47
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 BAB 11: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 11.1 Pengenalan Kepada Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Amalan pendidikan tradisional tidak lagi dapat membekalkan murid dengan semua pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam senario pekerjaan masa kini. Untuk terus bersaing, mereka perlu mengaplikasi strategi penyelesaian masalah, menggunakan alat yang sesuai, serta bertindak secara kolaboratif dan berkomunikasi untuk belajar. Oleh itu persekitaran pembelajaran masa kini perlu melibatkan pelbagai strategi-strategi, media, perisian dan alat yang berkaitan TMK khususnya yang bakal menyediakan murid untuk masa depan mereka. 11.1.1 Konsep Pengintegrasi TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Penghasilan media pengajaran (instructional media) dan media pembelajaran (learning media) berasaskan TMK dan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah menjadi satu standard bagi pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru memahami aspek-aspek perancangan pengajaran (instructional planning), teori pembelajaran, rekabentuk pengajaran, dan menguasai kemahiran pelbagai aplikasi komputer bagi menghasilkan media yang dapat menyokong pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu guru seharus dapat menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian. Persekitaran pembelajaran menjadi lebih baik apabila teknologi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengintegrasian tmk

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1

BAB 11: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

11.1 Pengenalan Kepada Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

Amalan pendidikan tradisional tidak lagi dapat membekalkan murid dengan semua

pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam

senario pekerjaan masa kini. Untuk terus bersaing, mereka perlu mengaplikasi strategi

penyelesaian masalah, menggunakan alat yang sesuai, serta bertindak secara

kolaboratif dan berkomunikasi untuk belajar. Oleh itu persekitaran pembelajaran masa

kini perlu melibatkan pelbagai strategi-strategi, media, perisian dan alat yang berkaitan

TMK khususnya yang bakal menyediakan murid untuk masa depan mereka.

11.1.1 Konsep Pengintegrasi TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Penghasilan media pengajaran (instructional media) dan media pembelajaran (learning

media) berasaskan TMK dan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran kini

telah menjadi satu standard bagi pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut

guru memahami aspek-aspek perancangan pengajaran (instructional planning), teori

pembelajaran, rekabentuk pengajaran, dan menguasai kemahiran pelbagai aplikasi

komputer bagi menghasilkan media yang dapat menyokong pengajaran dan

pembelajaran.

Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, bertujuan untuk meningkatkan

keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu guru

seharus dapat menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian.

Persekitaran pembelajaran menjadi lebih baik apabila teknologi digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2

Persekitaran Pembelajaran

Tradisional Persekitaran Pembelajaran Era Baru

Berpusatkan Guru Berpusatkan Murid

Stimulasi melalui satu deria Stimulasi melalui pelbagai deria

Perkembangan satu laluan Pelbagai laluan perkembangan

Menggunakan satu media Menggunakan pelbagai media

Kerja berasingan Kerja secara kolaboratif

Menyampaikan maklumat Bertukar maklumat

Pembelajaran pasif Pembelajaran aktif berasaskan

penerokaan dan inkuiri penemuan

Pembelajaran berasaskan fakta dan

pengetahuan

Pemikiran kritikal dan membuat

keputusan dengan bermaklumat

Maklum balas reaktif Tindakan proaktif / terancang

Konteks buatan (artificial) dan terpisah Konteks dunia sebenar dan tulen

(authentic)

Sumber : National Educational Technology Standards for Students (June, 1998),

published by the International Society for Technology in Education (ISTE), NETS

Project.

Page 3: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3

11.1.2 Peranan Guru Dalam Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya

berkehendakkan seorang guru menguasai kemahiran TMK tahap tinggi, tetapi yang

penting dan utama ialah bagaimana guru dapat menghasil dan menggunakan bahan

atau media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran

murid.

Bagi menghasilkan bahan atau media pengajaran dan pembelajaran yang menepati

kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, guru seharusnya mengetahui

dan memahami aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning), rekabentuk

pengajaran (instructional design) dan yang cukup penting ialah teori pembelajaran

(learning theory) yang mendasari perkara di atas. Sesuatu yang perlu diingatkan

adalah, semasa melakukan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, guru tidak sama sekali mengajar bagaimana menggunakan teknologi

tersebut – apa yang dilakukan adalah menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu

wahana yang dapat membantu memudahkan guru menyampai dan memudahkan

murid memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan serta membentuk

kemahiran.

11.1.3 Keperluan Mengintegrasikan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Penggunaan TMK secara bijak, dapat memperkayakan persekitaran pembelajaran dan

membolehkan murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam

pekerjaan. Oleh itu golongan pendidik perlu menimbang potensi mengintegrasikan

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggunakannya dengan cara yang

terbaik.

“ICT is more than a teaching tool. Its potential for improving the quality

and standards of pupils‟ educationis significant. Equally, its‟ potential is

Page 4: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4

considerable for supporting teachers, both in their everyday classroom

role, for example by reducing the time occupied by administration

associated with it, and in their continuing training and development.”

(DfEE 1998)

Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu untuk tujuan

berikut:

i. Menarik perhatian murid

ii. Memotivasikan murid

iii. Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti

pembelajaran koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi, pembelajaran berasaskan

penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek.

iv. Melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilan

v. Meningkatkan anggapan bahawa murid sendiri yang mengawal pembelajaran

vi. Membantu guru menghubungkan murid kepada sumber pembelajaran

vii. Membantu guru menjejak perkembangan pembelajaran murid

viii. Menyediakan murid untuk menghadapi dunia yang sentiasa berubah

11.1.4 Kesan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan TMK secara intensif boleh

meningkatkan pencapaian murid. Projek Apple Classrooms of Tomorrow (ACOT)

(1995) mendapati murid yang menggunakan TMK secara intensif semasa

persekolahan mempunyai ciri-ciri berikut:

i. boleh meneroka dan menyampaikan secara dinamik dalam pelbagai bentuk

ii. lebih tinggi keyakinan diri dan kemahiran sosial

iii. boleh berkomunikasi secara berkesan mengenai perkara-perkara yang kompleks

iv. mempunyai kemahiran akses kendiri dan terarah kendiri

v. mengetahui kebolehan masing-masing dan boleh berkongsi dengan orang lain

vi. boleh berkerja secara kolaboratif, dan

vii. lebih bersedia untuk menghadapi masa depan.

Page 5: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

5

11.1.5 Piawaian Ciri Murid Dari Aspek Penggunaan TMK

Sejauh mana TMK dapat membantu dalam membentuk murid yang berkualiti, yang

mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif, serta berkemahiran dalam penyelesaian

masalah, banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan guru. Persekitaran

pembelajaran yang efektif merupakan gabungan pendekatan tradisional dengan

pendekatan baru untuk membimbing penguasaan kandungan mata pelajaran di

samping mengambil kira keperluan individu. Gabungan berkenaan dapat menyediakan

murid yang berupaya (International Society for Technology in Education 1998):

i. berkomunikasi menggunakan pelbagai bentuk media

ii. mencapai dan bertukar maklumat dalam berbagai cara

iii. mengumpul, menganalisa, menyusun dan mensintesis maklumat

iv. membuat rumusan berasaskan maklumat yang dikumpul

v. menggunakan maklumat dan menggunakan alat yang sesuai untuk

menyelesaikan masalah

vi. mengetahui kandungan mata pelajaran dan berupaya mencapai maklumat

tambahan apanila diperlukan

vii. menjadi murid yang terarah kendiri

viii. melakukan kolaborasi dengan orang lain dan bertindak cemerlang dalam

pasukan

ix. berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang bersesuaian dan beretika

11.1.6 Pendekatan Belajar Menggunakan TMK

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (BPK) telah

menggariskan tiga kaedah bagaimana TMK dapat diserapkan dalam pembelajaran

murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011: Buku panduan teknologi maklumat

dan komunikasi merentas kurikulum):

Page 6: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

6

11.1.6.1 Belajar MENGENAI TMK

Belajar mengenai TMK memerlukan murid menguasai ilmu pengetahuan dan

kemahiran displin ilmu yang khusus dalam bidang TMK termasuk Sistem

Komputer, Rangkaian, Sistem Maklumat, Multimedia dan Pengaturcaraan.

Pendedahan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang ini kepada murid

dilakukan menggunakan strategi yang bersesuaian dengan tahap kognitif dan

keupayaan mereka.

11.1.6.2 Belajar DENGAN TMK

Belajar dengan TMK bermaksud murid menggunakan TMK sebagai alat untuk

belajar, seperti menggunakan perisian dan perkakasan TMK. Antara perisian

yang boleh digunakan seperti MS Word, MS PowerPoint, MS Excel, MS Paint,

Geometer‟s Sketchpad dan perisian percuma (freeware) belajar menaip Typing

Tutor. Manakala perkakasan pula ialah seperti pencetak, pengimbas dan kamera

digital. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan, menarik dan

seronok dengan menggunakan TMK. Penggunaan TMK sebagai alat dalam

pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah akan dapat

menjadikan murid lebih kreatif dan inovatif pada tahap yang sesuai mengikut

tahap pemikiran mereka.

11.1.6.3 Belajar MELALUI TMK

Belajar melalui TMK adalah penggunaan TMK untuk mengakses maklumat

menggunakan media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM, perisian kursus dan

Internet. Contoh belajar melalui TMK dapat dilihat melalui penggunaan bahan

seperti ensaiklopedia, kamus, video pembelajaran, Portal E-bahan, EduwebTV

dan Google Earth.

Page 7: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

7

Belajar MENGENAI TMK, Belajar DENGAN TMK dan Belajar MELALUI TMK boleh

digabungkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK boleh

diimplimentasikan secara efektif apabila murid dapat menguasai kemahiran TMK.

Adalah disarankan guru mengintegrasikan TMK melalui aktiviti berasaskan projek atau

tugasan seperti tugasan menghasil kad ucapan. Dalam penghasilan kad ucapan, murid

boleh memasukkan imej dan menulis ucapan atau sajak. Murid juga dapat

meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri apabila mereka membuat persembahan

hasil tugasan mereka terutama yang berbentuk multimedia. Mereka akan berasa

seronok belajar dan menunjukkan kreativiti mereka melalui persembahan yang

menggunakan pelbagai fitur perisian seperti penggunaan warna, jenis fon, saiz fon dan

animasi dalam hasil tugasan mereka.

11.1.7 Mod Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran telah mengkategorikan

penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kepada empat mod (Pusat

Perkembangan Kurikulum 2001: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran) iaitu:

i. Mod Tutorial

ii. Mod Penerokaan

iii. Mod Aplikasi, dan

iv. Mod Komunikasi

1.1.7.1 Mod Tutorial

Dalam mod tutorial, TMK digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran

berdasarkan urutan yang telah ditetapkan dan merangkumi;

i. Pendedahan kandungan (pembelajaran ekspositori)

ii. Tunjuk cara sesuatu fenomena dengan kawalan sistem

iii. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

Page 8: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8

11.1.7.2 Mod Penerokaan

Melalui mod penerokaan, murid dapat menentukan dan mengawal maklumat

yang diterima berbanding mod tutorial yang mana murid hanya menerima bahan

pembelajaran yang ditentukan dan dikawal oleh sistem. Tujuan utama mod

penerokaan bukannya untuk mencari jawapan tetapi memfokus kepada

penglibatan murid dalam membentuk konsep atau kefahaman tentang sesuatu

perkara.

Dalam mod penerokaan, TMK digunakan sebagai medium untuk

i. mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan

sumber seperti CDROM, portal maklumat dan internet

ii. mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah

kawalan murid sendiri

iii. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi

di bawah kawalan sistem

Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk:

Akses kepada sumber yang pelbagai di Internet melalui enjin gelintar

Perisian kursus berkonsepkan pelbagai pilihan, penerokaan dan permainan

berbentuk simulasi

Page 9: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

9

11.1.7.3 Mod Aplikasi

Dalam mod aplikasi, TMK digunakan sebagai medium untuk membantu murid

melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada orang

lain, berbanding mod tutorial dan penerokaan yang mana TMK hanya digunakan

sebagai mekanisma untuk penyaluran maklumat dari sumber kepada murid.

Dengan bantuan perisian aplikasi murid dapat memberi tumpuan kepada aktiviti

pembelajaran yang sebenar.

Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk:

Pemproses kata untuk menghasilkan karangan

Hamparan elektronik untuk memaparkan carta

Editor grafik, editor bunyi, editor movie, perisian persembahan elektronik,

dan editor laman web untuk menyampaikan persembahan

Perisian mereka bentuk berbantukan komputer untuk mencipta reka bentuk

bahan.

11.1.7.4 Mod Komunikasi

Dalam mod komunikasi, TMK digunakan sebagai medium perhubungan oleh

guru dan murid di lokasi yang berbeza menghantar dan menerima maklumat

antara mereka. Perkongsian maklumat boleh berlaku melalui bentuk teks, grafik,

audio, video atau pelbagai kombinasi.

Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod komunikasi termasuk:

Chat

Email

Audio conference

Video conference

Pembinaan laman web untuk akses melalui internet

Page 10: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

10

11.1.8 Mod Pelaksanaan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah menjelaskan terdapat tiga mod bagaimana

TMK dapat digunakan oleh guru dan murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011:

Buku panduan teknologi maklumat dan komunikasi merentas kurikulum) iaitu:

11.1.8.1 Mod Guru dan Murid bersama-sama

Guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran interaktif di makmal

komputer sekolah. Semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,

guru boleh menggunakan komputer riba, perisian kursus dan projektor LCD.

Guru boleh meminta murid untuk mencuba aktiviti yang disediakan di dalam

komputer riba guru. Guru juga boleh memuat turun bahan dari laman web lebih

awal dan menggunakan laman tersebut semasa pengajaran.

.

11.1.8.2 Mod Guru sahaja

Guru mengajar dengan bantuan perisian pengajaran dan pembelajaran dan

modul pengajaran yang mana guru telah menyediakan bahan tersebut sebelum

masuk ke kelas.

11.1.8.3 Mod Murid sahaja

Dengan menggunakan perisian kursus yang bersifat interaktif dan berpandukan

kepada modul pembelajaran, murid boleh melaksanakan aktiviti pembelajaran

menggunakan komputer tanpa bantuan guru. Dalam situasi ini, guru bertindak

sebagai fasilitator kepada pembelajaran murid .

Page 11: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

11

Latihan

Muat turun Buku Panduan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari laman web Bahagian Pembangunan

Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

(http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/) . Baca dengan teliti kelebihan dan

kelemahan setiap mod penggunaan TMK yang dicadangkan. Pilih satu standard

kandungan dalam dokumen standard mata pelajaran yang anda ajar. Sediakan satu

rancangan mengajar bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

dengan menggunakan salah satu mod penggunaan TMK yang dicadangkan.

11.2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Pemprosesan perkataan bermaksud penggunaan aplikasi komputer bagi tugas menaip,

membina, mengolah, membentuk teks, menyimpan, menyunting dan mencetak sesuatu

dokumen. Pemprosesan perkataan juga merupakan aplikasi komputer bagi

mewujudkan satu fail dokumen, menyimpannya secara elektronik, mempamerkan di

skrin, mengeditnya melalui arahan dan aksara dari papan kekunci dan mencetaknya

dengan menggunakan pencetak. Aplikasi pemprosesan perkataan juga membolehkan

pengguna menyelitkan perkataan atau perenggan dalam sesuatu dokumen atau ke

dokumen lain.

Aplikasi pemprosesan perkataan boleh menyokong kebanyakan tugas berkaitan

dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya dibuat dengan mesin taip

atau dengan tangan. Aplikasi ini memberikan ruang dan peluang untuk para pendidik

mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 12: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

12

Antara aplikasi pemprosesan perkataan termasuklah Microsoft Word dari Microsoft

Corporation, Word Perfect, Word Star, Chiwriter, , Kingsoft Office Writer, Atlantis Word

Processor dan aplikasi lain berasaskan windows, manakala iWork berasaskan

Macintosh serta OpenOffice, AbiWord, EZ Word berasaskan perisian terbuka (Open

Source).

Rajah 11.1.1: Pelbagai Aplikasi Pemprosesan Perkataan

11.2.1 Ciri-ciri aplikasi pemprosesan perkataan

i. Insert text (selit teks) – membolehkan anda menyelit teks di mana-mana

dokumen anda

ii. Delete text (memadam teks) – membolehkan anda memadam perkataan, teks,

baris dan paragraph dengan mudahnya.

iii. Cut and paste (mencantas dan memindahkan teks) – membolehkan anda

mencantas perkataan atau perenggan daripada satu tempat dan memindahkan

ke tempat lain.

Page 13: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

13

iv. Copy (menyalin) - membolehkan anda menyalin perkataaan, teks atau

perenggan yang diperlukan.

v. Save (menyimpan) – setelah menghasilkan sesuatu dokumen, boleh disimpan

dan diedit semula.

vi. Font (fon) – anda boleh menukar fon teks anda

vii. Page size and margins (halaman dan margin) – anda boleh menetapkan saiz

halaman, supaya aplikasi pemprosesan perkataan akan disesuaikan secara

automatik.

viii. Search and replace (dicari dan diganti) – membolehkan anda mengarah

pemproses perkataan untuk mencari perkataan atau ayat dan anda juga boleh

menggantikan perkataan atau ayat tersebut dengan perkataan lain dalam teks

anda.

ix. Word wrap (menyusun baris) – aplikasi pemprosesan perkataan secara

automatik akan bergerak ke baris seterusnya selepas baris telah dipenuhi, juga

akan menyusun menyusun teks tersebut.

x. Print (cetak) – membolehkan anda menghantar dokumen anda untuk dicetak.

xi. Font specifications (spesifikasi fon) – aplikasi pemprosesan perkataan

membolehkan anda menukar fon serta ciri fon seperti italic, bold, saiz, warna dan

shadow.

xii. Graphics (grafik) – membolehkan anda menyisipkan gambar dan carta dalam

dokumen anda.

Page 14: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

14

xiii. Spell check (semak ejaan) – satu kemudahan untuk menyemak ejaan yang

diragui oleh perisian.

xiv. Thesaurus (tesaurus) – satu kemudahan aplikasi pemprosesan perkataan yang

membolehkan anda mencari makna perkataan dokumen anda.

xv. Header, footer and pagination – aplikasi pemprosesan boleh meletak teks secara

automatik di atas lembaran (header) atau di bawah (footer) serta penomboran.

xvi. Table (jadual) – membolehkan anda menyisip jadual untuk menyokong

penyusunan data anda dalam baris dan lajur.

Ciri-ciri di atas adalah sebahagian dari keupayaan aplikasi pemprosesan perkataan.

Guru boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat bahan edaran, lembaran kerja,

ujian dan latihan, membantu guru meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran.

11.1.2 Impak Integrasi Aplikasi Pemprosesan Perkataan dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Seseorang guru boleh menggunakan aplikasi pemprosesan perkataaan untuk

menyokong peranannya dalam aktiviti dan hal-hal berkaitan dengan pengurusan

pengajaraan dan pembelajaran. Berikut adalah beberapa kelebihan menggunakan

pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pembelajaran:

i. Menjimatkan masa – aplikasi pemprosesan perkataan membantu guru mengurus

masa lebih efisien dalam penyediaan pengajaran, terutamanya mengubah suai

teks (bahan) berulang kali, tidak perlu membina teks baharu, membuat

pembetulan dan penyemakan dengan lebih cepat dan cekap.

Page 15: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

15

ii. Hasil kerja lebih kemas dan menarik – bahan pengajaran yang disediakan

dengan pemprosesan perkataan lebih tersusun, kemas, dan menarik, nescaya

lebih mudah difahami.

iii. Perkongsian maklumat – guru dapat berkongsi rancangan pengajaran, bahan

bacaan, jadual, teks, template soalan dan pelbagai lagi bahan pengajaran.

Rakan boleh menyalin, mengubah suai, menambah baik bahan pemprosesan

perkataan untuk diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

iv. Menyokong pengurusan pengajaran dan pembelajaran – penggunaan aplikasi

pemprosesan perkataan boleh membantu guru dalam pengajaran dan

pembelajaran, terutama penyediaan bahan pengajaran seperti nota edaran,

lembaran kerja, kertas ujian dan bahan sokongan pengajaran lain seperti

rancangan pengajaran harian, laporan, dan bulletin.

v. Mengukuhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran – murid boleh dirangsang

untuk menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan dalam kebanyakan tugas

penulisan untuk apa-apa juga mata pelajaran yang sebelum ini ditulis dengan

tangan. Murid akan lebih bermotivasi untuk melaksanakan tugas sekiranya hasil

yang diperoleh oleh mereka lebih kemas dan menarik serta menjimatkan masa.

vi. Menyokong proses penulisan – murid boleh menggunakan aplikasi pemprosesan

perkataan untuk menulis, mengedit, ilustrasi cerita, menghasilkan bahan

pembentangan bagi tajuk yang dipelajari dan membuat nota sebagai rujukan.

Murid boleh dirangsang untuk mencetuskan idea dalam penulisan kreatif dengan

menggunakan pelbagai fon, warna, reka letak, sisipan gambar dan pelbagai

grafik.

vii. Mengukuhkan kemahiran berbahasa – murid boleh belajar bahasa melalui

pelbagai fitur aplikasi pemprosesan perkataan termasuk spell check, grammar

checker dan thesaurus.

Page 16: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

16

AMALI

Dengan menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan pilihan anda,

sediakan satu nota edaran yang sesuai untuk menarik minat murid

mempelajari satu standard pembelajan mata pelajaran yang anda ajar.

Sediakan juga satu lembaran kerja yang bersesuaian bagi menilai

pencapaian murid.

Hasilan kerja perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

i. Kandungan pembelajaran yang selaras dengan satu

standard pembelajaran

ii. Tema : Lestari alam sekitar

iii. Menggunakan font dan graik yang pelbagai dengan olahan yang

kemas dan menarik

11.3 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Pengenalan

Persembahan elektronik merupakan aplikasi komputer yang dapat menyampaikan

maklumat berbentuk teks dan visual yang dapat diintegrasikan dengan elemen

multimedia yang lain seperti audio, video, animasi. Ia biasanya memaparkan maklumat

dalam bentuk persembahan paparan. Ia juga berupaya mengadakan pautan (hyperlink)

dengan sumber maklumat di luar seperti imej, dokumen, hamparan elektronik, video,

audio, laman web dan sebagainya. Keistimewaan aplikasi ini dapat mengayakan lagi

sumber rujukan penontonnya bagi memperolehi maklumat lanjut mengenai sesuai topik

ataupun konsep yang dihuraikan oleh penyampai.

Menurut Gregory (2012), persembahan eletronik merupakan “A computer-generated

program capable of communication text, drawings, photos, video, and audio.”

Contoh aplikasi persembahan elektronik yang biasa digunakan termasuklah Microsoft

PowerPoint, Harvard Graphics, Open Office Impress dan Kingsoft Presentation.

Page 17: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

17

Persembahan elektronik digunakan dalam perniagaan, bidang perubatan, pendidikan

dan pelbagai bidang yang lain untuk tujuan tunjukcara, membuat penerangan,

mencerakin fakta, membentangkan laporan, menyampaikan mesej, perkongsian idea

dan lain-lain lagi.

11.3.1 Ciri-ciri persembahan elektronik

Kebanyakan aplikasi persembahan elektronik mempunyai fitur-fitur asas yang

membolehkan penyampai memasukkan elemen teks, grafik, audio, video dan pelbagai

kesan khas bagi menghidupkan lagi persembahan tersebut dan menarik perhatian

penontonnya kepada idea utamanya. Answer.com (2012) telah menyenaraikan

beberapa fitur asas persembahan elektronik seperti berikut:

i. Fitur pemprosesan perkataan yang membenarkan penggunanya memasukkan dan

mengubah format teks.

Rajah 11.3.1: Contoh fitur-fitur memasukkan dan mengedit teks yang terdapat

pada aplikasi persembahan elektronik Microsoft PowerPoint.

Page 18: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

18

ii. Kemudahan untuk memasukkan dan membuat penyuntingan imej grafik, serta

mewujudkan kesan animasi.

Rajah 11.3.2: Contoh fitur-fitur penyuntingan grafik yang tersedia untuk aplikasi

persembahan elektronik Microsoft PowerPoint.

iii. Sistem persembahan paparan berasaskan slaid (slide show engine) yang dapat

memaparkan paparan mengikut turutan slaid, isi kandungan dan olahan yang terpilih.

Aplilasi persembahan elektronik juga menyediakan kemudahan pratonton (preview)

kesan-kesan animasi tersebut sebelum anda membuat pemilihan terakhir.

Rajah 11.3.3: Contoh fitur-fitur untuk menonton persembahan yang disediakan

dalam aplikasi hamparan elektronik Microsoft PowerPoint 2010

Page 19: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

19

iv. Sistem pengurusan susun letak (layout) yang membenarkan anda memilih templat

yang telah ditetapkan dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa.

Rajah 11.3.4: Contoh templat susun letak yang terdapat dalam sistem

pengurusan susun letak paparan aplikasi Microsoft PowerPoint 2010.

Fikirkan

Berdasarkan pengalaman anda menggunakan aplikasi

persembahan elektronik, apakah fitur-fitur yang terdapat pada

sesebuah aplikasi persembahan elektronik selain daripada fitur yang

tersebut di atas? Bagaimanakah anda menarik perhatian murid

ataupun penonton lain kepada persembahan elektronik yang anda

gunakan?

Page 20: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

20

11.3.2 Kriteria persembahan elektronik yang baik

Persembahan elektronik yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. Aplikasi prinsip reka bentuk grafik membantu penyediaan persembahan eklektronik

yang mudah dibaca dan mempunyai nilai estetik. Antara prinsip-prinsip reka bentuk

grafik tersebut termasuk:

a. Prinsip Mudah (Simplicity)

Menggunakan latar belakang yang mudah, supaya penonton tidak tertarik

kepada latar belakang yang berwarna-warni ataupun yang lebih kompleks.

(Smaldino et al., 2012; Jones, 2005)

A B C

Rajah 11.3.5: Aplikasi Prinsip Mudah

b. Prinsip Kontras

Warna latar paparan perlu menyebabkan mesej utama kelihatan lebih menonjol

(Jones, 2005; Smaldino, 2012). Penggunaan latar belakang berwarna gelap dan

teks yang berwarna cerah juga akan menghasilkan kesan kontras yang baik

(Clark, 2004).

1 Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras

2 Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras

Rajah 11.3.6: Aplikasi Prinsip Kontras

Page 21: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

21

Pada Rajah 11.3.6 di atas, baris 1 merupakan kombinasi warna latar belakang

dan teks yang kontras manakala baris 2 merupakan kombinasi warna yang perlu

dielakkan.

c. Prinsip Penegasan (Dominant)

Menggunakan saiz fon ataupun objek yang lebih besar, penggunaan warna

yang kontras bagi menonjolkan subjek ataupun idea utama.

A B

Rajah 11.3.7: Aplikasi Prinsip Penegasan

Pada Rajah 11.3.7 di atas, penggunaan saiz fon yang besar dan warna yang

kontras dalam paparan A lebih berkesan dalam menarik perhatian penonton

terhadap idea utama sekiranya dibandingkan dengan paparan B.

Page 22: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

22

d. Gunakan banyak ruang kosong (white space) di keliling subjek ataupun

idea utama supaya ia dapat menarik perhatian penontonnya.

A B

Rajah 11.3.8: Aplikasi Penggunaan Ruang

Dalam Rajah 11.3.8 di atas, paparan A yang padat dengan teks dengan

paparan B yang banyak kosong. Reka bentuk paparan B memudahkan

penontonnya membaca dan memahami teksnya.

e. Setiap paparan fokus kepada satu konsep sahaja.

A B

Rajah 11.3.9: Perbandingan paparan dari segi muatan konsep:

Dalam Rajah 11.3.9 di atas, Paparan A mengandungi beberapa konsep

manakala B mengandungi satu konsep sahaja. Yang manakah lebih senang

difahami dan dihayati?

Page 23: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

23

ii. Menggunakan mesej anda dengan tepat dan seringkas yang mungkin (Smaldino,

2012; Microsoft, 2012; Markowitz, 2011; Mayer 1998).

A B

Rajah 11.3.10: Mesej yang ringkas dalam bentuk kata kunci (B)

lebih mudah dibaca dan difahami daripada penggunaan ayat

yang panjang lebar (A).

Peraturan 6X6 (Rule of Six) merupakan panduan penyediaan paparan yang

mencadangkan supaya menggunakan teks berbulet yang ringkas bagi

memudahkan pemerolehan maklumat yang optimum. Peraturan ini

mengesyorkan penggunaan teks berbulet pada setiap paparan dimuatkan tidak

melebihi enam baris manakala pada setiap baris pula mengandungi tidak

melebihi enam perkataan (Clark, 2004).

iii. Mengemukakan idea ataupun penerangan mengikut turutan yang logikal. Amalkan

prinsip dari yang mudah ke yang kompleks, dari yang diketahui kepada yang belum

diketahui, daripada yang konkrit kepada yang abstrak, dll. aMenggunakan visual untuk

mewakili konsep yang abstrak ataupun apabila paparan teks dan angka mungkin

kelihatan kompleks dan mengelirukan.

Page 24: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

24

A B

Rajah 11.3.11: Perbandingan paparan berbentuk teks sahaja

dengan paparan berbentuk imej.

Merujuk kepada Rajah 11.3.11 di atas, visual berbentuk gambar rajah dan imej

(B) dapat menerangkan sesuatu konsep ataupun proses dengan lebih baik

daripada menggunakan teks sahaja (A).

iv. Mengintegrasikan elemen multimedia ataupun rangsangan multisensori dalam

penyampaian anda. Menurut Mayer (1998; 1999) dalam teori pembelajaran

multimedianya, telah menyarankan prinsip-prinsip berikut yang boleh dijadi garis

panduan penyediaan bahan pembelajaran multimedia:

a. Prinsip multimedia (Multimedia representation principle): Lebih baik

membuat penerangan dengan kombinasi teks dan imej daripada

menggunakan teks sahaja.

b. Prinsip gabungan ataupun bersebelahan (Spatial Contiguity Principle): Kesan

pembelajaran yang melibatkan gabungan teks dan imej yang berdekatan

adalah lebih baik daripada dibuat secara berasingan.

c. Prinsip penumpuan perhatian melalui saluran deria penglihatan (Visual Split-

Attention Principle) mencadangkan agar penerangan dibuat secara lisan bagi

menggantikan penggunaan teks yang panjang lebar yang dipapparkan

melalui skrin.

Page 25: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

25

d. Prinsip saiz maklumat yang minimum (Chunking principle): Gunakan teks dan

gambar yang minimum.

e. Prinsip koheren (Coheren principle): Elakkan penggunaan isitilah ataupun

perkataan yang tidak releven.

f. Prinsip penumpuan perhatian melalui deria auditori (Auditory Split-Attention

Principle): Semasa membuat penerangan secara verbal bersama animasi

(elemen visual), elakan penggunaan muzik latar dan kesan bunyi yang

berlebihan supaya murid dapat menghubungkaitkan animasi dengan huraian

yang dipersembahkan.

v. Membuat penerangan, memperkenalkan konsep dan idea secara progresif.

vi. Mengelakkan penggunaan kesan animasi yang berlebihan (Smaldino, 2012; Clark,

2004).

(A) (B)

Bandingkan cara memuatkan kesemua langkah dalam sebuah paparan

(A) dengan olahan di mana setiap langkah didedahkan secara langkah

demi langkah (B). Yang manakah lebih membantu murid untuk

menguasai konsep? Apakah justifikasi bagi jawapan anda?

Page 26: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

26

Bacaan Lanjutan

Baca rujukan yang dinyatakan di bawah untuk mendapatkan penerangan lanjut

tentang aplikasi persembahan elektronik.

Mayer, Richard. (1999). Multimedia aids to problem-solving transfer. Dalam

International Journal of Educational Research 31 (1999). 611-623. Melalui URL=

http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.58.6023&rep=rep1&type=pdf.

11.3.3 Prinsip penghasilan persembahan elektronik

Fikirkan

Persembahan elektronik merupakan media pengajaran yang popular dalam kalangan

guru. Ia dapat dihasilkan dengan cepat dengan adanya kemudahan mencapai sumber

maklumat elektronik daripada ebook, aritkel yang dilayari melalui laman web, elemen

multimedia berbentuk digital yang boleh dihasilkan melalui pelbagai peralatan elektrik

dan elektronik. Namun, penghasilan persembahan elektronik yang bermutu semestinya

produk yang dihasilkan melalui perancangan dan persediaan yang rapi.

Aplikasi Model ADDIE dalam pembangunan media pengajaran dan penggunaan Model

ASSURE semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah adalah penting bagi memastikan kejayaan penyaluran maklumat dan perubahan

tingkah laku dalam kalangan murid-murid. Namun perlu diingat bahawa setiap media

Bagaimakah anda mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi, khususnya aplikasi persembahan elektronik dalam

pengajaran dan pembelajaran? Apakah pendekatan persembahan

elektronik yang boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu

idea, konsep, kemahiran ataupun nilai murni yang tertentu dalam

pengajaran dan pembelajaran suatu topik satu mata pelajaran yang

anda ajar?

Page 27: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

27

pengajaran yang dihasilkan adalah memenuhi keperluan kumpulan sasaran yang

tertentu. Oleh itu jika media pengajaran yang sama hendak digunakan kepada

kumpulan sasaran yang lain, media tersebut perlu diubahsuai mengikut kebolehan,

minat dan kecenderungan kumpulan sasaran berkenaan.

Langkah-langkah perancangan, penghasilan dan penggunaan persembahan elektronik

boleh diterangkan secara ringkas seperti yang berikut:

1. Analisis Keperluan mengenai keperluan sukatan pelajaran dari segi skop isi

kandungan, hasil pembelajaran, objektif pembelajaran, keperluan dan kebolehan

murid.

2. Reka bentuk persembahan elektronik dalam menetapkan pendekatan, papan

cerita, fitur-fitur yang boleh menarik perhatian dan meningkatkan penangkapan

konsep, aktiviti pembelajaran sehubungan itu dan lain-lain lagi.

3. Pengumpulan bahan, media (ataupun aplikasi yang bersesuaian) dan

membuat kajian literatur mengenai topik yang dikaji.

4. Pemilihan bahan, media, pendekatan dan kaedah yang bersesuai dengan

topik kajian dan kumpulan sasaran anda.

5. Menghasilkan persembahan elektronik dengan mematuhi prinsip-prinsip reka

bentuk grafik dan reka bentuk mesej supaya penyampaian mesej pendidikan

berjaya menarik perhatian murid dan membantu mereka menyimpannya dalam

ingatan jangka panjang dan mengundur kembali maklumat tersebut dengan

cekap.

6. Prebiu ataupun pratonton hasil anda. Anda perlu memastikan ketepatan fakta

dan laras bahasanya bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada serta

keupayaan murid anda. Raptai bagi memastikan penggunaan media itu lancar.

Page 28: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

28

7. Menggunakan persembahan elektronik dengan mengamalkan Model

ASSURE dan melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran.

8. Mengadakan penilaian dan penyemakan bagai membuat penambahbaikan.

Perbincangan

Bincangkan keberkesanan penggunaan persembahan elektronik jika

dibandingkan dengan penggunaan alat-alat maujud dalam proses

penyampaian idea, konsep dan kemahiran tertentu?

Setujukah anda bahawa persembahan elektronik ini jauh lebih

berkesan daripada media tayang seperti video dan filem? Apakah

hujah-hujah yang menyokong jawapan anda?

Mungkinkah persembahan elektronik dijadikan sebagai media

pembelajaran yang boleh digunakan oleh murid anda tanpa

kehadiran guru? Apakah hujah-hujah yang menyokong jawapan

anda?

Amali

Dengan menggunakan aplikasi persembahan elektronik pilihan

anda, hasilkan satu persembahan bagi membolehkan anda

menyampaikan kandungan pembelajaran berkaitan satu standard

pembelajaran mata pelajaran yang anda ajar. Persembahan yang

dihasilkan perlu merangkumi pelbagai fitur, elemen dan ciri tentang

reka bentuk dan pembangunan persembahan elektronik yang

dibincangkan dalam tajuk ini.

Page 29: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

29

11.4 HAMPARAN ELEKTRONIK

Hamparan elektronik merupakan aplikasi komputer yang berfungsi mengurus maklumat

dalam grid yang terdiri dari sel-sel yang terbentuk dari lajur dan baris. Pengguna

memasukkan data ke dalam sel-sel dan memproses data tersebut menggunakan

pelbagai fitur yang ada pada aplikasi hamparan elektronik (ehow.com 2012).

Ciri-Ciri Asas Hamparan Elektronik:

i. Mengurus maklumat dalam lajur dan baris

ii. Menyediakan platform untuk pengguna memasukkan data

iii. Membenarkan pengguna melakukan perkiraan matematik seperti tambah dan

tolak serta rumus matematik ke atas data

iv. Membenarkan pengguna menggunakan fungsi matematik seperti ke atas

data

v. Membenarkan penyalinan olahan matematik dan

vi. Membenarkan perkiraan semula secara automatik apabila pengguna

mengubah data

vii. Menyediakan keupayaan melakukan mempersembahkan data dalam bentuk

carta dan graf

Kelebihan Hamparan Elektronik Berbanding Hamparan Manual:

i. Kesilapan kemasukan data atau rumus dapat dikesan dan diperbetulkan dengan

mudah menggunakan fitur edit

ii. Membolehkan pengguna sampai ke jawapan tanpa perlu menaip rumus dan

fungsi matematik yang kompleks hasil mempunyai rumus dan fungsi matematik

yang siap bina dalamnya bagi melakukan rumus dan fungsi matematik ke atas

data secara automatik.

iii. Menjimatkan masa dan memudahkan kerja hasil keupayaan memproses data

pada beberapa hamparan secara serentak

iv. Mempersembahkan data dalam bentuk yang kemas dan menarik hasil

mempunyai keupayaan automatic formating

Page 30: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

30

v. Membolehkan interpretasi data dibuat dengan lebih mudah hasil mempunyai

keupayaan bagi membina graf

vi. Menyediakan satu kaedah menjejak dan menyampaikan maklumat dalam bentuk

yang terurus.

vii. Menjimatkan masa melakukan perkiraan dan fungsi matematik sekiranya perlu

melakukan perkiraan semula.

viii. Capaian semula data adalah cepat dan mudah kerana data disimpan dalam

bentuk fail digital.

ix. Data dan maklumat boleh dikongsi dengan mudah dan cepat menggunakan

internet hasil sifat storan yang berbentuk fail digital.

x. Fail storan boleh dikunci menggunakan password bagi mengelakkan data diubah

tanpa kebenaran.

Contoh aplikasi hamparan elektronik:

Microsoft Excel

Apple VisiCalc

Kingsoft Spreadsheets

OpenOffice Calc

LibreOffice Calc Corel

Quattro Pro

Amali

Dengan menggunakan satu aplikasi hamparan elektronik pilihan

anda, hasilkan satu carta yang sesuai bagi menunjukkan komposisi

media yang ada dalam koleksi pusat sumber sekolah anda.

Page 31: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

31

11.5 PANGKALAN DATA

Pangkalan data merupakan satu koleksi data yang disusun supaya mudah

diakses, diurus, dan dikemas kini

(http://searchsqlserver.techtarget.com/definition/database). Dalam suatu

pangkalan data, data disusun secara berstruktur dalam jadual-jadual yang

mempunyai medan-medan yang berkaitan dengan sifat data yang hendak

disimpan. Aplikasi pangkalan data merupakan perisian komputer yang

digunakan oleh pengguna untuk menyimpan, mengurus, mengubah suai dan

mencapai kembali data apabila perlu (techterms.com 20012b)

11.5.1 Ciri-Ciri Asas Aplikasi Pangkalan Data

i. Terbentuk dari jadual atau beberapa jadual yang boleh dihubungkan

antara satu sama lain. Setiap jadual mempunyai medan untuk

dimasukkan data.

ii. Menyimpan data dalam medan pada jadual. Satu medan boleh

menyimpan satu data dan keseluruhan data tentang satu objek atau

perkara dikenali sebagai rekod.

iii. Membenarkan pengguna menyimpan, mengedit dan mencapai kembali

data yang disimpan.

11.5.2 Kegunaan Pangakalan Data Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

i. Data tentang murid boleh disimpan dan diurus dengan teratur menjadikan

proses menguruskan maklumat murid cekap dan tepat.

ii. Capaian kembali maklumat boleh dibuat menggunakan kata kunci dan

rekod murid dipapar secara automatik. Maklumat murid boleh disaring

dan dirumus secara automatik. Dengan itu guru dapat menjimatkan masa

berbanding cara lama menyimpan maklumat murid menggunakan kertas

dan fail.

iii. Boleh digunakan untuk tempat menyimpan soalan-soalan ujian yang

mana jika koleksi soalan adalah besar, guru berpeluang mencapai

kembali soalan-soalan yang relevan melalui proses saringan

Page 32: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

32

iv. Guru boleh menggunakan pangkalan data untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran misalnya dengan menggalakkan pemikiran aras tinggi hasil

meminta murid mengkaji pelaporan yang dikeluarkan hasil saringan data

dari pangakalan data

Contoh aplikasi pangkalan data

Microsoft Access

MySQL

Oracle

Perbincangan

Teroka dan bincangkan ciri-ciri utama beberapa aplikasi pangkalan

data.

Amali

Dengan menggunakan satu aplikasi pangkalan data pilihan anda,

hasilkan satu bank soalan (question bank) bagi mata pelajaran yang

anda ajar. Soalan-soalan yang terkumpul dalam bank soalan perlu

terdiri daripada soalan-soalan yang sesuai dijadikan pilihan

apabila hendak menjalankan ujian kepada murid-murid yang anda

ajar

Page 33: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

33

11.6 PENGGUNAAN PERISIAN DAN ALAT PENGARANGAN

Pengarangan membawa pengertian satu ciptaan atau hasil kreativiti minda

seseorang dalam proses yang mengabungkan teks, grafik, animasi, audio dan

video untuk mencipta suatu aplikasi Multimedia. Aplikasi pengarangan atau lebih

dikenali sebagai alat pengarangan merupakan aplikasi komputer yang

membolehkan aplikasi multimedia dicipta dengan menggabungkan pelbagai

media digital termasuk bunyi, pergerakan, grafik, audio, video dan teks ke dalam

sesuatu aplikasi.

Dalam konteks pendidikan, alat pengarangan merujuk kepada perisian yang

digunakan untuk membangunkan perisian kursus untuk tujuan e-pembelajaran.

Kebanyakan perisian tersebut membolehkan guru mengintegrasikan pelbagai

media dalam pembangunan perisian kursus yang mendorong penglibatan dan

interaktiviti murid (Lectora.com 2012).

Jenis Alat Pengarangan CONTOH PERISIAN

Berasaskan Ikon

1. Elemen multimedia dan arahan

interaktif diurus sebagai objek-

objek pada kerangka berstruktur

atau kerangka process

2. Menunjukkan carta alir tentang

aktiviti yang berlaku pada cabang-

cabang kerangka

AUTHORWARE

Berasaskan Garis Masa

1. Elemen multimedia dan peristiwa

(event) diurus pada satu garis

masa

DIRECTOR

Page 34: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

34

Jenis Alat Pengarangan CONTOH PERISIAN

2. Peristiwa yang berlaku adalah

berasaskan masa

3. Kelajuan peristiwa boleh dikawal

4. Penzahiran elemen boleh

dilakukan pada masa atau mana-

mana tempat pada garis masa

5. Boleh dipautkan ke mana-mana

bahagian pada garis masa

Berasaskan Halaman Atau Kad

1. Elemen diurus sebagai halaman-

halaman sebuah buku atau

sebagai sekumpulan kad

2. Halaman disusun seperti halaman-

halaman sebuah buku

3. Pautan ke halaman/kad ke

halaman/dan adalah secara

jujukan

4. Boleh dipautkan ke mana-mana

halaman/kad lain berdasarkan

arahan interaktif

TOOLBOOK

(berasaskan halaman)

HYPERSTUDIO

(berasaskan kad)

Page 35: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

35

Jenis Alat Pengarangan CONTOH PERISIAN

Jadual 11.6.1: Jenis-Jenis Alat Pengarangan

Fikirkan

Apakah contoh perisian lain yang boleh dikategorikan sebagai alat

pengarang?

Ciri Umum Alat Pengarangan

i. Mengedit dan mengurus

mencipta, mengedit dan menukar format element multi media

mengurus dan mereka bentuk berdasarkan papan cerita dan carta

alir

ii. Pengaturcaraan

Menggunakan bahasa pengaturcaraan yang tinggi tapi mudah

kerana berbentuk visual

iii. Interaktif

Pengaturcaraan yang komplek menjadi mudah kerana

menggunakan konsep pengaturcaraan berstruktur yang

menggunakan arahan IF-THEN dan GO TO menjadikan pengguna

berupaya mengawal aliran maklumat dan kandungan

iv. Memain semula dan memperkemas produk

Pembangunan boleh dilakukan mengikut segmen dan setiap

segmen boleh dibina dan diuji secara berasingan

Page 36: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

36

Waktu satu-satu elemen dilaksanakan boleh ditetapkan dengan

rapi dan tepat

v. penyampaian merentas pelbagai platform dan internet

produk boleh bergerak sendiri (standalone)

produk boleh merentas pelbagai platform

produk boleh ditukar format untuk dimainkanpada platform internet

11.7 Penghasilan Pakej Multimedia Pembelajaran

Definisi Multimedia

Multimedia merupakan pengintegrasian pelbagai bentuk media. Ini termasuk

teks, grafik, audio, video dan animasi. Sebagai contohnya sebuah persembahan

yang merangkumi audio dan video dikatakan sebagai persembahan multimedia.

Perisian pendidikan yang merangkumi animasi, audio dan teks dikatakan

sebagai perisian multimedia. Kebanyakan bentuk multimedia memerlukan

banyak ruang dalam cakera storan (techterms.com 20012a)

Dalam konteks TMK bahan multimedia selain merupakan integrasi pelbagai

elemen termasuk teks, grafik (termasuk imej), audio, video dan animasi,

merupakan subset kepada hipermedia. Hipermedia mencantumkan elemen-

elemen multimedia dengan hipertext (dikenali juga sebagai hiperlink) yang

menjadi pautan antara elemen-elemen tersebut (Microsoft Press 1994).

Dalam konteks pendidikan sebuah pakej multimedia adalah satu pakej

pembelajaran yang menggabungkan strategi pembelajaran dengan kandungan

pembelajaran yang dipersembahkan menggunakan pelbagai elemen multimedia

bagi membolehkan objektif pembelajaran dicapai oleh murid.

Page 37: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

37

Latihan

Pilih satu unit pengajaran satu tajuk mata pelajaran sekolah

rendah. Sediakan Papan cerita bagi pembangunkan pakej

multimedia pembelajaran bagi satu standard pembelajaran

mata pelajaran yang anda ajar.

11.8 Penggunaan Media Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Media Interaktif

Media Interaktif ialah integrasi pelbagai media termasuk teks, grafik, imej, audio,

dan video dalam suasana berstruktur supaya pengguna dapat berinteraksi untuk

tujuan tertentu. Media interaktif biasanya memerlukan kawalan, input, respon

aktif pengguna. Kebanyakan media interaktif masa kini menggunakan teknologi

digital. Contoh bentuk media interaktif ialah seperti laman web, perakam video

digital (DVR), permainan komputer, forum atas talian, E-Mail dan rangkaian

sosial (Social network).

Multimedia Interaktif

Apabila pengguna berupaya mengawal elemen-elemen dalam pakej multimedia

dari segi jenis, masa dan cara ia menjadi multimedia interaktif. Penggunaan

khusus multimedia interaktif ialah untuk;

Latihtubi dan latihan untuk menguasai kemahiran asas

Perkembangan kemahiran menulis

Penyelesaian masalah

Pemahaman konsep-konsep matematik dan sains

Simulasi dalam sains dan matematik

manipulasi data

Page 38: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

38

menguasai kemahiran komputer

akses dan komunikasi

akses guru dan murid dari jarak jauh

pembelajaran koperatif dan perseorangan

pengurusan dan pentadbiran aktiviti di bilik darjah.

Fikirkan

Sejauh manakah pakej multimedia interaktif penting bagi murid dan

guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Penghasilan Pakej Multimedia Pembelajaran Interaktif

Pembinaan Multimedia Interaktif melibatkan satu proses yang sistematik dan

teliti. Terdapat banyak model proses yang digunakan dalam projek pimbinaan

multimedia Interaktif. Model ADDIE merupakan model yang popular digunakan

dalam rekabentuk pengajaran. Dalam konteks pembinaan pakej multimedia

interaktif pendidikan, model ini adalah amat sesuai digunakan. Model ini

merangkumi fasa seperti berikut;

i. Analisis (Analysis)

ii. Rekabentuk (Design)

iii. Pembangunan (Development)

iv. Implimentasi (Implimentation)

v. Penilaian (Evaluation)

Page 39: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

39

PROSES KERJA

A - Peringkat Analisis (Analysis):

i. Analisis murid anda (buat andaian bagaimana keadaan murid anda);

ii. Sikap, pengetahuan sedia ada, kemahiran, dan juga gaya

pembelajarannya.

iii. Buat analisis sukatan, tajuk atau subtajuk bagi bahan P&P yang akan

dibina.

iv. Kaji struktur konsep tajuk tersebut

v. Firkirkan yang mana dahulu perlu dikuasai oleh murid

vi. Fikirkan bahan sokongan yang perlu?

vii. Fikirkan bahan-bahan (media) yang boleh dibina atau dicari berdasarkan

konten utama dan bahan sokongan

viii. Tentukan hasil pembelajaran bagi tajuk tersebut Selari dengan kurikulum

dan berdasarkan apa yang boleh dilakukan oleh murid serta hasil

pembelajaran

ix. Fikir dan bincangkan bagaimana pembelajaran tersebut seharusnya akan

berlaku?

x. Fikirkan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang sesuai supayamenghasilkan

pembelajaran yang bermakna, seronok, berkaitan,sesuai dan memenuhi

hasil pembelajaran.

Page 40: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

40

B. Peringkat Rekabentuk (Design)

i. Pertimbangkan aspek reka bentuk Kandungan, Aspek susun/reka

letak(paparan Skrin) dan Antaramuka (Interface)

ii. Bina pelan Navigasi (Navigation)

iii. Bina pelan kisah (story boarding – papan cerita).

iv. Pastikan Juga tahap Interaktiviti yang hendak dimasukkan

C. Peringkat Pembangunan (Development)

i. Cari dan pilih bahan/media yang bersesuaian

ii. Ubahsuai media yang sedia ada jika boleh digunakan.

iii. Bina media sediri jika dirasakan lebih perlu dan sesuai audio; grafik;

animasi; video; dll

iv. Gunakan perisian-perisian penyuntingan Grafik, Audio, Video dan animasi

yang sesuai.

v. Tukarkan semua bahan media ke bentuk digital.

vi. Pilih perisian pengarangan yang sesuai.

vii. Berdasarkan pelan kisah yang telah dibina, mengarang dengan

menggunakan perisian pengarangan yang telah diplih.

viii. Masukan elemen multimedia yang telah ditetapkan

ix. Bina Menu untuk membuat capaian ke tajuk-tajuk, aktiviti,latihan dan

sumber

x. Buat pautan dari tajuk, aktiviti, tugasan, latihan, sumber dan lain-lain; dan

pautan semula ke Menu

D. Peringkat Implimentasi (Implimentation)

i. Jalankan Pakej Multimedia yang telah dibangunkan untuk mencari

kecacatan. Peringkat ujian ini dipanggil „Alfa Testing‟.

ii. Aplikasikan Pakej Multimedia anda kepada murid anda dan betulkan

kekurangan yang timbul. Peringkat ujian ini di panggil sebagai „Beta

testing‟.

Page 41: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

41

E. Peringkat Penilaian (Evaluation)

i. Buat penilaian ke atas keberkesanan media yang telah anda sediakan.

ii. Buat penilaian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran yang telah

anda rancang.

Reka Bentuk Interaktiviti

Menurut Shedroff (1994) , reka bentuk interaktiviti dari segi multimedia

merangkumi enam komponen utama seperti berikut:

i. Maklumbalas (respon prestasi pengguna)

ii. Kawalan (navigasi dan interaktiviti)

iii. Kreativiti (pengguna menghasilkan sesuatu)

iv. Produktiviti (isi kandungan)

v. Komunikasi (komunikasi dengan orang lain)

vi. Mudah disesuaikan

Latihan

Pilih satu koswer pendidikan dan kenalpasti elemen-elemen media

interaktif yang terdapat didalamnya.

Kelebihan penggunaan media interaktif

Penggunaan media interaktif dalam pendidikan membawa banyak kelebihan.

Antaranya ialah:

ia memudahkan pembelajaran berpusatkan murid. Memberikan pilihan

pembelajaran yang banyak serta memperkenalkan banyak bahan baru.

Page 42: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

42

Ia memenuhi kehendak stail pembelajaran yang pelbagai dengan

memberikan banyak pilihan pendekatan pembelajaran.

Ia motivasikan interaksi, eksperimen dan pembelajaran koperatif murid.

Ia membantu dalam proses pembelajaran berasaskan tema.

Ia menggalakkan pembelajaran secara konstruktivisme.

Media interaktif sangat sesuai digunakan dalam situasi pembelajaran yang rumit

seperti berikut.

Bahan atau kandungan yang susah untuk divisualkan contohnya seperti

proses-proses rumit.

Kandungan tiga dimensi yang susah untuk belajar secara visual dengan

menggunakan bahan dua dimensi.

Proses-proses dinamik yang memerlukan kefahaman tentang hubungan

antara objek-objek yang bergerak.

Kandungan yang merangkumi isi yang menyeluruh dimana beberapa idea

perlu digabungkan untuk memahami keseluruhan.

Simulasi proses yang kompleks atau mahal dimana tiada peluang untuk

menggunakan peralatan yang sebenar.

Bacaan

Tambahan

Dengan melayari internet, dapatkan idea-idea tambahan tentang

cara penggunaan media interaktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Page 43: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

43

Amali

Dengan menggunakan satu perisian pengarangan pilihan anda,

hasilkan sebuah persembahan multimedia Interaktif bagi pengajaran

dan pembelajaran satu tajuk mata pelajaran sekolah rendah.

RUMUSAN

Bab ini menerangkan tentang pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran, juga topik-topik berkaitan aplikasi komputer termasuk pemproses

perkataan, persembahan elektronik, hamparan elektronik dan pangkalan data

serta tentang penggunaan aplikasi alat pengarangan. Turut diterangkan ada

tentang penghasilan pakej multimedia pembelajaran dan penggunaan media

interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

BIBLIOGRAFI:

Answer.com (2012). What are the features of presentation softwares? Akses

pada November 11, 2012 daripada

[http://wiki.answers.com/Q/What_are_the_features_of_presentation_software]

Apple Classrooms of Tomorrow (ACOT) (1995). A report on 10 years of ACOT

research. Cupertino, CA: Apple Computers Inc.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Buku panduan teknologi maklumat

dan komunikasi merentas kurikulum. Malaysia: Bahagian Pembangunan

Kurikulum. Akses pada November 8, 2012 daripada

[web access: http://kssr.bpk.my/dokumen_kurikulum/emk_kemahiran_menaakul]

Bowling Green State University (n.d.). Microsoft PowerPoint 2010 tutorial. Akses

pada Oktober 22, 2012 daripada [

http://www.bgsu.edu/downloads/cio/file85354.pdf]

Page 44: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

44

Clark, Nancy B. (2004). Criteria for professional presentations. Akses pada

November 11, 2012 daripada [http://www.dmu.edu/wp-

content/uploads/2011/02/Criteria-for-Professional-Presentations-with-

PowerPoint.pdf]

Customeguide.com (2011). Microsoft PowerPoint 2010 quick reference

card.Akses pada October 22, 2012 daripada [http://customguide.com/wp-

content/themes/customguide/pdf/qr/powerpoint-quick-reference-2010.pdf]

DfEE. (1998) Teaching: high status, high standards. Requirements for courses of

initial teacher training. Circular 4/98.

ehow.com (2012). What Is an Electronic Spreadsheet? Akses pada November

13, 2012 daripada [http://www.ehow.com/facts_6736821_electronic-

spreadsheet_.html]

Gregory, Hamilton (2012). Public speaking for college and career. 6th ed. Akses

pada 11 November 2012 daripada

[http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072400536/student_view0/glossary.html]

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional

media and technologies for learning. Edisi ke 5. New Jersey: Prentice-Hall.

International Society for Technology in Education (1998). National education

technology standards for students. Eugene, Oregon: ISTE

Jones, David (2005). How to make good presentation. Akses pada November

11, 2012 daripada [http://www.cmos.ca/presentationse.html]

Page 45: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

45

Lectora.com (2012), What is an Authoring Tool? Akses pada November 13, 2012

daripada

[http://lectora.com/resources/authoring-tool/ ]

Markowitz, Eric (2011). How to create a great PowerPoint presentation. Akses

pada November 11, 2012 daripada

[http://www.inc.com/guides/201102/how-to-create-a-great-powerpoint-

presentation.html]

Mayer, Richard (1999). Multimedia aids to problem-solving transfer. dalam

International Journal of Educational Research 31 (1999). 611-623. Akses pada

November 12, 2012 daripada

[http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.58.6023&rep=rep1&ty

pe=pdf]

Mayer, Richard & Moreno, Roxana (1998). A cognitive theory of multimedia

learning: Implications for design principles. Akses pada November 12, 2012

daripada

[http://spnd423.com/SPND%20423%20Readings/A%20Cognitive%20Theory.pdf]

Microsoft (2012). 12 tips for creating better PowerPoint presentations. Akses

pada November 11, 2012 daripada

[http://www.microsoft.com/atwork/skills/presentations.aspx#fbid=ddC-RB9pjwi]

Microsoft Office.com (2012). What is presenter view? Akses pada October 22,

2012 daripada

[http://office.microsoft.com/en-us/powerpoint-help/what-is-presenter-view-

HA010360578.aspx]

Microsoft Press (1994). Computer dictionary. 2nd Edition. Washington: Microsoft

Press

Page 46: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

46

Mohd Jizat Abdol,Abdul Razak Idris dan Jessnor Elmy (2006). Teknologi

pengajaran dan pembelajaran. UTM.

Ngui Kuan Sang (1989). Teknologi Pendidikan: penggunaannya dalam

pengajaran geografi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan

Multimedia.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Shah Alam. Oxford Fajar.

Noriati, A.Rashid (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Percival , H.T., Ellington, H.I. dan Race, P. (1993). Handbook of educational

technology. Edisi ke 3. London: Kogan Page.

Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996).

Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Malaysia: Pusat

Perkembangan Kurikulum . Akses pada November 4, 2012 daripada

[web access: http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf ]

Razali Nor (1995). Teknologi pendidikan: media unjuran dan media elektronik.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Page 47: Pengintegrasian tmk

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

47

Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber: Komponen teknologi

pendidikan.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Shedroff, Nathan (1994). Interaction Design. Akses pada November 13, 2012

daripada [http://www.nathan.com/thoughts/recipe/inter.html]

Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R. & Molenda, M. (2002). Instructional

technology and media for learning. Edisi ke 7. New Jersey: Pearson & Merrill

Prentice-Hall.

Smaldino, S., Russell, J.,Heinnich, R,& Molenda, M. (2005). Instructional

technology and media for learning, edisi ke-8. New York: Pearson Prentice Hall.

Smaldino, Sharon E., Lowther, Deborah L. & Russell, James D. (2012).

Instructional technology and media for learning. Edisi ke 10. Boston: Pearson.

Techtarget.com. SearchSQLserver. Akses pada November 13, 2012 daripada

[http://searchsqlserver.techtarget.com/definition/database]

techterms.com 2012a. The tech terms computer dictionary. Akses pada

November 13, 2012 daripada [http://www.techterms.com/definition/multimedia]

techterms.com 2012b . The tech terms computer Dictionary. Akses pada

November 13, 2012 daripada [http://www.techterms.com/definition/database]

Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala

Lumpur: OUM.