Upload
ciklaili-com
View
126.351
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
TERHAD
ARAHAN KEPADA CALON: 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan.
2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut berdasarkan kriteria rubrik yang ditetapkan.
4. Disertakan lampiran 1, 3 dan 4 untuk panduan murid.
TUGASAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TERHAD
TERHAD
2
TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23)
TAHUN 2014
1.0 ARAHAN KEPADA CALON
1.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014.
1.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan
pembelajaran dalam bulan Julai 2014.
1.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini.
1.4 Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang
ditetapkan. 1.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai
panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang.
1.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar
waktu pengajaran dan pembelajaran. 1.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja
mestilah dibuat secara individu. 1.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan
untuk menjelaskan lagi hasil kajian. 1.9 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
untuk mencari dan mengumpul fakta. 1.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 1.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan. 1.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F.
TERHAD
TERHAD
3
1.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan.
1.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). 1.15 Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa
dalam penulisan.
TERHAD
TERHAD
4
2.0 TUGASAN
Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu
pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar
tempat tinggal / kawasan sekolah calon.
Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut:
2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji.
2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut. 2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam
sekitar di kawasan kajian. 2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam
sekitar tersebut.
Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.
TUGASAN TAMAT
TERHAD
TERHAD
5
Lampiran 1
3.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN
BIL PERKARA HURAIAN
1 – Jadual kerja
– Pengagihan kerja
– Objektif kajian
– Penentuan kaedah
kajian
(10 markah)
Menyediakan perancangan yang sangat
lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan
sikap bersungguh-sungguh.
2 Mengumpul maklumat
menggunakan kaedah
yang sesuai. Memperoleh
maklumat daripada
pelbagai sumber (20
markah).
Punca
Kesan
Langkah
Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber
dengan menggunakan kaedah yang relevan dan
menyatakan sumber rujukan.
Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan
dan asli.
3 Grafik (10 markah)
Tajuk
Idea utama
Maklumat
Grafik mengikut susunan yang betul, lengkap dan
kritis.
Tafsiran:
(a) Konsep (5 markah)
Menghuraikan konsep dengan tepat dan betul
berserta contoh.
(b) Punca (15 markah)
Fakta
Huraian
Contoh
Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan
dengan jelas, teratur dan kritis serta
menunjukkan keaslian.
(c) Kesan (20 markah)
Fakta
Huraian
Contoh
Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan
dengan jelas dan teratur serta menunjukkan
keaslian.
(d) Langkah (20 markah)
Idea kreatif dan kritis
Rasional
Cadangan relevan dan huraian sangat tepat.
TERHAD
TERHAD
6
Lampiran 3
CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN
Buku
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan
Publications and Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political
Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.
Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946 -1951”, dalam JSEAH. Vol 1.Mac 1960.
Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.
Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.
Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.
Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45 JalanTun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.
TERHAD
TERHAD
7
VCD
Tajuk program, terbitan.
Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.
Sumber lain:
Jenis sumber, alamat/punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/TokohPMTunkuAbdul Rahman.htm
TERHAD
TERHAD
8
Lampiran 4
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI
TAHUN 2014
BORANG AKUAN PENGESAHAN
PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan
petikan, grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya.
RESPONDEN
NAMA
TANDATANGAN
TARIKH
Murid
Pentaksir
(Guru)
Ketua
pentaksir
Sekolah /
Pentaksir Luar