8
Pengenalan Penilaian,Pengukuran,Pengujian dan Pentaksiran POSTED BYSUHAIMI AL-BAHANJIEYON FRIDAY, MARCH 4, 2011 / LABELS:PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN Pengenalan Penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Penilaian dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam pengajaran dan pembelajaran, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian,penilaian, pengukuran dan pentaksiran sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil Jika sesuatu perkara itu wujud, ia wujud pada jumlah tertentu. Jika ia wujud pada jumlah tertentu, maka kita boleh mengukurnya Penilaian Penilaian ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai (Gay 1985). Menurut Stufflebeam (1971):Penilaian adalah proses

Pengenalan penilaian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengenalan penilaian

Pengenalan Penilaian,Pengukuran,Pengujian dan Pentaksiran

POSTED BYSUHAIMI AL-BAHANJIEYON FRIDAY, MARCH 4, 2011 / LABELS:PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan

Penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri.

Penilaian dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam

pengajaran dan pembelajaran, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar

‘belajar’. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian,penilaian, pengukuran dan pentaksiran sangat

penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil Jika sesuatu perkara itu wujud, ia wujud pada jumlah tertentu. Jika ia wujud pada jumlah tertentu, maka kita boleh

mengukurnya

Penilaian

Penilaian ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada

sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai (Gay 1985). Menurut Stufflebeam (1971):Penilaian

adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan

mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.

Pengertian Konsep :

Satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar. Suatu

proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Melibatkan

Page 2: Pengenalan penilaian

pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan

keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

Melibatkan tiga proses utama iaitu:

1. Menentukan ukuran

2. Menganalisis ukuran

3. Menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran.

Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk

i. Kualitatif sahaja :

- gred (A,B,C.D)

- dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal

ii. Kuantitatif sahaja :

- Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat,tepat dan bersih

Kategori Penilaian:

-Penilaian Kendiri:

☻bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari

atau sudah bersedia untuk menduduki ujian atau peperiksaan.

-Penilaian Guru

☻ bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan

pengajarannya

-Penilaian Piawai

☻ bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan

seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang

tertentu.

☻ Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada seseorang

pelajar

Contoh Penilaian

1.Menilai pencapaian objektif P & P

2.Menilai pencapaian matlamat menguasai kemahiran 3M di kalangan murid sekolah rendah.

3.Menilai kejayaan program SenamTari anjuran Kementerian Kebudayaan

PENGUJIAN

Page 3: Pengenalan penilaian

Pengujian dalam bilik darjah- proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set

instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan

seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain, pengujian ini merupakan alat pengukuran yang

digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang

kognitif, psikomotor ataupun efektif Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah - pengujian digunakan

untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.

Croanbach (1970)

“Ujian adalah satu prosedur yang sistematik

untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala

bernombor, atau satu sistem yang berkategori

Contoh

☻skala bernombor :

I. 30/100 untuk ujian penglihatan,

II. 100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test)

III. 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.

☻sistem berkategori:

I. “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti

II. “ rabun warna” bagi ujian penglihatan.”

Muilagros(1981)

•Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan

yang dikawal atau ditentukan.

Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan

Pelaksanaan pengujian terbahagi kepada dua kumpulan:

1. Ujian berbahasa:

☻ Contoh :-

ujian pensel - kertas set ujian lisan

2. Ujian bukan berbahasa

Page 4: Pengenalan penilaian

☻ contoh :-

ujian prestasi - ujian kemahiran psikomotor

- ujian membaiki radas elektronik.

Peringkat proses pengujian

-Persediaan

-Pelaksanaan pentadbiran ujian

-Pemeriksaan skrip jawapan

Pengukuran:

Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik. Tentang sebanyak mana individu atau pelajar

mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu . Untuk menentukan sejauh mana

seseorang individu memiliki prestasi/ciri-ciri tertentu

Contoh:

Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Prestasi Ramli tidak dinyatakan sama ada baik atau

sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian matematik hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang

diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau

pelajar mengikut alat yang digunakan.

Kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan, sementara pengetahuan dan

sikapnya boleh diukur melalui temubual.

Ciri pengukuran:

i. Tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang menggunakan skala nisbah.

Contoh,

Pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian

fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat

sepeti penggunaan pembaris. Seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui

dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun 90 itu adalah dua kali ganda 45

Ciri pengukuran:

Seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boleh dianggap sebagai tidak mempelajari atau mengetahui tentang

sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat

sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Maka ia tidak bersifat mutlak.

Dua jenis pemboleh ubah asas pengukuran:

I. jenis kuantitatif : 20 %, 50% dan 80%

Page 5: Pengenalan penilaian

II. jenis kategori. : motivasi rendah, motivasi sederhana dan motivasi tinggi.

Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh ditentukan aras ukurannya dengan menggunakan menggunakan empat

jenis skala iaitu:

i. Skala Nominal

ii. Skala Ordinal

iii. Skala Interval

iv. Skala Nisbah

Skala Nominal

Objek dikategorikan mengikut tanda/kumpulan yang “mutual eksklusif”, di mana tidak perlu ada perkaitan diantara

kategori. Tidak perlu aturan atau ruangan

Contoh 1 = lelaki, 2 = perempuan (tidak ada 1.5 atau pengukuran lain di antaranya).

Contoh lain: umur, pekerjaan tetap dan bangsa

Skala Ordinal

Skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau penurunan

contoh:

angka 1- sangat tidak setuju

2- kurang setuju

3- sederhana setuju

4- setuju

5- sangat setuju

Skala Interval

Data yang mempunyai ciri pemeringkatan dengan perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai.

Contoh:

perbezaan suhu antara 35 darjah selsius dengan 25 darjah selsius adalah sama dengan perbezaan suhu 15 darjah

selsius dan 5 darjah selsius iaitu sebanyak 10 darjah selsius. Skala ini tidak mempunyai nilai yang mutlak

kerana ia disandarkan kepada jarak antara suatu nilai dengan nilai yang lain.

Skala Nisbah

Skala paling mudah dan berkuasa kerana ia mempunyai titik sifar asal yang unik (bukan titik rambang yang asal). Ia

mengumpulkan semua sifat diantara semua skala.

Contoh :

Page 6: Pengenalan penilaian

Orang yang mempunyai berat 80 kg adalah 2 kali lebih berat dari orang yang mempunyai berat 40 kg. Mengganda

atau membahagikan kedua-dua nombor ini dengan sebarang nombor diberi akan memberikan nisbah 2:1

Pengukuran

Pengukuran di bilik darjah dibuat melalui tiga bentuk iaitu:

i. Pemerhatian

ii. Lisan

iii. Penulisan

Pentaksiran

Pentaksiran satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan

tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Konteks pendidikan : pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran

seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran

seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dijalankan secara berterusan

Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu:

i. pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

ii. pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

iii. pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .

pentaksiran untuk pembelajaran ( assessment for learning )

proses pembelajaran berterusan

dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak

tugasan

supaya guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid.

Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.

pentaksiran sebagai pembelajaran ( assessment as learning )

proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran

sendiri) pelajar dan murid

memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang

kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan

cara dan kehendak mereka sendiri.

pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada

pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses

pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition).

Page 7: Pengenalan penilaian

Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang

diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam

apa yang mereka fahami.

pentaksiran kepada pembelajaran ( assessment of learning ) .

berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan

apa yang pelajar dan murid boleh lakukan,

mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta

kebiasaannya,

menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain