18
Prinsip Syariah Dan Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Normurni binti Mohamad Jabatan Pengajian Am Politeknik Banting

PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Menghuraikan prinsip syariah serta etika Islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan

Citation preview

Page 1: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Prinsip Syariah Dan Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan

Kejuruteraan

Normurni binti Mohamad

Jabatan Pengajian AmPoliteknik Banting

Page 2: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Topik ini menghuraikan prinsip syariah serta etika Islam dalam sains dan teknologi dan kejuruteraan 

Hasil Pembelajaran Kursus : CLO 3 : Membincangkan prinsip syariah dan etika Islam dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Page 3: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Objektif

3.1 Memahami prinsip syariah dalam sains teknologi dan kejuruteraan

3.1.1 Menerangkan prinsip syariah Islamiah dalam sains teknologi dan kejuruteraan.

3.1.2 Menghuraikan peranan syariah Islamiah dalam sains teknologi dan kejuruteraan

3.1.3 Membincangkan perlaksanaan prinsip syariah Islamiah dalam sains teknologi dan kejuruteraan

3.2 Memahami Etika Islam dan sains teknologi dan kejuruteraan

3.2.1 Menerangkan prinsip etika Islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan

3.2.2 Membincangkan perlaksanaan prinsip etika Islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan

Page 4: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

3.1 : Memahami prinsip syariah dalam sains teknologi dan kejuruteraan

Page 5: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Definisi Syariah

Bahasa: Syarak : jalan ke arah sumber air atau jalan yang lurus [al-Jathiyah : 18]

Istilah : merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.

Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Page 6: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Prinsip Syariah

Rabbaniah [Ketuhanan]

Wasatiah [Kesederhana

an]

Tawazun [Keseimbanga

n]

Mizan[Kesetaraan]

Mutlak & Murunah [Tetap &

Anjal]

Page 7: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Rabbaniah

Syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT

Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusiaAlam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWTSetiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagunganNyaPara saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat

Page 8: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Wasatiah

Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan

Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardu hendaklah hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit

Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.

Page 9: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Tawazun

Keseimbangan dalam syariat bermaksud

segala kandungannya adalah mengimbangi

antara keperluan manusia di dunia dan

akhirat.

Contohnya: mencari rezeki

Tujuan: bagi menyara hidup diri dan keluarga.

Kaedah seimbang:• rezeki tersebut hendaklah dicari secara yang halal dan

baik• dilaksanakan secara paling terbaik.

Impak :• dapat gaji• dapat pahala• pengurusan kerja dihargai

Page 10: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Mizan

Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.

Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat.

Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar penyelidikan dan pembangunan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan

Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.

Page 11: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Mutlak & Murunah

Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti

pengharaman arak.

Pengharamannya boleh dikecualikan atau digugurkan

seandainya ada keperluan yang syar’i untuk

menggunakannya.

Contoh: arak terpaksa digunakan untuk tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya

tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit yang

merbahaya.

Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan

keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik.

Page 12: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Peranan Syariah

Peranan

Memelihara Agama

Memelihara Maruah

Memelihara Nyawa

Memelihara Akal

Memelihara Keturunan

Memelihara Harta

Page 13: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Perlaksanaan Syariah

Utamakan Yang Utama

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat

Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan

Page 14: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

3.2 : Memahami Etika Islam dan sains teknologi dan kejuruteraan

Page 15: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Prinsip Etika

• Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yang bahagia• Satu pakej panduan mengurus sesuatu perkara secara terbaik

Etika

• Berasal dari bahasa latin Moralitas• Memberi maksud tingkahlaku yang baik• Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama, budaya dan adat

sesebuah bangsa

Moral

• Berasal dari Bahasa Arab Khuluq• Memberi maksud tingkahlaku yang baik yang menjadi amalan

hidup• Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama

Akhlak

Page 16: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Perlaksanaan Etika

Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak manusia.

Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi alpa daripada tugas sebagai hamba

Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam.

Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah.

Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia

Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau profit .

Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah swt.

Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuklear bagi menggantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria.

Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.

Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti

Page 17: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Perlaksanaan Etika

Menghasilkan rekaan, ciptaan dan teknologi dalam dunia perubatan bagi tujuan merawat, memulih atau mengubati bagi tujuan menyelamatkan nyawa.

Contohnya pengklonan bagi tujuan mengatasi kekurangan sel, teknologi genetik melalui tabung uji dan pembedahan plastik bagi memberikan kesempurnaan atau mengembalikan fungsi.

Begitu juga pemindahan organ dan derma darah dengan tujuan untuk mengembalikan fungsi dan menyelamatkan nyawa

Penghasilan dan penggunaan teknologi dan kejuruteraan untuk tujuan rawatan

Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah berasaskan kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna.

Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi untuk profit, kemahsyuran dan kepentingan diri.

Kajian yang dibuat hendaklah memikirkan implikasi yang bakal mengesani kehidupan makam manusia, flora dan fauna.

Pembedahan plastik untuk tujuan menafikan ciptaan Allah swt dan mengubah identiti adalah dilarang.

Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat

Page 18: PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Perlaksanaan Etika

Keperluan memelihara agama, bangsa dan negara sememangnya satu keutamaan. Namun nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Justeru itu, bukan sewenang-wenangnya tindakan bersifat sains teknologi boleh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi.

Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat perlu suntikan inovasi dan teknologi. Namun bukan menjadi lesen untuk melakukan kerosakan.

Keperluan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan negara

Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizika. Elemen ketuhanan dan mencari kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka.

Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya pencipta.

Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknokrat dan jurutera.

Menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizik