10
Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah Disediakan oleh: Qhaiyum Ezzat Nadzri Abdullah Azam

Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pembentangan kami ! ;)

Citation preview

Page 1: Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

Imam Ahmad bin Hanbal

Rahimahullah

Disediakan oleh:

Qhaiyum Ezzat Nadzri Abdullah Azam

Page 2: Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

Riwayat Hidup

Nama sebenar - Ahmad bin Muhammad bin Hanbal.

Beliau dilahirkan pada tahun 164 Hijrah dengan tahun 780

Masihi di Baghdad, yang mana ketika itu berkembang pesat

sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

Imam Ahmad adalah pengasas Mazhab Hanbali yang

merupakan satu daripada mazhab yang empat.

Beliau dinamakan Imam Hanbali bersempena nama

datuknya iaitu Hanbal bin Hilal As-Syaibani.

Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang ahli sunnah

yang terbesar, soleh, dan zuhud.

Sesetengah ulama menganggap beliau adalah ‘Mujaddid’

bagi abad ke-3 tahun Hijrah.

Imam Ahmad meninggal dunia pada tahun 241 Hijrah

bersamaan dengan tahun 855 Masihi ketika berusia 77

tahun.

Page 3: Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

Sifat PeribadiImam Ahmad bin Hanbal seorang yang taat pada perintah agama dan kuat beribadat.

Beliau mengerjakan solat sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan khatam membaca Al-

Quran dalam masa tujuh hari.

Beliau tabah dalam menghadapi ujian hidup kerana pernah didera dan dipenjarakan.

Beliau sangat menghormati para gurunya dan tidak suka bercakap perkara-perkara yang

sia-sia melainkan perkara-perkara yang bermanfaat.

Beliau mempunyai daya ingatan yang kuat sehingga dapat menghafaz lebih banyak hadis

berbanding orang lain yang sezaman dengannya.

Beliau bersifat ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara, dan tidak terpikat dengan pangkat

dan kemewahan. Beliau pernah menolak jawatan sebagai kadi semasa pemerintahan

Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Beliau juga seorang yang pendiam, lemah-lembut, suka merendah diri, peramah, pemalu,

dan terlalu menjaga kehormatan diri dan agama.

Imam Ahmad seorang yang zuhud serta tidak mengejar pangkat dan darjat.

Page 4: Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

PendidikanImam Ahmad bin Hanbal dianugerahkan daya ingatan yang kuat dan berjaya menghafaz

Al-Quran keseluruhannya ketika berusia 14 tahun.

Dalam usia yang masih muda ini, beliau dapat menguasai bahasa Arab dan kesusasteraan

serta berkebolehan dalam bidang penulisan.

Semasa berumur 16 tahun, beliau telah bermusafir ke Makkah, Madinah, Syam, Yaman,

Basrah, dan lain-lain untuk mengumpulkan hadis-hadis nabi kerana minatnya yang

mendalam terhadap ilmu tersebut.

Antara guru-guru Imam Ahmad termasuklah:

a) Imam As-Syafie Rahimahullah

b) Waqi’ bin Jarrah

c) Sufian bin Uyainah

d) Qadhi Abu Yusuf

e) Bashar bin Al-Mufadal

Page 5: Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

Dalam bidang ilmu, beliau lebih menunjukkan minat dalam bidang ilmu Al-Quran, hadis,

fikah, dan ilmu kalam. Namun begitu, beliau terkenal sebagai ahli fikah dan ahli hadis.

Beliau diberikan gelaran Al-Malik kerana kehebatannya menghafal lebih daripada 700,000

hadis.

Dalam bab fikah, Imam Ahmad mengutamakan Al-Quran dan Al-Hadis dalam menetapkan

sesuatu hukum sebagaimana yang dilakukan oleh guru-gurunya.

Page 6: Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

Ujian Yang Dihadapi

Imam Ahmad telah menolak pendapat Muktazilah

yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah

kalam Allah yang bersifat baharu.

Ini telah membangkitkan kemarahan khalifah

Abbasiyah pada masa itu iaitu Al-Makmun. Baginda

telah mengikut cadangan seorang ulama, Ahmad

bin Abi Daud supaya Imam Ahmad dipenjara dan dipukul dengan cemeti hingga berdarah

seluruh tubuhnya.

Walaupun diseksa dengan teruk, Imam Ahmad tetap mempertahankan pendapatnya dan

tidak mudah terpengaruh dengan pendapat Muktazilah. Baginya pendapat ini tidak

sesuai dengan pemikiran pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Setelah lama dipenjarakan, barulah Imam Ahmad dibebaskan iaitu pada masa

pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil.

Page 7: Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

SumbanganImam Ahmad memberikan sumbangan yang besar dalam bidang hadis dan perundangan

Islam kepada seluruh umat Islam.

Beliau amat berhati-hati memilih hadis-hadis yang berhubung kait dengan masalah halal

dan haram, sama ada dari segi isi atau sanadnya.

Segala peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan dalam Mazhab Hanbali sangat

ketat dan tegas dalam satu-satu masalah. Para Pegawai yang bersikap tegas menurut

undang-undang digelar ‘Hanbali’ oleh rakyat.

Beliau mengadakan pelbagai majlis ilmu di masjid-masjid. Hadirin yang mengikuti majlis

ilmu yang beliau adakan dianggarkan 5000 orang dalam satu sesi.

Dalam majlis ilmunya, beliau sentiasa membaca kitab-kitab yang ditulisnya sendiri. Kitab-

kitab tersebut meliputi berbagai-bagai cabang. Antara himpunan hadis-hadis karangannya

yang terkenal termasuklah Al-Musnad.

Kitab Al-Musnad mempunyai 28 000 hingga 29 000 hadis yang sahih dan 100 000 hadis

yang tidak sahih. Kitab tersebut merupakan sumber rujukan ulama hadis dan sebagai

pegangan apabila berlaku perselisihan.

Page 8: Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

Selain kitab Al-Musnad, Imam Ahmad juga menghasilkan beberapa buah kitab dalam

bidang lain, misalnya tafsir Al-Quran, ilmu fikah,

ilmu kalam, dan lain-lain.

Antara kitab-kitab yang dikarang oleh Imam Ahmad

termasuklah:

a) Tafsir Al-Quran

b) An-Nasakh wal Mansukh

c) Kitab At-Tarikh

d) Kitab Al-Ilah

e) Al-Munsad

Semasa hayatnya, beliau telah membuka kelas-kelas pengajian iaitu pengajian umum dan

khusus. Kelas-kelas tersebut diadakan di masjid-masjid dan mendapat sambutan yang

luar biasa daripada orang ramai. Bilangan yang mendengar syarahannya bagi setiap kelas

dianggarkan 5000 orang.

Al-Musnad, karya Imam Ahmad bin

Hanbal

Page 9: Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

Pengikut Mazhab Hanbali sebahagian besarnya terdapat di Iraq, Mesir, Hijaz, Palestin, dan

Najd.

Page 10: Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

Sekian TerimaKasih!