30
1 ZZZT 1062 PEMBANGUNAN DIRI 2 SET: 35 TEMA: KESENIAN DAN KRAF TAJUK: SENI KRISTAL (KACA KRISTAL) NAMA KUMPULAN: VAVAVOOM THE VASS NAMA PENSYARAH: EN.NOR AFFIAN BIN YUSOF NAMA AHLI KUMPULAN: ABDUL BASIT BIN HUSSAIN A 146192 MOHD HAZMIN SAFIUDIN BIN ABDULLAH A 146197 KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL KADIR A 146113 NUR SYAFIQ BIN ZAHIDIN A 145689 NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ A 145735 NUR FATIN AFIQAH BINTI ZAIDI A 145723 AIN SURAYA BINTI SAPARUDDIN A 145740 NURU AFIQAH BINTI MOHD HAMSAN A 145748 WAN SRI NURESYA BINTI WAN ZAKI A 145729 QURRATU AINI AKMAL BINTI ISHAK A 145724

Seni Kristal

Embed Size (px)

DESCRIPTION

seni kristal merupakan salah satu seni yang terunggul di Malaysia.

Citation preview

Page 1: Seni Kristal

1

ZZZT 1062 PEMBANGUNAN DIRI 2

SET: 35

TEMA: KESENIAN DAN KRAF

TAJUK: SENI KRISTAL (KACA KRISTAL)

NAMA KUMPULAN: VAVAVOOM THE VASS

NAMA PENSYARAH: EN.NOR AFFIAN BIN YUSOF

NAMA AHLI KUMPULAN:

ABDUL BASIT BIN HUSSAIN A 146192

MOHD HAZMIN SAFIUDIN BIN ABDULLAH A 146197

KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL KADIR A 146113

NUR SYAFIQ BIN ZAHIDIN A 145689

NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ A 145735

NUR FATIN AFIQAH BINTI ZAIDI A 145723

AIN SURAYA BINTI SAPARUDDIN A 145740

NURU AFIQAH BINTI MOHD HAMSAN A 145748

WAN SRI NURESYA BINTI WAN ZAKI A 145729

QURRATU AINI AKMAL BINTI ISHAK A 145724

Page 2: Seni Kristal

2

ISI KANDUNGAN

PERKARA M/s Penghargaan 3

Pengenalan 4

Sejarah kaca Kristal 5

Definisi Kristal 6

Sejarah, asal usul dan latar belakang syarikat 7

Lokasi 9

Jenis, Corak dan Motif 10

Alatan dan bahan yang digunakan 16

Proses Pembuatan 18

Teknik yang digunakan 20

Falsafah dan Penggunaan 28

Kesimpulan 29

Rujukan 30

Page 3: Seni Kristal

3

PENGHARGAAN

Assalamualaikum. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat

juga kami menyiapkan kajian dan laporan yang telah diusahakan selama ini. Berpandukan

tema yang diberi iaitu Kesenian dan Kraf, kami sekumpulan telah sepakat memilih seni

Kristal sebagai tajuk kajian. Ribuan terima kasih diucapkan kepada individu penting yang

banyak membantu sepanjang menyiapkan kajian ini. Pertama sekali kepada En Nor Affian

bin Yusof selaku pensyarah ZZZT 1062 Pembangunan Diri II atas bimbingan dan tunjuk ajar

sepanjang kajian dijalankan. Tidak lupa juga kepada En Kamarul Faizy Roslan, pemilik Faizy

Crystal Glass Blowing Sdn Bhd atas kesudian beliau menerima kunjungan dari kumpulan

kami untuk menjalankan kajian. Selain itu rakan-rakan yang turut membantu memberikan

informasi berkenaan kajian kami sangat kami hargai. Bantuan kalian dalam membantu dalam

usaha menyiapkan dan menyempurnakan kajian kami amatlah kami hargai. Budi kalian yang

sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan kami lupakan. Akhir

sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak

langsung sepanjang kajian kami dijalankan dan dibentangkan.

Page 4: Seni Kristal

4

PENGENALAN

Setelah berbincang dengan ahli kumpulan, kami bersepakat memilih seni Kristal

sebagai tajuk kajian kumpulan kami. Umumnya, terdapat 2 jenis Kristal iaitu Batu Kristal dan

Kaca Kristal. Seperti yang kita sedia maklum, Batu Kristal merupakan kristal semulajadi

yang terhasil dari bawah tanah, batu dan dasar laut. Penggunaannya tertumpu kepada rawatan

perubatan. Kaca Kristal merupakan Kristal yang direka dan dibentuk oleh manusia dan

penggunaanya lebih tertumpu kepada perhiasan semata-mata. Setelah menjalankan temu bual

bersama beberapa orang respondan dan kajian melalui sumber internet, keratan akhbar dan

buku, kami memutuskan untuk melawat Syarikat Faizy Crystal Glass Blowing untuk

mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan tajuk kajian kami.

Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd (Faizy Crystal) sememangnya tidak menang

tangan menerima tempahan dari serata dunia. Menurut pemiliknya, Kamarul Faizy Roslan,

penghasilan kristal edisi terhad dengan sentuhan kreativiti terbaik mendorong produk

berkenaan bukan saja bermutu dari segi buatan tetapi juga nilai seninya.Kepelbagaian idea

hiasan dalaman dan dunia aksesori banyak mempengaruhi penerimaan produk kristal di

pasaran. Selain itu, produk kristal yang dihasilkan membantu mewujudkan suasana dan

keindahan semula jadi mempesonakan.

Ahli kumpulan yang bergambar di hadapan bengkel Faizy Crystal Glass Blowing

Page 5: Seni Kristal

5

SEJARAH KACA KRISTAL

Seperti kesenian dan kraf yang lain, kaca Kristal juga mempunyai sejarahnya yang

tersendiri. Seni ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Aktiviti berkisar kepada

pembuatan kaca kristal mengunakan kaedah manual. Sebagai pengenalan, kaca telah

diusahakan sejak 5000 tahun dahulu di Mesir. Kristal pembuatan kaca pertama direkodkan di

mana kaca digunakan sebagai penyalut bagi barangan tembikar dan lain-lain.

Pada abad pertama Sebelum Masihi teknik meniup kaca telah berkembang dan kaca

menjadi lebih biasa digunakan. Kaca Kristal ini dipercayai berkembang mengikut

perkembangan peradaban manusia setempat. Ketika zaman Empayar Rom banyak bentuk

kaca dicipta kebanyakannya dalam pembuatan botol dan pasu.

Pada abad ke-14, kaca Kristal telah berkembang ke Venice. Di Venice,transformasi

pembuatan kaca Kristal diusahakan dan diperkenalkan. Pada waktu ini, seni kristal telah

dimajukan dengan memperkenalkan banyak teknik baru dan menjadi sumber eksport penting

dalam pinggan mangkuk, cermin, dan bahan mewah lain. Seterusnya, sebahagian pembuat

barangan kaca berpindah ke utara Eropah dan teknik pembuatan kaca terus menerus

berkembang.Pada zaman ini Europah masih merupakan pengeluar yang berada di hadapan

dari segi kualiti dan rekabentuk.

Seterusnya, kaca Kristal berkembang ke Amerika. Di Amerika mereka mengusahakan

kaca Kristal dan lebih bertumpu kepada menghasilkan barangan "art". Sekitar 1688, proses

menggunakan acuan dikembangkan, yang menyebabkan barangan kaca lebih mudah dibuat.

Rekaan mesin pembentuk barangan kaca pada 1827 menjadikan barangan kaca dibuat secara

pukal dan murah.

Di Malaysia ,aktiviti ini telah mula bertapak sejak abad ke 20 iaitu pada tahun1996.

Kini barangan keluaran Malaysia telah diakui oleh negara luar bahkan Eropah. Kekayaan seni

tempatan diolah menggunakan media kristal hingga menjad produk yang dikagumi dunia.

Page 6: Seni Kristal

6

DEFINISI

Seni Kristal adalah seni pembentukan kaca menjadi bentuk yang sangat cantik untuk

dijadikan perhiasan seperti burung,bunga dan pasu bunga. Seni ini dihasilkan daripada tiupan

kaca yang bahannya diperbuat daripada ketulan hablur silika yang perlu dilebur dalam

tempoh 12 jam.

“Epergne” merupakan gelaran di luar Negara bagi Seni Kristal. Di Malaysia, seni ini

lebih dikenali sebagai “kaca tiup”. Bagi penggemar barangan antik, kaca tiup adalah satu

kemestian dalam melengkapkan sudut hiasan dalaman. Bukan saja indah di mata, malah bagi

kaca tiup yang berbentuk bunga,kelopak bunganya dikatakan mampu membangkitkan gaya

klasik moden yang sukar ditandingi mana-mana hiasan kaca.

Hiasan seni kristal ini ditampilkan dalam ruoa tersendiri dengan menggebungkan

bentuk, gaya serta warna yang memikat hati, kebanyakan hiasan kaca tiup dulu dihasilkan

dalam satu warna sahaja. Namun begitu, dengan teknologi dan kepakaran yang ada pada

masa ini, penggiat-penggiat seni mula melakikan transformasi untuk mendapatkan gabungan

warna sesuai serta hasil kristal yang sempurna.

Rekaan perhiasan dan aksesori menarik berasaskan kristal mempunyai nilai estetika

tersendiri dan menjadi pelengkap konsep hiasan dalaman termasuk moden kontemporari.

Seni kristal seperti pasu bunga, bekas lilin dan koleksi cenderahati sememangnya

menzahirkan suasana yang diinginkan.

Page 7: Seni Kristal

7

SEJARAH, ASAL USUL DAN LATARBELAKANG FAIZY

CRYSTAL

Faizy Crystal Glass Blowing mula ditubuhkan pada tahun 2000 dengan modal

permulaan sebanyak RM30,000. Kini Faizy Crystal Sdn. Bhd. semakin dikenali sebagai

syarikat pengeluar kristal terkemuka bukan sahaja di Langkawi, bahkan di seluruh Malaysia.

Faizy Crystal juga turut mendapat tempat dan permintaan di pasaran antarabangsa.

Hasil daripada temu ramah bersama pekerja Faizy Crystal sdn.bhd, Zakiah Binti

Awang Roslan, 37, memberitahu bahawa tempahan yang diterima untuk pasaran luar negara

termasuklah dari Singapura, Hong Kong, Bahrain, Maldives, Jepun, United Kingdom dan

Jerman.Tempahan tersebut biasanya diperoleh hasil daripada lawatan pelancong ke bilik

pameran yang disediakan di samping hebahan syarikat perhotelan kepada cawangan di luar

negara.

Menurutnya lagi, kebanyakan pelanggan yang datang mengunjungi tempat ini terdiri

daripada pelancong tempatan, pengurusan hotel, jabatan kerajaan dan syarikat korporat.

Mengimbau sejarah awal penglibatan Faizy dalam industri kristal, graduan lulusan

Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara - UiTM) dalam jurusan Seni Lukis

dan Seni Reka. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Wanganui Universiti, New

Zealand pada tahun 1991dalam jurusan Glass Blowing and Production. Selama tiga tahun

setengah mengikuti kursus Glass Blowing (Tiupan Kaca) di New Zealand itu, Faizy

kemudian pulang ke tanah air. Beliau mula bekerja di Industri Kristal Malaysia (INKRISMA)

atau Syarikat Langkawi Kristal hampir 7 tahun. Akhirnya Faizy mengambil keputusan untuk

berhenti bagi membuka perniagaan sendiri berdasarkan pengalaman yang dimiliki.Sehingga

kini, jenama Faizy Crystal telah menghasilkan lebih 1,000 koleksi kristal pelbagai jenis, saiz

dan bentuk.

Baru-baru ini mereka mendapat permintaan tempahan replika Masjid Sultan Abu

Bakar dari Johor untuk dihadiahkan kepada Perdana Menteri dan masih di dalam proses

menyiapkannya. Replika masjid tersebut dianggarkan berharga antara RM1,000 hingga

Page 8: Seni Kristal

8

RM2,000. Syarikat ini juga pernah mendapat tempahan khas yang mencecah nilai RM8000

bergantung kepada rekaan dan saiznya.

Page 9: Seni Kristal

9

LOKASI

Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau yang maju dan sedang berkembang pesat.

Selain terkenal dengan legenda Mahsurinya, kepelbagaian produk kraf tangan yang

dihasilkan di pusat peranginan ini sentiasa mendapat perhatian pelancong. Antara paling

popular ialah perhiasan kristal Langkawi yang bukan saja nampak mewah dan eksklusif

malah setanding dengan kristal jenama-jenama antarabangsa.

Menyedari peluang perniagaan yang luas, Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd.

(Faizy Crystal), memilih Langkawi sebagai tempat strategik melebarkan sayap

perniagaannya.

Pemiliknya, Kamarul Faizy Roslan melihat pasaran kristal berpotensi untuk

dimajukan dengan lebih meluas lagi. Beliau melihat pasaran kristal di Langkawi mudah

berkembang dan mendapat permintaan menggalakkan daripada pelancong sama ada dari

dalam mahu pun luar Negara.

Kini, Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd terletak di Kompleks Budaya Kraf, Jalan

Telok Ewa, 07000 Kuah, Kedah Malaysia.

Page 10: Seni Kristal

10

CORAK,WARNA DAN MOTIF

Faizy Crystal menghasilkan pelbagai jenis Kristal dengan kepelbagaian warna,corak

dan bentuk. Setiap Kristal yang dihasilkan juga mempunyai motif dan tujuan yang tertentu.

Kebanyakan bentuk, rekaan berasaskan flora, fauna dan kehidupan marin disebabkan lokasi

Pulau Langkawi yang penuh dengan aspirasi yang belum diterokai.

Kristal Tourmaline yang berwarna merah merun dihasilkan berbentuk corak periuk kera. Ia

bermotifkan “Kehebatan seseorang”.

Kristal Amethyst yang berwarna ungu kebiruan berbentuk corak pasu dan bermotifkan

“Sering bekerjasama dalam persahabatan”

Page 11: Seni Kristal

11

Kristal Aquamarine yang berwarna biru muda. Ia bercorak seperti pewangi yang bermotifkan

“Menenangkan dan memendam perasaan marah”.

Page 12: Seni Kristal

12

Kristal Diamond yang berwarna putih yang bercorak seperti helicopter. Ia bermotifkan

“Jangan berputus asa”.

Kristal Peridot yang berwarna hijau muda. Ia dihasilkan bercorakkan bunga tulip yang

bermotifkan “Pelindung”.

Kristal Ruby yang berwarna merah dan bercorak seperti kerang. Ia bermotifkan

“Kepercayaan dan persahabatan”

Page 13: Seni Kristal

13

Kristal Turquoise yang berwarna turquoise bercorakkan seperti ikan. Ia bermotifkan

“Kebahagiaan”

Kelapan, Kristal Citrine yang berwarna jingga kekuningan bercorakkan kebungaan kerana itu

ia sesuai bermotifkan “Semangat dan harapan”.

Page 14: Seni Kristal

14

Kristal Tanzanite yang berwarna kebiruan. Ia juga bercorak seperti ikan yang bermotifkan

“Ceria dan simbol kasih sayang”.

Page 15: Seni Kristal

15

Akhir sekali, Kristal Amber yang berwarna koko dan bercorak seperti kasut. Ia bermotifkan

“You’ll never walk alone”.

Page 16: Seni Kristal

16

BAHAN DAN ALATAN YANG DIGUNAKAN

Bahan metah: pasir silika,

powder colour, chip colour

Bahan Kimia: Natrium

Karbonat, Kalsium

Oksida,Magnesium Oksida

Penyepit, Gunting, Pisau

Page 17: Seni Kristal

17

Ketuhar Khas

Page 18: Seni Kristal

18

PROSES PEMBUATAN

1. Penyediaan Pasir Mentah Silika.

Juga disebut sebagai pasir kuarsa.

2. Tambahkan bahan kimia

Bahan kimia seperti Natrium Karbonat atau soda, Kalsium Oksida dan Magnesium

Oksida.Natrium karbonat, atau soda, menurunkan suhu yang diperlukan untuk membuat kaca

komersial. Kalsium Oksida ditambah untuk mengelakkan udara dari memasuki pasir.

Magnesium Oksida juga ditambahkan untuk membuat kaca lebih tahan lama.

3.Pencairan

Acuan dipanaskan di dalam ketuhar khas sehingga 1100 celcius untuk menghasilkan kaca

cair.

4. Membentuk

kaca cair terhasil dari pemanasan dan akan ditiup utk mnghasilkan bentuk yg diingini.

Penyediaan pasir

mentah silika

Tambahkan bahan kimia

Pencairan Membentuk Mensteril Produk (Kristal)

Page 19: Seni Kristal

19

6. Mensteril.

Proses ini disebut annealing, dan menghapus semua titik stres yang mungkin terbentuk di

kaca selama pendinginan..Sebuah proses dinamakan tempering, dimana kaca dibentuk dan

ditempatkan dalam oven, dipanaskan sampai maximum 600 Celsius dan kemudian

disejukkan pada tekanan tinggi.

Page 20: Seni Kristal

20

TEKNIK PEMBUATAN

Faizy Crystal sdn.bhd telah menggunakan teknik Blowing (teknik tiupan) untuk

menghasilkan Kristal. Walaubagaimanapun, teknik ini bergantung kepada saiz Kristal yang

ingin dihasilkan. Sekiranya, saiz Kristal yang ingin dihasilkan itu kecil, teknik blowing tidak

digunakan. Sekiranya,saiz Kristal yang ingin dihasilkan itu besar, teknik blowing digunakan

dan tiupan yang dilakukan adalah lebih kuat.

1.Acuan digelekkan di dalam kaca silika.

2.Acuan dipanaskan di dalam ketuhar khas sehingga 1100 Celcius.

Page 21: Seni Kristal

21

3.Kaca cair diratakan untuk proses blowing serta untuk ditempa bentuk.

4.Kaca cair ditiup untuk mengisi ruang di dalamnya untuk memudahkan proses tempaan bentuk.

Page 22: Seni Kristal

22

5.Batang besi dipanaskan dan digelekkan ke dalam pasir silika untuk dikukuhkan ke hujung kaca

untuk proses pembentukan bentuk.

6.Batang besi dikukuhkan dan proses ‘menggunting’ dilakukan.

Page 23: Seni Kristal

23

7. Kaca yang hampir sejuk dipanaskan semula.

Page 24: Seni Kristal

24

8.Kaca digunting untuk membentuk permukaan atas bekas.

9.Kaca cair lain dicantumkan untuk membentuk tangkai.

Page 25: Seni Kristal

25

10.Blow torch digunakan untuk mencamtukan bahagian tangkai serta mengemaskinikan bentuk.

11.Bentuk kaca kristal dikemaskinikan menggunakan penyepit

Page 26: Seni Kristal

26

12.Kaca kristal yang sudah siap ditempatkan seharian di dalam tempat penyimpanan khas.

Page 27: Seni Kristal

27

13.Pelbagai bentuk dan warna kaca kristal boleh dihasilkan.

Page 28: Seni Kristal

28

FALSAFAH DAN PENGGUNAAN KACA KRISTAL

Kaca Kristal adalah anugerah yang bernilai. Manusia sejak zaman berzaman

memandang tinggi kepada nilai dan kecantikannya. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan warna

bergantung kepada elemen-elemen yang banyak mempengaruhi pembentukannya.

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan atau mengutamakan kebenaran

yang umum dan asas. Ia juga bermaksud berfikiran luas. Manakala penggunaan boleh juga

disebut sebagai fungsi sesuatu seni atau kraftangan.

Seni Kaca Kristal mengandungi falsafah yang tertentu bagi pencipta atau pengkarya

dalam bidang ini. Menilai falsafah karya dari seni kaca Kristal, pengkarya lebih dipengaruhi

dengan falsafah alam sekitar dan hidupan laut. Kebanyakan unsur corak dan motif yang

direka menggambarkan falsafah flora dan fauna serta hidupan di dalam laut. Sebagai contoh,

bunga,burung,angsa,ikan dan sebagainya.

Kaca Kristal mempunyai pelbagai kegunaan seperti perhiasan dan hadiah serta

cenderamata. Sekiranya kaca Kristal dijadikan perhiasan di rumah atau di pejabat, ia mampu

menjadi terapi kepada minda dan jiwa yang tertekan. Selain itu, kaca Kristal ini akan

mewujudkan suasana yang berbeza kepada ruang yang dihiasi dengannya. Hiasan yang

menggabungkan bentuk,gaya serta warna yang memikat hati ini akan menampilkan unsur

elegan dan mewah untuk ruang tersebut. Tambahan pula, ia juga boleh menyimpan

,memindahkan dan menukar bentuk tenaga kepada pengguna.

Akhir sekali, kaca Kristal ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah atau cenderamata

tanda penghargaan dan kenangan kepada seseorang. Ia juga boleh dijadikan salah satu

perhiasan sebagai hantaran perkahwinan bagi yang menginginkan kelainan. Secara

kesimpulannya, falsafah dan penggunaan kaca Kristal ini menarik perhatian penggemar-

penggemar koleksi hiasan mewah tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Page 29: Seni Kristal

29

KESIMPULAN

Seni kristal merupakan seni yang jarang diterokai di negara kita. Jika peluang ini

dimanfaatkan sebetulnya, maka seni ini mampu berkembang dengan lebih pesat dan mampu

menjadikannya satu industri yang boleh membantu menjana pendapatan yang lumayan.

Selain itu, seni pembuatan kristal di negara kita tidak tidak dikenali dengan meluas

disebabkan oleh kurang kilang memproses kristal ini. Kristal yang juga dikenali sebagai “lead

glass” merupakan salah satu daripada jenis kaca yang ada sekarang ini. Oleh yang demikian,

proses pembuatanya adalah sama dengan proses pembuatan kaca yang lain. Kristal ini bukan

sahaja digunakan sebagai barang perhiasan, tetapi juga banyak digunakan di dalam makmal

sebagai peralatan yang penting disebabkan oleh sifatnya yang tidak bertindak balas dalam

proses kimia.

Seni kristal ini perlu diperluaskan lagi di negara kita kerana fungsinya yang pelbagai

yang tidak tertumpu hanya kepada barangan perhiasan sahaja malahan dijadikan sebagai

barangan kegunaan harian. Kebanyakan barangan hasilan kristal di negara kita adalah hasil

import dari negara luar. Jika seni ini ditukar kepada industri, ia mampu membantu

membekalkan barangan kristal ini kapada rakyat negara kita tanpa mampu bergantung kepada

barangan kristal dari luar negara serta dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.

Page 30: Seni Kristal

30

RUJUKAN

1. Sumber akhbar

Intan Mas Ayu Shamimi.2014.Karya popular zaman victoria retrieved 04 April

2014,from Harian Metro

2014.Kilauan Seni Kraf Kristal retrieved 10 Mei 2014, from Kosmo

2. Sumber internet

Kamarul Faizy Roslan.2009.Pengenalan Seni Kristal retrieved 18 June 2009, from

http://faizycrystal.blogspot.com/

Rosma.2010.jenis-kristal-kegunaan retrieved 20 April 2010, from http://www.secret-

of-crystal.com

Lukevery.2011.Tentang batu kristal dan jenisnya.Asal-usul asli

usil.http://lukevery.blogspot.com/.../tentang-batu-kristal-dan...

Kamarul Ariffin Md Yassin.2011.Tarikan dan Keistimewaan Kristal Langkawi

retrieved 13 September 2011 from

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=613053

Raj Bhattacharya.2014. Faizy Crystal Glass Blowing Studio retrieved from

file:///C:/Users/compaq/Documents/doc/pd2/Langkawi%20Glass%20Blowing%20Stu

dio%20-%20Faizy%20Crystal.htm

Siti Aishah Yusoff.2012. Seni Kristal Pulau Lagenda retrieved 22 June 2012, from

file:///C:/Users/compaq/Documents/doc/pd2/Seni%20kristal%20pulau%20legenda.ht

m

Faizy Crystal Glass Blowing Sdn.Bhd retrieved from

http://faizycrystal.com/

3. Temu bual

Zakiah Binti Awang, 37 tahun, pekerja Faizy Crystal Glass Blowing Sdn.Bhd

Zaidi Bin Zainol, 33 tahun, pekerja Faizy Crystal Sdn.Bhd

Mohd Nawawi Mahadzhir, 34 tahun, pekrja Faizy Crystal Sdn.Bhd