27
PENGENALAN Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berserata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian. Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian perindustrian). Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia. Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, 1

Rbt tugasan sem 6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rbt tugasan sem 6

PENGENALAN

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan,

penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa

kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan

lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih

padat dan berserata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.

Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan

tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang

lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut

merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian

pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat

bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur

dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian perindustrian).

Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak,

dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara

mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan

manusia. Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan

babi intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga

meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman

haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang

lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.

Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan,

gentian, bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka

jenis keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah

ditanam terutamanya untuk menghasilkan:

i. biobahan api, bahan farmaseutik,[3] bahan biofarmaseutik, dan bioplastik;

ii. makanan, misalnya bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging;

iii. gentian, misalnya kapas, bulu biri-biri, hem, sutera, dan flaks;

1

Page 2: Rbt tugasan sem 6

iv. bahan mentah, misalnya kayu gergaji, dan buluh;

v. perangsang, misalnya tembakau, alkohol, candu, kokaina, dan digitalis;

vi. biobahan api, misalnya metana (daripada biojisim), etanol, dan biodiesel;

vii. keluaran hiasan, misalnya bunga potong, dan tumbuhan semaian, serta juga ikan dan burung tropika untuk perdagangan haiwan kesayangan; dan

viii. bahan lain yang berguna, misalnya damar.

Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun

kerana kesedaran terhadap pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada

2008. Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi

yang menggaji paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu.[5] Meskipun

pertanian menggaji melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007,

pengeluaran pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia

kasar (iaitu jumlah kesemua keluaran dalam negara kasar (KDNK).

2

Page 3: Rbt tugasan sem 6

Tugasan Tanaman

a) PERALATAN TANAMAN

Peralatan yang telah digunakan sepanjang proses pembelajaran menanaman sayuran adalah seperti berikut:

1.PENYIRAM AIR

3

Page 4: Rbt tugasan sem 6

4

Page 5: Rbt tugasan sem 6

Penyiram merupakan sejenis bekas untuk mengisi air dan menyiram pokok dan tumbuhan termasuk tanaman sayur-sayuran. Penyiram mudah diangkat oleh pelajar dengan cara mengisi air sendiri dan menyiram tanaman pokok jagung dan kacang bendi di kebun sekolah.( lihat gambar foto) Penyiram jenis plastik adalah ringgan digunakan oleh pelajar dan tidak mudah rosak, walaupun jatuh. Bekas penyiram digunakan untuk menyiram air baja supaya menyuburkan tanaman sayuran di kebun .

2 . SEKATEUR

Sekateu merupakan alat untuk mengemas dahan tanaman dan mencantas dahan tanaman yang layu. Seketeur telah digunakan untuk memotong dahan pokok bendi yang tidak diperlukan. Dahan pokok bendi yang layu atau semak dipotong menggunkan alat ini. Kerja-kerja membuang dahan batang bendi dilakukan oleh pelajar dengan diawasi oleh guru.

3. SUDIP TANGAN

5

Page 6: Rbt tugasan sem 6

Sudip Tangan dipegang dengan tangan untuk menggali lubang supaya menanam biji benih dan memindahkan anak benih. Sudip tangan juga digunakan untuk mencampurkan tanah dan bahan -bahan organik seperti baja untuk tanaman bendi .

4. PENCAKAR TANGAN

Pencakar tangan digunakan untuk mengembur dan meratakan tanah. Peralatan ini juga digunakan untuk mengumpulkan rumput dan daun kering di atas batas. Di samping itu, pencakar tangan digunakan untuk mengaduk tanah yang padat serta mencungkil batu-batuan. Pencakar tangan amat mudah digunakan oleh pelajar . Pencakar tangan

6

Page 7: Rbt tugasan sem 6

diperbuat daripada besi dan plastik dalam pelbagai saiz mata yang panjang dan pendek.

5 . CANGKUL

7

Page 8: Rbt tugasan sem 6

8

Page 9: Rbt tugasan sem 6

Cangkul digunakan untuk menggembur dan memecah tanah.Digunakan untuk menggali lubang dan meratakan tanah.Cangkul digunakan untuk kerja menggali tanah dan kerja ringan di kebun.Cangkul digunakan untuk membuat batas serta lubang menanam biji benih tanaman sayuran .Kebiasaannya guru yang menggunakan cangkul untuk membuat batas dan memecahkan tanah.

6 . SERAMPANG TANGAN

Serampang tangan untuk merumput dan menggemburkan tanah. Serampang tangan terdapat pelbagai saiz dan warna serta diperbuat daripada besi dan plastik.Serampang tangan mudah untuk digunakan oleh pelajar bagi tujuan merumput sambil duduk.

9

Page 10: Rbt tugasan sem 6

b) PERSEDIAAN TANAMAN

Faktor pemilihan tapakSebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa faktor perlu diberi perhatian.· Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran.· Terdedah kepada pancaran cahaya matahari :tidak terlindung daripada sebarang naungan pokok.· Berdekatan dengan sumber air seperti perigi, kolam, sungai atau taliair.· Tanah yang subur mengandungi bahan organik dan bersaliran baik· Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan, benih, baja, racun perosak dan memasarkan hasil.

Penyediaan Kawasan

10

Page 11: Rbt tugasan sem 6

Kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman termasuklaha) menebang pokokb) menebasc) mengumpul rumpaid) meratakan tanahMenggembur tanahTanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah, memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman.Langkah-langkah pembajakan:· Tanah digemburkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm· Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu. Ini adalah untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya· Menabur kapur untuk menurunkan keasidan tanah.

11

Page 12: Rbt tugasan sem 6

Membina BatasMembina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaikki pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak dan penyakit tanaman.Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 – 25 cm tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm.

Pembajaan AsasMembaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas ditaburkan di atas batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m²) dan kemudian digaulkan ke dalam tanah.

SungkupanSungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah kelapa, rumput kering, plastik hitam silver shinedan jerami

12

Page 13: Rbt tugasan sem 6

padi. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.

c) PENYEDIAAN ANAK BENIH

PEMBIAKAN TANAMAN Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara : •seksual; contoh biji benih, spora •Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain- lain.

Biji benih Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.

Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih •Boleh menghasilkan baka-baka baru •Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman •Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok

13

Page 14: Rbt tugasan sem 6

•Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.

Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih •Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy) •Mengambil masa yang panjang untuk matang •Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya •Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji benihnya bermusim

Pemilihan Biji benih Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih: •Matang •Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain) •Berisi, segar dan bersih dari kekotoran •Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah) •Bebas dari penyakit dan perosak Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung. Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama.

14

Page 15: Rbt tugasan sem 6

Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpan lama, biji benih hendaklah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan lama.

Percambahan biji benih Percambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya dan oksiogen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau

15

Page 16: Rbt tugasan sem 6

biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk mempercepatkan percambahan.

d) PENANAMAN SAYURAN

Penanaman

Penanaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam penanaman sayuran.

Mengubah

Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap.

Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ;

Segarkan anak benih sebelum diubah Lakukan waktu pagi atau petang

Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah.

Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar.

Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.16

Page 17: Rbt tugasan sem 6

Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan

Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat.

Bekalkan perlindungan dan air.

Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari

Naungan

Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih.

Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput yang dipotong, kertas plastik dan jaring. Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan.

e) PENGURUSAN DAN PENJAGAAN

Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut:

1. Menyiram

Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus.

2. Merumput

Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput 17

Page 18: Rbt tugasan sem 6

adalah untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat pembperosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara kimia.

3. Membaja

Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia.

4. Membuat sokongan

Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat.

Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah.

Mengawal Perosak dan penyakit

Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal

18

Page 19: Rbt tugasan sem 6

bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi

Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari.

6. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran

Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia:

Penyakit Agen Simptom

Melecur anak benih

Kulat Anak benih layu dan mati

Reput akar Kulat atau bakteria

Pokok layu dan mati

Bintik daun Kulat Daun dengan bintik perang atau hitam

Layu bakteria

Bakteria Urat daun menjadi hitam. Pokok akan layu dan mati

Kulapok Bakteria Daun yang diserang layu dan mati.

Karat batang/ daun atau lengai

Kulat Tompok kuning/perang daun yang dijangkiti akan jatuh.

19

Page 20: Rbt tugasan sem 6

f) PENGUTIPAN HASIL

Memungut hasil

Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu memungut hasil pada masa yang sesuai adalah penting. Sebagai contoh, jika sayuran jenis daun dipungut terlalu awal, hasilnya adalah rendah. Sebaliknya

20

Page 21: Rbt tugasan sem 6

jika lewat dipungut, hasilnya banyak tetapi mutunya rendah kerana mengandungi serat kasar.

Masa memungut hasil

Masa yang sesuai untuk memungut sayur-sayuran adalah pada waktu pagi atau lewat petang. Ini bertujuan untuk mendapat hasil yang segar dan memuaskan.

Panduan Memungkut Hasil Sayuran

Sayur-sayuran

Tempoh mula memungut hasil

Panduan

Sawi 4 hingga 6 minggu Cukup besar tetapi belum berbunga

Timun 4 hingga 6 minggu Buahnya muda tetapi belum bertukar menjadi warna kekuning-kuningan

Kacang panjang

6 hingga 8 minggu Lengai mudah di patahkan tetapi bijinya belum terbunjul keluar

Sengkuang

20 hingga 24 minggu Daun mula menjadi kuning dan gugur.

Cara memungut yang betul ;

memotong dengan pisau / sekatur contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu

mencabut

contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi.

memetik contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain.

21

Page 22: Rbt tugasan sem 6

menggali dengan cangkul/serampang

contoh - sayuran jenis akar / umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang dan lain-lain

Pemasaran

Sayuran yang dipungut mestilah dibasuh, digredkan, dan dibungkus dengan sempurna sebelum dipasarkan. Sayuran perlu dipasarkan segera.

g) PERBINCANGAN 22

Page 23: Rbt tugasan sem 6

Salam bahagia saya ucapkan bagi pembuka kata perbincangan tugasan

Pertanian saya. Saya Kovarnan a/l Nadarajah sangat berbesar hati kerana tugasan

yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika

kawan-kawan, pensyarah dan isteri saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada

saya untuk menyiapkan tugasan ini. Perbincangan selepas menyelesaikan tugasan ini

sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya

dengan baik.

Saya dan rakan-rakan seperjuangan saya telah berjaya menyiapkan tugasan

yang telah diberikan dan dihantar pada masanya dan tidak ketinggalan juga

menyimpulkan tentang fenomena aktiviti pertanian kami yang sangat bermakna.

Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan

tugasan pertanian ini. Antara masalahnya ialah untuk mencari peralatan, pokok, masa

untuk menyiram, serta pengetahuan mengenai tumbuhan sayuran dan gambar

tumbuhan pada setiap tahap. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maksud, ciri-ciri

dan kegunaan setiap penjelasan aktiviti tanaman untuk kerja kursus saya.

Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk

diisi dalam tugasan saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam

matapelajaran ini. Nota-nota yang telah diberikan oleh Puan Siti Khamariah binti

Rizuwan telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya.

Beberapa contoh gambar yang saya telah perolehi daripada perpustakaan dan telah

saya cetak untuk memahami pertanian juga.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk disiapkan. Namun berkat doa dan

pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah

diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah.

Akhirnya tugasan Pertanian yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya

untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Puan Siti Khamariah

Binti Rizuwan.

23

Page 24: Rbt tugasan sem 6

Bibliografi

24

Page 25: Rbt tugasan sem 6

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009).

PISMP RBT. Oxford Fajar Sdn.Bhd

Khairuddin Mohamad, (2011). Rumah Hijau. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin, (1999). Kaedah Penanaman Sayuran. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Cara menyemai Benih Sayuran secar Kecil-

kecilan. Kuala Lumpur.

Ahmad Fazil IPTS. (2008), PISMP Modul RBT 3203E.

25