3
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning DAPATAN JURNAL 1 Menurut Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwan Mat Salleh, Intan Farahana Kamsin, Helmi Norman, Nor Mohamad Ismail, Ahmad Syukri Mohamad Zaid (2014) Teknologi Web 2.0 menyokong proses P&P dan pelajar akan lebih berminat apabila pensyarah mengintegrasikan teknologi Wb 2.0 dalam P&P. Pensyarah haruslah mereka bentuk strategi P&P dengan merujukkan kekuatan dan kelemahan yang ada pada teknologi Web 2.0 serta cabaran yang dialami oleh pelajar agar rancangan yang disediakan lebih bermakna. Kemudahan infrastuktur institusi perlu dilengkapkan dalam memartabatkan institusi pendidikan Negara. DAPATAN JURNAL 2 Menurut Wahyu binti Idrus, Yahya Buntat (2012), proses pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Penggunaan kaedah pengajaran berbantukan computer haruslah diperluaskan lagi di sekolah-sekolah agar ia dapat menyaingi perubahan pendidikan masa kini. ‘e-Learning’ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Penyelidik juga telah menyatakan perbezaan antara pembelajaran Tradisional dan e-Learning dalam kajiannya. DAPATAN JURNAL 3 Ting Suh Ping (2012) berpendapat bahawa penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik epada murid-murid dan meningkatkan kecekapan dan keberkesaan hasil pembelajaran. Guru dapat membuat persiapan

Penulisan dapatan kajian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penulisan dapatan kajian

Penulisan Dapatan Kajian E-Learning

DAPATAN JURNAL 1

Menurut Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwan Mat Salleh, Intan Farahana Kamsin, Helmi Norman, Nor Mohamad Ismail, Ahmad Syukri Mohamad Zaid (2014) Teknologi Web 2.0 menyokong proses P&P dan pelajar akan lebih berminat apabila pensyarah mengintegrasikan teknologi Wb 2.0 dalam P&P. Pensyarah haruslah mereka bentuk strategi P&P dengan merujukkan kekuatan dan kelemahan yang ada pada teknologi Web 2.0 serta cabaran yang dialami oleh pelajar agar rancangan yang disediakan lebih bermakna. Kemudahan infrastuktur institusi perlu dilengkapkan dalam memartabatkan institusi pendidikan Negara.

DAPATAN JURNAL 2

Menurut Wahyu binti Idrus, Yahya Buntat (2012), proses pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Penggunaan kaedah pengajaran berbantukan computer haruslah diperluaskan lagi di sekolah-sekolah agar ia dapat menyaingi perubahan pendidikan masa kini. ‘e-Learning’ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Penyelidik juga telah menyatakan perbezaan antara pembelajaran Tradisional dan e-Learning dalam kajiannya.

DAPATAN JURNAL 3

Ting Suh Ping (2012) berpendapat bahawa penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik epada murid-murid dan meningkatkan kecekapan dan keberkesaan hasil pembelajaran. Guru dapat membuat persiapan awal dan mencari maklumat P&P secara berkesan. Dengan penggunaan peralatan ICT, proses P&P akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Proses P&P lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.

DAPATAN JURNAL 4

Rafiza Abdul Razak (2013) mendapati pembelajaran aktif secara kolaboratif atas talian dalam analisis novel Bahasa Melayu sangat memberi impak dan peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, kolaboratif dan

Page 2: Penulisan dapatan kajian

menggalakkan pembelajaran seumur hidup. Penyelidik mendapati ‘Facebook’ membolehkan pelajar bebas berbincang, mengeluarkan pendapat dan bertanya soalan dengan guru atau rakan mereka. Perhubungan yang berlaku secara maya ini mewujudkan suasana yang selesa dan tidak timbul rasa malu. Penyelidik mendapati bahawa pemilihan “Facebook”sebagai platform telah menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu adalah tepat.

DAPATAN JURNAL 5

Menurut Tan Choon Keong & Carol (2013), hasil kajian yang telah dilaksanakan dalam menguji keberkesanan pengaplikasian video YouTube sebagai BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah telah menunjukkan pengaplikasian ini Berjaya menarik minat pelajar Tingkatan 4 dan membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah. Ini kerana kaedah pengajaran ini dapat menyampaikan isi pengajaran secara telus dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dan pembimbing. Pelajar menggunakan deria pendengaran dan penglihatan supaya mereka lebih fokus ketika menonton video dalam proses penyampaian maklumat dalam mata pelajaran Sejarah.

Sumber Rujukan

Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwan Mat Salleh, Intan Farahana Kamsin, Helmi Norman, Nor Mohamad Ismail, Ahmad Syukri Mohamad Zaid (2014) Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai Pembelajaran Bermakna. UKM

Wahyu binti Idrus, Yahya Buntat (2012) Aplikas ‘e-Learning’ dalam Pengajaran & Pembelajaran Sekolah Malaysia: Isu dan cadangan perlaksanaan.UTM

Ting Suh Ping (2012) Meningkatakan Minat dan Pembelajaran Murid Tahun Tiga Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan ICT. IPG KBL

Rafiza Abdul Razak (2013) Strategi Pembelajaran Aktif secara Kolaboratif atas Talian dalam Novel Bahasa Melayu. UM.

Tan Choon Keong & Carol (2013) Pengaplikasian Video YouTube: Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial. UMS.