21
Sistem Pendawaian Domestik di Malaysia

sistem pendawaian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: sistem pendawaian

Sistem Pendawaian

Domestik di Malaysia

Page 2: sistem pendawaian

Pengenalan

Sistem Pendawaian ialah satu sistem pemasangan litar-litar

elektrik yang merangkumi - pengalir, penebat dan perlindungan

mekanik untuk kabel yang digunakan.

Page 3: sistem pendawaian

Faktor Pemilihan Sistem Pendawaian

1. Jenis beban yang hendak dipasang - arus besar / kecil, pegun/mudahalih.

2. Keadaan tempat pemasangan - Jenis bangunan lama/baru, kayu/ simen

3. Jenis voltan bekalan - 1 fasa atau 3 fasa.

4. Masa menyiapkan. - merugikan jika disiapkan lewat

5. Kekemasan & kecantikan - kehendak pengguna

6. Keadaan sekeliling – keadaan khusus, lembab /berminyak dll.

7. Perubahan & Penambahan litar akan datang - kekal /sementara (diubah).

8. Tempoh ketahanan pemasangan - tempoh lama & kekal /sementara.

9. Kos perbelanjaan - kemudahan dapatkan pekerja /alat-alat ganti.

Page 4: sistem pendawaian

Bekalan kuasa yang digunakan

i. Bekalan kuasa 1 fasa

- Sistem yang mempunyai dua(2) kabel/dawai penyambung dari bekalan ke

beban iaitu, kabel hidup (L) dan kabel neutral (N).

- Biasanya di kawasan kediaman kecil dan sederhana.

- Biasanya membekalkan 240V.

ii. Bekalan kuasa 3 fasa

- Sistem yang mempunyai tiga(3) kabel dari bekalan ke beban iaitu fasa

merah (R), fasa kuning (Y) dan Fasa biru (B).

- Kawasan industri dan komersial.

- Membekalkan 415V.

Page 5: sistem pendawaian

Jenis-jenis Sistem Pendawaian

Terdapat pelbagai jenis sistem pendawaian yang biasa digunakan, di

antaranya ialah:

1. Sistem Pendawaian Permukaan.

2. Sistem Pendawaian Tersembunyi.

3. Sistem Pendawaian Pembuluh (kondiut).

4. Sistem Pendawaian Sesalur ( trungking).

Page 6: sistem pendawaian

1. Sistem Pendawaian Permukaan

Sistem pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan

siling kayu atau di atas lapik kayu bagi dinding konkrit

Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis

(PVK/PVK).- kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal

Sistem pendawaian ini sesuai di tempat yang mana suhu disekelilingnya tidak

melebihi 65 ºC.

Pemasangan kabel dilakukan dengan sokongan oleh klip ke permukaan dinding

/ siling. Sama ada menggunakan klip kuprum, aluminium ataupun plumbum -

pastikan bukan permukaan logam

Page 7: sistem pendawaian

Pendawaian Permukaan

Page 8: sistem pendawaian

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian

Permukaan

Kebaikan:

1. Kemas & elok dipandang.

2. Sesuai untuk pemasangan kecil ( rumah

kediaman )

3. Pemasangan mudah dan cepat

disiapkan.

4. Kerja menyelenggara / tambahan

mudah dilakukan dan tidak

menjejaskan pendawaian sedia ada.

5. Kos pendawaian yang paling murah.

Kelemahan:

1. Terdedah kepada kerosakkan

mekanikal (terdedah).

2. Tidak Tahan suhu panas dan

lembab.

3. Sesuai hanya di tempat tertentu

sahaja.

4. Tempoh ketahanan tidak lama.

Page 9: sistem pendawaian

Ciri-ciri pemilihan Pendawaian permukaan

a). Bangunan dibuat daripada - kayu / batu.

b). Voltan rendah – fasa tunggal.

c). Bilangan litar akhir – sedikit

d). Kabel yang dipasang – tidak begitu banyak.

e). Kurang risiko berlakunya kerosakkan mekanikal.

f). Kerja pemasangan – dibuat cepat.

g). Beban kuasa yang digunakan – kecil.

h). Kos pemasangan – ekonomi / murah.

Page 10: sistem pendawaian

2. Sistem Pendawaian Pembuluh (konduit)

Sistem pendawaian yang menggunakan pembuluh yang di dalamnya akan

disalurkan kabel.

Dipasang di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik, terdedah kepada

tindakan kimia, cecair dan di luar bangunan. ( Kilang-kilang perusahaan, makmal,

bengkel dan sebagainya ).

Sistem pendawaian ini boleh dipasang sama ada secara permukaan atau

tersembunyi.

Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu pembuluh hendaklah mengikut faktor

ruang iaitu tidak melebihi 40%.

Dawai pancing ( fish tape ) digunakan untuk menarik kabel ke dalam pembuluh.

Page 11: sistem pendawaian

Sistem Pendawaian Pembuluh

(sambungan)

Pembuluh yang digunakan dalam sistem pendawaian ini boleh dibahagikan

kepada beberapa jenis, iaitu:

(a). Pembuluh Logam

(b). Pembuluh bukan logam ( PVK ).

(c). Pembuluh mudah Lentur ( Logam & PVK).

Page 12: sistem pendawaian

Pendawaian Pembuluh

Pembuluh bukan logam (PVK) Pembuluh Logam

Page 13: sistem pendawaian

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian

Pembuluh

Kebaikan:

1. Mempunyai perlindungan mekanik

yang lebih baik

2. Tahan cuaca dan keadaan panas.

3. Tahan lama dan tahan lasak.

4. Boleh dijadikan pengalir

keselanjaran bumi tambahan.

5. Boleh ditanam terus ke dalam tanah.

Kelemahan:

1. Bentuk tidak kemas (tidak

cantik ).

2. Memerlukan pekerja mahir

3. Perlukan peralatan khas – mesin

pembengkok.

4. Kos mahal / tinggi.

5. Tempoh menyiapkan lebih lama.

Page 14: sistem pendawaian

Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian

Pembuluh:

a). Beban / kuasa yang digunakan – besar.

b). Memerlukan voltan bekalan – 1 fasa & 3 Fasa.

c). Bangunan kilang, bengkel, bangunan komersial dan gerai-gerai.

d). Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya kerosakkan mekanikal.

Page 15: sistem pendawaian

3. Sistem Pendawaian Tersembunyi

Sistem pendawaian ini dipasang di dalam dinding / siling konkrit dan tidak

kelihatan langsung kecuali pada penghujung kabel yang digunakan untuk

sambungan ke terminal aksesori pendawaian.

Pada kebiasaanya pendawaian ini dibuat ketika peringkat pembinaan bangunan.

( sebelum kerja-kerja menurap simen dilakukan )

Sistem pendawaian ini hanya dibenarkan membawa voltan rendah sahaja.

Sistem pendawaian tersembunyi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

1. Sistem pendawaian tersembunyi – kabel bertebat.

2. Sistem pendawaian tersembunyi– pembuluh.

Page 16: sistem pendawaian

Pendawaian Tersembunyi

Page 17: sistem pendawaian

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian

Tersembunyi

Kebaikan:

1. Kemas & cantik.- pejabat.

2. Selamat – tidak terdedah kepada

kerosakkan mekanikal dan

perubahan cuaca.

3. Tidak memerlukan alat-alat

tambahan khas.

4. Tahan lama.

Kelemahan:

1. Kerja-kerja tambahan –susah

dilakukan.

2. Sukar menentukan punca kerosakan -

pembaikan.

4. Bahaya terkena paku atau ketukan d

daripada pemasangan lain- gas,air.

5. Pemasangan perlu dilakukan semasa

bangunan dibina.

Page 18: sistem pendawaian

4. Sistem Pendawaian Sesalur (Trunking)

Sistem pendawaian sesalur menggunakan sesalur logam atau bahan penebat

(PVK) pada kebiasaannya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau

mendatar di permukaan dinding.

Sistem ini dapat menampung kabel yang banyak di sesuatu pemasangan yang

besar. Di samping dapat memberikan perlindungan mekanik yang tambahan

baik.

Sistem ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan-bangunan

yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang

melibatkan banyak kabel litar dan bahaya mekanik.

Faktor ruang sistem pendawaian sesalur ialah 45%.

Page 19: sistem pendawaian

Pendawaian Sesalur (Trunking)

Page 20: sistem pendawaian

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian

Sesalur (trunking)

Kebaikan:

1. Perlindungan mekaniknya

baik.

2. Dapat menampung kabel yang

banyak.

3. Kerja pemasangan cepat.

4. Tidak mudah dirosakkan oleh

perubahan suhu dan cuaca.

Kelemahan:

1. Mudah dimasuki habuk &

kekotoran.

2. Memerlukan pekerja mahir.

3. Kelihatan tidak kemas

(Sesalur tertonjol keluar

macam beroti ).

4. Kos mahal / tinggi.

Page 21: sistem pendawaian

Tugasan

Kumpulkan gambar-gambar pendawaian domestik berikut:

a) Pendawaian permukaan

b) Pendawaian kabel tersembunyi

c) Pendawaian pembuluh pvk

d) Pendawaian selongsong pvk