25
1.0 Pengenalan Malaysia ataupun Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang telah terbentuk pada tahun 1963. Terangkum didalamnya, iaitu negeri- negeri di Tanah Melayu termasuklah Johor, Terengganu, Kedah, negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang, Perlis, Selangor dan Melaka, dan kawasan di bahagian Borneo Sabah dan Sarawak. Penyatuan semua negeri ini dibawah satu lembahyung yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia dan sehingga hari ini dikenali sebagai Malaysia, bukanlah suatu proses yang mudah. Terdapat banyak perkara yang harus dititikberatkan termasuklah, reaksi daripada para penduduk di Sabah dan Sarawak, keseimbangan kaum, keselamatan dan pelbagai lagi. Gagasan penubuhan Malaysia telah dicetuskan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau berucap dalam persidangan Foreign Correspondent Association of Southeast Asia di Singapura (Kassim Thukiman, 2002). Idea penggabungan dan penubuhan Malaysia ini bukan sekadar dibawa oleh Tunku Abdul Rahman sahaja, bahkan terdapat beberapa tokoh yang juga mengemukakan idea yang sama pada waktu yang berbeza seperti Lord Brassey, Mac Micheal, Lee Kwan Yew, Frank Swettenham dan MacMicheal. Oleh itu, dapat dilihat disini bahawa, idea penubuhan Malaysia bukanlah sekadar sembangan di kedai kopi bahkan ianya merupakan suatu perkara yang serius kerana dikemukakan sendiri oleh pemimpin tempatan yang terkemuka malahan, disokong sendiri oleh pihak British. Oleh itu, didalam penulisan ini, kita akan melihat bahawa, rasional penubuhan Malaysia melalui beberapa justifikasi yang akan dilakukan termasuklah idea-idea penubuhan Malaysia, Perkara-perkara yang membawa ke arah penubuhan Malaysia, Peristiwa- peristiwa penting ke arah penubuhan Malaysia, Penglibatan pemimpin- pemimpin tempatan dan British dalam penubuhan Malaysia, dan penulisan ini juga akan menyentuh secara ringkas mengenai fungsi

Penubuhan Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penubuhan Malaysia

1.0 Pengenalan

Malaysia ataupun Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang telah

terbentuk pada tahun 1963. Terangkum didalamnya, iaitu negeri-negeri di Tanah

Melayu termasuklah Johor, Terengganu, Kedah, negeri Sembilan, Kelantan, Pulau

Pinang, Pahang, Perlis, Selangor dan Melaka, dan kawasan di bahagian Borneo

Sabah dan Sarawak. Penyatuan semua negeri ini dibawah satu lembahyung yang

dikenali sebagai Persekutuan Malaysia dan sehingga hari ini dikenali sebagai

Malaysia, bukanlah suatu proses yang mudah. Terdapat banyak perkara yang

harus dititikberatkan termasuklah, reaksi daripada para penduduk di Sabah dan

Sarawak, keseimbangan kaum, keselamatan dan pelbagai lagi. Gagasan

penubuhan Malaysia telah dicetuskan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman semasa

beliau berucap dalam persidangan Foreign Correspondent Association of

Southeast Asia di Singapura (Kassim Thukiman, 2002).

Idea penggabungan dan penubuhan Malaysia ini bukan sekadar dibawa

oleh Tunku Abdul Rahman sahaja, bahkan terdapat beberapa tokoh yang juga

mengemukakan idea yang sama pada waktu yang berbeza seperti Lord Brassey,

Mac Micheal, Lee Kwan Yew, Frank Swettenham dan MacMicheal. Oleh itu, dapat

dilihat disini bahawa, idea penubuhan Malaysia bukanlah sekadar sembangan di

kedai kopi bahkan ianya merupakan suatu perkara yang serius kerana

dikemukakan sendiri oleh pemimpin tempatan yang terkemuka malahan,

disokong sendiri oleh pihak British. Oleh itu, didalam penulisan ini, kita akan

melihat bahawa, rasional penubuhan Malaysia melalui beberapa justifikasi yang

akan dilakukan termasuklah idea-idea penubuhan Malaysia, Perkara-perkara

yang membawa ke arah penubuhan Malaysia, Peristiwa-peristiwa penting ke

arah penubuhan Malaysia, Penglibatan pemimpin-pemimpin tempatan dan

British dalam penubuhan Malaysia, dan penulisan ini juga akan menyentuh

secara ringkas mengenai fungsi Suruhanjaya Cobbold, perkara 20 yang

melibatkan Sabah dan Sarawak, serta reaksi Filipina dan Indonesia terhadap

penubuhan Malaysia. Semua komponen ini akan disatukan didalam penulisan ini.

Oleh itu,secara keluruhannya dapat dilihat, dapatlah dibuat penialaian

mengenai rasional penubuhan Malaysia.

Page 2: Penubuhan Malaysia

2.0 Idea Penubuhan Malaysia

2.1 Latar Belakang Idea Penubuhan Malaysia

Seperti yang telah dibincangkan di atas, idea-idea penubuhan Malaysia ini telah

dikemukakan sendiri oleh para tokoh-tokoh pemimpin terdahulu yang

terkemuka. Dan antara yang paling awal memberikan idea mengenai penubuhan

Malaysia ini adalah Tunku Abdul Rahman, walau bagaimanapun, haruslah

diketahui bahawa, sebelum munculnya idea mengenai penubuhan Malaysia ini,

idea penubuhan wilayah yang sama konsepnya ini pernah wujud di Asia

Tenggara di kawasan Tanah Melayu sebelum Prang Dunia Kedua (Kassim

Thukiman, 2002). Hal ini berlaku ketika dibawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob

dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) iaitu merupakan pemimpin bagi gerakan

Kesatuan Melayu Muda (KMM) (Mohd Faidz, Jamaei, Mohd Rizal & Mohd Rodzi,

2011). KMM merupakan suatu gerakan yang ditubuhkan untuk mendapatkan

kemerdekaan di Tanah Melayu iaitu melalui cara penggabungan dengan

Indonesia untuk membentuk “Melayu Raya” ataupun “Indonesia Raya” (Cheah

Boon Kheng, 1983). Secara asasnya, gagasan Melayu Raya yang dibawa ini

adalah berteraskan kepada suatu konsep dimana suatu bangsa itu ditentukan

oleh persamaan budaya ataupun keturunan (Mohd Faidz, Jamaei, Mohd Rizal &

Mohd Rodzi, 2011).

Hal ini bermakna, konsep penggabungan pada masa itu, adalah sekadar

berteraskan kepada persamaan budaya ataupun keturunan bukan berdasarkan

ideologi politik dan aliran pemikiran. Idea ini juga menunjukkan bahawa Tanah

Melayu dan kepulauan Indonesia merupakan satu rumpun yang sama iaitu

Melayu namun dipisahkan oleh pihak koloni barat iaitu pihak Inggeris dan

Belanda (Mohd Faidz, Jamaei, Mohd Rizal & Mohd Rodzi, 2011). Perpisahan itu

adalah melalui perjanjian yang berlaku antara pihak Belanda dan Inggeris yang

dikenali sebagai Perjanjian London 1824,melalui perjanjian tersebut Singapura

dan Johor berada dibawah pihak Inggeris manakala Riau (Sebahagian daripada

Indonesia) dan Lingga berada dibawah pengaruh Belanda (Maman, 2007).

Menurut Maman (2007) juga menyatakan bahawa, meskipun kedua-dua wilayah

itu berpisah dari aspek politik namun, kedua-duanya tetap mengamalkan

hubungan sosio-kultural yang baik meskipun ketika Konfrontasi Indonesia-

Page 3: Penubuhan Malaysia

Malaysia. Ternyata kesatuan budaya itu merupakan aspek yang sangat penting.

Hal ini bermakna juga penggabungan antara kedua-dua buah wilayah pada

ketika itu adalah untuk mendapatkan kemerdekaan meskipun berbeza dari sudut

ideologi dan politik dan cuma bersatu atas faktor budaya. Namun begitu, ianya

tidak bertahan lama iaitu beberapa bulan sahaja, disebabkan masalah

kepimpinan dan pemimpinnya ditangkap Jepun maka KMM pun dibubarkan.

Namun begitu, idea ini berterusan sehinggalah Perang Dunia Kedua,

apabila Dr. Burhanuddin Al-Helmi turut menyimpan citarasa yang sama. Parti

Kebangsaan Melayu Malaya telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945, pada waktu

itu Tanah Melayu sedang berada dalam konflik antara Cina dan Melayu (Ahmad

Adam, 2001), antara dasar yang digariskan dalam Parti ini ialah seperti berikut

(Ahmad Adam, 2001):

1. Menyatupadukan bangsa Melayu,menanam semangat kebangsaan

dalam sanubari orang-orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan

Malaya didalam keluarga yang besar iaitu Republik Indonesia Raya

2. Bertujuan hendak mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak,

berfikir, dan menuntut pelajaran

3. Menyokong perjuangan orang Indonesia dalam mendapatkan

kemerdekaan

Namun begitu, parti ini mengalami kemerosotan pada sekitar tahun 1949- 1950

akibat daripada peristiwa tangkap-menangkap daripada para ahli-ahli

pertubuhan parti tersebut hal ini kerana, pada pertengahan tahun 1948, perisik

British sudah mulai menghidu pergerakan Parti ini sehingga ke Sabah (Ahmat

Adam, 2011), disamping itu juga, beberapa pemimpinnya yang merupakan

orang penting seperti Boestamam dan Ishak Haji Mohamad sudah tidak

memimpin parti itu. Oleh itu, secara keseluruhannya dpat dilihat, sememangnya

perjuangan parti ini adalah lebih kurang sama seperti yang diperjuangkan oleh

Kesatuan Melayu Muda. Oleh itu dapat dilihat, bahawa, cetusan idea dalam

menggabungkan wilayah ini memang sudah ada sebelum idea penubuhan

Malaysia yang menggabungkan wilayah atau Negara (yang digelar sebelum

memasuki Malaysia), Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dalam membentuk

persekutuan Malaysia. Rentetan daripada peristiwa kepada cetusan idea

penggabungan wilayah ini, sebenarnya ianya bukanlah suatu yang baharu

namun ianya memang sudah dikemukakan pada waktu dahulu. Ramai tokoh

Page 4: Penubuhan Malaysia

yang telah mengemukakan cadangan mereka dalam menubuhkan persekutuan

Malaysia.

2.2 Tokoh-tokoh yang Mengemukakan Idea Penubuhan Malaysia

Malcolm MacDonald

Malcolm MacDonald merupakan Pesuruhjaya tinggi British telah mengemukakan

cadangan untuk penyatuan wilayah-wilayah. Ketika Perang Dunia kedua, pihak

Perancang British di London telah membuat penilaian secara umum mengenai

masa depan semua kawasan takluk British di kawasan Asia, namun begitu

perbincangan secara teliti telah dilakukan dengan mengambil kira hasrat pejabat

kolonial yang lebih memilih kepentingan ekonomi dan minat mereka terhadap

kawasan-kawasan British itu berbanding dengan keinginan mereka untuk

mempromosikan penyatuan negeri-negeri di wilayah mereka (Ongkili, 1985).

Hal ini bermakna, pihak British sememangnya lebih memikirkan

kepentingan ekonomi mereka pada masa hadapan terhadap kawasan-kawasan

takluk British itu. Hal ini bertepatan dengan salah satu matlamat British untuk

menjalankan pemerintahan kolonial di Malaya adalah untuk keuntungan ekonomi

demi kepentingan negara mereka (Byungkuk Soh, 2012). Namun begitu, selepas

Perang Dunia Kedua, Thio Chan Bee iaitu ahli Majlis Legislatif dan Parti Progresif

Singapura tidak menyokong penyatuan dengan Malaya tetapi bersetuju terhadap

idea konfederasi Singapura, Malaya dan persekutuan Borneo (Sabah, Sarawak

dan Brunei). Rentetan daripada idea tersebut, Malcolm MacDonald juga ada

mengeluarkan kenyataan bahawa idea itu turut berada dalam minda beliau,

kerana, beliau berpendapat juga selepas persekutuan Borneo dilaksanakan,

penyatuan kawasan tersebut dengan Malaya dan Singapura boleh diusahakan.

Hal ini bermakna, berdasarkan idea yang dikemukakan oleh Malcolm MacDonald

ini terdapat, dua perkara yang dikenal pasti iaitu yang pertama adalah

persekutuan Borneo dan perkara yang kedua ialah penyatuan Malaya, Singapura

dan Borneo Utara. Malcolm MacDonald ada menyatakan hasrat beliau dalam

mewujudkan Persekutuan Borneo (Ongkili, 1985):

“I suggested when I was British Commisioner-General For South-

East Asia that the tree Borneo territories-Sarawak, Brunei and

North Borneo-came together in a federation. They Had many

things in common, for example, administration and economic

pattern…. I Thought that if the Borneo Territories were federated

Page 5: Penubuhan Malaysia

they would be a stronger position as a larger political entity. They

would also be in a bargaining position with any other

neighbouring country”

Melalui hal ini dapatlah kita ketahui, bahawa, mengapa Malcolm Mac Donald

merasakan bahawa apabila ketiga-tiga wilayah itu bergabung ianya mampu

untuk menyatukan Malaya dan Singapura juga.

Persekutuan Borneo merupakan usaha pertama dari pimpinan pihak

kolonial sendiri kerana, bagi pandangan pihak kolonial Sabah, Sarawak dan

Brunei belum bersedia lagi untuk dimerdekakan secara berasingan tetapi

mereka berfikir bahawa ketiga-tiga wilayah tersebut sesuai digabungkan

dibawah satu persekutuan yang dinamakan sebagai Persekutuan Borneo. Salah

satu usaha dalam penggabungan tersebut, telah dijalankan sebuah konferense

di Kuching pada April 1953 yang dipengerusikan oleh Malcolm Mac Donald dan

dihadiri oleh Sir Anthony Abell (Gabenor Sarawak), Sultan Omar Ali Saifuddin

(Pesuruhjaya Tinggi british untuk Brunei dan Sir Ralph Hone (Gabenor Sabah)

dan tiga orang wakil bagi setiap wilayah tersebut (Ongkili, 1985). Perkara utama

dalam konferense tersebut, adalah untuk membincangkan mengenai

perkembangan yang lebih besar terhadap pentadbiran dan polisi bagi ketiga-

tiga wilayah tersebut. Walaubagaimanapun, Brunei menolak idea persekutuan

Borneo tersebut. Hal ini kerana, Brunei tidak sanggup berkongsi minyak dengan

Sarawak dan Sabah yang keadaan ekonominya lebih rendah berbanding Brunei

(State Of Brunei Annual Report, 1958).

Walaupun begitu, kedua-dua perkara ini tidak dapat dijalankan

sehinggalah ucapan Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Persekutuan Malaya

mengeluarkan kenyataan penggabungan tersebut pada 27 Mei 1961. Ucapan

Tunku ini boleh dikatakan waktu yang tepat, kerana, pada masa itu, para

penduduk di Tanah Melayu dan kawasan Borneo sudah mempunyai kesedaran

terhadap nasionalisme atau cinta akan tanah air.

Lord Brassey

Pada abad ke-19, Lord Brassey iaitu merupakan pengarah bagi Syarikat Borneo

Utama ada memberikan cadangan kepada kerajaan British agar menggabungkan

wilayah gabungan mereka di kawasan Borneo dengan negeri-negeri di Tanah

Melayu dan Negeri-negeri Selat (NNS) menjadi sebuah kerajaan atau koloni yang

besar (Milne & Mauzy, 1978). Namun begitu, cadangan Lord Brassey pada tahun

Page 6: Penubuhan Malaysia

1894. Melalui hal ini, dapat dilihat, cadangan Lord Brassey ini ditolak kerana,

British berfikir, kawasan wilayah naungan mereka masih belum cukup kukuh

sebagai sebuah kerajaan sendiri terutamanya dari aspek pengurusan ekonomi

mereka, oleh sebab itulah, para pemegang saham tidak bersetuju dengan

cadangan Lord Brassey. Mereka ingin menjaga kepentingan ekonomi mereka di

kawasan-kawasan terbabit.

David Marshal & Lim Yew Hock

Kedua-dua tokoh ini merupakan mantan perdana menteri Singapura, juga

berpendapat untuk menggabungkan kedua-dua buah wilayah iaitu antara

wilayah Singapura dan Malaya, mereka menjustifikasikan bahawa suatu unit

ekonomi akan terbentuk. Dengan perkembangan perindustrian yang pesat

antara kedua-dua belah ekonomi bagi setiap wilayah tersebut kedudukan

ekonomi akan bertambah kukuh (Milne & Mauzy, 1978). Sesetengah parti di

Malaya menerima cadangan tersebut namun sebahagian lagi tidak menerimanya

iaitu seperti Umno walaupun, Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa,

kemasukan Singapura adalah sebahagian daripada unit didalam Persekutuan

Malaya tetapi tidak akan memiliki taraf yang sama dalam persekutuan tersebut.

Oleh itu, hal ini bermakna, kedua-dua tokoh ini menginginkan agar kedua-

dua buah negara bersatu didalam Persekutuan Malaya. Namun begitu, pihak

Umno tidak bersetuju atas cadangan tersebut, hal ini kerana, mereka tidak mahu

politik di Tanah Melayu itu sendiri didominasi oleh kaum Cina yang majoritinya

berada di Singapura. Orang Melayu tahu bahawa jika politik menjadi berbilang

kaum dan berteraskan ideologi dalam jangka masa panjang mereka akan

menjadi rugi, disamping itu juga, berkemungkinan besar ahli politik yang lebih

pintar iaitu Lee akan merampas kedudukan mereka (Mohd Rizal, 2009). Mereka

merasakan pada suatu hari nanti, kedudukan mereka sebagai pemimpin

tempatan akan terjejas.

Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan gagasan penubuhan Malaysia

sewaktu beliau berucap dalam persidangan Foreign Correspondent Association

pada 27 Mei 1961. Walaupun begitu, cadangan penubuhan Malaysia ini bukanlah

suatu cadangan yang baru dikemukakan ianya pernah dikemukakan juga oleh

Malcolm McDonald dan Lord Brassey (Milne & Mauzy, 1978) dan dikemukakan

juga oleh Ghazalie Syafie iaitu ahli politik Malaysia, berkaitan idea tersebut pada

Page 7: Penubuhan Malaysia

tahun 1954. Berhubung dengan idea penubuhan Malaysia itu, Tunku Abdul

Rahman telah menjalankan pelbagai usaha dalam menjadikan matlamat itu

sebagai suatu realiti. Memang tidak dapat dinafikan pelbagai reaksi diterima

selepas sahaja idea yang dikemukakan oleh Tunku itu seperti Parti Islam

Setanah Melayu, (PAS), Parti Buruh Tanah Melayu, Parti Rakyat, Parti berhaluan

kiri di Singapura iaitu Barisan Sosialis, Parti Bekerja dan Parti Rakyat Bersatu

(Mohammad Rodzi, 2003). Malahan hasrat serta idea Tunku Abdul Rahman

pernah dikemukan pada tahun 1955 lagi ketika konferens UMNO diadakan.

Idea penggabungan yang diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman ini adalah

berdasarkan kepada beberapa perkara iaitu keselamatan Singapura,

ketidakseimbangan kaum dan perluasan wilayah. Teori Keselamatan Singapura

ini adalah berkaitan dengan kedudukan Politik di Singapura yang tidak stabil,

walaubagaimanapun, Tunku Abdul Rahman berasa bimbang mengenai pengaruh

komunis yang ada di Singapura itu. Hal ini kerana, jika penggabungan ini terjadi,

kemungkinan besar ledakan idealisme komunis ini akan tersebar di kawasan

Tanah Melayu, namun begitu, jika Singapura dibiarkan begitu sahaja, perkara

yang lebih buruk akan terjadi iaitu Singapura tidak mustahil akan menjadi

sebuah negara Komunis,dan ini akan memberikan impak yang buruk kepada

kawasan yang berada di sekitar Singapura yang boleh diserang oleh negara-

negara komunis yang lain untuk mencapai hasrat mereka (Mohd Rizal, 2009).

Hal ini bermakna, penggabungan merupakan antara langkah terbaik pada masa

itu kerana, dasar luar inilah yang mengubah pemikiran Tunku Abdul Rahman

untuk terlibat dalam menyelesaikan masalah politik dalaman Singapura, dan

keadaan Tunku pada ketika ini boleh diibaratkan seperti diluah mati emak,

ditelan mati bapak. Akhirnya, penggabungan antara Singapura dan Tanah

Melayu telah termeterai dibawah satu perjanjian yang dinamakan sebagai

Perjanjian Persekutuan Malaya-Singapura pada bulan November 1961

(Federation Of Malaya-Singapore Agreement) (Jayum, 2003). Namun, Singapura

akhirnya dipisahkan dari Malaysia disebabkan beberapa faktor iaitu seperti

konsep Malaysian Malaysia yang dilaksanakan oleh Lee Kuan Yew, konsep ini

dikatakan oleh pemimpin Melayu tempatan berat sebelah dan hanya

memperjuangkan nasib Orang Cina pada sekitar tahun 1964 – 1965.

Oleh itu,rentetan daripada penggabungan Singapura ini, Tunku berfikir

adalah rasional untuk menubuhkan Malaysia dengan membawa masuk Sabah,

Sarawak dan Brunei untuk menjadi pengimbang kaum. Hal ini kerana,

Page 8: Penubuhan Malaysia

kemasukan Singapura ini secara tidak langsung akan mewujudkan

ketidakseimbangan kaum bagi penduduk di Tanah Melayu. Kemasukan

Singapura ini akan menyebabkan majority penduduk berketurunan Cina

bertambah ramai dan secara langsung boleh mengatasi jumlah bumiputera

Melayu. Secara tidak langsung juga teori ketidak seimbangan kaum ini idea

untuk penubuhan Malaysia ini diperluaskan lagi sehingga ke Sabah, Sarawak dan

Brunei. Melalui teori ini juga, munculnya Teori Perluasan wilayah, hal ini kerana,

dapat dilihat penubuhan Malaysia ini ianya melibatkan beberapa kawasan

membentuk kepada satu pentadbiran iaitu dibawah suatu persekutuan

disamping itu juga, Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa perlunya

kesatuan politik dan ekonomi di kawasan bekas taklukan British.

Tambahan pula, teori keselamatan juga mempelopori idea penubuhan

Malaysia Tunku Abdul Rahman ini. Hal ini kerana, dengan penubuhan Malaysia

ianya dapat menjadi senjata dalam menentang komunisme, kerana Tanah

Melayu sangat berpegang kuat kepada dasar antikomunis.

Lee Kuan Yew

Masalah ledakan komunis di Singapura merupakan antara faktor paling utama

yang mendorong ke arah hasrat pemimpin Singapura pada masa itu, iaitu Lee

Kuan Yew untuk bergabung dengan Tanah Melayu. Pada awal tahun 1960-an,

pencapaian Parti tindakan Rakyat (PETIR) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew telah

merosot dalam pemilihan kerusi parlimen. Pada tahun 1959, PETIR menguasai

43 buah kerusi daripada 51 buah kerusi, tetapi pada tahun berikutnya iaitu 1961,

PETIR hanya mampu menguasai 27 buah kerusi sahaja di parlimen (Kassim,

2002). Barisan Sosialis yang dikatakan pro kepada komunis telah Berjaya

menyekat penguasaan PETIR. Kekalahan yang dialami dalam pilihan raya di

Anson dan Hong Lim pada tahun 1961 telah membimbangkan Lee Kuan Yew.

Oleh itu,dapat dlihat disini bahawa, Lee Kuan Yew mahu bergabung

dengan Tanah Melayu untuk mengelak daripada merebaknya penguasaan

Komunis di Singapura yang sudah tentu boleh mengganggu gugat kepimpinan

beliau di Singapura dan secara tidak langsung boleh membawa kepada impak

negative kepada pembangunan Singapura. Hal ini kerana, terdapat

pemberontakan yang dilakukan dalam parti-parti yang berhaluan kiri ini, hal ini

dapat dilihat, pihak komunis di bawah pimpinan Barisan Buruh Singapura, telah

melancarkan suatu siri pemberontakan dan penyusupan di kesatuan-kesatuan

perdagangan dan Berjaya mewujudkan kesatuan-kesatuan buruh dan

Page 9: Penubuhan Malaysia

perdagangan kemudiannya, kesatuan-kesatuan ini akan dihasut oleh mereka

untuk mengurus dan melaksanakan pemberontakan dan rusuhan (Mohd Rizal,

2009). Dan disebabkan faktor inilah yang telah menyebabkan Lee Kuan Yew

cenderung untuk mempengaruhi pemikiran politik Tunku Abdul Rahman.

3.0 Peristiwa-peristiwa Penting yang Membawa Ke arah Penubuhan

Malaysia

3.1 Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan hasil rundingan

antara kerajaan British dengan para pemimpin UMNO dan wakil-wakil raja

apabila perlembagaan Malayan Union yang diwujudkan pada tahun 1946 itu

telah mendapat tentangan daripada para pemimpin tempatan (Kassim, 2002).

Antara kandungan dalam Perlembagaan Malayan Union ini adalah seperti

berikut:

Page 10: Penubuhan Malaysia

1) sebuah Malayan Union bagi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu

termasuk Pulau Pinang

2) kuasa yang ada pada raja terlalu sedikit dan kuasa telah dipindahkan

kepada baginda Queen

3) hak istimewa orang Melayu dihapuskan dan digantikan dengan hak

yang sama rasa bagi semua kaum

4) kewarganegaraan serupa bagi Malayan Union dan jajahan Singapura

Berdasarkan kandungan diatas, dapatlah dilihat bahawa penubuhan Malayan

Union ini sememangnya secara tidak langsung ingin mewujudkan kesamarataan

antara golongan penduduk di Tanah Melayu dan golongan imigran dari luar.

Malahan, kuasa raja terjejas padahal raja merupakan kuasa tertinggi dalam

masyarakat tradisional Melayu. Malahan hak istimewa orang Melayu juga

terhapus dengan pembentukan Malayan Union ini dengan kewarganegaraan

yang terlalu longgar juga menyebabkan kedudukan orang Melayu di tanah air

mereka sendiri boleh terjejas. Disebabkan inilah, mengapa orang Melayu bangkit

untuk menentang Malayan Union khususnya daripada golongan pemimpin

tempatan.

Namun begitu, isu hangat yang menjadi persoalan kepada perlembagaan

Malayan Union ini adalah mengenai pemberian kerakyatan yang terlalu longgar

dan mudah seperti kepada sesiapa yang dilahirkan didalam negeri-negeri

Union atau tanah jajahan Singapura dan rakyat British yang boleh

mendapat kerakyatan ini tanpa hilang kerakyatan Britishnya.

Oleh itu mulai 1 Februari 1948, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

telah diisytiharkan untuk menggantikan Perlembagaan Malayan Union, antara

kandungan utama perlembagaan tersebut itu adalah:

1) Persekutuan mengandungi Sembilan negeri Melayu dan dua negeri Selat

2) Kedudukan dan fungsi-fungsi raja telah dipulihkan

3) Hak istimewa orang Melayu dikekalkan

4) Pemberian kewarganegaraan diperketatkan melalui syarat-syarat tertentu

Jika dilihat Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini, kandungannya adalah

lebih baik berbanding perkara-perkara yang terdapat di dalam Malayan

Union. Hak-hak orang Melayu itu sendiri lebih terjamin melalui persekutuan

ini. Isu hangat dalam kalangan pemimpin tempatan telah dirombak semula

dan akhirnya, hasil rundingan tersebut, pemberian kewarganegaraan telah

Page 11: Penubuhan Malaysia

diperketatkan dengan syarat-syarat tertentu namun, golongan imigran yang

datang tetap mempunyai hak mereka. Hal ini kerana, melalui pembentukan

persekutuan ini Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai tugas yang penting

yakni sebagai pelindung bagi menjaga dua perkara iaitu “kedudukan

istimewa orang Melayu” dan “hak komuniti yang lain” (Milne & Mauzy, 1978).

Namun begitu, seperti yang dikatakan, pemilikan kewarganegaraan adalah

lebih ketat berbanding sebelumnya terutamanya kepada orang yang bukan

Melayu. Dalam kes mengenai kewarganegaraan yang termaktub didalam

persekutuan ini ialah hak kewarganegaraan tidak boleh diperoleh secara

automatik. Automatik disini bermaksud jika seseorang itu lahir didalam

persekutuan atau bapa atau kedua-duanya sekali lahir didalam persekutuan atau

tinggal didalam persekutuan dalam tempoh tertentu, ianya dikira sebagai

warganegara (Milne & Mauzy, 1978). Hak kewarganegaraan yang tidak boleh

diperolehi secara automatik bermaksud ianya harus diperolehi melalui

permohonan. Pemohon hendaklah mempunyai karakter yang baik, mengakui

untuk tinggal tetap di persekutuan dan mempunyai pengetahuan dalam

berbahasa Melayu dan Inggeris, namun begitu, syarat-syarat ini menurut Milne &

Mauzy (1978), bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Sekitar tahun 1949,

hanya sekadar 500,000 orang penduduk Cina sahaja yang terdapat dalam

persekutuan dan menjadi warganegara.

Rentetan daripada perkara tersebut, suatu serangan gerila daripada pihak

komunis daripada pihak Parti Komunis Malaya dengan melakukan pelbagai

keganasan yang berlangsung selama 12 bulan, serangan gerila ini digelar

sebagai “The Emergency” yang berlaku pada sekitar tahun 1948 (Milne & Mauzy,

1978). Titiik tolak kepada peristiwa ini, orang Melayu telah menjadikan hal ini

sebagai suatu langkah untuk meminta kemerdekaan daripada pihak British, hal

ini kerana, orang Melayu berfikir, pemberontakan yang dilakukan oleh pihak

komunis itu adalah untuk menentang “imperialisme” dan pemberontakan ini

secara perlahan-lahan akan berkurang jika kerajaan yang memerintah adalah

orang Melayu dan bukan pihak British. Hal ini kerana,objektif PKM adalah untuk

mengusir pemerintahan British (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail,

2003).

Oleh itu, secara keseluruhannya dapatlah dilihat bahawa, penubuhan

persekutuan Tanah Melayu 1948 ini merupakan suatu peristiwa penting dan

termasuk dalam suatu faktor yang telah membawa penduduk Tanah Melayu ke

Page 12: Penubuhan Malaysia

arah kemerdekaan. Persekutuan ini juga merupakan platform bagi orang Melayu

untuk memperjuangkan kemerdekaan, malahan sehingga kini Persekutuan 1948

masih terdapat di dalam Perlembagaan kita pada hari ini. Hal ini menunjukkan

bahawa, betapa pentingnya persekutuan ini sebagai rangka kepada

pembentukan kerajaan. Hal ini kerana, persekutuan ini merupakan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama yang telah diisytiharkan

menggantikan Perlembagaan Malayan Union, seterusnya diikuti dengan

Perlembagaan Merdeka 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963 sehinggalah

kepada perlembagaan yang ada pada hari ini. Harus juga diingat bahawa,

selepas sahaja Tanah Melayu telah memperolehi kemerdekaan, hal inilah telah

membawa ke arah penubuhan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul

Rahman.

3.2 Pilihan raya 1955

Pada awal permulaan peristiwa “The Emergency” iaitu sekitar tahun 1948,

terdapat suatu pertubuhan parti yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO (United

Malay Nation Organisation). Kewujudan parti ini adalah salah suatu usaha ke

arah pemerintahan sendiri di Tanah Melayu. Malahan, kerajaan British

mendakwa mereka berusaha ke arah pemerintahan sendiri oleh rakyat Melayu

(Kassim Thukiman, 2002). Selepas sahaja peristiwa serangan gerila, itu yang

terdiri daripada majoritinya orang Cina disamping, keadaan komposisi kaum di

Tanah Melayu yang pelbagai telah menyebabkan British menggalakkan

kerjasama antara kaum melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum

pada tahun 1948 yang dicadangkan oleh Malcolm MacDonald. Melalui

jawatankuasa inilah, telah mempengaruhi pemikiran Dato Onn Jaafar agar

keahlian UMNO itu dibuka oleh pelbagai kaum, namun begitu cadangan ini telah

ditolak oleh perwakilan UMNO sendiri.

Usaha ini diteruskan lagi oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengasaskan

penubuhan parti yang lebih besar yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC.

Kerajaan British telah mengadakan beberapa siri pilihan raya di ebberapa buah

majlis tempatan yang bertujuan untuk memperkenalkan sistem pemilihan

berdasarkan konsep demokrasi. Pada tahun 1954 bulan ogos, Undang-Undang

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu diluluskan yang membolehkan pilihan raya

Persekutuan yang pertama diadakan di Tanah Melayu, dan antara yang

bertanding termasuklah Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC), Parti Negara, Parti

Buruh Tanah Melayu, Parti Islam SeTanah Melayu, Parti Progresif Perak,

Page 13: Penubuhan Malaysia

Persatuan Kebangsaan Perak dan Liga Melayu Perak. Pada tanggal 1 Mac 1955,

T.E Smith Penyelia Pilihanraya Persekutuan telah mengumumkan bahawa pilihan

raya Persekutuan yang pertama itu akan di adakan pada hari Rabu 27 Julai 1955,

dan berikut merupakan keputusan pilihan raya pada tahun 1955 dalam kalangan

parti-parti yang bertanding:

Nama Parti Calon Menan

g

Jumlah Undi Peratu

s

Parti Perikatan 52 51 818,013 79.6

Parti Negara 33 - 78, 909 7.6

Parti Islam Se Malaya 11 1 40, 667 3.9

Pers. Kebangsaan Perak 9 - 20,996 2.0

Liga Melayu Perak 3 - 5,433 0.5

Parti Progresif Perak 2 - 1,081 0.1

Parti Buruh 4 - 4,786 0.4

Calon Bebas 18 - 31,642 3.0

(Sumber: Carnell. (1955). Dlm. Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif

sejarah dan Politik. Skudai, Johor: UTM).

Berdasarkan jadual diatas di atas, jelas menunjukkan Parti Perikatan telah

memenangi pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955. Oleh itu, kepimpinannya,

telah menghantar satu rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke

London pada 1 Januari 1956 untuk membuat perundingan mengenai

kemerdekaan negara. Ahli-ahli rombongan tersebut, termasuklah Dato’ Abdul

Razak Hussein, Dr. Ismail Abd. Rahman, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik

Ahmad Kamil, T.H. Tan dan V.T Sambanthan.

Oleh itu, hal ini bermakna, pilihan raya pada tahun 1955 ini merupakan

pilihan raya yang Pertama dalam sejarah Tanah Melayu sendiri dalam membawa

ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu. Melalui pilihan raya inilah, kepimpinan

parti yang menang ini telah memohon kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku

Abdul Rahman yang merupakan orang yang telah mengumumkan penubuhan

Malaysia. Rentetan daripada hasil rundingan tersebut, suatu perlembagaan telah

disepakati yang dikenali sebagai Perlembagaan Merdeka 1957.

3.3 Perlembagaan Merdeka 1957

Perlembagaan ini merupakan asas kepada perlembagaan yang terbentuk pada

tahun 1963. Hal ini kerana, selepas sahaja, penubuhan Malaysia, perlembagaan

Page 14: Penubuhan Malaysia

1963 telah dilaksanakan rentetan daripada perlembagaan ini. Berlaku

penambahan terhadap perlembagaan ini yang menyentuh berkaitan Sabah dan

Sarawak. Cadangan berkaitan kemerdekaan telah diterima dan di luluskan oleh

pihak Majlis Legistatif Persekutuan pada 15 Ogos 1957 namun pengisytiharan

kemerdekaan Tanah Melayu telah diadakan pada 31 Ogos 1957 dan secara

langsung juga pada hari pengisytiharan tersebut, Tunku Abdul Rahman telah

menjadi Perdana Menteri yang pertama (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi &

Ismail, 2003). Perlembagaan Merdeka pada tahun 1957 ini adalah berdasarkan

kepada konsep monarki dan demokrasi dan menepati prinsip-prinsip sepetti

berikut (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003):

1) Yang Dipertuan Agong adalah ketua negara Malaya, tetapi pemimpin

bagi setiap negeri adalah ketua bagi setiap negeri mereka masing-

masing

2) Orang Melayu mempunyai hak istimewa mereka dan dijamin oleh

perlembagaan

3) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan walaubagaimanapun,

bahasa Inggeris tetap boleh digunakan oleh Majlis Legislatif dalam

jangka masa 10 tahun selepas merdeka

4) Orang yang lahir dalam Malaya atau selepas Merdeka adalah secara

automatiknya menjadi warganegara Malaya

5) Islam menjadi agama rasmi bagi Persekutuan Malaya, tapi kebebasan

beragama di bolehkan bagi orang bukan Islam

3.4 The Borneo Dialogue

Seperti yang telah dibincangkan diatas, Tunku Abdul Rahman merupakan orang

yang telah mencadangkan penubuhan Malaysia selepas Tanah Melayu merdeka.

Hal ini kerana, bagi Tunku sendiri adalah merasakan suatu keperluan untuk

membentuk kesatuan politik dan ekonomi bagi bekas tanah jajahan British di

Asia Teggara. Hasrat Tunku Abdul Rahman ini telah pernah disuarakan pada

tahun 1955 ketika konferense UMNO dijalankan, pada ketika itu, dan ingin

menjemput Singapura untuk masuk Malaya. Kemudian 6 buulan kemudian pada

tahun yang sama juga, idea itu dikembangkan lagi, dan Tunku bersedia untuk

menerima bukan sahaja Singapura tetapi Sarawak, Brunei, dan Borneo Utara

selepas mereka memperoleh kemerdekaan (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi &

Ismail, 2003). Walaubagaimanapun, hasrat Tunku ini hanya terlaksana pada

Page 15: Penubuhan Malaysia

tahun 1961 iaitu lebih kurang 5 tahun selepas Tunku menyatakan hasrat beliau

pada tahun 1955. Pada 27 Mei 1961, ketika perjumpaan untuk South East Asian

Journalists di Singapura, Tunku telah menyatakan hasrat beliau ini dengan begitu

serius dan penuh komitmen (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003).

Didalam ucapan beliau:

(Sumber: Rahman, T. A. (1965). Malaysia: Key Area in Southeast Asia. dlm.

Foreign Affair. dlm. Mohd Rizal. (2009). Isu Pemisahan Singapura Malaysia.

JEBAT, 36, 62-89.)

Tunku juga ada menjelaskan mengenai faedah yang boleh didapati oleh

semua ahli dalam penggabungan ini. Sebelum mendedahkan hasrat beliau ini

secara umum, Tunku Abdul Rahman telah melakukan perjumpaan dengan

pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Lee Kuan Yew pada tahun 1961 bulan

januari, Senu Abdul Rahman iaitu merupakan ahli politik Malaysia dan

merupakan setiausaha Agung UMNO yang pertama, beliau berbincang

mengenai hasil survei beliau di Sabah ,Sarawak dan Brunei pada tahun 1960 dan

perjumpaan dengan Harold MacMillan (Perdana Menteri British) di London pada

februari 1961 (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003).

Hasrat Tunku kemudiannya, telah menyebabkan kerana terdapat pelbagai

reaksi yang daripada borneo mengenai penubuhan Malaysia itu. Hal ini dapat

dilihat, ketika lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak pada awal bulan julai

1961, perasaan Anti-Persekutuan sangat kuat dalam dalam kalangan penduduk.

Pada 5 Julai 1961, Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) iaitu

Stephen Kalong Ningkan adalah sangat menentang keras terhadap hasrat Tunku

ini, beliau juga menyatakan Sarawak ini tidak akan diletakkan ke dalam

persekutuan dan jika hal itu berlaku, maka ianya akan ditentang secara habis-

habisan. Pernyataan yang sama juga dikeluarkan oleh Ong Kee Hui, Pengerusi

Page 16: Penubuhan Malaysia

Sarawak Sarawak United People Party (SUPP). Manakala, di Sabah pula, Donald

Stephen (Tun Ahmad Fuad Stephen) menyatakan beiau akan menentang untuk

meletakkan Sabah ke dalam Malayan Colonies. Tambahan pula, di Singapura Lee

Kuan Yew amat menyokong kuat mengenai penubuhan Malaysia ini sehingga

tertubuhnya Dialog Borneo (Dialogue Borneo) (Jayum, 2003). Gabenor British di

Sabah (Sir Anthony Abell) dan Sarawak (Sir Ralph Hone) dan pesuruhjaya Tinggi

British di Brunei (Sultan Omar Ali Saifuddin) telah mengadakan perbincangan

dengan Pesuruhjaya Awam di Singapura mengenai penubuhan Malaysia ini.

Tidak ada kata putus yang dicapai. Walaubagaimanapun, isu penggabungan ini

kemudiannya telah menyebabkan kerjasama yang rapat terjalin antara Borneo

sebelum membuat sebarang keputusan untuk menyertai persekutuan.

3.5 Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysia

Solidarity Consultative Committee)

Disebabkan pelbagai reaksi daripada pihak-pihak yang telah dibincangkan

diatas, suatu perbincangan secara tidak rasmi telah buat dengan perwakilan

Sabah dan Sarawak yang terdapat di Singapura pada 23 Julai 1961 dan hasil

perbincangan tersebut telah tertubuhnya suatu jawatankuasa yang dikenali

sebagai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidarity

Consultative Committee). Jawatankuasa ini telah ditubuhkan pada tahun 1961

yang terdiri daripada wakil-wakil daripada Tanah Melayu dan Singapura iaitu Lee

Kuan Yew, Ismail Yusof & Dato Ong Yokelin manakala Borneo pula, Sarawak

diwakili oleh Temenggung Jugah Ann Barieng dan Dato Abang Haji Openg ,

Sabah diwakili oleh Datu Mustapha Bin Datu Harun dan Donald Stephen, Brunei

pula diwakili oleh Dato’ Setia Pangeran Ali Bin Pangeran Haji Mohd Daud dan

Dato’ Setia Pangeran Haji Mohd Yusof (Mohd Nor Abdullah, 1979). Antara tujuan

dan matlamat penubuhan jawatankuasa ini adalah (Kassim Thukiman, 2002):

1) Mengumpul segala pandangan dan cadangan mengenai penubuhan

Malaysia

2) Menyebarkan maklumat mengenai idea Malaysia

3) Menggalakkan dan menganjurkan perbincangan mengenai idea Malaysia

4) Mengadakan pelbagai aktiviti untuk merealisasikan penubuhan Malaysia

Dibawah jawatankuasa ini, sebanyak 4 mesyuarat telah diadakan yang

berlangsung di Jesselton pada 24 Ogos 1961. Perkara-perkara yang diperhatikan

Page 17: Penubuhan Malaysia

dalam mesyuarat tersebut adalah terdapat wakil-wakil daripada Borneo yang

menyatakan bahawa mereka khuatir akan dominasi Melayu , mereka tidak mahu

sewenang-wenangnya pentadbiran British itu ditukar menjadi pentadbiran

Melayu (Jayum, 2003). Malahan Donald Stephen ada menyatakan bahawa

pandangan awal beliau yang negative terhadap pembentukan Malaysia adalah

disebabkan kurangnya maklumat mengenai idea tersebut. Selain itu, dalam

mesyuarat itu juga, mereka ada membincangkan mengenai segelintir daripada

ahli jawatankuasa itu menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum

mempertimbangkan penggabungan mereka dengan persekutuan Tanah Melayu

untuk membentuk Malaysia, Gabenor British di Sabah (Sir Anthony Abell) dan

Sarawak (Sir Ralph Hone) dan pesuruhjaya Tinggi British di Brunei (Sultan Omar

Ali Saifuddin) menganjurkan suatu perhubungan dijalankan terlebih dahulu,

kerana sebelum ini tidak ada sebarang perhubungan mahupun perjanjian yang

dilakukan secara rasmi antara ketiga-tiga buah negeri itu sebagaimana, yang

dilakukan oleh Singapura sebelum mereka sebuah bersatu di bawah

persekutuan. Walaubagaimanapun, hasil daripada perjumpaan pertama

jawatankuasa ini, kelihatan penentangan terhadap pembentukan Malaysia ini

berkurang.

Hasil secara keseluruhan, mesyuarat yang dilakukan itu jawatankuasa ini

menjangkakan bahawa persekutuan Malaysia bakal mempunyai perkara-perkara

seperti kerajaan persekutuan, hak keistimewaan perlindungan , imigrasi, Bahasa,

Agama, keutamaan dalam perkhidmatan Awam bagi Sabah dan Sarawak serta

hak kerakyatan (Jayum,2003), perkara-perkara inilah yang terangkum didalam

perlembagaan Malaysia 1963. Secara keseluruhannya, dapat dilihat. penubuhan

jawatankuasa ini adalah titik tolak kepada pencapaian kesepakatan daripada

pelbagai pihak yang memebrikan reaksi. Ianya merupakan medium yang

terpenting ke arah penubuhan Malaysia. Rentetan daripada penubuhan

jawatankuasa ini, telah berlaku beberapa peristiwa lain yang tidak kurang

pentingnya seperti perjanjian antara Persekutuan Malaya-Singapura, Misi ke

London oleh Tunku Abdul Rahman, Referendum Singapura sehinggalah ke

pemisahan Singapura daripada Malaya, Suruhanjaya Cobbold, Inter-

Governmental Committee (IGC) sehinggalah pengisytiharan Malaysia dilakukan

pada 16 September 1963. Walaubagaimanapun, dalam penubuhan persekutuan

Malaysia ini, Brunei tidak termasuk atas sebab-sebab yang telah dibincangkan

diatas, begitu juga dengan Singapura yang telah menjadi sebuah negara yang

Page 18: Penubuhan Malaysia

tersendiri pada 9 Ogos 1965 kerana, faktor keseimbangan kaum dan

kebimbangan Tunku Abdul Rahman terhadap pengaruh komunis di Singapura.

Setelah penubuhan Malaysia pada tanggal 16 September 1963 yang meliputi

Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan tambahan kepada

perlembagaan yang sedia ada (Perlembagaan 1957) terutamanya dalam

perlembagaan mengenai Sabah dan Sarawak. Antaranya ialah (Kassim

Thukiman, 2002):

i) Kedua-dua negeri tidak mempunyai agama rasmi

ii) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi

iii) Tambahan perlembagaan bagi kedua-dua negeri dalam Perlembagaan

Persekutuan

iv) Ketua bagi persekutuan – Ketua negeri tidak boleh menjadi Ketua

Negara bagi Persekutuan

v) Nama bagi Persekutuan ialah Malaysia bukan Melayu Raya

vi) Nama bagi Persekutuan ialah Malaysia bukan Melayu Raya

vii) Imigresen diletakkan dibawah kuasa pusat, tetapi memasuki Sabah

dan Sarawak di bawah kerajaan negeri

viii) Borneonisation-keutamaan dalam perkhidmatan awam

Oleh itu dapat dilihat secara keseluruhannya, perlembagaan yang

terbentuk ini adalah rentetan daripada perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

1948 dan Perlembagaan Merdeka 1957 sehinggalah kepada perlembagaan yang

ada pada hari ini. Kandungan perlembagaan merupakan suatu yang rumit tetapi

ianya perlu diketahui dan dihormati oleh setiap rakyat. Hal ini kerana,

perlembagaan inilah yang menjadi prinsip asas kepada sistem perundangan

yang ada pada kita pada hari ini. Lazimnya, institusi kehakiman sahaja yang

biasanya mentafsir setiap satu perkara di dalam perlembagaan berdasarkan

kepada pendekatan undang-undang.

Rumusannya, dapatlah dilihat bahawa penubuhan Malaysia ini bukanlah

suatu perkara yang dilakukan secara membabi buta hal ini kerana, ianya telah

melalui suatu proses demi proses untuk memastikan motif penubuhan Malaysia

bukanlah suatu perkara mainan tetapi ianya merupakan suatu komitmen yang

sangat teliti daripada Tunku Abdul Rahman sendiri. Dapat dilihat juga,

penubuhan Malaysia ini bermula dengan idea penubuhan, bahkan idea-idea

berkaitan penubuhan Malaysia ini juga sebenarnya telah wujud lama sebelum

Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat beliau itu dan ianya telah melalui

Page 19: Penubuhan Malaysia

proses-proses yang berperingkat seperti yang dibincangkan diatas. Selain itu

juga, peristiwa-peritiswa di atas merupakan antara peristiwa yang merupakan

titik tolak utama kepada penubuhan Malaysia sekaligus menjadi penyebab

kepada tertubuhnya Malaysia.

(Dang Soryla, sampai 17 page setelah aku cuba meringkaskan, sebenarnya lagi

banyak tapi aku ndak masukkan uhuhu)

Rujukan

Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Skudai, Johor: UTM.

Cheah Bon Kheng. (1983). Red Star Over Malay. Singapura: Singapore University Press.

Mohd Faidz Mohd Zain, Jamaei Hj. Jamil, Mohd Rizal Mohd Yaakob & Mohamad Rodzi Abd Razak. (2011). Pengaruh Nasionalisme Melayu Mempengaruhi Mewarnai Budaya Politik Melayu Dalam Umno. Jurnal Melayu, (7), 193 – 216.

State Of Brunei Annual Report. (1958). dlm. Ongkili, J. P. (1985). Nation Building In Malaysia. London: Oxford University Press.

Maman, S, Mahayana. (2007). Gerakan Budaya Menjelang KEmerdekaan Indonesia – Malaysia. Makara, Sosio Humaniora, 11 (2), 48-57.

Ahmat Adam. (2011). Partai Kebangsaan Melayu Malaya. JEBAT, 28, 63-74.

Ongkili, J. P. (1985). Nation Building In Malaysia. London: Oxford University Press.

Byungkuk Soh. (2012). Ideology and Shaping Of Malaysia A Socio- Intellectual History. Jakarta: Universitas Indonesia.

Milne, R. S. & Mauzy, D. K. (1978). Politics and Government In Malaysia. Singapore: Federal Publications.

Mohamad Rozi Abd. Razak. (2003). Gagasan Malaysia Dan Penglibatan British: Satu Tinjauan. JEBAT, 29, 109-122.

Mohd Rizal Mohd Yaakop. (2009). Isu Pemisahan Singapura – Malaysia: Rasional Keselamatan Politik. JEBAT, 62-89.

Jayum, A. Jawan. (2003). Malaysian Politics & Government. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd.

Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Hj, Mohd Rashid. (2003). Malaysian Studies: Nationhood And Citizenship. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Page 20: Penubuhan Malaysia

Carnell. (1955). Dlm. Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif sejarah dan Politik. Skudai, Johor: UTM.

Rahman, T. A. (1965). Malaysia: Key Area in Southeast Asia. dlm. Foreign Affair. dlm. Mohd Rizal. (2009). Isu Pemisahan Singapura Malaysia. JEBAT, 36, 62-89.