12
1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4 Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun : 4 Aktif Tarikh : 14 Ogos 2013 Masa : 9.10 – 10.10 pagi BilanganMurid : 35 orang Bidang : Mengenal Kraf Tradisional Aktiviti : Anyaman Tajuk : Anyaman Kelarai Objektif Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid dapat : 1. Mendorong murid menghayati dan menilai seni warisan dan budaya sesuatu kelompok. 2. Membina asas Aset Budaya. 3. Mengetahui dan mengenal motif anyaman kelarai. 4. Mempertingkatkan kemahiran mereka cipta secara kreatif dalam penghasilan anyaman kelarai. 5. Membuat ukuran dengan tepat. 6. Menggunting kertas warna dengan cara yang betul. 7. Menghasilkan anyaman siku kelarai daripada kertas warna/reben. Hasil Pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat : Aras 1 : i. Menggunakan elemen Asas Seni Reka, bahan, dan proses yang sesuai dalam Penghasilan kraf mudah. Aras 2 : i. Mengenal pelbagai bahan gentian serta sifatnya dalam proses membuat

Rph anyaman

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rph  anyaman

1

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN 4

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Tahun : 4 Aktif

Tarikh : 14 Ogos 2013

Masa : 9.10 – 10.10 pagi

BilanganMurid : 35 orang

Bidang : Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti : Anyaman

Tajuk : Anyaman Kelarai

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid dapat :

 

1. Mendorong murid menghayati dan menilai seni warisan dan budaya sesuatu kelompok.

2. Membina asas Aset Budaya.

3. Mengetahui dan mengenal motif anyaman kelarai.

4.  Mempertingkatkan kemahiran mereka cipta secara kreatif dalam penghasilan anyaman

kelarai.

5. Membuat ukuran dengan tepat. 

6. Menggunting kertas warna dengan cara yang betul. 

7. Menghasilkan anyaman siku kelarai daripada kertas warna/reben.

 

Hasil Pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :

 

Aras 1 : i.  Menggunakan elemen Asas Seni Reka, bahan, dan proses yang sesuai dalam

Penghasilan kraf mudah.

 Aras 2 : i. Mengenal pelbagai bahan gentian serta sifatnya dalam proses membuat

Kraf mudah.

 Aras 3 : i. Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan anyaman kelarai.

NilaiMurni: Sabar, berhati-hati, berdisplin, daya usaha, menghargai kraf tradisional, dan

berkeyakinan.

Penerapan Nilai Kercerdasan Pelbagai: Intrapersonal, Interpersonal, Verbal-linguistik,

Kinestetik dan logik matematik 

 

Page 2: Rph  anyaman

2

Pengabungajalin Mata Pelajaran : Pendidikan Moral, Matematik

KemahiranBerfikir: Menyenaraikan bahan, fungsi anyaman, membuat urutan langkah 

KritisdanKreatif : Menjana idea , kreatif dan mereka cipta

Bahan,Peralatan  dan BahanSumber : Laptop, LCD, kertas lukisan, reben berwarna, gam,

pembaris, pensel, gunting, dan pisau, Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KBSR

Langkah berjaga-jaga : Mengutamakan keselamatan diri semasa menggunakan gunting dan

pisau.

 Teori Kecerdasan Pelbagai : Konstruktivisme, BCB, Masteri, kontekstual dan Kajian Masa

Depan.

EMK : Kreativiti dan Inovasi , TMK

Langkah/

Masa

Isi pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set induksi

(5 minit)

Menarik perhatian murid

dengan contoh-contoh

anyaman.

Guru menunjukkan contoh-contoh

anyaman dalam dimensi baru. Contoh

seperti tudung saji,

beg tangan,beg duit,

tikar, dan lapik

duduk dengan

menayang ‘ Power

point Slide’ 

 

- Murid membuat pemerhatian

Teori Kecerdasan

Pelbagai.

 

Intrapersonal

Verbal Linguistik.

 

Unsur Patriotisme

 

Menghargai Kraf

Tradisional.

 

ABM:

LCD / Laptop

Kasut

Page 3: Rph  anyaman

3

terhadap hasilan

kraftangan  anyaman. 

 

- Guru bersoal tentang kraf

tradisional anyaman seperti

fungsi, kegunaan dan bahan.

 

- Murid memberi respon dengan

menyatakan fungsi anyaman

masa kini dan masa akan

datang.

Langkah 1

(Pemerhatian)

Pengenalan tentang

anyaman. Guru menunjukkan contoh-contoh

gambar anyaman melalui

 “Power Point Slide”

 

1) Guru mengutarakan persoalan

tentang contoh-contoh anyaman.

2) Guru bersoaljawab dengan murid-

murid berdasarkan power point.

Teori Kecerdasan

Pelbagai

 

Interpersonal

Linguistik

 

KBKK-Kritis 

Mengumpul dan

mengelas

 

ABM/BBM

Laptop dan LCD

 

 

Langkah 2

(Penerokaan)

Pengenalan alat dan bahanGuru

BBM

-slide powerpoint

Page 4: Rph  anyaman

4

Demonstrasi guru.

Langkah penghasilan :

menunjukkan bahan dan alatan yang

diperlukan untuk aktiviti menganyam. 

i) gam

ii) gunting

iii) pembaris

iv) reben berwarna

v) pisau 

Guru menunjukkan cara dan langkah-

langkah  untuk menghasilkan anyaman

kelarai

1.Guru memenunjukkan cara-cara

mengukur dan menggunting jalur sisip

dan tapak anyaman

.

   

2. Guru menunjukkan langkah

langkah  menghasilkan ayaman kelarai.

3. Guru menunjukkan anyaman kelarai

KBKK

-Menghubungkait

-Menjana ideal

NilaiMurni

Berhati-hati

Berdisplin,

Berkeyakinan.

 

ABM/BBM

 

Laptop, LCD,reben

Gam, pembaris,

pensel, gunting dan

pisau

Page 5: Rph  anyaman

5

yang sudah membentuk kelarai.

4. Guru menunjukkan contoh anyaman

yang telah siap dianyam.

“Power Point Slide”

Langkah 3

(Penghasilan)

Penghasilan karya

- Pembahagian alat &

bahan

- Penghasilan karya

secara individu di

dalam kumpulan

masing-masing

mengikut cara yang

ditunjukkan oleh

guru.

- Guru memantau

dan memberi

bimbingan terhadap

murid yang lemah.

1. Guru memberi arahan agar murid

menghasilkan karya anyaman kelarai.

2. Guru meminta murid memulakan aktiviti

menghasilkan karya mengikut langkah

yang

telah ditunjukkan oleh guru.

3. Guru membimbing murid menghasilkan

karya.

TKP

- Kinestetik

- Visual-ruang

KBKK

- Menjana ideal

- Mereka cipta

NILAI MURNI

- Kekemasan

Page 6: Rph  anyaman

6

Apresiasi dan

refleksi

(5 minit)

Penilaian karya

- Unsur seni

- Alat dan bahan

- Teknik

Pameran mini

- Hasil karya murid

1) Murid menilai hasil karyarakan dari segi

kekemasan dan unsur seni.

2) Murid membuat apresiasi dengan

bimbingan.

3) Murid menghargai karya sendiri dan rakan.

TKP

-Verbal Linguistik

-Visual ruang

-Interpersonal

-Intrapersonal

Nilai murni

-Menghargai hasil

karya sendiri dan

rakan.

Penutup

(3 minit)

1. Mengemas bilik darjah.

2..Arahan tugasan akan

datang

1) Guru membuat rumusan tentang tajuk

pelajaran hari ini.

2) Guru memberi arahan. Murid digalakkan

membuat catatan.

Nilai

-Kerjasama

-Kebersihan

REFLEKSI

Page 7: Rph  anyaman

7

Menurut Dewey (1933) kemahiran membuat refleksi adalah proses berfikir secara aktif,

berterusan dan teliti yang bertujuan menyelesaikan isu ataupun masalah dengan mengambil

kira kepercayaan, pengetahuan dan dasar yang menyokongnya. Dalam erti kata lain, membuat

refleksi merupakan proses muhasabah diri sendiri dengan tujuan untuk memperbaiki

kelemahan yang dirasakan perlu. Mengukit Jay dan Johnson (2002), proses membuat refleksi

boleh berlaku secara sendirian atau kolaboratif.

Pada minggu interaksi ketiga, saya dan rakan sekuliah telah mendapat tugasan untuk

PSV3107(Pedagogo Pendidikan Seni Visual) yang diberikan sendiri oleh En Mohamad Yusoff

Bon Mat Saad. Apabila membaca tugasan yang diberikan sepintas lalu, saya berasa agak

sukar untuk saya menyiapkan tugasan yang diberi. Syukur alhamdulillah, di akhir kuliah

PSV3107, En Mohamad Yusoff memberi sedikit penerangan mengenai prosedur untuk

menghasilkan tugasan yang diberi. Selepas mendapat penerangan itu, saya hanya mendapat

sedikit gambaran tentang cara untuk menghasilkannya.

Sepanjang perjalanan saya untuk menghasilkan tugasan yang diberikan, saya banyak

membuat rujukan dan perbincangan dengan rakan sekuliah dan rakan sekerja. Alhamdulillah,

rakan-rakan banyak membantu saya dalam mencari idea dan mendapatkan sumber untuk

tugasan ini. Di samping itu juga saya banyak melayari laman web untuk mendapatkan

maklumat tambahan untuk tugasan ini. Apa yang saya kesalkan ialah kecuaian saya sendiri

yang tidak mencatatkan judul buku-buku yang dirujuk.

Tugasan yang diberikan ini juga menjadikan saya sentiasa menghargai masa yang

terluang. Ini adalah kerana saya terpaksa membahagikan masa dua puluh empat (24) jam

saya pada tugas rasmi saya sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Juru, seorang isteri,

sebagai seorang ibu, seorang anak, seorang rakan dan sebagai seorang pelajar. Kekangan

tugasan di sekolah juga merupakan faktor yang mencabar saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Pada masa ini, di sekolah sibuk dengan aktiviti Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada

September ini. Namun saya kuatkan juga semangat untuk menyiapkan tugasan ini dengan

sebaik mungkin.

Di samping itu juga, tugasan PSV3107 ini, membantu saya cara membuat Rancangan

Pelajaran Harian (RPH) Pendidikan Seni. Walaupun RPH adalah perlu untuk insan yang

bergelar pendidik, tetapi untuk menghasilkan RPH Pendidikan Seni adalah agak sukar untuk

saya kerana inilah tahun pertama mengajar Pendidikan Senil sepanjang saya bergelar

pendidik. Namun begitu, bimbingan dan tunjuk ajar dari rakan sekerja, saya dapat

menghasilkan RPH untuk Tahun Empat.

Satu lagi cabaran saya ialah untuk menyiapan tugasan untuk menghasilkan anyaman

kelarai. Ianya memerlukan kesabaran dan ketekunan untuk menyiapkannya dan mempunyai

kreativiti yang tinggi di samping kesungguhan dan minat terhadap anyaman. Menghasilkan

anyaman nampak mudah, tetapi sebenarnya memerlukan kesungguhan dan kesabaran yang

Page 8: Rph  anyaman

8

tinggi dalam semua langkah perkembangan atau penghasilan anyaman. Kemahiran mengukur

atau menyukat adalah perlu untuk mandapatkan lajur yang selari. Daya imagimasi juga perlu

semasa menghasilkan corak untuk anyaman.

Terima kasih kepada En Mohamad Yusoff khasnya dan juga IPG Kampus Sungai

Petani kerana memberi tugasan ini. Dengan adanya tugasan ini, saya dapat mempelajari

banyak perkara baru dan menjadikan saya seorang peneroka yang rajin. Di samping itu juga,

terima kasih kepada suami dan anak-anak serta pihak pentadbiran dan warga Sekolah

Kebangsaan Juru yang banyak memberi bantuan terutamanya sokongan moral kepada saya

untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Terima kasih juga kepada rakan sekuliah yang

menyumbang idea ke arah penghasilan tugasan ini.

Rujukan

Page 9: Rph  anyaman

9

1. Abdullah Muhammad (Nakula) . (1978). Falsafah dan Pemikiran Orang – Orang

Melayu. Kuala Lumpur. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

2. Chang Hon Woon. (1997). Teori Seni Tampak Asas Seni Reka. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

3. Hassan Mohd Ghazali. (2000). Pendidikan Seni. Selangor, Fajar Bakti. Sdn. Bhd

4. http://cikguamrah.blogspot.com/2011/12/langkah-langkah-membuat-anyaman-

kelarai.html

5. http://www.google.com/search=anyaman+kertas+warna

6. marlirohayughazali.blogspot.com/.../bidang-mengenali bidang kraf tradisional