Upload
alex-jason-g
View
454
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
RINAIT: Bahasa Keramat Masyarakat
Dusunik
Rosalyn GelunuUniversiti Brunei Darussalam
Terdiri daripada 48 etnik ( keseluruhannya 78 sub-etnik). Setiap etnik mempunyai bahasa ibunda masing-masing namun masih sekerabat dan saling memahami
Kumpulan bumiputera yang terbesar di Sabah namun terdapat juga di negara lain di Borneo misalnya Kalimantan dan Negara Brunei Darussalam.
Tergolong dalam kelompok bangsa Austronesia yang juga mewarisi tret orang Austranosia termasuk alam budaya serta falsafah dan pemikiran masyarakatnya yang diterjemahkan melalui bahasa dan kegiatan mereka seharian.
Walau bagaimanapun, setiap bangsa tersebut memiliki ciri-ciri tersendiri yang menjadi identiti mereka iaitu dalam aspek bahasa dan budaya khususnya masyarakat tradisional.
Masyarakat Dusunik merupakan penyumbang utama hasil-hasil pertanian misalnya padi, sayuran, buah-buahan dan lain-lain tanaman di Sabah.
Masih utuh mempertahankan budaya namun sudah terdapat banyak penyesuaian dari segi amalan, kepercayaan dengan kehendak agama.
Masyarakat Dusunik Di Sabah
Bahasa keramat yang dibentangkan adalah terbatas skopnya dalam perspektif lingkungan
masyarakat Dusunik di Sabah sahaja. Penghuraian didasarkan kepada world view atau falsafah dan pemikiran masyarakat Dusunik
terhadap bahasa keramat. Masyarakat Dusunik mempunyai tanggapan bahawa bahasa keramat hanya diketahui dan
dikuasai oleh golongan tertentu iaitu Bobolian. Masyarakat umum dilarang sama sekali mengucapkan bahasa keramat kerana dianggap tidak
layak dan mencemarkan bahasa tersebut. Bahasa keramat bagi masyakarat biasa adalah bahasa yang tidak difahami, kerana bersifat
taboo itulah menyebabkan mereka tidak mahu tahu, sengaja tidak mahu faham atau tidak dibenarkan untuk mempelajari atas sebab-sebab tertentu.
Bahasa keramat juga dipercayai terdapat unsur-unsur magis yang menjadikan bahasa tersebut seolah-olah mempunyai kuasa (menyembuhkan penyakit, mendatangkan rezeki, menghindarkan malapetaka, mensejahterakan manusia) dan akan mendatangkan bencana jika disalahgunakan.
Bahasa yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan para dewa, roh, tuhan serta alam secara supernatural.
Bahasa yang dilafazkan dengan alunan, intonasi dan aksi atau gerak-geri yang sesuai mengikut tujuan bahasa dilafazkan.
Memerlukan ‘olus’ sebagai ‘pengolus’ (pengeras ) dan juga ‘sogit’ setiap kali dilafazkan. Bahasa yang memenuhi semua ciri tersebut di atas adalah RINAIT.
Bahasa Keramat Mengikut Perspektif Masyarakat Dusunik
Evans (1922), Alexander (2006) – bahasa yang tidak difahami oleh lelaki. Rys (1965) – bahasa untuk ‘momurinait’ yang boleh dilakukan oleh
bobolian lelaki atau wanita. Arena Wati (1978) – bahasa Dusun klasik dan tidak difahami masyarakat
kebanyakan. C.Fernando (1978) – diperturunkan oleh Tumohong (roh Tuhan) kepada
seorang gadis Kadazan yang sangat cantik. Appell (1986) – merupakan sastera lisan yang berkembang mengikut
peredaran zaman. Appell (1986) – Kata ‘rinait’ berasal daripada frasa ‘ra’it’ (to speak)
menjadi ‘rinait’ (was spoken) Appell (1993) – berupa adat-istiadat dan undang-undang masyarakat
Dusunik. Jaqueline P.Kitingan (2005) – sastera lisan masyarakat Dusunik. Hanafi (2008) – Jampi dan doa yang perlu dihafal sebagai kelayakan
menjadi Bobolian. Monica (2009) – Diajarkan oleh Huminodun kepada Bobolian dan
seterusnya diajarkan kepada pelatih Bobolian oleh Bobolian. Rosalyn (2011) - karya sastera lisan yang terpanjang dan elemen
terpenting dalam ritual.
Apakah Rinait ?
Magambil Dahau
Saiondong morundukanNoiumbus kaibohoi
Ina ku pamungpunganIdi ku Panapusan
Dahau ku salinakanSalinaka mumpitakDahau ku lapaiyon
Lapaiyon do tinggoronDahau ku longoon
Longoon do tinggoronDahau ku tinumpong
Guyun ku hilo PinangkadDahau ku hilo tutudon
Guyun ku subudon………….
Contoh Rinait
Pengajian Bobolian selama 9 tahun (Rinait, penerokaan hutan untuk mengenali tumbuhan herba dan kegunaannya, praktikal dalam ritual sebenar).
Pelatih Bobolian hanya terbuka kepada ahli keluarga ( yang terpilih) Bobolian. Pelatih dikenali sebagai ‘Mokiira’ dan Bobolian ( jurulatih/pengajar) dipanggil ‘Pokiiraan’.
Hanya boleh dipelajari oleh wanita yang terpilih dan mempunyai keinginan yang kuat. Pelatih lelaki dibenarkan atas sebab-sebab tertentu iaitu, merupakan keturunan Bobolian/Lungkitas yang tidak ada keturunan wanita/tiada yang lebih sesuai.
Rys (1929) terdapat 180 ritual dan 218 nama ( Bobolian Wanita harus mahir sekurang-kurangnya 131 jenis ritual dan menghafal 2000 baris rinait ) Jika ingin menguasai Ritual yang biasa dikendalikan oleh lelaki, harus menghafal 3000 baris rinait.
Gadis yang bakal berkahwin dikehendaki mempelajari Rinait peribadi kerana dalam masyarakat Dusunik wanita memainkan peranan penting menjaga kesejahteraan seluruh ahli keluarganya.
Namun pengajaran Rinait harus dilakukan secara lisan, tidak boleh ditulis atau dirakam kerana dipercayai akan kehilangan kuasa atau kesucian bahasa tersebut tercemar.
Kesimpulannya, Rinait dipelajari oleh waris atau individu yang terpilih sahaja. Tidak menurun secara baka atau semulajadi tetapi diwariskan melalui pengajaran yang telah dirancang penuh sistematik oleh Bobolian / Lungkitas demi kelangsungan keturunannya sebagai peneraju institusi Bobolian serta menjaga wibawa sebagai pakar rujuk, pakar perubatan, pakar adat-istiadat,pakar astronomi, pakar botani, dan juga sebagai pengantara antara manusia dengan para dewa, roh dan tuhan.
Rinait Dipelajari atau Diwariskan ?
CIRI-CIRINYA:- Elemen terpenting dalam semua ritual masyarakat Dusunik Hanya mampu dipelajari oleh mereka yang benar-benar
memiliki kekuatan minda dan daya tahan yang luar biasa Melibatkan 218 nama-nama roh, dewa-dewa, dan tuhan ( binaan Rinait berdasarkan F/Nama dan F/Adjektif) Menjadi bahasa khusus untuk para Bobolian berhubung
secara supernatural dengan alam roh, para dewa, tuhan dsb demi kepentingan masyarakatnya.
Menjadi rujukan adat-istiadat, pantang-larang, undang-undang.
Mengandungi ilmu kepakaran peribumi/indigenous knowledge.
Rinait Sebagai Bahasa Keramat
ELEMEN BAHASA:- Bahasa Umum – bahasa seharian masyarakat setempat
[cth: adau, alaid,awau,bilin, lapap,mongoi ] Bahasa Puitis – bahasa biasa yang dipuitiskan. [cth: agid=magid-agid, gonit=irombigonit ] Bahasa Seharian Etnik Lain – tetapi hanya digunakan
dalam Rinait bagi masyarakat setempat. [cth: aitak, gumompus,hatod,kopulanun ] Bahasa Pinjaman – bahasa seharian bangsa lain. [cth: daiyang (bhs Brunei), awan (bhs Melayu) Bahasa Khusus Bobolian – bahasa dalam kalangan
Bobolian sahaja [cth: banawak,bongkiran,karaboi,burok]
Rinait Sebagai Bahasa Keramat
BENTUK RINAIT:- Banyak menggunakan Kata Tunggal ( Kata Nama dan Kata
Adjektif) Cont : KN- parai, Bambarayon KA- ohinopot, gontolobon[ KN nama dewa,roh,tuhan,semangat dan KA adalah sifat yang diberikan kepada dewa, roh,tuhan dan semangat ] Kata Terbitan ( KN ditambah imbuhan menjadi KK)[ Imbuhan akhiran (KN)solunsug + an = solunsugan (KK)][ Imbuhan awalan ( KN)po + n(s)opuk= ponopuk (KK)]
Rinait Sebagai Bahasa Keramat
STRUKTUR:-Binaan ayat berdasarkan kesejajaran iaitu penempatan gagasan yang sama penting dalam struktur kebahasaan:- Kesejajaran Bentuk Frasa Nama [cth: Haroh kudi Komborongoh (bahasa biasa) ] [ Iso’o kudi Rinokian ( bahasa Bobolian/Leksim) ] Kesejajaran Makna [cth: Potonudon ku sundu ku ] [ Poboyudon ku lodun ku ] Pola Ayat = FK + FN
Rinait Sebagai Bahasa Keramat
GOLONGAN KATA Terdiri daripada KN/KA/KK/Ktugas 2 kumpulan utama:-[Kata Isian = KN,KA,KK yang sentiasa berkembang]**Bobolian harus memberi kata sinonim pada setiap kata KN,KA,KK dan kebolehan memberi sinonim merupakan ukuran kepintaran Bobolian][Kata Tugas = Kata tertutup ]cth: do, di, om, ku
Kata Puitis:- Perbandingan [ Titindak morongkalapon] Metafora [Mundagang bolimbingan] Hiperbola [Katahak togum toil]
Rinait Sebagai Bahasa Keramat
Rinait disusun sistematik berdasarkan bentuk, struktur dan pemilihan diksi.
Rinait bukan karya statik tetapi sentiasa berkembang melalui perluasan makna, sinonim, leksim ritual.
Rinait adalah dokumen lisan yang menjadi rujukan istilah bidang perubatan tradisional, nama-nama herba, adat-istiadat, pengiraan hari/penentuan hari.
Mengandungi rahsia Ilmu Kepakaran Peribumi/Indigenous Knowledge.
Kesimpulan
SEKIAN DAN TERIMA
KASIH
BOBOLIAN SEMASA UPACARA RITUAL