8

Click here to load reader

Pppj 2443

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PPPJ 2443 TERJEMAHAN ARAB MELAYU ARAB 2 AHMAD MURTADHA BIN ABD JALIL A141870

Citation preview

Page 1: Pppj 2443

PPPJ 2443 TERJEMAHAN ARAB MELAYU ARAB 2AHMAD MURTADHA BIN ABD JALIL

A141870

Page 2: Pppj 2443

The Meaning of Translation

Page 3: Pppj 2443

•Terjemahan dari segi bahasa:

• 1- Dalam kamus Mu’jam al-Waseet:

• : -

• - Dalam Mu'jam Mustolahat Fiqhiyyah:

• :

Page 4: Pppj 2443

Terjemahan dari segi istilah:• Kamus The New International Webster’s (2002: 1.428) memberikan

definisi bahawa to translate (menerjemahkan) bererti to render into another language (menyusun ke dalam bahasa lain); to express on their term(mengungkap dalam istilah lain); to explain by using another word (menjelaskan dengan menggunakan kata-kata lain).

• Kata ‘translate’ berasal dari kata-kata bahasa Latin; trans, ertinyamelintas dan latum, ertinya melaksanakan.

• Sementara itu, The Oxford Companion to the English Language (2005: 1329) mendefinisikan translate/terjemahan sebagai “huraianbaru dari satu bentuk bahasa ke dalam bahasa lain”. Beberapa ahlijuga mengemukakan definisi yang hampir serupa; yakni sebagaihuraian baru dari bentuk bahasa lain.

Page 5: Pppj 2443

• Larson (1984: 51) menyatakan; dalam penerjemahan, bentuk naskahdalam bahasa sumber digantikan oleh bentuk naskah dalam bahasasasaran.

• Larson selanjutnya menjelaskan bahawa bentuk bahasa merujuk kekata, frasa, kalimah, ayat, perenggan, dan lainnya, yang diucapkanatau ditulis dengan sebenarnya. Nida dan Taber (di dalamWidyamartaya, 1989:11), juga menyatakan bahawa menerjemahkanialah menukarkan sesuatu bentuk bahasa ke dalam bahasapenerima melalui gaya bahasa alamiah yang paling hampirkesamaannya dengan naskah bahasa sumber, pertama dalam halmakna dan kedua dalam hal gaya bahasa. Bassnett (1991: 2)

• mengatakan bahawa apa yang umumnya difahami sebagaiterjemahan melibatkan proses rujukan teks bahasa sumber (SL = Source Language) ke dalam bahasa sasaran (TL = Target Language).

Page 6: Pppj 2443

• Catford (1965) diambil dalam Machali (2000: 5) menyebutkanbahawa terjemahan adalah penggantian bahan tekstual dalam satubahasa (SL) yang setara dengan isi bahan dalam bahasa lain (TL).

• Menurut Sapardi Djoko Damono di Kompas (21 Juni 2003), terjemahan adalah perpindahan idea yang menggunakan beberapabahasa sebagai perantara.

• Widyamartaya (1989: 13) menyatakan bahawa terjemahan yang baikharus nampak tidak seperti terjemahan, melainkan harus dibacasebagai komposisi asli dan mengekspresikan seluruh makna aslinya

Page 7: Pppj 2443

• . Larson (1984: 6) menyebutkan ciri-ciri terjemahan yang baik adalahsebagai berikut:

• 1. Menggunakan gaya bahasa normal dalam bahasa penerima

• 2. Menggunakan komunikasi kepada penutur bahasa penerimamakna yang sama yang juga difahami oleh pembicara dari bahasasumber.

• 3. Menjaga kekuatan serta mampu membuat penyesuaian pada teksasli yang berbahasa sumber.

• Berdasarkan pernyataan-pernyataan tersebut, kita boleh simpulkanbahawa terjemahan menghasilkan makna SL (makna yang dirancang oleh penutur asli) di dalam bentuk TL.

Page 8: Pppj 2443

• Newmark (1982:7) juga meyakini bahawa membuat terjemahan adalah sebuahseni dan keterampilan khusus. Dia menyatakan bahawa terjemahanmerupakan keterampilan yang terdiri atas keupayaan menggantikanmaklumat atau pernyataan yang tertulis dari satu bahasa dengan maklumatatau pernyataan yang sama di dalam bahasa lain.

• Dengan demikian, penterjemah menghadapi masalah yang tidak hanyaberkisar pada mencari terjemahan yang setara.

• Larson (1984:56) menyebutkan: “There will be the words in the source language and receptor language that are very similar in context (contain the same meaning components), but not all will match by any means. Not all language communities have the same ideas.” (Ada kata-kata bahasa sumberdan bahasa sasaran yang sangat serupa dalam konteks ini (mengandungikomponen makna yang sama), tetapi tidak semuanya akan sama dalambeberapa maksud. Tidak semua bahasa mempunyai bentuk gaya pemikiranyang sama.)

• Dari pernyataan di atas, Larson menunjukan bahawa beliau percaya apabilabahasa digabungkan makna secara berbeza dan penterjemah wajib menerimarisiko di mana ada banyak kata-kata yang tidak memiliki makna yang seakansama dalam bahasa sasaran. Dengan fakta bahawa suatu kata dapatditerjemahkan oleh satu kata yang lain atau oleh sejumlah kata dalam bahasasasaran, dan bahawa struktur leksikal dari dua bahasa memiliki perbezaan, maka cara penterjemahan pun akan berbeza.