62
Sejarah dan Falsafah PAKK

sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak

Embed Size (px)

Citation preview

Sejarah dan Falsafah PAKK

Sejarah PAKKO Sekitar tahun 1960-an, pendidikan awal kanak-

kanak mula mendapat kesedaran dalam kalangan ibu bapa terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Sebuah revolusi telah berlaku pada tahun 1969 iaitu Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia telah menerima wang daripada Yayasan Asia untuk membina tadika yang mirip dengan projek 'Head Start' di Amerika Syarikat.

Sejarah PAKKPerkembangan Prasekolah Luar Negara- Head Start

Prasekolah pertama di Amerika Syarikat telah didirikan pada tahun 1850 tetapi hanya kanak-kanak dari golongan berada sahaja yang diberikan tumpuan.

Kanak-kanak dari golongan miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan.

Untuk membantu kanak-kanak yang datang dari keluarga yang miskin dan mundur, program Head Start telah dirancang dan dikelolakan. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.

Sejarah PAKK di Malaysia

FalsafahO Yunani = philo (cinta) sophic

(wisdom)“Love for wisdom”

O Fungsi = menimba ilmu kendiri (Socrates)

FalsafahO Matlamat = mendapatkan kebenaran

mutlak. Plato

FalsafahO Kajian mengenai sebab dan prinsip

sesuatu perkara. Aristotle

FalsafahO ‘kebijaksanaan’ = kerja keras untuk

mendapatkan rahmat.Imam Al Ghazali

Falsafah O sudut pandang,O cara hidup, O prinsip yang dipegang seseorang

dalam hidupnya yang digunakan sebagai garis panduan dalam setiap: O tindakan, pilihan, dan keputusannya

(Omar Al-Syaibani 1992).

Falsafah pendidikanO Usaha mencari satu kebenaran

atau keyakinan berkenaan sesuatu perkara dengan menggunakan akal fikiran.

O Satu usaha berfikir secara kritis dan rasional tentang isu-isu penting pendidikan.

Komponen Falsafah PendidikanPendidik Pelajar

Kurikulum /Subjek

Persekitaran

Fungsi Falsafah Pendidikan

Menilai pendidikan

Menganalisa

permasalahan

Mencari penyelesaia

n permasalah

an

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

O Kepercayaan mengenai bagaimana kanak-kanak berkembang dan belajar serta bagaimana mereka seharusnya diajar.

O Falsafah hidup seseorang menentukan apa yang perlu diajar pada kanak-kanak.

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

O Falsafah pendidikan yang dihayati guru akan membantunya menentukan arah tuju dan matlamat pengajarannya.

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

O Keyakinan seseorang guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar (cara terbaik) menentukan:

O pilihan strategi pengajarannya, sama ada untuk menggunakan kaedah berpandukan individu atau menggunakan kaedah yang sama ke atas semua pelajar.

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

O Falsafah guru itu turut menentukan sama ada guru membantu kanak-kanak dalam melaksanakan aktiviti untuk dirinya sendiri atau guru membantu kanak-kanak untuk kanak-kanak tersebut.

Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah PAKK?O Penting bagi guru mengetahui tentang

falsafah pendidikan kerana guru mempunyai matlamat dalam setiap tindakan yang diambil.

O Pengetahuan mengenai idea-idea ahli falsafah membantu guru memilih program yang sesuai untuk kanak-kanak jagaannya.

O Ini memberikan keyakinan kepada guru dalam melaksanakan tugasnya sebagai guru.

Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah PAKK?O Idea-idea ahli falsafah boleh membantu

guru memahami cara-cara melaksanakan strategi pengajaran.

O Dengan meneroka, menganalisis, dan menyedari idea-idea ahli falsafah, pendidik awal kanak-kanak akan mendapat inspirasi bagi menilai semula pandangan mereka dan memotivasikan mereka supaya sentiasa melakukan yang terbaik.

Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah PAKK?O White dan Coleman (2000)

menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dihayati guru bukan sahaja membantunya dalam interaksi dengan kanak-kanak, malahan turut membantunya memahami dengan lebih mendalam mengenai amalan-amalan pengajaran.

Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah PAKK?O Walau bagaimanapun, falsafah yang

dihayati guru akan berubah apabila dia belajar:

O lebih pelbagai teori pendidikan awal kanak-kanak,

O memperoleh ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak dan amalan pengajaran,

O mendapat pengalaman mengajar dalam kelas.

Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah PAKK?O Penting bagi guru mengetahui tentang falsafah pendidikan kerana

guru mempunyai matlamat dalam setiap tindakan yang diambil. Pengetahuan mengenai idea-idea ahli falsafah membantu guru memilih program yang sesuai untuk kanak-kanak jagaannya. Ini memberikan keyakinan kepada guru dalam melaksanakan tugasnya sebagai guru. Idea-idea ahli falsafah boleh membantu guru memahami cara-cara melaksanakan strategi pengajaran. Dengan meneroka, menganalisis, dan menyedari idea-idea ahli falsafah, pendidik awal kanak-kanak akan mendapat inspirasi bagi menilai semula pandangan mereka dan memotivasikan mereka supaya sentiasa melakukan yang terbaik. White dan Coleman (2000) menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dihayati guru bukan sahaja membantunya dalam interaksi dengan kanak-kanak, malahan turut membantunya memahami dengan lebih mendalam mengenai amalan-amalan pengajaran. Walau bagaimanapun, falsafah yang dihayati guru akan berubah apabila dia belajar lebih banyak teori pendidikan awal kanak-kanak, memperoleh ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak dan amalan pengajaran, serta mendapat pengalaman mengajar dalam kelas.

Perbincangan 1O Apa falsafah rakan sebelah anda

tentang pendidikan awal kanak-kanak?

Bagaimana untuk Membina Falsafah Pendidikan Sendiri?

O Berbincang dengan rakan sekerja. O Melawat pusat-pusat pendidikan

awal kanak-kanak lain. O Membaca artikel berkaitan dalam

jurnal atau buku. O Menyertai masyarakat berkaitan

dengan pendidikan awal kanak-kanak.

O Menghadiri bengkel-bengkel berkaitan.

Bagaimana untuk Menjadi Pendidik PAKK Profesional?

O Bina falsafah pendidikan dan pengajaran O Nilai keperluan anda untuk menjadi guru yang

berdedikasi dalam profesion.O Biasakan diri dengan aktiviti yang berkaitan

dengan pengajaran O Terokai pelbagai program berkaitan dengan

pendidikan awal kanak-kanak.O Berbincang dengan ahli profesional dalam

bidang ini bagi lebih mengetahui tentang pengajaran.

O Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup bekerja keras

Nilai sikap dan perasaan anda terhadap kanak-kanak

dan keluarga merekaO Adakah anda boleh bersabar dan bertolak

ansur dengan pelbagai gelagat ibu bapa? O Adakah anda sukakan kanak-kanak dan

boleh bersabar dengan gelagatnya yang bermacam-macam?

O Anda perlu yakin bahawa semua kanak-kanak berupaya untuk belajar

O Tahukah anda kanak-kanak mempunyai pelbagai kecerdasan yang perlu dipupuk?

Tambah baik kemahiran anda dan tingkatkan pengetahuan anda

O Mendaftar dalam kelas pendidikan O Menghadiri perjumpaan dan

persidangan O Membaca buku dan jurnal O Mengemas kini pengetahuan anda

mengenai isu semasa, kanak-kanak, dan pengetahuan asas yang lain yang sering berubah

Tambah baik kemahiran anda dan tingkatkan pengetahuan anda

O Cuba perkara baru ?Kaedah terbaru ? Strategi terbaru ?

O Ambil peluang untuk mengalami atau bergaul dengan kanak-kanak dari pelbagai latar belakang

O Pergi ke pelbagai tempat yang menyediakan peluang untuk anda

Pandangan ahli-ahli falsafah PAKK

Terkenal

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

O Beliau dikenalidengan bukunya Emile yang membincangkan hal penjagaan dan pendidikan kanak-kanak.

O Emile, dibesarkan di kepulauan yang bebas daripada pengaruh persekitaran yang dipenuhi niat jahat.

O Emile belajar daripada alam semula jadi menggunakan derianya seperti yang diajar oleh ibu bapanya dalam suasana yang menyenangkan.

O Rousseau menggambarkan Emile sebagai seorang kanak-kanak yang berkebolehan, dilahirkan dan membesar dalam persekitaran yang tidak dicemari anasir-anasir luar.

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

O Beliau dikenalidengan bukunya Emile yang membincangkan hal penjagaan dan pendidikan kanak-kanak.

O Emile, dibesarkan di kepulauan yang bebas daripada pengaruh persekitaran yang dipenuhi niat jahat.

O Emile belajar daripada alam semula jadi menggunakan derianya seperti yang diajar oleh ibu bapanya dalam suasana yang menyenangkan.

O Rousseau menggambarkan Emile sebagai seorang kanak-kanak yang berkebolehan, dilahirkan dan membesar dalam persekitaran yang tidak dicemari anasir-anasir luar.

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

O Pendidikan sepatutnya bermula sewaktu lahir sehingga seseorang individu itu mencapai usia 25 tahun.

O keperluan untuk menyokong perkembangan semula jadi kanak-kanak, di sebalik menggunakan arahan untuk mensosialisasikan kanak-kanak dan menyediakan mereka untuk kehidupan.

O “Kebebasan, bukannya kuasa, adalah yang paling baik. Seseorang manusia itu benar-benar bebas apabiladia menginginkan apa yang mampu dia kecapi, dan melakukan apa yang diingini. Inilah moto asas saya. Terapkannya pada zaman kanak-kanak dan semua peraturan pendidikan akan terbit daripadanya” (Rousseau, 1762 ms. 48).

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

O Naturalisme bermaksud meninggalkan pengaruh masyarakat yang palsu dan tidak benar.

O Pendidikan naturalisme membenarkan perkembangan individu tanpa sebarang halangan atau gangguan.

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

O Kanak-kanak baik sewaktu lahir. O Mereka perlu diberipeluang untuk

mengungkapkan kebolehan dan perasaan mereka dengan bebas.

O Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang perlu dibina sepenuhnya.

O Keseimbangan sosial dan emosi perlu diutamakan berbanding pengumpulan maklumat dan kemahiran.

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

O Sumbangan terbesarnya ialah huraian ciri-ciri semula jadi kanak-kanak berdasarkan umur yang berbeza.

O Pandangan Rousseau terhadap pendidikan tersebut telah membentuk kurikulum yang disusun mengikut umur, serta minat dan aktiviti kanak-kanak yang berbeza.

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

O Sumbangan terbesarnya ialah huraian ciri-ciri semula jadi kanak-kanak berdasarkan umur yang berbeza.

O Pandangan Rousseau terhadap pendidikan tersebut telah membentuk kurikulum yang disusun mengikut umur, serta minat dan aktiviti kanak-kanak yang berbeza.

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)O Mencadangkan teori pendidikan yang menyatakan

pembelajaran berlaku menerusi pemerhatian langsung ke atas bahan maujud .

O Tidak guna buku teks.

O Kanak-kanak perlu didedahkan kepada penggunaan pelbagai objek yang boleh digunakan untuk mengira, mengukur, menyukat,dan membanding.

O Dengan membenarkan kanak-kanak menggunakan kebolehan semua jadi mereka semasa meneroka objek-objek, mereka akan memahami ciri- ciri objek tersebut seperti panas, sejuk, keras, saiz, dan bentuk.

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)O Mencadangkan teori pendidikan yang menyatakan

pembelajaran berlaku menerusi pemerhatian langsung ke atas bahan maujud .

O Tidak guna buku teks.

O Kanak-kanak perlu didedahkan kepada penggunaan pelbagai objek yang boleh digunakan untuk mengira, mengukur, menyukat,dan membanding.

O Dengan membenarkan kanak-kanak menggunakan kebolehan semua jadi mereka semasa meneroka objek-objek, mereka akan memahami ciri- ciri objek tersebut seperti panas, sejuk, keras, saiz, dan bentuk.

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

Pendidikan

berlaku melalui sumber

Keadaan semulaja

di

Bahan

Manusia

Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

O Lahir di Zurich, Switzerland. O Sangat dipengaruhi pemikiran Rousseau

dan bukunya Emile yang berkaitan dengan konsep alam semula jadi.

O Beliau membeli sebuah ladang bagi menguji kaedah pertanian.

O Minat yang mendalam terhadap pendidikan muncul secara tiba-tiba dalam dirinya sewaktu bekerja di ladangnya.

Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

O Pada 1774, beliau membuka sebuah sekolah untuk kanak-kanak miskin di ladangnya yang dinamakan Neuhof.

O Pestalozzi membentuk pemikirannya yang menyepadukan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional, dan pendidikan bagi membaca dan menulis.

O Di sekolahnya, beliau menggunakan pandangan Rousseau yang menjadikan keupayaan semula jadi kanak-kanak sebagai asas pengajaran.

Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

O Disebabkan pengaruh konsep semula jadi Rousseau yang kuat, beliau mengajar anaknya Jean-Jacques berpandukan Emile.

O Beliau gagal dalam mendidik anaknya menggunakan pemikiran Rousseau kerana anaknya masih belum dapat membaca dan menulis pada usia 12 tahun.

O Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah fizikal anaknya (anaknya menghidap epilepsi) atau juga mungkin disebabkan oleh kegagalan beliau mentafsir pemikiran Rousseau yang abstrak dan seterusnya kegagalan beliau mengamalkan pemikiran tersebut.

Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

O Hasil kerja beliau dibina di atas asas falsafah kanak-kanak yang dijelaskan oleh Plato di mana zaman kanak-kanak dilihat sebagai zaman keplastikan dan pengungkapan kebaikan azali.

O Falsafah Pestalozzi: kanak-kanak belajar melalui pemerhatian deria dan persepsi.

O Ia dipengaruhi oleh fokus Rousseau ke atas alam semula jadi sebagai alat untuk kebebasan jiwa kanak-kanak.

O Beliau mencipta kurikulum berpusatkan kanak-kanak

Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

O Persekitaran sangat penting. O Penyediaan persekitaran yang menyerupai rumah

adalah perkara terpenting dalam menyiapkan ruang bagi pembelajaran kanak-kanak berasaskan pengalaman.

O Beliau percaya bahawa persekitaran yang menyerupai rumah membentuk ketenteraman emosi, prinsip pertama pendidikan.

O Berdasarkan pandangannya mengenai perkembangan semula jadi, beliau mereka kurikulum berturutan di mana bahan dan arahan selaras dengan tahap perkembangan kanak-kanak.

Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

Peranan guru O Hubungan antara guru dan pelajar

merupakan hubungan antara ibu dengan anak

O Kesediaan kanak-kanak O Kanak-kanak menyenangkan guru,

bukannya takutkan guru O Tiada ganjaran—motivasi intrinsik O Rumah dan sekolah sebagai berterusanO Sikap guru yang memupuk

Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

Peranan ibu bapa O Ibu adalah guru terbaik dalam

mendidik kanak-kanak

Falsafah PestalozziO Teknik pengajaran mengingat dan menghafal

tidak berkesan. O Menekankan penggunaan bahan maujud dan

penerokaan kendiri dalam mengajar kanak-kanak.

O Sumbangan berharga Pestalozzi ialah pembentukan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan individu.

O Beliau percaya kanak-kanak perlu terlibat dalam aktiviti yang bermakna bagi mereka, iaitu yang berasaskan minat dan pengalaman mereka.

Falsafah PestalozziO Beliau turut mencadangkan agar kanak-kanak diajar

berdasarkan tahap keupayaan dan usaha mereka. O Pestalozzi percaya bahawa pendidikan berasaskan

pengalaman deria. O Kanak-kanak mampu mencapai potensi semula jadi

mereka melalui pengalaman deria yang bersesuaian.

O Teknik pengajaran berasaskan objek, yang berasal daripada kepercayaan ini.

O Cara terbaik dalam konsep pembelajaran ialah menerusi manipulatif seperti mengira, mengukur, merasa, dan menyentuh.

Falsafah PestalozziO Pengelompokan berbilang usia.

O Dalam kelompok sebegitu, kanak-kanak yang lebih tua boleh membantu yang lebih muda.

Sumbangan PestalozziO Bincangkan sumbangan Pestalozzi

terhadap pengajaran dan pembelajaran PAKK?

Al Ghazali

Al GhazaliO Anak-anak ialah tanggungjawab ibu bapa.

Jiwa mereka adalah suci seperti mutiara, sangat bernilai,murni, dan bebas daripada sebarang kerosakan.

O Jika kanak-kanak dibesarkan dalam tingkah laku yang baik, mereka akan membesar dalam persekitaran yang baik dan menjadi manusia yang baik.

O Ibu bapa, guru, penjaga, dan orang lain yang terlibat dalam mendidik kanak-kanak ini akan mendapat ganjaran daripada Tuhan.

Al GhazaliO Menekankan pemberian ganjaran kepada

kanak-kanak. O Apabila kanak-kanak memperlihatkan tingkah

laku baik, mereka perlu diberi ganjaran dan dipuji untuk menggembirakan hati mereka.

O Bagaimanapun, jika mereka secara tidak sengaja telah melakukan kesalahan, ibu bapa perlu berpura-pura tidak perasan kesalahan tersebut dilakukan dan tidak memalukan mereka dengan menceritakan kesalahan tersebut kepada orang lain.

Al GhazaliO Mendidik kanak-kanak dengan

amalan agama yang bersesuaian seperti amalan khusus dan amalan umum seperti sembahyang.

O Kaedah pengajaran ialah berperingkat dari segi tingkah laku dan bacaan.

Imam Al-GhazaliO menekankan aspek bermain kerana:

O tabiat kanak-kanak. O membina tubuh yang kecil dan

menguatkan otot. O membuatkan kanak-kanak gembira. O Bermain membolehkan kanak-kanak

bersantai setelah penat belajar.

Ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun (1332-1406)

O Kanak-kanak tidak seharusnya diajar perkara yang rumit.

O Belajar daripada yang paling senang kepada yang paling susah secara berperingkat menggunakan kaedah latih tubi dan bahan konkrit sebagai alat bantu mengajar.

O Jangan bebankan kanak-kanak dengan perkara yang melampaui kebolehannya kerana ia boleh menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan bencikan apa yang diajar.

Ibnu Khaldun (1332-1406)

Kemahuan Motivasi

Pengukuhan

Pemerhatian

Perbezaan

Ibnu Khaldun (1332-1406)

Cara mengajar kanak-kanak:O menegah guru dan ibu bapa daripada

mengajar dengan cara kekejaman kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi malas, penipu, dan berpura-pura demi menyorokkan kebenaran.

O Sikap begitu akan menjadi kebiasaan dan kanak-kanak boleh hilang sifat kemanusiaan.

Ibnu Khaldun (1332-1406)

Cara belajarO Dari segi tempoh belajar, ia tidak

sepatutnya terlalu lama kerana kanak-kanak mungkin akan lupa.

O Mengajar dalam tempoh yang singkat menggunakan kaedah yang betul akan menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna.

O Darisegi bahasa, beliau menyatakan bahawabahasaialah asas kepada ilmu pengetahuan.