11
HHHC9801 KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF PENSYARAH : ENCIK NASRUN BIN ALIAS SET : SET 28 NAMA : NOOR SYAMIMI BINTI KASSIM MATRIK NO : A143478 KATA ALUAN

Pembuktiaan bergambar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pembuktiaan bergambar

HHHC9801

KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

PENSYARAH :

ENCIK NASRUN BIN ALIAS

SET : SET 28

NAMA : NOOR SYAMIMI BINTI KASSIM

MATRIK NO : A143478

Page 2: Pembuktiaan bergambar

KATA ALUAN

Assalamualaikum saya ucapkan kepada Encik Nasrun bin Alias, pensyarah untuk hp kemahiran kreatif dan inovatif. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini serta dapat membuat pembuktian bagi program yang telah saya jalankan ini dengan sempurna. Saya Noor Syamimi binti Kassim (A143478) iaitu dari pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,FEP ingin menghantar beberapa gambar berkaitan projek yang telah saya jalani untuk semester ini iaitu Malam Resepsi Gemilang Zaba (MAGIZ’14). Program ini berlangsung di bawah Biro Kewangan kolej saya iaitu Kolej Pendeta Za’ba, KPZ.Karnival ini ditumpukan kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Zaba. Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan setiap tahun bagi meraikan semua warga kolej. Melalui program ini, hubungan antara warga Kolej Pendeta Za’ba yang berbilang kaum dapat dieratkn selaras dengan konsep 1 Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y. A. B. Dato’Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Selain itu, program ini juga memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za'ba khususnya untuk merasai satu pengalaman menikmati pertembungan kebudayaan disamping membentuk kernahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan.Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa melibatkan diri dalam prograrn ini dapat memangkin potensi integriti yang dapat merapatkan jurang antara kaum dan agama yang berbeza.

Melalui program Magiz’14 saya dapat menerapkan kemahiran kreatif dan inovatif di dalam diri saya. Sebagai contohnya, saya menerapkan kemahiran pengurusan melalui bagaimana saya sebagai ahli publisiti di dalam program ini mengurus sesuatu maklumat itu agar ia dapat disampaikan kepada para pelajar Kolej Pendeta Za’ba agar mereka sedar akan kewujudan program Magiz’14 ini. Selain itu, saya sebagai ahli unit publisiti juga dikehendaki membuat banner, banting, poster, buku program, video montage dan kami turut membuat baju untuk ahli-ahli krew Magiz. Saya dapat belajar untuk berfikiran secara keatif dan inovatif dalam mereka setiap corak-corak baju mahupun sturuk-struk banner dan poster terutamanya bagi menceriakan lagi majlis. Saya dan ahli kumpulan saya berkongsi idea dalam menentukan corak baju yang sesuai serta warna yang bersesuaian bagi program yang akan kami jalankan ini. Kemahiran kreatif dapat diterapkan apabila saya cuba menggunakan pelbagai aplikasi untuk mengedit warna dan corak baju dan ini merupakan pengalaman pertama saya dan saya sangat berbangga kerana dapat menguruskan tugas-tugas saya ini dengan jayanya. Alhamdulillah.

Page 3: Pembuktiaan bergambar

Berikut merupakan bukti bergambar sepanjang program Magiz’14 berlangsung :

PERANCANGAN AWAL

Gambar dibawah menunjukkan mesyuarat yang diadakan sesama ahli AJK Biro Kewangan Kolej Pendeta Za’ba bagi membincangkan program MAGIZ’14 yang dianjurkan sekitar bulan Mei 2014. Gambar ini menunjukkan mesyuarat tidak rasmi sesama ahli Magiz di bawah biro kewangan. Pada ketika ini kami sedang membincangkan masalah yang dihadapi oleh setiap unit serta melaksanakan setiap tugasan yang telah diberikan antara setiap unit. Mesyurat ini diakan pada setiap hari rabu malam yang bertempat di bilik aktiviti Kolej Pendeta Zaba manakala mesyuarat rasmi bersama pengetua kolej akan diadakan di bilik mesyurarat Kolej Pendeta Zaba.

Page 4: Pembuktiaan bergambar
Page 5: Pembuktiaan bergambar

Berikut merupakan ahli-ahli unit publisiti di bawah biro Kewangan yang menjayakan program Magiz ini.Saya berada di barisan kedua dari kiri.

Page 6: Pembuktiaan bergambar

Ini adalah hasil kerja dari unit saya iaitu unit publisiti :

Kami telah membuat beberapa corak baju hasil dari idea antara ahli kumpulan saya sendiri dan ahli-ahli krew yang lain akan memlih baju yang bersesuaian dengan tema serta suasana majlis. Dari sinilah saya menerapkan kemahiran kreatif yang ada untuk menghasilkan kombinasi corak dan warna baju yang cantik.

Page 7: Pembuktiaan bergambar

Kami turut membuat beberapa poster dan banner serta buku program dan mereka juga akan memilih mana-mana yang terbaik. Berikut adalah antara kerja-kerja yang telah kami sediakan untuk program yang dijalankan ini.

BANNER

ABANN

Page 8: Pembuktiaan bergambar

BUKU PROGRAM

Page 9: Pembuktiaan bergambar

PELAKSANAAN

Berikut adalah tugas-tugas yang saya lakukan pada hari kejadian dimana kami, ahli-ahli krew Magiz bekerjasama dalam menyiapkan persiapan akhir sebelum majlis makan malam berlangsung untuk menceriakan serta memeriahkan lagi suasana majlis. Saya ( bertudung putih) sedang membantu rakan rakan unit dekorasi dalam melakukan ‘photobooth’bagi pelajar-pelajar yang ingin bergambar pada majlis makan malam tersebut. Disini saya juga telah menerapkan kemahiran kreatif dan inovasi dimana saya perlu menghias ‘photobooth’ ini agar kelihatan cantik dan menarik. Kami hanya menggunakan bahan-bahan yang tidak terlalu mahal namun kami telah membuatnya kelihatan seperti menggunakan barang-barang yang mahal.

Page 10: Pembuktiaan bergambar

Berikut adalah suasana Malam Resepsi Gemilang Zaba yang telah diuruskan oleh semua unit biro kewangan Kolej Pendeta Zaba. Saya menjadi usher utama pada majlis makan malam tersebut.

Page 11: Pembuktiaan bergambar