72
1.0 PENGENALAN Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan, iaitu mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ), melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul, serta meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Dalam Kemahiran Pergerakan Asas, kemahiran ini terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran lokomotor dan kemahiran bukan lokomotor. 1.1 Kemahiran Lokomotor Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua, iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata. 2

Pergerakan Asas Perry

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pergerakan Asas Perry

1.0 PENGENALAN

Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk

membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka

sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan, iaitu

mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas

dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ), melatih kanak-

kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul, serta

meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan.

Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat

komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif,

Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Dalam Kemahiran

Pergerakan Asas, kemahiran ini terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran

lokomotor dan kemahiran bukan lokomotor.

1.1 Kemahiran Lokomotor

Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari

satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua, iaitu

Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata.

Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan

Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

1.1.1 Lokomotor beritma sekata

1. Berjalan Pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan

berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain.

2. Berlari Kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh

anggota terangkat daripada mencecah bumi

2

Page 2: Pergerakan Asas Perry

3. Melompat (mendarat dengan dua kaki)

Pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada

tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau

kedua-dua belah kaki

4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)

5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan

berterusan dengan kaki berselang-seli)

6. MeloncatKetika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih

kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat

dicapai.

7. Melompat Ketingting Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu,

kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak

digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak

mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu,

kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

1.1.2 Lokomotor beritma tidak sekata

1. Skip

2. Melongsor

3. Galop

3

Page 3: Pergerakan Asas Perry

1.2 Kemahiran Bukan Lokomotor

Kemahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa

menggerakkan dasar penyokong seseorang.

1.2.1 Membongkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat

antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh

bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel

membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke

belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-

jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula

membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke

belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini

terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan

bahagian lengan atas dan bahu.

1.2.2 Meregang Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian

badan. Ekstensi didefinisikan sebagai pengembalian bahagian

badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau

dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180

darjah.

Contoh-contoh aktiviti untuk membongkok dan meregang:

1. Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula

dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,

tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti

kaki, lengan, kepala dan belakang.

2. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan

menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan

dasar menyokong.

4

Page 4: Pergerakan Asas Perry

1.2.3 Mengilas Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan

mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar

menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan

sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh

dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi

panjang.

1.2.4 Memusing Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan.

Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah

tempat.

Contoh-contoh aktiviti untuk mengilas dan memusing:

1. Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan,

badan, dan leher.

2. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan

berlainan sebagal dasar menyokong.

1.2.5 Menolak Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa

rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau

menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan

menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan

pinggul.

1.2.6 MenarikMenarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek

kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan

menggunakan tangan.

5

Page 5: Pergerakan Asas Perry

Contoh-contoh aktiviti menolak dan menarik:

1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang

berlainan

2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , dan ke sisi .

3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian

badan yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki.

1.2.7 HayunHayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan

mengelilingi satu titik tengah yang tetap.

1.2.8 Berbuai-buaiPergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh

badan.

Contoh-contoh aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai:

1. Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di

dada.

2. Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain.

3. Hayun dengan bergayut pada palang.

4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke

kiri dan ke kanan.

1.2.9 Rebah Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras

sendah . Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang

cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag

tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan

dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin

berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa

berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar

menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila

6

Page 6: Pergerakan Asas Perry

pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga

dasar menyokong baru didapati.

1.2.10 Bangkit Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan,

mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang

cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

Contoh-contoh aktiviti untuk rebah dan bangkit:

1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga

bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.

2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .

3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.

4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.

1.3 Kemahiran ManipulatifKemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid

sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui

pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan

mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola

besar, gelung rotan, tali, kayu, reben, gelung kecil, belantan dan

sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.

Thomas, Lee & Thomas (1988) menyatakan bahawa manipulasi

melibatkan tiga aspek iaitu:

1. Memberi tenaga kepada objek ( melontar, menyepak, merejam,

mengumpan, memukul )

2. Menguasai objek ( menangkap dan menyambut )

3. Mengawal objek ( menggelecek dan memantul bola )

7

Page 7: Pergerakan Asas Perry

2.0 MATLAMAT

Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus

matapelajaran Pergerakan Asas yang juga menjadi persediaan asas bagi

pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian

semester dua nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk

mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih

mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat

menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa

banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai

pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan

secara indvidu, diharapkan guru pelatih mendapat pengetahuan yang

maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam

kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar

lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan

insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri

yang tinggi.

3.0 OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :

1. Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor,

dan manipulasi alatan.

2. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian

dengan lebih berkesan.

3. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta

dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan

dalam melakukan sesuatu pergerakan.

4. Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga

dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan.

5. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam

diri pelajar.

8

Page 8: Pergerakan Asas Perry

6. Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai

bahagian tubuh badan.

7. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga

postur yang baik.

8. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan

iaitu ruang, masa, beban dan aliran.

9. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

10.Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.

11.Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik

melalui pergerakan.

12.Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.

13.Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

5.0 Tarikh30 April 2013

6.0 TempatGimnasium Saidina Hamzah

7.0 Kumpulan SasaranPelajar Tahun Empat

8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta

20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan

lokomotor. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan

yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu

bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan

contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung rotan. Pelajar perlu bijak

menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan

licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu

9

Page 9: Pergerakan Asas Perry

melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan

ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah.

8.1 Pelan lantaiRujuk Lampiran

8.2 Senarai peralatan berat1) Exercise Mat

2) Bangku panjang

10

Page 10: Pergerakan Asas Perry

3) Peti Lombol

4) Papan Anjal

5) Skittel

11

Page 11: Pergerakan Asas Perry

6) Kotak

8.3 Senarai alatan tangan1) Gelung

2) Belatan

12

Page 12: Pergerakan Asas Perry

3) Pundi kacang

4) Riben

13

Page 13: Pergerakan Asas Perry

8.4 Prosedur pelaksanaan demonstrasi

Pergerakan 1

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor

Nama pergerakan : Belantanku sayang

Alatan : Belatan (2)

Cara pelaksanaan :

1) Berdiri tegak

2) Belatan digerakkan bermula dengan arah atas

3) Kemudian, belatan digerakkkan ke arah sisi

4) Seterusnya, belatan digerakkan ke arah hadapan

5) Ulang langkah 2,3 dan 4

14

Page 14: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 2

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor

Nama pergerakan : Lompat katak bergelung

Alatan : Gelung (1)

Cara pelaksanaan :

1) Posisi badan adalah seperti permulaan lompat katak, iaitu posisi

mencangkung, dengan badan berada di dalam gelung sambil

tangan memegang gelung

2) Melompat ke hadapan seperti lompat katak

15

Page 15: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 3

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor

Nama pergerakan : Irama gelung

Alatan : Gelung (1)

Cara pelaksanaan :

1) Berdiri tegak sambil memegang gelung dengan tangan kanan

2) Pusingkan gelung bermula dari arah bawah

16

Page 16: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 4

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor

Nama pergerakan : Imbangan pundi

Alatan : Pundi kacang (1)

Cara pelaksanaan :

1) Berdiri dengan sebelah kaki sementara pundi diletakkan di atas

kepala

2) Lompat ke hadapan dengan sebelah kaki (seperti permainan

ketingting) sambil tangan didepakan untuk mengimbang badan

3) Rapatkan kedua-dua belah kaki setelah semasa mendarat

17

Page 17: Pergerakan Asas Perry

18

Page 18: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 5

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor

Nama pergerakan : Hayunan belantan

Alatan : Peti lombol dan belatan (2)

Cara pelaksanaan :

1) Duduk melutut di atas peti lombol sambil memegang belatan ke

arah bawah

2) Belatan diangkat ke sisi dan dihayun ke atas dan ke bawah secara

berulangkali

19

Page 19: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 6

Jenis pergerakan : Lokomotor

Nama pergerakan : Pusingan menggapai langit

Alatan : Tilam dan pundi kacang (2)

Cara pelaksanaan :

1) Menahan badan dengan tangan, bermula dengan tangan kiri sambil

kedua-dua tangan memegang pundi kacang

2) Pusingkan badan ke arah bertentangan dengan tangan kanan

menahan badan

3) Ulang langkah 1 dan 2

20

Page 20: Pergerakan Asas Perry

21

Page 21: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 7

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor

Nama pergerakan : Tepuk pundi

Alatan : Pundi kacang (1)

Cara pelaksanaan :

1) Berdiri tegak sambil memegang pundi kacang

2) Lambung pundi kacang itu ke atas sambil menepuk tangan dua kali

22

Page 22: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 8

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor

Nama pergerakan : Bus driver

Alatan : Gelung (1)

Cara pelaksanaan :

1) Berdiri sambil memegang gelung ke hadapan seperti memegang

stereng bas

2) Berjalan ke hadapan dengan memulakan langkah dengan kaki

kanan dan memusing gelung ke arah kiri dahulu

3) Ulang langkah 2 dengan menukar arah kaki dan arah pusingan

gelung

23

Page 23: Pergerakan Asas Perry

24

Page 24: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 9

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor

Nama pergerakan : Regangan imbangan pundi

Alatan : Pundi kacang (2)

Cara pelaksanaan :

1) Duduk dengan membengkokkan lutut

2) Letakkan pundi kacang di atas lutut untuk mengimbanginya

3) Regangkan badan ke sebelah kanan dengan membawa kedua-dua

belah tangan ke arah yang sama

4) Ulang langkah 3 dengan menukar arah ke kiri

25

Page 25: Pergerakan Asas Perry

26

Page 26: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 10

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor

Nama pergerakan : Pimpin gelungku

Alatan : Skittel dan gelung (1)

Cara pelaksanaan :

1) Berdiri sambil memegang gelung ke bawah

2) Leretkan gelung ke kawasan skittel

3) Tangan tidak dilepaskan dan pimpin gelung ke kiri dan ke kanan

27

Page 27: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 11

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor

28

Page 28: Pergerakan Asas Perry

Nama pergerakan : Gelungku pusing

Alatan : Gelung (1)

Cara pelaksanaan :

1) Duduk melutut dengan memegang gelung ke hadapan

2) Pusingkan gelung 360 bermula dari arah kanan dengan

menggunakan tangan

29

Page 29: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 12

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor

Nama pergerakan : Tarian pundi India

Alatan : Bangku panjang dan pundi kacang

Cara pelaksanaan :

1) Berdiri di atas bangku panjang dengan kedua-dua belah tangan

memegang pundi kacang

2) Sebelah tangan berada di atas dan sebelah tangan lagi berada di

bawah, iaitu seperti posisi tarian India

3) Berjalan ke hadapan bangku sambil menukar arah tangan ke atas

dan ke bawah

30

Page 30: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 13

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor

Nama pergerakan : Imbang dan baling pundi

Alatan : Pundi kacang (2)

Cara pelaksanaan :

1) Duduk melutut dengan meletakkan satu pundi kacang di atas

kepala dan satu lagi dipegang pada tangan kanan

2) Baling pundi kacang di tangan kanan ke tangan kiri sambil

mengimbang pundi kacang di atas kepala

3) Ulang langkah 2 dengan menukar arah balingan

31

Page 31: Pergerakan Asas Perry

32

Page 32: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 14

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor

Nama pergerakan : Lompatan Si Gemuk

Alatan : Kotak dan gelung (1)

Cara pelaksanaan :

1) Berdiri di permulaan kotak dengan badan berada di dalam gelung

2) Tangan memegang gelung pada paras pinggang

3) Lompat melepasi kotak

4) Mendarat dengan lutut dibengkokkan sedikit

33

Page 33: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 15

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor

Nama pergerakan : Putaran gelung

Alatan : Gelung (1)

Cara pelaksanaan :

1) Berdiri sambil membongkokkan badan ke hadapan dengan

memegang gelung

2) Putarkan gelung dengan kedua-dua belah tangan dari arah kanan

ke arah kiri

34

Page 34: Pergerakan Asas Perry

35

Page 35: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 16

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor

Nama pergerakan : Ular Terbang

Alatan : Riben

Cara pelaksanaan :

1) Berdiri sambil memegang riben

2) Menggerakkan riben ke kiri dan ke kanan

3) Memutarkan riben pada paras atas kepala.

36

Page 36: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 17

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor

Nama pergerakan : Gerudi belatan

Alatan : Belatan (2)

Cara pelaksanaan :

1) Bongkokkan badan dengan mengangkat sebelah kaki sambil

tangan memegang belatan ke hadapan

2) Angkat kaki kiri ke belakang dan putarkan belatan ke hadapan

3) Ulang langkah 2 dengan mengangkat kaki kanan

37

Page 37: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 18

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor

Nama pergerakan : Gerakan harimau

Alatan : Pundi kacang (2)

Cara pelaksanaan :

1) Posisi adalah seperti merangkak

2) Pundi diletakkan di atas belakang tapak tangan

3) Merangkak ke hadapan bermula dengan tangan kanan di hadapan

dan diikuti tangan kiri pula secara berselang-seli

38

Page 38: Pergerakan Asas Perry

39

Page 39: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 19

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor

Nama pergerakan : Lompatan X

Alatan : Papan anjal dan belatan (2)

Cara pelaksanaan :

1) Berdiri di permulaan papan anjal dengan tangan memegang

belatan yang disilangkan seperti bentuk X

2) Lompat ke atas papan anjal dengan tangan di sisi sambil

memegang belatan

3) Semasa mendarat, belatan di tangan disilangkan semula

40

Page 40: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 20

Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor

Nama pergerakan : Morning glory

Alatan : Belatan (2)

41

Page 41: Pergerakan Asas Perry

Cara pelaksanaan :

1) Bongkokkan badan ke sebelah kanan dengan memegang belatan

ke hadapan

2) Angkat belatan ke atas mengikut arah iaitu dari kanan ke kiri

42

Page 42: Pergerakan Asas Perry

43

Page 43: Pergerakan Asas Perry

PERGERAKAN 21

Jenis Pergerakan : Lokomotor

Nama Pergerakan : Lompat Tinggi-tinggi

Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:

1) Berdiri seluas bahu dengan lutut dibengkokkan sedikit dan tangan

dihayun ke belakang.

2) Lompat setinggi mungkin ke hadapan

3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan lutut dibengkokkan

sedikit untuk menyerap hentakan.

44

Page 44: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 22

Jenis Pergerakan : Lokomotor

Nama Pergerakan : Lompat Berpusing

Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:

1) Berdiri tegak kemudian berlari anak sejauh 4 langkah

2) Lompat sambil memusingkan badan

3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki

45

Page 45: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 23

Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor

Nama Pergerakan : Kereta Sorong

Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:

1) Dilakukan secara berpasangan

2) Seorang meniarap di atas lantai dan seorang lagi mengangkat kaki

belakang seperti menggunakan kereta sorong.

46

Page 46: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 24

Jenis Pergerakan : Lokomotor

Nama Pergerakan : Ulat Bulu

Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:

1) Kedudukan seperti merangkak

2) Angkat bahagian pinggang ke atas

3)Tangan kanan melangkah ke hadapan dan kaki kiri melangkah ke

hadapan

4) Bawa tangan kiri dan kaki kanan ke hadapan

5) Ulang gerakan tersebut

47

Page 47: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 25

Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor

Nama Pergerakan : Jambatan Gantung

Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:

1) Baring di atas lantai

2) Bengkokkan lutut dan bawa tangan ke belakang

3) Angkat bahagian belakang badan ke atas

48

Page 48: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 26

Jenis Pergerakan : Lokomotor

Nama Pergerakan : Kudaku Laju

Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:

1) Berdiri tegak dengan siku dibengkokkan ke dada

2) Kaki kanan diangkat ke hadapan dan kaki kiri melangkah seperti

biasa

3) Pergerakan diulang dengan bergerak ke hadapan

49

Page 49: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 27

Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor

Nama Pergerakan : Dirian Bangau

Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:

1) Berdiri tegak

2) Angkat sebelah kaki bersudut 90 darjah

3) Tangan didepakan untuk meningkatkan keseimbangan

50

Page 50: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 28

Jenis Pergerakan : Lokomotor

Nama Pergerakan : Gulingan Balak

Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:

1) Berbaring dengan tangan lurus ke atas

2) Gulingkan badan ke sisi

51

Page 51: Pergerakan Asas Perry

Pergerakan 29

Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor

Nama Pergerakan : Buaian Bertentangan

Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:

1) Dilakukan secara berpasangan

2) Berdiri di sisi secara bertentangan.

3) Sebelah tangan memegang bahu pasangan.

52

Page 52: Pergerakan Asas Perry

4) Kaki dihayun ke hadapan dan ke belakang

Pergerakan 30

Jenis Pergerakan : Lokomotor

Nama Pergerakan : Bola Berputar

Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan:

1) Berdiri tegak

2) Rendahkan badan seperti melutut

3) Depakan tangan ke hadapan dan menyentuh lantai

53

Page 53: Pergerakan Asas Perry

4) Gulingkan badan ke hadapan sebanyak dua kali

5) Berdiri tegak seperti sediakala.

9.0 RUMUSAN

Aktiviti pergerakan asas ini dapat mendedahkan pelajar dengan

pergerakan asas yang kompleks dan mencabar mengikut peringkat umur.

Melalui aktiviti ini juga dapat menerapkan unsur keselamatan dan disiplin

dalam diri individu semasa perlakuan pergerakan. Aktiviti-aktiviti pergerakan

asas ini boleh diamalkan dalam kehidupan seharian untuk hidup yang lebih

cergas dan sihat. Selain itu, aktiviti ini dapat membina keyakinan dalam diri

individu dan meningkatkan ketahanan fizikal dan dalaman seseorang. Aktiviti

ini juga menjadikan individu seorang yang kreatif dalam mencipta pergerakan

54

Page 54: Pergerakan Asas Perry

yang berlainan dengan memanipulasi alatan tangan tertentu bersama alatan

berat yang telah ditetapkan.

REFLEKSI

Assalamualaikum. Bersyukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana saya

berjaya menyiapkan tugasan ini. Saya telah memanfaatkan masa yang diberikan

untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sepenuhnya. Walaupun tempoh yang

diberi agak singkat, namun saya berusaha mencapai matlamat yang ditetapkan.

Tugasan ini dapat dilakukan dengan mudah kerana mempunyai perancangan dan

strategi yang berkesan serta sistematik.

Sebaik sahaja pensyarah menjelaskan taklimat mengenai pelaksanaan

tugasan ini, langkah pertama yang dilakukan ialah merancang pelaksanaan tugasan.

55

Page 55: Pergerakan Asas Perry

Saya mula mencari dan mengumpul maklumat, artikel dan semua bahan yang

berkaitan dengan kehendak tugasan. Maklumat yang saya perolehi adalah dari

buku-buku rujukan dan juga internet. Saya menghabiskan banyak masa untuk

menyaring, menganalisis dan menilai maklumat tersebut seperti mana kehendak

tugasan.

Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat meyedari bahawa

pergerakan asas adalah sangat penting untuk dipelajari sebelum mahir melakukan

aktiviti-aktiviti sukan yang lain. Saya dapat menguasai pelbagai kemahiran berkaitan

dengan pergerakan asas. Selain itu, saya juga dapat memahami dengan lebih dalam

lagi tentang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta dapat memanipulasi

alatan dengan memberi perhatian kepada aspek kedudukan postur yang betul ketika

melaksanakan aktiviti pergerakan asas. Sebagai bakal pendidik, adalah wajar bagi

saya untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang topik ini. Saya telah mendapatkan

maklumat, membuat nota, merancang pergerakan untuk dinilai serta mengambil

gambar-gambar berkenaan pergerakan yang akan dipersembahkan.

Saya juga digalakkan untuk berfikir secara kreatif dalam mereka pergerakan-

pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam aktiviti ini. Selain itu, saya juga

dapat mempelajari cara yang betul serta idea baru untuk menghasilkan kertas kerja

yang lebih kemas, teratur, berkualiti serta mengikuti garis panduan yang telah

diberikan oleh pensyarah.

Memandangkan tempoh pelaksanaan tugasan ini agak singkat, saya turut

belajar bagaimana untuk memanfaatkan masa. Sesungguhnya perancangan dan

pengisian masa sangat penting dan menjadi penggerak utama kerja saya. Walaupun

banyak tugasan subjek lain yang masih belum disiapkan sepenuhnya, namun saya

cuba memperuntukan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Sekian.

56

Page 56: Pergerakan Asas Perry

BIBLIOGRAFI

Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Edisi Kedua

Selangor ; Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe. (1994). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor; Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

57

Page 57: Pergerakan Asas Perry

http://ms.wikipedia.org/wiki/kanak-kanak/pergerakanasas

http://www.yahoo/basicmovement/

http://www.alikakanungo.com/image.cont.gif

58

LAMPIRAN