menjahanamkan kehidupan masyarakat yang bermaruah.

Page 12: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Agama Islam telah mendisiplinkan umatnya dengan budi pekerti yang luhur,

menghalang dari kerosakkan moral terus bermaharajalela dengan penyakit

zina yang mana melalui penyakit itu boleh melahirkan satu generasi yang

biadap dan tidak bermoral.

Ini adalah merupakan kesan negatif dari anak-anak yang dilahirkan dari

proses zina. Kerana mereka tidak mendapat pengawasan dan pengawalan

yang sewajar dari kedua ibu bapanya, tidak mendapat asuhan dan didikan

yang sempurna seperti anak-anak lain yang mempunyai ibu bapa yang

bertanggungjawab.

Akhirnya hidup mereka terbiar tanpa teguran dan ajaran, bagaikan telah

dibunuh hati nurani mereka, hidup di dalam keadaan frust dan melarat tanpa

pembelaan dari mana-mana pihak. Di dalam erti kata yang lain bahawa anak-

anak dilahirkan secara haram boleh menimbulkan beraneka bentuk masalah

yang sukar diatasi dan menjadi beban yang berat di dalam masyarakat.

Page 13: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

HUKUM KAHWIN Berkahwin hukumnya mengikut keadaan seseorang itu :

Wajib : Jika seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang

memuncak yang mana sekiranya tidak berkahwin akan

menjerumuskannya ke lembah maksiat zina.

Sunat : Jika seseorang itu mampu tetapi masih dapat

menjaga dan mengawal dirinya dari melakukan maksiat zina.

Makruh : Jika seseorang itu mempunyai keinginan tetapi tidak

mampu dari segi kewangan. Oleh hal yang demikianlah maka

Rasulullah SAW menganjurkan kepada golongan ini supaya berpuasa.

Haram : Jika seseorang itu tidak mempunyai keinginan nafsu tetapi

berkahwin dengan tujuan tidak jujur yakni mempunyai tujuan jahat

terhadap bakal isterinya.

Page 14: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN

Seseorang yang hendak kahwin hendaklah terlebih dulu

mengetahui tentang tugas dan tanggungjawab sebagai suami atau

isteri , bapa atau ibu.

Perkara yang paling penting kepada seseorang lelaki yang hendak

berkahwin ialah mampu menanggung nafkah bakal isterinya,

nafkah zahir dan batin termasuk juga di dalam golongan nafkah

iaitu tempat kediaman yang sesuai dan pakaian.

Suami isteri juga hendaklah mengetahui hukum-hukum yang

berkaitan dengan perkahwinan seperti nikah, cerai, rujuk, iddah

dan sebagainya.

Page 15: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

CARA MEMILIH JODOH Garis panduan tentang pemilihan mencari jodoh sebagaimana yang diutarakan

oleh baginda Rasulullah SAW iaitu keutamaan ialah perempuan yang beragama.

Walaupun di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW ada menerangkan bahawa

seseorang itu akan memilih jodoh kerana hartanya dan ada pula kerana

keturunannya.

Dan ada juga yang memilih kerana kecantikannya dan tidak kurang pula yang

memilih kerana agamanya, tetapi Rasulullah memberi penekanan kepada yang

beragama, kerana yang mempunyai pegangan agama yang kukuh menjamin

kebahagiaan yang sejati.

Wanita yang mempunyai sifat-sifat lain tetapi tidak mempunyai agama tidak

menjamin kebahagiaan yang berkekalan bahkan banyak akan menimbulkan

kesulitan.

Page 16: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI

Suami adalah payung kepada sebuah keluarga, dialah

juga nakhoda kepada sebuah bahtera rumahtangga, oleh

itu suami mestilah mengetahui serta bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap isterinya.

Di antara tanggungjawab ialah:• Bergaul dengan cara yang baik serta memimpin

dan memberi perlindungan terhadap isteri dan keluarganya.

• Melahir dan memberi kasih sayang yang sejati serta tidak menyakiti isteri.

Page 17: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

• Menghormati dan menjaga rahsia dan keaiban

isteri serta menjauhkan perasaan cemburu yang

membabi buta.

• Berlaku adil dalam memberi nafkah dan menolong

isteri di dalam kesempitan dan kesusahan.

• Membantu isteri di dalam tugas-tugas menjaga dan

mengasuh anak. Sabar di atas kelemahan isteri.

• Memberi kebebasan berfikir kepada isteri.

KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI

Page 18: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

• Memberi nasihat kepada isteri sekiranya ia melakukan kesalahan dan

bertindaklah mengikut hukum syarak sekiranya nasihat itu tidak

diendahkan.

• Memberi bimbingan dan pengajaran ugama dan membenarkannya

mendapat pengajaran ugama sekiranya ia tidak mampu memberi

pengajaran agama.

• Berlaku adil di antara isteri-isterinya bagi yang berpoligami.

• Bijaksana ketika timbul perselisihan dengan isteri dan hendaklah suami

mengendalikannya dengan penuh cermat dan ajaran-ajaran yang

baik serta menahan diri jangan terlalu ikut perasaan hati.

KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI

Page 19: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI

Isteri ialah orang terpenting bagi pembantu dan

menolong tugas-tugas dan peranan suami dan ada

kalanya isteri terpaksa mengambil alih tugas suami ketika

ketiadaannya. Di antara tugas dan tanggungjawabnya

ialah : • Hormat dan taat kepada suami. • Membantu suami di dalam mengurus rumah tangga

dan mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna.

• Bermanis muka ketika berhadapan dengan suami. • Menghargai pemberian suami walaupun sedikit.

Page 20: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

• Berjimat cermat di dalam perbelanjaan serta sederhana dalam

penghidupan.

• Menjaga rahsia suami dan rumahtangga.

• Menjaga keaifan dan maruah suami. Memelihara dan menjaga

keaifan diri sendiri.

• Mengurus dan mengatur rumahtangga serta memelihara

hubungan kekeluargaan.

• Bersabar di dalam menghadapi masalah-masalah yang timbul di

dalam kehidupan berumahtangga.

• Mengadakan hubungan-hubungan keluar hendaklah dengan

persetujuan dan izin suami.

KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI

Page 21: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Suami isteri adalah bertanggungjawab di dalam mengendalikan urusan rumahtangga,

oleh itu mereka berdua mempunyai kewajipan bersama diantara kewajipannya ialah :

• Kedua belah pihak hendaklah saling hormat-menghormati dan tolong-

menolong.

• Saling percaya dan mempercayai diantara satu sama lain.

• Mengelakkan dari melahirkan rahsia masing-masing dan juga keaifan yang mungkin

timbul dari mana-mana pihak walau di waktu berlaku salah faham dan perbalahan.

Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan luar, halusi dan periksa dengan

teliti terlebih dahulu.

• Jauhi dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada salah faham.

KEWAJIPAN BERSAMA

Page 22: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

• Rela berkorban untuk kebahagian rumah tangga. Kedua belah pihak hendaklah bersabar di

atas kelemahan dan kekurangan yang timbul sama ada dari pihak suami ataupun isteri.

Hendaklah berbincang dan membuat perundingan di dalam sesuatu masalah.

• Sama-sama bertanggungjawab memimpin dan mendidik anak. Kedua belah pihak hendaklah

sanggup menerima teguran dan nasihat dari pihak yang lain dan begitu juga hendaklah

sama-sama memberi nasihat dan teguran demi kebaikan bersama.

• Di dalam penentuan hak tanggungjawab bersama yang mesti disempurnakan oleh suami isteri

adalah merupakan asas yang teguh yang dapat menjadi keharmonian rumahtangga,

Rasulullah SAW bersabda pada "Hujjatul Wida'" Ertinya : "Jaga ! Sesungguhnya kamu

mempunyai hak ke atas isteri kamu dan demikian pula isteri-isteri kamu kamu terhadap

kamu sendiri." .

KEWAJIPAN BERSAMA

Page 23: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Selain dari itu Islam telah menentukan kelebihan lelaki berbanding perempuan

kerana beberapa faktor yang tertentu seperti maksud firman Allah SWT :

"Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang bersama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya. Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami) mempunyai satu darjah kelebihan atas orang-orang perempuan (isteri) yakni sebagaimana seorang isteri menanggung kewajipan terhadap suami yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik maka si suami juga menanggung kewajipan terhadap isteri yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik."

Dan firmanNya lagi : "Orang-orang lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal

kepada tanggungjawab di atas perempuan-perempuan (isteri) disebabkan Allah

telah melebihkan orang-orang lelaki ke atas orang-orang perempuan dan juga

kerana orang-orang lelaki itu memberi nafkah (kepada isterinya)."

Page 24: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

PERGAULAN YANG BAIK

Perkara yang amat penting di dalam membina kebahagian rumah

tangga ialah cara pergaulan yang baik, letakkan segala harapan di atas

kerukunan rumahtangga, Rasulullah SAW telah memberi kita banyak

panduan tentang pergaulan di dalam kehidupan berumah tangga

baginda tidak pernah bermasam muka dengan isteri-isteri baginda.

Baginda sendiri yang menjahit kasut baginda manakala terkoyak. Di

dalam soal kebaikan ini Rasulullah SAW pernah bersabda : Ertinya :

"Sebaik-baik kamu bagi ahlinya dan aku sebaik-baik bagi ahliku."

Page 25: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Di dalam pergaulan harian di antara suami isteri mungkin ada ketika tergeser sekali sekala. Maka soal mengatasinya hendaklah berpandukan kepada hukum Islam. Di dalam hubungan ini Allah SWT. berfirman : Ertinya : "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (Nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukan mereka dari tempat tidur dan (kalau juga mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajar) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka, sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

PERGAULAN YANG BAIK

Page 26: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Para isteri wajib menjaga maruah dirinya samada di hadapan suami atau semasa

ketiadaannya dan juga menjaga maruah dan kemuliaan suaminya. Bergaullah dengan suami

dengan penuh kasih sayang, turutilah segala perintah dan kehendaknya selama mana

perintahnya tidak bercanggah dengan hukum syarak. Di dalam hubungan ini Rasulullah SAW

bersabda :

Ertinya : "Sekiranya aku diperintah akan seseorang supaya menyembah seseorang

yang lain nescaya aku menyuruh perempuan menyembah akan suaminya."

Isteri adalah ratu rumah tangga bagi suami, dialah tempat untuk melepaskan kerisauan oleh

itu jagalah keperibadian sebagai seorang isteri yang solehah. Rasulullah SAW bersabda :

Ertinya : "Sebaik-baik wanita ialah isteri yang apabila engkau melihat kepadanya

membuat engkau gembira dan apabila engkau menyuruhnya sesuatu ia menuruti engkau dan

apabila engkau tiada di sampingnya dia menjaga harta engkau dan mengjaga maruah dirinya.“.

PERGAULAN YANG BAIK

Page 27: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan terhadap dua ibu bapa supaya mengasuh, mendidik

dan memberi pengajaran yang sempurna, di antara tanggungjawabnya ialah :

> Membantu keperibadian anak bermula dari cara memilih isteri sebagai bakal ibu kepada anak-

anaknya dari perempuan yang solehah, perempuan yang beragama.

> Semasa mengadakan hubungan jenis dengan isteri hendaklah sentiasa memohon perlindungan

dari Allah supaya benih yang akan dilahirkan mendapat hidayat dan taufik Allah dengan didahului doa

sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW : Ertinya : "Ya Allah jauhkanlah kami akan syaitan dan jauhilah

syaitan ke atas apa (anak) kurniaan Engkau kepada kami."

> Azan dan Iqamah semasa anak mula lahir dari kandungan ibu.

> Menyusu dengan susuan ibunya sendiri.

Page 28: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

> Mengadakan aqiqah, bercukur dan memberi nama yang elok pada hari ketujuh.

> Berkhatan sama ada anak lelaki dan perempuan.

> Memberi didikan dan asuhan yang sempurna.

> Memberi pelajaran dunia dan akhirat.

> Memperjodohkan apabila layak dan sesuai.

> Selalulah berunding, berbincang serta memberi nasihat yang berguna tanpa

paksaan yang melulu. Rasulullah SAW bersabda : Ertinya : "Muliakanlah olehmu

anak-anak kamu dan perelokkan tingkah-laku mereka."

TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

Page 29: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

KESIMPULANNYA

Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang dibina di atas asas yang paling teguh dan betul

mengikut Islam serta yang dapat memenuhi ciri-ciri dan kehendak syariat Islam.

Dengan terlaksananya aturan tersebut InsyaAllah segala cita-cita untuk membina sebuah istana

keluarga akan mendapat kejayaan di samping mendapat rahmat dan nikmat dari Allah SWT. Semua

pihak akan dapat menikmati kebahagian dan kerukunan rumahtangga.

Sesuai dengan firman Allah SWT : Ertinya : "Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra

dengannya dan dijadikan diantara kamu (suami isteri)) perasaan kasih sayang dan belas

kasihan."

(Dipetik dan disusun oleh :Haji Othman Haji Ahmad Pegawai Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama

Islam Kelantan).

Page 30: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

PEMILIHAN JODOH

DALAM ISLAM

Page 31: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana

hartanya, kecantikkannya, keturunanannya dan agamanya.

Maka pilihlah yang beragama kerana nanti engkau akan

beruntung." - riwayat bukhari dan Muslim

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa biasanya

orang mengahwini wanita kerana empat perkara:

Harta

Kecantikkan

Keturunan

Agama

Page 32: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Dari keempat-empat perkara di atas, nabi s.a.w

menegaskan agar memilih kerana agamanya.

Jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana

hartanya, ia akan ditinggalkan setelah mati.

Jika kerana cantiknya, ia akan pudar setelah tua.

Jika kerana keturunannya, ia tidak menjamin

kemuliaan di sisi Allah.

Tetapi jika kerana agamanya, ia akan memperoleh

keuntungan melebihi keuntungan harta, mendapat

isteri yang punya kecantikan hakiki (batin) dan

membuka peluang istimewa untuk berada di sisi Allah

sebagai insan yang mulia.

Page 33: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w. lebih

menitik beratkan tentang agama dalam pemilihan jodoh.

Namun begitu, tidaklah bermakna syarak mahu kita

mengenepikan soal harta, keturunan dan kecantikkan sama

sekali.

Hanya saja, soal agama perlu didahulukan, kemudian

barulah yang lain-lain.

Tentang wanita beragama atau solehah, Rasulullah s.a.w

telah bersabda: "Hendaklah kamu memperoleh hati yang

berzikir, lidah yang berzikir dan seorang isteri yang

mukminah yang akan membantu melaksanakan urusan

akhirat."

-Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Nu'im, Ibnu

Hajar

Page 34: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

MEMILIH LELAKI

Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh

yang mempunyai pendidikan  agama yang sempurna

serta berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan

masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia,  seorang

yang penyayang, suka memberi dan menerima,

bertolak ansur dan mengambil berat terhadap

keluarganya.

Page 35: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

 MEMILIH PEREMPUAN

Di antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah

1. Zuriat yang banyak

-Memilih perempuan yang boleh mendatangkan zuriat yang banyak memanglah digalakkan oleh Islam.  Di sini boleh diperhatikan dari sudut keluarganya (keturunannya) di samping kesuburan tubuh badan  di mana tidak menghalang  ianya hamil.  Selain itu, umur juga boleh diambil kira bagi mengekalkan zuriat yang banyak.

Page 36: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

2. Anak gadis / bujang-Pemilihan anak gadis amat dititik beratkan kerana di mana usia gadis, kurang bebanan peribadi.  Segalanya-galanya serba baru, dapat mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan.  Tenaga yang masih muda dapat memberi sepenuh masa untuk suami.  Walau bagaimanapun, memilih seorang janda juga digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang baik untuk memilihnya..

Page 37: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

3. Sedikit mas kahwin

Perempuan yang menjadi pilihan adalah

sedikit belanja mas kahwinnya di mana

mudah bagi pihak lelaki menjelaskannya

dan sesuai dengan tuntutan Islam. 

Sekiranya terlalu besar mas kahwin itu,

bukan sahaja menjadi keberatan bagi lelaki

malah boleh memberi kesan yang negatif di

masa akan datang.

Page 38: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

4. Bukan hubungan keluarga• Pemilihan ini bagi meluaskan skop

keturunan di mana keluarga akan bertambah ramai lagi dan mental sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi hidup.  Lebih-lebih lagi perhubungan sebuah keluarga dengan  keluarga dalam menemukan jodoh.

Page 39: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

5. Baligh• Memilih perempuan biarlah ianya sudah cukup umur (baligh) di mana dapat memahami erti perkahwinan, berfikir secara matang, kurang memberi tunjuk ajar, tidak  mudah merajuk dan juga boleh hamil.

Page 40: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

6. Akal yang sempurna• Memilih akal yang sempurna

ialah berfikir  secara seorang  muslim yang soleh, gemar membaca Al-Quran serta memahaminya,  mengetahui hala dan haram, banyak bersabar, bertindak dengan adil dan juga menghormati hak dirinya dan hak orang lain.

Page 41: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

7. Sesuai (kufu)• Amalan agama• Tahap pelajaran• Pendapatan (pangkat)• Pemikiran (fikrah)

Page 42: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a. dari

Rasulullah s.a.w. sabdanya:

"Dunia adalah kesenangan, dan

sebaik-baik kesenangan ialah

wanita yang solehah."

- riwayat Muslim, al-Nasa'i dan Ibnu

Majah -

Page 43: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

Allah SWT yang bermaksud: "Dan

kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan

perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-

orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,

lelaki mahupun perempuan. Jika mereka

miskin, Allah akan memberikan kekayaan

kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,

kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi

Maha Mengetahui". (an-Nur: 32)

Page 44: Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh

TAMAT

Sekian terima kasih.