Click here to load reader

PENDUDUK & ALAM SEKITAR

Embed Size (px)

Citation preview

BAB 17: PENDUDUK & ALAM SEKITAR

DISEDIAKAN OLEH:W. AMIRAH, ERIKA, KALSOM, IKMAL, AZRULBAB 17: PENDUDUK & ALAM SEKITAR

17.1KOMPONEN ALAM SEKITAR FIZIKAL& SUMBER ALAM

kalsom2

PENGENALAN UMUM KOMPONEN ALAM SEKITAR FIZIKALTerdiri daripada 4 komponen yang saling berinteraksi secara kompleks.4 komponen atau sistem alam sekitar ialah:-Biosfera (sistem ekologi)Litosfera (sistem geomorforlogi)Hidrosfera (sistem hidrologi)Atmosfera (sistem atmosfera)Setiap komponen tersebut membentuk sistem yang mempunyai sempadannya sendiri.Sistem-sistem tersebut akan membekalkan sumber alam yang sangat penting kepada manusia dan hidupan lain di dalam bumi ini.

KOMPONEN ALAM SEKITAR FIZIKAL

KOMPONEN BIOSFERA (SISTEM EKOLOGI)

Komponen biosfera terdiri daripada semua organisma hidup di bumi.Dapat dibahagikan kepada beberapa komponen tertentu:-Biosfera daratan:-Terdiri daripada semua jenis flora seperti tumbuh-tumbuhan (orkid, kaktus, cengal), fauna seperti haiwan (ayam, gajah), serta manusia & mikroorganisma.Biosfera udara:-Terdiri daripada burung, kelawar, & lain-lain.Biosfera lautan:-Terdiri daripada ikan, zooplankton & rumpai laut.

KOMPONEN LITOSFERA (SISTEM GEOMORFOLOGI)Dikenali sebagai kerak bumi atau lapisan permukaan bumi paling luar yang pejal, keras & mengandungi pelbagai jenis mineral.Litosfera juga terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi seperti gunung-ganang, bukit-bukau, lembah, daratan, pinggir pantai, gurun, kepulauan & lembangan saliran.Pelbagai proses geomorfologi berlaku di litosfera. Antaranya ialah luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan & gerakan jisim.

KOMPONEN HIDROSFERA (SISTEM HIDROLOGI)Hidrosfera merujuk kepada komponen air yang terdapat di permukaan bumi, di dalam tanah, wap air di atmosfera, ais & glasier.Air yang terdapat di permukaan bumi termasuklah lautan, tasik, sungai, paya & kolam.Kira-kira 70% daripada permukaan bumi terdiri daripada air.Hidrosfera dapat membekalkan air untuk kehidupan serta habitat flora & fauna.Hidrosfera juga dapat membekalkan sumber makanan & sebagai jalan perhubungan & pengangkutan.

Atas glasier, bawah tasik11

KOMPONEN ATMOSFERA (SISTEM ATMOSFERA)Komponen atmosfera terletak di luar permukaan bumi & menjadi tempat berlakunya fenomena iklim & cuaca.Komponen ini terdiri daripada lapisan troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera, ionosfera & eksosfera.Setiap lapisan ini berbeza dalam aspek ciri-ciri antara satu sama lain.Sistem atmosfera mempunyai saling kaitan antara unsur iklim & cuaca yang berlaku di atmosfera seperti suhu, hujan, tekanan udara & kelembapan udara.Unsur-unsur iklim dan cuaca ini dapat dikaji berdasarkan ruang & masa.

17.2ALAM SEKITAR SEBAGAISUMBER

RUL14

KOMPONEN BIOSFERA (SISTEM EKOLOGI-SUMBER BIODIVERSITI)Bahagian kerak bumi & atmosfera yang dihuni oleh manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan & mikroorganisma, bakteria, protozoa dan lain-lain.Terdiri daripada beberapa ekosistem - ekosistem hutan, paya bakau, tasik, muara.Menjadi habitat atau tempat tinggal untuk segala hidupan, membekalkan makanan, & kaya dengan sumber biologi/ biodivesiti flora & fauna.Kepentingan kepada manusia - makanan, perubatan, tadahan air, ekopelancongan, kayu balak.

KOMPONEN LITOSFERALapisan luar bumi yang sangat pejal & membentuk kawasan daratan (benua & pulau).Meliputi 29.3% permukaan bumi & selebihnya dasar laut. Ketebalan 50 km di permukaan bumi & 5 km di dasar laut.Komponen utama batu-batuan & mineral.Sumber tanih yang subur untuk aktiviti pertanian -tanih laterit, tanih gambut, tanih aluvium.Sumber mineral - sektor perlombongan pertoleum, gas asli.

KOMPONEN HIDROSFERA (SUMBER AKUATIK-SUMBER MARIN)Meliputi laut, tasik, paya, kolam & sungai, meliputi 70.8% permukaan bumi, 97.2% air masin, 2.8% air tawar.Lautan merupakan komponen terpenting - 5 lautan utama - Hindi, Atlantik, Pasifik, Antartik & Artik.Lautan sumber alam yang penting- untuk membekalkan air hujan, menyerderhanakan suhu, protein & mineral seperti garam jenis halit.Sumber air tawar sungai, tasik, kolam.

KOMPONEN ATMOSFERA (SUMBER UDARA)Atmosfera merupakan komponen udara yang terdapat di sekeliling bumi - ketebalan 1000m. Sumber utama ialah gas - 70%, terdiri daripada beberapa jenis gas seperti nitrogen (78%), oksigen (20%), argon (0.9%), karbon dioksida (0.03%) & lain-lain (neon, helium, kripton & xenon).Terbahagi kepada beberapa lapisan:-Troposfera - menampung kehidupan manusia, haiwan & tumbuhan serta menjadi penebat bahangan matahari & bumi & membolehkan suhu bumi menjadi stabil.Stratosfera - 50 km dari permukaan bumi, tidak berawan - gas ozon menyerap sinaran ultra ungu matahari.

SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUIMerupakan sumber alam yang boleh diulang pakai.Tidak akan pupus atau habis.Sumber yang dapat diganti & wujud semula setelah digunakan.Contohnya, sumber hutan, tanah, tenaga biomas, tenaga suria & tenaga hidro.

SUMBER YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUITidak boleh dikitar semula.Sumber tersebut akan habis serta-merta setelah digunakan.Tidak boleh diganti.Contohnya, bahan api seperti arang, gas asli, tenaga nuklear, galian seperti emas, timah, kaolin.

HUBUNG KAIT ANTARA MANUSIA & SUMBER ALAMMembekalkan pelbagai jenis sumber kepada kehidupan setempat.Masyarakat primitif amat bergantung kepada alam sekitar untuk meneruskan kehidupan.Mengubah alam sekitar fizikal dalam memenuhi keperluan & kehendak untuk meneruskan hidup.Pembangunan yang hendak dibina perlulah mentitikberatkan alam sekitar supaya tidak tercemar & mengganggu biodiversiti.

17.3 DAYA TAMPUNG PERSEKITARAN FIZIKAL

Erika

22

KONSEP DAYA TAMPUNG SUMBER ALAMDaya tampung sumber alam merujuk kepada keupayaan sesuatu sumber alam untuk menampung & memenuhi keperluan penduduk pada tempoh tertentu.Aras penduduk & keupayaan sumber alam perlu seimbang untuk membolehkan daya tampung sumber alam memenuhi keperluan penduduk.Daya tampung sumber alam tidak dapat dicapai sekiranya berlaku lebihan penduduk dan sumber yang terhad.Kesannya seperti kekurangan makanan, kebuluran, wabak penyakit, krisis tenaga, krisis bekalan air bersih & kehilangan sumber warisan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEKUATAN DAYA TAMPUNG SUMBER ALAM

KUANTITI & KUALITI SUMBER ALAMMenjadi asas penting daya tampung sumber alam berterusan.Malaysia mampu untuk menampung keperluan makanan kerana adanya sumber tanah subur untuk pertanian.Berbeza dengan negara Ethiopia kerana sumber tanah di negara tersebut tidak subur dan tidak sesuai untuk dijalankan kegiatan pertanian.Keadaan ini akan menyebabkan krisis kekurangan sumber makanan di Ethiopia.

TAHAP TEKNOLOGIFaktor tersebut penting untuk membolehkan sumber-sumber alam diteroka, diguna & dikekalkan.Teknologi yang rendah akan menyebabkan daya tampung sumber alam menjadi lemah .Sumber hutan di Kalimantan & Sumatera tidak mampu dibangunkan dengan cekap kerana tahap teknologi yang rendah di Indonesia.Sumber hutan disimpan sebagai stok sumber walaupun penduduk memerlukannya untuk menampung kehidupan.

PENGURUSAN SUMBER ALAM YANG CEKAP DAN SISTEMATIKFaktor tersebut diperlukan untuk membolehkan daya tampung sumber alam sentiasa berterusan.Malaysia menguruskan sumber hutan secara lestari melalui projek perladangan hutan kompensatori & rawatan sivilkultur.Pelaksanaan projek ini membolehkan:-Bekalan kayu untuk generasi akan datang sentiasa berterusan.Fauna & flora sebagai sumber warisan dikekalkan.Kawasan tadahan air untuk bekalan sumber air bersih lebih terjamin.

JUMLAH PENDUDUKMemastikan daya tampung sumber alam dapat memenuhi keperluan peduduk bagi tempoh tertentu.Lebihan penduduk akan menyebabkan daya tampung sumber alam tidak berkesan.Konsep penduduk optimum perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah lebihan penduduk (China, Indonesia, India).Dasar kependudukan perlu dilaksanakan untuk mengawal kadar kelahiran penduduk dengan:-Meningkatkan had umur layak untuk berkahwin.Meningkatkan kualiti hidup.

KESEIMBANGAN SISTEM (EKOSISTEM)Komponen alam sekitar fizikal berada di dalam satu sistem yang wujudnya interaksi antara satu sama lain.Alam sekitar fizikal mempunyai angkubah, tenaga, bahan & sempadan sebagai satu sistem (ekosistem).Setiap angkubah berfungsi & bertindak balas secara positif atau negatif antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan apabila sistem tersebut diganggu.Namun begitu, proses untuk mencapai keseimbangan memerlukan tempoh masa yang lama.

GANGGUAN TERHADAP SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI (SUMBER ALAM) Ekosistem hutan akan terjejas apabila berlakunya gangguan terhadap hutan primer sama ada secara semula jadi atau tindakan manusia.Gangguan yang berlaku menyebabkan ekosistem hutan mengalami perubahan melalui pemulihan kendiri atau isotasi, iaitu daripada hutan primer kepada hutan sekunder & kembali semula kepada hutan primer.Pemulihan kendiri memerlukan tempoh yang panjang & mungkin tidak sempat dinikmati oleh generasi seterusnya.Pengurusan ekosistem hutan secara bijak perlu dilakukan untuk memastikan pemulihan kendiri tersebut menjadi berkesan.

Taman negara pahang dan hutan simpan ayer hitam puchong

32

GANGGUAN TERHADAP SUMBER YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI (SUMBER TENAGA)Pengurusan yang sistematik & berhemah terhadap sumber tenaga (petroleum & gas asli) dapat memastikan ekosistem menjadi seimbang.Sumber alternatif (tenaga hidroelektrik, tenaga solar & tenaga biomas) perlu dimajukan supaya kebergantungan terhadap sumber yang diancam kepupusan dapat dikurangkan.Untuk memajukan sumber alternatif, Malaysia perlu meningkatkan keupayaan tahap teknologi & modal.Tahap teknologi yang sedia ada juga perlu diubah suai supaya dapat menggunakan sumber alternatif tersebut.Langkah ini membolehkan keseimbangan ekosistem bagi menjamin daya tampung sumber berterusan untuk keperluan generasi akan datang.

KEPENTINGAN SUMBER KEPADA MANUSIA DAN PEMBANGUNAN NEGARAAirKegunaan domestik - minum, memasak, membasuh & mandi.Pertanian - pengairan tanaman & penternakan.Perindustrian - membersih, memproses & menyejukkan mesin seperti di industri nuklear.Menjana kuasa hidroelektrik seperti di Empangan Kenyir.

UDARA(ATMOSFERA)

Gas oksigen kepada manusia untuk bernafas manakala gas karbon dioksida kepada tumbuh-tumbuhan untuk proses fotosintesis.Sumber tenaga yang menggunakan kuasa angin dapat menjanakan kuasa elektrik seperti kincir angin di Belanda & Sweden.Sebagai medium untuk suhu, tenaga suria, air, kelembapan udara & tekanan angin kepada kehidupan manusia.

TANAH TANIHSebagai tempat pelbagai aktiviti pertanian dijalankan:-Tanah aluvium untuk penanaman padi sawah.Tanah laterit untuk penanaman getah dan kelapa sawit.Tanah chernozem untuk penanaman gandum.Tanah terra rossa untuk penanaman kopi.Tanah gambut untuk nanas.Tapak bina pertempatan dan industri seperti di kawasan yang luas, rata, bertanah pamah , subur & mudah dihubungi.Tanah tinggi sesuai dibina stesen pemancar seperti stesen pemancar radio, televisyen & telekomunikasi.

HUTAN

Sumber kayu (kayu balak) - bahan binaan, perabot, pulpa & kertas.Ekopelancongan - hutan lipur, taman rekreasi & taman haiwan liar.Hasil hutan - getah, minyak wangi, ubatan-ubatan herba & rotan.

eucatlypus42

PADANG RUMPUTSumber makanan bagi industri penternakan. Sebagai contoh, biri-biri & lembu tenusu seperti di padang rumput steppe, savana & pampas.Kawasan penanaman & pengeluaran bijirin yang penting. Contohnya, gandum ,barli, sekoi & oat. Kawasan prairie menjadi kawasan tanaman gandum utama di negara Amerika Syarikat & Kanada.Habitat hidupan liar - singa, zirafah ,kuda belang & harimau bintang.

sekoi44

MINERALMembekalkan bahan api & sumber kuasa - petroleum, gas asli, arang batu, uranium & plutonium.Perkembangan industri logam (besi, timah, kuprum, zink & plumbum) & industri bukan logam (kaolin, asbestos, sulfur, fosfat & marmar).

Bumbung asbestos45

17.4KESAN PERTUMBUHAN& TUMPUAN PENDUDUKTERHADAP ALAM SEKITAR

me46

KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL (SISTEM GEOMORFOLOGI)Pembinaan petempatan, tapak perindustrian, & jalan raya di cerun bukit mengakibatkan tanah runtuh.Pemotongan susuh bukit & penarahan lereng-lereng bukit dilakukan untuk kerja-kerja tersebut.Penebangan pokok di cerun bukit mengakibatkan tanah tanih dihakis angkut & diruntuhkan oleh gerakan jisim.Keseimbangan cerun terganggu apabila lereng atau kaki bukit ditarah atau dipotong. Kejadian ini berlaku di Bukit Antarabangsa pada tahun 1993.

AKTIVITI PERTANIAN DI LERENG BUKITDapat mempercepatkan kadar hakisan cerun.Amalan pertanian yang berikut perlu diutamakan oleh petani sekiranya menjalankan aktiviti pertanian di lereng bukit:-Kaedah teresan/ penanaman tumbuhan litup bumi.Sistem peparitan yang sempurna.Jika tidak dilakukan, lapisan tanih yang subur dihakis angkut oleh larian air permukaan & dimendapkan di kawasan tanah rendah.

PERMINTAAN PENDUDUK TERHADAP KEDIAMAN MEWAHUntuk memenuhinya, cerun bukit dipotong, ditarah, & ditarahkan.Cerun yang terganggu tidak akan stabil & meningkatkan kadar hakisan kerana ketiadaan tumbuh-tumbuhan litup bumi & struktur tanih yang longgar.

KESAN TERHADAP SISTEM HIDROLOGIAktiviti penyahutanan gangguan terhadap sistem hidrologi akan mengakibatkan kawasan tadahan air terjejas.Gangguan tersebut juga mengakibatkan kapasiti takungan air di kawasan empangan akan berkurang.Hal ini seterusnya akan mengakibatkan:-Bekalan air bersih berkurang.Penjanaan tenaga hidroelektrik dihentikan serta-merta.Bekalan air untuk sektor perindustrian terjejas.

AKTIVITI PENURAPAN MUKA BUMIPembinaan jalan raya atau laluan pejalan kaki di kawasan bandar.Aktiviti tersebut menyebabkan keupayaan kadar susupan air hujan ke dalam tanah terhalang.Halangan ini akan mengakibatkan kuantiti larian air permukaan meningkat ketika berlakunya isi padu hujan bertambah.Banjir kilat boleh berlaku akibat kejadian tersebut.

AKTIVITI PERINDUSTRIANMENGAKIBATKAN KESAN PADA SKALA MIKRO & MAKRO.SISTEM SUNGAI & TAKUNGAN AIR DI BANDAR TERCEMAR AKIBAT DARIPADA PEMBUANGAN BAHAN-BAHAN TOKSIK KE DALAM SUNGAI. (SKALA MIKRO)SISTEM SUNGAI SETERUSNYA MEMBAWA BAHAN-BAHAN TERSEBUT LALU DIENAPKAN DI KAWASAN LAUT ATAU TASIK. (SKALA MAKRO)

PEMBUANGAN SISA-SISA KUMBAHAN & DOMESTIK & AKTIVITI PERTANIANUntuk pembuangan sisa-sisa kumbahan & domestik terutamanya di kawasan sungai akan mengakibatkan:-Jumlah kandungan oksigen (Biochemical Oxygen Demand) dalam air berkurang.Kandungan bakteria E-Coli bertambah.Aktiviti pertanian pula selalunya petani-petani akan menyembur racun serangga atau ddt kepada tanaman mereka. Racun tersebut akan menyalirkan ke dalam sungai & seterusnya mengakibatkan ekosistem sungai terganggu.

KESAN TERHADAP SISTEM ATMOSFERAKloroflorokarbon (CFC) digunakan dalam industri pembuatan penghawa dingin, aerosol, & peti sejuk.Penggunaan CFC menyebabkan lapisan ozon semakin menipis terutamanya di kawasan Artik & Antartik.

Dobson unit-unit untuk mengukur liputan gas-gas dalam ruang bumi60

PEMBEBASAN GAS KARBON DIOKSIDAPenyebab utama kesan rumah hijau asap kenderaan & industri.Menyebabkan suhu meningkat.Peningkatan suhu akan menyebabkan pemanasan global & pemanasan setempat (pulau haba bandar).Pulau bandar selalunya berlaku di daerah gombak & selayang, manakala di luar negara pula, New York & Tokyo menjadi sasaran utama pulau bandar.Pulau haba juga dikenali sebagai selimut haba bandar.

JEREBUPartikel-partikel terampai seperti debu, habuk, & asap memenuhi ruang udara & menghasilkan jerebu.Partikel-partikel tersebut akan diserakkan di ruang atmosfera & menyerap cahaya matahari.Penyelerakan & penyerapan ini menyebabkan ruang sekeliling kabur & tidak jelas.

KESAN TERHADAP SISTEM EKOLOGIRantaian makanan dalam ekosistem hutan terjejas.Habitat haiwan musnah.Edaran nutrien dalam ekosistem hutan musnah.Penduduk juga menyebabkan ekosistem akuatik teranggu melalui aktiviti tebus guna, penebangan hutan bakau, & pencemaran sumber air.Aktiviti-aktiviti tersebut akan memusnahkan pelbagai biologi (biodiversiti, flora dan fauna, rantaian makanan, & habitat).

LANGKAH-LANGKAH PERUNDANGANAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974 digubal bertujuan untuk menghalang kemerosotan alam sekitar & mempertingkat atau membaik kualiti alam sekitar.Terdapat peruntukan tentang masalah pencemaran alam sekitar seperti:-Pencemaran udara.Pencemaran bunyi bising (skala dB).Pencemaran tanah.Jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan terhadap pesalah alam sekitar sama ada menyaman, menyita premis, atau mengenakan tindakan makhamah.

UNDANG-UNDANG LAINAkta Pemuliharaan Tanah 1960 kawalan untuk mencegah berlakunya hakisan tanah di lereng bukit.Akta Perhutanan Negara 1984 kerja-kerja pembalakan.Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 kawalan sistem saliran.Akta Kerajaan Tempatan 1976 kawalan sistem saliran di bawah pihak berkuasa tempatan.Akta Perikanan 1986 pemeliharaan hidupan akuatik.Akta Perhutanan Negara 1984 larangan pembakaran di hutan simpan.Akta Kerajaan Tempatan 1976 pembebasan bahan cemar ke udara.

LANGKAH-LANGKAH BUKAN PERUNDANGAN (LANGKAH PENGURUSAN STRATEGIK)Untuk mencegah & mengawal hakisan tanih & kelodak.Kawasan pembinaan di cerun-cerun bukit membina sangkar dawai batu, menanam tumbuhan litup bumi. Kawasan pertanian di cerun-cerun bukit menggunakan sungkupan, menanam pokok litup bumi.Kawasan pembalakan menanam semula hutan, mewujudkan zon pembalakan iaitu sebahagian kecil hutan akan disimpan untuk ditebang pokok-pokok balaknya.

Groin selalunya dibina di kawasan-kawasan pantai71

UNTUK MENGAWAL PENCEMARAN UDARA, AIR & PEMANASAN GLOBAL SERTA KESAN RUMAH HIJAU Sektor perindustrian meninggikan cerobong asap, menggunakan penapis asap (Catalytic Converter).Sektor pertanian menimbus sampah.Air merawat sisa kumbahan & sisa buangan industri sebelum dialirkan ke dalam sungai.Pemanasan global & kesan rumah hijau menggunakan pengangkutan awam yang mesra alam seperti LRT, mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang tidak mesra ozon.

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR & KEMPEN KESEDARANPendidikan secara formal merangkumi tahap rendah (memperkenalkan subjek Sains Alam & Manusia kepada murid-murid tahap 2) Tahap menengah (memperkenalkan subjek Geografi serta Sains kepada murid-murid dalam semua tingkatan) Tahap tinggi (topik alam sekitar telah dijadikan satu disiplin pengajian di semua universiti).Pendidikan secara tidak formal pula merangkumi kerjasama badan kerajaan (Jabatan Alam Sekitar) & badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak berkuasa tempatan.

KESIMPULAN BAGI KESELURUHANBAB INI

ikmal76

Kesimpulannya, kita telah berjaya menghuraikan konsep & jenis sumber alam. Komponen alam sekitar fizikal terdiri daripada 4 sistem utama, iaitu sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi & sistem ekologi. Seterusnya, sumber alam di bumi juga boleh dikelaskan kepada sumber yang boleh diperbaharui & tidak boleh diperbaharui. Selain itu, alam sekitar amat penting kepada manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup, sebagai sumber ekonomi, & sebagai tempat tinggal. Pertumbuhan penduduk pula telah memberi kesan terhadap sistem geomorfologi, hidrologi, atmosfera, & ekologi kepada sesuatu kawasan setempat.