13
BAB 6: Pembetukan Kerajaan Islam & Sumbangannya Kerajaan Bani Abbasiyah Latar Belakang, Pembentukan, Sumbangan & Kejatuhan Disediakan oleh: Qhaiyum Shah ◢ ◤

Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Presentation History saya .. Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Citation preview

Page 1: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

BAB 6:Pembetukan Kerajaan

Islam & Sumbangannya

Kerajaan Bani AbbasiyahLatar Belakang, Pembentukan, Sumbangan

& Kejatuhan

Disediakan oleh:

Qhaiyum Shah ◢ ◤

Page 2: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Pendahuluan

Kerajaan Bani Abbasiyah ialah nama yang diberi oleh Khalifah Baghdad iaitu empayar

kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah.

Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 M selepas mereka berjaya mengalahkan tentera

Kerajaan Bani Umaiyah dalam medan peperangan.

Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman

kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta.

Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 M selepas Hulagu Khan iaitu seorang

panglima tentera Mongol menghancurkan kota Baghdad.

Page 3: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Peta Kerajaan Bani Abbasiyah

Page 4: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Garis Masa: Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah

Page 5: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Latar Belakang Kemunculan Kerajaan Bani Abbasiyah

• Pada peringkat akhir pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan

berketurunan Arab seperti bangsa Parsi dan Barbar) merasa didiskriminasikan (tidak mendapat

jawatan yang layak dan dikenakan cukai yang lebih tinggi).

• Akibat daripada peristiwa ini, golongan mawali mula menyokong dan menyertai gerakan

Abbasiyah untuk menentang pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah.

• Pada peringkat akhir pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah, khalifahnya yang mentadbir pula

mula mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan ajaran Islam.

• Sistem warisan Kerajaan Bani Umaiyah untuk memilih khalifah juga telah ditentang oleh orang

Islam Syiah (golongan orang Islam yang menyokong Khalifah Ali bin Abu Talib) dan Khawarij

(golongan orang Islam yang menentang Khalifah Ali bin Abu Talib dan Kerajaan Bani Umaiyah).

• Kedua-dua golongan ini muncul selepas peristiwa Perang Siffin.

• Golongan ini kemudiannya menyumbang kepada kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah.

Page 6: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyah

Pada tahun 750 M, akhirnya Kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk selepas gerakan Revolusi

Abbasiyah berjaya menumbangkan Kerajaan Bani Umaiyah.

Gerakan ini dimulakan oleh Ali bin Abdullah secara sulit dan menjadi terbuka setelah bermulanya

zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.

Gerakan ini diteruskan atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad SAW) agar mendapat

sokongan.

Pusat operasi mereka ialah di Khurasan, Kufah dan Humaimah.

Page 7: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Tokoh penting dalam gerakan ini ialah:

a) Abu Muslim al-Khurasani yang mengetuai gerakan di Khurasan.

b) Abu Salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah.

Nama kerajaan ini diambil sempena nama al-Abbas (sempena nama bapa saudara Nabi

Muhammad SAW).

Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau sistem monarki (pemerintahan keturunan

raja).

Ketika pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pusat pemerintahan kerajaan ini

berpindah dari Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran ibu negara Parsi lama.

Page 8: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah

Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun – kota Baghdad

menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu.

Melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab, perkembangan

ilmu telah berlaku.

Baitulhikmah (institusi keilmuan) telah dibina oleh Khalifah Harun al-Rasyid.

Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan sistematik di baitulhikmah. Kerja penterjemahan

dilakukan oleh sekumpulan penterjemah di bawah pegawasan seorang penyelaras.

Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Selain daripada karya Yunani, karya lain seperti bahasa Sanskrit dan Suriani turut

diterjemahkan.

Pada tahun 761 M, ramai golongan ulama melibatkan diri dalam penulisan – dalam bidang

fikah, tafsir, sejarah dan sebagainya.

Page 9: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Antara ulama yang terkenal ialah:

a) Imam Malik (Menyusun buku al-Muwatta’)

b) Ibn Ishaq (Menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad SAW)

c) Imam Abu Hanifah (Menyusun fikah dan pendapat ijtihad)

d) Imam Syafi’i

e) Imam Ahmad bin Hanbal

Page 10: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Ketika zaman ini, berlaku pemisahan ilmu tafsir, sirah (sejarah hidup Nabi Muhammad SAW)

dan hadis.

Orang Islam Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai,

menambahbaik karya asing seperti Sanskrit, Suriani dan Yunani ke bahasa Arab.

Akibat daripada peristiwa ini, berlaku percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan.

Melalui usaha penterjemahan, orang Islam telah berbakti kepada kebudayaan dunia.

Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap (Eropah kurang

menghargai ilmu pengetahuan) dan ketika itu Tamadun Islam mencapai kemuncaknya.

Page 11: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Penyelidikan sarjana Islam di kota Baghdad dan Cordova kemudiannya diterjemah pula ke bahasa

asing (Eropah) dan membuka mata para ilmuwannya.

Ilmu inilah yang membawa kepada kebangkitan Eropah pada zaman pemulihan budaya yang

dipanggil Zaman Renaissance.

Mona Lisa,Leonardo da Vinci

Negara bermulanya Zaman Renaissance. Itali

Page 12: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)

Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyah

Hulagu Khan (cucu Genghiz Khan) menyerang

dan memusnahkan Baghdad pada 10

Februari 1258, menyebabkan kehilangan

nyawa yang banyak.

Khalifah Al-Musta'sim, pemerintah terakhir

Kerajaan Bani Abbasiyyah kemudiannya diusir

dari Baghdad pada 20 Februari 1258.

Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai

musnah akibat serangan Mongol ini. Adalah

dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk

Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol.

Page 13: Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Kerajaan Bani Abbasiyah)