37
Pendidikan, Latihan dan Maklumat 1.0 DEFINISI 1. Pendidikan Pendidikan adalah proses untuk mendapatkan pengetahuan dan pemahaman yang boleh membawa kepada penerimaan dan kesanggupan individu untuk melakukan sesuatu (Prakash, 1985). Pendidikan lebih berorientasikan individu berbanding dengan berorientasikan kepada kerja. Pendidikan selalunya membekalkan maklumat berbentuk konseptual dan teori bertujuan untuk merangsang pemikiran analitis dan kritikal individu. Kesan pendidikan biasanya dapat dilihat dalam jangka masa panjang dan mempunyai kesan yang lebih mendalam (Junaidah Hashim, 2001) 2. Latihan Latihan pula menurut Bramley (1991) boleh didefinisikan sebagai aktiviti pembelajaran yang mengarah kepada perolehan fakta, pengetahuan, kemahiran dan menanam perlakuan dan sikap positif yang spesifik bagi tujuan pekerjaan atau tugasan. Kesan latihan biasanya boleh dilihat dengan lebih jelas dan dalam tempoh yang lebih singkat. (Junaidah Hashim, 2001) Nadler (1984) berpandangan bahawa aktiviti latihan dijalankan bertujuan untuk memperbaiki prestasi seseorang individu dalam melaksanakan tugas agar mereka boleh melakukan kerja dengan cekap. Kecekapan yang dimaksudkan di sini adalah memiliki pengetahuan, kemahiran atau kelakuan yang kritikal bagi mencapai prestasi kerja yang cemerlang. PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 1

prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

1.0 DEFINISI

1. Pendidikan

Pendidikan adalah proses untuk mendapatkan pengetahuan dan pemahaman yang

boleh membawa kepada penerimaan dan kesanggupan individu untuk melakukan

sesuatu (Prakash, 1985). Pendidikan lebih berorientasikan individu berbanding dengan

berorientasikan kepada kerja. Pendidikan selalunya membekalkan maklumat berbentuk

konseptual dan teori bertujuan untuk merangsang pemikiran analitis dan kritikal

individu. Kesan pendidikan biasanya dapat dilihat dalam jangka masa panjang dan

mempunyai kesan yang lebih mendalam (Junaidah Hashim, 2001)

2. Latihan

Latihan pula menurut Bramley (1991) boleh didefinisikan sebagai aktiviti pembelajaran

yang mengarah kepada perolehan fakta, pengetahuan, kemahiran dan menanam

perlakuan dan sikap positif yang spesifik bagi tujuan pekerjaan atau tugasan. Kesan

latihan biasanya boleh dilihat dengan lebih jelas dan dalam tempoh yang lebih singkat.

(Junaidah Hashim, 2001)

Nadler (1984) berpandangan bahawa aktiviti latihan dijalankan bertujuan untuk

memperbaiki prestasi seseorang individu dalam melaksanakan tugas agar mereka

boleh melakukan kerja dengan cekap. Kecekapan yang dimaksudkan di sini adalah

memiliki pengetahuan, kemahiran atau kelakuan yang kritikal bagi mencapai prestasi

kerja yang cemerlang.

3. Maklumat

Sistem yang menterjemahkan mesej supaya dapat disimpan, mendapatkan kembali

dan kemudiannya dimanipulasikan dan akhirnya menjadi sumber akhir yang sedia

untuk digunakan.

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 1

Page 2: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

2.0 KONSEP PENDIDIKAN KOPERASI

Dalam konteks gerakan koperasi, perkataan pendidikan diberikan definisi yang luas.

Pendidikan dalam koperasi tidak hanya dibataskan kepada pendidikan secara formal

sahaja, tetapi termasuk juga apa yang telah dipelajari secara tidak langsung.

Pendidikan koperasi sepatutnya boleh menambah pengetahuan anggota koperasi,

mempertingkatkan daya pemikiran dan kecekapan untuk bekerja serta menjadikan

mereka lebih bertanggungjawab terhadap organisasi yang dianggotai. Pendidikan

dalam koperasi juga merupakan proses seumur hidup atau a-life long process.

Justeru pendidikan koperasi merupakan ciri penting dalam prinsip koperasi. Bagi

menjelaskan peranan yang dimainkan oleh pendidikan dalam menjayakan prinsip

koperasi, P.R. Dubashi dalam bukunya yang berjudul Principle and Philosophy of Co-

operation pernah menulis bahawa faktor kejayaan bagi sesebuah koperasi dalam

melaksanakan prinsip koperasi ialah sangat bergantung sama ada koperasi berkenaan

telah dapat memenuhi keperluan pendidikan dalam koperasinya. Sesebuah koperasi

yang gagal untuk menjalankan sebarang program pendidikan dalam koperasinya, besar

kemungkinan akan gagal juga dalam pelaksanaan prinsip koperasi yang lain dalam

koperasi berkenaan.

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 2

Page 3: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

3.0 MATLAMAT PENDIDIKAN KOPERASI

Pada umumnya, matlamat pendidikan dalam koperasi dapat dipecahkan kepada :

1. Menanam sikap, pengetahuan dan kefahaman yang diperlukan dalam diri

anggota bagi menghadapi cabaran, masalah dan kepentingan diri secara umum.

2. Menjana sifat-sifat kepimpinan dan semangat berpasukan dalam kalangan

anggota bagi membolehkan mereka menyelesaikan maslah bersama dengan

tindakan secara berkumpulan.

3. Melahirkan kecekapan dan tabiat yang dirasakan perlu kepada anggota supaya

mereka boleh menyelesaikan permasalahan ekonomi dan sosial dalam koperasi

dengan cara yang berkesan.

Pendidikan dalam koperasi juga merangkumi semua aspek yang terdapat dalam

struktur sesebuah koperasi. ICA dalam pernyataan tentang jati diri koperasi ada

menyebut bahawa pendidikan dan latihan dalam koperasi hendaklah diberikan

kepada semua lapisan dalam organisasi koperasi yang merangkumi anggota

termasuklah para pemimpin, perwakilan pengurus, dan kakitangan koperasi.

Manakala dalam bidang pendidikan dalam koperasi pula boleh dibahagikan kepada :

1. Pendidikan tentang kegiatan koperasi yang berkait rapat dengan jenis aktiviti

dan fungsinya.

2. Pendidikan pengurusan koperasi berhubung dengan soal pentadbiran,

pengurusan am dan perjalanan pejabat, kepimpinan kakitangan dan

sebagainya.

3. Pendidikan anggota koperasi terbahagi kepada dua peringkat iaitu ;

a. Pendidikan yang berkaitan dengan konsep, prinsip dan ideologi.

b. Pendidikan umum kepada anggota, iaitu pendidikan yang ada

kaitannya dengan pekerjaan anggota.

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 3

Page 4: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Pendidikan koperasi merupakan elemen dalam memajukan koperasi dan

mengurangkan konflik antara anggota dengan pemimpin koperasi serta dapat

meningkatkan keyakinan anggota tentang keupayaan mereka. Ia dapat mengubah etika

pemimpin, mempertahankan autonomi, pengamalan demokrasi dan mengangkat

martabat anggotanya di kedudukan yang tinggi. Perkara yang terdapat dalam

pendidikan koperasi mendedahkan pemimpin koperasi kepada kaedah pendekatan,

pertimbangan dalam membuat keputusan dan mempertahankan hak mereka.

Selain daripada itu, pemimpin koperasi dapat memahami dan menghayati nilai-

nilai asas dan etika yang perlu dititikberatkan dalam melaksanakan aktiviti koperasi.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran dan pengurusan

koperasi perlu menyedari bahawa kemajuan koperasi terletak kepada kepimpinan yang

berfahaman konsep koperasi dan menggunakannya dalam menyeddiakan keperluan

dan kehendak anggota. Melalui jalinan kerjasama, matlamat penubuhan koperasi dan

inspirasi koperasi dapat dinikmati bersama.

Pendidikan ini juga dapat mengurangkan peluang pihak tertentu mengambil

kesempatan terhadap kemudahan dan ruang yang terdapat dalam koperasi terutama

koperasi yang kukuh dari segi kewangannya. Selain daripada itu, langkah-langkah

tertentu perlu disusun dari semasa ke semasa bagi mengurangkan percanggahan

pendapat di kalangan pemimpin koperasi. Bagi koperasi yang mempunyai modal

kecairan yang banyak perlu memperuntukkan sebahagian modalnya bagi

melaksanakan program pendidikan koperasi untuk diri sendiri dan anggotanya yang

bermatlamat kepada kerjasama ke arah mencapai objektif pihak pentadbiran dan

pengurusan koperasi.

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 4

Page 5: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

4.0 LATIHAN DALAM KOPERASI

Bidang latihan merupakan aspek penting yang tidak boleh dipisahkan daripada

pendidikan koperasi. Latihan dalam koprerasi satu proses ulang alik dan intensif.

Objektif latihan dalam koperasi ialah untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran

dalam menjalankan sesuatu kerja dalam koperasi. Latihan dalam koperasi juga

merupakan satu pengarahan bagi membentuk individu terhadap tugas-tugas tertentu

supaya pada akhirnya akan berupaya menjadikan individu berkenaan seorang pekerja

yang mahir.

Program latihan dalam koperasi juga mestilah dapat menyalurkan ilmu bagi membentuk

kecekapan yang diperlukan dan menyediakan pandangan serta sikap yang lebih

terbuka kepada perubahan.pada peringkat awal gerakan koperasi, perjalanan koperasi

lebih bergantung kepada tenaga sukarela yang disumbangkan oleh anggota bagi

mengatur urusan harian koperasi.

Dengan perubahan masa dan penggunaan teknologi moden dalam dunia perniagaan

sekarang tradisi lama ini (penggunaan tenaga sukarela) tidak sesuai lagi digunakan.

Perniagaan koperasi mestilah diuruskan dengan teknik-teknik pengurusan yang

sistematik dan cekap. Koperasi pada hari ini memerlukan para pentadbir dan tenaga

pengurusan yang terlatih dan professional.

Selain daripada itu, keberkesanan sesebuah latihan itu dapat dilihat dengan adanya :-

i. Kandungan program yang disusun mestilah berasaskan kepada analisi

keperluan latihan dan matlamat program yang dirancang.

ii. Peserta mestilah mempunyai semangat dan kesedaran yang tinggi untuk

mengikuti latihan dan berkeyakinan bahawa program tersebut akan dapat

meningkatkan prestasi mereka.

iii. Program latihan mestilah dijalankan dengan mengambil kira kemajuan teknologi

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 5

Page 6: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

iv. Pihak pengurusan atau ketua mestilah memberi sokongan dan dorongan kepada

peserta supaya ilmu, kemahiran dan sikap yang baik yang diperoleh dari

program latihan dapat diamalkan di tempat kerja.

5.0 AKTIVITI PENDIDIKAN DAN LATIHAN KOPERASI DI MALAYSIA.

Apabila gerakan koperasi diperkenalkan di Negara ini pada tahun 1922, tiada program

secara formal telah disediakan berkaitan soal latihan dan pendidikan. Walau

bagaimanapun terdapat sedikit latihan yang dianjurkan oleh pegawai Jabatan

Kemajuan Kerjasama secara ad-hoc. Dengan bertambahnya bilangan dan kegiatan

koperasi mula dirasakan perlunya program pendidikan dan latihan koperasi dijalankan

secara formal dan tersusun. Maka pada tahun 1956 dengan bantuan kewangan

daripada The Development and Welfare Fund Maktab Koperasi Malaysia (MKM)

ditubuhkan dan bermulalah satu era bagi perkembangan dan peningkatan koperasi di

Malaysia.

Pada tahun 1968, sebuah Akta Parlimen diluluskan bagi menjadikan MKM sebuah

badan berkanun di bawah kementerian pertanian. Perbelanjaan mentadbir MKM

disumbangkan oleh gerakan koperasi di Negara ini mengikut perintah Akta Koperasi

1993, Seksyen 57 (2) yang menyebutkan bahawa tertakluk kepada subseksyen (7),

tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah daripada untung bersih terauditnya bagi tahun

kewangan yang sebelumnya, membayar apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh

Menteri kepada mana-mana institusi pendidikan koperasi atau mana-mana koperasi

menegah atau atasan yang telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai badan yang

mewakili gerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa atau kepada

kedua-duanya atau kepada kumpulan wang amanah pendidikan koperasi yang

ditubuhkan di bawah peraturan-peraturan bagi memajukan prinsip koperasi

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 6

Page 7: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Ini bermakna sesebuah koperasi di Negara ini dimestikan membayar sebahagian

daripada keuntungan bersihnya kepada tabung yang disebut sebagai Kumpulan Wang

Amanah Pendidikan Koperasi yang diseliakan oleh kementerian berkenaan yang

mengawasi pembangunan koperasi. Fungsi MKM termasuklah mengembang dan

menggalakkan pendidikan dan latihan koperasi bagi memenuhi keperluan koperasi di

negara ini dan pegawai dari agensi kerajaan yang mengawasi koperasi. MKM

menawarkan kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang.

Selain daripada MKM, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga pernah

menyediakan latihan kepada pegawai mereka terutamanya dalam aspek teknikal dan

dasar berkaitan syarikat kerjasama asas tani. Lembaga kemajuan ikan Malaysia (LKIM)

juga pernah menjalankan kegiatan latihan kepada koperasi berasaskan perikanan di

Negara ini. ANGKASA sebagai organisasi induk kepada gerakan koperasi dan jabatan

pembangunan koperasi (SKM) juga menjalankan pelbagai program pendidikan dan

publisiti kepada anggota koperasi. Banyak juga tumpuan telah diberikan kepada aspek

pendidikan kepada anggota koperasi.

Pendidikan koperasi sama ada secara formal atau tidak formal yang disediakan oleh

MKM dan ANGKASA perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga koperasi terutama

pemimpin koperasi. Setiap tahun MKM dan ANGKASA telah menghantar takwim

tahunannya berkaitan dengan kursus, forum dan seminar dengan pelbagai tajuk seperti

Jati Diri Koperasi, Tadbir Urus Koperasi, Prinsip dan Amalan Koperasi, Perundangan

Koperasi dan sebagainya. Serta jangkaan masa program tersebut. Melalui pendidikan

koperasi, pemimpin koperasi dapat menterjemahkannya dalam pentadbiran, dan

pengurusan koperasi serta mengenal pasti kekurangan atau permasalahan yang

terdapat dalam koperasi masing-masing. Kemudahan ini perlu dimanfaatkan oleh

pemimpin koperasi untuk diri sendiri dan anggotanya. Kerana agensi luar tidak

menawarkan kursus berkaitan dengan pendidikan koperasi.

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 7

Page 8: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

6.0 MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN

DAN LATIHAN KOPERASI YANG UTAMA

6.1 Peranan MKM

i. Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 (pindaan) 2011 (Akta A1398) ialah

menyediakan kursus pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain dan

menganugerahkan diploma berkenaan yang perlu difikirkan patut oleh maktab.

Selain itu peranan Maktab Koperasi Malaysia juga ialah untuk mencetak atau

menerbit atau membantu dalam pencetakan atau penerbitan buku-buku yang

berkaitan dengan koperasi atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Maktab Koperasi Malaysia juga akan membuat apa-apa kaedah sebagaimana

yang perlu bagi mengawal selia tanggungjawab dan mengawal pegawai dan

kakitangan Maktab dan mengenakan apa-apa yuran yang kena dibayar bagi

mana-mana kursus pengajian sebagaimana yang difirkan patut. MKM juga

menjalankan penyelidikan berkenaan dan menyediakan khidmat perundingan.

Kursus pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain secara bersesama

atau secara bersekutu, secara gabungan, secara usaha sama atau selainnya

dengan mana-mana institusi pengajian tinggi atau badan profesional atau mana-

mana pertubuhan di dalam atau di luar Malaysia. MKM juga menasihati menteri

mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan latihan dan pendidikan untuk

koperasi.

ii. Dalam dasar Koperasi Negara (DKN) (2011-2020) (TERAS STRATEGIK 111

DKN) adalah mewujudkan dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi.

Peningkatan ini adalah melalui perubahan minda pemimpin dan anggota

koperasi kepada pemikiran proaktif, kreatif, inovatif dan berbudaya

keusahawanan serta peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

yang sedang dan akan diceburi oleh koperasi. Dasar koperasi negara ini juga

dapat dicapai jika peningkatan professionalisme dalam pengurusan dan

pentadbiran koperasi dapat ditingkatkan. Perlaksanaan kursus wajib yang lebih PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 8

Page 9: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

efektif kepada anggota lembaga dan jawatankuasa audit dalaman penggalakan

penyertaan anggota dalam pembelajaran seumur hidup bagi menguasai bidang

ilmu. Antara modal insan yang dilatih ialah :

I. Anggota Lembaga Koperasi

II. Juruaudit Koperasi (JAD)

III. Staf Koperasi

IV. Anggota Koperasi

V. KPDNKK dan agensi-agensi kerajaan yang menyelia koperasi

(SKM,FELDA, LPP, FELCRA) dan lain-lain

VI. Individu / usahawan

VII. Lepasan SPM/STPM/Diploma-program jangka panjang

KURSUS JANGKA PENDEK

Antara produk yang ditawarkan oleh Maktab Koperasi Malaysia ialah kursus

jangka pendek yang dianjurkan dalam lingkungan dua hingga sepuluh hari.

Kursus jangka pendek ini adalah kursus berjadual yang merangkumi semua

bidang pengurusan dan kemahiran teknika tertentu. Selain itu kursus jangka

pendek juga mempunyai kursus khas (customized) atas permintaan

koperasi/agensi tertentu dalam dan luar negara. Terdapat juga kursus-kursus

wajib yang ditawarkan seperti :

Kursus Wajib 1 iaitu pengurusan dan pentadbiran koperasi

Kursus wajib 2 iaitu pengurusan kewangan Koperasi

Kursus wajib 3 iaitu pengurusan strategik

Kursus wajib JAD iaitu tatacara perakaunan dan pengauditan koperasi

Program Antarabangsa MTCP – maksimum 4 program setahun. Sekarang

– 1 program setahun. Bilangan peserta-20 orang yang diadakan sejak

1984-2010 : 106 negara 890 peserta

Senarai program yang ditawarkan ialah:

Certificate in Co-operative Management (1984)PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 9

Page 10: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Certificate in Co-operative Auditing (2001)

Certificate in Co-operative Human Resource Management (2002)

Certificate in Co-operative desktop publishing (2003)

Certificate in Co-operative poverty reduction (2005)

Certificate in Co-operative Financial Management (2010)

KURSUS JANGKA PANJANG

Selain itu MKM juga menyediakan kursus jangka panjang yang terbahagi kepada

Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Kursus jangka panjang pada peringkat

Sijil menawarkan pengajian Sijil Pengurusan Koperasi Sabah dan Sijil

Pengurusan Koperasi Sarawak. Bagi Diploma pula kursus yang ditawarkan ialah

Diploma Pengurusan Koperasi dan Diploma Professional Pengauditan Koperasi

e-PJJ (MKM-ICMA). Kursus Ijazah Sarjana pula ialah Pentadbiran Perniagaan

(Bidang Tumpuan Pengurusan Koperasi) (MKM-UUM) serta (MKM-OUM). Mod

pembelajaran yang digunakan ialah pendekatan bilik kuliah dan program e-PJJ.

6.2 Fokus Maktab Koperasi Malaysia

Maktab Koperasi Malaysia ingin menambahkan lagi bilangan kursus berjadual

2011 (475 kursus), 2012 (500 kursus), 2013 (500 kursus) dan 2014 (650 kursus).

Selain itu MKM juga ingin menambahkan lagi kursus wajib serta

mempelbagaikan modal insan disamping menambahkan lagi bilangan kursus

jangka panjang. MKM juga ingin meningkatkan lagi kursus dalam bidang

keberhasilan utama dan ingin meningkatkan aktiviti/perkhidmatan berteraskan

ilmu. Aktiviti yang dijalankan ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ilmu

yang tinggi dalam kalangan mereka yang menyertai kursus-kursus di Maktab

Koperasi Malaysia. MKM juga ingin menambahkan lagi bilangan koperasi kluster,

sederhana dan besar, meningkatkan lagi program latihan serta meningkatkan

lagi promosi MKM sepanjang tahun dan promosi berjadual dengan menambah

bilangan promosi.PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 10

Page 11: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

ISU-ISU YANG BERKAITAN LATIHAN

Terdapat isu-isu yang berkaitan latihan iaitu kita lihat Maktab Koperasi Malaysia

iaitu infrastruktur terhad, penambahan bilangan staf terhad serta bajet terhad.

Peserta jangka pendek pula kita dapat lihat isu seperti tidak homogeneous

umur/pendidikan/pengalaman. Selain itu peserta yang datang untuk berkursus

pula ialah dari koperasi dan anggota yang sama. Ini menyukarkan MKM untuk

mengambil peserta yang lain dan baru. Terdapat koperasi baru yang tidak

mengenali dan mengetahui MKM. Isu-isu yang berkaitan dengan peserta kursus

jangka panjang pula ialah sukar untuk mendapatkan peserta yang memenuhi

syarat-syarat iaitu daripada lepasan SPM/STPM/DIPLOMA.

8.0 ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN

LATIHAN ASAS KOPERASI

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA adalah koperasi

apex yang menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan atasan di seluruh

negara. ANGKASA diiktiraf oleh Kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan

Koperasi Malaysia pada peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Ditubuh dan

didaftarkan dengan rasminya pada 12 Mei 1971. ANGKASA mempunyai satu bahagian

bagi melaksanakan tujuan penubuhan Angkasa itu sendiri iaitu Bahagian Pelajaran,

Penerangan, Perkhidmatan dan Percetakan (B4P). Ia lebih dikenali sebagai B4P yang

bertanggungjawab melaksanakan tugasan seperti berikut:-

i. Mengembangkan prinsip-prinsip, amalan koperasi dan bekerjasama dengan

pihak kerajaan demi kepentingan pembangunan negara sebagaimana

terkandung dalam Manifesto Koperasi ANGKASA.

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 11

Page 12: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

ii. Menyedia dan memberi perkhidmatan nasihat dan panduan berkenaan

dengan hal Pentadbiran, pengurusan, perakaunan, audit, dan undang-undang

untuk kepentingan anggota-anggotanya dan Gerakan Koperasi amnya.

iii. Memajukan pendidikan, latihan dan penerangan ilmu koperasi dan ilmu

perniagaan dan perusahaan.

iv. Membantu kerajaan untuk menggalak dan mengembangkan Gerakan

Koperasi di Malaysia. Menggalakkan penyelidikan dan pengkajian mengenai hal

ehwal serta masalah-masalah yang berkaitan dengan Gerakan Koperasi.

B4P terbahagi kepada beberapa unit dan antaranya ialah Unit Kursus, Unit Institusi

Pendidikan, Unit Pembangunan Wanita & TCM, Unit Pengurusan Perkhidmatan, Unit

Khidmat & Senggara, Unit Peruncitan serta Unit Khas Koperasi Masjid. ANGKASA

melalui Bahagian 4P akan memberi penekanan kepada 3 aktiviti utama iaitu :-

Program Pendidikan & Latihan (Kursus)

- Latihan Asas kepada anggota koperasi dan Kemahiran Asas mengikut

jawatan.

Koperasi Masjid

Peruncitan

- Fokus Utama : Pembangunan Perniagaan Koperasi

- Fokus Umum : Program Pendidikan Asas

KURSUS

Perlaksanaan kursus-kursus untuk pembangunan koperasi yang bertujuan

memberi pengetahuan asas tentang koperasi dari segi prinsip, pentadbiran dan

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 12

Page 13: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

kewangan koperasi, menanam semangat berkoperasi di kalangan anggota

koperasi, termasuk koperator wanita dan pelajar sekolah.

ANGKASA melalui Bahagian 4P akan memberi penekanan kepada 3 aktiviti

utama iaitu program pendidikan & latihan (Kursus), latihan asas kepada anggota

koperasi kemahiran asas mengikut jawatan dalam koperasi. Fokus utama ialah

pembangunan perniagaan koperasi serta fokus umum adalah program

pendidikan asas.

9.0 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PULAKOP

Pulakop adalah ringkasan daripada Pusat Latihan Kecermelangan Koperasi.

Satu badan atau pusat latihan yang dinaungi oleh SKM. Pulakop ini banyak

memberi latihan atau kursus kepada ahli-ahli koperasi seluruh Malaysia.

Sepanjang tahun Pulakop menganjurkan pelbagai jenis kursus/latihan/kemahiran

terutamanya kursus berkaitan keusahawanan, pengurusan dan sebagainya.

Program latihan yang dijalankan di Pulakop adalah khusus bagi dua kumpulan

sasar iaitu pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan

anggota dan pekerja koperasi. Antara analisis keperluan latihan ialah:

i. Penetapan berasaskan analisis keperluan latihan peringkat organisasi dan

perjawatan (Organizational Training Needs & Occuppational Training

Needs)

ii. ‘Peringkat Organizational Training Needs’ mengambil kira maklumat yang

diberi oleh pengarah-pengarah Bahagian ibu pejabat.

iii. Peringkat Organizational Training Needs dibuat berdasarkan analisis

laporan penilaian prestasi pegawai & kakitangan SKM dan laporan kuiri

audit

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 13

Page 14: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Antara modul latihan yang dilaksanakan oleh Pulakop ialah:

i. Perniagaan dan keusahawanan

ii. Perakaunan dan pengauditan

iii. Perundangan koperasi

iv. Pentadbiranan dan ICT

Tenaga pengajar yang disediakan Pulakop terdiri daripada:

i. Pengarah, pegawai dan penolong pegawai Pulakop

ii. Pengarah, pegawai daripada bahagian/ bahagian di Ibu Pejabat SKM

iii. Pengarah/pegawai daripada SKM negeri

iv. Pengerusi Tribunal

v. Penasihat undang-undang SKM

vi. Penceramah jemputan daripada pelbagai jabatan/agensi kerajaan

vii. Penceramah jemputan daripada agensi-agensi swasta.

10.0 LATIHAN DAN PENDIDIKAN BAGI SETIAP STRUKTUR ORGANISASI KOPERASI

STRUKTUR ORGANISASI PERANAN

PENDIDKAN DAN LATIHAN

OBJEKTIF

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 14

Page 15: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK) & JAWATANKUASAUDIT DALAM (JAD)

Mentadbir koperasi dan menguruskan koperasi sebaik mungkin demi mencapai matlamat penubuhan

Memimpin koperasi

Mengkaji dan meluluskan strategi, perancangan perniagaan dan dasar-dasar serta memantau tahap kerja pihak pengurusan yang mengendalikan perniagaan koperasi

Menetapkan nilai korporat pembahagian tugas dan akauntabiliti yang jelas serta memaklumkan kepada koperasi keseluruhannya

Memastikan pentadbiran selaras dengan matlamat penubuhan

Mengadakan mesyuarat agung dan mengemukakan laporan auditnya kepada Lembaga, Mesyuarat Agung

Kursus Wajib 1, 2, 3, 4

Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi (wajib 1)

Pengurusan Kewangan Koperasi(wajib 2)

Pengurusan Strategik (wajib 3)

Tatacara Pengauditan Dan Perakaunan Koperasi(wajib JAD)

Memberi pendedahan berkaitan ciri-ciri pentadbiran koperasi serta amalan pengurusan yang baik

Memberi kefahaman berkaitan kepentingan

Memberi pendedahan berkaitan teknik-teknik analisis, pemilihan dan kawalan pengurusan strategik

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 15

Page 16: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

dan SKM.

Menjalankan tugas-tugas mengaudit dan membuat laporan

PENGURUS Tenaga kerja yang dilantik oleh Lembaga untuk menguruskan perjalanan atau operasi harian Koperasi.

Segala dasar dan keputusan yang ditentukan oleh anggota lembaga akan dilaksana oleh pihak pengurusan dengan cara terbaik

Melakukan tugas seperti menguruskan hal ehwal keanggotaan, aktiviti perniagaan dan

Pengurusan kewangan.

Bengkel penyediaan manual prosuder kerja

Induksi kakitangan pengurusan

Pengurusan perniagaan perkhidmatan pelancongan

Rancangan perniagaan

Menerangkan tentang tanggungjawab, peranan, peraturan dan hak setiap kakitangan

Memberi latihan yang bersistematik bagi melahirkan kakitangan pengurusan yang berdedikasi, berpengetahuan dan mampu melakukan tugasan dengan baik

Memberikan kefahaman dan pendedahan berkaitan pengurusan perniagaan perniagaan perkhidmatan pelancongan

Menerangkan teknik membuat rancangan perniagaan

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 16

Page 17: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

PENGURUSAN KAKITANGAN Ditugaskan

melaksanakan dasar atau tindakan yang telah ditetapkan oleh ALK dalam mencapai sesuatu matlamat,

Bengkel penyediaan aturan Koperasi

Asas pengurusan kredit

Pengurusan perniagaan kedai runcit moden.

Memberi pendedahan berkaitan prosedur dan teknik penyediaan aturan koperasi

Memberi kefahaman berkaitan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aturan koperasi

Memberi kefahaman terhadap konsep, pendekatan dan perlaksanaan asas pengurusan kredit koperasi.

11.0 KOPERASI PERLU MENJALANKAN PROGRAM PENDIDIKAN SENDIRI.

Selaras dengan semangat prinsip koperasi yang kelima, setiap Koperasi perlu

menganjurkan program pendidikan koperasi kepada anggota, anggota lembaga,

kakitangan dan masyarakat umum tentang konsep dan kaedah berkoperasi.

Kefahaman mereka melalui pendidikan koperasi penting bagi memastikan gerakan

koperasi di Negara ini difahami, sama ada mereka berada di dalam dan luar daripada

gerakan koperasi.

Oleh itu koperasi di Negara ini perlu menyediakan sumber kewangan atau tabung khas

bagi menjalankan program pendidikan dalam koperasi masing-masing, terutamanya

untuk tujuan pendidikan anggota. Sebuah jawatankuasa khas pendidikan perlu dibentuk

oleh semua koperasi di Negara ini supaya program pendidikan dapat dijalankan dengan

teratur dan berterusan dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, Ketua

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 17

Page 18: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Pendaftar Koperasi di Negara ini telah mengeluarkan satu pekeliling pada tahun 2002

yang mewajibkan Anggota Lembaga (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)

menghadiri 2 jenis “kursus wajib” yang telah ditetapkan

Melalui Deklarasi Putrajaya tersebut ia menggariskan secara khusus tugas masing-

masing iaitu SKM, MKM dan ANGKASA. MKM mempunyai tiga tanggungjawab utama

iaitu :

Membina dan meningkatkan kompetensi modal insan gerakan koperasi melalui

program latihan kemahiran jangka pendek dan program pendidikan

tinggi/professional jangka panjang seperti sijil , diploma dan ijazah.

Menghasilkan penyelidikan yang dapat di guna pakai untuk pembangunan

gerakan koperasi dan

Menjalankan aktiviti berteraskan pengetahuan melalui penyediaan khidmat

konsultansi dan penerbitan bahan-bahan ilmiah untuk manfaat gerakan koperasi

dan masyarakat.

11.1 Koperasi Menjalankan Pendidikan Dan Latihan Koperasi

Koperasi pertama di Mondragon

Koperasi Mondragon bermula pada pertengahan abad ke-20 dengan tertubuhnya

Koperasi Ulgor pada tahun 1956. Nama Koperasi ini diambil sempena nama

pengasasnya yang terdiri daripada lima orang anak muda berkelulusan kejuruteraan

dari sebuah sekolah politeknik iaitu Escula Professional Politecnica. Mereka ialah Luis

Usatorre, Jesus Laranaga, Alfonso Gorronogotia, Jose Maria Ormaechea dan Javeir

Ortubay. Pada awal penubuhannya koperasi Ulgor memberi tumpuan kepada

pengeluaran petrol based heater. Kini Koperasi ulgor dikenali sebagai Fagor

Electrodomestics. Penubuhan politeknik ini dan idea penubuhan Koperasi dicetuskan

oleh seorang paderi muda iaitu Don Jose Maria Ariz Mendiarrieta yang datang ke

Mondragon pada tahun 1941.

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 18

Page 19: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

PENGASAS PENUBUHAN KOPERASI

Selama 15 tahun Don Jose Maria ariz Mendiarrita ke Mondragon (1941). Beliau

menumpukan masanya kepada pendidikan belia dan menggalakkan generasi muda

melihat lebih jauh ke hadapan dan dari luar Mondragon dalam aspek-aspek sosial,

ekonomi dan politik. Beliau juga menekankan bahawa seorang yang tidak mempunyai

pekerjaan adalah orang yang tidak bermaruah dan tidak mempunyai harga diri.

Dari tahun 1955 hingga 1975, Ariz Mendiarrieta melibatkan diri sepenuhnya dalam

penubuhan dan pembangunan koperasi Mondragon. Bermula dengan penubuhan

sekolah Politeknik Escula,Lagun Aro dan penubuhan Ikerlan. Pengalaman koperasi

Mondragon yang dicetuskan oleh beliau merupakan tonggak MCC hari ini yang

membezakannya dengan koperasi-koperasi lain di dunia iaitu mengimplimentasikan

idea dan falsafah koperasi kepada amalan dalam pembentukan organisasi. Kini 90%

daripada penduduk Mondragon menjadi pekerja dan merupakan anggota pekerja

koperasi bagi Kumpulan Koperasi Mondragon(MCG) atau Mondragon Cooperative

Corporation (MCC)

BIDANG PENYELIDIKAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

Bidang penyelidikan memainkan peranan yang sangat penting bagi kemajuan industri

dan peruncitan yang merupakan aktiviti perniagaan penting bagi 120 buah koperasi

primer di bawah MCC. Kepentingan bidang penyelidikan bagi MCC terbukti dengan

jumlah bajet yang diperuntukkan setiap tahun. Penyelidikan bagi MCC terbukti dengan

jumlah bajet yang diperuntukkan setiap tahun. Penyelididkan di bidang industri dan

teknologi adalah bertujuan untuk inovasi dan penciptaan produk-produk industri ringan,

berat dan perkhidmatan teknologi. Ini termasuk barang pembinaan, barangan modal

hingga barang keperluan seisi rumah, ICT dan inovasi dalam perkhidmatan.

Penyelidikan juga melibatkan teknologi dan inovasi dalam bidang-bidang yan berikut ;

mechatronics, peralatan mesin, mesin pembungkusan, lifting system, automotif, forming

and assembly, optic, thermoplastic, pengurusan perniagaan dan sebagainya.

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 19

Page 20: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Sebahagian besar badan-badan penyelidikan adalah terdiri daripada koperasi dan

pekerja juga adalah anggota pekerja koperasi. Badan-badan penyelidikan bagi MCC

sebahagian besarnya adalah dimonopoli oleh koperasi. Latihan dan pendidikan adala

merupakan nilai strategik MCC memandangkan bidang ini memainkan peranan penting

pada masa hadapan setiap koperasi yang berada dalam MCC, selain daripada itu

pekerja adalah mempunyai hak yang termaktub iaitu kesaksamaan peluang dan

pembangunan diri melalui pendidikan dan latihan. (lihat jadual 1)

Nama Koperasi Budget (Euro M) Jumlah Pekerja Aktiviti

Aotek 2.4 39 Automation and Optics

Edertek 2.9 30 Innovation and Development

Hometek 3.2 34 Household equipment

Ideko 5.6 95 Innovation in Machine tool,

innovation in product

development, improvement of

production processes and

technical support

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 20

Page 21: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Ikerlan 18.6 239 Mechatronics, production

system and renewable energy

Isea 0.6 9 Research into advanced

business services

Koniker 1.9 29 R&D in forming and assembly

Lortek 1.3 32 Joining Technology

MTC 7.1 118 R&D in automotive assembly

and components made in

thermoplastics

Orona EIC 3.0 46 Vertical Transportation System

ULMA PTC 3.0 52 R&D

Total 49.6 723 -

PENDIDIKAN DAN LATIHAN DI KOPERASI MONDRAGON

i. Pusat Latihan Otalora

Mondragon memiliki pusat latihan koperasi (OTALORA) yang berperanan

mengelola skim latihan kepada koperasi dari aspek perniagaan bagi anggota-

anggota dan memberi latihan dan pendidikan kepada anggota lembaga,

pengurusan koperasi. Pusat latihan ini ditubuhkan pada tahun 1984 atas

sokongan CLP

ii. Universiti of Mondragon

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 21

Page 22: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

a) Universiti Mondragon adalah Sebuah Koperasi menengah

Ditubuhkan pada 1997 di bawah Akta 4/1997 (30 Mei), Universiti

Mondragon merupakan koperasi peringkat menengah yang dianggotai

oleh tiga koperasi asas iaitu Fakulti pengurusan dan perniagaan, Fakulti

kejuruteraan serta Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan Universiti

Mondragon,. Setiap Fakulti akan melantik perwakilan sebagai anggota

dalam pentadbiran Universiti Mondragon. Universiti Mondragon adalah

anggota koperasi MCC.

Koperasi Universiti Mondragon ditadbir oleh Bandar pentadbir yang

diwakili oleh perwakilan daripada fakulti, anggota pekerja dan kolaborator.

Bilangan semasa pelajar seramai 4 ribu orang. Universiti ini mendapat

sebahagian pembiayaannya daripada MCC yang menjadi anggota

kolaborator. Kos pengajian pelajar sebahagiannya adala bantuan subsidi

oleh MCC melalui sumbangannya sebagai anggota kolaborator.

Universiti ini mempunyai enam kampus iaitu di Bandar Mondragon, Onate,

Escoriaza, Marquin, Goierri dan Iruni. Mengandungi tiga fakulti yang

setiap satunya adala koperasi. Tiga fakulti tersebut ialah Fakulti

Pengurusan dan Perniagaan terletak di kampus ETEO di Bandar Onati,

Fakulti Kejuruteraan di Bandar Mondragon dan Fakulti Pendidikan dan

kemanusiaan di kampus Escoriaza. Setiap fakulti mereka akan melantik

perwakilan sebagai anggota dalam pentadbiran Universiti Mondragon.

Pelajar adalah melibatkan diri dalam pentadbiran Universiti melalui

perwakilan dalam mesyuarat agung, sebagai anggota lembaga dan

anggota majlis social. Universiti ini telah mambangunkan model yang

mempraktikkan nilai-nilai penglibatan, kesaksamaan, keadilan dan

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 22

Page 23: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

kerjasama di samping menggalakkan pertukaran pengetahuan dan pakar

untuk tujuan penyelidikan dan penyebaran ilmu.

b) Prestasi Graduan Universiti Mondragon

Universiti Mondragon mempunyai kadar graduan paling tinggi emperoleh

pekerjaan iaitu sebanyak 98%. Dengan 60 % graduan berkhidmat dengan

koperasi dan selebihnya berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta.

Kebanyakan graduan memerlukan maksima 3 bulanuntuk mendapatkan

pekerjaan dengan 2 daripada 10 orang pelajar mendapat ekerjaan

sebelum menamatkan pengajian. Rekod daripada universiti juga

menunjukkan 9 daripada 10 orangpelajar endapat pekerjaan di bidang

yang sama dengan pengajian mereka di Universiti. Kejayaan universiti

sebagai sumber menyediakan tenaga buruh berkualiti adala kerana

pengajian yang berfokus kepada keperluan sebenar industri, latihan

pelajar dalam industri dan penyelidikan serta inovasi yang diusahakan

oleh universiti sendiri dengan kerjasama daripada kepakaran pusat-pusat

penyelidikan dan universiti lain di eringkat tempatan dan antarabangsa.

iii. Alecop (Actividad Laboral Escolar Cooperative)

a) Fungsi Alecop

Actividad Laboral Escolar Cooperative (Alecop) ditubuhkan pada tahun

1965. Pada awalnya penubuhannya di bawah Politeknik Eskola (sekarang

di bawah Fakulti kejuruteraan Universiti Mondragon yang kemudiannya

bertukar menjadi koperasi dan merupakan salah satu anggota koperasi di

bawah MCC. Alecop mempunyai dua objektif utama iaitu memberi pelajar

Universiti Mondragon pengalaman sebenar bekerja dalamsebuah syarikat

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 23

Page 24: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

dan objektif kedua membantu pelajar memperolehi pendapatan untuk

membiayai pengajian di peringkat Universiti.

b) Pelajar sebagai pekerja Alecop dikenakan bayaran sebanyak 600 Euro

(800USD) dengan bayaran bulanan 75 Euro selama 8 bulan. Sementara

anggota pekerja adalah sebanyak 1200 euro. Kumpulan pelajar adala

mewakili 1/3 daripada anggota lembaga dan 2/3 adalah diwakili anggota

pekerja. Setiap anggota koperasi Alecop adalah mempunyai hak yang

sama dari segi penglibatan dalam pentadbiran, pengurusan dan

keuntungan Koperasi.

c) Anggota koperasi Alecop adalah terdiri daripada pekerja tetap seramai 50

orang dan pelajar berjumlah 400 (120) orang yang bekerja untuk

menampung bayaran Universiti dan anggota kolaberator. Sebagai sebuah

entity perniagaan, Alecop terlibat dalam reka cipta dan mengeluarkan

peralatan kejuruteraan untuk kegunaan Universiti, sekolah-sekolah teknik

dan vokasional, barang-barang keperluan koperasi industri dan untuk

pasaran eksport. Aktiviti-aktiviti yang diceburi oleh Alecop termasuk

bidang elektrik, elektronik, automotif, kawalan dan peraturan, mekanik dan

telekomunikasi.

d) Alecop mementingkan keuntungan untuk memberi servis kepada anggota-

anggotanya. Oleh itu pihak pengurusan sentiasa memastikan mutu

keluaran barangan yang dihasilkan mencapai standart dan kompetitif

iv. Saiolan (Pusat Inovasi Perniagaan dan Inkubator)

a) Fungsi SaiolanPENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 24

Page 25: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Salolan adalah pusat inovasi perniagaan di samping menjadi pusat

inkubator. Pusat ini ditubuhkan di bawah Sekolah Teknik Escuela yang

kini merupakan Fakulti Kejuruteraan dalam Universiti Mondragon. Pusat

ini mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam mencipta

peluang-peluang pekerjaan melalui penubuhan perniagaan baru. Misi

Salolan adalah untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti baru dalam syarikat-

syarikat sedia ada, mengadakan penubuhan syarikat-syarikat baru, aktiviti

kepelbagaian dalam syarikat-syarikat sedia ada dan mengamalkan

konsep inovasi ka atas barangan, perkhidmatan dan proses-proses

pengeluaran. Di samping itu, Salolan sentiasa aktif mengenal pasti

kehendak-kehendak, menyatupadukan usahawan-usahawan,

menjalankan penyelidikan termasuk kajian-kajiankemungkinan pasaran,

kajian kejuruteraan termasuk ‘prototypes’ untuk ujian pasaran sehingga

kepada sesuatu produk itu boleh dikilangkan.

Pada tahun 1996, Saiolan menjadi pusat inovasi dan inkubator bebas

dengan mempunyai pembiayaan sendiri dan sokongan daripada MCC,

Ikerian, Caja Laboral, Universiti Mondragon, Majlis perbandaran

Mondragon dan kerajaan Basque. Sokongan termasuk bantuan

kepakaran daripada universiti, pusat-pusat penyelidikan dan kewangan

daripada organisasi-organisasi yang disebutkan yang terlibat dalam

bidang inovasi produk dalam usaha melahirkan usahawan-usahawan

baru.

b) Prestasi Saiolan

Dari 1986-1996 sebanyak 36 aktiviti baru dengan purata 3.6 aktiviti

setahun. Manakala ada 1997-2006 jumlah aktiviti baru adalah 113 dengan

purata 12.5 setahun. Sehingga Januari 2007 penciptaan aktiviti baru dan

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 25

Page 26: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

penciptaan bilangan pekerja adalah. Data daripdada simpanan Saiolan

menunjukkan daripada 1985-2005 jumlah peserta Saiolan yang terdiri

daripada lepasan Universiti (Postgraduated Participants ) berjumlah 381

orang dan 187 (49%) daripadanya Berjaya menubukan syarikat baru.

Peserta yang tidak Berjaya buat masa ini telah bekerja sebagai pengarah

dan pengurus amum di dalam syarikat lain atau koperasi.

12.0 KESIMPULAN

Aspek pendidikan dan latihan diutamakan dalam koperasi selaras dengan nature

koperasi sebagai sebuah organisasi yang berasaskan kepada keanggotaan. Tanpa

pendidikan dan kefahaman yang jitu, seseorang anggota koperasi tidak akan komited

dan menyokong koperasinya. Justeru itu, anggota, pemimpin dan tenaga pengurusan

koperasi perlu diberi pendidikan dann latihan yang secukupnya. Modal insan yang

terlatih akan menghasilkan koperasi yang berkualiti dan berdaya saing. Tanggungjawab

mendidik dan melatih anggota terletak kepada koperasi masing-masing. Walau

bagaimanapun, di Negara ini terdapat institusi khusus bagi melatih dan mendidik warga

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 26

Page 27: prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat

Pendidikan, Latihan dan Maklumat

koperasi iaitu MKM. Bidang Latihan dan pendidikan koperasi di Malaysia sangat

mencabar memandangkan keperluan untuk menyediakan tenaga terlatih dan

professional dalam sector koperasi begitu mendesak, selaras dengan hasrat kerajaan

dan DKN.

PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT | 27