32
TUTORIAL 6 SEKTOR PERINDUSTRIAN Subtajuk

SEKTOR PERINDUSTRIAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SEKTOR PERINDUSTRIAN

TUTORIAL 6SEKTOR PERINDUSTRIANSubtajuk

Page 2: SEKTOR PERINDUSTRIAN

1 (a) Takrifkan maksud aglomerasi industri. (3)

Pengelompokkan atau aglomerasi industri bermaksud kilang-kilang yang beroperasi di sebuah kawasan yang sama dan berdekatan antara satu sama lain. [a berada di kawasan zon perdagangan bebas (FTZ).

Page 3: SEKTOR PERINDUSTRIAN

1 (b) Bezakan industri primer dengan sekunder. (4)

Industri primer merujuk kepada industri pernprosesan bahan mentah berasaskan sumber alam seperti industri memproses kelapa sawit, getah, petroleum dan gas asli, bijih besi dll.

Manakala indust(i sekunder merujuk kepada industri pembuatan yang menghasilkan barangan siap dan separa siap (semi konduktor) seperti industri elektrik dan elektronik, automotif, pembuatan minyak masak, majerin, sarung tangan tayarpetrokimia dsb.

Page 4: SEKTOR PERINDUSTRIAN

1 (c) Bagaimanakah industri primer mempengaruhi kemajuan industri sekunder. (4)

Industri primer atau industri memproses membekalkan bahan mentah kepada industri sekunder/ pemprosesan. Sebagai contoh industri memproses minyak kelapa sawit menjadi bahan mentah kepada pembuatan sabun, majerin d1l. Industri petroleum dan gas asli membekalkan bahan mentah kepada industri petrokimia – pembuatan cat, polistrin dsb.

Page 5: SEKTOR PERINDUSTRIAN

1 (d) Jelaskan tiga faedah yang diperolehi oleh pengilang hasil daripada aglomerasi industri.(6)

Faedah perkongsian pasaran. Industri yang saling berkait biasanya berkongsi pasaran. Output industri yang pertama mungkin menjadi input bagi industri yang kedua. Apabila industri kedua memasarkan barangan, maka secara tidak langsung produk industri pertama juga turut dipasarkan.

Menjimatkan kos pengangkutan yang selkaligus menjimatkan kos pengeluaran. Kos pengangkutan bahan mentah ke kilang dan kos pengangkutan produk ke pasaran boleh dijimatkan apabila diletakkan secara berkelompok dan berdekatan antara satu sama lain.

Mernperoleh faedah daripada kawasan FTZ. Kawasan ini menawarkan pelbagai insentif pelaburan kepada pelabur untuk memulakan perniagaan dan fasiliti perkilangan seperti pelepasan cukai, elaun industri, ekuiti asing 100%, taraf perintis 5 hingga 10 tahun dll.

Page 6: SEKTOR PERINDUSTRIAN

1 (e) Mengapakah penyelerakan industri perlu dilakukan? (6)

Mengurangkan kesesakan dan tepu bina bandar Kawasan bandar sudah terlalu sesak dan padat dengan industri dan pelbagai guna tanah yang lain seperti perniagaan, perkhidmatan menjadikan kawasan industr tidak lagi relevan untuk terus kekal di bandar. Kawasan tanah di bandar yang terhad dan sempit menyukarkar untuk melakukan pembesaran industri.Mengurangkan pencemaran. Penyelerakar industrii juga bertujuan untuk mengurangkar kadar pencemaran di bandar. Untuk mengurangkir kadar pencemaran, sesetengah industri yang sedia ada digalakkan untuk berpindah atau membuka cawangar, yang baharu di kawasan luar bandar yang masih rendah tahap pencemaran.Mernbangunkan luar bandar. Penyelerakdn juga bertujuan untuk memangkinkan pertumbuhan ekonorni di kawasan luar bandar dan menyeimbangkan pernbangunan wilayah. Penghijrahan industri ke kawasan luar bandar mengubah status ekonomi luar bandar ke arah yang lebih maju dan moden.

Page 7: SEKTOR PERINDUSTRIAN

1 (f) Bagaimanakah pelabur asing mempengaruhi kemajuan industri perkilangan di Malaysia? (3)

Melalui penanaman modal/ pelaburan untuk membuka dan mengoperasikan kilang. Sebahagian besar dana atau modal untuk mengembangkan sektor perindustrian negara datangnya daripada pelaburan terus asing (FDI).

Melalui pemindahan teknologi dan inovasi. Pelabur asing membawa bersama teknologi dan kepakaran mereka untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan berdaya saing. Kesannya industri perkilangan di Malaysia berkembang pesat.

Page 8: SEKTOR PERINDUSTRIAN

1 (g) Jelaskan peranan kerajaan dalam konteks memajukan sektor perkilangan di Malaysia. (6)

Memperhebatkan promosi diluar negara untuk menarik pelaburan asing (FDI). Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi utama kerajaan untuk menarik pelaburan asing.

Mewujudkan Zon Perindustrian Bebas (FIZ). FIZ iaitu zon untuk aktiviti pengilangan yang menyediakan kemudahan asas industri yang lengkap, serta insentf pelaburan yang menarik.

Mewujudkan insentif percukaian. Insentif cukai utama ialah pemberian Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan. Sebuah syarikat yang diberikan Taraf Perintis menikmati pengecualian sebahagian daripada pembayaran cukai pendapatan untuk tempoh 5 hingga 10 tahun. la hanya membayar culkai ke atas 30% daripada pendapatan berkanunnya.

Page 9: SEKTOR PERINDUSTRIAN

1 (h) Bagaimanakah industri perkilangan meningkatkan kejadian pencemaran udara dan jerebu. (4)

Aktiviti perindustrian meningkatkan kadar pencemaran udara dan jerebu melalui pembebasan pelbagai gas pencemaran atmosfera seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida dan lain-lain. Manakala pembebasan partikel-partike terampai (PM10)pula seperti debu, habuk, asap akan menyebabkanjerebu terutama sekali dalam keadaan udara kering

Page 10: SEKTOR PERINDUSTRIAN

1 (i) Cadangkan dua langkah bukan perundangan untuk mengurangkan kesan pencemaran udara dan jerebu akibat industri perkilangan. (4)

Meninggikan serombong asap kilang agar kosentrasi bahan pencemar boleh terserak dan tidak terkumpul di dalarn atmosfera setempat selain itu memasang sistem penapis di dalam serombong tersebut supada kadar perlepasan asap dapa, dikurangkanPenggunaan sumber tenaga gantian untuk mengoperasikan jentera kilang. Tenaga yang bersih dan mesra alam seperti tenaga elektrik hidro, tenaga solar, biomass, tenaga angin dan sebagainya bagi menggantikan sumber tenaga fosil yang temukti mencemarkan aiam sekitar.

Page 11: SEKTOR PERINDUSTRIAN

2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perindustrian terhadap kemajuan sosioekonomi negara Malaysia. (4)

1. Meningkatkan KDNK dan pendapatan negara.• Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

meningkat. Ini menyumbang kepada pendapatan negara melalui eksport produk industri pembuatan.

• Eksport ke negara maju seperti Jepun, USA dan Eropah menguntungkan negara melalui tukaran mata wang asing.

Page 12: SEKTOR PERINDUSTRIAN

2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perindustrian terhadap kemajuan sosioekonomi negara Malaysia. (4)

2. Menyedialkan peluang pekerjaan kepada pendudulk.• Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk

setempat dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pengganguran, meningkatkan penclapatan dan taraf hidup penduduk.

• Peluang pekerjaan wujud dalarn bidang pengurusan industri, teknikal dan operator pengeluaran.

• Ini akan dapat menambahkan pendapatan perkapita penduduk setempat sekaligus boleh meningkatkan taraf hiclup mereka.

Page 13: SEKTOR PERINDUSTRIAN

2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perindustrian terhadap kemajuan sosioekonomi negara Malaysia. (4)

3. Kesan Pengganda Rantaian ekonomi yang berkaitan.• Kesan Pengganda. Menggalakkan

pertumbuhan atau perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti, pertanian, pengangkutan, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan lain-lain yang berkait secara langsung dengan industri pembuatan.

• Ekonomi huluan dan hiliran boleh berkembang pesat sejajar dengan perkembangan sektor pembuatan.

Page 14: SEKTOR PERINDUSTRIAN

2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perindustrian terhadap kemajuan sosioekonomi negara Malaysia. (4)

4. Menggalakkan pembangunan kawasan.• Membangunkan kawasan mundur:

Pembangunan infrastruktur dan pernbangunan sumber alam berlaku dengan lebih cepat.

• Sektor perindustrian berupaya menukarkan struktur ekonomi setempat yang bersifat tradisional kepada ekonomi moden.

• Pembagunan bandar lebih cepat melalui perkhidmatan pernbandaran yang disedialkan. Inclustri dan bandar bergerak seiringan.

Page 15: SEKTOR PERINDUSTRIAN

2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perindustrian terhadap kemajuan sosioekonomi negara Malaysia. (4)

6. Menambahkan dana pelaburan dalam negara.• Menerusi pelaburan asing dalam industri

pembuatan seperti – Automotif, barangan elektrik dan elektronik, tekstil, komputer dsb.

• Menerusi usahasama dengan pelabur tempatan.

• Pelaburan asing dalam sektor pembuatan datangnya dari syarikat Multinasional (MNCs) – JVC, Samsung, Nokia, IBM, ACER, SONY dll.

Page 16: SEKTOR PERINDUSTRIAN

2 (b) Sejauh manakah dasar kerajaan mempengaruhi kemajuan industri perkilangan di Malaysia? (13)

Peranan dasar kerajaan yang mempengaruhi kemajuan industri perkilangan di Malaysia:• Memperhebatkan promosi diluar negara untuk

menarik pelaburan asing (FD 1). Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi utama kerajaan untulk menarik pelaburan asing.

• Mewujudkan Zon Perindustrian Babas (FIZ). FIZ iaitu zon untuk aktiviti pengilangan yang menyediakan kemudahan asas industri yang lengkap, serta insentif pelaburan yang menarik.

Page 17: SEKTOR PERINDUSTRIAN

2 (b) Sejauh manakah dasar kerajaan mempengaruhi kemajuan industri perkilangan di Malaysia? (13)

Peranan dasar kerajaan yang mempengaruhi kemajuan industri perkilangan di Malaysia:• Mewujudkan insentif percukaian. Insentif cukai utama

ialah pemberian Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan. Sebuah syarkat yang diberikan Taraf Perintis menikmati pengecualian sebahagian daripada pembayaran cukai pendapatan untulk tempoh 5 hingga 10 tahun. la hanya membayar cukai ke atas 30% daripada pendapatan berkanunnya.

• Meningkatkan kecekapan dan pengurusan pelaburan asing (FDI). Liberalisasi peraturan di bawah Jawatankuasa Pelaburan Asing dibentuk bagi mempercepatkan kelulusan, mempermudahkan proses dan memperkenalkan sistem kawal selia kendiri yang lebih mesra pelabur.

Page 18: SEKTOR PERINDUSTRIAN

2 (b) Sejauh manakah dasar kerajaan mempengaruhi kemajuan industri perkilangan di Malaysia? (13)

Faktor-Faktor Lain Yang Mempengaruhi Kemajuan Industri Perkilangan di Malaysia.• Faktor Geopolitilk. Geopolitik di Malaysia yang

aman,bebas dan stabil menjadi pernangkin utama menentukan kemajuan industri perkilangannya. Kestabilan geopolitik di Malaysia mewujudkan "iklim pelaburan yang sihat" yang menyebabkan kadar kemasukan pelaburan asing (FDI) yang baru sentiasa bertambah.

• Faktor Modal. Keupayaan modal turut memainkan peranan penting dalam mengembangkan sektor industri perkilangan di Malaysia. Dana atau modal untuk mengembangkan sektor perindustrian negara datangnya daripada tiga sumber iaitu; pelaburan terus asing (FDI), dana kerajaan dan juga pelaburan swasta

Page 19: SEKTOR PERINDUSTRIAN

2 (b) Sejauh manakah dasar kerajaan mempengaruhi kemajuan industri perkilangan di Malaysia? (13)

Faktor-Faktor Lain Yang Mempengaruhi Kemajuan Industri Perkilangan di Malaysia.• Faktor Teknologi dan Inovasi. Kemajuan teknologi R&D

dan inovasi dalarn bidang perkilangan di pelbagai peringkat pengeluaran telah berjaya mengembangkan industri perkilangan negara kerana produk yang dikeluarkan lebih berkualiti, berdaya saing di pasaran dan juga dapat memenuhi citarasa pengguna

• Faktor Pasaran. Faktor pasaran juga dominan untuk menentukan perkembangan sesuatu industri. Saiz pasaran

2 yang luas dad dalam negara dan luar negara terhadap produk perkilangan mempengaruhi perkembangan tersebut. Pasaran bergantung kepada saiz penduduk, kuasa beli pengguna, serta kualiti barangan industri yang dikeluarkan

Page 20: SEKTOR PERINDUSTRIAN

Page 21: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (a) Bincangkan kesan aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar fizikal dan manusia di Malaysia.(15)

1. Pencemaran udara, jerebu dan hujan asid.• Perlepasan bahan-bahan pencemar udara

(air pollutions) seperti karbon dioksida, karbon monoksida. hidrokarbon, gas sulfur dll.

• Pembebasan partikel terampai — PM10. seperb asap, debu dan habuk boleh menyebabkan jerebu.

• Proses kondensasi wap air dengan bahan pencemar udara menyebabkan hujan asid.

Page 22: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (a) Bincangkan kesan aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar fizikal dan manusia di Malaysia. (15)

2. Pencemaran air dan kernusnahan ekosistern akuatik.• Perlepasan sisa toksid/ enfluen ke dalarn sumber-

sumber air seperb sungai, tasik,kolam dan laut. • Kualiti air bersih terjejas — kadar BOD

meningkat,permukaan air berminyak,keasidan air bertambah. Pelbagai spesis hidupan air mati dan pupus seperti plankton, z000lankton, sepsis ikan, udang dll.

• Rantaian makanannya terjejas: pengeluar-pengrguna primer— sekunder— tartier – pengurai.

• Merosakan habitat hidupan akuatik akibat proses pembauran minyak dengan air, keracunan sisa toksid dsb.

Page 23: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (a) Bincangkan kesan aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar fizikal dan manusia di Malaysia. (15)

3. Pencemaran bunyi dan bau• Bunyi bising datangnya dari

generator kilang yang beroperasi yang mengeluarkan getaran antara ( 60 — 70 dBA).

• Pencemaran bau datangnya daripada hasil/ sisa kilang yang berbau busuk seperti sisa getah dan kelapa sawit, kilang kimia, baja dsb.

Page 24: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (a) Bincangkan kesan aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar fizikal dan manusia di Malaysia. (15)

4. Pencemaran sisa toksid yang berbahaya/ Pencemaran tanih.• Perlupusan sisa toksid oleh kilang-

kilang haram menyebabkan tanih berasid.

• Amat merbahaya kepada sumber air tanih apabila berlaku proses larut resap.

Page 25: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (a) Bincangkan kesan aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar fizikal dan manusia di Malaysia. (15)

5. Meningkatkan pendapatan penducluk.• Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pengganguran, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk.

• Peluang pekerjaan wujud dalam bidang pengurusan industri, teknikal dan operator pengeluaran.

• Ini akan dapat menambahkan pendapatan perkapita penduduk setempat sekaligus boleh meningkatkan taraf hidup mereka.

Page 26: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (a) Bincangkan kesan aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar fizikal dan manusia di Malaysia. (15)

6. Kesan Pengganda/ Rantaian ekonomi yang berkaitan.• Menggalakkan pertumbuhan atau perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti, pertanian, pengangkutan, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan lain-lain yang berkait seGara langsung dengan industri pembuatan.

• Ekonomi huluan dan hiliran boleh berkembang pesat sejajar dengan perkembangan sektor pembuatan.

Page 27: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (a) Bincangkan kesan aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar fizikal dan manusia di Malaysia. (15)

7. Menggalakkan pembangunan kawasan.• Membangunkan kawasan mundur:

Pembangunan infrastruktur dan pembangunan sumber alam berlaku dengan lebih cepat.

• Sektor perindustrian berupaya menukarkan struktur ekonomi setempat yang bersifat tradisional kepada ekonomi moden.

Page 28: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (a) Bincangkan kesan aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar fizikal dan manusia di Malaysia. (15)

8. Perkembangan telknologi dan R&D dalam negara.• Menggalakkan perkembangan

teknologi, penyelidikan dan pernbangunan (R&D) dalarn negara khususnya yang berkaitan dengan teknologi rekabentuk dan kawalan mutu.

• Import teknologi dari luar negara. Perkongsian pintar antara tenaga pakar dalarn dan luar negara.

Page 29: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan negatif aktiviti industri perkilangan terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. (10)

Langkah perundangan. • Menguatkuasakan undang undang di bawah akta kualiti alam sekitar 1974 – seperti mengenakan denda/ kompaun, menyitar premis, membatalkan lesen operasi, penjara kepada pekilang yang melanggar akta tersebut.

Page 30: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan negatif aktiviti industri perkilangan terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. (10)

Amalan pengurusan yang strategik meliputi:• Menempatkan kilang di kawasan khusus jauh dari sungai dan petempatan penduduk.

• Merawat enfluen sebelum dilepaskan/ disalirkan ke sistem saliran.

• Mengawal selia pelupusan sisa kilang khususnya sisa pepejal secara sistematik, berjadual dan teratur ditapak-tapak pelupusan yang dikhaskan.

• Membangunkan teknologi insinerator untuk pelupusan sisa pepejal dari kilang.

Page 31: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan negatif aktiviti industri perkilangan terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. (10)

Amalan pengurusan yang strategik meliputi:• Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap di dalam serombong tersebut.

• Mewujudkan zon hijau – menanam pokok pokok peneduh di sekitar kawasan kilang yang berfungsi untuk memerang1kap pencemaran habuk dan asap.

• Menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam untuk menggerakkan jentera kilang seperti tenaga hidro elektrik.

Page 32: SEKTOR PERINDUSTRIAN

3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan negatif aktiviti industri perkilangan terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. (10)

Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar:• Dijalankan melalui media massa seperti kempen cintailah sungai kita dan juga mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan – swasta dan NGO.