Upload
siti-fironika-hj-abd-rahman
View
1.201
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PENULISAN HURUF
Disediakan oleh:
Corina Sulat Ungkut
Mohd Yasser
Huruf Besar
Huruf Condong
Huruf Besar
• Huruf besar digunakan bagi huruf pertama
kata awal ayat.
• Misalnya:
Dia mengantuk.
Apa maksudmu?
Kita harus bekerja keras.
Pekerjaan itu belum selesai.
• Huruf besar digunakan sebagai huruf
pertama petikan langsung.
• Misalnya:
i. Adik bertanya, "Bilakah kita
pulang?”
ii. Bapa menasihati, "Berhati-hatilah,
nak!“
iii. "Kelmarin engkau terlambat," katanya.
iv. "Esok pagi," kata ibu, "dia akan berangkat."
• Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam
ungkapan yang berhubungan dengan kitab suci dan nama
Allah, termasuk kata ganti untuk Allah.
• Misalnya:
i. Allah
ii. Yang Maha Kuasa
iii. Yang Maha Pengasih
iv. Quran
v. Islam
vi. Tuhan akan menunjukkan jalan yang benar kepada hamba-
Nya.
vii. Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhan, ke jalan yang Engkau
restui.
• Huruf besar digunakan sebagai huruf
pertama gelaran
kehormatan, keturunan, dan keagamaan
yang diikuti nama orang.
• Misalnya:
i. Nabi Ibrahim
ii. Imam Syafii
iii. Tun Abdul Razak
iv. Sultan Hasanuddin
v. Haji Agus Salim
• Huruf besar digunakan juga sebagai huruf pertama
nama gelaran kehormatan yang tidak diikuti nama
orang, khusus bagi perkataan Sultan, Raja, Tan
sri, Datuk,
• Misalnya:
i. Baginda baru saja ditabalkan menjadi Sultan.
ii. Beliau baru saja mendapat gelaran Datuk.
• Huruf besar tidak digunakan sebagai huruf pertama
nama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan
yang umum yang tidak diikuti nama orang.
• Misalnya:
i. Tahun ini dia pergi menunaikan haji.
• Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama
unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti
nama orang.
• Misalnya:
i. Gabenor Tun Syed Sheikh Barakbah
ii. Leftenan Muda Wan Hassan
iii. Menteri Adam Malik
iv. Perdana Menteri Malaysia
v. Profesor Dr. Omar
• Huruf besar tidak digunakan sebagai
huruf pertama nama jawatan dan
pangkat yang tidak diikuti nama orang.
• Misalnya:
i. Siapakah gabenor yang baru dilantik
itu?
• Huruf besar digunakan sebagai huruf
pertama unsur nama orang.
• Misalnya:
i. Amir Hamzah
ii. Tuanku Abdul Rahman Putra Al-haj
• Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama
bangsa, suku bangsa, dan bahasa.
• Misalnya:
i. bangsa Melayu
ii. suku Kadazan
• Huruf besar tidak digunakan sebagai huruf pertama
nama bangsa, suku, dan bahasa yang tidak digunakan
sebagai nama.
• Misalnya:
i. memelayukan kata-kata asing
ii. keinggeris-inggerisan
• Huruf besar digunakan sebagai huruf
pertama nama tahun, bulan, hari, hari
raya, dan peristiwa sejarah.
• Misalnya:
tahun Hijrah
tarikh Masehi
hari Jumaat
Perjanjian Pangkor
• Huruf besar tidak digunakan sebagai
huruf pertama peristiwa sejarah yang
tidak digunakan sebagai nama.
• Misalnya:
i. mengisytiharkan kemerdekaan
ii. memerangi penyeludupan candu.
• Huruf besar digunakan sebagai huruf
pertama nama khas dalam bidang geografi.
• Misalnya
Asia Tenggara
Gunung Kinabalu
Gua Niah
Gunung Tahan
• Huruf besar tidak digunakan sebagai
huruf pertama nama unsur geografi.
• Misalnya:
berlayar ke teluk
mandi di sungai
menyeberangi selat
pergi ke arah tenggara
• Huruf besar digunakan sebagai huruf
pertama unsur nama rasmi badan, lembaga
pemerintah dan ketatanegaraan, serta
nama dokumen rasmi kecuali unsur seperti
dan.
• Misalnya:
Republik Indonesia
Dewan Rakyat
• Huruf besar tidak digunakan sebagai huruf
pertama perkataan yang tidak dipakai
sebagai unsur rasmi badan, lembaga
pemerintah dan ketatanegaraan, serta nama
dokumen rasmi.
• Misalnya:
i. Menurut undang-undang yang sedia ada
ii. Kerjasama antara pegawai kementerian
dan rakyat.
• Huruf besar digunakan sebagai huruf
pertama semua perkataan dalam nama
buku, majalah, suratkhabar, dan judul
karangan kecuali kata partikel, seperti
di, ke, dari, untuk dan yang, yang tidak
terletak pada kedudukan awal.
• Misalnya:
i. majalah Bahasa dan Sastera
ii. akhbar Utusan Melayu
• Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama
singkatan unsur nama gelaran, pangkat, dan
sapaan.
• Misalnya:
Dr. Doktor
En. Encik
M.A. Master of Arts
S.E. Sarjana Ekonomi
• Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama kata
penunjuk hubungan kekerabatan/persaudaraan
seperti bapa, emak, ibu, kakak, adik, dan pak cik
yang digunakan sebagai kata ganti atau sapaan yang
diikuti nama orang.
• Misalnya:
Bilakah Pak Mat berangkat?
Esok Pak Cik Ali akan datang.
Silakan duduk, Kak Timah!
Mereka pergi ke rumah Mak Mah.
Para ibu mengunjungi Ibu Zain.
• Huruf besar tidak digunakan sebagai huruf
pertama kata penunjuk hubungan
kekerabatan yang dipakai sebagai kata ganti
atau sapaan yang tidak diikuti nama orang.
• Misalnya:
i. Kita harus menghormati bapa dan ibu kita.
ii. Semua kakak dan adik saya sudah
berkeluarga.
Huruf Condong
• Huruf condong dalam cetakan digunakan
untuk menegaskan atau mengkhususkan
huruf, bahagian perkataan, atau
kelompok perkataan.
• Huruf condong dalam cetakan digunakan
untuk menulis nama buku, majalah, dan
suratkhabar yang dikutip dalam karangan.
• Misalnya:
i. majalah Bahasa dan Kesusasteraan
ii. buku Salina karangan A. Samad Said
iii. akhbar Berita Harian
• Huruf condong dalam cetakan digunakan
untuk menulis perkataan nama ilmiah atau
ungkapan asing kecuali yang telah
disesuaikan ejaannya.
• Misalnya:
i. Nama ilmiah manggis ialah Carcinia
Mangostana.
TAMAT