5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCA TION MALA YSIA Sahagian Kokurikulum dan Kesenian Division of Co-Curricular and Arts Aras 3, Siok E9, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA MALAYSIA _ KEMENTERIAN PENDIDlKAN . MALAYSIA Tel.: + 603-8872 1610 Faks (Fax): + 603-8872 1608/1609 Portal: www.moe.gov.my (Website) Ruj. Tuan : Ruj. Kami: KPM.SKK. (KOKU) 100-16/11/06 Jld. 3 (18) Tarikh 10 Jun 2014 12 Sya'ban 1435H Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Dato'lTuan/Puan, PERUTUSAN YB MENTERI KESIHAT AN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014 Dengan hormatnya surat Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, (10) dim. KKM (HECC) 09/62/20/4-5 bertarikh 05 Jun 2014 mengenai perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan Sambutan Minggu Sihat Doktor Muda Peringkat Kebangsaan 2014. Pelaksanaan Minggu Sihat Doktor Muda ini merupakan acara tahunan yang diadakan pad a 01 hingga 07 Julai setiap tahun. Program ini bertujuan untuk mempromosikan Program Doktor Muda kepada komuniti sekolah dan masyarakat serta menjadi platform kepada semua program kesihatan dalam melaksanakan aktiviti kesihatan di sekolah. 3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan perutusan YB Menteri Kesihatan Malaysia untuk dibacakan semasa perhimpunan sekolah sebagai salah satu aktiviti Sambutan Minggu Sihat Doktor Muda di peringkat sekolah. Kerjasama YBhg. Dato'/Tuan/Puan adalah juga diharapkan untuk memaklumkan perkara ini kepada sekolah di bawah kawalan Jabatan YBhg. Dato'lTuan/Puan yang mempunyai Kelab Doktor Muda. "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAMINISTRY OF EDUCA TION MALA YSIASahagian Kokurikulum dan KesenianDivision of Co-Curricular and ArtsAras 3, Siok E9, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYAMALAYSIA

_ KEMENTERIANPENDIDlKAN

. MALAYSIA

Tel.: + 603-8872 1610Faks (Fax): + 603-8872 1608/1609Portal: www.moe.gov.my(Website)

Ruj. Tuan :Ruj. Kami: KPM.SKK. (KOKU) 100-16/11/06 Jld. 3 (18)Tarikh 10 Jun 2014

12 Sya'ban 1435H

PengarahJabatan Pendidikan Negeri

YBhg. Dato'lTuan/Puan,

PERUTUSAN YB MENTERI KESIHAT AN MALAYSIA SEMPENASAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN2014

Dengan hormatnya surat Bahagian Pendidikan Kesihatan, KementerianKesihatan Malaysia, (10) dim. KKM (HECC) 09/62/20/4-5 bertarikh 05 Jun 2014mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Kesihatan,Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian PendidikanMalaysia akan mengadakan Sambutan Minggu Sihat Doktor Muda PeringkatKebangsaan 2014. Pelaksanaan Minggu Sihat Doktor Muda ini merupakanacara tahunan yang diadakan pad a 01 hingga 07 Julai setiap tahun. Programini bertujuan untuk mempromosikan Program Doktor Muda kepada komunitisekolah dan masyarakat serta menjadi platform kepada semua programkesihatan dalam melaksanakan aktiviti kesihatan di sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan perutusan YBMenteri Kesihatan Malaysia untuk dibacakan semasa perhimpunan sekolahsebagai salah satu aktiviti Sambutan Minggu Sihat Doktor Muda di peringkatsekolah. Kerjasama YBhg. Dato'/Tuan/Puan adalah juga diharapkan untukmemaklumkan perkara ini kepada sekolah di bawah kawalan Jabatan YBhg.Dato'lTuan/Puan yang mempunyai Kelab Doktor Muda.

"1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Page 2: Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan

Kerjasama dan sokongan pihak YShg. Dato'rfuan/Puan amat kami sanjungtinggi dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM'

Saya yang menurut perintah,

(ZAINUDIN ABAS)PengarahSahagian Kokurikulum dan KesenianKementerian Pendidikan Malaysia

s.k. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)Pengarah, Sahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 3: Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan

PERUTUSANYB DATO' SRI DR S. SUBRAMANIAM

MENTERI KESIHATAN MALAYSIASEMPENA

MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA 20141 HINGGA 7 JULAI SETIAP TAHUN

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia yang sentiasa memberi sokongan tidak

berbelah bagi kepada Program Doktor Muda. Setinggi penghargaan juga

kepada hamper DUA RIBU BUAH Sekolah Rendah yang telah

menubuhkan Kelab Doktor Muda.

Warga Sekolah Yang Saya Muliakan,

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa bertekad untuk memastikan

semua warga sekolah sama ada warga pendidik, murid dan kakitangan

pentadbiran untuk terus sihat dan mengamalkan cara hidup sihat yang

sewajarnya. Sehubungan itu bagi tahun 2014 Kelab Doktor Muda telah

dikembanqkan kepada Sekolah Menengah.

Page 4: Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan

Kesihatan adalah aset utama, sama ada kita seorang yang pandai, kaya,

berjawatan tinggi tetapi sekiranya kita tidak menjaga kesihatan maka

tidaklah sempurna hidup kita.

Guru-Guru yang saya kasihi,

Berilah peluang dan ruang kepada ahli Kelab Doktor Muda untuk

menyampaikan ilmu kesihatan. Sama ada pada awal waktu persekolahan,

waktu rehat, waktu sebelum tamat persekolahan, sewaktu perhimpunan

sekolah atau dilaksanakan secara kelas angkat. Saya percaya dengan

peluang dan ruang yang diberikan kepada ahli Kelab Doktor Muda, mereka

mampu untuk mendidik dan seterusnya membentuk tingkahlaku sihat

dalam kalangan rakan sebaya. Secara tidak langsung, peluang mendekati

rakan sebaya ini mampu meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan

diri, sifat kepimpinan dan keberanian ahli Doktor Muda. Dengan adanya

ruang dan peluang yang diberikan kepada mereka, maka matlamat

menjadikan ahli Doktor Muda sebagai Pembimbing Rakan Sebaya akan

tercapai.

Murid-murid yang saya sayangi sekalian,

Semua orang mengimpikan kehidupan yang sempurna sama ada dari

aspek material, sosial, rohani dan emosi. Kehidupan yang sempurna itu

melambangkan kebahagiaan dalam kehidupan. Walau bagaimanapun kita

semua harus ingat kesihatan diri adalah aset utama, sama ada kita

seorang yang pandai, kaya, berjawatan tinggi tetapi sekiranya kita tidak

menjaga kesihatan maka tidaklah sempurna hidup kita. Gosoklah gigi kita

Page 5: Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan

agar gigi tidak rosak dan mulut tidak berbau, potong kuku pendek agar

tiada kuman masuk ke dalam badan ketika kita makan, gunakan syampu

rambut agar rambut tidak berkutu, basuhlah tangan mengikut 7 langkah

cara mencuci tangan dengan betul agar tangan kita sentiasa bebas dari

kuman. Luangkan 10 minit seminggu untuk membersihkan kawasan rumah

dan sekolah agar bebas dari ancaman demam denggi.

Guru-guru dan Murid-murid sekalian,

Apa yang dilakukan oleh Doktor Muda bukanlah bertujuan untuk mengisi

masa lapang semata-mata. Tetapi apa yang mereka lakukan adalah untuk

kebaikan kita semua. Sama ada kita seorang guru atau murid, kalau kita

sakit sudah tentu kita tidak dapat hadir ke sekolah. Guru juga haruslah

menjadi teladan yang baik kepada murid dengan mengamalkan amalan

hidup sihat seperti makan secara sihat, tidak merokok, sentiasa bersenam

dan berfikiran positif.

Sebagai pengakhir kata, saya dengan ini ingin mengucapkan selamatmenyambut Minggu Sihat Doktor Muda.

Doktor Muda, Rakan Kesihatan Anda. Terima Kasih.

Yang Ikhlas,

YB Dato' Sri Dr. S. SubramaniamMENTERI KESIHATAN MALAYSIA