27
Rancangan Pengajaran 2 Klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan makanan Nama: Zuzan Michael Japang L 20111006574 Nama ahli kumpulan: Norhidayah bt Hasbi L 20111006527 Siti Habsah bt Je’maen L 20111006532

Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Rancangan Pengajaran 2

Klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan makanan

Nama:Zuzan Michael Japang L 20111006574

Nama ahli kumpulan:Norhidayah bt Hasbi L 20111006527Siti Habsah bt Je’maen L 20111006532

Page 2: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Ringkasan Konsep (Peta Konsep)

Bab 3: Pemilihan dan Penyimpanan Makanan

Makanan Segar

Sayur-sayuran

Klasifikasi Con toh Sayuran Pemilihan Penyimpanan

Berdaun Bunga

Page 3: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Batang dan pucuk Buah Biji Bebawang Kacang Akar

Nota Ringkas mengikut aras pengetahuan (Taksonomi Bloom)

Aras Pengetahuan Nota Ringkasan

Fakta

1. Sayur-sayuran meliputi beberapa bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Contohnya:-

(a) berdaun (e) buah

(b) bunga (f) biji

(c) bebawang (g) akar

(d) pucuk dan batang (h) kacang

2. Sayur-sayuran mengandungi vitamin dan garam mineral yang menambahkan rasa dan warna dalam sajian

3. Sayur-sayuran sebaiknya dimakan segar tanpa dimasak untuk mengurangkan kehilangan vitamin seperti asid askorbik dan vitamin B kompleks.

4. Suhu yang betul untuk menyimpan sayur-sayuran adalah 7°c hingga 10°c dan suhu terlalu rendah boleh merosakkan tisunya

Cara/ Kaedah Cara pemilihan dan penyimpan sayur-sayuran (Rujuk Lampiran 1 : Bahagian Pemilihan dan Penyimpanan Sayur-sayuran)

Page 4: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Klasifikasi dan kategori Klasifikasi dan contoh sayur-sayuran (Rujuk lampiran 1: Bahagian Klasifikasi dan contoh sayur-sayuran)

Page 5: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Jadual Penentu Kandungan Pelajaran

Unit Konsep/ Istilah

Fakta Kaedah/ Kemahira

n

Teori/ Prinsip

Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

RPH 2 Jenis sayuran

Cara penyimpanan sayuran

Cara pemilihan sayuran

Sayur-sayuran meliputi beberapa bahagian tumbuhan yang boleh dimakan.

Sayur-sayuran sebaiknya dimakan segar tanpa dimasak untuk mengurangkan kehilangan vitamin seperti asid askorbik dan vitamin B kompleks.

Suhu menyimpan sayur-sayuran adalah 7°c hingga 10°c dan suhu terlalu rendah boleh

Penerangan

Penyoalan

Aktiviti Kumpulan

Kategorikan sayur-sayuran

Membina sajak daripada topik

Mendeklamasikan sajak

Pengetahuan dan Kefahaman

Page 6: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

merosakkan tisunya

Rancangan Pengajaran Harian 2: Model Hunter

Mata Pelajaran : Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan : Tingkatan 4 ERT

Tarikh : 3 Januari 2011 (Isnin) Masa : 8.20 pagi-9.40 pagi (80 minit)

Bil. Pelajar : 20 orang pelajar

Tema/ Tajuk : Pemilihan dan penyimpanan makanan

Sub Tajuk : Makanan segar

Hasil Pembelajaran Selepas pengajaran, pelajar dapat:

(1) Menyatakan klasifikasi makanan segar iaitu sayur-sayuran dengan betul dan tepat. (2) Menjelaskan pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran dengan betul dan tepat.

Isi kandungan Klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan mengikut sayur-sayuran: (1) Berdaun (5) Biji (2) Bunga (6) Bebawang (3) Batang dan pucuk (7) Kacang (4) Buah ( 8) Akar

Pengetahuan Lalu Pelajar telah mempelajari tajuk “Masakan” semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pelajar mempunyai pengalaman mengendalikan makanan segar semasa amali masakan semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Alat Bantu “Slaid power point” dan sayur-sayuran segar.

Penerapan Nilai Kerjasama, tolong menolong dan keyakinan.

Page 7: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Langkah/Masa

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Sumber/ nilai

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

Set induksi(5 minit)

Guru merangsangkan minda pelajar tentang pelajaran hari ini dengan menunjukkan sayur kangkung dan tomato di depan kelas.

Meminta pelajar meneliti sayur kangkung dan tomato yang ditunjukkan.

Meminta pelajar meneka tajuk pelajaran.Guru memberi respon kepada jawapan pelajar dan mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk yang akan diajar.

Guru memaklumkan kepada pelajar objektif pengajaran hari ini

Pelajar meneliti sayur kangkung dan tomato yang ditunjukkan oleh guru.

Pelajar secara sukarela meneka isi pelajaran yang akan dipelajari.

KBKK:Menjana idea

Nilai:KerjasamaKeyakinan

Menyampaian input

(10 minit)

Guru menerangkan dan mengklafikasikan sayur-sayuran berserta contoh yang sesuai sambil memaparkan nota melalui slaid powerpoint.

Guru bertanya kepada pelajar contoh sayur-sayuran lain mengikut kategorinya

Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan yang diberikan guru.

Pelajar memberi respon dan jawapan kepada pertanyaan guru

KBBK: Membuat kategoriMenjana idea

Nilai:Kerjasama

Menyampaikan Guru membuat penerangan secara Pelajar menumpukan perhatian terhadap

Page 8: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

input(15 minit)

menyeluruh tentang konsep pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.

penerangan guru dan dapat gambaran tentang pemilihan dan penyimpan sayur-sayuran .

Aktiviti Pengukuhan

(35 minit)

Guru memberi membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar dalam satu kumpulan

Guru meminta setiap kumpulan membuat 5 baris sajak tentang pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.

Guru meminta setiap kumpulan mendeklamasikan sajak itu

Guru memantau sajak setiap kumpulan sekiranya ada kesilapan

Guru membimbing kumpulan yang mempunyai masalah dalam membina sajak berkenaan topik hari ini

Pelajar bergerak dan membentuk kumpulan sebagaimana yang diarahkan oleh guru

Setiap kumpulan menyediakan 5 baris sajak tentang pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran seperti yang disuruh guru.

Setiap kumpulan mendeklamasikan sajak bersama-sama

KBKK:Menjana mindaNilai:KerjasamaKeyakinan

Rumusan(5minit)

Guru merumuskan isi pembelajaran dan menekankan sekali kepada pelajar berkaitan isi pelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar

Pelajar mendengar rumusan yang dinyatakan guru dan memahaminya

Page 9: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Jadual Banding Beza

Unit Pengajaran Objektif dan hasil pembelajaran

Kandungan pelajaran Kaedah mengajar Kaedah penilaian

Unit 1: Klasifikasi sayur-sayuran

Menyatakan klasifikasi makanan segar iaitu sayur-sayuran dengan betul dan tepat.

Sayur-sayuran meliputi beberapa bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Iaitu:-

BerdaunBungaAkarBatang dan pucukBijiBebawangKacang

Soal jawab

Penerangan

Ujian penilaian formatif

-Apakah contoh sayuran bagi....Berdaun?Bunga?Buah?Kacang?Akar?Batang dan pucuk?Bebawang?

Unit 2:Pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran

Menjelaskan pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran dengan betul dan tepat

BerdaunPemilihan:

• berwarna hijau segar

• rangup pada daun dan batangnya

• tidak layu atau berlendir bersih

Kaedah Pelbagai Kecerdasan- Kecerdasan Linguistik- Kecerdasan Interpersonal

Aktiviti pengukuhan- Setiap kumpulan membina sajak dan mendeklamasikannya

Page 10: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Penyimpanan:• tidak perlu

dicuci sebelum disimpan

• simpan dalam beg politena berlubang

• simpan dibahagian khas untuk

• sayuran di dalam peti sejuk pada suhu 7◦C - 10◦

BungaPemilihan:

• berwarna merah atau hijau yang segar dan cerah

• tidak lembik• tidak ada kesan

kekuningan berbau segar

Penyimpanan:• simpan dalam beg

politena yang berlubang

• simpan dibahagian khas untuk sayuran di

Page 11: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

dalam peti sejuk

Batang dan pucukPemilihan:

• berwarna segar dan muda

• rangup dan keras• bentuknya elok• tidak berlendir

atau layu tidak bertukar warna perang

Penyimpanan:• simpan dalam beg

politena yang berlubang

• simpan di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

AkarPemilihan:

• tidak diselaputi tanah

• tidak ada tunas• saiz sederhana• berkeadaan keras

atau pejal• tidak ada tanda

lebam tidak kecutPenyimpanan:

• disimpan di rak yang mempunyai

Page 12: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

pengudaraan yang baik, di tempat yang sejuk, gelap dan kering

• jauhkan daripada makanan yang berbau kuat

BuahPemilihan:

• bentuknya elok• tidak kecut atau

lebam tidak calar di lapisan kulit

Penyimpanan: simpan di dalam beg

politena yang berlubang di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

BijiPemilihan:

• segar dan rangup• tidak kecut muda

dan segarPenyimpanan:

• simpan kacang pea di dalam peti sejuk beku

• simpan petai di dalam beg politena atau

Page 13: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

bekas kedap udara

BebawangPemilihan:

• kulit luar berkilat• tidak lembap atau

berlendir• tidak bertunas

pejalPenyimpanan:

• simpan di dalam bakul pada suhu bilik

• simpan di tempat kering dan gelap supaya tidak bertunas

• asingkan bawang yang baru dengan yang lama

KacangPemilihan:

• segar dan rangup saiz sederhana dan muda

Penyimpanan:• simpan dalam beg

politena yang berlubang

• simpan dibahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

Page 14: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza
Page 15: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

HURAIAN: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

Untuk rancangan pengajaran harian 2 ini saya menggunakan Model Hunter’s Lesson Cycle Design dimana melibatkan 20 orang pelajar untuk kelas kedua. Tajuk yang saya guna ialah daripada Bab 3 Pemilihan dan Penyimpanan Makanan iaitu makanan segar – sub topik Sayur-sayuran selama 80 minit iaitu 2 sesi pembelajaran

Hasil pembelajaran:

Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar perolehi ialah pelajar dapat menyatakan klasifikasi makanan segar iaitu sayur-sayuran dengan betul dan tepat; dan menjelaskan pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran dengan betul dan tepat.

Isi kandungan

Untuk isi kandungan pelajaran ini, saya ingin menumpukan pelajar hanya pada bahagian klasifikasi, pemilihan dan penyimpana sayuran-sayuran yang terdiri daripada berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar.

Pengetahuan Sedia Ada

Hampir keseluruhan pelajar mempunyai pengalaman dalam bab sayur-sayuran dan mengendalikan makanan segar secara amnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dari tingkatan 1 hingga 3.

Alat Bantu mengajar

Untuk alat bantu mengajar saya menggunakan slaid powerpoint dan juga sayur-sayuran segar iaitu tomato dan sayur kangkung

Set Induksi

Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan selama 5 minit sahaja dimana saya menggunakan pendekatan atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat, sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimana sedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari itu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kreatif dan kritis, pelajar dapat menjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai yang diterap juga dimana dua daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama dengan meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu. Nilai lain ialah keyakinan di mana pelajar yakin dengan tekaan mereka.

Page 16: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Menyampaikan Input

Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alat bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk Lampiran 1) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) yang pelajar dapat dalam sesi ini ialah pelajar dapat menjana idea melalui menjawab soalan yang guru tanya tentang klasifikasi sayur-sayuran. Selain itu pelajar juga dapat kemahiran untuk membuat kategori tentang jenis-jenis sayur-sayuran. Seperti di set induksi, nilai di sesi ini juga sama di mana pelajar memberi kerjasama kepada guru semasa guru menyoal mereka.

Aktiviti Pengukuhan

Di dalam sesi ini, guru telah membahagikan seramai 5 orang pelajar dalam satu kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengukuhan dimana tujuannya untuk menguji pelajar samada mereka memahami atau tidak sesi pengajaran topik pada hari itu. Di sini guru menggunakan kaedah pelbagai kecerdasan iaitu kecerdasan interpersonal iaitu membuat kerja dalam kumpulan dan kecerdasan linguistik di mana guru meminta setiap kumpulan berbincang untuk menyediakan 5 baris sajak yang berkenaan dengan tajuk pengajaran hari itu kemudian mendeklamasikan sajak tersebut. Antara kemahiran KBKK yang digunakan ialah menjana minda iaitu setiap pelajar bersama- sama dengan kumpulan masing-masing menyediakan baris-baris sajak mengikut idea dan kreativiti mereka. Antara nilai yang diperolehi daripada sesi ini ialah kerjasama iaitu semua pelajar saling bekerjasama antara satu sama lain untuk membina sajak dan juga nilai keyakinan iaitu pelajar yakin tentang kebolehan mereka menyediakan sajak serta berkeyakinan mendeklamasikan sajak itu.

Kemudian, guru memantau sajak setiap kumpulan sekiranya terdapat kesilapan dalam membina sajak dimana setiap baris ayat itu perlu berkenaan dengan topik. Guru mengadakan praktis terbimbing dengan membimbing kumpulan yang mempunyai masalah dalam membina sajak.

Rumusan

Untuk penutup bagi sesi pengajaran hari tersebut, guru telah merumus secara ringkas isi pelajaran pada hari tersebut kepada pelajar-pelajar serta menekankan kembali topik yang perlu dikuasai oleh pelajar seperti klasifikasi sayuran, pemilihan dan penyimpanan sayuran.

Page 17: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Lampiran 1: Nota

Makanan Segar(Sayur-sayuran)

Makanan SegarMaksud : Makanan yang belum dimasak atau diproses

Klasifikasi Sayur-sayuran

Berdaun• Sawi• Kangkung• Kobis• Bayam

Kacang•Kacang buncis•Kacang sepat•Kacang panjang•Kacang botor

Bunga•Bunga kantan•Brokoli•Jantung pisang•Bunga kobis

Buah•Labu•Terung•Lada•Timun

Akar•Akar teratai•Lobak•Sengkuang•Ubi keledek

Batang & Pucuk•Asparagus•Saderi•Taugeh•Rebung

Bebawang•Bawang merah•Bawang putih•Bawang besar

Pemilihan dan Penyimpanan

Klasifikasi Sayur-sayuran

Pemilihan Penyimpan

Berdaun • berwarna hijau segar

• rangup pada daun dan batangnya

• tidak layu atau berlendir

• bersih

• tidak perlu dicuci sebelum disimpan

• simpan dalam beg politena berlubang

• simpan dibahagian khas untuk

• sayuran di dalam peti sejuk pada

• suhu 7◦C - 10◦C

Page 18: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza
Page 19: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Bunga • berwarna merah atau hijau yang segar dan cerah

• tidak lembik

• tidak ada kesan kekuningan

• berbau segar

• simpan dalam beg politena yang berlubang

• simpan di bahagian khas untuk

• sayuran di dalam peti sejuk

Page 20: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Batang dan Pucuk • berwarna segar dan muda

• rangup dan keras

• bentuknya elok

• tidak berlendir atau layu

• tidak bertukar warna perang

• simpan dalam beg politena yang berlubang

• simpan di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

Akar • tidak diselaputi tanah

• tidak ada tunas

• saiz sederhana

• berkeadaan keras atau pejal

• tidak ada tanda lebam

• tidak kecut

• disimpan di rak yang mempunyai pengudaraan yang baik, di tempatyang sejuk, gelap dan kering

• jauhkan daripada makanan yang berbau kuat

Buah • bentuknya elok

• tidak kecut atau lebam

• tidak calar di lapisan kulit

• simpan di dalam beg politena yang berlubang di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

Biji • segar dan rangup

• tidak kecut

• muda dan segar

• simpan kacang pea di dalam peti sejuk beku

• simpan petai di dalam beg politena atau bekas kedap udara

Page 21: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Bebawang • kulit luar berkilat

• tidak lembap atau berlendir

• tidak bertunas

• pejal

• simpan di dalam bakul pada suhu bilik

• simpan di tempat kering dan gelap supaya tidak bertunas

• asingkan bawang yang baru dengan yang lama

Kacang • segar dan rangup• saiz sederhana dan muda

• simpan dalam beg politena yang berlubang

• simpan di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

Page 22: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

Lampiran 2

Bahan Bantu Mengajar

1. Slaid Powerpoint ( Rujuk Slaid Powerpoint Sayur-sayuran)

2. Bahan mentah- sayur-sayuran (Kangkung dan Tomato)

Lampiran 3

Soalan-soalan tafsiran formatif

1. Dalam set induksi

- Meminta pelajar meneka tajuk pelajaran.

- Soalan: Cuba teka apakah tajuk pelajaran kita hari ini?

2. Dalam sesi menyampaikan input

- Guru bertanya kepada pelajar contoh sayur-sayuran lain mengikut kategorinya

- Soalan: Apakah contoh sayuran bagi....

- Berdaun?

- Bunga?

- Buah?

- Kacang?

- Akar?

Page 23: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza

- Batang dan pucuk?

- Bebawang?

3. Aktiviti pengukuhan

- Guru meminta setiap pelajar membina 5 baris sajak berkenaan dengan topik pengajaran

- Pelajar diminta mendeklamasikan sajak dalam kumpulan

Page 24: Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza