19
Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat Nama Kursus : Pembangunan Kurikulum Dalam PTV Kod Kursus : MBE 12503 Nama Pelajar : Mohd Hafiz Bin Kamarudin No Kad Pengenalan : 830208-05-5143 No Kad Matriks : GB 130200 Program : Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) – Persisir Semester 1, Sesi 2013/2014 TUGASAN INDIVIDU : PHOTOTALK

PHOTOTALK HAFIZ

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan untuk kursus MBE 12503 Pembangunan Kurikulum Dalam PTV

Citation preview

Page 1: PHOTOTALK HAFIZ

Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat

Nama Kursus : Pembangunan Kurikulum Dalam PTV

Kod Kursus : MBE 12503

Nama Pelajar : Mohd Hafiz Bin Kamarudin

No Kad Pengenalan : 830208-05-5143

No Kad Matriks : GB 130200

Program : Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) –

Persisir Semester 1, Sesi 2013/2014

TUGASAN INDIVIDU : PHOTOTALK

Page 2: PHOTOTALK HAFIZ

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN...................................................................................................................................2

2.0 KONSEP PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR...................................................................................3

3.0 FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK REMAJA....................................................................................11

4.0 PENERANGAN GAMBAR.................................................................................................................14

5.0 RUJUKAN.......................................................................................................................................15

1

Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat

Nama Kursus : Pembangunan Kurikulum Dalam PTV

Kod Kursus : MBE 12503

Nama Pelajar : Mohd Hafiz Bin Kamarudin

No Kad Pengenalan : 830208-05-5143

No Kad Matriks : GB 130200

Program : Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) –

Persisir Semester 1, Sesi 2013/2014

Page 3: PHOTOTALK HAFIZ

PHOTOTALK

1.0 PENGENALAN

Dengan gambar ia boleh menceritakan segala-galanya. Gambar juga boleh menceritakan

keadaan atau situasi sebenar apa yang berlaku disebalik gambar tersebut. Gambar yang

mempunyai warna-warni yang cantik cukup untuk menggambarkan atau menceritakan keadaan

ketika itu sama ada gembira, menangis, ketawa, bersemangat, berani dan lain-lain perasaan yang

dapat diungkap di dalam sekeping gambar. Oleh yang demikian dalam tugasan phototalk ini saya

akan menceritakan situasi yang berlaku di dalam gambar di atas.

2

Page 4: PHOTOTALK HAFIZ

Seperti yang kita dapat lihat gambar di atas menunjukkan seorang guru yang bercita-cita

tinggi untuk melihat anak bangsanya berjaya sedang mengajar pelajarnya yang dahagakan ilmu

pengetahuan di dalam sebuah kelas. Guru tersebut menggunakan komputer sebagai elemen alat

bantu mengajar (ABM) untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar

proses pengajaran dan pembelajar menjadi menarik dan seronok. Guru tersebut sedaya upaya

membantu pelajarnya yang sedang menghadapi masalah semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Kemudian pelajar yang berjaya menyiapkan tugasan semasa proses pengajaran

dan pembelajaran mereka diberikan sijil. Pelajar yang menerima sijil menzahirkan perasaan

gembira kerana telah diberikan penghargaan oleh gurunya. Selepas proses pengajaran dan

pembelajaran guru dan pelajarnya mengambil gambar bersama-sama untuk dimasukkan ke

dalam aplikasi baru yang digunakan disekolah sekarang iaitu aplikasi FROG VLE (Virtual

Learning Environment).

2.0 KONSEP PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR

Jadi di sini saya ingin berbicarakan tentang pembangunan sahsiah remaja, ia juga berkait

rapat dengan pembangunan sahsiah pelajar. Ini kerana remaja dan pelajar adalah sama. konsep

pembangunan remaja atau pelajar berkait rapat juga dengan konsep pembangunan manusia. Ini

adalah kerana pelajar atau remaja sebahagian daripada kelompok manusia yang terdiri daripada

beberapa lapisan masyarakat. Mereka perlu dibangunkan dari kedua-dua aspek fizikal dan rohani

sesuai dengan fitrah kejadian manusia bagi melahirkan umat yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Pelajar merupakan golongan yang paling dominan dan berpengaruh serta mempunyai

ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Oleh itu, berbagai-bagai cabaran dan

harapan telah ditumpukan kepada golongan ini. Golongan ini yang menjadi harapan negara bagi

menjana negara yang terus cemerlang dan gemilang sebaris dengan negara-negara maju yang

lain.

Suatu strategi yang berkesan lagi positif perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti

ke arah membimbing serta mempertingkatkan lagi sahsiah remaja khususnya pelajar. Ini selaras

dengan tuntutan, keperluan, dan aspirasi agama, bangsa dan negara. Pelajar merupakan tunggak

kekuatan negara. Mereka merupakan aset yang amat berharga kepada negara. Zaman remaja

3

Page 5: PHOTOTALK HAFIZ

yang dialami oleh pelajar adalah satu zaman yang amat penting pada setiap manusia. Pada masa

itu, pelajar mempunyai tenaga yang kuat, keupayaan yang tinggi, minda yang cerdas, daya

ketahanan yang kental berbanding dengan zaman sebelum atau selepasnya.

Oleh itu sekiranya tenaga kepakaran pelajar atau remaja ini tidak digembleng dengan

sepenuhnya maka sudah tentu para remaja termasuk dalam golongan yang rugi dan malang. Ia

juga akan meninggalkan kesan kepada pembangunan negara dalam usahanya untuk bergerak

seiring dan setanding dengan negara maju.

Pembangunan sahsiah bagi golongan remaja merupakan asas yang paling utama bagi

menjana kehidupan ke arah kehidupan yang serba Islamiah. Pembangunan ini harus meliputi dan

sekali gus mengimbangi aspek rohani, jasmani, dan akli, tuntutan dunia dan akhirat, spiritual dan

material menerusi amal yang berterusan dalam proses islah al-nafsi sehingga terbentuk peribadi

yang kuat tubuhnya, kukuh moralnya, berkembang luas pemikirannya, sihat akidah dan tempat

ibadahnya, berguna kepada orang lain dan menjaga waktunya.

Sesungguhnya isu berhubung dengan pembangunan remaja merupakan suatu persoalan

kontroversi pada masa kini. Golongan remaja masa kini sering direncanakan agar mempunyai

ciri berilmu, beramal, berwawasan, bermotivasi, berfikiran positif, seperti mana yang diharapkan

oleh orang dewasa (Asmah Bee Mohd Noor, 1996 : 15).

Mustafa Haji Daud berpendapat bahawa terdapat beberapa cara bagaimana hati dan jiwa

diasuh, dibina dan dibentuk agar menghasilkan sahsiah yang mulia dan terpuji. Antaranya

melalui ilmu, latihan, pengawalan nafsu dan syahwat, niat, muhasabah (perbuatan menyesali

semua sahsiah yang keji yang pernah dilakukan pada zaman silam lantas terus memperbaikinya)

dan muraqabah (tindakan berhati-hati dan berwaspada agar segala sahsiah yang keji dijauhi dan

melaksanakan yang terpuji sahaja)( Mustafa Haji Daud, 1999 : 44).

Selain itu, bentuk pendidikan yang sebaiknya ialah menurut model yang ditunjukkan oleh

Allah dan rasul-Nya. Allah telah menurunkan gagasan hidup, pola perlakuan dan program-

program pembentukan keinsanan melalui al-Quran dan al-Sunnah (Abd. Ghani Syamsuddin,

1998 : 15). Dalam usaha ini terdapat beberapa aspek yang memerlukan penekanan yang serius.

Aspek pertama adalah penekanan budaya ilmu di dalam diri pelajar itu sendiri. Allah telah

menegaskan kepentingan ilmu di dalam al-Quran dengan firmanya :

4

Page 6: PHOTOTALK HAFIZ

Maksudnya : “(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) atau kah orang yang

beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab)

akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang

mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah

yang dapat menerima pelajaran.”

(Surah al-Zumar : 9)

Berikut adalah pembangunan sahsiah melalui pembentukan akhlak yang mulia.

Kemuliaan akhlak para remaja dan pelajar adalah faktor utama keharmonian masyarakat.

Rasulullah telah menegaskan kepentingan akhlak dalam kehidupan dengan sabdanya (Imam

Malik, 1981 : 94) :

اآلخالق مكارم ألتمم بعثت انما

Maksudnya : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

Seterusnya, penekanan kepada perlaksanaan ibadat dalam usaha pembentukan sahsiah

Islam telah banyak dinyatakan oleh Rasulullah malah ibadah juga seperti mana yang diketahui

boleh menghindarkan diri daripada kejahatan. Amalan ibadat yang mengikut garis panduan

syariat Islam akan mendatangkan kesan langsung terhadap jasmani dan rohani insan (Udah

Mohsin, 1987 : 2).

Berdasarkan tinjauan saya, didapati di dalam penulisan Amina Hj. Noor di dalam

bukunya yang menyatakan bahawa remaja muslim adalah aset besar masyarakat bertakwa dan

membina negara yang bertamadun(Amina Hj. Noor, t.t : 145). Remaja hari ini harus menjadi

contoh kepada remaja yang akan datang. Oleh itu, pembangunan sahsiah remaja atau pelajar

5

Page 7: PHOTOTALK HAFIZ

harus dipertingkatkan dan dijaga demi nama baik remaja muslim. Oleh itu, mereka haruslah

disemai dengan didikan agama sejak mereka kecil lagi, agar mereka dapat mempraktikkan nilai-

nilai keperibadian yang mulia di kemudian hari.

Manakala penulisan Ab. Aziz Mohd Zin ada membincangkan tentang sahsiah. Sahsiah

yang baik merupakan tingkah laku yang baik yang keluar daripada hati yang baik (Ab. Aziz

Mohd Zin, 1999 : 235). Ini samalah seperti hasil tanaman yang berguna kepada diri orang lain.

Dalam satu ayat Allah dalam surah al-A'raf ayat 58 telah membandingkan faedah yang didapati

dari orang yang berakhlak mulia dengan orang yang buruk akhlaknya. Ia seperti sebuah negara

yang tanahnya subur yang menumbuhkan berbagai-bagai pokok yang boleh mendatangkan

faedah kepada orang lain, dan sebuah negara lain yang tanahnya buruk yang hanya menghasilkan

buah kurang bermutu.

Menurut pandangan saya sendiri, proses pembangunan sahsiah dan pendidikan mempunyai

kaitan yang amat rapat. Ini kerana konsep pembangunan sahsiah merupakan salah satu elemen

penting yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Seorang pelajar yang cemerlang

haruslah mempunyai kecemerlangan yang seiring di dalam bidang akademik dan sahsiahnya.

Kedua-duanya penting dalam usaha merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.

Menyorot kembali kepada Falsafah Pendidikan Negara yang telah digubal pada 1987:

“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmoni dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini ialah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan

negara”

Jelas di sini bahawa manusia merupakan isu penting dan fokus kepada pendidikan

negara. Menggunakan istilah manusia bagi menggantikan istilah pelajar kerana kedua-duanya

mengandungi makna yang sama. Pelajar adalah manusia. Melalui FPN konsep pembangunan

manusia diberi penekanan dalam mencorakkan perjalanan proses pendidikan Negara. Oleh

6

Page 8: PHOTOTALK HAFIZ

kerana itu juga bole dikatakan bahawa pembangunan manusia dan pendidikan mempunyai

perkaitan yang amat rapat. Ini kerana hanya melalui proses pendidikan pembangunan manusia

dapat didirikan dengan sempurna dalam semua aspek sama ada dari segi intelek, rohani, emosi,

dan jasmani.

Pembangunan manusia dalam pendidikan merangkumi empat perspektif utama.

Pertamanya, pembangunan manusia dilihat dari segi epistemologi al-Quran. Dengan memahami

konsep manusia menurut penjelasan al-Quran dapat menentukan matlamat pendidikan yang

sebenarnya. Manusia diciptakan Allah sebagai pentadbir dan pengurus yang akan menentukan

corak kehidupan di dunia seluruhnya dengan penumpuan yang lebih utama dalam pengabdian

kepada Tuhan yang menciptakan-Nya.(Zakaria Stapa, 2001: 38). Di sinilah wujudnya konsep

khalifah yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya:

Maksudnya : “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata:

"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat

kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan

memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui

apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah al-Baqarah:30)

Perspektif kedua adalah pembangunan manusia dilihat dalam skop pendidikan Islam.

Wajarlah dengan tujuan pendidikan di dalam Islam sendiri yang menjadikan prinsip-prinsip

pendidikannya berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk akidah, sikap, kemahiran,

keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang memikul tanggungjawab

membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi mencapai kecemerlangan di dunia

dan di akhirat. (Ahmad Mohd Salleh, 1997:6)

7

Page 9: PHOTOTALK HAFIZ

Pembangunan manusia yang berteraskan pendidikan Islam dapat mengurangkan

pengaruh sekularisme dan dualisme yang semakin menular dalam masyarakat sejak sekian lama.

Konsep pendidikan Islam itu sendiri menuntut pembinaan seluruh potensi yang ada pada

manusia meliputi rohani, intelek, emosi dan jasmani berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Menyedari tentang betapa pentingnya tanggungjawab membangunkan manusia dari segi

pembangunan jasmani dan pembangunan akhlak serta kerohanian maka Falsafah Pendidikan

Islam (FPI) telah ditetapkan sebagai garis panduan mencapai matlamat pendidikan yang telah

membincangkan konsep pembangunan manusia secara bersepadu dari segi akal, rohani dan

jasad. Falsafah pendidikan Islam telah menyebutkan bahawa:

“ Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran

dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,

kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai

tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah

mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”.

Perspektif yang ketiga melihat pembangunan manusia dari sudut pendidikan akhlak.

Melalui pendidikan akhlak ianya dapat membantu pembinaan tingkah laku yang baik selari dan

selaras dengan fitrah insaniah ciptaan Allah. Oleh itu Islam sebagai satu agama dan cara hidup

yang menuntut umatnya menjalani ibadah harian berlandaskan unsur dan perlakuan akhlak yang

mulia sekali gus menuju ke arah matlamat perutusan Rasulullah ( Zakaria Setapa, 2001:74). Di

dalam al-Quran ada menegaskan tentang betapa tingginya keperibadian Rasulullah di dalam

surah al-Qalam ayat 4 :

Maksudnya : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”

(Surah al-Qalam: 4)

Perspektif pembangunan manusia juga dilihat melalui reformasi pendidikan. Reformasi

ialah dinamisme dalam pendidikan ( Doktor Tajul Ariffin & Doktor Noraini Dan, 2001:27).

8

Page 10: PHOTOTALK HAFIZ

Melalui reformasi ini ia dapat memastikan perjalanan dan corak pendidikan negara sentiasa

berkembang selaras dengan peredaran masa dan perubahan zaman berlandaskan prinsip-prinsip

dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan negara. Justeru itu, konsep

pembangunan insan menjadi topik utama dalam pendidikan negara dalam membentuk generasi

yang menghayati ilmu, iman dan amal secara menyeluruh dan bersepadu, cemerlang dari segi

pemikiran, berketerampilan, berkerohanian dan keagamaan.

Jelaslah bahawa pendidikan itu menuju ke arah pembinaan struktur insan yang berkualiti

merangkumi semua bidang duniawi dan ukhrawi. Kesempurnaan seseorang insan dapat di lihat

apabila ia menyemai roh agama dalam urusan hariannya sama ada dalam bidang ilmu, ekonomi,

sosial mahupun politik. Ini kerana nilai keagamaan itulah yang menentukan kejayaan dalam

proses pembangunan sahsiah manusia dan ia hanya dapat di garap melalui proses pendidikan

yang bersepadu. Justeru itu, kesepaduan empat elemen dalam pembangunan sahsiah manusia

yang dinyatakan di atas tadi, bertujuan melahirkan pelajar yang akan mencorakkan kehidupannya

mengikut fitrah Allah S.W.T.

Philips menyebutkan, dalam perkembangan sosial keupayaan dan keperluan seseorang

remaja boleh menjadi asas bagi membolehkannya berinteraksi dan bersosial pada masa umur

awal remaja. Pada umur akhir remaja pula, mereka akan membiasakan keadaan ini seterusnya

dengan orang lain (Philips, 1990: 13). Maslow (1908-1970) pula berpendapat, terdapat dua jenis

motivasi dalam diri seseorang belia pada awal dan akhir umur mereka yang memerlukan sosial

yang selanjutnya. Bahagian pertama pada awal kehidupan remaja terdapat motivasi kekurangan

yang memerlukan kehendak-kehendak fisiologi seperti lapar, dahaga dan sebagainya. Ini dapat

dikatakan memenuhi kekurangan yang ada. Manakala pada akhir kehidupannya pula terdapat

motivasi perkembangan atau pertumbuhan yang merupakan keperluan untuk di sayangi dan

dihargai oleh orang lain. Motif ini beroperasi di atas prinsip jika tidak terdapat lagi kekurangan.

Oleh itu, dalam keadaan ini, mereka memerlukan orang lain atau bersosial untuk berkembang

daripada yang sedia ada(Maslow, 1959: 42).

Erikson mengatakan , pada awal umur remaja, mereka cuba membentuk identitinya

melalui perhubungan sosial. Dan pada akhir umurnya, mereka akan dapat menyesuaikan identiti

dirinya seperti dikehendaki oleh orang lain (Erikson, 1968:12).Menurut Cattel, seseorang remaja

pada awalnya sedikit sebanyak akan berinteraksi antara satu sama lain iaitu suka bersosial

9

Page 11: PHOTOTALK HAFIZ

bersama kawan dan sebagainya. Pada akhir remaja, mereka mula meninggalkan ibu bapa dan

keluarga. Mereka mula menentukan cita-cita dan mula menyoal kerjayanya (Cattel R.B, 1967 :

20).

Menurut Syper, peringkat awal umur remaja, mereka mengalami jangka masa penerokaan

terhadap masyarakat yang mereka tinggal. Pada peringkat akhir umurnya, mereka boleh

memainkan peranan yang sesuai dengan minat mereka terhadap masyarakat (Syper, 1957 : 60).

Mengikut H.Sjahminan Zainin dan Muhaini, pada awal kehidupan remaja, mereka harus hidup

dalam masyarakat dan memerlukan pertolongan orang lain seperti yang disebutkan oleh ahli

sosiologi bahawa “Man is born by social being“ (manusia dilahirkan sebagai makhluk sosial)

(H. Sjahminan Zainin dan Muhaini, 1991 : 83). Lewis pula mengatakan, pada peringkat umur

remaja secara individu akan membincangkan masalahnya di atas kesukaran yang dialaminya

dengan kumpulan tertentu seperti rakan sebaya dan sebagainya. Tetapi pada akhir umurnya

remaja mengharapkan orang lebih dewasa untuk menyelesaikan masalahnya (Lewis, 1987 : 548-

556).

Zakiah Daradjat menyebutkan, pada awal umur remaja, mereka memerlukan rakan

sebaya kerana mereka sama-sama menghadapi masalah yang tidak banyak bezanya, di samping

kurang percaya kepada penghargaan orang dewasa. Kerana itu ia kurang bebas untuk

menceritakan rasa hati tentang masalahnya. Tetapi pada akhir umurnya, mereka akan merujuk

masalah yang di hadapinya kepada orang dewasa untuk mendapat bantuan dan sokongan (Zakiah

Daradjat: 1986 : 108).

S.Mohamad Hatta menerangkan, pada awal umur remaja, mereka memerlukan orang lain

untuk memberitahu masalah mereka seperti rakan sebaya dan sebagainya. Keadaan ini tertakluk

kepada usia remaja supaya pembaikan dapat dilakukan. Tetapi pada akhir umurnya, bagi mereka

lebih baik berbincang bersama orang dewasa atau keluarganya bagi menyelesaikan masalahnya

(S. Mohamad Hatta, 1994 : 7).

Dari perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa zaman remaja adalah zaman

peralihan daripada anak-anak yang bergantung kepada orang lain kepada dewasa yang berdikari.

Pertumbuhan sosial remaja timbul apabila nalurinya mula berfikir tentang dirinya berbanding

orang lain, mula berfikir tentang kemahuannya, mula berfikir tentang masalahnya dan mula

10

Page 12: PHOTOTALK HAFIZ

berfikir tentang tanggapan orang lain terhadapnya. Dengan timbulnya perkara-perkara ini, maka

bermula wujudnya perkembangan sosial dengan orang lain atau masyarakat luar untuk sesuatu

motif. Jika seseorang remaja itu inginkan pembentukan sahsiahnya yang baik, maka harus bagi

mereka untuk mendapat jalinan dan hubungan sosial yang baik dari keluarga, rakan sebaya,

masyarakat dan sebagainya. Tetapi jika sebaliknya berlaku, seseorang remaja itu akan

dipengaruhi oleh persekitaran sosial mereka dan akibatnya sudah tentu akan membawa kepada

kerendahan budi dan sahsiah pada diri mereka.

3.0 FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK REMAJA

Setiap orang akan mengalami beberapa proses dalam membentuk peribadi dan begitu juga

dengan remaja. Di sini dapat diklasifikasikan beberapa faktor pembentukan peribadi pada diri

remaja.

3.1 Keluarga

Rumah adalah tempat yang pertama seseorang itu menerima pelajaran atau mengalami

pertumbuhan peribadi. Menurut kajian asas-asas peribadi yang ditanam sejak kecil sukar untuk

diubah apabila dewasa. Kajian yang dilakukan di Amerika telah membuktikan bahawa pengaruh

ibu bapa adalah terbesar dan diikuti oleh kawan-kawan dan guru.

Ini jelas apabila sekolah tidak dapat membentuk peribadi yang baru dalam diri anak-anak.

Anak-anak yang hidup terbiar akan menjadi biadab manakala yang manja akan menjadi penakut

dan yang hidup mewah pula suka memberontak terhadap undang-undang. Situasi ini boleh

diringkaskan lagi kepada beberapa bahagian:

3.2 Ibu bapa

Ibu bapa adalah elemen penting dalam kehidupan remaja. Kehilangan salah seorang daripada

mereka dengan beberapa sebab yang tertentu boleh mendatangkan kesan buruk kepada peribadi

kanak-kanak dan lebih buruk lagi jika mendapat ibu atau bapa tiri (Yusoff Zaki Yaacob: 167).

11

Page 13: PHOTOTALK HAFIZ

Jika tersalah didikan yang diberikan yang diberikan oleh ibu bapa, akan menimbulkan

masalah dalam masyarakat. Remaja mudah dipengaruhi ketika berumur 13 tahun. Ini adalah

kerana mereka mula mencari kebebasan tetapi bukanlah kebebasan sepenuhnya.

Pada peringkat inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memberi bimbingan

kerana remaja belum matang. Ibu bapa perlu membimbing remaja dengan cara yang paling

lembut kerana tindakan yang keterlaluan akan mengubah remaja memberontak. Fenomena ini

sering terjadi kerana ibu bapa menjadikan kasih sayang sebagai mengongkong remaja.

3.3 Keadaan Ekonomi

Keadaan ekonomi rumah tangga mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembentukan anak-

anak. Kemiskinan adalah satu faktor yang amat berpengaruh kerana ia boleh menjejaskan

kesihatan, kesempurnaan dan kemudahan. Fenomena ini akan mendorong anak-anak melakukan

kegiatan yang tidak sihat.

3.4 Suasana Pendidikan

Kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa termasuk buku-buku, majalah dan akhbar serta

layanan terhadap pertanyaan anak-anak dalam mengembangkan pengetahuan merupakan sumber

pendidikan yang berpengaruh. Cara layanan, cara mengajar, cara menghukum , cara memberi

penghargaan, cara berhubung dan sebagainya akan meninggalkan kesan dalam jiwa anak-anak

(Yusoff Zaki Yaacob: 168)

3.5 Persekitaran

Perkembangan sekeliling banyak mempengaruhi jiwa remaja kerana remaja selalu

berinteraksi dengan persekitarannya. Persekitaran adalah satu yang amat dekat dengan diri

remaja, maka sudah tentu mereka mudah dipengaruhi dan diresapi keadaan persekitarannya.

Persekitaran yang baik akan membentuk remaja ke arah baik dan begitu juga sebaliknya. Dengan

kata lain pengaruh persekitaran amat besar kepada pembentukan identiti dan jati diri remaja

(Abdul Hadi Yunos, 2002: 6)

12

Page 14: PHOTOTALK HAFIZ

Setiap remaja perlu bijak memilih di manakah tempat seharusnya dia berada, dengan

siapakah seharusnya dia berkawan dan sikap yang bagaimanakah seharusnya dia tunjukkan. Ini

amat penting kerana ia mencerminkan keperibadian dan perwatakan remaja.

3.6 Rakan Sebaya

Banyak bantuan yang boleh membantu pembentukan personaliti serta menyalurkan

tingkah laku remaja dengan baik. Ada segelintir di kalangan remaja menjadikan rakan sebaya

mereka sebagai model dalam membantu pembentukan personaliti diri.

Seandainya remaja tersebut membuat pilihan yang baik maka semestinya mereka akan

terpengaruh dengan gaya hidup rakan-rakan yang mempunyai peribadi yang baik. Tetapi

sekiranya remaja ini memilih dan akrab dengan golongan yang tidak baik, maka sedikit sebanyak

akan terpengaruh dengan gaya hidup mereka.

Ciri utama dalam hal ini ialah pedoman. Jika mereka mempunyai pedoman, maka apa-

apa yang dilakukan dihadkan oleh pedoman itu. Pedoman ini ada di rumah iaitu dengan

mencontohi dan mendengar nasihat ibu bapa.

3.7 Pemimpin dan Masyarakat

Pemimpin dan masyarakat juga mempunyai peranan yang besar terhadap masa depan remaja.

Golongan remaja harus disayangi yang bermaksud tidak akan terus menyalahkan mereka setelah

timbulnya pelbagai masalah sosial terutamanya yang melibatkan remaja.

Golongan pemimpin sering menjadi perhatian masyarakat. Pemimpin yang berjiwa rakyat

akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Justeru itu, ada segelintir remaja kini meletakkan

pemimpin yang diminatinya sebagai model untuk dicontohi. Pada dasarnya, secara langsung

pembentukan peribadi para remaja adalah “meniru” gelagat dan tingkah laku para pemimpin

yang dipuja dan disanjungnya.

Masyarakat perlu memberikan kerjasama dalam melahirkan remaja yang unggul dan

aktif. Masyarakat harus menyayangi remaja iaitu dengan tidak menerbitkan majalah yang padat

dengan unsur-unsur seks dan lucah tetapi memaparkan perkara-perkara yang relevan dan

sosiobudaya yang mengandungi unsur-unsur pendidikan dan sebagainya (Hassan Hj Mohd

13

Page 15: PHOTOTALK HAFIZ

Ali,1994: 7). Wahana ini penting kerana ia mempunyai kesan dan pengaruh yang kuat dalam

kehidupan remaja. Sifat remaja yang mudah meniru sesuatu akan dapat disalurkan ke arah yang

positif sekiranya ada kerjasama dari pihak pemimpin dan masyarakat.

Kesimpulannya, remaja perlu dibentuk sahsiahnya agar menjadi remaja yang berguna

suatu masa nanti pada agama, bangsa dan negara. Remaja merupakan generasi yang akan

meneruskan kesinambungan sesebuah negara samaada menjadikan negara itu terus maju dan

berdaya saing atau mundur dan tidak berubah. Oleh yang demikian saya berpendapat kita sebagai

golongan pendidik merupakan ejen yang paling utama dalam membentuk sahsiah remaja. Kita

sebagai guru perlu bekerja lebih kuat dan efisyen dalam membentuk sahsiah remaja. Remaja aset

negara, hancur remaja maka hancurlah negara. Tepuk dada tanya iman, dimanakah peranan kita?

4.0 PENERANGAN GAMBAR

TAJUK : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ICT

TARIKH : 23 OKTOBER 2013

MASA : 08.30 pagi

SIZE : 4.64MB

RESOLUTION : 4000x3000

APERTURE : f/2.2

ISO : 320

MODEL : FUJIFILM X10

LOKASI : SMK DATO’ SRI AMAR DIRAJA (MAKMAL KOMPUTER)

14

Page 16: PHOTOTALK HAFIZ

5.0 RUJUKAN

Ab. Aziz Mohd Zin, 1999, Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abd. Ghani Syamsuddin, 1998, Masalah Disiplin Di Sekolah, Kuala Lumpur : Ummah Media.

Abdul Hadi Yunos, 2002, Silaturahim Membentuk Identiti Remaja, Majalah Cahaya.

Ahmad Mohd Salleh, 1997, Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

Amina Hj. Noor, t.t, Ciri-ciri Remaja Muslim. Kuala Lumpur : Dinie Publisher.

Asmah Bee Mohd Noor, 1996, Pengajian Masa Depan Acuan Psikologi Tempatan dan Budaya Ilmu Dalam Pembangunan Belia, Kertas Kerja Seminar Memperkasakan Pembangunan Belia, Petaling Jaya : Executive Suite Holiday Villa Subang, 27 Mei.

Cattel R.B, 1967, Personality And Motivation Structure And Measurement. New York : World Book.

Doktor Tajul Ariffin & Doktor Noraini Dan, 2001, Pendidikan: Satu Pemikiran Semula, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Erikson, 1968, Identiti : Youth And Crisis. New York : Norton

H. Sjahminan Zainin dan Muhaini, 1991, Belajar Sebagai Sarana Pengembangan Fitrah Manusia, Jakarta : Kalam Mulia.

15

Page 17: PHOTOTALK HAFIZ

Hassan Hj Mohd Ali,1994, Persiapan Remaja Menjelang Abad Ke 21. Dewan Siswa, Ogos.

Lewis, 1987, Therapentic Change In Group : An Interactional Perspective. Small Group Behavior.

Maslow, 1959, Cognition Of Being In The Peak Experience. Journal Of Genetic Psychology.

Mustafa Haji Daud, 1999, Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : Penerbitan

Universiti.

Philips, 1990, Do In Fants Recognize Emotion In A Facial Expression? Categorical And Metaphorical Evidence. Infan Behavior And Development.

S. Mohamad Hatta, 1994, Psikologi Dan Kaunseling Remaja. Kuala Lumpur : Jemaah Islah Malaysia.

Syper, 1957, The Psychology Of Career.New York : Harper & Raw.

Udah Mohsin, 1987, Kesan Ibadah Dalam Pembentukan Akhlak SeseorangMuslim. Selangor : Penerbitan Hizbi.

Yusoff Zaki Yaacob, 1975, Psikologi Remaja. Kelantan : Syarikat Dian Sdn. Bhd.

Zakaria Stapa, 2001, Mengenali Budaya Kejahilan Belia Remaja. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islam Malaysia.

Zakiah Daradjat: 1986, Pembinaan Remaja, Jakarta : Bulan Bintang.

16