11
GENERIK KESANTUNAN BERBAHASA (GSB 1012) PENSYARAH PEMBIMBING: PN. NORHAYATI BINTI IDRIS MOHD. ASYRAF BIN ABD HAMID JASON MATHEW GUNTALA ADOLF CORY MAXCIMUS Blog kami : [email protected]

Presentation (Gejala Sosial)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Presentation (Gejala Sosial)

GENERIK KESANTUNAN

BERBAHASA (GSB 1012)

PENSYARAH PEMBIMBING: PN. NORHAYATI BINTI IDRISMOHD. ASYRAF BIN ABD HAMID

JASON MATHEW GUNTALA

ADOLF CORY MAXCIMUS

Blog kami : [email protected]

Page 2: Presentation (Gejala Sosial)

GEJALA SOSIAL: MAT REMPIT

Page 3: Presentation (Gejala Sosial)

DEFINISI REMPIT

• Rempit adalah senario yang mana sekumpulan penunggang motosikal menunggang motosikal secara berterusan dan merbahaya.

• Perlakuan rempit ini membahayakan dirinya sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain.

• Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).

Page 4: Presentation (Gejala Sosial)

• Teknik menunggang

- Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa.

• Cabaran

- Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair, berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan, musuh dan orang ramai.

• Sanggup mati katak

- Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintetik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh.

• Sekatan jalan raya

- Sekatan jalan raya oleh polis trafik lebih menyeronokkan. Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis.

CERITA MAT REMPIT

Page 5: Presentation (Gejala Sosial)

• PERASAAN BOSAN YANG DIALAMI OLEH GOLONGAN REMAJA

- Golongan remaja ini juga memberi tanggapan bahawa mereka dapat menghilangkan rasa bosan dengan melakukan aktiviti merempit ini dan mampu untuk menggunakan masa lapang ini dengan aktiviti merempit tanpa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi.

• PERASAAN INGIN TAHU DAN MENCUBA DALAM KALANGAN REMAJA

- Oleh sebab desakan perasaan remaja yang suka mencuba dan tidak takut menghadapi risiko yang bakal mereka tempuhi, para remaja sanggup dan berani melakukan apa sahaja.

• PENGARUH RAKAN SEBAYA

- Remaja selalunya mempunyai sikap yang akan menurut sahaja sikap dan tingkah laku rakan-rakan sebaya mereka.

• GAYA HIDUP DAN TARAF PENDIDIKAN GOLONGAN REMAJA

- Majoriti remaja yang terlibat dengan lumba haram ini adalah dari golongan yang berpendidikan rendah malah pemikiran mereka juga sempit kerana tidak berfikir dengan semasak-masaknya.

• KURANGNYA PENGAWASAN DARIPADA PIHAK IBU BAPA

- Ibubapa mereka langsung tidak mempersoalkan ke mana perginya anak mereka dan apa aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak di luar pengetahuan mereka.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA MAT REMPIT

Page 6: Presentation (Gejala Sosial)

KESAN BURUK AKIBAT MEREMPIT

• Meningkatkan masalah keruntuhan moral atau akhlak dalam kalangan remaja.

• Menyebabkan wujudnya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan seperti yang berlaku pada hari ini, hilang sifat beradab, seks bebas dan lain-lain.

• Meningkatkan kemalangan jalan raya.

• Meningkatnya masalah jenayah seperti merogol, merompak, samun, curi motosikal dan sebagainya.

• Gejala merempit yang semakin berleluasa ini juga memberi kesan kepada pasukan keselamatan negara. Masyarakat seolah-olah memandang pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka walaupun terdapat banyak langkah yang telah pihak mereka ambil untuk membanteras masalah merempit ini. Contohnya, pihak polis.

• Menyebabkan pembaziran masa dan pendapatan negara untuk mengatasinya.

• Menyebabkan pembaziran masa dan pendapatan negara untuk mengatasinya.

Page 7: Presentation (Gejala Sosial)

LANGKAH PENCEGAHAN

Polis trafik telah melancarkan operasi

besar-besaran di seluruh kawasan

Malaysia.

• Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan

Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee

Lam Thye mencadangkan Akta Pengangkutan Jalan

dipinda bagi membendung gejala

"mat rempit" dan perlumbaan motosikal

haram.

Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit'

mungkin akan dikenakan hukuman

lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah

Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan

1987 dipinda.

Kerajaan juga perlu mempertimbangkan

untuk mewujudkan satu lagi litar lumba yang

dirasakannya strategik iaitu di Bukit Jalil selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram.

Tindakan undang-undang yang lebih

ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-

merta dan pengharaman

pembelian motosikal bagi merekayang

disabitkan kesalahan.

• Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalinkan

kerjasama yang lebih erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan

(JPJ) bagi membanteras gejala mat rempit yang kian

berleluasa sejak kebelakangan ini

Page 8: Presentation (Gejala Sosial)

PEMBUANGAN BAYI

Page 9: Presentation (Gejala Sosial)

DEFINISI PEMBUANGAN BAYI

• Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan yang mengakibatkan kemusnahan janin.

• Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi sebagai satu jenayah berat dan teruk.

• Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.

Page 10: Presentation (Gejala Sosial)

• Kurang Didikan dan Kefahaman Agama

- Remaja tidak mempunyai pegangan agama yang teguh dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu.

• Pengaruh Rakan Sebaya

- Rakan yang berpengaruh negatif akan mengajak rakan yang lain untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat.

• Sikap Masyarakat

- Pemikiran masyarakat yang kolot menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya.

PUNCA BERLAKUNYA PEMBUANGAN BAYI

Page 11: Presentation (Gejala Sosial)

• Sikap Ingin Tahu

- Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain.

• Arus Pemodenan

- Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja mudah terpengaruh.

• Institusi Kekeluargaan Yang Musnah

- Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anak tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik.