33
TUTORIAL 9 SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA – PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

TUTORIAL 9SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA – PENCEMARAN

UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

Page 2: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

1 (a) Takrifkan maksud jerebu.(3)

Jerebu (Haze) ditakrifkan sebagai kehadiran partikel partikel terampai(PM10) seperti debu, habuk, jelaga di dalam keadaan udara kering (dry air) dengan kepekatan yang tinggi sehingga boleh mengurangkan jarak penglihatan.

Page 3: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

1 (b) Bagaimanakah fenomena jerebu rentas sempadan berlaku?

(4)Proses pengumpulan partikel terampai (PM10) di dalam udara kering (dry air) seperti habuk, asap, jelaga dan lain-lain akibat kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Partikel-partikel tersebut akan berkumpul dalam keadaan udara kering (dry air). laitu kelembapan udara kurang daripada 95%.

Proses sebaran oleh tiupan angin. Seterusnya partikel yang terkumpul seperti jelaga dan asap akan disebarkan oleh angin merentasi sempadan negara lain. Di Asia Tenggara fenomena jerebu rentas sempadan bermula di Indonesia yang dibawa oleh angin selatan dan tenggara yang bertiup pada masa tersebut dari arah Sumatera dan Kalimantan ke negara-negara lain khususnya Malaysia dan Singapura.

Page 4: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

1 (c) Mengapakah kepekatan jerebu di bandar lebih tinggi berbanding dengan luar bandar? (4)

Ini kerana kawasan bandar udaranya lebih pangs dan kering (dry air), hasil daripada fenomena pulau haba serta kekurangan kelembapan udara. Ini memudahkan terkumpuinya partikel-partikel terampai. Manakala di luar bandar udaranya lebih lembab yang boleh memendapkan partikel jerebu daripada terapung-apung

Sumber perlepasan asap, debu, habuk dan leiaga di bandar lebih tinggi berbanding dengar, luar bandar. Misalnya dari industri perkilangan, .ecleraaafi dan pembakaran terbuka. Kesannya )artikel-partikel jerebu lebih banyak dibebaskan.

Page 5: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

1 (d) Jelaskan tiga kesan jerebu ke atas persekitaran fizikal bandar? (6)

Fenomena jerebu boleh meningkatkan kadar peningkatan suhu/pulau haba dalam bandar. Ini kerana partikel jerebu boleh menghalang pembebasan bahangan bumi ke atmosfera pada waktu malam

Hujan Asid: Partikel jerebu juga mendorong kepada kejadian hujan asid. Ini kerana partikel jerebu mampu bertindak sebagai nukleus pemelowapan untuk menyerap wap-wap air, berpadu bersamanya tepu dan turunlah hujan asid.Pencemaran sumber air permukaan dalam bandar. Partikel jerebu boleh mencemarkao sumber air permukaan seperti air tasik, kolam, paya, sungai dll apabila partikel-partikel tersebut dienapkan ketika hujan turun. Ini Sumber air permukaan yang tercemar akan menjejaskan pula hidupan akuatih,

Page 6: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

1 (e) Bagaimanakah aktiviti penghijauan bandar boleh mengurangkan impak jerebu di bandar? (4)

Pokok-pokok peneduh yang ditanam c, dalam bandar mampu menyerap dan menyimpan debu dan nabuk yang akan terlekat di dawn, ranting Jan kanopiriya. Oleh itu kepekatan kandungan partikel :erampai dalam atmosfera bandar boleh dikurangkan.Pokok-pokok peneduh dalam bandarjuja menjalankan fungsi membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi. Oleh itu kadar kelembapan udara dalam bandar adalah tinggi. Udara lembap mampu mengenapkan partikel-partikel terampai jerebu dan menghilangkannya apabila jatuh ke bumi sebagai embun atau hujan.

Page 7: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

1 (f) Nilaikan keberkesanan langkah perundangan di Malaysia bagi membendung fenomena jerebu setempat. (4)

Langkah perundangan untuk membendung jerebu seperti mengawal aktiviti pembakaran terbuka di kawasan tapak pertanian dan pelupusan sampah tidak begitu berkesan. Ini kerana penguatkuasaan yang longgar, hukuman yang agak ringan di samping kekurangan pegawai JAS untuk memantau, menyelia dan mengambil tindakan terhadap kesalahar, aktiviti pembakaran terbuka.

Page 8: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

1 (g) Cadangkan langkah yang boleh diambil oleh negara-negara Asia Tenggara bagi menangani fenomena jerebu rentas sempadan. (4)

Kerjasama teknikal antara negara bagi rnemadamkan kebakaran hutan khususnya di Indonesia Seperti perkongsian data dan maklumat melalui satelit dan GPS mengenai taburan hot spot serta kerjasama menghantar pasukan bomba khas untuk memadamkan kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera.Tindakan undang-undang kepada syarikat yang menjalankan pembakaran terbuka di Indonesia. Misalnya kerajaan Malaysia telah memberikan “lampu hijau" kepada kerajaan Indonesia untuk menyambil tindakan undang-undang dan denda Kepada syarkat dan orang perseorangan dari Malaysia yang menjalankan pembersihan ladang kaedah tebang dan bakar secara tidak sah di sana.

Page 9: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

2 (a) i) Takrifkan maksud hujan asid.(4)

Air hujan yang mempunyai nilai teasidai, yang tinggi (pH kurang dari 7). la terbentuk melalui proses kondensasi (pemelowapan) yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida, nitrus dioksida, karbon monoksida dengan wap-wap air sehingga air hujan yang turun mengandungi asid seperti asid nitrit, asid karbonik den asid sulfurik.

Page 10: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

2 (a) ii) Kenal pasti jenis dan kandungan hujan asid. (4)

Hujan asid nitrit - Nitrogen dioksida/nitrus oksida (NOx),Hujan asid sulfurik - Sulfur dioksida (CO2)Hujan asid karbonik - Karbon dioksida (CO2)

Page 11: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

2 (b) Bagaimanakah hujan asid terjadi? (4)

Hujan asid ialah proses pemendapan basah. la terbentuk hasil gabungan air hujan dengan gas-gas pencemar udara seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (S02), nitrous oksida (NOx), hidrokarbon dll. Contohnya: Nitrogen + Oksigen — Nitrous oksida - Nitrogen dioksida (NO2) + air hujan (H20) — Asid nitrik den asid nitrus

Gas-gas pencemarudara ini bertindak sebagai nukleus kondensasi (nukleus pemelowapan) yang menarik wap-wap air, membesar den tepu bersamanya den akhirnya turun sebagai hujan asid.

Dalam proses pemendapan basah, asid sulfurik den asid nitrik akan bergabung dengan wap air semasa pembentukan swan. Titisan-titisan ini akan terjatuh ke bumf dalam bentuk hujan den salji. Hujan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asid tinggi.

Page 12: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

2 (c) Cadangkan tiga langkah bukan perundangan untuk mengurangkan fenomena kesan rumah hijau? (4)

Kesihatan manusia terjejas. Hujan asid menyebabkan penyakit kulit seperti gatal den kulit melecur serta pedih mats. Jika menggunakan sumber air hujan yang berasid untuk minuman akan mendatangkan penyakit seperti ulser den kanser.Kerosakan bangunan den kenderaan. Hujan asid juga boleh melunturkan warns bangunan den kenderaan melalui proses kakisan. Pengkaratan besi seperti pads jambatan den kenderaan. Days tahan bangunan semakin lemah apabila struktur besinya mudah berkarat.

Page 13: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

2 (d) Bagaimanakah masyarakat bandar boleh mengurangkan kejadian kesan rumah hijau. (4)

Hujan asid merosakkan daun den mengugurkan daun. Ini kerana kandungan keasidan yang tinggi di dalam hujan asid boleh mematikan sel-sel daun. Seterusnya daun-daun akan gugur meningalkan hutan berangka (wardstrabeen). Menjejaskan proses fotosintesis, penghasilan bunga den buah terganggu.

Page 14: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

3 (a) Bincangkan pelbagai faktor yang mempengaruhi fenomena jerebu.(13)

Faktor Fizikal:• Kebakaran hutan akibat cuaca panas El – Nino.

Cuaca panas akan menyebabkan hutan terbakar dengan sendirinya. Kebakaran hutan akan melepaskan berbagai jenis partikel terampai di dalam udara seperti asap, habuk, jelaga dll yang boleh menghasilkan jerebu.

• Letusan Gunung Berapi. letusan gunung berapi juga secara semulajadinya boleh menyumbangkan kepada fenomena jerebu kerana ia turut mengeluarkan bahan-bahan pencemaran debu dan gas sulfur dalam kepekatan yang tinggi.

Page 15: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

3 (a) Bincangkan pelbagai faktor yang mempengaruhi fenomena jerebu.(13)

Faktor Fizikal:• Udara kering. Kelembapan udara yang rendah

membolehkan partikel-partikel terampai seperti debu, habuk dan asap terapung-apung dalam udara dalam tempoh yang lama dan tidak dapat dienapkan.

• Tiupan angin. Partikel-partikel terampai disebarkan ke tempat lain oleh tiupan angin menyebabkan fenomena jerebu tersebar dengan cepat. Misalnya partikel terampai yang terbentuk di Sumatera di bawa oleh angin baratan hingga ke Malaysia

Page 16: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

3 (a) Bincangkan pelbagai faktor yang mempengaruhi fenomena jerebu.(13)

Faktor Aktiviti Manusia.• Aktiviti perindustrian. Partikel terampai dilepaskan daripada

proses-proses yang terdapat di dalam industri tertentu seperti industry petrokimia, industry pemprosesan padi, kayu balak serta industri kuari. Ini akan menambahkan lagi kandungan jerebu yang sedia ada.

• Aktiviti pembakaran terbuka. Sumbangan pembakaran secara terbuka juga tidak kurang hebatnya kepada permasalahan jerebu. Aktiviti pembakaran terbuka dilakukan di tapak pelupusan sampah, di tapak-tapak pertanian dan juga pembakaran sekam padi, habuk kayu dan sebagainya. Kegiatan pembakaran terbuka ini memudaratkan lagi permasalahan pencemaran udara dan jerebu kerana ia turut melepaskan asap, jelaga, habuk dan juga pelbagai jenis gas pencemar udara.

Page 17: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

3 (a) Bincangkan pelbagai faktor yang mempengaruhi fenomena jerebu.(13)

Faktor Aktiviti Manusia.• Aktiviti pembinaan dan perlombongan

kuari. Kedua-dua aktiviti ini juga membebaskan debu. Contohnya debu simen dari pembinaan, debu tanah dari aktiviti kerja tapak pembinaan serta debu batu dari aktiviti peletupan dan pengisaran kuari. Debu-debu ini akan terampai dalam keadaan udara kering yang akan memburukkan lagi fenomena jerebu yang sudah berlaku.

Page 18: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

3 (b) Jelaskan kesan jerebu ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (12)

Kesan Ke Atas Alam Sekitar Fizikal:• Fenomena hujan asid. Selain itu partikel

jerebu juga mendorong kepada kejadian hujan asid. Ini kerana partikel jerebu mampu bertindak sebagai nukleus pemelowapan untuk menyerap wap‑wap air, berpadu bersamanya, tepu dan turunlah hujan asid.

• Pencemaran sumber air permukaan.Partikel jerebu boleh mencemarkan sumber air permukaan seperti air tasik, kolam, pays, sungai dll apabila partikel-partikel tersebut dienapkan ketika hujan turun. Ini Sumber air permukaan yang tercemar akan menjejaskan pula hidupan akuatik.

Page 19: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

3 (b) Jelaskan kesan jerebu ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (12)

Kesan Ke Atas Alam Sekitar Fizikal:• Gangguan ke atas tumbuhan semulajadi.

Jerebu menghalang kemasukan cahaya matahari sekaligus menjejaskan proses fotosistesis tumbuhan. Ini membantutkan tumbesaran tumbuhan dan juga mengganggu penghasilan bunga dan buah.

• Pemanasan setempat meningkat. Fenomena jerebu boleh meningkatkan kadar pemanasan setempat. Ini kerana partikel jerebu boleh menghalang pembebasan bahangan bumi ke atmosfera pads waktu malan. Permukaan bumi terpaksa menyimpan lebihan bahangan bumi.

Page 20: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

3 (b) Jelaskan kesan jerebu ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (12)

Kesan Jerebu Ke Atas Alam Sekitar Manusia:• Kesihatan manusia terjejas. Dianggarkan hamper 50%

partikulat terampai yang bersaiz 0.01 hingga 0.1 mikrometer boleh menembusi penapisan pernafasan dan didepositkan di dalam paru-paru. Jika ini berlaku kerosakan ke atas organ pernafasan akan terjadi dan amat berisiko tinggi bagi orang yang mengidap penyakit astma (lelah), sakit kerongkong, nemomia dan penyakit‑penyakit yang berkaitan dengan jantung.

• Jarak penglihatan terhad. Pengurangan jarak penglihatanmembawa masalah yang besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. la akan menggangu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat. Resiko kemalangan seperti kapalterbang dan kapal laut atau kenderaan di jalanraya menjadi semakin besar

Page 21: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

3 (b) Jelaskan kesan jerebu ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (12)

Kesan Jerebu Ke Atas Alam Sekitar Manusia:• Menjejaskan produktiviti pertanian. Selimut

jerebu telah menghalang kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosistesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan, pendebungaan dan penghasilan buah berkurangan.

Page 22: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (a) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (13)1. Kerosakan ekologi

hutan• Hujan asid merosakkan daun dan mengugurkan daun – meningalkan hutan berangka (wardstrabeen)

• Menjejaskan proses fotosintesis.• Habitat hidupan liar musnah.• Rantaian makanan terjejas.

Page 23: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (a) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (13)

2. Memusnahkan hidupan akuatik.• Nilai keasidan air tasik, paya, kolam akan meningkat.

• Merosakkan rantaian dan siratan makanan hidupan akuatik.

• Tumbuhan air, alga dan zooplankton akan mati.

• Terumbu dan polip karang juga akan mati.

Page 24: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (a) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (13)

3. Kesuburan tanih terjejas.• Hujan asid melarutresapkan nutrien tanih menerusi liang pore tanah.

• Tanih berasid dan tidak subur.• Nilai pH meningkat – memerlukan baja urea dan kapur untuk menutralkannya – kos akan meningkat.

Page 25: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (a) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (13)3. Kesuburan tanih

terjejas.• Hujan asid melarutresapkan nutrien tanih menerusi liang pore tanah.

• Tanih berasid dan tidak subur.• Nilai pH meningkat – memerlukan baja urea dan kapur untuk menutralkannya – kos akan meningkat.

Page 26: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (a) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (13)

4. Kesihatan manusia terjejas.• Penyakit kulit seperti gatal dan kulit melecur.

• Pedih mata• Jika menggunakan sumber airhujan yang berasid untuk minuman akan mendatangkan penyakit seperti ulcer dan kanser.

Page 27: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (a) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (13)5. Kerosakan

bangunan dan kenderaan.•Melunturkan warna bangunan dan kenderaan – proses kakisan.

•Pengkaratan besi seperti di jambatan dan kenderaan.

Page 28: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (a) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (13)

6. Kerosakan tanaman.•Membantutkan proses pendebungaan dan penghasilan buah.

•Keasidan tinggi – tanaman mati seperti pokok padi.

•Gangguan bekalan makanan.

Page 29: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (b) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (12)

Langkah Perundangan• Akta : Di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing

1974 (Pindaan 1996), terdapat pelbagai peraturan bagi mengawal pelepasan pencemar udara seperti :• Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara

Bersih) 1978, Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996),

• Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996 Akta da kawalan pembakaran terbuka dan lain-lain.

Page 30: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (b) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (12)

Langkah Perundangan• Agensi Penguatkuasaan : Agensi

pelaksana seperti Jabatan Alam Sekitar, Pihak berkuasa Tempatan '(PBT) mestilah menjalankan rondaan dan pemantauan yang lebih kerap untuk mengawal aktiviti perlepasan asap kenderaan dan kilang.

• Hukuman : seperti denda/ kompaun, menyitar premis, membatalkan lesen operasi, penjara dll mengikut lunas undang-undang yang ada

Page 31: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (b) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (12)

Langkah Pengurusan Strategik• Penggunaan petroleum tanpa plumbum.

Perlepasan asap dari industri dan kenderaan biasanya dikawal dengan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah.

• Memasang sistem penapis di dalam serombong kilang supaya kadar perlepasan asap dan gas‑gas pencemar udara dapat dikurangkan.

• Penggunaan sumber tenaga gentian yang bersih dan mesra alam seperti tenaga elektrikhidro, tenaga solar, biomass, tenaga angin dan sebagainya bagi menggantikan sumber tenaga fosil yang terbukti mencemarkan slam sekitar.

Page 32: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (b) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (12)

Langkah Pengurusan Strategik• Melarang aktiviti pembakaran terbuka

sebaliknya menggantikan dengan kaedah tebang-reput. Setiap pembakaran yang dilakukan hendaklah diselenggara dengan balk dan terkawal. Sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa bagi mengetahui kesesuaian jika ingin melakukan pembakaran.

• Penghijauan persekitaran. Banyak menanam pokok –pokok peneduh yang bertindak menyerap dan menapis bahan kotoran jerebu.

Page 33: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID

4 (b) Bincangkan kesan hujan asid ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. (12)

Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar• Kempen penjimatan tenaga seperti kempen Earth

Hours. Mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Sekiranya tidak perlu. Elakkan pembaziran tenaga. Penggunaan tenaga yang tidak cekap akan melepaskan lebih banyak gas pencemar udara. Kempen menggunakan system pengangkutan awam seperti LRT, ERL, Komuter dan juga kempen berkongsi kereta.

• Pendidikan alam sekitar menerusi matapelajaran Geografi di peringkat'sekolah dan IPT.