29
TUTORIAL 1 PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

TUTORIAL 1PENGKELASAN SEKTOR

EKONOMI

Page 2: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (a) Takrifkan maksud sektor ekonomi primer. [3]

Sektor primer ialah sektor ekonomi asas yang berhubung terus dengan sumber alam. Sektor pertanian, perikanan penternakan, perhutanan dan perlombongan adalah terletak dalam kategori sektor primer kerana ia melibatkan aktiviti ekonomi di peringkat awal.

Page 3: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (b) Bezakan maksud sektor ekonomi primer dengan sekunder.

[4]i. Sektor primer ialah sektor ekonomi asas yang

berhubung terus dengan sumber alam. la menggunakan sumber alam sebagai produknya. Antaranya seperti sektor pertanian, perikanan. penternakan, perhutanan dan perlombongan

ii. Manakala sektor sekunder ialah sektor ekonomi lanjutan daripada sektor primer. la menggunakan sumber, produk dari sektor primer sebagai bahan mentahnya. la lebih bersifat pemprosesan dan pembuatan. Contohnya industri pemprosesan minyak kelapa sawit dan getah. pemprosesan gas asli dan petroleum, pembuatan produk petrokimia dll.

Page 4: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (c) Mengapakah sumbangan sektor primer kepada KDNK negara pada masa kini semakin berkurangan? [4]

i. Kemerosotan ini disebabkan oleh penyusutan/ kepupusan/ kehabisan sumber-sumber alam yang menjadi asas pengeluarannya. Seperti kepupusan sumber galian bijih timah/ kekurangan stok petroleum atau kepupusan sumber-sumber kayu balak.

ii. Harga pasaran antarabangsa produk sektor primer tidak stabil. Seperti ketidakstabilan harga getah, ancaman lambakan/ stok penimbal dan juga persaingan dengan negara-negara lain. Kesannya mengurangkan KDNK sektor primer.

Page 5: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (d) Jelaskan sumbangan sektor ekonomi primer kepada penduduk dan ekonomi negara Malaysia. [4]

i. Memajukan sektor lain yang berkaitan. Dalam konteks ini rantaian ekonomi hil ran akan berkembang apabila bahan mentahnya disumbangkan oleh sektor ekonomi primer. Contohnya perladangan kelapa sawit membantu perkembangan industri memproses minyak kelapa sawit dan pembuatan berasaskan minyak kelapa sawit.

ii. Peluang Pekerjaan. Membuka peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk sekaligus meningkatkan pendapatan pekapita mereka melebihi garis kemiskinan. Kadar pengangguran berkurangan, kuasa beli dan tabungan bertambah dan taraf hidup penduduk akan meningkat. Sebagai contoh pekerjaan dalam sektor pertanian, peladang, peneroka, pegawai pertanian. Pekerjaan dalam sektor perlombongan seperti jurutera dan juruteknik, pegawai pemasaran dll.

Page 6: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (e) Jelaskan sumbangan sektor ekonomi primer kepada penduduk dan ekonomi negara Malaysia. [4]

iii. Modal dan Pelaburan. Perkembangan sektor ekonomi primer juga berupaya menambahkan dana dalam negara terutamanya menerusi pelaburan asing (FDl) dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Contoh FELDA dan SIMEDARBY melabur dalam perladangan kelapa sawit. SHELL dan PETRONAS melabur dalam perlombongan minyak dan gas

Page 7: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (e) Bagaimanakah sektor primer membantu perkembangan sektor sekunder?

[4]Produk sektor ekonomi primer menjadi bahan mentah utama untuk sektor sekunder. Tanpa bahan mentah ini sektor perkilangan/ sekunder terpaksa menamatkan operasinya. Contohnya produk kelapa sawit dan getah membantu perkembangan industri memproses minyak kelapa sawit dan pemprosesan getah.

Page 8: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (f) Mengapakah industri asas tani menjadi semakin penting di malaysia kini? [4]

i. lndustri ini membantu rantaian nilai tambah yang besar kepada negara. Produk industri asas tani seperti biodisel dan produk makanan berasaskan pertanian berupaya meningkatkan KDNK negara secara besar-besaran berbanding dengan pengeluaran komoditi pertanian semata-mata.

ii. Meningkatkan kemajuan Teknologi dan R&D dalam negara. Menggalakkan perkembangan teknologi dalam negara melalui program R&D, seperti bioteknologi, teknologi biodisel dll. Di samping menambahkan kepakaran dalam negara melalui R&D yang berterusan dalam industri asas tani.

Page 9: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (g) Mengapakah industri pemprosesan dilokasikan berhampiran dengan sumber bahan mentahnya? [4]

Tujuannya untuk menjimatkan kos pengangkutan sumber bahan mentah ke kilang memproses. Misalnya kilang memproses kelapa sawit dilokasikan di dalam ladang kelapa sawit. Kedua untuk mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar dan impak negatif kepada penduduk jika diletakkan di kawasan pasaran/ bandar.

Page 10: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (h) Jelaskan kesan pengganda akibat perkembangan industri asas tani.

[4]Wujudnya rantaian ekonomi hiliran akibat perkembangan industri asas tani seperti sektor pengangkutan, pemasaran, sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) dll. Sektor ini berkembang pesat kerana inputnya disumbangkan oleh industri asas tani.

Page 11: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (i) Bandingkan ciri industri pemprosesan dengan pembuatan. [4]

i. lndustri pemprosesan bersifat memproses sumber bahan mentah dari sektor primer menjadi barangan separa siap. Sebagai contoh industri memproses kelapa sawit menjadi minyak sawit mentah. lndustri memproses kayu balak menjadi papan dan juga papan lapis dll.

ii. Manakala industri pembuatan ialah menghasilkan produk barangan siap dari sumber separa siap industri pemprosesan. Contohnya pembuatan tayar. sarung tangan dari sumber getah, pembuatan minyak masak, sabun dan majerin dari minyak sawit mentah dan baja urea, bahan plastik, polistrin dan lain-lain lagi dari sumber petrokimia.

Page 12: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (j) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan daya saing eksport produk pembuatan Malaysia di pasaran antarabangsa. [4]

i. Meningkatkan keupayaan teknologi dan R&D bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti, tahan lama, menarik dan inovatif bagi memenuhi cita rasa pengguna di pasaran antarabangsa.

ii. Memperbanyakkan usaha promosi di luar negara, pakej harga yang menarik melalui pasaran internet, pameran dll secara berterusan.

Page 13: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (k) Mengapakah sektor teknologi telekomunikasi dan maklumat (ICT) menjadi fokus utama Malaysia masa kini? [4]

i. Sektor ICT menjadi wadah/platform baru perkembangan ekonomi moden (K-ekonomi). ICT membuka peluang/kaedah pemasaran produk yang cepat dan mudah, meneroka keboleh pasaran baru, potensi pelaburan di luar negara dll dengan cepat dan pantas.

ii. Sektor ICT juga menjadi tunjang kepada kemajuan penyelidikan dan pembangunan R&D dalam negara, menjana kreativiti dan inovasi serta mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan moden.

Page 14: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (l) Mengapakah sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) amat perlu dimajukan ? [4]

i. R&D perlu dimajukan untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan berdaya saing di pasaran antarabangsa. Tanpa R&D produk yang dihasilkan tidak dapat memenuhi cita rasa pengguna antarabangsa yang sentiasa berubah.

ii. R&D juga penting bagi tujuan menjimatkan kos pengeluaran, mengelakkan pembaziran sumber dan mampu mencipta produk baru yang pelbagai jenis terutama sekali produk yang mempunyai nilai tambah yang besar.

Page 15: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

1 (m) Jelaskan masalah yang dihadapi oleh sektor perkhidmatan kerajaan di Malaysia pada masa kini. [4]

i. Masalah birokrasi. Peraturan remeh yang menyebabkan ketidakcekapan tadbir urus kerajaan. Ini memberikan persepsi negatif dalam perkhidmatan kerajaan.

ii. Masalah integriti. Contohnya gejala rasuah, penyelewengan dan pecah amanah yang membelenggu sesetengah jabatan dan agensi kerajaan. Ini menjejaskan kepercayaan terhadap tadbir urus kerajaan.

Page 16: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

2 (a) Sejauhmanakah faktor buruh menjejaskan kemajuan sektor ekonomi primer di malaysia. [13]

Faktor Buruh Yang Menjejaskan Kemajuan Sektor Markah Ekonomi Primer• Kekurangan jumlah buruh tempatan khususnya

dalam sektor perladangan/ pertanian. Terpaksa bergantung kepada tenaga buruh import. Ini merugikan daripada segi pengaliran keluar wang negara.

• Kualiti buruh yang rendah - kekurangan kepakaran untuk memajukan sektor pertanian moden, menghasilkan R&D dalam sektor pertanian dan perlombongan dll

Page 17: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

2 (a) Sejauhmanakah faktor buruh menjejaskan kemajuan sektor ekonomi primer di malaysia. [13]

Faktor-Faktor Lain Yang Menjejaskan Kemajuan Sektor Ekonomi Primer Selain Daripada Faktor Buruh:• Ketidakstabilan harga komoditi sektor ekonomi

primer di pasaran antarabangsa khususnya produk pertanian. Di samping ancaman lambakan produk dari stok penimbal

• Masalah persaingan dengan negara pengeluar yang lain yang kosnya lebih murah seperti persaingan minyak kelapa sawit dengan Indonesia dan getah dengan Thailand.

• Masalah teknologi pengeluaran produk yang masih rendah - produk pertanian yang tidak berkualiti dan sukar bersaing.

Page 18: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

2 (b) Jelaskan impak industri pemprosesan dan pembuatan kepada persekitaran fizikal dan manusia di malaysia. [12]

Pencemaran udara, jerebu dan hujan asid:• Perlepasan bahan-bahan pencemar

udara (air pollutions) seperti karbon dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon, gas sulfur dll.

• Pembebasan partikel terampai - PM1O seperti asap, debu dan habuk boleh menyebabkan jerebu.

• Proses kondensasi wap air dengan bahan pencemar udara menyebabkan hujan asid

Page 19: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

2 (b) Jelaskan impak industri pemprosesan dan pembuatan kepada persekitaran fizikal dan manusia di malaysia. [12]

Pencemaran air:•pelepasan sisa toksid/ enfluen ke dalam sumber-sumber air seperti sungai, tasik, kolam dan laut.

•Kualiti air bersih terjejas - kadar BOD meningkat, keasidan air bertambah.

Page 20: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

2 (b) Jelaskan impak industri pemprosesan dan pembuatan kepada persekitaran fizikal dan manusia di malaysia. [12]

Pencemaran bunyi dan bau• Bunyi bising datangnya dari generator kilang yang beroperasi yang mengeluarkan getaran antara (60 – 70 dBA)

• Pencemaran bau datangnya daripada hasil/ sisa kilang yang berbau busuk seperti sisa getah dan kelapa sawit.

Page 21: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

2 (b) Jelaskan impak industri pemprosesan dan pembuatan kepada persekitaran fizikal dan manusia di malaysia. [12]

Pencemaran sisa toksid yang berbahaya/ Pencemaran tanih,• Pelupusan sisa toksid oleh kilang-kilang haram menyebabkan tanih berasid.

• Amat merbahaya kepada sumber air tanih apabila berlaku proses larut resap.

Page 22: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

2 (b) Jelaskan impak industri pemprosesan dan pembuatan kepada persekitaran fizikal dan manusia di malaysia. [12]

Peluang Pekerjaan• Membuka peluang pekerjaan yang iuas kepada penduduh sebagai pekerja dan pengurusan kilang.

• Menambahkan pendapatan perkapita penduduk, meningkatkan taraf hidup dan menquranqkan kemiskinan.

Page 23: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

2 (b) Jelaskan impak industri pemprosesan dan pembuatan kepada persekitaran fizikal dan manusia di malaysia. [12]

Memajukan industri hiliran yang berkaitan• Produk industri pemprosesan menjadi

bahan mentah kepada ndustri pembuatan.

• Contoh produk getah diguna untuk pembuatan tayar, sarung tangan dl. Minyak kelapa sawit diguna untuk menghasilkan sabun, majerin, iilin, biodisel dll.

Page 24: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

3 (a) Sejauhmanakah dasar kerajaan mempengaruhi kemajuan sektor tertier di Malaysia. [12]

Dasar Kerajaan Yang Mempengaruhi Kemajuan Sektor Tertier di Malaysia• Galakan pelaburan asing untuk melabur dalam sektor

tertier Contohnya sektor ICT dan pengangkutan. • Bantuan kepada pelabur tempatan - kemudahan kredit,

penyediaan khidmat sokongan dan promosi. • Mengurangkan karenah birokrasi agensi kerajaan seperti

mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan sesebuah projek.

• Menyediakan kemudahan prasarana yang cukup untuk para pelabur menanam modal - bekalan air, elektrik, rangkaian pengangkutan dsb.

Page 25: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

3 (a) Sejauhmanakah dasar kerajaan mempengaruhi kemajuan sektor tertier di Malaysia. [12]

Faktor-Faktor Lain Yang Mempengaruhi Kemajuan Sektor Tertier di Malaysia• Saiz pasaran yang besar dengan kuasa beli pengguna

yang tinggl - mlsalnya pengguna internet yang ramal. • Kemajuan teknologi yang menjadi pemangkin seperti

teknologi telekomunikasi.• Kemajuan sektor primer dan sekunder yang banyak

membantu produk perkilangan dan pertanian memajukan sektor pengangkutan dan pemasaran.

Page 26: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

3 (b) Jelaskan sumbangan sub sektor perkhidmatan kepada kemajuan ekonomi dan sosial negara malaysia.

[12]•Menjana/ memperkembangkan sektor ekonomi lain yang berkaitan - sektor primer. sekunder, kuartener dan kuiner. •Menyumbang kepada KDNK dan pendapatan negara. Contohnya melalui tukaran wang asing dan perbelanjaan pelancong dalam negara dalam konteks sektor pelanconqan

Page 27: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

3 (b) Jelaskan sumbangan sub sektor perkhidmatan kepada kemajuan ekonomi dan sosial negara malaysia.

[12]•Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk peningkatan pendapatan perkapita dan taraf hidup, mengurangkan pengganguran dan kemiskinan. •Perluasan pasaran dalam dan luar negara meneroka pasaran baru dan kesan-kesan positf daripada perluasan pasaran.

Page 28: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

3 (b) Jelaskan sumbangan sub sektor perkhidmatan kepada kemajuan ekonomi dan sosial negara malaysia.

[12]•Teknologi - menrngkatkan keupayaan teknologi melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), mempercepatkan penyebaran teknologi dan inovasi baru. •Menjana sumber modal dalam negara - pelaburan luar dan tempatan.

Page 29: PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

3 (b) Jelaskan sumbangan sub sektor perkhidmatan kepada kemajuan ekonomi dan sosial negara malaysia.

[12]•Meningkatkan kualiti buruh dan kepakaran sumber manusia vanq berkualiti. •Mempercepatkan proses pembandaran - seperti Putrajaya (bandar pentadbiran) dan Cyberjaya (bandar ICT).